Program Pertukaran Pelajar dan Belia untuk Jaringan Jepun – Asia Timur Abad ke-21 Rombongan Kedua Delegasi Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Malaysia ke Jepun (10 Mac 2009 – 19 Mac 2009)
Laporan
April 2009 Japan International Cooperation Center
Maklumat Ringkasi Delegasi Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Malaysia ke Jepun - Rombongan Kedua ◆ Tempoh Lawatan 10 Mac 2009 – 19 Mac 2009 ◆ Bilangan peserta 70 orang : 64 pelajar sekolah menengah (32 lelaki, 32 perempuan) 6 pegawai pengiring (seorang pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia, 5 guru bahasa Jepun dari sekolah menengah) ◆ Bilangan sekolah yang dihantar 43 sekolah : 23 buah sekolah menengah sains 10 buah sekolah berasrama penuh integrasi 8 buah sekolah menengah 2 buah sekolah agama ◆ Bilangan peserta mengikut Negeri / Wilayah Persekutuan Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Kelantan Terengganu Pahang Selangor
2 orang 6 orang 2 orang 6 orang 2 orang 4 orang 9 orang 10 orang
Negeri Sembilan Melaka Johor Sabah Sarawak Kuala Lumpur Putrajaya Labuan
5 orang 4 orang 5 orang 2 orang 3 orang 2 orang 1 orang 1 orang
◆ Wilayah yang telah dilawati di Jepun 4 buah wilayah (Tokyo, Ibaraki, Aichi dan Okinawa) ◆ Bilangan keluarga angkat 50 buah keluarga : Ibaraki (13), Aichi(21), Okinawa(16) ◆ Sekolah yang telah dilawati Kumpulan Ibaraki : Sekolah Menengah Toride Shoyo Kumpulan Aichi : Sekolah Menengah KTC Cuo Kumpulan Okinawa : Sekolah Menengah Okinawa Shogaku
Jadual Keseluruhan Tarikh
1 2
Isnin 9 Mac 09 Selasa 10 Mac 09 Rabu 11 Mac 09
AM PM AM PM AM PM AM
3
Khamis 12 Mac 09 PM
AM
4
Jumaat 13 Mac 09 PM
AM
5
6
7
8
9 10
Sabtu 14 Mac 09
Kumpulan Aichi
Kumpulan Okinawa
20 orang (18 pelajar, 2 pegawai pengiring
25 orang (23 pelajar, 2 pegawa
25 orang (23 pelajar, 2 pegawa
Orientasi sebelum berangkat Majlis meraikan keberangkatan / Berlepas Tiba di Jepun / Orientasi Lawatan ke Menara Tokyo Lawatan ke Loji Pelupusan Sampah Ariake Lawatan ke Universiti Waseda (Campus tour, Syarahan mengenali Jepun dsb.) Bertolak ke Ibaraki / Lawatan Bertolak ke Okinawa ke Muzium Alam Semulajadi Bertolak ke Aichi Ibaraki Lawatan ke Istana Nagoya, Lawatan ke pesta bunga plam Kelas bahasa Jepun / Muzium Seni Tokugawa dan di Gunung Tsukuba Taklimat tentang Okinawa Taman Tokugawaen Interaksi di Sekolah Menengah Toride Shoyo Interaksi di Sekolah Menengah KTC Chuo / Perkhemahan jalinan mesra di Homestay SM Toride Shoyo (tinggal bersama pelajar-pelajar) Upacara pertemuan dengan keluarga angkat Homestay
Interaksi di Sekolah Menengah Okinawa Shogaku : Bengkel pertukaran pendapat ① / Homestay
Interaksi di SM Okinawa Shogaku : Bengkel pertukaran pendapat②, ③ / Homestay
PM
Homestay
AM
Homestay
PM
Homestay / Jamuan perpisahan
AM
Bersiar-siar di bandar Tsukuba
PM
Lawatan ke Pusat Angkasa JAXA / Bengkel pertukaran pendapat
AM
Lawatan ke Institut Penyelidikan Seni Bina
Bengkel pertukaran pendapatBersiar-siar di bandar Naha
PM
Bertolak ke Tokyo
Bertolak ke Tokyo
AM PM AM PM
Lawatan ke Miraikan (Muzium Sains dan Inovasi Negara) / Bersiar-siar di Odaiba Pembentangan hasil perbincangan bengkel / Jamuan makan malam Bertolak ke Narita Pulang ke tanah air
Ahad 15 Mac 09
Homestay Homestay
Isnin 16 Mac 09
Selasa 17 Mac 09
Rabu 18 Mac 09 Khamis 19 Mac 09
Kumpulan Ibaraki
Jamuan ramah mesra Lawatan ke Taman Peringatan Kedamaian Lawatan ke Istana Shinto Interaksi di SM Okinawa Asuke / Sansyu Asuke Shogaku : Bengkel Yashiki (mencuba tenunan) pertukaran pendapat④, Pembentangan / Jamuan perpisahan
Bertolak ke Tokyo
Laporan Bengkel Pertukaran Pendapat Pelajar-pelajar sekolah menengah Malaysia telah menyertai program selama 10 hari ini dengan membawa pelbagai pandangan dan harapan mereka. Sepanjang tempoh program ini, mereka telah berinteraksi di sekolah, tinggal bersama keluarga angkat, belajar tentang alam sekitar, tradisi, kebudayaan dan sebagainya yang dilaksanakan di wilayah-wilayah yang dilawati. Setelah tamat program tersebut, mereka mengikuti Bengkel Pertukaran Pendapat untuk berbincang tentang “Perkara-perkara yang telah diperolehi di Jepun”. Matlamat bengkel ini dilaksanakan adalah seperti berikut. 1. Supaya setiap pelajar dapat mengutarakan pendapat tentang “perkara-perkara yang disedari” (pengetahuan, pemahaman) di Jepun. 2. Supaya pengetahuan dan pemahaman yang telah diperolehi akan kekal dan terus menjadi motivasi untuk saling memahami kelainan budaya. 3. Supaya “perkara yang disedari” (pengetahuan, pemahaman) itu dapat difahami dengan lebih mendalam setelah bertukar pendapat dengan peserta lain. 4. Merumuskan “perkara yang disedari” yang telah dibincangkan ke dalam bentuk mesej supaya dapat menjadikannya sebagai pemangkin kepada persefahaman antara Jepun dan Malaysia.
Setiap kumpulan begitu aktif mengemukakan pendapat secara berterus-terang. Bagaimanapun, oleh sebab kebanyakan mereka pertama kali menyertai bengkel seumpama ini, terdapat kumpulan yang tidak merumuskan hasil perbincangan dalam bentuk mesej seperti yang dikehendaki, tetapi merumuskannya mengikut kaedah mereka sendiri. Pada kali ini, kumpulan Okinawa telah mengadakan bengkel pertukaran pendapat bersama pelajar-pelajar Sekolah Menengah Okinawa Shogaku yang telah dilawati mengenai empat tema (hiburan dan sukan, budaya, pendidikan dan alam persekolahan, alam sekitar) selama tiga hari. Laporan Bengkel bagi setiap kumpulan disertakan pada muka surat seterusnya.
Laporan Bengkel Kumpulan Ibaraki Hari pelaksanaan : 16 Mac 2009 Ⅰ Perkara yang disedari mengenai Jepun Kategori : Pendidikan - Kelas yang bersih - Kelas yang canggih - Pengurusan jadual Kategori : Pengurusan alam - Pertanian dalam musim sejuk - Pelancongan dalam alam sekitar - Menerapkan usur-usur alam sekitar dari kecil Kategori : Pembangunan - Penyelidikan dan pembangunan(R&D) dijalankan sering dengan keselamatan - Pembangunan tanpa mengetepikan alam sekitar - Banyak institut penyelidikan dibuka di Tsukuba Lain-lain - Di pusat penyelidikan seni bina, kami terdapat kajian.
Ⅱ Kandungan Perbincangan (Tajuk : Bandar Sains Tsukuba) - Penyelidikan dan pembangunan(R&D) dijalankan dan dilaksanakan dengan berkesan. - Alam sekitar masih terjaga dalam pembangunan yang pesat. - Masyarakat mempunyai mentaliti kelas pertama.
Ⅲ Kesimpulan Dalam penciptaan teknologi baru, “Penyelidikan dan pembangunan(R&D)” dijalankan bagi mementingkan keselesaan dan keselamatan orang ramai yang sesuai dengan keupayaan orang ramai seperti yang cacat, yang sihat. Selain itu, kajian juga dibuat supaya mesra alam.
Kumpulan Aichi Hari pelaksanaan : 17 Mac 2009 Ⅰ Perkara yang disedari mengenai Jepun Kategori : Gaya Hidup - mengamalkan gaya hidup sihat - patuh pada masa dan peraturan - mengamalkan kebersihan dan berusaha mengelakkan pencemaran Kategori : Sosial dan Budaya - mengekalkan tradisi yang unik - keseriusan bekerja dan rajin - fesyen yang pelik (remaja) - hiburan melampau - bangga dengan bunga kebangsaan (sakura) Kategori : Infrastruktur, Teknologi dan Ekonomi - bangunan yang padat tetapi tersusun - keselamatan yang terjamin - pembangunan seimbang dengan alam sekitar - teknologi maju dan sistem pembangunan sampah yang sistematik Kategori : Pendidikan - mementingkan pendidikan walaupun tidak dapat ke sekolah, boleh belajar di rumah - tiada peperiksaan seragam untuk kelayakan memasuki sesebuah universiti - tidak pentingkan bahasa kedua, bahasa Inggeris atau bahasa yang lain
Ⅱ Kandungan Perbincangan (Tajuk : Gaya Hidup, Sosial dan Budaya, Infrastruktur, Teknologi dan Ekonomi serta Pendidikan) - amalkan gaya hidup sihat, contohnya mematuhi masa, menghormati tetamu dan menghargai sesuatu - kekalkan budaya tradisional dan adat resam - kepadatan pembangunan, sistem pelupusan sampah dan ekonomi yang seimbang - sistem peperiksaan yang tidak seragam
Ⅲ Kesimpulan Jepun merupakan negara maju yang mempunyai kepadatan penduduk yang sangat padat tetapi masih mengamalkan gaya hidup sihat. Mereka juga mementingkan kepatuhan masa, menghormati tetamu serta menghargai sesuatu, sebagai contoh mereka tidak pernah membazirkan makanan. Seterusnya, mereka masih mengekalkan budaya hidup gaya tradisional seperti upacara minum teh, sukan tradisional seperti Aikido, Sumo, Judo, Kendo dan sebagainya. Mereka juga turut mementingkan adat resam. Pada masa yang sama, kepadatan pembangunan tidak mengganggu sistem pembersihan mereka seperti sistem pelupusan sampah. Kepadatan pembangunan juga membantu merangsang penjanaan ekonomi seperti banyak kedai yang terdapat di negara ini. Akhir sekali, sistem pendidikan formal di Jepun di mana sistem peperiksaan yang tidak seragam. Ini dapat menyeimbangkan dari segi akademik terutamanya dan kokurikulum. Ini kerana sistemnya ditentukan oleh pihak sekolah mengikut kesesuaian pelajar.
Kumpulan Okinawa Hari pelaksanaan : 13, 14 & 16 Mac 2009 Ⅰ Perkara yang disedari mengenai Jepun Kategori : Budaya - daging dan ikan (ikan lebih digemari daripada daging) - teh Jepun (maccha) - kuih : nerikiri, taiyaki, sakuramochi - makanan segera : KFC, McD, Mos Burger (murah, di mana-mana pun boleh dapat) Kategori : Pendidikan - daya pelajaran yang menurun - sistem 6-3-3-4 - pelajar harus menamatkan kurikulum yang ditetapkan sebelum masuk universiti - pelajaran bahasa Inggeris bermula dari sekolah menengah rendah - kebolehan bahasa Inggeris di Jepun adalah yang kedua dari bawah di peringkat antarabangsa - belajar tentang pelbagai agama di sekolah menengah tinggi tetapi tidak mendalam Kategori : Sukan dan hiburan - karate, sumo (sukan kebangsaan Jepun) - sukan yang popular di Jepun : besbol, bola sepak, figure skating, sumo dan golf - filem Jepun disanjung tinggi di dunia / mencabar pada filem asing - karaoke (terdapat banyak pilihan tidak kira generasi) - purikura, permainan video
Lain-lain : Alam sekitar - Okinawa : bandar bersejarah, pantai yang indah, batu karang di laut, sukan laut - Masalah atas projek tanah tambakan. Pihak pentadbiran merancang membina pulau baru untuk pembangunan. Menghakis terumbu karang oleh kerana pengaliran lempung merah.
Ⅱ Kandungan Perbincangan (Tajuk : semua kategori) - Masalah daya pelajaran pelajar Jepun yang menurun disebabkan pendidikan yutori. - Perlu ditambahkan masa pelajaran di sekolah. - Projek tambakan tanah : Pihak pentadbiran perlu mendengar suara penduduk yang membantah projek tersebut. Okinawa telah mengadakan gerakan bantahan tetapi tidak berkesan. - Kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap penebangan haram. - Mengadakan kempen untuk meningkatkan kesedaran orang ramai.
Ⅲ Kesimpulan - Sistem pendidikan Jepun dan Malaysia adalah jauh beza. - Kita harus berusaha untuk mengubah sistem pendidikan demi kehidupan kita yang lebih baik. - Terdapat kepelbagaian jenis sukan dan hiburan di kedua-dua negara. - Dalam mempelajari adab dan tatatertib, budaya Jepun boleh menjadi teladan kepada Malaysia. - Malaysia perlu mencontohi Jepun yang berjaya mengawal pencemaran alam sekitarnya
Luahan Pendapat Pelajar Malaysia Kumpulan Ibaraki ○ Menerusi program ini, saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana diberi peluang untuk menyertai program yang amat menarik ini. Selain itu, program ini juga amat bermakna untuk kedua-dua buah negara kerana dapat mengeratkan hubungan dalam banyak aspek disamping bekerjasama bagi memajukan ekonomi kedua-dua buah negara. ○ Pada pendapat saya, program ini sangat bagus dan bermakna untuk pelajar Malaysia. Hal ini demikian kerana saya dapat lihat belajar dan menerokai tentang teknologi, budaya dan tradisi orang Jepun di kaca televisyen. Namun, setelah terpilih untuk mengikuti program JENESYS ini, saya dapat melihat sendiri negara Jepun dari jarak dekat. Terdapat banyak perkara yang telah saya belajar seperti pengurusan sampah, sistem pendidikan, sistem perancangan bandar yang begitu sistematik dan canggih dan kecanggihan teknologi Jepun. Saya berasa sangat gembira dan suka hati sepanjang program ini dijalankan. ○ Saya berasa sungguh gembira dan seronok terutamanya bergaul dengan orang Jepun yang ramah. Aktiviti yang dijalankan juga sangat bagus dan sistematik. Makanan juga sedap dan berkhasiat. Saya sangat berterima kasih kepada orang yang menganjurkan program ini. ○ Menerusi program ini, saya berasa sungguh gembira kerana dapat banyak mempelajari budaya Jepun dan dapat meningkatkan bahasa Jepun saya. Bagi saya pengalaman ini merupakan pengalaman paling manis kerana saya dapat berinteraksi dengan kawan-kawan di Jepun. ○ Program JENESYS ini merupakan pengalaman paling manis dalam hidup saya. Saya berharap agar dapat diteruskan lagi dengan keluarga angkat dan kawan-kawan di Sekolah Menengah Toride Shoyo. ○ Pengalaman selama 10 hari di Jepun, sedikit sebanyak telah menyuntik semangat saya untuk terus berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan yang diinginkan. Program ini telah membuka fikiran saya yang selama ini agak sempit. Jika diberi peluang, saya akan datang lagi ke Jepun untuk melanjutkan pelajaran ataupun bekerja di Jepun. ○ Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kerajaan Jepun. Saya amat berharap agar saya dapat menemui semula kawan-kasan di Sekolah Menengah Toride Shoyo. Saya berpendapat agar program ini dapat diteruskan lagi dan saya berharap hubungan antara pelajar Malaysia dengan pelajar Jepun dan ibu bapa angkat takkan terputus. ○ Saya berasa sungguh gembira dan berpuas hati dengan aktiviti yang disusun oleh pihak-pihak yang terlibat. Melalui program, kami berpeluang untuk mengetahui cara
○
○
○
○
○
○
hidup, budaya, tradisi serta teknologi Jepun. Akhir kata, tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam program ini. Semua aktiviti yang diadakan telah memberi kenangan pada diri saya dan juga akan sentiasa merindui masyarakat dan negara Jepun. Saya berasa amat gembira kerana dapat menyertai program seperti ini. Saya juga berasa amat terharu kerana impian saya untuk ke negara matahari terbit iaitu Jepun tercapai akhirnya. Melalui program ini saya dapat menimba banyak ilmu dan pengetahuan. Oleh itu, saya akan berusaha untuk mengamalkannya. Saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dapat menyertai program seumpama ini. Banyak pengalaman yang menarik saya dapat sepanjang saya menyertai program ini. Makanan-makanan Jepun semuanya sedap belaka. Saya berharap agar dapat pergi ke Jepun lagi. Pengalaman paing menarik bagi saya ialah aktivti interaksi di Sekolah Menengah Toride Shoyo dan homestay bersama keluarga angkat. Pengalaman ini tidak akan saya lupa. Program JENESYS Kohort 4 telah meninggalkan banyak kenangan manis kepada saya terutamanya semasa interaksi di Sekolah Menengah Toride Shoyo. Saya juga dapat merasai sendiri kehidupan orang Jepun dan berpeluang mandi ofuro. Saya dapat banyak pengalaman baru dan banyak kenangan manis yang tercipta di sini. Banyak perkara yang boleh saya jadikan contoh apabila pulang ke Malaysia nanti. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara lansung atau tak lansung. Saya berasa sangat gembira kerana dapat menyertai program ini dan merasakan bahawa program ini seharusnya diteruskan lagi buat generasi akan datang kerana ia memberikan banyak manfaat dan pengetahuan serta dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Saya juga berharap dapat menjadi sebahagian daripada program ini lagi di masa yang akan datang. Aktiviti yang diaturkan amat menarik, menyeronokkan dan berfaedah. Aktiviti homestay dan interaksi di sekolah terutamanya, telah memberi banyak ilmu pengetahuan tentang kehidupan dan budaya masyarakat Jepun. Makanan yang diberikan juga amat sedap.
Kumpulan Aichi ○ Program ini sangat menarik dan saya harap pada masa hadapan, program ini disertai oleh ramai peserta lagi. Program ini mengajar saya mengenali cara peradaban di Jepun. Saya berasa sangat gembira kerana orang Jepun sangat baik dan berdisiplin. ○ Saya berasa terharu dan gembira kerana terpilih menyertai program ini. Sesungguhnya program JENESYS ini amat bermakna bagi seorang pemuda bangsa seperti saya untuk lebih memahami budaya serta pemikiran orang dari luar negara. Program ini banyak mendidik saya dari segi rohani
○
○
○
○
○
○
○
○
○
dan jasmani. Perasaan saya sangat gembira kerana inilah kenangan paling manis yang pernah saya lalui. Bukan itu saja, saya juga dapat mempelajari budaya Jepun, sejarah Jepun malah teknologinya yang moden. Orang Jepun sangat mematuhi masa, peraturan dan sangat mesra terutamanya semasa homestay. Saya berpuas hati dengan susunan program yang telah dirancangkan untuk kami. Program homestay telah memberikan saya seribu kenangan manis bersama keluarga angkat. Terima kasih kepada keluarga angkat kerana menerima saya sebagai salah satu daripada keluarga mereka. Mengenai budaya Jepun, sedikit sebanyak telah menambah pengetahuan saya. Melalui program ini juga saya telah mengetahui cara dan gaya hidup masyarakat Jepun. Selain itu, teknologi yang ada di Jepun juga turut digunakan sepenuhnya untuk kepentingan rakyatnya seperti di Pusat Pelupusan Sampah Ariake. Saya berharap, program seperti ini dapat diadakan untuk jangka masa yang lama agar hubungan antara Malaysia dan Jepun kekal erat. Program ini telah memberikan saya pengalaman yang tidak mungkin saya akan lupakan. Segala pengalaman dan pengetahuan akan saya kongsikan dengan rakan-rakan saya di Malaysia. Saya juga rasa sangat sedih kerana perlu berpisah dengan rakan-rakan Jepun dan keluarga angkat Jepun. Saya berasa begitu gembira kerana terpilih untuk menyertai program ini yang dapat memberikan saya motivasi serta merapatkan lagi hubungan silaturahim antara pelajar dan rakyat Jepun. Saya juga begitu berpuas hati kerana program yang dijalankan ini dapat memberi banyak manfaat kepada peserta serta rakyat Malaysia. Terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan oleh pihak pengurusan program ini. Saya berasa amat bangga dan gembira kerana dapat mengikuti program seperti ini. Saya harap program ini memberikan seribu satu kenangan manis di Jepun. Saya juga harap program seperti ini terus dilakukan agar lebih ramai orang dapat mempelajari Jepun serta budayanya. Secara keseluruhannya, program ini amat bagus dan menarik sekali. Namun terdapat sedikit kelemahan yang boleh diperbaiki lagi. Misalnya perbanyakkan lagi lawatan ke tempat-tempat menarik kerana Jepun banyak tempat yang menarik tetapi tidak dapat dilawati. Pertamanya, saya sungguh bersyukur kerana terpilih untuk meluaskan pandangan di dunia ini. Saya telah berpeluang melihat budaya asing yang selama ini hanya diketahui melalui pembacaan dan televisyen. Pada pendapat saya, setiap negara ada identiti yang tersendiri, ada baik dan buruknya. Oleh itu, saya berharap agar saya berjaya membawa perkara yang positif di Jepun ke negara saya. Saya juga akan mengambil pengajaran daripada perkara-perkara yang kurang baik yang telah saya lihat atau alami sepanjang berada di sini. Terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program JENESYS pada kali ini. Saya berasa amat terharu kerana layanan dan persiapan yang disediakan untuk program ini amat memuaskan dan saya rasa tidak salah jika saya menyatakan kesemuanya adalah yang paling baik. Dari segi aspek pengangkutan, penginapan, makanan dan pihak penganjur yang membantu dalam program ini amatlah bagus dan memuaskan. Banyak perkara baru yang saya dapat dan saya mahu mengamalkannya dan menyebarkannya kepada semua orang di Malaysia. Bagi saya, program ini tiada
○
○
○
○
○
kelemahan dan sangat menyeronokkan. Melalui kesungguhan orang-orang Jepun, saya berasa termotivasi dan bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh dalam bahasa Jepun dan pelajaran lain. Saya dapat mempelajari pelbagai benda baru yang sukar didapati di Malaysia. Selain itu saya juga dapat memperbaik cara komunikasi dengan orang lain. Segala maklumat yang saya terima sangat berguna bagi saya. Aktiviti yang terdapat dalam program ini berjalan sangat lancar. Program ini amat menarik dan telah memberikan pengalaman serta kenangan manis. Melalui program ini juga saya telah dapat mengenali sedikit sebanyak tentang Jepun. Saya juga telah berjaya menambahkan kenalan dan mendapat keluarga angkat yang sangat baik hati di Jepun. Secara keseluruhannya, walaupun agak sukar untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan ahli keluarga angkat dan rakyat tempatan, namun saya sangat gembira dan teruja apabila dapat mempelajari cara berkomunikasi yang unik. Selain itu, pendapat atau pandangan saya terhadap Jepun semakin baik. Misalnya tentang ekonomi Jepun yang sangat sistematik dan baik membuatkan saya kagum dengan negara Jepun ini. Terima kasih kerana dapat dilayani dengan baik oleh pihak-pihak yang terlibat program ini dan keluarga angkat. Lawatan kali ini yang begitu istimewa adalah jasa baik pihak penganjur. Saya tidak akan lupakan sehingga akhir hayat. Sejak hari pertama, saya telah memahami bahawa program ini dirancangkan dengan teliti. Saya sangat berpuas hati kerana tidak mempunyai sebarang kerisauan selama berada di sini malah dapat banyak pengetahuan baru.
Kumpulan Okinawa ○ Saya berasa sangat gembira dan berbesar hati kerana dapat menyertai program ini. Pada pendapat saya, program ini sangat bermanfaat terutamanya kepada para remaja Malaysia kerana pelajar Malaysia dapat membandingkan Malaysia dan Jepun dalam banyak aspek. ○ Saya rasa amat gembira apabila tiba di Jepun. Saya juga berasa amat sedih kerana meninggalkan kawan-kawan baru saya di Sekolah Menengah Okinawa Shogaku dan keluarga angkat saya. Keluarga angkat saya amat sibuk dan saya tidak dapat meluangkan masa dengan mereka. Saya berasa amat sedih. Saya harap program homestay yang akan datang dapat diteliti dengan baik. Secara keseluruhannya program ini berjalan dengan lancar sekali dan baik. ○ Saya berpendapat bahawa program seperti ini amat bermakna bagi para peserta. Aktiviti-aktiviti yang dijadualkan sememangnya meninggalkan kesan positif. Saya berasa amat gembira dapat mengikuti program ini. ○ Rasa bimbang dan takut ketika pertama kali menjejakkan kaki di Lapangan Terbang
○
○
○
○
○ ○
○
○
○
○
Narita ketika itu sangat tebal, tetapi setelah mengikuti program JENESYS ini sehinggalah ke hari ini, sebahagiannya telah reda. Saya telah mempelajari banyak perkara berdasarkan pengalaman saya di Jepun ini. Orang-orang di Tokyo sangat mementingkan masa, sentiasa berjalan pantas, sebahagiannya menaiki basikal untuk memudahkan perjalanan ke destinasi. Berbeza dengan orang Okinawa yang sentiasa tenang, sangat ramah, kesopanan mereka terserlah hampir di mana-mana. Saya memperoleh begitu banyak pengalaman dan pengetahuan daripada pelbagai aspek yang sememangnya banyak membantu untuk memperbaiki diri saya pada masa akan datang. Saya juga berharap dapat berkongsi sedikit sebagnyak daripada apa yang saya peroleh bersama-sama pihak sekolah, rakan-rakan dan juga ahli keluarga saya. Program yang disusun juga telah berjalan dengan lancar dan saya amat berpuas hati. Saya berasa sangat berpuas hati kerana program ini secara keseluruhan telah menyebabkan saya dapat mendalami negara Jepun secara mendalam. Selain itu, program homestay telah memberi impak positif yang cukup mendalam dalam diri saya. Saya sangat menyokong program ini kerana ia mampu membantu pelajar berdikari dan mengenali budaya orang Jepun serta mengeratkan lagi hubungan antarabangsa antara negara di mana pada masa akan datang, program seperti ini akan menjadi pemangkin kepada percetusan keamanan sedunia. Saya mencadangkan supaya program seperti ini akan diadakan dalam tempoh masa yang lebih panjang, mungkin 1 bulan atau 1 tahun. Saya sangat gembira kerana dapat berkomunikasi dan bertukar pendapat sepanjang program bengkel berlangsung. Di situ, saya banyak belajar tentang budaya, sukan, entertainmen terutamanya kartun malahan juga dapat belajar bahasa baru. Sangat seronok dan saya rasa ingin ke Jepun lagi pada masa akan datang. Ini merupakan pengalaman yang terindah yang saya pernah rasai. Mengenai program ini saya berpendapat bahawa semua program yang diatur cukup terancang dan menyeronokkan. Layanan yang diberi oleh keluarga angkat saya adalah cukup baik dan sempurna. Selain itu, saya juga berasa sangat bertuah kerana berpeluang untuk menonjolkan diri dalam setiap aktiviti bersama pelajar-pelajar Jepun. Program ini memberikan pengalaman yang bermakna kepada peserta dan memberi peluang kepada peserta untuk merasai perbezaan gaya hidup orang Malaysia dan Jepun seterusnya mengambil contoh untuk membaiki diri. Saya amat gembira apabila datang ke Jepun, terutama sekali apabila pergi ke Sekolah Menengah Okinawa Shogaku. Saya sangat berharap agar dapat pergi ke Jepun dan juga Okinawa pada masa akan datang. Saya berasa amat gembira dan berpuas hati dengan program ini kerana program ini telah memberi peluang kepada saya untuk mengenali dan memahami budaya di Jepun. Sehubungan itu, saya juga dapat membina persahabatan yang kukuh antara rakan di Jepun dan keluarga angkat. Selain itu, saya juga dapat mempelajari sistem-sistem yang diamalkan di Jepun bagi menjaga kebersihan alam sekitarnya. Program ini memang sangat menyeronokkan, Banyak tempat menarik dapat dilawati dan banyak pengalaman baru dapat ditimba.
Luahan Pendapat Pelajar Jepun Kumpulan Ibaraki : Sekolah Menengah Toride Shoyo Luahan pendapat pelajar-pelajar sekolah menengah Jepun yang telah mengikuti program perkhemahan jalinan mesra bersama pelajar-pelajar Malaysia. 1. Pandangan secara keseruluhan dan tanggapan terhadap pelajar-pelajar Malaysia
Sangat gembira kerana dapat berkomunikasi dengan baik melalui tarian dan lakonan bersama pelajar Malaysia.
Amat baik kerana telah dapat berinteraksi dan meluangkan masa bersama. Keluarga dan kawan-kawan saya sangat gembira kerana dapat cara melukis sambil menyanyi lagu yang diajar oleh pelajar Malaysia.
Saya tidak sangka dapat begitu mesra di antara satu sama lain dalam hanya dua hari satu malam sahaja.
Pengalaman ini sangat berharga.
Pada mulanya saya agak bimbang sedikit untuk berkomunikasi dengan pelajar-pelajar Malaysia tetapi saya mendapati bahawa sikap bersungguh-sungguh untuk menyampaikan sesuatu perkara adalah penting.
Saya rasa perbezaan di antara lelaki dan perempuan dalam agama Islam adalah sangat ketara tetapi saya telah dapat berbual-bual dengan mesra tak kira jantina.
Semuanya baik hati dan murni serta bersikap positif.
Saya berasa bimbang sedikit untuk tinggal bersama mereka kerana ada perbezaan antara agama dan adat resam tetapi mereka sangat peramah dan tidak berbeza dengan kami.
Pada mulanya susah sedikit untuk berkomunikasi dengan pelajar Malaysia tetapi mereka bersungguh-sungguh ingin memahami bahasa Inggeris saya yang kurang baik.
Saya berasa gembira apabila bahasa Inggeris saya telah dapat difahami
oleh mereka.
Pelajar lelaki dan perempuan dari Malaysia sangat baik hati dan mereka telah mengajar saya tentang budaya, kehidupan dan makanan di Malaysia.
Saya telah dapat belajar tentang sikap hormat-menghormati dan memahami perasaan orang lain serta kepentingan bahasa.
2. Perkara-perkara yang telah berubah pada diri sendiri setelah mengikuti program tersebut.
Saya akan sentiasa mengambil kira dan memberi perhatian terhadap orang lain dalam kehidupan seharian.
Saya dapat berkomunikasi walaupun tidak lancar menggunakan bahasa asing. Namun begitu kalau lebih pandai berbahasa Inggeris tentu dapat berinteraksi dengan lebih seronok.
Saya dapat meningkatkan keyakinan diri untuk menggunakan bahasa Inggeris.
Juga dapat tahu akan kepentingan melihat mata orang di hadapan apabila berkomunikasi dengannya dan walaupun kurang pandai berbahasa Inggeris tetapi mesti ada rasa ingin menyampaikan.
Saya dapat memahami mengenai kepentingan berkomunikasi dan berbahasa Inggeris walaupun sesuatu perkara itu boleh disampaikan menggunakan bahasa isyarat.
Saya dapat berkomunikasi dengan positif.
Sebelum
ini
saya
telah
menolak
dari menyertai
program
perhubungan
antarabangsa kerana ada halangan bahasa. Tetapi saya cuba menyertai program kali ini dan mendapati walaupun kurang berkomunikasi menggunakan bahasa tetapi masih dapat berinteraksi antara satu sama lain.
Saya ingin meneruskan
hubungan ini untuk selama-lamanya. 3. Perkara-perkara yang ingin dimanfaatkan untuk masa akan datang.
Saya ingin menyampaikan hal-hal yang diajari oleh pelajar-pelajar Malaysia dan kebaikan perhubungan antarabangsa kepada ramai orang.
Saya ingin berkomunikasi jika ada peluang yang diberikan tanpa sebarang prasangka.
Saya ingin mengekalkan rasa hormat-menghormati orang lain dan kepentingan bersikap positif serta cara-cara ingin menyampaikan sesuatu dengan pelbagai cara yang diajari oleh pelajar-pelajar Malaysia.
Saya telah mempelajari bahawa walaupun ada halangan dari segi bahasa tetapi tiada halangan pada perasaan masing-masing.
Sekiranya ada lagi peluang
sebegini saya benar-benar ingin menyertainya.
Kumpulan Aichi: Sekolah Menengah KTC Chuo Tajuk : Interaksi bersama pelajar Malaysia Semasa kali pertama saya berjumpa pelajar Malaysia, saya tidak begitu gementar kerana saya memang amat menantikan bertemu dengan mereka.
Pengalaman pertama saya
bersama mereka ialah semasa menikmati tarian dan permainan kendama yang dipersembahkan oleh pelajar KTC.
Saya dapati reaksi mereka semasa persembahan ini
sama seperti kami. Begitu juga semasa interaksi sukan yang diadakan pada sebelah petang, reaksi mereka juga sama seperti kami.
Misalnya, apabila mendapat mata dan menang, kami
bersama-sama menunjukkan perasaan gembira.
Cuma bezanya, apabila saya menghulur
telapak tangan sebagai tanda berkongsi kegembiraan, pelajar perempuan Malaysia enggan menyambutnya.
Perkara ini tidak pernah berlaku di Jepun.
Saya tidak terkejut dengan
perkara ini kerana telah diberi taklimat terlebih dahulu tentang sentuhan lelaki dengan perempuan di kalangan orang Islam.
Cuma saya berasa, amat hairan akan budaya ini.
Sepanjang program ini, saya telah diberi peluang melihat mereka bersembahyang serta mempersembahkan tarian traditional Malaysia.
Banyak manfaat yang telah saya perolehi
daripada interaksi dengan pelajar Malaysia kali ini. budaya ini amat berharga buat saya.
Pengalaman interaksi berlainan
Di samping itu, walaupun negara dan budaya
berlainan, persamaan generasi telah mewujudkan banyak persefahaman antara kami.
Pandangan-pandangan lain
Saya berasa kagum kerana mereka sangat mahir makan dengan penyepit. Menurut mereka, telah membuat latihan menggunakan penyepit di rumah masing-masing sebelum datang ke Jepun.
Bukan sahaja kali pertama saya melihat orang Islam bersembahyang, malah kali pertama juga saya ketahui wujudnya amalan seperti itu.
Saya berasa kagum melihat kamera digital terbaru yang mereka miliki.
Kami gembira bermain bola tampar dan dodge ball bersama-sama pelajar Malaysia tidak kira yang cergas mahupun yang kurang cergas bersukan.
Saya amat terharu ketia melihat tarian Malaysia.
Walaupun agak sukar dipelajari,
saya amat gembira dapat menari bersama mereka.
Saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada pelajar Malaysia yang telah membuat latihan tarian untuk kami.
Masa bersama pelajar Malaysia amat berharga buat saya. peluang, saya berharap mereka akan datang semula ke sini.
Sekiranya ada Sebaliknya pula,
kalau saya berpeluang akan melawat ke Malaysia, saya akan belajar bahasanya supaya dapat berkomunikasi dengan lebih banyak lagi.
Saya sangat hormat kerana mereka rajin belajar di kelas dengan gembira dan bersungguh-sungguh.
Saya
meneruskan
persahabatan
menggunakan bahasa Inggeris.
dengan
mereka
melalui
e-mel
dengan
Kumpulan Okinawa : Sekolah Menengah Okinawa Shogaku Tajuk : Pengalaman menyertai program interaksi bersama pelajar-pelajar Malaysia Ini adalah kali pertama saya menyertai program JENESYS. Saya berasa sangat gembira dapat menyertainya.
Sebenarnya saya berasa agak bimbang sebelum berjumpa dengan
pelajar Malaysia kerana terdapat banyak perbezaan di antara negara Malaysia dan Jepun dari segi agama, cara makan dan sebagainya. Malaysia adalah pertama kali bagi saya.
Tambahan pula interaksi bersama pelajar
Tetapi apabila saya berjumpa dengan pelajar
Malaysia, semuanya peramah, baik hati dan mudah tersenyum.
Saya hairan kerana
mereka pandai berbahasa Inggeris malah mereka juga rajin belajar bahasa Jepun dan cekap menggunakannya. Saya juga telah menjadi keluarga angkat.
Walaupun masanya pendek, cuma dua hari
sahaja, tetapi kami sekeluarga sempat melawat ke tempat-tempat menarik di Okinawa bersama pelajar Malaysia. baru tentang Okinawa.
Melalui lawatan tersebut, saya juga mendapat pengetahuan
Masa bersama pelajar Malaysia hanya sekejap sahaja namun
saya telah mendapat ramai kawan dan pandangan saya terhadap dunia juga telah berubah. Oleh itu saya amat berpuas hati. Sekiranya ada program seumpama ini, saya ingin menyertainya lagi.
Tajuk : Melalui interaksi budaya yang berbeza Pada mulanya, sebelum saya berjumpa dengan pelajar Malaysia, perasaan gembira dan risau bercampur-baur.
Saya telah menjadi keluarga angkat, oleh itu saya agak bimbang
mengenai perbezaan budaya dan agama.
Namun begitu, bila saya berjumpa dengan
pelajar Malaysia, mereka tersenyum walaupun ada perbezaan budaya dan agama. itu saya menganggap agama Islam adalah sangat baik.
Oleh
Terdapat banyak nilai murni pada
pelajar Malaysia yang boleh dicontohi, misalnya sikap menghormati ibu bapa yang semakin kurang di kalangan remaja Jepun kini. Melalui pergaulan bersama pelajar Malaysia, saya mendapati perbezaan di antara budaya dan agama tidak menjadi halangan untuk berkawan baik. saya ingin melawat Malaysia dan berjumpa dengan mereka.
Pada masa hadapan,
Luahan Pendapat Keluarga Angkat Kumpulan Ibaraki ○ Saya telah memahami pandangan, fikiran, dan cara hidup seorang yang bukan berbangsa Jepun.
Saya terharu kerana anak angkat saya bersopan dan bertimbang
rasa, suatu sifat yang sudah hilang pada remaja Jepun pada masa kini. ○ Anak angkat saya telah menjaga cucu saya dengan baik. ○ Anak angkat saya sangat ikhlas dan baik hati. pertama kami menjadi keluarga angkat.
Bagi keluarga kami, ini merupakan kali
Kami sekeluarga berasa gementar.
mungkin kami tidak dapat melayaninya dengan baik.
Kali ini,
Pun begitu, semasa jamuan
perpisahan, dia sentiasa bersama kami, menyebabkan kami berasa sangat gembira. ○ Ini merupakan kali pertama kami menerima dua anak angkat serentak.
Mereka amat
comel dan lucu apabila memperkenalkan sekolah masing-masing yang mana pada ketika itu mereka bersaing membuktikan sekolah siapa lebih baik.
Cucu saya yang
berumur 3 tahun sangat gemar bermain dengan kakak angkatnya ini manakala cucu saya yang berumur 6 tahun pula berkata “walaupun berlainan bahasa, apabila hati sudah terhubung, bahasa yang berlainan pun dapat difahami” semasa dia ingin menyampaikan sesuatu kepada anak angkat.
Ternyatalah, melalui program ini,
cucu-cucu saya tidak mencari perbezaan, malah telah mempelajari persamaan mereka dengan seorang yang berbangsa asing. ○ Ini merupakan kali kedua kami menerima anak angkat dari luar negara.
Kami amat
senang hati kerana pada kali ini juga, kami telah menerima anak yang amat baik. sekeluarga juga telah menyentuh serba sedikit tentang budaya Islam.
Kami
Hal ini amat
bermakna untuk kehidupan anak perempuan saya pada masa depan. ○ Walaupun tempoh homestay agak pendek iaitu dua hari satu malam, tetapi kami berasa bahawa negara Malaysia lebih dekat di hati kerana kami telah diberi peluang bersama bukan sahaja anak angkat sendiri tetapi juga dengan pelajar-pelajar lain dengan menari, makan dan berbual semasa jamuan ramah mesra dan jamuan perpisahan. ○ Pada mulanya anak lelaki saya amat segan berkomunikasi dengan anak angkat dari Malaysia.
Namun begitu, keadaan mula berubah apabila dia membantu anak angkat
ini makan ikan panggang yang mengandungi banyak tulang semasa sarapan pagi. Saya amat hairan melihat perubahan sikap anak sendiri.
Anak angkat saya sangat
bersopan dari segi cara bersalam, makan, menyusun kasut dan sebagainya. patut dicontohi orang Jepun.
Hal ini
Pengalaman menjadi keluarga angkat ini bagus sekali.
○ Dua anak angkat lelaki saya sering membantu kerja di dapur.
Menurut mereka, di
Malaysia juga, mereka sering membantu ibu di dapur kerana bilangan adik-beradik yang ramai. Kami memelihara seekor anjing.
Bagaimanapun, seperti yang telah diterangkan
kepada saya tentang pemeliharaan anjing, kedua-dua anak angkat saya hanya memanggil nama anjing itu sahaja tanpa mendekatinya.
Kumpulan Aichi ○ Ini merupakan kali kedua kami menerima pelajar Malaysia sebagai anak angkat. Kedua-dua anak angkat kami sangat baik sehingga kami dapat memahami kebagusan warganegara Malaysia.
Kami telah memahami perbezaan budaya seperti ada
makanan haram, tentang sembahyang dan sebagainya yang sebelumnya tiada lansung dalam kehidupan kami sendiri.
Sekali-sekala kami akan terkenang akan dia yang telah
pulang ke negaranya yang begitu jauh, “sihatkah dia?” “gigihkah dia berusaha?”.
Kami
juga benar-benar berterima kasih kepada semua yang menjayakan pertemuan ini. ○ Apabila kami dipanggil “otosan, okasan” oleh dua orang anak angkat comel yang umurnya sebaya dengan cucu kami ini, kami berasa amat bahagia dan kadangkala tersenyum gembira.
Sayangnya, kami tidak berkesempatan memberi peluang
kepadanya untuk bergaul dengan anak-anak Jepun yang sebaya dengannya semasa mereka tinggal di rumah kami. ○ Pada mulanya saya tidak tahu bagaimana untuk bercakap kerana rasa gementar tetapi saya sangat kagum akan kecekapan bahasa Jepun pelajar Malaysia.
Anak saya
berkata bahawa dia sangat riang dan comel apabila bermain dengan mereka tetapi di hadapan orang dewasa, dia agak kelihatan segan.
Saya amat menghormati sikap
pelajar Malaysia yang ingin belajar pelbagai perkara tentang Jepun. berpisah, kami tidak dapat menahan air mata.
Ketika waktu
Sehingga selepas pulang ke rumah pun,
saya menangis, menangis dan terus menangis.
Anak saya pula berasa amat malu
terhadap diri sendiri kerana sebelum program ini, pelbagai tanggapan pernah terbayang olehnya terhadap agama Islam.
Seharusnyalah kami mengucapkan terima kasih
kerana diberikan peluang yang begitu bermakna ini. ○ Saya telah mendapat pengalaman yang amat bermakna kerana dapat mengetahui tentang agama Islam secara langsung.
Tarian Malaysia yang telah dipersembahkan
semasa jamuan ramah mesra sangat menarik. ○ Semasa saya membuat keputusan menerima anak angkat untuk program ini, keluarga saya pada mulanya tidak begitu bersetuju.
Namun begitu, merekalah yang nampaknya
beriya-iya apabila bersungguh-sungguh mencari kamus bahasa Melayu dan mengemas rumah sebelum menerima kedatangan anak angkat.
Pada mulanya saya sangat
gementar dan seakan panik kerana tak tahu bagaimana melayani pelajar Malaysia, tetapi lama-kelamaan, saya menjadi biasa sehinggakan boleh tertawa besar bersama. Memang ada juga kesukarannya iaitu semasa tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Ketika itu, saya akan bertanya datuk saya atau merujuk kamus.
Barulah saya sedar
betapa perlunya saya mempelajari bahasa Inggeris bersungguh-sungguh.
Ketika
berpisah, saya telah mengucapkan “jumpa lagi” kepadanya sebagai ganti “sayonara” dan saya yakin dia akan kembali ke Jepun suatu hari nanti. ○ Tiga hari ini sangat menyeronokkan.
Pelajar Malaysia amat mesra, berdisiplin,
berdikari dan juga mempunyai sikap ingin mencuba. makan “natto” dan membuat tembikar.
Anak angkat saya telah mencuba
Saya sangat seronok melihat anak angkat saya
menghargai setiap saatnya di Jepun yang pertama kali dilawatinya ini.
Saya tidak akan
melupakan wajah riangnya ketika melihat salji yang merupakan pengalaman pertama dengan hidupnya. ○ Selama tiga hari ini, saya telah melalui saat-saat gembira bersama dua orang pelajar Malaysia.
Saya sangat gembira apabila kami memakai pakaian tradisional
masing-masing.
Saya telah dapat memahami kehidupan orang Malaysia melalui
gambar yang telah mereka bawa dari Malaysia.
Mereka pula meminati gambar
shiromuku iaitu pakaian perkahwinan tradisional Jepun yang saya tunjukkan.
Di
samping itu, mereka juga terpegun melihat gambar bunga sakura yang berkembang penuh.
Saya telah berjanji akan menghantar gambar sakura apabila ianya
berkembang nanti.
Saya menantikan kedatangan mereka lagi ke Jepun atas tujuan
menyambung pelajaran dan melawat saya di sini. ○ Pada hari yang menerima pelajar Malaysia, saya berasa risau kerana tidak sempat belajar bahasa Melayu tetapi setelah berjumpa dengannya, kerisauan saya hilang kerana anak angkat saya ini sangat baik, peramah dan bertimbang rasa. amat menghormatinya atas sikapnya yang ingin mencuba segala hal. berpuas
hati
kerana
telah
mendapat
banyak
kenangan
manis
Saya juga
Saya sangat dan
dapat
berkenal-kenalan dengan anak angkat yang tidak dapat dilupakan senyumannya. ○ Walaupun banyak kerisauan dan kebimbangan pada mulanya, tetapi akhirnya saya dapat tinggal bersama anak angkat selama tiga hari dua malam dengan gembira. Pengalaman ini telah pun mendatangkan manfaat kepada saya.
Kesedaran ingin
belajar yang ada pada pelajar Malaysia amat tinggi di samping pandai pula berbahasa Jepun.
Semakin lama, anak angkat saya ini semakin mesra dengan keluarga saya.
Kami juga telah mengambil gambar bersama dengan memakai kimono. semasa berpisah, rasanya sangat sedih.
Namun,
Saya ingin meneruskan persahabatan
dengannya melalui surat dan e-mel. ○ Saya kini telah dapat memahami bahawa, walaupun terdapat perbezaan bangsa dan bahasa, hubungan manusia boleh menjadi akrab dengan syarat wujudnya kemahuan melangkaui perbezaan tersebut.
Program keluarga angkat ini amat bermanfaat untuk
mewujudkan kesedaran tentang hal ini. ○ Kami sekeluarga banyak terhutang budi terhadap perasaan kasih sayang yang ditunjukkan oleh anak angkat kami.
Ribuan terima kasih diucapkan.
○ Sepanjang program ini, anak lelaki sayalah yang paling selalu bergaul dengan anak angkat kami dari Malaysia ini. malam.
Mereka berdua asyik berbual panjang sehingga larut
Semakin hari, minat saya terhadap Malaysia semakin bertambah apabila
mendengar cerita-cerita tentang tanah airnya itu. gemar mengambil gambar bunga higanzakura.
Selain itu, anak angkat saya ini juga
Bagaimanapun, saya agak serba salah
apabila dia meminta izin saya memetik bunga tersebut. Tentang makanan pula, saya bertepuk tangan kegembiraan apabila dia mencuba makan natto dan mengatakannya sedap.
Kami juga telah melawat Wisma Kraf Kaca.
Di situ, dia telah mencuba sendiri
membuat kraftangan kaca.
Saya dapati dia sangat rajin membuat catatan tentang
cara-cara membuat kraftangan tersebut.
Melalui program ini juga, kami telah dapat
mengetahui tentang agama dan juga budaya pemakanan orang Malaysia yang berbeza yang mana pada mulanya saya agak bimbang dan janggal kerana perbezaannya. Terima kasih juga kepadanya kerana mendengar anak saya bercakap bahasa Inggeris yang lemah dengan sabar.
Secara keseluruhannya, program homestay ini sangat
menyeronokkan dan memberi pengalaman yang berharga kepada saya dan keluarga.
Kumpulan Okinawa ○ Saya telah pun maklum sedikit sebanyak tentang budaya masyarakat Malaysia.
Saya
merasa sangat terharu apabila anak angkat saya memanggil saya ‘okasan’ lalu saya turut merasakan dia adalah anggota keluarga saya sendiri. malam adalah sangat singkat dirasakan. baik budi bahasanya.
Tempoh tiga hari dua
Anak angkat saya sangat lemah lembut dan
Saya harap akan meneruskan hubungan dengannya
selama-lamanya. ○ Peluang yang diberi kepada keluarga saya untuk menerima anak angkat adalah seperti tuah kepada kami.
Kami bersedia menerima anak angkat dengan perasaan gembira
dan ceria. ○ Pada mulanya kami berasa amat bimbang.
Namun, kami bersyukur kerana anak
angkat kami ini pandai berbahasa Jepun, peramah dan amat berdisiplin.
Kebetulan,
anak perempuan kami juga akan belajar di Thailand pada bulan Mei nanti.
Sudah pasti
saya akan meminta anak saya mencontohi anak angkat saya dalam pelbagai perkara. Sikapnya yang baik, mendengar kata dengan ikhlas dan menyampaikan sesuatu perkara dengan tepat amat menyentuh perasaan kami sekeluarga. ○ Program ini amat bermakna buat kami kerana berpeluang memahami perbezaan antara agama dan budaya.
Saya amat menyukai pelajar Malaysia yang bersikap ikhlas dan
rajin belajar tentang budaya masyarakat Jepun dalam pelbagai hal seperti adat makan Jepun dan sebagainya. ○ Saya dapat menambah pengetahuan melalui interaksi dengan warganegara selain Jepun yang jelas amat berlainan dari segi budayanya.
Pelajar-pelajar Malaysia sangat
baik dan bersopan santun. ○ Kami sekeluarga telah melayani anak angkat kami dengan sebaik mungkin berdasarkan kebolehan masing-masing.
Anak angkat saya telah meminta kami mengenakan
pakaian tradisi Jepun ‘kimono’ kepadanya apabila dia melihat gambar ‘Hari Usia Dewasa’.
Dia amat gembira dan banyak ambil gambar sebagai kenangan.
○ Pelajar Malaysia boleh bercakap menggunakan bahasa Jepun, oleh itu nenek saya yang berusia 81 tahun juga dapat berkomunikasi dengan dia secara langsung.
Pelajar
Malaysia amat baik kerana setelah menggunakan bilik tidur mereka mengemaskan semula bilik tersebut kerana mungkin diberi disiplin yang baik oleh ibu bapanya.
Gambar-Gambar Kenangan 【Program Am di Tokyo】
Orientasi di Asakusa View Hotel
Makan tempura di Asakusa
Lawatan ke Universiti Waseda (campus tour)
Lawatan ke Universiti Waseda (syarahan)
Lawatan ke Muzium Sains dan Inovasi Negara
Menyanyi lagu Jepun semasa jamuan makan malam
【Program mengikut kumpulan】 Kumpulan Ibaraki
Lawatan ke Muzium Alam Semulajadi Ibaraki
Beramah mesra dengan pelajar-pelajar Sek. Men.
Lawatan ke pesta bunga plam di Gunung Tsukuba
Menari tarian Melayu di Sek. Men. Toride Shoyo
Toride Shoyo
Gambar kenang-kenangan bersama keluarga-keluarga
Mengalami angin kencang dengan kelajuan 10 m/s
angkat
di Institut Penyelidikan Seni Bina
Kumpulan Aichi
Menuju ke Aichi dengan Shinkansen yang pertama
Interaksi sukan di Sek. Men. KTC Chuo
kali naik
Lawatan ke Taman Tokugawaen
Lawatan ke Kuil Shinto Asuke
Mencuba tenunan di Sansyu Asuke Yashiki
Bengkel pertukaran pendapat
Kumpulan Okinawa
Lawatan ke Sek. Men. Okinawa Shogaku (Okisho)
Kelas kaligrafi di Okisho
Mencuba “Sanshin” alat muzik Okinawa di Okisho
Selepas tamat bengkel pertukaran pendapat di Okisho
Lawatan ke Taman Peringatan Kedamaian
Menyanyi lagu Okinawa sambil mengalir air mata.