1 Pergerakan Belalang2 Pergerakan Belalang Belalang mempunyai rangka luar. Rangka luar belalang bersambung pada sendi-sendi belalang Rangka pada bahag...
Pergerakan Belalang Belalang mempunyai rangka luar. Rangka luar belalang bersambung pada sendi-sendi belalang Rangka pada bahagiang kaki mengandungi otot yang bertindak untukmenghasilkan pergerakan secara antagonistik iaitu pengecutan dan pengenduran otot.
Belalang mempunyai tiga pasanag kaki Berat badan belalang disokong oleh tiga kaki yang membentuk tripod - semasa pergerakan seperti berjalan. Manaakala tiga kaki yang lain menarik atau menolakbadan ke haadapan. Kebanayakan serangga mempunyai cakar dan pedap pada hujung setiap kaki, ini membolehkan serangga memanjat permukaan yang tegak Kaki belakang besar dan kuat untuk melompat Untuk melompat kaki belakang dilipat, kemudian diluruskan dengan cepat oleh pengecutan otot ekstensor, menolak badan ke atas dan ke hadapan. Mempunyai kepak pada toraks untuk terbang, semasa terbang ototpada bahagian toraks mengecut dan mengendur mewujudkan daya angkat membolehkan belalang terbang.
Pergerakan Ikan Ikan adalah haiwan akuatik Masalah semasa berenang ialah mengatasi rintangan air Mengatasi masalah ini dengan mempunyai badan berbentuk larus, sisik menghala ke belakang, disaluti lendir untuk melancarkan pergerakan.
Ikan mengibas ekornya ke kiri dan kanan disebabkan oleh pengecutan dan pengenduran otot miotom Otot miotom kanan mengecut, menyebabkan ekor melibas ke kanan. Otot miotom kiri mengecut, ekor melibas ke kiri. Pergerakan ekor ke kiri dan ke kanan menghasilkan daya tujahan ke hadapan.
Sirip berpasangan Sirip dan ridip ikan juga membantu utk pergerakan. Sirip ikan - sirip pektoral dan sirip pelvis Sirip pektoral berfungsi sebagai kemudi untuk menukar haluan dan bertindak sebagai brek untuk memperlahankan atau memberhentikan pergerakan. Sirip pelvis berfungsi untuk mencegah junaman dan golekan
Sirip tidak berpasangan
Ridip dan sirip dubur - membantu mencegah pesongan dan golekan
Bagaimana katak melompat
Pergerakan katak Kaki belakang yang panjang dan boleh dilipat. Kaki belakang dipanjangkan, pengecutan otot paha, tapak kaki menolak ke bawah dan ke belakang. Tindakan. Ini menolak katak ke hadapan dan ke atas ketika melompat .
Pergerakan burung
Burung mempunyai ciri-ciri yang membolehkan badannya ringan iaitu: Tulang berongga Kepala yang kecil Bulu pelepah kalis air Organ tidak berpasang
Sayap berbentuk aerofoil Dapat menghasilkan daya angkat Terdapat bongkah- bongkah otot yang besar dan kuat pada dada burung iaitu pektoralis major dan pektoralis minor Pengecutan otot pektorais major, menyebabkan otot pekoralis minor mengendur, menggerakkan sayap ke bawah. Pengecutan otot pektoralis minor, pengenduran otot pektoralis major menyebabkan sayap menaik ke atas Tindakan otot-otot dada secara antagonistik menyebabkan sayap burung bergerak ke atas dan ke bawah semasa terbang Badan burung yang berbentuk larus mengurangkan rintangan udara.
PERGERAKAN CACING TANAH Pergerakan berlaku dengan adanya otot lingkar dan otot memujur pada dinding badan dan keta iaitu bulu keras berkitin pada setiap segmen badannya. Otot bertindak secara antagonistik. Otot lingkar mengecut, otot membujur mengendur, akan mengecilkan dan memanjangkan cacing tanah. Otot lingkar mengendur, otot membujur mengecut akan memendek dan menebalkan badan cacing.. Untuk bergerak ke hadapan keta akan melepaskan cengkaman ke atas tanah
Tindakan otot pada bahagian anterior memanjangkan badan ke hadapan menyebabkan keta mencengkam tanah semula. Seterusnya, keta di bahagian posterior pula melepaskan cengkaman pada tanah. Proses yang berulang ini membolehan cacing bergerak ke hadapan.