PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 2, murid dapat : 1.
Mengetahui maksud komponen-komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan, kuasa, dan kelajuan;
2.
Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal;
3.
Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik artistik, gimnastik irama, gimnastik pendidikan, dan pergerakan kreatif dengan betul dan selamat;
4.
Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan;
5.
Melibatkan diri dalam mengamalkan etika sukan yang baik;
6.
Mengurus stor alatan sukan serta dapat mengklasifikasi jenis-jenis alatan sukan; dan
7.
Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan menggembirakan.
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.
OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 2, murid dapat : 1.
Memahami amalan pemakanan yang tidak sihat;
2.
Memahami peranan dan tanggungjawab ahli keluarga berdasarkan gender;
3.
Menjelaskan fungsi nutrien dan kesan kekurangannya;
4.
Memahami cara mengurus stres;
5.
Menjelaskan kesan pengambilan dadah;
6.
Memahami akta dan undang-undang penderaan kanak-kanak; dan
7.
Mengaplikasi prinsip dan prosedur Talk, Observe, Touch, Active, Passive dan Skills (T.O.T.A.P.S.).
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2
BAND
PERNYATAAN STANDARD Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan
1
serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran. Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan
2
kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran. Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi,
3
pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran. Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan
4
pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap positif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, dan kebersihan dan keselamatan persekitaran berasaskan pengetahuan dan pengalaman. Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat, berkemahiran
5
merancang, berkomunikasi, empati dengan orang lain, dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat. Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan, menjana kreativiti minda
6
menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera, dan berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan secara keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2
TUNJANG/BIDANG
BAND
KECERGASAN: 1 KECERGASAN FIZIKAL a) Daya tahan kardiovaskular b) Daya tahan otot c) Kekuatan otot d) Komposisi badan e) Kuasa f) Kelajuan g) Prinsip latihan
2
DESKRIPTOR BAND
Menyatakan definisi setiap komponen kecergasan fizikal dengan betul. Mengetahui konsep kekhususan dan tambah beban dalam prinsip latihan dengan betul.
Mengenal pasti organ /otot utama yang terlibat dalam lakuan aktiviti berdasarkan komponen-komponen kecergasan fizikal dengan betul Menjelaskan dengan contoh konsep tambah beban dalam program latihan.
3
Melakukan aktiviti-aktiviti berdasarkan komponen-komponen kecergasan fizikal yang sesuai.
4
Mengaplikasikan urutan prosedur keselamatan dalam melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan fizikal dengan menggunakan alatan atau tanpa alatan dengan betul.
5
Menghubungkaitkan faedah dan kaedah melakukan aktiviti berdasarkan komponen kecergasan fizikal dengan aktiviti fizikal harian dan sukan yang sesuai.
6
Menguasai tatacara dengan membimbing rakan sebaya dalam melaksanakan aktiviti kecergasan fizikal dengan betul .
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2
TUNJANG/BIDANG
BAND
DESKRIPTOR BAND
1
Menyatakan enam kemahiran asas permainan bola baling dengan betul.
2
Menyatakan otot-otot utama yang terlibat dalam melakukan kemahiran asas permainan bola baling dengan betul.
3
Melakukan kemahiran-kemahiran asas bola baling dengan teknik yang betul.
4
Mengenal pasti dengan jelas tindakan atau aksi berbahaya dalam situasi sebenar permainan bola baling.
5
Mempamerkan aksi kemahiran dan mengaplikasi undang-undang dan peraturan dalam situasi sebenar perlawanan bola baling.
6
Menguasai dan merancang formasi asas berpasukan yang sesuai dalam situasi perlawanan bola baling.
KEMAHIRAN: SUKAN Permainan a) Bola baling
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2
TUNJANG/BIDANG
BAND
DESKRIPTOR BAND
KEMAHIRAN:
1
Menyatakan lima kemahiran asas permainan badminton dengan betul.
SUKAN Permainan b) Badminton
2
Menyatakan otot-otot utama yang terlibat dalam melakukan kemahiran asas permainan badminton dengan betul.
3
Melakukan kemahiran-kemahiran asas badminton dengan teknik yang betul.
4
Mengenal pasti dengan jelas tindakan atau aksi berbahaya dalam situasi permainan badminton
5
Mempamerkan aksi kemahiran dan mengaplikasi undang-undang dan peraturan dalam situasi sebenar perlawanan badminton.
6
Menguasai dan merancang strategi asas yang sesuai dalam situasi perlawanan.
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2
TUNJANG/BIDANG
BAND
DESKRIPTOR BAND
KEMAHIRAN:
1
Menyatakan dua acara lari berganti-ganti dalam olahraga dengan betul.
SUKAN Olahraga a) Lari berganti-ganti
2
Mengenal pasti empat urutan fasa lakuan acara lari berganti-ganti dengan betul.
3
Melakukan ansur maju dalam fasa-fasa pergerakan asas dalam kemahiran acara lari berganti-ganti dengan betul.
4
Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan yang sesuai dalam melaksanakan acara berganti-ganti.
5
Mengaplikasikan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam situasi pertandingan acara lari berganti-ganti.
6
Merancang strategi asas yang sesuai dalam situasi sebenar pertandingan olahraga.
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2
TUNJANG/BIDANG
KEMAHIRAN: SUKAN Olahraga b) Rejam lembing
BAND
DESKRIPTOR BAND
1
Menunjuk tiga cara teknik asas pegangan lembing dengan betul.
2
Mengenal pasti dengan jelas empat urutan fasa lakuan acara rejam lembing.
3
Melakukan ansur maju dengan tertib dalam fasa-fasa pergerakan asas dalam acara rejam lembing.
4
Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan yang sesuai dalam salah satu teknik rejaman acara rejam lembing.
5
Mengaplikasikan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam situasi pertandingan acara rejam lembing.
6
Membimbing rakan sebaya dalam melaksanakan teknik dan fasa-fasa lakuan dalam acara rejam lembing dengan betul dan selamat.
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2
TUNJANG/BIDANG
BAND
1 KEMAHIRAN
DESKRIPTOR BAND
2
Pendidikan Pergerakan
Rekreasi
3 4 5
6
Menyatakan dengan betul empat disiplin dalam pendidikan pergerakan. Menyatakan maksud orienteering dengan betul. Mengenal pasti dengan betul komponen-komponen kecergasan fizikal yang diaplikasikan dalam kemahiran pendidikan pergerakan. Menjelaskan tiga faedah yang diperoleh dalam aktiviti orienteering dengan betul. Melakukan aktiviti secara tertib ansur maju pergerakan-pergerakan asas dalam pendidikan pergerakan. Menunjuk cara menggunakan kompas untuk mencari bearing dan objek dengan tepat. Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan yang sesuai dalam melaksanakan kemahiran pendidikan pergerakan. Melakukan langkah-langkah keselamatan yang sesuai dalam melaksanakan aktiviti orienteering. Membimbing rakan sebaya dalam melaksanakan fasa-fasa dan teknik lakuan dalam pendidikan pergerakan dengan betul. Melaksanakan aktiviti orienteering secara terancang di persekitaran kawasan sekolah.
Mereka cipta persembahan aktiviti kemahiran dalam pendidikan pergerakan.
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2
TUNJANG/BIDANG
BAND
DESKRIPTOR BAND
KESUKANAN
Pengurusan
Isu-isu dalam sukan dan
1
2
permainan
Etika
Mengetahui buku stok dan buku penggunaan alatan sukan dan permainan dengan betul . Menyenaraikan ciri-ciri semangat kesukanan dengan jelas. Menyenaraikan dua isu dalam sukan dan permainan. Menyatakan dengan jelas faedah melaksanakan penyemakan stok peralatan sukan dan permainan. Menyatakan maksud etika, semangat kesukanan dan amalan permainan bersih dalam sukan dengan tepat.
3
Membuat penyemakan stok peralatan sukan dan permainan dengan efisyen.
4
Mengenal pasti dengan tepat amalan permainan bersih dalam beberapa situasi sukan dan permainan.
5
Menyatakan jenis , kesan insentif dan isu pemilihan permainan yang betul dalam satu komuniti.
6
Memilih dan membuat laporan berkaitan satu isu sukan dan permainan daripada keratan akhbar. Menghuraikan cara meningkatkan etika atlet dalam sukan dan permainan dengan jelas.
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2
TUNJANG/BIDANG
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
BAND
1
DESKRIPTOR BAND
Menyatakan maksud anoreksia nervosa dan bulimia dengan betul . Menyatakan ahli-ahli dalam sesebuah keluarga asas dengan betul.
Kesihatan diri Kekeluargaan
2
Mengenal pasti dengan jelas tanda-tanda anoreksia nervosa dan bulimia.
Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya anoreksia nervosa dan bulimia dengan tepat.
Membezakan dengan tepat peranan setiap ahli keluarga untuk mencapai ciri-ciri keluarga bahagia
3
4
Menyenaraikan dengan jelas peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga.
5
Membincangkan fungsi makro nutrien dan mikro nutrien dengan betul
6
Membincangkan kesan amalan pemakanan yang tidak sihat terhadap kesihatan individu dengan betul.
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2
TUNJANG/BIDANG
GAYA HIDUP SIHAT
Pemakanan
Pengurusan konflik dan stress
BAND
DESKRIPTOR BAND
1
Menyenaraikan faedah-faedah memempunyai harga diri dengan betul. Menyatakan maksud dan jenis-jenis makro nutrien dan mikro nutrien dengan betul.
2
Menyatakan kesan stres yang biasa dialami terhadap diri sendiri dengan betul. Menyenaraikan sumber-sumber setiap nutrien dengan tepat. Menyatakan dengan jelas definisi penyalahgunaan bahan dadah.
Penyalahgunaan bahan 3
Membincang cara-cara yang sesuai untuk menguruskan stres.
4
Menjelaskan dengan tepat kesan kekurangan nutrien.
5
Menyenaraikan contoh-contoh kesan pengambilan dadah kepada institusi kekeluargaan dengan betul..
6
Memerihalkan secara jelas kesan pengambilan dadah terhadap tubuh badan .
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2
TUNJANG/BIDANG
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN
Keselamatan
Pertolongan cemas
BAND
1
DESKRIPTOR BAND
Menyatakan dengan jelas jenis penderaan kanak-kanak. Menyatakan maksud akronim T.O.T.A.P.S dengan tepat.
2
Menerangkan dengan tepat akta perlindungan kanak-kanak.
3
Menerangkan dengan tepat peranan agensi yang terlibat dalam menangani kes penderaan kanak-kanak.
4
Menerangkan dengan jelas prinsip dan prosedur T.O.T.A.P.S untuk kecederaan ringan.
5
Membincangkan kesan pengabaian dan penganiayaan kanak-kanak kepada masyarakat dengan jelas Melakukan dengan tertib amali T.O.T.A.P.S
6
Mengaplikasi pengetahuan keselamatan dan pertolongan cemas dengan nenunjuk cara prosedur pertolongan cemas T.O.T.A.P.S
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2