PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 2
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, para pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.
OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH Kurikulum Pendidikan Sejarah membolehkan murid: OM 1 OM 2 OM 3 OM 4 OM 5 OM 6 OM 7 OM 8 OM 9
Menyatakan kepentingan Mata Pelajaran Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan mengamalkannya sebagai pendidikan sepanjang hayat serta mampu berdikari. Menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan negara dan mempertahankan maruah bangsa. Memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara. Menjelaskan kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan sumbangannya di peringkat antarabangsa. Mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan. Mengamalkan nilai-nilai murni. Menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional.
SEJARAH TINGKATAN 2
2
BAND
PERNYATAAN STANDARD
1
Mempunyai pengetahuan yang terhad tentang fakta sejarah.
2
Memahami dan berupaya menjelaskan fakta sejarah.
3
Menghuraikan fakta sejarah dan serta berupaya membuat rumusan yang mudah.
4
Menunjukkan penguasaan yang menyeluruh terhadap fakta sejarah serta berupaya menganalisis fakta sejarah. Mengaplikasi kemahiran sejarah dan berupaya membuat rumusan yang bersesuaian dengan peristiwa sejarah.
5
Membuat penilaian terhadap fakta sejarah negara dan dunia serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah.
6
Berupaya mengemukakan idea yang bernas dan rasional untuk menangani sesuatu isu yang berkaitan dengan kepentingan negara.
SEJARAH TINGKATAN 2
3
TEMA
BAND
KEMAKMURAN DAN KEKAYAAN NEGARA KITA MENARIK KUASA LUAR UNTUK MENJAJAH
DESKRIPTOR
1
Menyatakan maklumat berkaitan dengan faktor yang mendorong pertapakan dan peluasan pengaruh kuasa Barat di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah secara ringkas.
2
Menerangkan dengan jelas: cara pertapakan kuasa Barat di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah kekayaan hasil bumi Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah
3
Menghurai dan membuat rumusan yang mudah berserta contoh yang sesuai berkaitan dengan: cara kuasa Barat mengukuhkan pengaruh cara pemimpin tempatan menghalang pertapakan dan peluasan pengaruh kuasa Barat kegiatan ekonomi British di Tanah Melayu Mengenal pasti persamaan dan perbezaan secara sistematik serta membuat rumusan yang sesuai berkaitan dengan cara pemimpin tempatan menghalang pengukuhan kuasa Barat.
4 Menganalisis serta membuat rumusan yang sesuai berkaitan dengan cara British mengeksploitasi hasil bumi. Membuat penilaian berkaitan dengan kesan penguasaan kuasa Barat terhadap Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah berdasarkan pelbagai sumber. 5 Menghuraikan iktibar yang diperoleh daripada pertapakan kuasa Barat di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah daripada pelbagai aspek. 6
SEJARAH TINGKATAN 2
Memberi pendapat yang bernas dan rasional untuk manfaatkan kekayaan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
4
TEMA
BAND
DESKRIPTOR Menyatakan beberapa orang tokoh pemimpin tempatan yang berjuang menentang penjajah British.
TINDAK BALAS MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PENJAJAH BRITISH
1 Menerangkan secara ringkas maksud semangat kebangsaan. 2
Menerangkan dengan jelas tentang: faktor-faktor pemimpin setempat menentang penjajah British faktor-faktor kebangkitan semangat kebangsaan
3
Menghuraikan serta membuat rumusan yang mudah tentang: peristiwa penentangan pemimpin setempat terhadap penjajah British cara golongan nasionalis membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan masyarakat tempatan
4
Menganalisis serta membuat rumusan yang sesuai berkaitan dengan strategi pemimpin setempat berjuang menentang penjajah British.
5
6
SEJARAH TINGKATAN 2
Membuat penilaian berdasarkan pelbagai sumber berkaitan dengan: keberkesanan perjuangan pemimpin setempat menentang penjajah British keberkesanan perjuangan golongan nasionalis dalam gerakan kebangsaan Memberikan pendapat dan idea yang bernas dan rasional untuk mempertahan kedaulatan negara daripada sebarang bentuk ancaman.
5