PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID GEOGRAFI TINGKATAN 2
MATLAMAT KURIKULUM GEOGRAFI
Kurikulum Geografi membolehkan murid memahami fenomena geografi berfokus kepada negara Malaysia dan hubungannya dengan negara-negara lain supaya dapat melahirkan murid yang berilmu, bertanggungjawab, bersyukur dan mengenali serta mencintai negara Malaysia.
OBJEKTIF KURIKULUM GEOGRAFI Kurikulum Geografi Sekolah Menengah membolehkan murid: 1. Menghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, skala, dan jarak dalam organisasi ruangan. 2. Mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data geografi berbentuk kuantitatif dan kualitatif. 3. Memberi pendapat secara kreatif dan kritis, mengenal pasti dan mengkaji masalah semasa daripada aspek geografi serta membuat keputusan dengan bertanggungjawab. 4. Menjelaskan fenomena alam dan saling kaitannya dengan manusia berasaskan taburan dan pola-pola yang wujud di negara Malaysia dan negara-negara lain. 5. Mengenal pasti cara hidup dan budaya pelbagai komuniti di negara lain serta menghargai ciri-ciri persamaan dan kelainannya dengan negara Malaysia. 6. Memerihalkan keadaan saling memerlukan dalam sistem alam, kegiatan ekonomi, sosial dan politik antara satu negara dengan negara lain. 7. Menerangkan kesan kegiatan manusia ke atas alam sekitar serta penting menguruskan alam dan sumber dengan bertanggungjawab dan bijaksana. 8. Mengenali, menghargai dan berbangga terhadap ciri-ciri geografi negara Malaysia yang istimewa dan unik. 9. Menggabungjalin pelbagai fakta geografi dan dapat membuat kesimpulan yang rasional. 10. Mensyukuri dan mencintai alam, bersederhana dan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan dan peka terhadap perasaan serta keperluan orang lain.
GEOGRAFI TINGKATAN 2
2
BAND
PERNYATAAN STANDARD
1
Mengetahui konsep, prinsip geografi dan kemahiran geografi.
2
Mengetahui dan memahami konsep, prinsip geografi dan kemahiran geografi .
3
Memahami dan mengaplikasikan konsep, prinsip geografi dan kemahiran geografi .
4
Mengaplikasikan pengetahuan geografi dan kemahiran geografi untuk menganalisis, mensintesis dan menilai maklumat geografi.
5
6
GEOGRAFI TINGKATAN 2
Menggabungjalin pengetahuan dan kemahiran geografi untuk membuat keputusanyang rasional dan boleh menganalisis impak kegiatan manusia terhadap alam sekitar serta mengamalkan penjagaannya secara bijaksana. Mengkaji dengan mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data dan maklumat geografi berbentuk kuantitatif dan kualitatif.
3
TEMA
BAND
DESKRIPTOR
1
Menyatakan asas kemahiran geografi yang berkaitan dengan kedudukan berdasarkan latitud dan longitud, skala dan jarak serta graf dengan betul.
2
Menjelaskan asas kemahiran geografi yang berkaitan dengan kedudukan berdasarkan latitud dan longitud;bearing sudutan;skala dan jarak ; dan simbol peta bergambar dengan betul.
3 KEMHIRAN GEOGRAFI
GEOGRAFI TINGKATAN 2
Mengaplikasikan kemahiran geografi dengan menentukan kedudukan berdasarkan latitud dan longitud,mengira waktu tempatan,mengukur bearing sudutan, menukar jarak menggunakan skala dan membina graf dengan tepat.
4
Mentafsir peta bergambar dan bahan grafik dengan tepat berdasarkan maklumat dan data yang disediakan.
5
Mempersembahkan maklumat geografi daripada pelbagai sumber yang relevan / sesuai dan dapat membuat keputusan yang rasional berdasarkan maklumat tersebut.
6
Mengemukakan dan mempersembahkan idea / pendapat / cadangan yang bernas tentang kesejahteraan persekitaran menggunakan kemahiran geogarafi yang sesuai.
4
TEMA
DINAMIK PENDUDUK
GEOGRAFI TINGKATAN 2
BAND
DESKRIPTOR
1
Menyatakan jenis taburan penduduk di Malaysia dengan contoh yang betul.
2
Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk, perubahan penduduk, dan migrasi penduduk dengan terperinci.
3
Mengenal pasti ciri penduduk berlebihan dan kurang penduduk dengan betul.
4
Menghuraikan kesan-kesan perubahan penduduk terhadap penerokaan sumber dengan jelas.
5
Mengkaji dan menilai faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk secara berkesan di kawasan kajian dengan jelas / tepat.
6
Mengemukakan dan mempersembahkan idea / pendapat / cadangan yang sesuai dan boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah kependudukan : Penduduk berlebihan Kurang Penduduk
5
TEMA
BAND 1
Menyatakan lokasi petempatan awal di Malaysia dengan tepat.
2
Menjelaskan faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak petempatan awal dan pelbagai pola petempatan di Malaysia dengan betul.
3
Mengenal pasti fungsi petempatan bandar dan luar bandar di Malaysia dengan tepat.
4
Menghuraikan kesan-kesan pembandaran di Malaysia dengan mengemukakan contoh yang sesuai.
5
Menggabungjalin fakta dan merumus kesan pembandaran terhadap alam sekitar dengan memberikan contoh yang sesuai.
6
Mengkaji kesan pembandaran terhadap alam sekitar dan mempersembahkan idea / pendapat / cadangan yang sesuai dan boleh dilaksanakan untuk mewujudkan bandar lestari.
PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANYA
GEOGRAFI TINGKATAN 2
DESKRIPTOR
6
TEMA
BAND 1
Menyenaraikan cara pengangkutan awal di Malaysia dengan betul.
2
Menjelaskan keperluan pengangkutan dan perhubungan awal serta perkembangannya di Malaysia dengan contoh yang sesuai.
3
Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sistem perhubungan dan kesan perkembangan pengangkutan terhadap alam sekitar di Malaysia dengan tepat.
4
Menghuraikan kepentingan jaringan pengangkutan dan perhubungan terhadap pembangunan negara serta langkah-langkah yang sesuai dan boleh dilaksanakan bagi mengurangkan kesan negatif perkembangan pengangkutan ke atas alam sekitar negara Malaysia.
5
Menggabungjalin fakta dan merumus kesan perkembangan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar dengan baik.
6
Mengkaji kesan perkembangan sistem pengangkutan dan mencadangkan langkahlangkah yang sesuai dan boleh dilaksanakan untuk mewujudkan sistem pengangkutan lestari.
PENGANGKUTAN DAN PENGANGKUTAN
GEOGRAFI TINGKATAN 2
DESKRIPTOR
7