PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID GEOGRAFI TINGKATAN 1
MATLAMAT KURIKULUM GEOGRAFI
Kurikulum Geografi membolehkan murid memahami fenomena geografi berfokus kepada negara Malaysia dan hubungannya dengan negara-negara lain supaya dapat melahirkan murid yang berilmu, bertanggungjawab, bersyukur dan mengenali serta mencintai negara Malaysia.
OBJEKTIF KURIKULUM GEOGRAFI Kurikulum Geografi Sekolah Menengah membolehkan murid: 1. Menghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, skala, dan jarak dalam organisasi ruangan. 2. Mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data geografi berbentuk kuantitatif dan kualitatif. 3. Memberi pendapat secara kreatif dan kritis, mengenal pasti dan mengkaji masalah semasa daripada aspek geografi serta membuat keputusan dengan bertanggungjawab. 4. Menjelaskan fenomena alam dan saling kaitannya dengan manusia berasaskan taburan dan pola-pola yang wujud di negara Malaysia dan negara-negara lain 5. Mengenal pasti cara hidup dan budaya pelbagai komuniti di negara lain serta menghargai ciri-ciri persamaan dan kelainannya dengan negara Malaysia. 6. Memerihalkan keadaan saling memerlukan dalam sistem alam, kegiatan ekonomi, sosial dan politik antara satu negara dengan negara lain. 7. Menerangkan kesan kegiatan manusia ke atas alam sekitar serta penting menguruskan alam dan sumber dengan bertanggungjawab dan bijaksana. 8. Mengenali, menghargai dan berbangga terhadap ciri-ciri geografi negara Malaysia yang istimewa dan unik. 9. Menggabungjalin pelbagai fakta geografi dan dapat membuat kesimpulan yang rasional. 10. Mensyukuri dan mencintai alam, bersederhana dan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan dan peka terhadap perasaan serta keperluan orang lain.
GEOGRAFI TINGKATAN 1
2
BAND
PERNYATAAN STANDARD
1
Mengetahui konsep, prinsip geografi dan kemahiran geografi.
2
Mengetahui dan memahami konsep, prinsip geografi dan kemahiran geografi .
3
Memahami dan mengaplikasikan konsep, prinsip geografi dan kemahiran geografi .
4
Mengaplikasikan pengetahuan geografi dan kemahiran geografi untuk menganalisis, mensintesis dan menilai maklumat geografi.
5
6
GEOGRAFI TINGKATAN 1
Menggabungjalin pengetahuan dan kemahiran geografi untuk membuat penilaian / kesimpulan yang rasional dan boleh menganalisis impak kegiatan manusia terhadap alam sekitar serta mengamalkan penjagaannya secara bijaksana. Mengkaji dengan mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data dan maklumat geografi berbentuk kuantitatif dan kualitatif.
3
TEMA
BAND
1
Menyatakan asas kemahiran geografi yang berkaitan perkara berikut dengan betul: Kedudukan Arah Jarak dan skala
2
Menjelaskan kemahiran geografi yang berkaitan perkara berikut dengan betul. Kedudukan Arah Jarak dan skala Simbol peta
3
Mengaplikasi kemahiran geografi melibatkan perkara berikut dengan tepat. Mengorientasi kompas Mengukur jarak menggunakan skala Membina graf
KEMAHIRAN GEOGRAFI
4
GEOGRAFI TINGKATAN 1
DESKRIPTOR
Mengaplikasikan dan menghubungkait kemahiran geografi dalam organisasi ruang atau lapangan mengikut prosedur yang betul.
5
Mentafsir peta lakar dan bahan grafik dengan tepat berdasarkan maklumat dan data yang relevan/sesuai.
6
Mengemukakan dan mempersembahkan idea / pendapat / cadangan yang bernas tentang kesejahteraan persekitaran menggunakan kemahiran geogarafi yang sesuai.
4
TEMA
BAND 1
2
3 BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA
4
GEOGRAFI TINGKATAN 1
DESKRIPTOR Menyatakan pelbagai bentuk muka bumi Malaysia dengan memberikan fakta dan contoh yang sesuai dan betul. Menjelaskan pelbagai bentuk muka bumi iaitu di Malaysia dengan memberikan fakta dan contoh yang sesuau dan betul. Tanah tinggi Tanah pamah Pinggir laut Saliran Mengenal pasti dan menerangkan taburan kepelbagaian bentuk muka bumi dan lokasinya di Malaysia dengan fakta yang tepat. Tanah tinggi Tanah pamah Pinggir laut Saliran Menghuraikan kepentingan bentuk muka bumi Malaysia dengan menggunakan fakta dan contoh yang jelas. Tanah tinggi Tanah pamah Pinggir laut Saliran
5
Membanding dan membezakan dengan betul kepentingan pelbagai bentuk muka bumi yang berkaitan terhadap kegiatan manusia antara negara Malaysia dengan negara lain
6
Mengkaji potensi dan halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia serta mengemukakan cadangan yang relevan untuk pembangunan di kawasan berkaitan
5
TEMA
BAND 1
Menyatakan jenis iklim dan ciri-cirinya di Malaysia dengan tepat.
2
Menerangkan pengaruh pergerakan bumi terhadap cuaca dan iklim dengan jelas. Putaran bumi Peredaran bumi
3
Mengenal pasti dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi cuaca dan iklim negara Malaysia dengan tepat.
4
Menghubungkait pengaruh cuaca dan iklim terhadap cara hidup manusia di Malaysia dan di zon iklim yang lain dengan mengemukakan contoh yang sesuai. Pertanian Perikanan
5
Menggabungjalin fakta mengenai kesan kegiatan manusia dan merumus kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di Malaysia secara komprehensif dan menyeluruh.
6
Mengkaji kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim dan mengemukakan langkah yang relevan bagi mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di Malaysia.
CUACA DAN IKLIM
GEOGRAFI TINGKATAN 1
DESKRIPTOR
6
TEMA
TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR
GEOGRAFI TINGKATAN 1
BAND
DESKRIPTOR
1
Menyatakan / menunjukkan jenis tumbuhan semula jadi di kawasan sekitar dengan tepat.
2
Menjelaskan jenis tumbuhan semula jadi dan hidupan liar dengan betul.
3
Mengenal pasti faktor-faktor semulajadi dengan tepat.
4
Membandingkan ciri-ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar negara Malaysia dengan negara lain dengan contoh yang sesuai.
5
Menggabungjalin fakta mengenai kesan kegiatan manusia dan membuat rumusan kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar dengan mengemukakan contoh yang sesuai.
6
Mengkaji kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar serta mencadangkan langkah melestarikan tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
yang mempengaruhi kepelbagaian jenis tumbuhan
7