PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID
MATEMATIK TINGKATAN 1
MATLAMAT KURIKULUM MATEMATIK Kurikulum Matematik Sekolah Menengah bertujuan untuk membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi.
OBJEKTIF KURIKULUM MATEMATIK Kurikulum matematik sekolah menengah membolehkan murid: 1.
Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip dan teorem yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan.
2.
Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan.
3.
Menguasai kemahiran asas matematik iaitu: • Membuat anggaran dan penghampiran • Mengukur dan membina • Memungut dan mengendali data • Mewakilkan dan mentafsir data • Mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik • Menggunakan algoritma dan perkaitan • Menyelesaikan masalah • Membuat keputusan
4.
Berkomunikasi secara matematik.
5.
Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
6.
Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain.
7.
Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka ilmu matematik.
MATEMATIK TINGKATAN 1
2
8.
Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab.
9.
Bersikap positif terhadap matematik.
10. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.
MATEMATIK TINGKATAN 1
3
BAND
PERNYATAAN STANDARD
1
Tahu pengetahuan asas matematik.
2
Tahu dan faham konsep dalam matematik.
3
Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik.
4
Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik.
5
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dengan menggunakan pelbagai kaedah.
6
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik secara kreatif, inovatif dan berkesan.
MATEMATIK TINGKATAN 1
4
DESKRIPTOR MATEMATIK TINGKATAN 1
TAJUK
BAND
NOMBOR
1
Mengenal pasti nombor dengan betul.
2
Menentukan dengan betul, - nilai tempat dan nilai digit nombor bulat. - nombor ganjil, nombor genap dan nombor perdana. - nilai pecahan dan nilai nombor perpuluhan. - menggunakan symbol > dan < bagi dua integer.
3
Melakukan pembundaran nombor dengan betul dan tepat kepada, - nombor bulat - nombor perpuluhan
*NOMBOR BULAT *POLA DAN URUTAN NOMBOR *PECAHAN *PERPULUHAN *PERATUSAN *INTEGER
DESKRIPTOR
Menentukan gandaan dan faktor bagi nombor bulat dengan betul.
4
MATEMATIK TINGKATAN 1
Melakukan operasi nombor secara sistematik kepada, - gabungan yang melibatkan nombor bulat. - gabungan jenis-jenis nombor. - peratusan. - integer.
5
5
Menyelesaikan masalah tidak rutin secara sistematik yang melibatkan gabungan operasi pelbagai nombor.
6
Menggunakan idea kreatif dan inovatif untuk menyelesaikan masalah matematik berkaitan dengan nombor dalam suatu situasi harian yang melibatkan gabungan pengetahuan dan kemahiran matematik secara sistematik. atau Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan, penulisan ,projek atau permainan yang menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik berkaitan dengan nombor secara berkesan.
BENTUK DAN RUANG
1
Mengenalpasti bentuk dan ruang dengan betul.
*UKURAN ASAS *SUDUT DAN GARISAN *POLIGON *PERIMETER & LUAS *PEPEJAL GEOMETRI
2
Menentukan ciri-ciri sudut dan garis dengan betul. Menamakan jenis –jenis polygon dengan betul.
3
Mengukur dan melukis sudut dengan tepat.
4
Melukis bentangan kubus dan kuboid dengan betul.
5
Menyelesaikan masalah secara sistematik yang melibatkan, - ukuran asas. - sudut dan garis. - polygon. - perimeter dan luas. - isipadu kubus dan kuboid.
MATEMATIK TINGKATAN 1
6
6
Menggunakan idea kreatif dan inovatif untuk menyelesaikan masalah matematik berkaitan dengan bentuk dan ruang dalam suatu situasi harian yang melibatkan gabungan pengetahuan dan kemahiran matematik secara sistematik. atau Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan, penulisan ,projek atau permainan yang menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik berkaitan dengan bentuk dan ruang secara berkesan.
1
Mengenalpasti pemboleh ubah dengan betul.
2
Menyatakan pekali dan sebutan serupa bagi suatu sebutan dengan betul.
3
Menentukan bilangan sebutan dalam ungkapan algebra dengan betul.
4
Memudahkan ungkapan algebra dengan tepat.
5
Menyelesaikan masalah berkaitan ungkapan algebra dengan sistematik.
6
Menggunakan idea kreatif dan inovatif untuk menyelesaikan masalah matematik berkaitan dengan ungkapan algebra dalam suatu situasi yang melibatkan gabungan pengetahuan dan kemahiran matematik secara sistematik. atau Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan, penulisan, projek atau permainan yang menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik berkaitan dengan ungkapan algebra secara berkesan.
PERKAITAN *UNGKAPAN ALGEBRA
MATEMATIK TINGKATAN 1
7