PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL Pendidikan
Moral
di
sekolah
menengah
adalah
untuk
membentuk
individu
yang
berakhlak
mulia,
bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan Negara serta masyarakat global.
OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL Objektif mata pelajaran Pendidikan Moral adalah untuk membolehkan murid: OM1 Memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia; OM2 Menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar serta berusaha ke arah mengekalkannya; OM3 Meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik; OM4 Mengembangkan pemikiran dan perasaan moral dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan OM5 Mempunyai iltizam untuk mengamalkan tingkah laku yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.
PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3
2
PERNYATAAN STANDARD
BAND 1
Mempunyai pengetahuan asas moral dan penerapan nilai-nilai untuk berakhlak mulia.
2
Mempunyai pengetahuan dan kefahaman moral serta penerapan nilai-nilai untuk berakhlak mulia.
3
Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral serta mempraktikkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia.
4
Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral dengan betul serta mempraktikkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia secara tertib, iaitu berlandaskan peraturan dan undang-undang.
5
Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral dengan betul dan tepat serta mengamalkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia secara tertib dalam pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat.
6
Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral dengan betul dan tepat serta mengamalkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia secara tertib, tekal dan berterusan dalam pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat.
PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3
3
ASPEK/DOMAIN
BAND
DESKRIPTOR
1
Menyatakan ganjaran / hukuman yang bakal diterima dari setiap tindakan dalam bidang perkembangan diri, kekeluargaan, alam sekitar dan patriotisme dengan betul.
2
Menerangkan kesan kepada setiap tindakan dalam bidang perkembangan diri, kekeluargaan, patriotisme dan demokrasi dengan betul dan tepat.
3
Mengaplikasi setiap tindakan yang dianggap baik oleh masyarakat dalam bidang perkembangan diri, alam sekitar, patriotisme dan demokrasi dengan betul.
4
Meneroka pilihan dan membuat keputusan berdasarkan pemikiran moral dalam bidang perkembangan diri, hak asasi manusia, demokrasi serta keamanan dan keharmonian dengan betul dan tepat.
5
Menilai sesuatu tindakan moral yang berteraskan kepada kepentingan sosial dan masyarakat dalam bidang hak asasi manusia, demokrasi serta keamanan dan keharmonian dengan betul dan berkesan.
6
Menilai sesuatu tindakan moral yang berteraskan kepada kepentingan sosial dan masyarakat dalam bidang hak asasi manusia, demokrasi serta keamanan dan keharmonian dengan betul dan berkesan secara tekal dan berterusan.
KOGNITIF
PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3
4
ASPEK/DOMAIN
BAND
DESKRIPTOR
1
Menerima dan menunjukkan persetujuan dalam aktiviti berkaitan alam sekitar dan patriotisme bagi nilai berikut dengan baik: Peka terhadap isu-isu alam sekitar Cinta akan negara Hidup bersama secara aman Saling membantu dan bekerjasama Bertanggungjawab Rasional Mematuhi peraturan dan undang-undang
2
Memberi respons dalam aktiviti berkaitan alam sekitar dan patriotisme bagi nilai berikut dengan baik: Menyayangi dan menghargai alam sekitar Kemapanan alam sekitar Peka terhadap isu-isu alam sekitar Cinta akan negara Hidup bersama secara aman Saling membantu dan bekerjasama
3
Boleh menunjukkan perlakuan dalam aktiviti berkaitan alam sekitar dan patriotisme bagi nilai berikut dengan baik apabila disuruh: Menyayangi dan menghargai alam sekitar Kemapanan alam sekitar Peka terhadap isu-isu alam sekitar Cinta akan negara
PENGHAYATAN / PENGAMALAN NILAI
PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3
5
PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3
4
Boleh menunjukkan perlakuan dalam aktiviti berkaitan alam sekitar dan patriotisme bagi nilai berikut dengan baik dengan rela hati dan tertib: Peka terhadap isu-isu alam sekitar Cinta akan negara Hidup bersama secara aman Saling membantu dan bekerjasama Bertanggungjawab Rasional Mematuhi peraturan dan undang-undang
5
Boleh mengamalkan nilai berikut dengan rela hati dan tertib dalam aktiviti berkaitan alam sekitar dan patriotisme dalam pelbagai situasi: Kemapanan alam sekitar Peka terhadap isu-isu alam sekitar Cinta akan negara Saling membantu dan bekerjasama
6
Boleh mengamalkan nilai berikut secara tekal dan berterusan dalam aktiviti berkaitan alam sekitar dan patriotisme dalam pelbagai situasi: Menyayangi dan menghargai alam sekitar Kemapanan alam sekitar Cinta akan negara Saling membantu dan bekerjasama Bertanggungjawab Rasional
6