O.M.G KINI KEMBALI TERMA DAN SYARAT 1. Kempen O.M.G KINI KEMBALI Affin Islamic Bank Berhad 2016/2017 (Kempen) akan berlangsung dari Disember 2016 hingga Jun 2017. Semua permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh Kempen. Sebarang lanjutan selepas itu akan diputuskan atas budi bicara mutlak Affin Bank Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad (kemudian dari ini secara kolektif dirujuk sebagai “AFFINBANK”). 2. Kempen ini terbuka kepada semua Pelanggan individu AFFINBANK yang baharu dan sedia ada yang membuka, mengekalkan, mendaftar atau memohon dengan produk-produk berikut dengan AFFINBANK sepanjang tempoh Kempen: 2.1
Deposit Berjangka-i dan/atau Deposit Berjangka Plus-i (kemudian dari ini secara kolektif dikenali sebagai “TD-i”) Pendaftaran Perbankan Internet Runcit (RIB) Pendaftaran Perbankan Internet Korporat (CIB) Urusniaga JOMPay Produk pelaburan Produk Pembiayaan (gadai janji dan sewa beli)
2.2 2.3 2.4 2.5 2.6
3. Individu berikut TIDAK LAYAK untuk menyertai Kempen ini: 3.1 3.2
Kakitangan tetap dan/atau kontrak AFFINBANK (termasuk anak syarikatnya dan syarikat berkaitan) dan ahli keluarga terdekat mereka (suami/isteri, anak, ibu bapa, ibu bapa mertua; dan/atau Kakitangan tetap dan/atau kontrak agensi pengiklanan (termasuk anak syarikatnya dan syarikat berkaitan) dan ahli keluarga terdekat mereka (suami/isteri, anak, ibu bapa, ibu bapa mertua).
MEKANISME KEMPEN 4. Kempen hanya untuk Dana Baharu. Dana Baharu ditakrifkan sebagai: 4.1 4.2
Wang tunai, GIRO Antara Bank, dana baharu yang diterima melalui pemindahan bertelegraf dari bank lain, cek tempatan atau cek jurubank yang dikeluarkan oleh bank lain dalam tempoh satu minggu dari tarikh deposit. Hasil yang timbul daripada penebusan ekuiti dan dana amanah saham yang didepositkan semula ke dalam mana-mana Akaun Semasa dan Akaun Simpanan (CASA) dan/atau CASA-i.
5. Berikut ini tidak dianggap sebagai Dana Baharu: 5.1 5.2
Pemindahan dana antara bank, iaitu pemindahan dana dari akaun AFFINBANK yang lain (sama ada Simpanan, Semasa, Deposit Tetap, Deposit Berjangka-i dan/atau Akaun Pelaburan Am-i) di bawah nama akaun yang sama. Pemindahan antara bank dalam AFFINBANK di bawah nama akaun yang sama.
6. Setiap urusniaga akan melayakkan Pelanggan dengan penyertaan kempen seperti yang ditunjukkan di bawah: Perkara
Jenis Urus niaga
Kelayakan
i.
Membuka akaun TD-i baharu
TD-i dengan minimum RM 20,000
Kelayakan Penyertaan Setiap akaun = 10
ii.
Pengarah/Penandatangan CACO/ CACO WADIAH sedia
TD-i dengan minimum RM 20,000
Setiap akaun = 20
Hakcipta 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V)
1
ada membuka TD-i baharu iii.
Pendaftaran RIB
Mendaftar dan mengaktifkan RIB
iv.
Pendaftaran CIB
Mendaftar dan mengaktifkan CIB
v.
JOMPay
vi.
Pembiayaan Gadai Janji
vii.
Pembiayaan Sewa Beli
viii.
Amanah Saham berasakan Syariah
Melakukan satu urus niaga melalui JOMPay Setiap RM50,000 Pembiayaan Gadai Janji yang diluluskan Setiap RM50,000 Sewa Beli yang diluluskan Setiap RM2,000
Setiap pengaktifan =3 Setiap pengaktifan =5 Setiap urus niaga =5 Setiap RM 5,000 = 10 Setiap RM 2,000 = 10 Setiap RM 2,000 = 5
Penerangan tentang penyertaan Kempen: i. ii.
iii. iv. v. vi. vii. viii.
Membuka akaun TD-i baharu dengan minimum RM20,000. Setiap akaun TD-i layak untuk sepuluh (10) penyertaan. Pengarah/ penandatangan CACO/ CACO WADIAH (Akaun Semasa Syarikat) sedia ada membuka akaun TD-i baharu dengan minimum RM20,000. Setiap akaun layak untuk dua puluh (20) penyertaan. Mendaftar untuk RIB. Setiap pengaktifan RIB layak untuk tiga (3) penyertaan. Mendaftar untuk CIB. Setiap pengaktifan CIB layak untuk lima (5) penyertaan. Melakukan urus niaga melalui JOMPay. Setiap urus niaga layak untuk lima (5) penyertaan. Memohon Pembiayaan Gadai Janji. Setiap RM50,000 yang diluluskan layak untuk sepuluh (10) penyertaan. Memohon Pembiayaan Sewa Beli. Setiap RM50,000 yang diluluskan layak untuk sepuluh (10) penyertaan. Melanggan dan melabur dalam Amanah Saham berasaskan Syariah. Setiap RM2,000 layak untuk lima (5) penyertaan.
Nota: Untuk berpeluang memenangi hadiah utama, kriteria berikut mestilah dipenuhi: i.
Pelanggan mestilah membuka akaun TD-i baharu sebanyak RM20,000.
HADIAH 7.
Hadiah yang ditawarkan dalam Kempen ini adalah: 7.1
7.2
7.3
Sejumlah empat ratus dua puluh (420) pemenang setiap bulan sepanjang tempoh tujuh (7) bulan, enam (6) hadiah utama, lapan (8) hadiah kedua dan lapan (8) hadiah ketiga pada akhir kempen. Secara keseluruhannya, empat ratus empat puluh dua (442) hadiah akan dimenangi, iaitu empat ratus dua puluh (420) pemenang bulanan dan dua puluh dua (22) pemenang hadiah utama. Hadiah bulanan akan diberi dalam bentuk baucar tunai, dan hadiah utama adalah dalm bentuk: Hadiah utama – Kereta Hadiah kedua – Wang tunai RM8,000 + baucar Barangan Elektrik Hadiah ketiga – Wang tunai RM4,000 + baucar Barangan Elektrik Hadiah kereta yang ditawarkan dalam perjanjian ini tertakluk kepada perubahan dan penambahbaikan spesifikasi, warna, model dan reka bentuk produk tanpa memberikan
Hakcipta 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V)
2
7.4
7.5
7.6
notis terlebih dahulu atau memberikan apa jua sebab. Gambar yang ditunjukkan dalam apa-apa iklan dan/atau bahan promosi adalah untuk tujuan fotografi sahaja. AFFINBANK berhak secara mutlak tanpa memberikan notis terlebih dahulu atau memberikan apa jua sebab untuk menggantikan hadiah yang diiklankan dengan hadiah yang mempunyai nilai runcit yang sama dan setara. Semua hadiah yang dimenangi oleh pemenang tidak boleh dipindah milik, dibayar balik atau ditukar ganti dengan wang tunai atau apa jua jenis kredit. Semua hadiah untuk Kempen ini akan diserahkan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas nama pemenang diumumkan dalam laman sesawang AFFINBANK di www.affinbank.com.my dan/atau www.affinislamic.com.my. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik atau ditukar ganti dan tertakluk kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini dan apa-apa hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh tiga (3) bulan selepas nama pemenang diumumkan akan dibatalkan.
PEMILIHAN PEMENANG 8.
Pemilihan pemenang hadiah untuk Kempen ini adalah seperti yang berikut – 8.1 Hadiah Bulanan 8.1.1 Enam puluh (60) pemenang akan dipilih setiap bulan tertakluk kepada kriteria yang dinyatakan dalam Fasal empat (4), lima (5) dan enam (6) di atas. Secara keseluruhannya, terdapat empat ratus dua puluh (420) pemenang bulanan sepanjang Kempen ini. 8.1.2 Setiap pemenang bulanan layak memenangi baucar tunai. 8.1.3 Akaun Deposit pemenang mestilah aktif mengikut takrif AFFINBANK ketika pemenang dipilih, jika tidak, pemenang tersebut akan disingkirkan. 8.2
Hadiah Utama 8.2.1 Dua puluh dua (22) pemenang akan dipilih pada akhir Kempen tertakluk kepada kriteria yang dinyatakan dalam Fasal empat (4), lima (5) dan enam (6) di atas. 8.2.2 Hadiah Utama adalah dalam bentuk: Hadiah utama - Kereta Hadiah kedua – Wang tunai RM8,000 + baucar Barangan Elektrik Hadiah ketiga – Wang tunai RM4,000 + baucar Barangan Elektrik 8.3.3 Akaun Deposit pemenang Hadiah Utama mestilah aktif mengikut takrif AFFINBANK ketika pemenang dipilih, jika tidak, pemenang tersebut akan disingkirkan. 8.3.4 Hadiah Utama akan diserahkan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh akhir Kempen.
MEKANISME/PROSES PEMILIHAN PEMENANG 9.
Merujuk Fasal enam (6), setiap Penyertaan Kempen (CE) akan diperuntukkan nombor bersiri dijana komputer dan ditukarkan sebagai penyertaan dalam sistem. Semua nombor bersiri dijana komputer akan dikumpulkan dan disimpan dalam sistem untuk menyenaraipendekkan bakal pemenang. 9.1
Pemilihan Pemenang Hadiah Bulanan 9.1.1 Keseluruhan nombor bersiri dijana komputer pada akhir bulan berkenaan akan dikumpulkan untuk menyenaraipendekkan bakal pemenang Hadiah Bulanan.
Hakcipta 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V)
3
9.1.2
9.1.3
Suatu mekanisme yang dijalankan menggunakan fungsi Microsoft EXCEL akan memilih secara rawak nombor bersiri dijana komputer sebagai nombor yang menang. Jika seorang pemenang disingkirkan, AFFINBANK berhak memilih peserta lain yang layak bermula dari nama teratas dalam senarai simpanan sebagai pemenang. Langkah ini akan diulang sehingga semua pemenang Hadiah Bulanan ditentukan. Langkah di atas akan diulang untuk bulan berikutnya bagi menentukan pemenang Hadiah Bulanan.
9.2
Pemilihan Pemenang Hadiah Utama 9.2.1 Keseluruhan nombor bersiri dijana komputer pada akhir tempoh Kempen akan dikumpulkan untuk menyenaraipendekkan bakal pemenang Hadiah Utama. 9.2.2 Suatu mekanisme yang dijalankan menggunakan fungsi Microsoft EXCEL akan memilih secara rawak nombor bersiri dijana komputer sebagai nombor yang menang untuk menentukan bakal pemenang Hadiah Utama. 9.2.3 Jika seorang pemenang disingkirkan, AFFINBANK berhak memilih peserta lain yang layak bermula dari nama teratas dalam senarai simpanan sebagai pemenang. Langkah ini akan diulang sehingga pemenang Hadiah Utama ditentukan.
9.3
Menurut Fasal tujuh (7), lapan (8) dan sembilan (9) di atas, AFFINBANK berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk mengubah/menyemak/meminda mekanisme/proses pemilihan seperti yang dianggapnya sesuai pada bila-bila masa tanpa memberikan notis terlebih dahulu. Mekanisme/proses pemilihan akan ditentukan sepenuhnya oleh AFFINBANK dan tidak boleh dipersoalkan atas apa jua sebab. Keputusan AFFINBANK adalah muktamad dan apa-apa pertikaian berkaitannya tidak akan dilayan.
9.4
Dalam apa jua keadaan, AFFINBANK tidak akan bertanggungan bagi apa-apa kerugian atau ganti rugi (termasuk tanpa had kepada), hilang pendapatan, keuntungan, nama baik, ganti rugi langsung atau tak langsung, sampingan, turutan, teladan, hukuman atau khas terhadap mana-mana pihak termasuk pihak ketiga, walau dengan apa cara sekali pun timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau selainnya berkaitan dengan Kempen ni dan/atau hadiah bulanan. Walaupun AFFINBANK telah dimaklumkan terlebih dahulu tentang kemungkinan berlakunya ganti rugi tersebut, namun semua ganti rugi tersebut dikecualikan dengan nyatanya.
AM 1. Terma dan Syarat Am yang terpakai bagi semua akaun deposit/produk/perkhidmatan hendaklah terpakai pada setiap masa. 2. Pemenang bertanggungjawab untuk membayar apa-apa cukai kerajaan yang berkaitan termasuk tetapi tidak terhad kepada cukai pendapatan peribadi, jika berkaitan, dan caj, perbelanjaan, kos walau apa pun jenis dan keterangannya dan walau dengan apa cara sekali pun ditanggung/terakru atau levi, jika ada, yang berkaitan dengan hadiah bulanan. 3. Bilangan maksimum hadiah yang layak dimenangi oleh peserta yang layak ialah satu (1) hadiah sepanjang tempoh Kempen. 4. Kempen ini berakhir pada Jun 2017. Walau bagaimanapun, Bank berhak menamatkan Kempen ini setelah Kempen ini mencapai had yang dikehendaki walaupun sebelum tarikh Kempen berakhir. Apa-apa lanjutan tempoh selepas itu akan diputuskan atas budi bicara mutlak
Hakcipta 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V)
4
AFFINBANK. 5. Pemenang akan dihubungi oleh AFFINBANK seberapa segera yang mungkin melalui nombor telefon terkini seperti yang dipaparkan dalam sistem AFFINBANK pada bila-bila masa ketika waktu pejabat. 6. Jika pemenang tidak menjawab panggilan telefon apabila dihubungi oleh AFFINBANK, kelayakan pemenang tersebut akan terbatal. AFFINBANK berhak memilih peserta lain yang layak bermula dari nama teratas dalam senarai simpanan sebagai pemenang. Langkah ini akan diulang sehingga pemenang ditentukan. 7. Nama pemenang akan dipaparkan dalam laman www.affinbank.com.my dan/atau www.affinislamic.com.my.
sesawang
AFFINBANK
di
8. Pemenang Kempen akan dikehendaki hadir dan menyertai upacara penyampaian hadiah dan/atau acara lain yang berkaitan yang dianjurkan oleh AFFINBANK dan jika pemenang gagal menghadiri upacara dan/atau acara tersebut, AFFINBANK berhak membatalkan hadiah itu dan memilih pemenang yang lain. 9. Peserta yang layak dengan ini membenarkan dan memberi kuasa kepada AFFINBANK untuk menggunakan nama, fotografi yang diambil dan apa-apa maklumat lain tentang pemenang dan/atau wakil untuk tujuan pengiklanan dan promosi pada masa kini dan masa hadapan, atau untuk dipaparkan dalam apa-apa bahan publisiti berkaitan dengan Kempen tanpa pampasan. 10. AFFINBANK berhak, setelah memberikan notis sewajarnya, meminda, memotong dan/atau menambah pada mana-mana “Terma dan Syarat” ini dengan memberikan notis 21 hari terlebih dahulu kepada Pelanggan. Pelanggan bersetuju bahawa dengan meneruskan penyertaan dalam Kempen ini akan membentuk penerimaan mereka terhadap “Terma dan Syarat” ini. Pelanggan bersetuju untuk sentiasa mengakses laman sesawang untuk melihat “Terma dan Syarat” dan memastikan mereka mendapat maklumat terkini tentang apa-apa pertukaran atau perubahan “Terma dan Syarat” ini. 11. Walau apa pun yang dinyatakan sebelum ini apabila peserta meminta “Terma dan Syarat” ini dalam versi Bahasa Inggeris, maka AFFINBANK hendaklah memberikannya kepada peserta dan jika perjanjian itu diikat atas dasar ini, maka “Terma dan Syarat” dalam versi Bahasa Inggeris akan digunakan. 12. “Terma dan Syarat” ini, termasuk apa-apa pindaan, pemotongan atau penambahan, akan mengatasi apa-apa peruntukan atau pernyataan yang terkandung dalam apa-apa bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini. 13. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan bersetuju untuk terikat dengan “Terma dan Syarat” ini. 14. Semua “Terma dan Syarat” yang ditetapkan dalam perjanjian ini akan dikawal dan ditafsirkan menurut undang-undang di Malaysia. 15. Notis Privasi seperti yang terkandung dalam laman sesawang kami di www.affinislamic.com.my adalah terpakai. 16. Produk deposit dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Pelaburan Amanah Saham tidak dilindungi oleh PIDM.
Hakcipta 2016 Affin Islamic Bank Berhad (709506-V)
5