OKTOBER 2010
BSP Mencapai 8.9 Juta Jam Kerja Tanpa Insiden Sebuah publikasi Syarikat Brunei Shell Petroleum Sdn Bhd
MAKLUMAT LANJUT Sekiranya awda ingin mendapatkan maklumat lanjut, memberi sebarang komen atau menyumbang artikel, hantar e-mel yang mengandungi nama awda, alamat, nama syarikat serta jawatan awda kepada: editorial@ shell.com Untuk membaca lebih banyak bahan berita, sila kunjungi https://www.bsp.com.bn/main/ mediacentre/media_centre.asp LANGGANAN Bagi mengubah atau membatalkan langganan ini, sila hantar e-mel kepada editorial@shell. com dengan menyatakan nama, jawatan, syarikat/ organisasi dan alamat awda DITERBITKAN OLEH Jabatan Hal Ehwal Luar Korporat Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd Jalan Utara Panaga Seria KB3534 Brunei Darussalam PENYUNTING EKSEKUTIF Justin Jaapar TATA SUSUN DAN REKABENTUK Hajah Fauziah Jahis FOTOGRAFI Mohd Zufri Mohd Bakhtiar James How (Nanyang Photo Trading) John Han (Nanyang Photo Trading) Aryo Santoso (Nanyang Photo Trading) PENCETAK Wing On Printing Sdn Bhd SINGKATAN BSP – Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd BLNG – Brunei LNG Sdn Bhd BSM – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd BST – Brunei Shell Tankers Sdn Bhd
Dari Meja Pengarah Urusan BSP
Rakan-rakan Sejawat Sekelian, Kita akan melalui tempoh masa yang amat sibuk dengan hanya ada dua bulan sahaja lagi sebelum tahun ini berakhir. Saya tahu yang awda semua sedang berusaha keras untuk mencapai sasaran-sasaran perniagaan kita. Saya amat bersukacita kerana berpeluang mengumumkan di Staff Cascade yang lalu, kejayaan kita mencapai 8.9 juta jam kerja tanpa sebarang kes yang boleh direkodkan. Ini adalah pencapaian terbaik di dalam sejarah BSP, mengalahkan rekod lima juta jam kerja yang dicatat pada 2005. Sememangnya ini satu prestasi yang amat mengkagumkan, dengan 3,500 kakitangan BSP dan 10,000 kakitangan kontraktor bekerja selama tiga bulan tanpa kecederaan kecil sekalipun. Seharusnya semua orang amat berbangga dengan kejayaan ini dan tahniah saya ucapkan. Amat mudah sekali untuk merasa berpuas hati dan seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, kita hanyalah sebagus prestasi keselamatan yang mampu kita capai dan hanya satu insiden sahaja boleh memusnahkan segala-galanya; untuk keluarga yang terpaksa menanggung akibat dan juga bagi pihak Syarikat. Oleh itu pastikanlah awda mengamalkan sepenuhnya prinsip-prinsip pematuhan, intervensi atau teguran dan sikap yang betul pada hari ini dan bagi setiap hari yang akan mendatang. Bercakap tentang pengeluaran minyak pula, kita menepati unjuran ke arah mencapai sasaran pengeluaran. Kita menghadapi cabaran untuk memenuhi sasaran pengeluaran gas sebanyak 178 kargo menjelang Disember, walaupun saya tahu semua orang sedang berusaha sedaya-upaya tanpa mengenepikan asas “penghasilan selamat” sebagai keperluan utama kita. Sementara itu, kita mencatat kemajuan perbelanjaan yang bagus di bawah paras sasaran Perbelanjaan Mengurus (OPEX) dan Perbelanjaan Pembangunan (CAPEX) yang ditetapkan. Salah satu faktor penyumbang yang telah dapat mengurangkan perbelanjaan adalah penjimatan-penjimatan yang dikenalpasti melalui kerja-kerja mempertingkatkan perniagaan. Sertailah program BI1000 dan letakkan cabaran pada diri awda sendiri untuk mencari lebih banyak lagi peluang-peluang bagi mengurangkan kos-kos yang tidak perlu. Saya juga sukacita mengumumkan bahawa baru-baru ini kita telah mentauliahkan kemudahan Fasa 2 di SCOT dan telah berjaya memasang bahagian topside SKID ke atas struktur jaket platform ini. Semakin kita hampir ke penghujung 2010, masih ada banyak lagi kerja yang perlu dijalankan tetapi saya yakin yang kita akan sekali lagi mampu mencatat prestasi yang baik. Teruskanlah usaha kita yang terbaik dan penuhilah sasaran-sasaran kita dengan selamat.
GRAHAEME HENDERSON Pengarah Urusan BSP
KANDUNGAN
SALAM
PEMASANGAN PANTAS KABEL KUASA BAGI MENJAMIN PENGELUARAN
12
16
06 Dr Grahaeme Henderson dilantik ahli Lembaga Pembangunan Ekonomi Brunei
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenakan pelantikan Dr Grahaeme Henderson, Pengarah Urusan Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), sebagai ahli Lembaga Pembangunan Ekonomi Brunei (BEDB). Kenyataan pelantikan tersebut yang diumumkan di seluruh negara pada 18 Oktober, menyebut bahawa Dr Grahaeme Henderson telah menerajui hala tuju strategik serta operasi BSP semenjak April 2005. Dato Paduka Timothy Ong, Pemangku Pengerusi BEDB berkata bahawa pelantikan Dr Henderson akan membawa masuk pengalaman serta kepakaran yang amat bernilai bagi kerja-kerja yang dijalankan oleh BEDB.
02 DARI MEJA PENGARAH URUSAN BSP 04 bsp mencatai 8.9 juta jam kerja tanpa insiden 05 jabatan projek-projek utama catat detik penting 08 Pengurusan barangan: Mempertingkatkan ketepatan pengiraan stok 10 Inovasi Teknikal BSP
12 Sistem permit untuk bekerja elektronik dihidupkan di NGCP dan scot 14 Kakitangan BSP terima sijil latihan pengaudit dalam ISO14001 16 Jerayawara keselamatan lori tangki 18 Brunei Shell Tankers mencapai puncak di Jepun
maklumat utama keselamatan
BSP Mencapai 8.9 Juta Jam Kerja Tanpa Insiden
S
yarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) telah mencapai 8.9 juta jam kerja tanpa mencatat sebarang kes berkaitan kkeselamatan yang boleh direkodkan (TRC), yang merupakan pencapaian pertama seumpamanya sepanjang 80 tahun sejarah syarikat. Ianya juga merupakan salah satu prestasi yang terbaik di dalam Shell Upstream dan juga industri minyak dan gas sedunia. Rekod ini telah dicatat bersama oleh 3,500 kakitangan BSP dan 8,000 kakitangan kontraktor yang bekerja berterusan selama 3 bulan tanpa sebarang kecederaan serius. Kejayaan ini lebih bermakna kerana BSP mempunyai persekitaran beroperasi yang telah matang dan sangat kompleks yang merangkumi keseluruhan Brunei, serta tenaga kerja pelbagai bangsa yang menjalankan aktivitiaktiviti berisiko tinggi. Di dalam persekitaran ini terdapat lebih daripada 200 platform luar pantai, enam rig penggerudian luar pantai yang satu darinya beroperasi di lautan dalam, 2 rig daratan, 50 bot bekalan, kapal tunda dan sokongan, sebuah yad pembinaan yang menghasilkan sehingga dua struktur jaket dan dek setiap tahun, termasuk sebuah terminal daratan bagi menyimpan serta memuatkan minyak mentah dengan gas yang terhasil disalurkan melalui talian paip ke sebuah kemudahan LNG. Grahaeme Henderson, Pengarah Urusan BSP berkata, “Kita telah menumpukan usaha-usaha kita di dalam tiga bidang utama. Pertama, ekoran dua insiden pelanggaran keselamatan proses yang berpotensi tinggi untuk berlaku beberapa tahun yang lalu, kita telah memperkukuhkan lagi bidang yang penting ini di dalam perniagaan kita. Bersama-sama dengan peningkatan keterlibatan pihak pengurusan dan juga tumpuan yang padu terhadap para
04 Salam Oktober 2010
Pengarah Urusan BSP Grahaeme Henderson mengucap tahniah kepada kakitangan BSP atas pencapaian keselamatan itu
penyelia dan pekerja, usaha ini mempunyai kesan yang mendalam ke atas prestasi keselamatan keseluruhan kita.” Beliau menambah, “Walaupun dari segi statistik kejayaan ini adalah mengkagumkan, kita harus mengingatkan diri masing-masing bahawa ini adalah satu kemenangan bagi warga kerja kita. Kita ada ribuan pekerja pelbagai bangsa yang mempunyai keluarga serta anak masing-masing. Setiap seorang daripada mereka adalah penting dan kita harus menyebarluaskan mesej bahawa kita harus senantiasa melindungi antara satu sama lain hari ini dan juga bagi setiap hari yang akan kita lalui bersama.”
Jabatan Projek-projek Utama Catat Detik Penting
P
ada Oktober 8 2010, Jabatan Projek-projek Utama (MPM) Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) telah menyambut genapnya dua tahun pencapaian Sasaran Sifar yang bersamaan dengan lebih lapan juta jam aktiviti kerja berisiko tinggi tanpa sebarang kecederaan. Semenjak jabatan ini ditubuhkan pada 2006, ianya telah menguruskan kesemua projek-projek utama BSP melalui pembentukkan serta pelaksanaan. Ini termasuklah kerja-kerja fabrikasi serta pemasangan struktur-struktur jaket, topside serta talian paip; pelaksanaan projek-projek hidrokarbon di daratan dan skop kerja yang meluas bagi padang hidrokarbon matang atau brownfield. Grahaeme Henderson, Pengarah Urusan BSP berkata, “Kemampuan melalui dua tahun tanpa sebarang kecederaan di dalam bidang yang amat terdedah kepada risiko ini adalah satu pencapaian yang mengkagumkan. Ianya bermakna yang semua orang telah dapat pulang berjumpa keluarga masing-masing setiap hari dan ini adalah salah satu sumbangan paling besar yang dapat kita lakukan di dalam kerjaya masing-masing”. Anugerah CEO 2009 telah mengiktiraf MPM dan BSP bagi kecemerlangan di dalam pengurusan keselamatan, tetapi ahli kumpulan-kumpulan kerja yang terlibat menyedari bahawa usaha untuk menjamin kesemua tapak-tapak kerja akan terus bebas dari sebarang insiden serta kecederaan di masa hadapan akan memerlukan sesuatu ikhtiar yang lebih lagi. Kunci kepada ikhtiar ini adalah kawalan ke atas keselamatan, kos, jadual dan kualiti yang selaras dengan tahap profesionalisma serta komitmen peribadi. Ini akan seterusnya diperkukuhkan lagi dengan inisiatif-inisiatif berkaitan dengan Sasaran Sifar dan juga Peraturan Melindungi Nyawa yang boleh diamalkan
dengan segera. Langkah-langkah seterusnya bagi MPM adalah aktiviti mengangkut, memasang serta mentauliahkan bahagian-bahagian topside Selangkir dan Iron; memulakan proses fabrikasi dek utiliti LQ Champion 7 yang seberat 2,200 tan dan juga modul tempat tinggal luar pantai yang mempunyai 240 katil. Semuanya ini berjalan seiring dengan pelaksanaan program penggantian talian paip dan juga projek rejuvenasi Terminal Minyak Mentah Seria. BP10 kini mempunyai potfolio projek yang berdaya maju untuk tahun-tahun yang akan datang, terdiri dari projekprojek Pembanjiran Air Champion, Seria EOR, Danau Bubut, Peluang Penghasilan Awal Darat (DEPO), Osprey dan juga projek pemampatan Ampa 9. Dengan begitu banyak sekali aktiviti yang berjalan serentak, amatlah penting kita mampu Lakukan Perkara Yang Betul setiap waktu.
Mendahului jadual tanpa sebarang kecederaan: Bahagian topside bagi projek Selangkir/Iron Duke sedang ditunda daripada Yad Pembinaan Marin BSP ke lokasi pemasangan. Projek ini adalah penghasilan terkini Jabatan Projek-projek Utama BSP
Oktober 2010 Salam 05
BERITA BSP
Pemasangan Pantas Kabel Kuasa Bagi Menjamin Pengeluaran
S
Operasi pemasangan talian kabel kuasa di luarpantai
yarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) telah berjaya memasang satu talian kabel kuasa yang baru dalam tempoh hanya tujuh bulan bagi menggantikan kabel di antara platform-platform Champion 7 dan Champion Barat yang telah gagal berfungsi. Kerja-kerja seumpama ini pada kebiasaannya boleh berterusan sehingga dua tahun lamanya dan kejayaan ini lebih bermakna lagi apabila penyaluran kuasa elektrik daripada penjanakuasa disel telah dapat dimulakan bagi kabel baru ini pada awal Oktober 2010 tanpa perlu menutup pengeluaran minyak dan gas. Kepantasan tindakan pihak BSP bagi menggantikan kabel tersebut adalah satu langkah yang amat penting memandangkan padang Champion Barat menyumbang sehingga 25% kepada pengeluaran keseluruhan minyak dan gas BSP masa kini. Grahaeme Henderson, Pengarah Urusan BSP berkata, “Ini adalah satu lagi prestasi kelas dunia yang telah dijayakan oleh kumpulan yang terlibat dengan menempuhi cabaran yang besar. Kualiti serta tahap pelaksanaan yang dicapai oleh kumpulan ini dengan menyiapkan kerja penggantian yang berskala besar dan penting ini dalam hanya tujuh bulan dan bukan dua tahun,
06 Salam Oktober 2010
adalah sesuatu yang memang amat cemerlang sekali. Ianya menggambarkan semangat berpasukan dan kerjasama yang amat baik di kalangan kumpulan-kumpulan teknikal serta pemerolehan di BSP, di samping sokongan padu dari kontraktor-kontraktor serta vendor-vendor kita.” Semangat berpasukan yang terserlah di antara BSP, kontraktor-kontraktor serta vendor-vendor ini menggabungkan pelbagai warga kerja yang terdiri dari jurutera dan operator, pakar-pakar pemerolehan serta logistik yang bekerja siang dan
Lokasi talian kabel kuasa yang telah gagal berfungsi
Kakitangan Champion 7 yang terlibat dengan operasi penggantian talian kabel kuasa
malam bagi mempastikan halangan yang minima kepada proses pengeluaran minyak harian Champion Barat. Kumpulan ini telah membuat keputusan pantas memilih kabel baru dengan spesifikasi yang amat tahan lasak berdasarkan keputusan terdahulu oleh kumpulan Projek Selangkir Iron Duke yang telah memesan kabel yang serupa baru-baru ini dari syarikat Marubeni di Jepun. Marubeni telah menghantar kabel tersebut yang kemudiannya dipasang oleh syarikat Swiber dalam masa mencatat rekod, dengan memanfaatkan secara optima segala sumber-sumber mereka yang ada di Brunei dan juga di luar negara. Sebaik sahaja berlakunya kegagalan kabel asal pada bulan Mac, kumpulan ini telah memanfaatkan pembelajaran dari aktiviti menaik taraf kabel yang dilaksanakan sebelumnya di platform Egret, di mana kumpulan Egret telah memutuskan untuk memasang penjanakuasa disel jenama Aggreko yang boleh dipercayai. Berdasarkan pengalaman tersebut, kumpulan Champion Barat telah mengimport dua penjanakuasa Aggreko tambahan daripada Singapura dan telah berjaya memasangnya dengan selamat dalam masa hanya dua minggu. Penjanakuasa-penjanakuasa ini telah berfungsi dengan baik seperti yang dijangkakan sehinggalah ke saat BSP mengalihkan saluran kuasa elektrik kepada kabel kuasa yang baru. Sepanjang tempoh tujuh bulan, gabungan antara kerja berkumpulan, kepantasan dan juga pembelajaran telah berjaya mempastikan keberterusan pengeluaran minyak dan gas Champion Barat. Pada 2011 satu kumpulan kerja BSP yang diketuai oleh Haji Harith Aziz, Ketua Kumpulan Integriti Platform, akan mengambil langkah proaktif bagi memasang tujuh
Cabaran logistik bagi pengangkutan penjanakuasa disel ke luarpantai
lagi talian kabel kuasa luar pantai sebagai sokongan kepada prestasi operasi. Kumpulan ini juga akan memindahkan satu unit penjanakuasa disel Aggreko daripada Champion Barat ke platform Bugan bagi meningkatkan kebolehpercayaan prestasi di Bugan dan Iron Duke. Bagi jangkamasa panjang BSP juga merancang untuk mengkaji kemungkinan mewujudkan litar kabel kuasa luar pantai yang akan mempertingkatkan lagi kebolehpercayaan keseluruhan sistem platformplatform pengeluarannya. BSP berbangga kerana berpeluang menjadi syarikat kelas dunia yang dinamik, di samping menjadi salah satu syarikat yang terbesar di Asia. BSP juga berterusan mengekalkan tahap keselamatan dan prestasi yang tertinggi melalui gabungan cemerlang di antara tenaga kerja professional yang berkemahiran tinggi, proses-proses keselamatan yang tegas dan juga teknologi canggih.
Oktober 2010 Salam 07
PELAKSANAAN PENINGKATAN PERNIAGAAN
Pengurusan Barangan: Mempertingkatkan Ketepatan Pengiraan Stok
Satu kumpulan yang terdiri daripada kakitangan gudang, pengaudit serta penganalisa stok telah ditubuhkan bagi mempertingkatkan lagi ketepatan kiraan pertama stok
08 Salam Oktober 2010
Latarbelakang/Skop
Sebagai contoh,
SP menyimpan 13,085 jenis barangan stok dengan nilai keseluruhan BND110 juta yang ditempatkan di pelbagai gudang serta kawasan simpanan di Kuala Belait, Kawasan Perindustrian Baru (NIA) di Seria dan juga di Muara. Barangan tersebut perlu melalui proses audit stok tahunan yang menjadi sebahagian daripada proses kawalan kewangan. Pada suku tahun pertama 2009, ketepatan keseluruhan bagi pengiraan stok untuk Gudang 2101 sahaja, adalah 38.37% pada kiraan pertama dan 54.69% pada kiraan kali kedua (selepas diselidik dan diselaraskan). Pada suku tahun kedua 2010 pula, ketepatan kiraan pertama stok hanyalah 40.72%, manakala ketepatan kiraan kedua pada tahap 57.46% telah menunjukkan sedikit peningkatan. Sehubungan itu, satu kumpulan yang terdiri daripada kakitangan gudang, pengaudit serta penganalisa stok telah ditubuhkan bagi mempertingkatkan lagi ketepatan kiraan pertama stok. Keputusan diambil bagi member tumpuan kepada hanya satu gudang yang menyimpan lebih kurang 900 jenis barangan di bawah seliaan Mohd-Faisal B Ismail, BSPSTL/2122. Pembelajaran yang diperolehi dari faktor-faktor kritikal kejayaan akan dikongsi bersama dan dilaksanakan di lain-lain gudang dan tempat simpanan STL/2.
Maklumat Penerimaan Barangan dimasukkan ke dalam SAP tetapi barangan yang diterima belum lagi disusun secara fisikal di tempat simpanannya. Barangan telah diambil dari tempat simpanannya tetapi pengeluaran barangan tersebut belum lagi dipaparkan di dalam sistem kerana pengguna belum lagi datang mengambil barangan terlibat. Mengurangkan kelewatan di antara waktu pengemaskinian di dalam SAP dan pergerakan fisikal barangan dapat mempertingkatkan lagi ketepatan di dalam pengiraan stok. Pendekatan Lean telah digunapakai dan salah satu kaedah yang dilaksanakan adalah 5S. Di bawah “Sort” atau pilih dan atur, Barangan Kurang Digunakan yang lebih dari 4 tahun dalam simpanan telah dikenalpasti dan “dilabel merah” untuk penilaian semula. Penilaian semula ini juga telah dapat mengenalpasti barang-barang gantian kritikal yang perlu dipindahkan ke gudang lain yang dikhaskan untuk Barang Gantian Kritikal. Sementara itu, barang-barangan yang dikenalpasti untuk pelupusan telah “dilabel biru” supaya apabila kesemua dokumentasi serta butir-butir yang perlu untuk dipaparkan di dalam sistem telah siap-sedia, barang-barang tersebut boleh dikeluarkan dari tempat simpanan. Di bawah “Set To Order” pula, atau sedia untuk pesanan, kakitangan gudang akan menempatkan barang-barang di bawah kategori ini di lokasi bekasbekas simpanan “Fixed” atau yang telah ditetapkan, dan bukannya di dalam bekas simpanan “Free” atau bebas untuk digunakan. Bagi merealisasikan tiga 5S yang terakhir “Shine; Standardize and Sustain” atau cemerlangkan, seragamkan dan kekalkan, aktiviti-aktiviti lain sedang digerakkan. Antaranya adalah usaha menetapkan tahap-tahap terbaik bagi Pemeliharaan keadaan stok; membangunkan Prosedur Operasi Standard bagi Pengiraan stok serta Selidikan Percanggahan bagi mengekalkan hasil-hasil keputusan baik yang telah ada. Kebertanggungjawapan serta pemedulian terhadap ketepatan dalam penyimpanan stok semakin meningkat dan kini, setiap kakitangan gudang ditugaskan menjaga rak-rak mereka sendiri yang mempamerkan gambar penjaganya dengan jelas. Prestasi ketepatan pengiraan stok yang sebelum ini tidak jelas di kalangan penyelia gudang dan tempat simpanan stok sudahpun menjadi sesuatu yang telus.
B
Pendekatan
Kumpulan yang terlibat telah menjalankan sesi gempur minda dan mereka telah bersetuju bahawa salah satu langkah segera yang perlu diambil adalah untuk memperbaiki dahulu ketepatan lokasi bekas mengisi barangan yang digunakan. Ini bermakna bahawa satu peraturan seragam bagi menamakan lokasi bekas simpanan harus diwujudkan di dalam sistem SAP bagi mempastikan setiap bekas ditandakan dengan Nombor Barangan SAP, termasuklah gambar barang Pembelajaran yang tersimpan di dalamnya dan juga rujukan kiraan stok. Kakitangan tempat simpanan dan juga para kontraktor yang • Peningkatan boleh dicapai oleh semua warga kerja termasuklah para terlibat juga disediakan dengan laluan masuk ke dalam kontraktor yang menjalankan sendiri sesuatu tugasan itu. sistem SAP dan disarankan supaya mengemaskini lokasi • Kepimpinan yang terpamer melalui “Pergi ke Gemba” (yakni perkataan bekas simpanan dengan segera tanpa perlu menunggu Unit bahasa Jepun yang bermakna ‘tempat yang sebenarnya’), adalah Pemerosesan melakukannya. mustahak dan memerlukan supaya para pengurus melawat gudangSeterusnya pengiraan stok sepenuhnya dijalankan oleh para gudang untuk melihat sendiri keadaannya, mendengar isu-isu yang kakitangan gudang dengan kerjasama erat pengaudittimbul serta membantu menyelesaikan sebarang perkara berkaitan pengaudit stok. birokrasi yang di bawah kawalan masing-masing. Selepas sebulan setengah, usaha ini telah berjaya: • Apabila Prestasi Pengiraan Stok menjadi telus dan dipaparkan dengan jelas, warga kerja akan memberi maklumbalas positif dan seterusnya - Melabel 90% barangan; bersedia untuk bertanggungjawab bagi menghasilkan peningkatan- Mengemaskinikan lebih 90 % Lokasi Bekas Simpanan di peningkatan. dalam sistem SAP; • Pewujudan kumpulan yang pelbagai fungsi dapat menghasilkan - Memeriksa 100% barangan; manfaat-manfaat serta mempertingkatkan lagi pengetahuan. - Mempertingkatkan ketepatan pengiraan stok dari 38.37% kepada 52.23% bagi kiraan pertama dan dari 54.69% Bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut sila hubungi Kumpulan BI – kepada 71.45% bagi kiraan kedua. Jon Martin BM, Mark Kong BM/1, Sanne Van Grinsven BM/2 dan Norhashimah Amai BM/3. Data analisis ke atas pengaruh asas ketepatan kiraan stok yang dikumpulkan telah menghasilkan penemuan utama yang menunjukkan bahawa dengan wujudnya pergerakan barangan yang dinamik, pemerosesan maklumat yang segera mempunyai pengaruh besar ke atas ketepatan kiraan stok yang pertama.
Oktober 2010 Salam 09
LIPUTAN UTAMA
BSP Peneraju Inovasi Teknologi
L
ebih 200 wakil dari pihak kerajaan serta sektor swasta telah menyertai Forum Teknologi Kebangsaan ‘THiNK BIG’ 2010 bagi mendengar para pemimpin serta pakar bercakap tentang teknologi maklumat dan komunikasi. Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) turut diwakili bagi perkongsian pengalaman tentang bagaimana pihak syarikat memanfaatkan teknologi-teknologi inovatif untuk melonjakkan industri minyak dan gas di Brunei dan juga di luar negara. Hadir di forum tersebut adalah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Dr Hj Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Pendidikan serta Dato Paduka Timothy Ong, Pemangku Pengerusi Lembaga Pembangunan Ekonomi Brunei (BEDB). Pengarah Urusan BSP, Grahaeme Henderson, telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan berkongsi kisah Padang Minyak Champion di mana inovasi-inovasi teknikal telah membuka peluang-peluang ekonomi bagi Brunei. “Kami amat berbangga BSP menjadi penjana ekonomi Brunei dengan menyumbang lebih dari separuh KDNK; menghasilkan sebahagian besar pendapatan eksport negara dan juga menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan di dalam sektor swasta berbanding dengan syarikat-syarikat lain. Pencapaian-pencapaian ini hanya menjadi kenyataan setelah langkah-langkah berani diambil untuk memajukan teknologi – kerapkali mendahului lain-lain pengeluar
10 Salam
Oktober 2010
minyak dan gas di dunia,” kata Grahaeme. Untuk tempoh 25 tahun seterusnya, BSP merancang untuk memperluaskan kepakaran serta pengetahuannya berkenaan teknik-teknik pembanjiran air, di mana air laut dipam masuk ke dalam takungan-takungan minyak bawah tanah bagi menambahkan tekanan dalamannya sehingga minyak naik ke arah telaga-telaga pengeluaran. Teknik ini dimanfaatkan bagi mempercepatkan lagi pembangunan Champion. Antara lain, teknik ini akan melibatkan pengepaman air laut yang dirawat sehingga tiga kali ganda lebih banyak ke dalam takungan-takungan padang minyak bagi meningkatkan pengeluaran dengan besar. “Projek utama ini akan memerlukan 13 platform dengan infrastruktur sokongannya, termasuk sebuah loji pengepaman air laut terawat yang baru dan juga penaiktarafan loji janakuasa elektrik. Dengan lebih tiga perempat dari keseluruhan perbelanjaan BSP dilaburkan di dalam syarikat-syarikat Brunei, awda boleh membayangkan bagaimana projek ini akan mempergiatkan lagi aktiviti ekonomi di seluruh negara.” Grahaeme turut menerangkan penggunaan Teknologi Padang Pintar; suatu teknologi yang
mula dirintis di BSP melalui sebuah platform kawalan jarak jauh di Champion, yang dilengkapkan dengan peranti-peranti digital bagi mengumpul data di dasar laut yang disalurkan dalam masa sebenar kepada jurutera-jurutera yang bekerja 70 kilometer jauhnya daripada lokasi, di ibu pejabat BSP di Seria. Grahaeme berkata, “Pembangunan teknologi telaga ular yang fleksibel oleh para jurutera BSP telah membolehkan kita menembusi takungan-takungan yang sukar untuk ditembusi melalui hanya satu telaga sahaja. Sememangnya ini adalah satu teknologi yang merubah keadaan dan ianya kini digunakan di seluruh BSP dan di sekeliling dunia bagi mempertingkatkan lagi penembusan ke dalam takungan.” Berkenaan proses fabrikasi platform luar pantai pula, Grahaeme berkata, “Champion Barat masih lagi salah satu platform yang paling canggih di dunia dan menyumbang 30% kepada pengeluaran minyak dan gas BSP. Struktur sokongan atau jaket dan juga kemudahan yang dipasang ke atasnya telah dibina keseluruhannya di yad pembinaan Kuala Belait. Ini adalah untuk mempastikan supaya kita dapat mengekalkan kepakaran yang digunakan di Brunei, yang boleh kita bangunkan lagi di masa hadapan dan juga bagi kita memaksimakan pendapatan serta peluang-peluang pekerjaan di Brunei melalui penglibatan menyeluruh kontraktor dan pembekal tempatan. “ Beliau menambah lagi, “Teknik-teknik yang telah kita pelajari semasa membina kemudahan-kemudahan Champion Barat telah dilaksanakan juga bagi pembinaan platform-platform Mampak dan Bugan pada tahun lepas, dan juga bagi platform baru Selangkir Iron Duke, yang mula dilayarkan pada awal Oktober setelah menjalani tempoh pembinaan 12 bulan yang mencatat rekod.” Grahaeme menekankan bahawa sesetengah pembelajaran utama yang dipelajari sepanjang perjalanan BSP menerokai teknologi bagi memaksimakan pengeluaran minyak dan gas adalah, “Sama pentingnya dengan teknologi yang kita gunakan untuk mempertingkatkan lagi prestasi warga kerja kita yang sememangnya adalah aset kita yang paling penting.” “Projek-projek BSP ini telah menghasilkan satu lonjakan besar dalam peningkatan pengetahuan serta keupayaan para kontraktor tempatan di dalam bidang pembinaan platform, pemasangan serta penyelenggaraan – dengan lebih daripada 30 vendor Brunei terlibat di dalam setiap projek di keseluruhan rangkaian perbekalan. Malahan, sebahagian dari syarikatsyarikat yang terlibat kini bersaing di peringkat antarabangsa, hasil keupayaan yang telah mereka bangunkan melalui projek-projek BSP.” Di BSP, Persekitaran Kerja Kolaboratif, melalui kemudahankemudahan seperti Pusat Pengawalan Operasi Pengeluaran (POCC), menggabungkan kumpulan-kumpulan warga kerja yang berlainan kepakaran tetapi perlu bekerjasama erat sebagai satu unit. Kakitangan Permukaan, Subpermukaan dan Operasi di lokasi-lokasi yang berlainan kini mampu mengolah maklumat yang sama bagi meningkatkan kualiti serta kepantasan membuat keputusan. Jarak fisikal bukanlah lagi satu penghalang dan kita boleh menghubungkan pakar-pakar daripada operasi Shell seluruh dunia bagi memanfaatkan yang
Teknik-teknik yang telah dipelajari semasa membina kemudahan-kemudahan Champion Barat telah dilaksanakan juga bagi pembinaan platform-platform Mampak (atas) dan Bugan pada tahun lepas
terbaik bagi Brunei. Di dalam kata-kata penutup beliau, Grahaeme turut menekankan betapa pentingnya warga kerja kepada perniagaan. “Kita sememangnya amat bertuah kerana kakitangan BSP dan juga rakan-rakan kongsi syarikat bukan sahaja “Berfikiran Besar” tentang teknologi, tetapi turut bekerja keras siang dan malam untuk mengaplikasikannya di padang-padang minyak seperti Champion bagi mengekalkan kejayaan pengeluaran dan ekonomi Brunei. Mereka melakukan semuanya ini dengan penuh kebanggaan dan dedikasi. Marilah kita raikan pencapaian-pencapaian beribu-ribu tenaga kerja di BSP, di dalam rangkaian perbekalan kita dan juga di dalam komuniti para pemegang hak kita yang memajukan, mengaplikasi dan mengamalkan teknologi demi kebaikan negara. Kita lebih memerlukan mereka ini sekarang.”
Oktober 2010 Salam 11
BERITA BSP
Sistem Permit Untuk Bekerja Elektronik Dihidupkan Di NGCP Dan SCOT Oleh Hadini Zainal Abidin (WOP/113)
E
koran kejayaan percubaannya di Fairley 4 pada 2009, satu sistem Permit Kerja elektronik yang dikenali sebagai Safe System of Work (SSOW) atau pun sistem kerja selamat, telah dilancarkan di aset-aset Darat dan Pemerosesan Hidrokarbon (HP) pada Ogos 2010.
Mempertingkatkan keselamatan Apabila SSOW diperkenalkan, sistem ini telah terbukti mampu menyediakan ketelusan serta tahap pengauditan yang lebih tinggi terhadap proses Permit Untuk Bekerja. Di bawah sistem tersebut pihak pengurusan mampu melihat secara langsung kesemua kerja-kerja yang sedang dijalankan di lapangan pada bila-bila masa sahaja melalui komputer di dalam pejabat. Satu lagi kelebihan SSOW adalah ianya tidak membenarkan sebarang langkah yang telah disusun di dalam sistem dipintas bagi mempastikan protokol yang betul dipatuhi oleh pengguna. Kini, permohonan permit boleh dibuat melalui sebarang komputer meja GID. Ini amat membantu mereka yang terpaksa melakukan perjalanan ke kemudahan-kemudahan di luar pantai kerana permit yang diperlukan boleh dipohon terlebih dahulu di daratan, memberikan kumpulan kerja di luar pantai lebih banyak masa untuk menyemak permit yang dipinta. Pembelajaran di Fairley 4 (Fasa I)
Pelan petak SCOT dalam SSOW
12 Salam Oktober 2010
Penilaian Selepas Pelaksanaan bagi projek perintis sistem SSOW pada 2009 telah mengenalpasti sejumlah perkara bagi dipertingkatkan yang telah pun dilaksanakan: • Sijil pembatalan diperkenalkan bagi lebih menampakkan sebarang pembatalan yang perlu dilakukan • Klasifikasi kawasan-kawasan berbahaya kini boleh dilihat terus daripada paparan grafik • Borang bagi taklimat toolbox yang baru dan diperelokkan lagi kini menggabungkan tiga persoalan “3 Whats” • Satu prosedur rasmi, Modul 3(e) telah disediakan oleh pemilik sistem, iaitu HSE/4.
Penghidupan Sistem (Fasa II) Sistem ini telah dihidupkan di Natural Gas Compression Plant (NGCP) pada 4 Ogos diikuti dengan Seria Crude Oil Terminal (SCOT) pada 9 Ogos. Pembimbing-pembimbing PetroTechnics telah hadir selama dua minggu di lokasi-lokasi tersebut bagi membantu peralihan dari prosedur di atas kertas kepada yang berasaskan sistem elektronik. Sebelum penghidupan sistem, lebih dari 400 kakitangan dan kontraktor BSP daripada Darat dan HP telah dilatih tentang SSOW oleh jurulatih-jurulatih Petro Technics di Hab Pembelajaran Asia Pasifik Brunei sepanjang Jun dan Julai 2010.
Kakitangan kontraktor memegang permit kerja elektronik yang pertama
Ahli-ahli Kumpulan
Sistem SSOW dihidupkan di NCGP dan SCOT
Peneraju-peneraju projek aset-aset yang terlibat adalah terdiri dari kakitangan muda rakyat Brunei. Siti Mariam Mohamad Shah DOP/121 (DARAT), Shuhada Abdul Rahim POP/126 (HP), Ahmad Ayyub bin Haji Mohd Isa OPM/71 (AMPA) dan Eddie Yap OPM/71 (EAST) ingin menyatakan terima kasih mereka kepada kumpulan-kumpulan kepimpinan aset masing-masing di atas komitment dan sokongan yang diterima setakat ini. Mereka telah dibimbing oleh Hadini Zainal-Abidin WOP/113, yang turut menerajui projek perintis yang dilaksanakan. Peneraju utama projek adalah Pengurus Aset Barat, Haji Kamaluddin Bungsu sementara pemilik SSOW adalah Ketua Keselamatan Operasi, John Bestwick HSE/4.
Langkah Berikutnya Pada suku tahun ke-4 2010, sistem SSOW dihidupkan di lain-lain bahagian di HP (PPA dan BGO) dan DARAT (Tali, Rasau, Kumpulan-kumpulan Tangki), termasuk di seluruh kawasan padang Ampa. Aset Timur dan TSW pula akan dihidupkan sistem masing-masing pada 2011. Bagi mengekalkan keberdayatahanan sistem, BSP dan PetroTechnics UK Ltd sedang menjalan program-program ‘melatih jurulatih’ supaya semua latihan di masa hadapan boleh dijalankan di dalam negara. Kakitangan membuat permit baru melalui sistem SSOW
Oktober 2010 Salam 13
BERITA BSP
Kakitangan Bsp Terima Sijil Latihan Pengaudit Dalam ISO14001
S
eramai 16 kakitangan BSP menerima Sijil Latihan Pengaudit Dalaman ISO14001:2004 yang diakreditasi oleh Daftar Antarabangsa Pengaudit Bertauliah (IRCA) semasa Forum Wakil Pengurusan Alam Sekitar (EMR) dan ‘Focal Point’ ISO14001, yang diadakan di Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC) pada 28 Julai 2010. Sijil-sijil tersebut telah diserahkan oleh Haji Jaafar Bakar, Ketua HSE dan Keselamatan. Seramai 5 orang kakitangan BSP turut menerima Sijil Latihan Pengaudit ISO14001 yang diluluskan oleh Institut Pengurusan dan Penilaian Alam Sekitar (IEMA). Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO14001 BSP memerlukan pihak Syarikat menjalankan audit dalaman pengurusan alam sekitar setiap tahun. Pengauditan ini harus dijalankan oleh kakitangan yang telah pun mempunyai tahap kompetensi minima yang diperolehi melalui kursus dalaman selama 3 hari. Walaubagaimanapun, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan BSP untuk mencapai peningkatan berkekalan dan juga memantapkan lagi tahap kompetensi, pada tahun ini Jabatan HSE/5 telah memperkenalkan satu Latihan Pengaudit Dalaman yang mendapat akreditasi IRCA dan juga memenuhi keperluan bagi melayakkan seseorang itu didaftarkan sebagai Pengaudit/Ketua Pengaudit sistem pengurusan alam sekitar di bawah skim yang berkenaan (IRCA/2170). Selain dari pengenalan latihan yang diakreditasi oleh IRCA ini, kakitangan Jabatan HSE/5 dan sejumlah kakitangan yang lain telah berjaya menjalani kursus Sijil Latihan Lanjutan Pengaudit ISO14001 yang diluluskan oleh IEMA pada 2009. Dengan adanya program-program latihan ini, para individu terlibat yang telah berjaya menjalaninya telah pun diperlengkapkan dengan pengetahuan terperinci yang mencukupi tentang bagaimana untuk mengaudit serta menilai keberkesanan sistem-sistem pengurusan alam sekitar kita, selain dari membina pemahaman meluas berkaitan dengan keperluan serta aspek-aspek alam sekitar. Adalah diharapkan usaha ini akan membantu BSP untuk mengekalkan pensijilan ISO14001 dan mencapai peningkatan prestasi alam sekitar yang berterusan.
14 Salam Oktober 2010
Jabatan HSE/5 BSP telah memperkenalkan satu Latihan Pengaudit Dalaman yang mendapat akreditasi IRCA dan juga memenuhi keperluan bagi melayakkan seseorang itu didaftarkan sebagai Pengaudit/Ketua Pengaudit sistem pengurusan alam sekitar
Warga BSP Yang Pertama Sudahkan Program Pemimpin Barisan Depan (FLL) Dalam Kumpulan Shell
S
eramai 8 orang rakan-rakan sejawat kita telah menyiapkan kesemua 7 modul program FLL: • • • • • • • •
Shukrie Hashim (ISM/114) Azman Julaihi (HML/141) Ling Yi-Nen (ISM/111) Martiney Metali (POP/126) Idzwan Zunaidi (ISM/22) Hj Mahmud Masron (HLD/21) Hjh Zaiton Mohd-Daud (HLD/23) Ronald Chua (HLD/25)
Tahniah kepada semua graduan kita. Mereka adalah kumpulan yang pertama menyiapkan program FLL di dalam Kumpulan Shell! Pemimpin Barisan Hadapan (Front Line Leaders-FLL) adalah program baru pembangunan kepimpinan global yang bermula pada 2008 khas untuk para penyelia dan ketua-ketua kumpulan dalam JG 4 sehingga 7 yang menyandang jawatan masing-masing untuk kali pertamanya. Program tersebut mengandungi 7 modul pembelajaran yang diambil oleh para peserta sepanjang tempoh 2 hingga 3 tahun. Gambarajah di bawah menunjukkan laluan pembelajarannya.
Tujuan program ini adalah bagi membangunkan kemahiran serta perilaku para pemimpin barisan hadapan yang dijangkakan seharusnya ada pada pemimpin di tahap JG level 4-7. Program FLL mewujudkan peluang-peluang pembangunan yang konsisten bagi para penyelia baru di seluruh Kumpulan Shell, melalui penyampaian Pembelajaran Teradun (Blended Learning) dan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE). Semuanya ini memudahkan akses kepada bahan-bahan kursus di samping menggalakkan pembinaan rangakaian di kalangan paera peserta. Proses pencalonan program FLL, bermula dengan calon-calon yang layak mempersetujui keperluan pembelajaran mereka dengan Pengurus Jabatan masing-masing, yang kemudiannya akan menghantar pencalonan bersama-sama dengan pencalonan yang lain daripada jabatan berkenaan setelah dijemput oleh ‘focal point’ bagi negara operasi. Jemputan bagi pencalonan akan dihantar selepas penilaian prestasi pertengahan dan hujung tahun.
Oktober 2010 Salam 15
BERITA BSM
Jerayawara Keselamatan Lori Tangki
S
yarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM), baru-baru ini telah mengadakan sebuah Jerayawarya Keselamatan Lori Tangki di Pesta Pengguna Ke-6 di Bridex Hall, Jerudong. Objektif jerayawarya tersebut adalah bagi mewujudkan kesedaran awam tentang aspek-aspek keselamatan Operasi Lori Tangki yang dikendalikan oleh Bahagian Perbekalan dan Agihan di BSM. Sebuah lori tangki BSM telah dipamerkan di acara tersebut dengan pelekat baru yang mempromosi kempen Tell-Afriend Brunei. Para pengunjung telah dapat menyaksikan sendiri dengan lebih dekat lagi ciri-ciri keselamatan yang ada pada lori tangki tersebut. Sebagai sebahagian daripada jerayawarya empat hari itu, BSM turut mengadakan satu Kuiz Keselamatan berkenaan keselamatan lori tangki dan juga kempen Tell-Afriend. Kuiz tersebut telah disusun sebegitu rupa bagi membolehkan orang ramai mengetahui tentang pengurusan perjalanan lori tangki, ciri-ciri keselamatannya dan apa yang sepatutnya dilakukan apabila memandu di belakang atau pun hamper kepada sebuah lori tangki di jalanraya. Sebuah skrin monitor yang menayangkan video-video keselamatan kempen Tell-A-Friend turut disediakan di ruang petak BSM semasa acara berlangsung. Sambutan amatlah positif dengan lebih kurang 5,000 orang mengunjungi ruang pamer BSM. Maklumbalas yang bagus juga turut diterima, terutamanya tentang nombor-nombor telefon BSM (bagi aduan atau laporan tentang lori-lori tangki) yang dipamerkan berserta dengan had laju yang dibenarkan dan juga pemantauan menggunakan GPS yang dipasang di atas semua lori tangki sebagai sebahagian daripada usaha pengurusan perjalanan.
16 Salam
Oktober 2010
Para pengunjung diberi taklimat tentang aspek-aspek keselamatan operasi lori tangki
Lori tangki BSM dengan pelekat baru yang mempromosi kempen Tell-A-Friend Brunei kepada para pengunjung
TALI KELEDAR KESELAMATAN AWDA HENDAKLAH SENTIASA DIPASANG Tali keledar keselamatan adalah direka bentuk untuk mengurangkan kemalangan jalanraya yang menyebabkan kecederaan parah atau kematian kepada para penumpang kenderaan
PANDU DALAM HAD LAJU
YANG DIBENARKAN
DO NOT EXCEED SPEED LIMIT
Had laju adalah kelajuan maksimum yang dibenarkan di sisi undang-undang untuk menggalakan keselamatan semasa memandu serta mengurangkan tahap kemalangan jalanraya
JANGAN GUNAKAN TALIPON BIMBIT
SEMASA MEMANDU Menggunakan talipon bimbit semasa memandu adalah merbahaya kerana ia mengurangkan penumpuan dan boleh menyebabkan kemalangan jalanraya
GUNAKAN TOPI KELEDAR SEMASA
MENUNGGANG MOTOSIKAL/BASIKAL Topi keledar adalah digunakan untuk mengelakkan dan mengurangkan kecederaan kepala
GUNAKAN LINTASAN PEJALANAN KAKI SEMASA
MENYEBERANGI JALANRAYA Lintasan pejalan kaki adalah kawasan khas di jalanraya untuk pejalan kaki menyeberangi jalanraya dengan selamat
Oktober 2010 Salam 17
BERITA BSt
Brunei Shell Tankers Mencapai Puncak Di Jepun Oleh Phil Lewthwaite - Pengurus Fleet Brunei
O
rang Jepun mempunyai satu bidalan lama bahawa seseorang itu adalah bijak jika dapat mendaki Gunung Fuji sekali tetapi adalah bodoh jika mendakinya untuk kali kedua. Mereka juga mempunyai bidalan lain yang mengatakan seseorang itu adalah bodoh jika mendaki gunung itu dan sesiapa yang mendakinya untuk kali kedua hanya menambahkan kebodohannya lagi. Bidalan-bidalan ini membuatkan saya tersenyum sambil merenung merentasi angin dingin malam ke arah lampu-lampu yang berkerlipan di pekan-pekan dataran Kanto jauh di bawah saya. Senyuman ini menjadi lebih bermakna apabila ingatan membawa saya kembali ke satu detik sembilan tahun yang silam apabila saya berdiri di tempat yang sama buat kali pertamanya. Sekiranya betul kata bidalan-bidalan, maka tiada yang lebih bodoh daripada saya! Dianggarkan lebih kurang 900,000 orang mendaki gunung suci Jepun ini setiap tahun dan lebih kurang 30% daripada mereka adalah Gaijin (orang asing). Statistik juga menunjukkan bahawa kurang dari 1% orang Jepun pernah mendaki gunung suci mereka – mungkin bukti yang mereka amat mempercayai bidalan-bidalan lama mereka. Pun begitu, bodoh untuk kali pertama ataupun kedua, saya sudahpun berada semula pada ketinggian 3,500 meter pada pukul 2.00 di pagi Ahad ketika itu. ‘Ya, mungkin benar juga kata mereka’ saya tertawa sambil mengangkat bag sekali lagi untuk pendakian terakhir ke puncak. Saya berpuas hati kerana sekurang-kurangnya saya tidak bersendirian di dalam berperasaan begini kerana saya disertai oleh sembilan rakan baik dari IMR (International Marine Representative) dan syarikat-syarikat sokongan tempatan, Inchcape Shipping Services (ISS) dan Fuji Trading Company (FTC).
Wafi (paling kiri) memegang bendera BST
18 Salam
Oktober 2010
Ak Abd Wafi Asnawi bin Pg Haji Asri (Wafi), yang kini dipinjamkan bagi menjalani latihan dengan IMR, dengan bangganya mewakili para pelaut Brunei dari Brunei Shell Tankers dan Brunei Gas Carriers. Steve Brown dan isteri Helen, turut mewakili kumpulan IMR sementara syarikat-syarikat sokongan perkapalan tempatan turut menyertai pendakian tersebut. ‘Fuji-san’, nama jolokan orang Jepun bagi gunung kesayangan mereka ini, mungkin lebih elok dipandang daripada didaki. Simetrinya yang mengkagumkan menjadikannya satu simbol yang amat dikenali bagi negara Jepun dan amat mudah memahami kenapa permohonan demi permohonan telah dihantar bagi menjadikan gunung ini sebagai satu Tapak Warisan Dunia. Tidak keterlaluan jika saya mengatakan yang gunung ini tidaklah seberapa mengkagumkan jika dilihat dari dekat dan saya tidak akan lupa gambaran yang mencuit hati tentangnya oleh seorang Ketua Jurutera pesara dari Fleet BST yang berkata bahawa gunung ini adalah “longgokan habuk yang paling indah khabar dari rupa di dalam dunia”. Kebanyakan orang mendaki gunung Fuji di sebelah malam bagi mengelakkan bahang musim panas di siang hari tetapi mereka juga mendaki pada sebelah malam supaya dapat menyaksikan pemandangan matahari terbit yang mengkagumkan di waktu subuh. Sememangnya ini satu pengalaman yang hebat dengan ribuan sorakan para pendaki di seluruh gunung itu menyambut saat yang menakjubkan ini. Di samping merasakan keseronokan pendakian tersebut, kami turut merenungkan bahawa perjalanan kami adalah lebih daripada sekadar pendakian sebuah gunung kerana ia turut meraikan satu kerjasama serta persahabatan lebih 38 tahun di antara Brunei, Shell, ISS dan FTC. Bagi menandakan perhubungan yang amat istimewa ini dan empat dekad kerjasama, benderabendera Brunei Shell Tankers, STASCO, ISS dan FTC dikibarkan dengan bangganya sebelum kami turun semula dari puncak. Tidak sempurna rasanya jika kisah ini diakhiri tanpa menyebut para pelaut yang melayarkan Fleet Brunei dengan cemerlang. Mengendalikan dengan selamat sebuah Fleet yang terdiri daripada kapal-kapal berusia 38 tahun dengan tahap kebolehpercayaan hampir 100%, memerlukan usaha gigih yang besar dari kalangan warga kerja yang amat istimewa. Oleh itu artikel ini didedikasikan kepada para Pegawai dan Kelasi Fleet Brunei yang dihormati di atas kerja cemerlang yang mereka jalankan. Kami hanya mendaki sebuah gunung dan kami tahu para kakitangan Fleet Brunei mendaki sebuah gunung setiap hari!
Support Superintenden Wafi sebelum memulakan pendakian malam
Pemandangan musim sejuk di Gunung Fuji
Oktober 2010 Salam 19
ulangtahun perkhidmatan 30 TAHUN Pg Maidi Pg Duraman PBS41 Pg Omar Pg Maiddin HSE1121 Othman Hj Masri TSM44 Pg Yasmin Pg Mohamad FTR Omarali Md Diah WOP5 Bokhari Hj Md Jali SCM1213 Hj Mohd Said Ahmad MD 25 tahun Moho’Or Jaya EOP112 Hj Hairol Mohd Sidek Awg Hj Besar MPS121 Hj Abdullah Hj Tengah TSW4411 Robert C Maskall WPE2 Haji Zabaidi Haji Mohamad Shara MPQ3 20 tahun Hajah Dayang Ramla Haji Ibrahim TSW5123 Khairuddin Hj Mohammad STL321 Rohani Ibrahim SCM4
Rosmiwati Tinggal BMD22 Roziah Hj Abdullah BMC11 Saime Hj Pudin STL421 Norlela Haji Ahmad BMF12 Nur Afiatul Simaa Ahmad Kumpoh SCM2 Ali Abdul Gani SCO25 Hanafi Hj Nor OPS732 Hj Mohamad Ashar Hj Sanif OPS431 Parisan Agan OPS711 Siti Marsinah Marsal SEN143 Abang Norlin Abang Hj Omarzuki STL2142 Hjh Amarizah Mohammed Said SEN122 Lisa Clegg HOD 15 tahun Hjh Lizawati Hj Mohammad Ali SCM4262 Pg Hassanal Ali Saifuddin Pengiran Haji Mokhtar Puteh EQI3 Ingrid De Jong LGL 10 tahun Mohammed Aseem Bhutta MPE11
INGIN BANTU KAMI MENJIMATKAN KERTAS DAN JUGA ALAM SEKITAR? Langkah 1 Dapatkan persetujuan rakan-rakan sejawat awda di dalam pejabat/bahagian/jabatan yang sama untuk berkongsi satu naskah Salam dan bukannya mendapatkan naskah masing-masing Langkah 2 Minta setiausaha atau pembantu tadbir pejabat/bahagian/jabatan awda untuk menghantar e-mel kepada
[email protected] bagi memaklumkan kami tentang perubahan ini Tindakan kami Kami akan mengemaskinikan senarai edaran kami yang akan digunakan bermula dengan keluaran Salam yang akan datang
© Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad (1952), kecuali dinyatakan sebaliknya. Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang atau menyimpan melalui apa juga sistem atau cara (elektronik, reprograpic, rakaman dan sebagainya) keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana mukasurat majalah/terbitan ini sebelum mendapat izin bertulis daripada Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad.