Profil Syarikat
Flarebiz Network SDN BHD (922120-D)
Pengenalan Syarikat
Pendahuluan Dunia teknologi pembangunan laman web sentiasa berkembang dengan cepat dan perkembangan ini juga telah mempengaruhi dunia perniagaan. Pada hari ini, banyak perniagaan konvensional mula menggunakan platform laman web dan internet sebagai medium baru untuk meluaskan pasaran mereka. Ini bertepatan dengan katakata Bill Gates, “pada abad 21, jika perniagaan tidak ‘Online’ maka ia bukan satu perniagaan. Oleh yang demikian, ramai para usahawan dan bakal usahawan ingin menggunakan platform internet dan laman web untuk memasarkan produk mereka kepada pasaran global. Wujudnya Flarebiz Network Sdn. Bhd. adalah untuk memberikan solusi teknologi maklumat khususnya pembangunan laman web perniagaan kepada para usahawan.
Flarebiz Network
Pengenalan Syarikat Selain mencipta laman web yang mencetuskan inovasi, kami juga menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan ilmu perniagaan internet. Syarikat kami merupakan antara yang terawal menerokai bidang perniagaan internet iaitu sekitar tahun 2006 dan berdasarkan pengalaman kami selama 6 tahun tersebut kami telah membina pelbagai perisian laman web untuk memudahkan para usahawan. Syarikat kami merupakan di antara syarikat terpenting di dalam mengubah persepsi masayarakat tempatan dan luar negara mengenai industri perniagaan internet apabila salah satu perisian kami terpilih untuk di demonstrasi di APEC Young Entrepreneur Summit (YES) 2011. Kekuatan seramai 11 orang pekerja yang mempunyai kepakaran di dalam bidang masing-masing seperti pemasaran internet, grafik laman web, pereka grafik, pengaturcaraan computer, bantuan teknikal dan sebagainya telah menjadikan syarikat Flarebiz Network Sdn. Bhd. cukup dikenali bagi mereka yang ingin menceburkan diri di dalam perniagaan internet. Syarikat ini mula beroperasi sejak Jun 2006 dan pada ketika itu pengasas syarikat baru sahaja berusia 16 tahun. Berdaftar secara sah pada Disember 2007 dan beribu pejabat di Kuala Lumpur sehingga kini. Antara faktor yang mengukuhkan kejayaan syarikat ialah: • •
Dua orang pengasas yang masih muda dan tidak takut untuk mengambil sebarang risiko perniagaan. Mempunyai kecekapan dan kemahiran tenaga kerja yang terbukti bertaraf dunia. Bukan sekadar mempunyai kelayakkan kertas akademik sahaja.
Flarebiz Network
Pengenalan Syarikat • •
Mencipta produk berdasarkan pengalaman sendiri dan keperluan semasa yang benar-benar menyelesaikan masalah. Konsisten di dalam menjalankan sesuatu projek sehingga benar-benar mencapai matlamat yang ditetapkan.
Profil syarikat ini diharapakan akan memberikan peluang kepada pelanggan untuk mengetahui perkhidmatan dan teknologi yang dimiliki oleh syarikat Flarebiz Network Sdn. Bhd. dengan lebih lanjut dalam merevolusikan pembangunan sesebuah perniagaan. Kesemua aspek utama perniagaan syarikat ada dimuatkan dalam dokumen ini sebagai rujukan umum dan pelanggan khususnya. Oleh itu, menjadi suatu kewajipan bagi syarikat membentangkan profil syarikat yang terkini agar selari dengan perkembangan dan pertumbuhan semasa.
Objektif Menjana pembangunan perniagaan para usahawan Malaysia melalui perkembangan pembangunan teknologi laman web yang terkini dan bersama dalam meningkatkan mutu pengetahuan yang berteraskan dunia perniagaan melalui internet serta menjadi salah satu syarikat ‘dot com’ yang terunggul pada setiap mata pelanggan dari segenap pelusuk negara.
Matlamat Ingin menjadi sebuah syarikat penyediaan solusi teknologi maklumat khususnya pembangunan laman web bagi perniagaan yang terkenal di Malaysia serta mengembangkan lagi perkhidmatan dan perisian kami kepada seluruh dunia dan negara Malaysia amnya.
Flarebiz Network
Pengenalan Syarikat Hala Tuju Ingin memiliki satu perisian inovasi yang mencipta sejarah tersendiri di dalam dunia perniagaan internet dunia khususnya Malaysia. Perisian ini dapat membantu ramai para usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka di samping mencipta peluang perniagaan kepada mereka yang memerlukan.
Flarebiz Network
Maklumat Syarikat Nama Syarikat
Flarebiz Network Sdn Bhd
No. Pendaftaran
922120-D
Tarikh Pendaftaran
15 November 2010
Alamat Perniagaan
18-3-1, Diamond Square Business Center, Jalan Semarak Api 3, Off Jalan Gombak, 53000 Setapak, Kuala Lumpur
No. Telefon
03-40234641
No. Faks
03-40234641
Bank Syarikat
Maybank Berhad, Setapak
No. Akaun
514 066 142 543
Jenis Perniagaan
Teknologi Maklumat
Flarebiz Network
Sijil Pendaftaran Syarikat
Flarebiz Network
Sijil Kewangan (MOF)
Flarebiz Network
Sijil Kewangan (MOF)
Flarebiz Network
Carta Organisasi Adly Mukhtar CEO Flarebiz
Network Sdn Bhd
Mohd Zhafran
Hasbul Aqill
Yosh.my
MajalahNiaga.com
Pengurus Projek
Tajul Sharby Pengurus IT
Abdul Rahman Pengaturcara
Roslina Zul.
Pengurus Produk
Rahim
Bantuan Teknikal
Ridhwan R.
Pereka Grafik Web
Pengurus Projek
Hasbul Ariff
Pem. Pengurus Projek
Fikri
Faisal Isa
Kartunis
Wartawan
Shahidan R.
Esekutif Pemasaran
M. Zaki
Esekutif Pemasaran
Marlia M.
Pereka Grafik
Flarebiz Network
Jenis Perniagaan Flarebiz Network Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan berteraskan teknologi internet untuk memudahkan orang ramai menjalankan perniagaan sendiri. Oleh itu, syarikat menawarkan produk terdiri daripada perisian laman web untuk membantu usahawan memulakan perniagaan mereka dengan mudah menerusi internet. Kami juga menawarkan servis membina laman web perniagaan atau pemasaran internet kepada usahawan yang ingin menjadikan internet sebagai platform mengembangkan perniagaan mereka. Selain itu, syarikat juga menganjurkan seminar pembelajaran mengenai perniagaan internet berdasarkan perkembangan semasa dan kehendak industri perniagaan internet. Semua produk, servis dan kursus dicipta berdasarkan pengalaman pengarah syarikat sendiri yang diiktiraf sebagai pakar di dalam bidang perniagaan internet.
Produk, servis dan kursus yang kami jalankan juga mempunyai hubung kait di antara satu sama lain. Jadi lebih mudah untuk kami pasarkan kesemuanya kepada para pelanggan.
Flarebiz Network
Senarai Projek Yang Sedang Dijalankan Yosh.my (2011 - Sekarang)
Yosh.my adalah satu platform yang memudahkan orang ramai untuk menjana pendapatan menerusi internet. Setiap ahli boleh memilih pelbagai produk yang ada di dalam platform Yosh.my untuk dijual menerusi apa sahaja medium internet. Ahli akan mendapat produk dengan harga borong dan menjual kembali produk dengan harga biasa. Perbezaan tersebut menjadi keuntungan ahli. Misi: Ingin menjadi salah satu platform buat duit yang terbaik di Malaysia. Visi: Mencipta platform yang paling mudah dan praktikal untuk pengguna menjana pendapatan menerusi internet. Fakta Ringkas Yosh.my Transaksi: RM536,000 Jumlah Ahli: 761 Jumlah Produk: 1020 Anugerah & Pendedahan Media APEC YES Create Art (2011) Bisnes Alternatif Astro Awani (2012)
Flarebiz Network
Senarai Projek Yang Sedang Dijalankan MajalahNiaga.com (2008 - Sekarang)
MajalahNiaga.com adalah satu portal yang menghimpunkan pelbagai artikel berkaitan dunia keusahawanan. Artikel yang disiarkan oleh MajalahNiaga.com berupa tip, teknik dan berita yang disumbangkan oleh sekumpulan penulis yang sememangnya bergelar usahawan. Setiap 3 bulan, MajalahNiaga.com akan mengeluarkan e-majalah sendiri yang akan menampilkan seorang ikon usahawan yang telah diwawancara. Misi: Menjadi sumber informasi utama para usahawan. Visi: Menghasilkan artikel dan berita perniagaan yang berkualiti tinggi. Fakta Ringkas MajalahNiaga.com Jumlah Edisi: 24 Jumlah Ahli Mendaftar: 51,000 Jumlah Pelawat Bulanan: 20,000 Anugerah & Pendedahan Media Bisnes Alternatif Astro Awani (2013)
Flarebiz Network
Senarai Projek Yang Sedang Dijalankan KomikNiaga.com (2010 - Sekarang)
KomikNiaga.com di wujudkan untuk menyampaikan ilmu perniagaan dalam bentuk komik yang lebih santai. Setiap minggu KomikNiaga. com akan menyiarkan komik yang berkaitan dunia keusahawanan. KomikNiaga.com juga diterjemahkan di dalam bentuk e-komik setiap 3 bulan dengan mengetengahkan biografi ikon usahawan dalam bentuk komik. Misi: Menjadi komik keusahawanan No 1 di Malaysia. Visi: Menyampaikan ilmu keusahawanan secara santai. Fakta Ringkas KomikNiaga.com Jumlah Edisi: 12 Jumlah Ahli Mendaftar: 51,000 Jumlah Pelawat Bulanan: 7,000 Anugerah & Pendedahan Media Bisnes Alternatif Astro Awani (2013)
Flarebiz Network
Senarai Projek Yang Sedang Dijalankan AkademiUsahawan.com (2010 - Sekarang)
Akademi Usahawan Perniagaan Internet dicetuskan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendedahkan para pelajar secara teori dan praktikal bagaimana mereka boleh manafaatkan internet untuk menjana pendapatan dan seterusnya tidak terlalu bergantung kepada PTPTN. Kami telah dianugerahkan projek ini oleh syarikat Cheaper Ads Enterprise untuk menggubal modul dan menjadi tenaga pengajar untuk menjayakan program ini. Berikut adalah beberapa politeknik yang telah kami jalankan: No 1 2 3 4 5 6 7 8 9
Nama Politeknik Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra Politeknik Ungku Omar, Ipoh Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Politeknik Mersing, Mersing Politeknik Kota Melaka, Melaka
Tarikh 13-16 Feb 2012
Jumlah RM42000
20 - 23 Feb 2012 13-15 Mac 2012 17 & 18 Okt 2012
RM42000 RM42000 RM42000
21 & 22 Okt 2012 22 & 23 Okt 2012 9 & 11 Nov 2012 15 & 16 Mei 2013 29 & 30 Jun 2013
RM42000 RM42000 RM42000 RM42000 RM42000
Flarebiz Network
Senarai Projek Yang Sedang Dijalankan Seminar & Bengkel (2009 - Sekarang)
Kami juga menjalankan seminar dan bengkel berkaitan perniagaan internet berdasarkan perkembangan semasa dan kehendak industri. Semua seminar dan bengkel yang kami anjurkan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat. Berikut adalah senarai seminar yang pernah kami jalankan: No 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
Nama Seminar/Bengkel Seminar Buat Duit Dengan Blog (UKM) Seminar Pemasaran Internet Untuk Peniaga Kecil (UIA) Seminar Asas Perniagaan Internet Seminar Menjana Pendapatan Dengan Produk Fizikal Perniagaan Internet Suatu Kerjaya Seminar Gateway To Zero Unemployment (UiTM Shah Alam) Akademi Usahawan: Perniagaan Alaf Baru Akademi Usahawan: Fenomena Bisnes Dropship Seminar E-Commerce (MSU) Konvensyen Perniagaan Internet Seminar Buat Duit Dengan Blog Seminar Capaian Google Seminar Buat Duit Dengan Penulisan
Tahun 2008 2008 2009 2009 2010 2010 2010 2010 2011 2011 2012 2012 2013
Flarebiz Network
Senarai Projek Yang Telah Dijalankan Niagakit (2009 - 2011)
Niagakit ialah sebuah sistem kedai online yang memudahkan para usahawan untuk memiliki kedai mereka secara maya. Dengan menggunakan sistem Niagakit mereka boleh memiliki kedai online sendiri dengan pelbagai fungsi menarik dan mesra tempatan.
Mininiaga (2010 - 2012)
MiniNiaga adalah sebuah sistem laman web mini yang membantu para usahawan kecil yang menjual produk yang khusus. Penggunaan laman web mini sangat popular dalam kalangan usahawan seluruh dunia, jadi MiniNiaga memudahkan proses usahawan untuk membina laman web mini mereka sendiri.
Flarebiz Network
Senarai Projek Yang Telah Dijalankan e-Majalah Remaja Sempoi (2010 - 2011)
Penerbitan e-Majalah Remaja Sempoi adalah kerjasama strategik bersama syarikat ILuvIslam.com untuk berdakwah kepada para remaja di seluruh dunia. Kami menerbitkan e-majalah ini menggunakan pendekatan yang lebih sempoi dalam menyampaikan dakwah dan e-majalah ini telah tersebar ke seluruh universiti tempatan melalui kumpulan usrah.
Sistem Kedai Online Dnavecheemall (2013)
Syarikat kosmetik terkenal Malaysia Dnavechee Beauty (M) Sdn. Bhd. ingin meluaskan pasaran mereka secara online. Oleh itu, kami telah diberikan tanggungjawab untuk membina sistem kedai online berprofil tinggi mereka bagi memenuhi kehendak 1.6 juta pelanggan mereka.
Flarebiz Network