MEI 2010
BSP Mengukuhkan Kommitmen ‘Hijau’ Sebuah publikasi Syarikat Brunei Shell Petroleum Sdn Bhd
Dari Meja Pengarah Urusan BSP
MAKLUMAT LANJUT Sekiranya awda ingin mendapatkan maklumat lanjut, memberi sebarang komen atau menyumbang artikel, hantar e-mel yang mengandungi nama awda, alamat, nama syarikat serta jawatan awda kepada: editorial@ shell.com Untuk membaca lebih banyak bahan berita, sila kunjungi https://www.bsp.com.bn/main/ mediacentre/media_centre.asp LANGGANAN Bagi mengubah atau membatalkan langganan ini, sila hantar e-mel kepada editorial@shell. com dengan menyatakan nama, jawatan, syarikat/ organisasi dan alamat awda DITERBITKAN OLEH Jabatan Hal Ehwal Luar Korporat Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd Jalan Utara Panaga Seria KB3534 Brunei Darussalam PENYUNTING EKSEKUTIF Justin Jaapar TATA SUSUN DAN REKABENTUK Hajah Fauziah Jahis FOTOGRAFI Mohd Zufri Mohd Bakhtiar James How (Nanyang Photo Trading) John Han (Nanyang Photo Trading) Aryo Santoso (Nanyang Photo Trading) Jerome Wong (Jen Studio) PENCETAK Wing On Printing Sdn Bhd SINGKATAN BSP – Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd BLNG – Brunei LNG Sdn Bhd BSM – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd BST – Brunei Shell Tankers Sdn Bhd
Rakan Sejawat Sekelian, Kita telah pun sampai ke pertengahan tahun ini dan saya tahu semua orang sedang bekerja keras untuk mencapai sasaran-sasaran kita. Saya amat bergembira dapat bertemu awda semua di Cascade kakitangan di mana saya telah berkongsi maklumat terkini perniagaan bagi suku tahun kedua. Selama beberapa tahun kebelakangan ini, saya telah meningkatkan lagi komunikasi dengan awda semua dengan lebih banyak lagi maklumat boleh didapati di laman web BSP, di dalam poster-poster dan skrin-skrin TV semasa awda memasuki bangunan. Cascade kakitangan telah diperluaskan lagi dan bersama-sama dengan para Pengarah sekelian, lebih banyak lokasi telah dikunjungi termasuk 3 kompleks di Ampa-9, Champion-7 dan Fairley-4. Peningkatan sebegini akan diteruskan lagi di masa hadapan. Rekod keselamatan kita setakat ini adalah baik dari segi statistik dengan TRCF berada pada tahap 0.47 dan tiada sebarang insiden HiPo dilaporkan sehingga ke tarikh ini. Walaubagaimanapun, saya tidak akan menghentikan usaha untuk mempastikan keselamatan kerana kita tidak boleh mudah berpuas hati di dalam perkara ini. Saya menyeru awda semua supaya menjiwai mesej Hari Keselamatan untuk “melakukan perkara yang betul” dan mengambil satu lagi langkah ke hadapan dengan menerima hakikat bahawa tindakan ini mungkin bermakna terpaksa “membuat keputusan yang tidak digemari”. Mengeluarkan minyak dan gas mengikut sasaran dengan selamat masih lagi merupakan satu cabaran besar. Kita semua mencuba sedaya-upaya untuk sentiasa mengejar sasaran sepanjang tahun ini, supaya kita dapat mengelakkan keadaan terburu-terburu di penghujung tahun bagi menunjukkan hasil. Kos adalah isu utama. Walaupun kita mencatat kemajuan yang baik dalam penjimatan kos, saya fikir tidak semua orang mempersoalkan kos pada tahap ketelitian yang diperlukan. Sebarang perbelanjaan harus dipersoalkan bagi mencari jalan untuk mengurangkan kos dan anggaplah wang syarikat seperti wang awda sendiri. Saya juga ingin melihat semua orang di BSP menjadi sebahagian daripada sekurang-kurangnya satu projek BI1000, supaya kita semua bersama-sama mencari sebarang penjimatan dari setiap sudut di dalam syarikat. Kerja keras yang mantap sedang diterapkan ke dalam setiap tindakan pada setiap hari di seluruh BSP. Sambil kebanyakan kakitangan kita terlibat dengan operasi yang berterusan, adalah sama pentingnya untuk kita membawa perhatian kepada bidang-bidang pertumbuhan di masa hadapan. Sehubungan itu, adalah amat menyenangkan untuk lalu-lalang di hadapan yad fabrikasi BSP di KB dan melihat dua struktur jeket yang amat besar yang telah “dibuat di Brunei” terletak di situ. Kita juga baru sahaja mula menggerudi telaga Geronggong pada kedalaman air hampir 1,000 meter berhampiran sempadan Sabah dan sedang menantikan keputusannya dengan penuh harapan. Kita juga telah menyaksikan beberapa acara menarik pada bulan ini. Antaranya adalah perbahasan Green Debate BSP-UBD peringkat akhir di antara Universiti Brunei Darussalam dan Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, dan juga Forum Vendor 2010 di mana kita telah berpeluang bertemu dengan para kontraktor kita untuk meneruskan lagi usaha bersama mempertingkatkan penghasilan dan kecekapan. Ikhlas,
Grahaeme Henderson Pengarah Urusan, BSP
KANDUNGAN
SALAM
KANDUNGAN
4
18 9 BSP TERUSKAN AKTIVITI EKSPLORASI PERAIRAN DALAM
02 DARI MEJA PENGARAH URUSAN BSP
11 KEMPEN ‘GREEN WAVE’ OGDC 2010
04 JERAYAWARA PEMANTAUAN KEADAAN ELEKTRIKAL
12 BSP MENGUKUHKAN KOMITMEN ‘HIJAU’
06 PADANG SERIA: MENJANGKAU 80 TAHUN DAN MASIH MELANGKAH MAJU
14 BSP: MELETAKKAN BRUNEI DI PETA HIJAU
08 MENYOROTI PENINGKATAN PERNIAGAAN
16 LAWATAN KE ASET DARAT SERTA INISIATIF KESEDARAN HSE BAGI KAKITANGAN EBS
09 BSP TERUSKAN AKTIVITI EKSPLORASI PERAIRAN DALAM
17 8 TAHUN OPERASI BEBAS TRC DI S.S. BEBATIK
10 BSP JALIN HUBUNGAN LEBIH AKRAB DENGAN KOMUNITI BELAIT
18 PERMAINAN TRAFIK KESELAMATAN JALAN RAYA KEBANGSAAN BSP
MAKLUMAT UTAMA KESELAMATAN
Jerayawara Pemantauan Keadaan Elektrikal
Jerayawara Pemantauan Keadaan Elektrikal yang pertama telah dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan OPM/14, SEN/4 dan PPA/1 memperagakan sejumlah peralatan pemantauan keadaan yang terkini di pasaran
04 SALAM Mei 2010
P
enyelenggaraan adalah aktiviti penting bagi mempastikan operasi Unit-unit Aset BSP berjalan dengan lancar. Pada kebiasaannya terdapat tiga jenis bentuk penyelenggaraan: • Penyelenggaraan Reaktif • Penyelenggaraan Pencegahan • Penyelenggaraan Ramalan Bagi mempertingkatkan keberkesanan pengurusan penyelenggaraan aset pada kos yang optima, satu transformasi peningkatan dari penyelenggaraan pencegahan (berasaskan masa) kepada penyelenggaraan pencegahan (berasaskan keadaan) sedang berlaku. Unit-unit penyelenggaraan BSP akan meningkatkan lagi pendekatan secara berintegrasi terhadap pengurusan kitar hayat aset, dengan pemantauan keadaan menjadi bahagian utama pendekatan ini. Pendekatan Pemantauan Keadaan membolehkan kebanyakan kegagalan peralatan dan aset elektrikal dikesan awal, justeru meningkatkan kebolehpercayaan dan ketersediaan peralatan, menangguhkan penggantian (memanjangkan hayat), mengurangkan gangguan bekalan tenaga serta kerugian kepada aset. Pelaksanaan yang berjaya akan mengurangkan pendedahan kepada sebarang akibat kerosakan yang tidak diingini yang berpotensi berlaku kepada loji dan kakitangan, di samping mampu mengekalkan keselarasan yang ampuh dengan Pelaksanaan Integriti Penyelenggaraan (MIE) dan prinsip-prinsip pengurusan aset utiliti. Pada Mei 2010, Jerayawarya Pemantauan Keadaan Elektrikal yang pertama telah diadakan di ruang Atrium ibu pejabat BSP. Jerayawarya yang telah dianjurkan oleh kumpulankumpulan OPM/14, SEN/4 dan PPA/1 memperagakan sejumlah peralatan pemantauan keadaan yang terkini di pasaran dari syarikat-syarikat seperti ABB, Eetarp, Schneider, Kelman, TJlH2B analytical Services (Australia), dan sebagainya. Ia juga menyediakan peluang bagi pelawat-pelawat berkongsi maklumat serta melihat dengan lebih dekat peralatan pemantauan keadaan yang digunakan di BSP. Wakil-wakil dari Institut Kejuruteraan & Teknologi turut hadir di jerayawarya tersebut bagi menyebarkan maklumat tentang peraturan institut tersebut. Acara telah dimulakan dengan ucapan pembukaan dari Ho Kong Nam OPM/1, yang mengalu-alukan usaha-usaha kerjasama teknikal di antara vendor dan BSP bagi berkongsi isu-isu, penyelesaian-penyelesaian yang nyata, mengadakan perbincangan bersemuka serta mencari faedah-faedah kos untuk BSP. Ini diikuti dengan sesi pengenalan oleh Goh Koh Lai OPM/14, yang menyentuh tentang Strategi Penyelenggaraan Ramalan di mana pemantauan keadaan menjadi salah satu elemen asas bagi mempertingkatkan kebolehpercayaan dan integriti aset. Syarikat-syarikat yang mengambil bahagian telah memperagakan sistem-sistem dan peralatan pemantauan keadaan yang terkini di pasaran, yang merangkumi peralatan kabel bawah laut bagi mengesan rekahan dan memantau keadaan, pengurusan keadaan aset, sistem pemantauan tenaga, DGA (Dissolve Gas Analysis) atau analisis gas terlarut dan sebagainya. Pelbagai peralatan pemantauan keadaan dari OPM/SEN/PPA seperti pengimbas haba infra-red, pemantauan gegara, penguji dielektrik minyak, pemantau discaj tidak lengkap dan unit ujian perlindungan elektrikal Omicron telah didemonstrasi serta diperbincangkan bersama-sama dengan para kakitangan Unit Asset, sebagai usaha berkongsi pengetahuan dan pengalaman Penyelenggaraan Ramalan. Lebih kurang 250 pelawat telah mengunjungi jerayawarya tersebut termasuk kakitangan BSP, BLNG dan Brunei Refinery. Jemputan juga telah dikeluarkan kepada pihak kontraktor, para pelajar dan guru-guru Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah. Ruang pameran syarikatsyarikat yang mengambil bahagaian mempamerkan produk-produk masing-masing yang berkaitan dengan pemantauan keadaan elektrikal dan para pelawat telah berpeluang mengenali lebih dekat lagi produk-produk tersebut, di samping meningkatkan kesedaran mereka tentang pemantauan keadaan dan meluaskan rangkaian bagi sebarang pertanyaan teknikal di masa hadapan. Maklumbalas dari para pelawat amatlah positif. Acara ini juga adalah pendekatan yang berkesan dengan adanya penyertaan vendor-vendor, memandangkan lebih 250 penggunapengguna yang berkaitan telah dapat bersemuka dengan pakar-pakar produk dalam masa sehari.
Mei 2010 SALAM 05
BERITA BSP
Padang Seria: Lebih 80 tahun... dan masih melangkah maju
S
yarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) telah menerajui pembangunan minyak dan gas di Brunei Darussalam selama lebih 80 tahun. Kini BSP menggendalikan 10 padang-padang minyak dan menghasilkan pengeluaran yang bersamaan dengan lebih 350,000 tong minyak dan gas setiap hari. Semuanya bermula dengan penemuaan padang minyak Seria di daratan. Padang gergasi ini yang terletak di sepanjang 25km kawasan pantai di antara Seria dan Kuala Belait, telah menjadi tulang belakang pengeluaran minyak Brunei semenjak 1929 dan terus menjadi penyumbang berkos rendah yang amat penting kepada pengeluaran minyak kebangsaan sehingga ke hari ini. BSP telah menggerudi hamper 900 telaga-telaga di daratan bagi mencari serta membangunkan risab-risab di padang ini dan lebih 1.1 billion tong minyak telah pun dikeluarkan. BSP terus memaksimakan pengeluaran daripada asset yang bernilai ini dan sepanjang tempoh 25 tahun ini sahaja, lebih 140 telaga daratan telah digerudi di sini. Pada 2004, sejumlah blok-blok baru yang mengandungi minyak telah ditemui di bawah permukaan kawasan pesisiran pantai yang cetek di bahagian utara padang Seria dan penggerudian pembangunan telah pun dimulakan pada 2007. Rig penggerudian T201 telah ditempatkan di satu lokasi berhampiran Pusat Penemuan Minyak dan Gas selama lebih 2 tahun dan telah menjadi sebahagian dari pemandangan biasa kepada mereka yang tinggal di kawasan ini. Semasa di lokasi tersebut rig ini telah menggerudi dan menyiapkan 25 telaga ‘fish-hook’ berteknologi tinggi yang pengeluarannya telahpun bermula. Rig penggerudian T201 tersebut telah memenangi anugerah ‘Rig Daratan Shell Terbaik’ di antara 80 rig-rig yang lain di seluruh dunia selama dua tahun berturut-turut, berdasarkan prestasi cemerlang keselamatan dan penggerudian. Tidak lama lagi rig ini akan berpindah ke lokasi, menandakan berakhirlah sudah fasa awal pembangunan kawasan baru ini yang dinamakan Seria North Flank.
06 SALAM Mei 2010
BSP telah menggerudi hamper 900 telaga-telaga di daratan bagi mencari serta membangunkan risab-risab di padang ini dan lebih 1.1 billion tong minyak telah pun dikeluarkan
Kerana hidrokarban telah menjadi semakin sukar untuk dicari dan dikeluarkan, penemuan-penemuan baru di dalam teknologi perlu bagi meneruskan pengeluaran. Teknologi-teknologi yang diungkayahkan di telaga-telaga Seria North Flank adalah contoh-contoh inovasi ini. Misalnya, telaga yang terakhir sekali digerudi (Seria-892) adalah telaga ‘fish-hook’ yang terpanjang pernah dikorek, mencapai lebih 4km menembusi blok-blok yang paling jauh di dalam Seria North Flank, yang dipasang dengan peralatan serta kelengkapan bagi memaksimakan jumlah minyak yang boleh dikeluarkan daripada risab-risab Seria. Pengarah Urusan BSP, Grahaeme Henderson, sememangnya kagum dengan skop kepakaran yang diungkayahkan. “Walaupun sudah 80 tahun, kita masih terus membangunkan padang minyak yang sama di mana semuanya bermula pada 1929. Bezanya kita kini lebih bagus, tegap dan bijak dalam menghadapi cabaran-cabaran teknikal yang lebih kompleks pada hari ini. Brunei Shell telah membuktikan kemampuannya sebagai pemimpin dunia di dalam pelaksanaan teknologi-teknologi telaga pintar dan telaga-telaga pembangunan di Seria North Flank boleh dikatakan antara telaga yang “terpintar” pernah digerudi oleh mana-mana syarikat di dalam dunia.” Satu lagi aspek utama pembangunan ini adalah projeknya yang hampir keseluruhannya dijalankan oleh rakyat Brunei, terutamanya dari kalangan graduan muda yang berbakat. Grahaeme menambah “Semua orang di Brunei boleh berbangga bahawa pada hari ini, golongan profesional muda Brunei ini adalah peneraju-peneraju yang memimpin dunia di dalam bidang teknologi telaga dan pembangunan padang minyak. Sememangnya ini sesuatu yang amat dibanggakan.”
Telaga-telaga Seria North Flank kini telah pun mengeluarkan hasil dan menyumbang kepada peningkatan pengeluaran padang Seria sebanyak dua kali ganda sepanjang dua tahun kebelakangan ini. Dengan fasa pertama ini berjalan lancar, tumpuan akan diberikan kepada blok-blok lain di sepanjang kawasan pantai ini di mana terdapat peluang-peluang yang serupa. Rig penggerudi T201 akan berpindah ke kawasan Anduki untuk mengorek dan menyiapkan lebih banyak lagi telaga-telaga ‘fish-hook’ berteknologi tinggi. Masih ada banyak lagi blok-blok di bawah permukaan kawasan pesisiran pantai yang cetek ini dan BSP akan terus giat membangunkan telaga-telaga ‘fish-hook’ ini sepanjang beberapa tahun yang akan datang. Selain daripada pembangunan-pembangunan baru di Seria North Flank, BSP juga sedang meniup nafas baru ke dalam kawasan-kawasan Padang Seria yang lebih lama melalui projek Enhanced Oil Recovery (EOR) atau perolehan minyak tertingkat, yang dicapai melalui penyuntikan air atau bahan kimia yang membolehkan lebih banyak minyak dikeluarkan dan sekaligus menaikkan nilai aset in kepada Brunei. Satu projek perintis EOR sedang diusahakan bagi membolehkan BSP mengoptimakan perancangan serta menyediakan laluan bagi projek EOR berskala besarm, sebagai satu cara untuk meneruskan pengeluaran minyak jangkamasa di padang minyak ini. Berkat pengetahuan teknologi serta inovasi warga kerja BSP, Padang Seria akan terus menjana pertumbuhan serta pembangunan Brunei Darussalam untuk tahun-tahun yang akan datang.
Mei 2010 SALAM 07
PELAKSANAAN PENINGKATAN PERNIAGAAN
Menyoroti Peningkatan Perniagaan
S
trategi peningkatan perniagaan BSP untuk 2010 mengambil dua pendekatan bagi memudahcarakan perubahan-perubahan yang perlu untul BSP menjadi syarikat tenaga yang paling selamat dan efisien tenaga di dalam dunia. Pendekatan pertama boleh ditakrifkan sebagai “Seinci Dalam – Sebatu Lebar” yang menjadi nadi kepada program BI1000 dan membawa maksud bahawa semua orang di dalam organisasi menyumbang, samada secara kecil atau pun besar, bagi memperelokkan lagi perniagaan. Program ini terus menempa kejayaan dari segi mengiktiraf serta memberi ganjaran kepada para individu dan juga kumpulan yang berusaha gigih untuk memperbaiki lagi proses-proses, memudahkan kerja, mencegah pembaziran dan menjimatkan wang. Lebih daripada 1,000 jenis BI telah didaftarkan dan sebanyak 540 dari jumlah ini telah berjaya disempurnakan dengan manfaat yang jelas, dengan lebih sepertiga para kakitangan BSP terlibat dalam program ini. Pendekatan yang kedua bagi Peningkatan Perniagaan digelar sebagai “Sebatu Dalam – Seinci Lebar” di mana Kumpulan BI mengambil peranan sebagai kumpulan pemudahcara pelbagai fungsi bagi mengesan sehingga ke akar umbi penyebab sebarang masalah perniagaan yang serius dan membantu untuk menjana pelaksanaan penyelesaianpenyelesaian yang mungkin memerlukan usaha intensif sepanjang tempoh yang panjang. Contoh kepada salah satu pendekatan ini adalah Kumpulan Penyuntikan Kimia yang telah ditubuhkan pada 2009 bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan bahan-bahan kimia yang disuntik ke dalam talian-talian paip sepanjang lebih 600 km bagi melindunginya daripada kakisan . Terdapat lebih 400 tempat-tempat penyuntikan di keseluruhan kemudahan-kemudahan daratan serta luar pantai BSP yang kesemuanya harus menjalani pemeriksaan, diselenggara serta dibekalkan dengan bahan kimia yang banyak setiap hari. Kumpulan ini yang terdiri daripada wakil-wakil Kimia Pengeluaran, Teknologi Champion dan Peningkatan
Kakisan dalam talian paip
08 SALAM Mei 2010
Perniagaan telah bertemu untuk menyiasat kenapa Keberkesanan Penyuntikan Kimia di keseluruhan kemudahan-kemudahan BSP hanya mencapai tahap 35% berbanding 95% seperti yang telah dijangkakan. Kumpulan tersebut menggunakan sejumlah kaedah-kaedah LEAN seperti Value Stream Mapping, Kaizen dan Going to Gemba bagi mengenalpasti isu-isu berkenaan. Suatu sistem pengumpulan data yang komprehensif telah disediakan bagi memantau prestasi di setiap tempat penyuntikan. Masalah-masalah yang telah dikenalpasti termasuklah yang berkenaan dengan peranan-peranan dan tanggungjawab yang tidak jelas, perbedaan di dalam cara bagaimana logistik bahan-bahan telah dikendalikan, komunikasi yang kurang baik beserta dengan kurangnya pemahaman di sepanjang proses penghasilan nilai dan juga pemeriksaan serta penyelenggaran peralatan yang tidak konsisten. Beberapa usaha peningkatan telah diungkayahkan dengan lebih banyak lagi sedang dilaksanakan. Ini termasuklah laporan harian kepada Aset tentang sebarang kejanggalan, penggunaan SAP bagi mengurus logistik bahan kimia pukal dan juga bekas-bekas kosong yang dipulangkan , jerayawarya di luar pantai bagi menjelaskan tentang kepentingan Penyuntikan Kimia dan bagaimana operasi-operasi Aset dan kumpulan-kumpulan penyelenggaran dapat membantu mempastikan keberkesanan yang berterusan. Selepas 6 bulan, kumpulan tersebut telah mencapai peningkatan daripada 35% kepada 65% tempat-tempat penyuntikan yang telah dapat menghasilkan tahap dos yang betul dan kekerapan pemeriksaan yang betul, dengan objektif 95% semakin hampir hasil pengungkayahan semua usaha-usaha peningkatan. Projek-projek “Sebatu Dalam – Seinci Lebar” yang lain yang sedang diusahakan oleh Kumpulan BI termasuklah Kecekapan dan Penggunaan Kapal Pembekal serta Ketepatan Pengiraan Stok Bahan-bahan. Untuk maklumat lanjut hubungilah Kumpulan BI - Jon Martin BM, Mark Kong BM/1, Sanne Vangrinsven BM/2 dan Norhashimah Amai BM/3.
BSP teruskan aktiviti eksplorasi perairan dalam
S
yarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) meneruskan lagi aktiviti-aktiviti eksplorasi perairan dalam dengan kembalinya kapal penggerudi perairan dalam “Frontier Phoenix”. Di dalam stau kenyataan beliau, Grahaeme Henderson, Pengarah Urusan BSP berkata, “Kapal ini adalah kapal penggerudi berteknologi tinggi yang telah berjaya menggerudi telaga perairan dalam BSP sebelum ini iaitu Alap Alap, pada 2009. Ia merupakan salah satu kapal seumpamanya yang paling canggih di dunia dan boleh menggerudi telaga di lokasi tanpa perlu melabuhkan sauh kerana mempunyai kebolehan untuk mengekalkan posisinya dengan menggunakan kuasa sembilan unit sistem tujahan atau kipas.” Beliau menambah, “Dengan keupayaan untuk menjalankan teknik-teknik penggerudian yang terkini, Frontier Phoenix mampu menggerudi telaga-telaga pada kedalaman air sehingga 2700 meter. Sebelum kembali semula ke Brunei, kapal penggerudi ini telah melalui proses pensijilan semula sistem tujahan, paip penaik daripada dasar laut serta sistem-sistem pencegah pancutan, atau pun kelengkapan yang boleh menutup telaga sekiranya berlaku kecemasan atau kebocoran. Pensijilan semula tersebut telah mempastikan kapal itu mematuhi sepenuhnya standard tinggi BSP bagi Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar. Kapal Frontier Phoenix akan menggerudi sebuah telaga perairan dalam di kawasan Geronggong yang terletak pada kedalaman air yang hampir mencecah 1000 meter.” “BSP komited sepenuhnya untuk menjalankan aktiviti eksplorasi yang giat bagi mengekalkan tahap pengeluaran sedia ada di samping meningkatkan risab masa hadapan untuk Brunei Darussalam.” Satu majlis doa selamat telah diadakan baru-baru ini yang dihadiri oleh wakil-wakil BSP dan juga pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan di Muara. Kemajuan besar teknologi serta keupayaan di dalam bidang pengimejan, intepretasi serta pemodelan subpermukaan, telah membolehkan BSP mengenalpasti takungan-takungan hidrokarbon yang berpotensi untuk dimajukan. Telaga Geronggong akan digerudi sehingga ke lapisan batu pasir yang mengandungi hidrokarbon di bawah permukaan dasar laut. Kawasan ini adalah salah satu daripada takungan atau prospek yang telah dikenalpasti di kawasan perairan dalam tersebut yang akan diuji melalui penggerudian eksplorasi pada tahun-tahun yang akan datang.
Pg Haji Harun, Timbalan Pengarah Unit Petroleum, Jabatan Perdana Menteri (kanan), Mike Taylor, Pengarah Kewangan BSP (tengah) dan Sergio Garzon, Pengurus Rig Frontier Pheonix (kiri)
Mei 2010 SALAM 09
LIPUTAN UTAMA
BSP jalin hubungan lebih akrab dengan komuniti Belait
P
ertemuan proaktif yang dijalankan secara berterusan dengan komuniti setempat adalah kunci kepada pengekalan dan pengukuhan perhubungan baik di antara Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) dan jiran-jirannya. Ini telah dapat disaksikan semasa satu sesi pertemuan umum di antara BSP dan Pejabat Daerah Belait yang diadakan di Panaga. Sesi pertemuan tersebut diadakan bagi berkongsi maklumat dan mewujudkan kesedaran berkenaan aktiviti-aktiviti syarikat di dalam daerah ini, di samping dapat mengukuhkan lagi hubungan syarikat dengan masyarakat Belait. Taklimat mengenai projek-projek utama BSP dan juga inisiatif-inisiatifnya bagi memelihara alam sekitar. Di dalam ucapan alu-aluan beliau, Hajah Masni Haji Munir, Ketua Hal Ehwal Luar Korporat BSP, berkata bahawa pihak syarikat menyelaraskan sasaran-sasarannya dengan agenda pembangunan negara dan akan terus mengambil langkah untuk menyumbang melalui berbagai-bagai program pembangunan masyarakatnya. Wakil-wakil dari BSP, pemimpin-pemimpin masyarakat dari Mukim Seria dan Mukim Kuala Belait dan juga pegawai-pegawai kerajaan dari Pejabat Daerah Belait, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa serta Jabatan Tanah telah menghadiri pertemuan itu. Pertemuan telah diakhiri dengan sesi soaljawab bersama-sama dengan sebuah panel wakil-wakil jabatan-jabatan Operasi dan Alam Sekitar BSP. “Sesi pertemuan ini adalah satu peluang yang baik bagi kita untuk memperjelaskan perkara-perkara berkaitan dengan peraturan serta pembangunan tanah di Daerah Belait, di mana BSP turut memainkan peranan yang besar,” kata Dayang Zarina Abu Adenan, wakil dari Jabatan Tanah Belait. “Ianya merupakan perbincangan yang produktif di mana BSP dan agensi-agensi kerajaan telah dapat berintegrasi dengan lebih baik bagi membangunkan lagi Kuala Belait dari segi infrastruktur, ekonomi dan sosial. Kita berharap dapat menghadiri lebih banyak lagi sesi seperti ini di masa hadapan,” kata Haji Md Aziman Haji Tengah dari Pejabat Daerah Belait. Pihak BSP telah sekian lama menjadi penyokong padu bagi pembangunan sebuah masyarakat yang berdaya tahan sepanjang kewujudannya di Brunei Darussalam. Sesetengah skim pembangunan masyarakat yang sedang dijalankan adalah projek-projek pelaburan sosial seperti Inisiatif Skim Bimbingan di bawah program pembangunan perniagaan tempatan; program-program pendidikan yang ditumpukan kepada sains, matematik, IT dan alam sekitar, serta projek-projek kemasyarakatan seperti kempen keselamatan jalanraya dan inisiatif-inisiatif alam sekitar seperti Heart of Borneo dan eco-pelancongan.
10 SALAM
Mei 2010
Wakil wakil BSP dari Jabatan Hal Ehwal Luar Koporat (CEA), Unit Alam Sekitar (HSE) dan Jabatan Operasi Aset Darat (DOP) memberi taklimat kepada pegawai-pegawai kerajaan tentang projek dan aktiviti aktiviti BSP dalam komuniti Belait
OGDC tanam 100 pokok sempena kempen ‘Green Wave’
P
usat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) di Seria telah menyertai ribuan penduduk seluruh dunia membentuk ‘Green Wave’ atau ‘gelombang hijau’ bagi meraikan serta menandakan Hari Antarabangsa dan tahun Kepelbagaian Biologi. Sempena sambutan hijau ini semua para pelajar dan guru, serta organisasi-organisasi belia seluruh dunia telah menganjurkan dan mengambil bahagian dalam acara-acara khas menanam pokok yang bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran tentang kepelbagaian biologi. Tetamu kehormat bagi acara yang dilangsungkan di OGDC adalah Ketua Pelaburan Sosial Strategik BSP, Awg Sukardi bin Suparjan, yang telah merasmikan acara dengan menanam benih pokok yang pertama daripada 100 batang. Selepas pengiraan 10 saat ke detik pelancaran acara yang diikuti dengan penanaman benih pokok yang pertama, sebanyak 100 batang benih pokok jenis Foxtail dan Manila telah ditanam di sekitar kawasan OGDC. Benih-benih pokok ini disediakan oleh Jabatan Perhutanan. Sebagai suatu usaha mewujudkan kesedaran tentang alam sekitar, kakitangan dari pelbagai jabatan BSP, pihak kontraktor serta orang ramai telah turut serta di dalam aktiviti tersebut. Ketua OGDC, Irwandy Haji Lois berkata bahawa kempen Green Wave tersebut turut membantu mengukuhkan lagi perhubungan serta semangat bekerja berkumpulan. Objektif utama OGDC menganjurkan acara tersebut adalah bagi mewujudkan kesedaran di dalam diri seseorang individu untuk menghargai keindahan alam semulajadi, di samping menerapkan rasa kebertanggungjawaban melindungi alam sekitar, kata Irwandy.
Sebanyak 100 batang benih pokok jenis Foxtail dan Manila telah ditanam di sekitar kawasan OGDC
Mei 2010 SALAM 11
BERITA BSP
BSP Mengukuhkan Komitmen ‘Hijau’
P
ertandingan bahas “Green Debate BSP-UBD” yang julung-julung kali diadakan adalah salah satu usaha berterusan BSP dan UBD bagi meningkatkan kesedaran tentang isu-isu alam sekitar di kalangan generasi muda, di samping menggilap kemahiran berkomunikasi mereka dan menggalakkan mereka menjadi golongan muda yang mempunyai keyakinan diri. Usaha ini juga diharap akan melahirkan generasi pemimpin yang perihatin terhadap alam sekitar yang akan mempertahankan pembangunan Brunei Darussalam yang berdaya tahan. Bermula dengan pusingan awal pada 29 Mei 2010, dengan tujuh pusat tingkatan 6 dan tiga institusi pengajian tinggi bertarung untuk kelayakan ke peringkat akhir, kejohanan perbahasan BSP UBD Green Debate mencapai kemuncaknya Selasa yang lalu di Indera Kayangan Ballroom, Empire Hotel and Country Club. Dalam salah satu perdebatan yang paling hangat sepanjang kejohanan tersebut, perbahasan peringkat akhir telah menyaksikan Maktab Duli Pengiran Muda Al Muhtadee Billah merampas kejohanan daripada Universiti Brunei Darussalam (UBD) dengan kelebihan mata yang amat tipis, dengan tajuk perbahasan “Pilihan Individu Tidak Memberi Kesan Dalam Memerangi Perubahan Iklim yang Disebabkan Oleh Manusia.” Dari 3,600 markah keseluruhan, Maktab Duli telah berjaya mengumpul 2,802 markah berbanding dengan 2,751 markah yang dikumpul oleh pungut oleh UBD, iaitu perbezaan sebanyak hanya 1.4%. Barisan pembahas Maktab Duli, yang menjadi pihak pembangkang telah membawa pulang trofi kejohanan dan hadiah wang tunai B$2,000, sementara pasukan UBD
12 SALAM
Mei 2010
Pengarah Urusan BSP, Grahaeme Henderson, memberi taklimat tentang Galeri Hijau BSP kepada tetamu kehormat Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Perindustrian dan SumberSumber Utama
team, yang mengambil peranan sebagai pencadang tajuk perbahasan turut membawa pulang sebuah trofi dan hadiah wang tunai B$1,000. Kala Karwanamurthi daripada Sekolah Menengah Sayiddina Ali (SMSA) turut muncul sebagai Pembahas Terbaik kejohanan dan menerima trofi serta B$300. Kejohanan Green Debate terbuka kepada pasukan daripada institusi-institusi dan pusat-pusat tingkatan 6 di Brunei Darussalam. Tajuk-tajuk perbahasan pada pusingan awal merangkumi topiktopik penebangan hutan sehinggalah kuasa nuklear. Berbeza daripada kejohanan perbahasan yang lain, kejohanan Green Debate lebih mementingkan isi kandungan dari gaya penyampaian. Pusingan awal kejohanan ini telah dijalankan mengikut format liga yang disertai oleh 10 pasukan pembahas dengan setiap pasukan dipilih secara rambang untuk bertemu dengan pasukan yang lain. Tajuk bagi setiap perbahasan juga dipilih dengan rambang dan setiap pasukan mensasarkan pungutan markah yang paling tinggi dapat dicapai. Dua pasukan yang meraih markah tertinggi akan bertemu di perbahasan terakhir. Pasukan UBD dan Maktab Duli telah dijangka akan bertemu di dalam perbahasan akhir yang sengit dipertandingkan kerana kedua-dua pasukan ini telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang pusingan awal dengan mengalahkan SMSA dan lain-lain sekolah yang mengambil bahagian. Perbahasan akhir tersebut menjadi penyertaan kali pertama pasukan UBD yang membanggakan, tetapi pasukan Maktab Duli yang lebih berpengalaman telah berjaya merebut gelaran juara, setelah membuktikan diri bertemu dengan pasukan handalan kejohanan, Pusat Tingkatan Enam Katok, di dalam perbahasan pusingan awal yang sama hebatnya. Semasa acara berlangsung, satu persembahan video khas telah ditayangkan kepada penonton, bagi mempamerkan pelbagai inisiatif alam sekitar BSP serta sumbangan pihak syarikat ke arah melindungi alam sekitar di Brunei Darussalam.
Satu Galeri Hijau turut dianjurkan selepas acara kejohanan, menampilkan pameran poster berkenaan usaha-usaha berkaitan alam sekitar oleh pihak BSP dan UBD, seperti inisiatif Heart of Borneo, Life Beneath the Platforms dan Inisiatif Belalong. Galeri Hijau ini akan terus diadakan diadakan di Pusat Penemuan Minyak dan Gas, Seria untuk tatapan orang ramai sehingga 11 Julai. Pihak BSP akan turut menganjurkan khemah kepimpinan alam sekitar bagi manfaat para peserta Green Debate di dalam bulan-bulan yang akan datang sebagai usaha meneruskan pengukuhan kesedaran serta sikap kepimpinan di kalangan para pelajar terlibat. Komitmen BSP terhadap alam sekitar dijana oleh strategi serampang tiga mata yang tertumpu kepada usaha menerapkan keperihatinan alam sekitar ke dalam operasi syarikat, memperjuang serta menyokong inisiatif-inisiatif alam sekitar di kalangan anggota-anggota masyarakat, serta bekerjasama dengan pihak Kerajaan di dalam inisiatif-inisiatif alam sekitar peringkat kebangsaan yang strategik. Kejohanan Green Debate BSP UBD ini adalah bukti sokongan berterusan pihak BSP dan UBD terhadap inisiatif-inisiatif pembangunan berdaya tahan negara. Ianya merupakan salah satu program alam sekitar yang telah dimulakan oleh BSP sebagai menyatakan komitmennya terhadap alam sekitar, pembangunan masyarakat dan aspirasi kebangsaan ke arah 2035.
Barisan pembahas Maktab Duli, yang menjadi pihak pembangkang telah membawa pulang trofi kejohanan dan hadiah wang tunai B$2,000
Mei 2010 SALAM 13
BERITA BSP
BSP: Meletakkan Brunei di Peta Hijau
K
omitmen BSP terhadap alam sekitar dijana oleh strategi serampang tiga mata yang tertumpu kepada usaha menerapkan keperihatinan alam sekitar ke dalam operasi syarikat, memperjuang serta menyokong inisiatifinisiatif alam sekitar di kalangan anggotaanggota masyarakat, serta bekerjasama dengan pihak Kerajaan di dalam inisiatifinisiatif alam sekitar peringkat kebangsaan yang strategik. Bekas Ketua Eksekutif Shell, Jeroen van der Veer, menyerahkan anugerah Alam Sekitar Shell Global kepada Pengarah Urusan BSP, Grahaeme Henderson (tengah) di Hague
PELAN TINDAKAN KEPELBAGAIAN BIOLOGI Selaras dengan komitmen ini, BSP telah melaksanakan sejumlah system pengurusan alam sekitar khusus bagi aktiviti-aktiviti di‘hot spots’ atau kawasan-kawasan sensitive alam sekitar yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Salah satu kawasan seumpama ini yang telah menerima manfaat aktiviti oleh BSP adalah Hutan Simpanan Anduki. Standard Kepelbagaian Biologi Kumpulan Shell memerlukan supaya Pelan Tindakan Kepelbagaian Biologi (BAP) diwujudkan bagi mana-mana kawasan terlindung yang digunakan oleh Shell. Sehubungan itu, BSP telah mengeluarkan dokumen BAP berkaitan bagi Hutan Simpanan Anduki. Di dalam dokumen tersebut, segala ancaman-ancaman kepada kawasan hutan ini telah dikenalpasti dan tindakan-tindakan telah diambil bagi mengurangkan sebarang impak daripada aktiviti-aktiviti BSP di situ. Pada Julai 2009, BSP telah menerima kedatangan wakil-wakil daripada Shell International dan IUCN (Kesatuan Antarabangsa bagi Pemeliharaan Alam Sekitar) yang menjalankan penilaian ke atas BAP bagi Hutan Simpanan Anduki dan pada masa yang sama mengunjungi kawasan-kawasan lain yang mempunyai kepelbagaian biologi yang tinggi di mana terdapat operasi BSP.
Kakitangan BSP di Hutan Simpanan Badas
14 SALAM
Mei 2010
BEKERJASAMA DENGAN PIHAK LAIN
INISIATIF-INISIATIF HIJAU
BSP turut bekerjasama dengan Wetlands International (WI). Salah satu usaha kolaboratif di antara kedua-dua pihak adalah pelaksanaan kajian alam sekitar di Sungai Seria dan tanah-tanah bencah yang berkaitan kerana memandangkan nilai tinggi kepelbagaian biologi di lokasi-lokasi tersebut. Usaha ini juga berkait rapat dengan Asian Waterbird Census (AWC) atau bancian ke atas unggas air yang dijalankan setiap tahun di Brunei dan juga di seluruh dunia. Bancian ini adalah program serantau bagi menggalakkan penyertaan orang ramai dalam memantau taburan serta populasi unggas air dan juga status tanah-tanah bencah. Pihak AWC berfungsi selaras dengan bancian-bancian lain yang dijalankan di bawah International Waterbird Census (IWC) atau badan bancian unggas air antarabangsa. Sebagai satu usaha promosi ke arah ini dan juga bagi mewujudkan tenaga sokongan bagi masa hadapan, BSP telah menganjurkan bengkel latihan Mengenali Unggas Air Brunei pada April 2010. Dengan dikendalikan oleh jurulatih daripada Wetlands International, bengkel ini menggabungkan sesi dalam kelas dan juga latihan di luar dengan penyertaan oleh wakil-wakil dari pihak Kerajaan, Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan juga para kakitangan BSP.
Sebagai sebahagian dari komitmen BSP terhadap alam sekitar, Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) telah bersama-sama menyertai kempen global Green Wave 2010, di mana acara menanam pokok secara besarbesaran di persekitaran OGDC telah diadakan pada Mei 2010. Kakitangan BSP telah berkumpul untuk menanam 100 batang anak pokok yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan. Aktiviti-aktiviti serupa turut dijalankan oleh kakitangan BSP di Hutan Simpan Badas, kawasan E21 di Seria dan di sepanjang Jalan Carey di Daerah Belait. Usaha menanam pokok ini adalah sebahagian daripada projek lebih besar bagi menanam sejuta pokok yag dilancarkan oleh International School of Brunei Darussalam (ISB). Setakat ini BSP telah menyertai dua acara Earth Hour di peringkat global yang dianjurkan oleh WWF bagi membawa perhatian kepada isu penjimatan tenaga dan perubahan iklim di seluruh dunia. Acara yang pertama telah diadakan pada Mac 2009 dan pada tahun ini ia dijalankan pada skala yang lebih besar dengan lebih banyak bangunan-bangunan BSP turut serta. Pada 2010, acara selama sejam ini telah dianggar dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik syarikat sebanyak 815.43 kWj yang bersamaan dengan 120 batang pokok telah diselamatkan. Satu lagi inisiatif yang dijalankan oleh BSP adalah yang berkaitan dengan penjimatan tenaga sebagai langkah menyokong kempen peringkat kebangsaan yang berkaitan dengan isu ini yang dilancarkan oleh Menteri Tenaga. Minggu Penjimatan Tenaga di BSP yang pertama telah diadakan pada Mei 2009, di mana kesedaran umum tentang penjimatan tenaga telah diperkukuhkan melalui pameran poster serta penyampaian maklumat. Beg-beg yang boleh dipakai semula beserta dengan lampu-lampu jimat tenaga telah diedarkan bersama-sama dengan pelekat-pelekat peringatan untuk “matikan suis” sebagai usaha untuk menggalakkan lagi tabiat menjimatkan tenaga di pejabat dan juga di rumah. Minggu Penjimatan Tenaga telah dianjurkan sekali lagi pada 14 Jun tahun ini sempena Hari Tenaga Kebangsaan pada 24 Mei 2010 yang bertemakan ‘Hargai Tenaga’dan Hari Alam Sekitar Sedunia 2010. Pada 2009, BSP telah menyokong Hari Alam Sekitar Sedunia, yang disambut di seluruh dunia pada setiap 5 Jun. Beberapa inisiatif baru telah diperkenalkan sepanjang minggu sambutan, seperti sistem perkhidmatan shuttle dan minggu perkongsian kereta bagi menggalakkan para kakitangan menjimatkan minyak kenderaan. Bahagian Hal Ehwal Alam Sekitar turut memperkenalkan ‘Sudut Hijau’ di ibupejabat BSP yang mempamerkan posterposter kesedaran alam sekitar dan menyediakan tong-tong kitar semula yang khusus. Inisiatif-inisiatif hijau ini adalah selaras dengan objektif BSP menyumbang kepada pembangunan berdaya tahan, di samping mengekalkan komitmen kita bagi menjalankan segala aktiviti-aktiviti secara selamat dan bertanggungjawab. Segalanya ini adalah supaya kita dapat merealisasikan aspirasi BSP untuk menjadi contoh kepada industri-industri lain di dalam negara dengan mendemonstrasikan bahawa tidaklah mustahil untuk menjalankan operasi secara besar-besaran dan mengurangkan impak terhadap alam sekitar demi keperluan-keperluan masa hadapan
Kakitangan BSP dengan ahli-ahli PNHS, Jabatan Biologi UBD bersama pegawai Kerajaan di upacara perletakan kotak sarang enggang
Satu lagi inisiatif hijau adalah pertandingan perbahasan BSP UBD Green Debate di mana 10 pasukan pembahas telah merebut dua tempat teratas untuk mara ke peringkat akhir yang diadakan pada Jun 2010. Pertandingan perbahasan tersebut telah menyaksikan pelbagai persembahan hebat dan bertenaga oleh semua pasukan dan dua pasukan telah bertemu di peringkat akhir, iaitu Universiti Brunei Darussalam dan Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah. Kedua-dua pasukan telah membahaskan tajuk “Pilihan Individu Tidak Memberi Kesan Dalam Memerangi Perubahan Iklim yang Disebabkan Oleh Manusia” di peringkat akhir Green Debate yang diadakan pada 29 Jun 2010, dengan kejuaraan disandang oleh Maktab Duli. BSP turut bekerjasama dengan Kementerian Industri dan Sumber-sumber Utama (MIPR) dalam inisiatif Heart of Borneo bagi melindungi kepelbagaian biologi Brunei dan rantau ini. Sumbangan BSP kepada inisiatif ini bermula dengan pembiayaan fasa Rangka Kerja Pelaksanaan Projek. Pihak syarikat juga telah menyediakan sokongan teknikal bagi intepretasi satelit, di samping meminjamkan salah seorang geologis untuk bekerja dengan kumpulan-kumpulan dari MIPR dan Tabung Alm Sekitar Sedunia (WWF).
Mei 2010 SALAM 15
BERITA BSP
Lawatan ke Aset Darat serta inisiatif kesedaran HSE bagi kakitangan EBS
Para kakitangan EBS yang diketuai oleh Hajah Mahayon M Taha (tengah)
Oleh Hajah Mahayon M Taha, EBS
P
ada 15 Jun 2010, seramai 8 orang kakitangan dari bahagian kewangan Sokongan Perniagaan Aset Timur (EBS) telah melawat kemudahan Aset Darat, iaitu Loji Pemampatan Gas Baru (NGCP) dan Kumpulan Tangki 28 di Seria. Lawatan itu telah membolehkan mereka melihat sendiri serta mendapatkan lebih banyak lagi pengetahuan tentang kemudahan pengeluaran minyak dan gas tersebut, di samping mengenali budaya dan amalan-amalan HSE di lokasi itu melalui 12 Peraturan Melindungi Nyawa (LSR) dan CIA (Compliance, Intervention and Attitude) atau Pematuhan, Intervensi dan Sikap. Para kakitangan itu diketuai oleh Hajah Mahayon, EBS di dalam lawatan yang dianjur oleh Osmali Othman, Penolong Akauntan (CAPEX), EBS/52. Lawatan HSE ini memberi peluang kepada para kakitangan tersebut untuk keluar dan mengalami sendiri apa yang dihadapi oleh pekerja-pekerja di tapak kerja di dalam menjalankan operasi yang mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan. Haji Azman Haji Md Ali, Penyelia Shif Kompleks, DOP/111 mengalu-alukan kedatangan para pelawat serta memberi taklimat kepada mereka berkenaan kemudahan NGCP dan operasinya. Budaya HSE yang diterapkan di Aset Darat adalah berasaskan 12 LSR dan CIA. Lawatan telah dipandu arah oleh kakitangan NGCP dengan kunjungan ke rumah kompresor, Loji Penstabilan Kondensat dan juga bilik kawalan NGCP. Bahagian kedua
16 SALAM
Mei 2010
lawatan menyusuli dengan kunjungan ke Kumpulan Tangki 28, di mana dapat dialami suasana operasi di lapangan tempat hidrokarbon Darat dikumpul, diproses serta diasingkan di dalam tangki-tangki sebelum disalurkan ke Terminal Minyak Mentah Seria. Para kakitangan yang melawat telah diterangkan tentang saluran-saluran berbeza yang berpecah daripada saluran asal serta proses pengasingan minyak mentah dan ujian yang dijalankan bagi menentukan potensi telaga-telaga. Mereka telah berjalan di sekeliling tangki-tangki serta melihat operasi dan kemudahan-kemudahan yang ada dengan lebih dekat lagi. Satu taklimat akhir telah diberi kepada penyelia bertugas di kedua-kedua kemudahan yang dilawati sebelum lawatan HSE tersebut sampai ke penghujungnya. Maklumbalas positif serta cadangan-cadangan pembaikan ke atas kemudahan-kemudahan tersebut telah disampaikan kepada pihak Darat. Pengurus Instalasi Operasi bagi Operasi Darat, DOP/1, Devarajan Narayasamy berkata, “Kami pasti akan mengambil tindakan selanjutnya ke atas cadangan-cadangan tersebut. Terima kasih kerana telah memberikan bantuan tambahan bagi menjalinkan kumpulan lapangan Darat dengan Panaga Wildlife dan kumpulan PPA. Ianya menandakan tahap yang cemerlang tentang bagaimana sesuatu lawatan tapak kerja seharusnya diatur, dengan bantuan diberi menolong mempertingkatkan lagi amalan positif yang baik.“
Kapal s.s. Bebatik adalah pemegang rekod operasi paling lama tanpa TRC di dalam kumpulan kapal-kapal LNG Brunei dan juga di kalangan kapal-kapal yang diuruskan oleh Brunei Shell Tankers Sendirian Berhad
8 tahun operasi bebas TRC di s.s. Bebatik
P
ada 16 Jun 2010, s.s. Bebatik, salah sebuah kapal LNG Brunei telah menandakan tahun ke-8 berturut-turut operasinya tanpa mencatat sebarang kecederaan kepada mana-mana kakitangannya; lapan tahun yang bebas daripada Total Recordable Cases (TRC) atau pun kes-kes kecederaan yang boleh direkodkan. Ulangtahun pencapaian ini adalah salah satu di dalam senarai panjang kejayaan-kejayaan penting di sepanjang sejarah 38 tahun kumpulan kapal-kapal LNG Brunei, di samping satu pencapaian yang mengkagumkan di dalam industri maritim. Kejayaan ini diiktiraf sebegitu rupa di dalam industri kerana ia menandakan keselamatan operasi kapal tersebut dalam penghantaran kargo LNG negara kepada para pelanggan yang penting di Jepun. Kejayaannya mencapai titik tanda ini juga telah menjadikan Bebatik pemegang rekod operasi paling lama tanpa TRC di dalam kumpulan kapal-kapal LNG Brunei dan juga di kalangan kapal-kapal yang diuruskan oleh Brunei Shell Tankers Sendirian Berhad (BST) melalui Shell International Trading and Shipping Company Limited (STASCO). Bagi membantu menangani ancaman keselamatan berkaitan dengan operasi perkapalan, para pelaut Brunei mengikut pelbagai amalan kerja yang selamat serta mematuhi konvensyen-konvensyen antarabangsa seperti Safety of Life At Sea (SOLAS) atau keselamatan nyawa di lautan. Walaupun terpaksa menempuhi cabaran keadaan cuaca yang teruk dan juga harus berjauhan untuk jangkamasa yang lama daripada ahli-ahli keluarga dan sahabat handai, para pelaut Brunei telah membuktikan diri mereka tergolong di kalangan mereka yang paling berprestasi tinggi di dalam industri. Kapal Bebatik juga telah mencatat sejarah sebagai kapal LNG yang mula-mula sekali menghantar kargo LNG Brunei. Bebatik dengan bangganya telah menghantar kargo LNG negara yang pertama ke Terminal Senboku Osaka Gas pada Disember 1972. Menjelang
2002, Bebatik dan kapal-kapal Kelas B yang lain telah menghantar lebih dari 4,400 kargo bagi Brunei LNG (BLNG) dengan selamat. Pada hari ini jumlah tersebut sudah melebihi 5,850; lebih banyak dari mana-mana projek LNG yang lain di dalam sejarah industri perkapalan LNG. Sehingga hari ini projek LNG Brunei yang dipandu oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam, dengan bangganya mengendalikan sebuah kumpulan perkapalan dalam tahun ke-38 operasinya dan masih mampu mencapai 99.9 % tahap kebolehpercayaan. Sepanjang penghantaran kargo LNG selama 8 tahun ini, para pelaut Brunei telah melayarkan kapalkapal mereka lebih 7.25 juta batu jauhnya dan mencipta banyak rekod di dalam industri perkapalan LNG. Jumlah pelaut tempatan berkelayakan yang semakin bertambah yang semuanya rata-rata bertugas di atas kapal-kapal tersebut telah menyumbang besar kepada pencapaian ini melalui usaha gigih serta dedikasi mereka. Campuran tenaga kepakaran tempatan dan asing yang menggabungkan kepelbagaian yang meluas telah banyak membantu menghasilkan kemajuan besar di dalam sektor LNG negara kita. “Kita telah dapat menyaksikan bahawa dengan bekerjasama sebagai satu pasukan serta saling bantu-membantu antara satu sama lain, kita mampu menghasilkan keputusan-keputusan yang amat cemerlang,” kata seorang wakil Syarikat. Pengarah Urusan BST, Grahaeme Henderson mengucapkan tahniah kepada kakitangan s.s. Bebatik. “Ini adalah kejayaan mengkagumkan dan saya mengucapkan tahniah kepada semua yang berkenaan. Mempastikan para kakitangan kita dapat pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga masing-masing adalah sumbangan paling penting yang boleh kita lakukan dalam pekerjaan kita.” Mei 2010 SALAM 17
BERITA BSP
Permainan Trafik Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan BSP
Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien telah muncul sebagai johan Permainan Trafik Keselamatan Jalanraya Kebangsaan BSP 2010
P
ermainan Trafik Keselamatan Jalanraya Kebangsaan BSP telah diadakan di OGDC semenjak 2007 dan pada mulanya dibuka kepada pelajar-pelajar tahun 7 dan 8. Dalam pertandingan ini setiap sekolah diwakili 14 pelajar yang terdiri daripada 3 pemandu, 4 pengayuh basikal, 5 pejalan kaki dan 2 simpanan. Pertandingan tahun ini menyaksikan penyertaan kali pertama pelajar-pelajar
tahun 9. Objektif permainan adalah bagi para pelajar membuat perjalanan ke beberapa perhentian di dalam masa 20 minit sambil berhati-hati supaya tidak melanggar sebarang peraturan atau undang-undang jalanraya. Para peserta akan cuba untuk memungut 120 mata tetapi sekiranya mereka melanggar peraturan atau melakukan kesalahan memandu, markah mereka akan ditolak dan saman kesalahan trafik akan dikeluarkan. Pertandingan tahun ini telah berlangsung di Taman Permainan Trafik, OGDC, dengan pusingan awal diadakan pada 26 dan 27 Mei. Enam sekolah teratas kemudiannya masuk ke pertandingan peringkat akhir pada 29 Mei. Sekolah-sekolah yang berjaya ke peringkat akhir adalah Sekolah Menengah Sayyidina Hussein; Sekolah Menengah Sharif Ali; Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam; Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien; Sekolah Menengah Awang Semaun dan Sekolah Menengah Pehin Dato Maharaja. Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien telah muncul sebagai johan Permainan Trafik Keselamatan Jalanraya Kebangsaan BSP 2010 dengan 107 mata keseluruhan, mengalahkan 32 sekolah menengah yang lain dan membawa pulang hadiah B$1,000 beserta trofi kejohanan. Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam telah mendapat tempat kedua dengan 105 mata dan memenangi B$800 serta trofi, diikuti Sekolah Menengah Sayyidina Hussein pada tempat ketiga dengan 91 mata dan hadiah B$600 serta trofi.
18 SALAM
Mei 2010
Pertandingan ini adalah salah satu aktiviti yang dianjur bersama oleh BSP, Majlis Keselamatan Jalanraya Kebangsaan dan Kementerian Pelajaran bagi para pelajar di negara ini
Hadir sebagai tetamu kehormat bagi melancarkan pertandingan peringkat akhir adalah Yang Mulia Pemangku Superintenden Awang Mohamad Hadini bin Haji Othman, Pegawai Penguatkuasaan Undang-undang dan Operasi Jabatan Siasatn dan Kawalan Lalulintas, Polis DiRaja Brunei. Lebih 400 pelajar dari 32 sekolah menengah seluruh negara telah mengambil bahagian di dalam pertandingan tahun ini yang meneruskan lagi usaha untuk menerapkan asas-asas keselamatan jalanraya sejak dari usia yang muda. Sasaran utama pertandingan ini adalah supaya para pelajar dapat belajar tatatertib serta penggunaan isyarat di jalanraya yang betul di dalam situasi trafik yang sebenarnya melalui semangat pertandingan. Pertandingan ini adalah salah satu aktiviti yang dianjur bersama oleh BSP, Majlis Keselamatan Jalanraya Kebangsaan dan Kementerian Pelajaran bagi para pelajar di negara ini.
Lebih 400 pelajar dari 32 sekolah menengah seluruh negara telah mengambil bahagian di dalam pertandingan tahun ini
Mei 2010 SALAM 19
ULANGTAHUN PERKHIDMATAN 30 YEARS
20 YEARS
Saw Chuan Chin WEN0 Mohd Dani Ismail DOP127 Rambli Hj Yusope POP1111 Morshidi Hj Duraman TSW412
Mariam Hj Utun HML33 Ismanorfizah Hj Ismail PBS6 Mazlan Gapar IBA12 Hj Zulaiehi Hj Abidin TIS1 Hjh Noorhayati Hj Ahmid SBS12 Hjh Radziah Hj Abd Hamid IBA142
25 YEARS
Jamil Hj. Harun HML434 Jaladi Karim STL321 Yusof Othman Bek WOP324 Mohamad Nizar Haji Hassan STL32 Linah Haji Ali BMF211
10 YEARS
Rune Hatleskog TSW13
INGIN BANTU KAMI MENJIMATKAN KERTAS DAN JUGA ALAM SEKITAR? Langkah 1 Dapatkan persetujuan rakan-rakan sejawat awda di dalam pejabat/bahagian/jabatan yang sama untuk berkongsi satu naskah Salam dan bukannya mendapatkan naskah masing-masing Langkah 2 Minta setiausaha atau pembantu tadbir pejabat/bahagian/jabatan awda untuk menghantar e-mel kepada
[email protected] bagi memaklumkan kami tentang perubahan ini Tindakan kami Kami akan mengemaskinikan senarai edaran kami yang akan digunakan bermula dengan keluaran Salam yang akan datang
© Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad (1952), kecuali dinyatakan sebaliknya. Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang atau menyimpan melalui apa juga sistem atau cara (elektronik, reprograpic, rakaman dan sebagainya) keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana mukasurat majalah/terbitan ini sebelum mendapat izin bertulis daripada Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad.