FEBRUARI 2010
Malam Penghargaan 2009 Syarikat-Syarikat Usahasama Brunei Shell Sebuah publikasi Syarikat Brunei Shell Petroleum Sdn Bhd
Dari Meja Pengarah Urusan BSP Rakan-rakan Sejawat Sekelian, Saya berasa sukacita dapat bertemu awda sekelian di Cascade kakitangan baru-baru ini di mana kita telah berkesempatan berkongsi prestasi suku tahun ke-empat. Kita telah menghadapi tahun yang mencabar sepanjang 2009 dan terdapat beberapa perkara yang masih boleh kita perbaiki lagi. Ada 5 perkara tumpuan utama pada 2010 iaitu keselamatan, integriti perniagaan, pengeluaran, integriti aset dan kos. Menyentuh tentang keselamatan, ingin saya katakan bahawa kita semua telah berusaha amat gigih sekali untuk muncul sebagai pengamal-pengamal keselamatan yang terbaik. BSP telah mencapai prestasi keselamatan yang terbaik di dalam sejarah syarikat ini, di samping menghasilkan prestasi keselamatan yang terbaik di kalangan operasi industri huluan Shell di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, masih terdapat banyak insiden-insiden yang berpotensi tinggi berlaku dilaporkan pada tahun lepas. Saya tekankan bahawa amatlah penting untuk kita terus kekal berwaspada terhadap aspek keselamatan di dalam pekerjaan kita dari hari ke sehari. Di sini saya ingin menyeru semua orang supaya menerapkan 12 Peraturan Melindungi Nyawa di dalam tugasan seharian awda masingmasing. Bercakap tentang topik kedua saya iaitu integriti perniagaan, kita telah mengesan satu kes penipuan di dalam syarikat yang telah melibatkan sejumlah kakitangan serta satu pihak kontraktor. Seperti yang telah saya sebutkan di dalam ucapan saya semasa Malam Emblem Syarikat-syarikat Usahasama Brunei Shell pada bulan ini, pihak Syarikat-syarikat kita tidak akan bertolak-ansur dengan perilaku seperti ini yang bertentangan sama sekali dengan nilai-nilai teras kita. Kes ini sudah pun dilaporkan kepada pihak berkuasa dan langkah-langkah telah diambil bagi menghalang insiden seumpamanya daripada berulang di masa hadapan. Perkara ketiga yang ingin saya katakan adalah usaha besar untuk mengejar sasaran-sasaran yang mencabar bagi pengeluaran minyak dan gas di penghujung tahun lepas. Marilah kita pastikan kita dapat menepati sasaran penghasilkan minyak dan gas pada tahun ini. Berkaitan dengan integriti aset pula, kita mempunyai sasaran untuk menyempurnakan 85% dari kerja-kerja pengekalan integriti keseluruhan untuk 2010. Akhir sekali, saya ingin menyatakan bahawa kita telah berjaya mencapai kejimatan melalui program peningkatan perniagaan kita. Setiap tahun kita tidak lupa Untuk menganjurkan Malam Emblem BSJV sebagai usaha untuk mengiktiraf rakan-rakan sejawat kita yang telah berkhidmat lama dengan BSP, BLNG, BST dan BSM. Kita telah menerima penghormatan dari Yang Berhormat Pehin Mohammad, Menteri Tenaga di Pejabat Perdana Menteri, yang telah sudi menyerikan majlis ini bersama-sama dengan ahli-ahli Lembaga Pengarah yang lain dan juga pegawai-pegawai kanan serta para rakan-rakan kongsi kita dari pihak kerajaan. Sebelum saya mengakhiri perutusan saya kali ini, saya ingin berkongsi sedikit petikan dari ucapan YB Pehin pada malam tersebut. Beliau berkata para kakitangan Syarikat-syarikat Usahasama Brunei Shell adalah “tulang belakang ekonomi Brunei” dan berkhidmat 25 sehingga 35 tahun dengan Syarikat-syarikat ini adalah bukti “dedikasi, komitmen serta kesetiaan terhadap organisasi”. Oleh itu, marilah kita meneruskan usaha bagi menghasilkan yang amat terbaik untuk pihak Syarikat dan Brunei Darussalam.
GRAHAEME HENDERSON Pengarah Urusan BSP
KANDUNGAN
SALAM
B S K
5
12
16
16
BSP SERTAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-26
02 DARI MEJA PENGARAH URUSAN BSP 04 BSP TERIMA ANUGERAH HSSE KETUA EKSEKUTIF 2009
10 MALAM PENGHARGAAN 2009 SYARIKAT-SYARIKAT USAHASAMA BRUNEI SHELL 12 ‘CASCADE’ PENGARAH URUSAN
05 BEBAS TRC 6 TAHUN DAN ACARA PERASMIAN ‘WAJAH BARU’ SCOT
14 SESI PERJUMPAAN MALCOLM BRINDED BERSAMA KAKITANGAN BSP
06 KAPAL GERAKBALAS TUMPAHAN MINYAK BARU BAGI SMR
15 BSP BINA KERJAYA-KERJAYA UTAMA BAGI MASA HADAPAN
07 BSM ADAKAN LATIHAN GERAKBALAS KECEMASAN
BSP MENGANJURKAN PROGRAM SKIM B IMBINGAN KALI KEDUA
08 HARI PENGIKTIRAFAN BI500
18
19 BAKAL KAPTEN LNG RAKYAT BRUNEI YANG PERTAMA
MAKLUMAT UTAMA KESELAMATAN
BSP Terima Anugerah HSSE Ketua Eksekutif 2009
B
SP telah mendapat pengiktirafan Anugerah Merit di bawah Chief Executives HSSE Awards 2009, di atas kejayaan mempamirkan prestasi cemerlang di dalam keselamatan dalam usaha menghasilkan projek-projek utama. Kejayaan ini amatlah bermakna kerana ianya dicapai di dalam suasana persaingan yang hebat. Daripada lebih 180 pencalonan yang diterima, 14 anugerah termasuk yang diterima oleh BSP, telah diberikan sebagai pengiktirafan untuk pencapaian cemerlang bagi kesihatan, keselamatan, alam sekitar serta prestasi sosial. Ini adalah tahun kedua berturut-turut BSP menerima anugerah Chief Executives HSSE Awards dengan persainan global yang hebat. “Saya ingin mengucap tahniah kepada semua orang di BSP di atas kejayaan yang mengkagumkan ini. Kunci kejayaan mendapatkan anugerah ini adalah penekanan oleh BSP di dalam usaha mengejar kecemerlangan keselamatan yang telah berterusan kita capai setiap tahun, dengan berkat dedikasi dan kerja keras semua orang” kata Pengarah Urusan BSP, Grahaeme Henderson. Semasa menyampaikan anugerah tersebut kepada para pemenang, Peter Voser berkata “Saya amat mengkagumi pencapaian-pencapaian cemerlang yang mendapat pengiktirafan pada hari ini. Keselamatan serta prestasi beroperasi adalah seiring; kedua-duanya saling sokong menyokong antara satu sama lain. Para pemenang hari ini adalah contoh-contoh teladan yang cemerlang bagi Shell keseluruhannya.”. Antara elemen penggalak bagi pencapaian anugerah ini adalah usaha mewujudkan kesedaran tentang keselamatan yang berkesan di kalangan para kontraktor kita yang kurang berpengalaman, tenaga kerja yang berbilang lapisan dan juga para penyelia yang masih lagi berusaha meningkatkan keupayaan masing-masing. Bagi mengatasi perbezaan bahasa serta kefahaman terbatas tentang peraturan-peraturan keselamatan di kalangan para penyelia, BSP telah menyediakan lapan pek latihan yang khusus ringkas dan berilustrasi bagi digunakan semasa taklimat toolbox. Sistem PAKAT telah membantu meningkatkan lagi intervensi, atau teguran, mengukur prestasi serta menyampaikan ganjaran kepada kakitangan. Ianya telah memperkukuhkan lagi sistem-sistem pengurusan HSE melalui penilaian-penilaian bulanan teratur yang diadakan bersama-sama dengan para pemegang kontrak serta pihak pengurusan kontraktor. Kesemuanya ini memainkan peranan bagi mengurangkan dengan ketara segala perilaku yang tidak selamat dan insideninsiden berkaitan keselamatan. Pihak Syarikat juga turut menyaksikan prestasi yang lebih baik bagi Kekerapan Kes Yang Boleh Direkodkan (TRCF) yang menurun daripada 2.0 pada 2007 kepada 1.0 pada 2008. Butiran lanjut berkenaan anugerah ini boleh didapati di URL berikut: http://sww.shell.com/hse/hsse_leadership/awards/hse_award/2009/winners2009.html
04 SALAM Februari 2010
Bebas TRC 6 Tahun Dan Acara Perasmian ‘Wajah Baru’ SCOT
B
aru-baru ini Terminal Minyak Mentah Seria (SCOT) telah meraikan kejayaan mencapai enam tahun bebas TRC di dalam satu acara sambutan yang dijalankan serentak dengan perasmian ‘wajah baru’ SCOT hasil satu usaha rejuvenasi. Kejayaan mencapai TRC sifar ini adalah satu hasil membanggakan yang timbul dari kebolehan untuk mengurus keselamatan di dalam persekitaran yag terdedah kepada risiko-risiko pelbagai aktiviti operasi serta penyelenggaraan dan pelaksanaan projek-projek besar tanpa berlakunya sebarang insiden yang tidak diingini. Satu majlis telah diadakan di SCOT bagi meraikan kejayaan mengkagumkan ini dengan dirasmikan oleh Pengarah Aset BSP, Hajah Rosmawatty Haji Abd Mumin yang kemudiannya telah dibawa melawat galeri SCOT yang baru, bilik kawalan dan makmal mini. Di majlis yang sama, Pg Haji Putra Pg Haji Mohamed, Ketua Operasi Aset HP telah menyeru semua kakitangan supaya terus berusaha memperbaiki serta meningkatkan lagi tahap prestasi keselamatan mereka melalui pematuhan yang tegas terhadap Prinsip-prinsip HSE dan 12 Peraturan Melindungi Nyawa. Kejayaan serta detik cemerlang ini telah menjadi kenyataan melalui jalinan kerjasama berpasukan kukuh dengan visi yang dikongsi bersama, kesedaran tentang keselamatan yang berterusan, dedikasi serta komitmen yang kuat terhadap keselamatan oleh semua pihak yang terlibat dari SCOT, Ketua SCOTdan para kakitangan kontraktor.
Penyampaian anugerah keselamatan untuk pencapaian enam tahun tanpa TRC SCOT
Pengarah Aset BSP Hajah Rosmawatty Haji Abd Mumin melawat fasiliti baru di SCOT
Februari 2010 SALAM 05
BERITA BSP
Majlis Doa Selamat Bagi OSRV Oleh Asad Shaukat SMR/21
J
abatan Perkhidmatan Marin (SMR), Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), adalah merupakan pakar teknikal BSP di bidang marin, daripada memandu arah kapal-kapal tangki LNG serta minyak mentah, sehinggalah menguruskan keseluruhan operasi marin luar pantai dan menyediakan perkhidmatan cekap serta terjamin yang selamat bagi kesemua operasi luar pantai BSP. Salah satu peranan paling penting SMR adalah bersiap-sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan tumpahan minyak di luar pantai, di kawasan pinggiran pantai dan juga sepanjang sungai-sungai. Sehubungan itu, SMR berperanan sebagai kumpulan gerakbalas kecemasan barisan hadapan bagi perairan Brunei. SMR mengendalikan peralatan gerakbalas tumpahan minyak Tahap-1, di samping merancang serta menjalankan latihan-latihan gerakbalas tumpahan minyak setiap tahun secara aktif bersama-sama dengan jabatan-jabatan BSP yang lain, BLNG dan BSM. SMR turut mempastikan adanya individu-individu terlatih yang sentiasa bersiap-sedia untuk sebarang gerakbalas menangani insiden berkaitan dengan tumpahan minyak. Bagi mempertingkatkan lagi masa gerakbalas bagi menangani tumpahan minyak di kawasan-kawasan perairan berhampiran pantai serta sungai, satu unit OSRV (Oil Spill Response Vehicle atau Kapal Gerakbalas Tumpahan Minyak) telah ditambah sebagai satu lagi kenderaan
06 SALAM Februari 2010
mengangkut peralatan. Kapal ini direkabentuk khas untuk membawa peralatan gerakbalas tumpahan minyak serta bersiap-sedia sepanjang masa untuk dilancarkan ke manamana lokasi tumpahan minyak. OSRV ini turut berperanan sebagai pusat kawalan bagi SMR mengekalkan komunikasi dengan pengkalan SMR bagi sebarang sokongan yang diperlukan.
Majlis doa selamat bagi OSRV SMR baru telah diadakan di tapak pejabat SMR di Kuala Belait
Lebih kurang 40 ahli bomba termasuk petugaspetugas HAZMAT telah menyertai latihan tersebut
BSM Adakan Latihan Gerak Balas Kecemasan
S
yarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) bersama-sama dengan Kontraktor-kontraktor Laluan Jalanraya (RTC) telah mengadakan satu latihan gerak balas kecemasan tumpahan minyak baru-baru ini, yang melibatkan satu pihak RTC yng mengangkut muatan 18,000 liter disel di lebuhraya Tutong – Muara berdekatan dengan pusat tingkatan enam di Meragang, Muara. Latihan yang dinamakan ‘Exercise Spill’ atau ‘Latihan Tumpahan’ ini, disusun untuk menguji gerak balas serta koordinasi di antara BSM, pihak-pihak RTC dan agensi-agensi kerajaan yang relevan, terutamanya Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei dan perkhidmatan-perkhidmatan ambulans. Senario latihan ini adalah insiden di mana lori tangki salah satu pihak RTC BSM yang bergerak ke arah Terminal Muara terpaksa mengelak sebuah kereta dari arah bertentangan yang membuat pusingan U secara laju di satu persimpangan. Walaubagaimanapun, tindakan pantas pemandu RTC itu mengelakkan pelanggaran telah menyebabkan lori pengangkut itu terbabas ke kiri jalanraya. Lebih kurang 40 ahli bomba lelaki dan wanita termasuk petugas-petugas HAZMAT telah menyertai latihan tersebut. Tanpa dijangka Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Awang Haji Adanan, yang sedang dalam perjalanan pulang ke Bandar Seri Begawan daripada Muara, telah berhenti singgah di lokasi semasa latihan sedang berlangsung. Sebagai memenuhi keperluan prosedur gerak balas kecemasan, pemandu lori tangki di dalam scenario latihan tersebut telah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei serta talian ‘hotline’ BSM dan juga pasukan gerak balas pihak kontraktor. Di penghujung latihan tersebut, objektif-objektif yang disasarkan jelas telah tercapai dengan pihak-pihak yang mengambil bahagian mempamirkan tahap kerjasama dan koordinasi yang cemerlang.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Awang Haji Adanan melawat tapak latihan
Februari 2010 SALAM 07
PELAKSANAAN PENINGKATAN PERNIAGAAN
Hari Pengiktirafan BI500
K
umpulan BI menganjurkan satu acara pada 3 Mac bagi mengiktiraf sejumlah kejayaan cemerlang di dalam Peningkatan Perniagaan oleh para individu serta kumpulan yang telah mendaftarkan inisiatif BI500 masing-masing. Acara ini akan dijadikan acara anjuran bulanan bagi ketua-ketua dan ahli-ahli kumpulan yang telah menyempurnakan sebarang inisiatif BI pada bulan sebelumnya, supaya mereka dapat berkongsi pengalaman dan membina rangkaian dengan lain-lain kumpulan BI di BSP. Pengiktirafan akan turut diberi kepada mana-mana individu atau kumpulan yang berjaya mencatat pencapaian cemerlang. Bulan ini seramai 30 orang mendapat pengiktirafan kerana menyempurnakan tiga atau lebih BI sepanjang 12 bulan yang lalu. Setiap seorang menerima tanda penghargaan yang disampaikan oleh Pengurus Peningkatan Perniagaan, Jonathan Martin.
Jonathan juga telah memperkenalkan Wakil BI Jabatan kepada para kakitangan yang hadir pada acara tersebut. Tugasan ini melibatkan kerjasama erat dengan Kumpulan Teras BI bagi; 1) 2) 3) 4) 5)
08 SALAM Februari 2010
Menyokong pelaksanaan Bi peringkat jabatan (khidmat nasihat kepada kakitangan, bimbingan, memantau penghasilan rancangan peningkatan yang wajar) Mengaturkan latihan BI bagi pihak jabatan mengikut keperluan Bekerjasama dengan BM/3 berkaitan dengan cadangancadangan BI500, peningkatan-peningkatan dan sebarang persoalan yang timbul Mengemaskini statistik BI500 di mesyuarat-mesyuarat jabatan Menyalurkan maklumat berkenaan aktviti-aktiviti BI BSP
WAKIL SETIAP JABATAN
Masha Momin FAC/11
Noor Afizah Abdul Mutalif SCM/30 Jan JW Van de Graaf SEN/2
Peter Koppele FAC/56 Hans de Leeuw MPS/4
Muhd Shah Bair SEN/327
Kakitangan yang mempunyai tiga atau lebih BI yang telah disempurnakan sehingga 1/3/2010 Osman.Ladis Ibrahim.Abd-Gani Joseph.Mordi B-B.Chandra Edwin.Bolton Hans.H.DeLeeuw Malcolm.Burns ReneAnthony.Jansen Shayne.Dustin Bruce.Christie HNRaidah.Basir Jan.J.W.VandeGraaf John.DeCruz Mohamed-Riadh.Eleuch Natasha.Winn Norhasliza.Hashim Norhayati.Md-Jamudin Stephen.Landgrave Fatmah.Abd-Rahman Hjh-Hajijah.Matarsat Isma.Ismail Josferidin.Mohd-Jain Leny.Saji Mahayon.Md-Taha Md-Fadillah.Ahmad Md-Norhaidi.Hamdi Rosita.Hassan Siti-Erana.Abas Suffian.Zainal Vladimir.Paderin
ISM TSW TSW WEN FAC MPS TSW TSW TSW TSW TSW SEN ISC TSW FAC WEN WEN TSW HML HPD PBS HML SCM POP TSW IPE SCM HRS CEA TSW
13 10 7 6 5 5 5 5 5 4 4 4 4 4 4 4 4 4 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3
Tonya Williams Tonya SCO/5
Rinni Amran WEN/11 Donell William STL/6
Manuel Gonzalez IBA/2
Mariah Nur Surianti Hj Padzil STL/5D
Moghaddam Hadi BPE/31 Alan Ennis TSW/15
Adina Bidin HSE/55
Leo De Laet EOP/5
Hjh Salina Hj Razali EEN/23
Elza Noreen Brahim OPM/13 Aisha Sulaiman HBS
Februari 2010 SALAM 09
LIPUTAN UTAMA
Kakitangn Syarikat-Syarikat Usahasama Brunei Shell Terima Penghormatan Di Malam Penghargaan
T
ahun 2009 terbukti menjadi satu lagi tahun yang berjaya bagi kesemua Syarikat-syarikat Usahasama Brunei Shell, terutamanya di dalam mencatatkan prestasi keselamatan serta lain-lain jangkaan yang melebihi sasaran. Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd telah mencapai prestasi keselamatan yang terbaik di dalam sejarahnya serta di dalam operasi industri huluan Shell seluruh dunia. Kejayaan ini telah menerima pengiktirafan global bagi keselamatan di bawah Shell Chief Executive’s HSSE Awards yang berprestij, kerana kecemerlangan prestasi keselamatan yang dipamerkan dalam menghasilkan projek-projek utama. Brunei LNG Sdn Bhd pula telah mencatat 5 juta jam kerja tanpa sebarang kecederaan yang menyebabkan kehilangan masa (LTI) pada tahun lepas dan pencapaian ini telah dicatat di dalam persekitaran kerja melibatkan banyak aktviti-aktiviti yang terdedah kepada risiko tinggi semasa projek rejuvenasi loji. Sementara itu Brunei Shell Tankers Sdn Bhd (BST) telah menghantar sebanyak 156 kargo Kelas B yang melibatkan jarak keseluruhan sepanjang 700,000 batu nautika di antara Brunei dan Jepun. Catatan sifar LTI selama 8 tahun prestasi keselamatan cemerlang turut dicapai oleh Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM). Kempen keselamatan jalanraya Tell-A-
10 SALAM
Februari 2010
Penerima Pingat Kerja Lama 35 tahun
Friend juga telah berjaya menyebarluaskan amalan-amalan keselamatan Brunei Shell di kalangan masyarakat di seluruh negara. Baru-baru ini Pasukan Polis Diraja Brunei telah menyatakan bahawa pemakaian talipinggang keledar telah menjadi suatu kebiasaan di dalam negara, berbeza dengan beberapa tahun yang lalu. Walaubagaimanapun, integriti perniagaan agak tercalar apabila BSP menemui kes penipuan di dalam syarikat yang telah melibatkan sejumlah kakitangan serta satu pihak kontraktor. Kes ini telah berjaya dikesan melalui penggunaan sistem-sistem analisis data IT yang baru dipasang. Satu penyiasatan telah dijalankan
a dengan segera dan kini telah pun disempurnakan dengan tindakan disiplin diambil terhadap mereka yang terlibat. Syarikat-syarikat Usahasama Brunei Shell tidak akan bertolak-ansur dengan perilaku sebegini, yang bertentangan sama sekali dengan nilai-nilai teras syarikat-syarikat kita. Kes ini sudah pun dilaporkan kepada pihak berkuasa dan Syarikat sedang berusaha menghalang inisden seumpamanya daripada berulang di masa hadapan. Sementara itu, prestasi pengeluaran dan perniagaan BSP telah merekodkan penghasilan lebih 6 bilion tong minyak dan gas sepanjang lapan dekad perniagaan syarikat ini. Brunei LNG masih dengan bangganya menduduki tempat pertama di kalangan kesemua loji LNG yang dikendalikan di bawah usahasama dengan Shell dan telah menghasilkan 195 kargo LNG sepanjang 2009. Grahaeme Henderson, Pengarah Urusan BSP telah berkongsi pencapaian-pencapaian mengkagumkan ini pada majlis Malam Emblem Syarikat-syarikat Usahasama Brunei Shell yang diadakan bagi mengiktiraf sumbangansumbangan para kakitangan yang telah berkhidmat lama dengan BSP, BLNG, BST dan BSM di Empire Hotel & Country Club, Jerudong. Hadir bagi menyerikan lagi majlis adalah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad Bin Haji Daud, Menteri Tenaga di Pejabat Perdana Menteri. Turut hadir Ahli-ahli Lembaga Pengarah BSP, Brunei LNG, BST dan BSM, pegawai-pegawai kanan kerajaan serta wakil-wakil pihak
pengurusan kanan daripada ke-empat-empat syarikat Brunei Shell. Seramai 273 kakitangan ke-empat-empat syarikat ini telah diraikan di majlis makan malam yang diadakan sebagai tanda penghargaan di atas kesetiaan serta dedikasi yang ditunjukkan sepanjang kerjaya mereka dengan syarikatsyarikat tersebut. Di dalam ucapan alu-aluan beliau, Pengarah Urusan telah merujuk kepada pencapaianpencapaian cemerlang tahun lepas dengan berkata, “Tahun lepas adalah satu tempoh yang istimewa buat kita semua. Ianya tahun yang terbaik bagi keselamatan; juga yang terbaik bagi prestasi perniagaan dan kita turut mencatat detik-detik penting dengan sambutan ulangtahun ke-40 Brunei LNG, tahun ke-25 loji penapisan beroperasi dan BSP menjangkau usia 80 tahun. Detik paling istimewa sepanjang tahun adalah keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi mengunjungi Ibu Pejabat BSP dan platform Champion-7 di luar pantai. Seperti juga setiap orang di BSP, hari tersebut adalah merupakan satu hari yang akan kekal di dalam ingatan saya.”
Penerima Pingat Kerja Lama 25 tahun
Penerima Pingat Kerja Lama 30 tahun
Februari 2010 SALAM 11
BERITA BSP
‘Cascade’ Pengarah Urusan Untuk Kakitangan
Pengarah Urusan, Grahaeme Henderson bercakap tentang prestasi cermelang BSP dalam tahun 2009
S
yarikat Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) bersiapsedia untuk menghasilkan prestasi cemerlang secara berterusan. Ini akan dapat dilakukan dengan lebih gigih lagi menerusi program ‘Step-Up’ yang akan diungkayahkan oleh pihak Syarikat bermula pada tahun ini. Program ‘Step-Up’ ini akan merangkumi perkaraperkara yang menyentuh tentang Keselamatan Proses, Tenaga Kerja, Risab, Pengeluaran, Kos serta Integriti Perniagaan. Kesemuanya ini telah dikongsi bersama di Cascade kakitangan yang diadakan pada bulan Mac baru-baru ini di Ibu Pejabat BSP, semasa pengumuman tentang prestasi syarikat bagi tahun 2009 dibuat. Ratusan kakitangan telah memenuhi ruang Atrium tempat acara berlangsung yang juga merupakan kali pertama 13 lokasi BSP yang berlainan telah disambungkan menerusi talian video secara langsung bagi menyiarkan acara tersebut ke beberapa lokasi luar pantai dan daratan. “Jika awda lihat kemajuan syarikat sepanjang lebih kurang lima tahun yang kebelakangan ini, awda akan menyaksikan bahawa kita sudah jauh melangkah ke hadapan. Bertitik tolak daripada satu tahap yang agak kurang memuaskan lima tahun yang lalu, syarikat kita kini sudah berada di dalam keadaan yang amat membanggakan,” kata Grahaeme Henderson, di dalam ucapan pembukaan beliau di taklimat tersebut yang telah beliau kendalikan bersama-sama ahli-ahli kumpulan kepimpinan kanan.
12 SALAM
Februari 2010
Grahaeme bawa perhatian kepada prestasi kukuh syarikat yang bukan sahaja berjaya dicapai di keseluruhan organisasi perniagaan kita, tetapi juga turut menghasilkan pencapaian-pencapaian bertahap dunia di dalam keselamatan. “Kemungkinan besar kita telah berjaya mencatat salah satu prestasi keseluruhan yang terbaik bagi 2009, tetapi kita nyata mempunyai prestasi keselamatan yang paling bagus di dalam keseluruhan sejarah BSP”. Catatan TCRF pada kadar 0.4, adalah merupakan pencapaian seumpamanya yang paling baik dalam sejarah serta yang terbaik di dalam keseluruhan kumpulan Shell sedunia.
Kakitangan STL melihat siaran Cascade melalui talian video secara langsung dari tapak pejabat STL di Seria
BSP juga telah memenuhi sasaran pengeluaran minyaknya. Grahaeme berkata “Ini sememangnya satu prestasi yang amat mengkagumkan bagi BSP yang telah berhadapan dengan cabaran-cabaran yang hebat pada pertengahan tahun yang lalu dan saya ucapkan tahniah kepada awda semua”. Walaubagaimanapun, Grahaeme mengingatkan bahawa, “Kejayaan memenuhi keperluankeperluan sasaran pengeluaran tersebut telah ternyata menjadi satu usaha yang amat besar. Akan tetapi kita semestinya tidak mahu berterusan berusaha keras hanya pada penghujung tahun di mana kita terpaksa berhabishabisan mengejar sasaran”. Beliau berkata walaupun BSP mencapai prestasi keselamatan yang cemerlang, sebanyak sembilan Insiden-insiden Berpotensi Tinggi (HIPO) turut dicatat pada 2009. “Jika awda melihat pada tahun sebelumnya, 10 HIPO telah dicatat dengan sembilan tercatat di tahun sebelum itu. Ini bukanlah satu perkembangan yang bagus. Kita harus menangani keadaan ini dengan amat serius sekali, terutamanya berkaitan dengan keselamatan proses”. Bercakap tentang Perkara-perkara Tumpuan 2010, Pengarah Aset Hajah Rosmawatty Haji Abd Mumin telah menyampaikan maklumat-maklumat terkini berkaitan dengan Keselamatan Proses, Integriti Perniagaan dan aktivitiaktiviti Eksplorasi BSP bagi 2010. Hajah Rosmawatty telah menekankan betapa pentingnya untuk menjalankan operasi mengikut rentak ‘larian marathon’ sepanjang tahun dan bukan hanya sekadar ‘membakar semangat’ di penghujung tahun bagi mencapai sasaran-sasaran perniagaan. Beliau turut bercakap tentang penumpuan fokus terhadap kos serta pengurangan kos dengan menekankan bahawa adalah penting menganggap wang syarikat sebagai wang awda sendiri. Sesi Cascade ini kemudiannya ditumpukan pula kepada program Step-up. Pengarah Teknikal Cathy MacRae telah memperkenalkan program ini yang dapat mempastikan
Pengarah Teknikal, Cathy MacRae, memperkenalkan program Step-up kepada kakitangan
syarikat akan berdaya maju di masa hadapan dengan sasarannya utuk mempertingkatkan lagi prestasi serta keberdayatahanan perniagaan. “Kita akan mengambil pengajaran daripada pengalaman BSP sepanjang 80 tahun yang lalu dan memperbaiki lagi keadaan yang akan datang,” kata Cathy. Asas-asas utama bagi Program Step-up tersebut telahpun diterapkan dan BSP kini sedang menilai tindakan-tindakan yang perlu bagi mempertingkatkan lagi aspek-aspek keselamatan yang berkaitan dengan proses, mempertingkatkan pengeluaran dan risab serta mengurangkan kos. Tindakan-tindakan ini bukan hanya akan tertumpu kepada peningkatan-peningkatan yang berperingkatperingkat, tetapi juga akan menilai perubahanperubahan yang lebih radikal bagi menghasilkan impak seperti mana yang diperlukan. Grahaeme mengakhiri sesi Cascade tersebut dengan kata-kata penutup beliau yang antara lainnya menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua yang telah hadir pada sesi tersebut dan juga di atas sumbangan mereka kepada prestasi cemerlang BSP bagi 2009. “Kita masih lagi akan mengadapi cabarancabaran hebat pada tahun ini dan juga di masa hadapan dan semuanya ini akan memerlukan komitmen awda semua bagi meneruskan penghasilan prestasi yang cemerlang.”
Pengarah Aset, Hajah Rosmawatty Haji Abd Mumin, bercakap kepada kakitangan tentang Perkaraperkara Tumpuan BSP 2010
Februari 2010 SALAM 13
BERITA BSP
Malcolm Brinded Anjur Sesi Pertemuan Dengan Kakitangan BSP Dan BLNG
M
alcolm Brinded, Pengarah Eksekutif Upstream International, telah melakukan lawatan kerja ke Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) dan Brunei LNG pada bulan Februari. Di dalam lawatan ke Ibu Pejabat BSP di Seria, beliau telah bertemu dengan Kumpulan Pengurusan Kanan bagi melihat dengan lebih dekat kejayaan-kejayaan BSP di dalam keselamatan, status terkini projek-projek utama, program Penyelarasan Operasi (OPAL) serta Akademi Operasi, maklumat terkini Pengurusan Risab Telaga dan usaha memperkukuhkan Integriti Perniagaan BSP. Kakitangan BSP telah diundang menghadiri sesi pertemuan tersebut di mana Malcolm telah bercakap berkenaan hal ehwal semasa di dalam bidang Eksplorasi dan Pengeluaran di rantau-rantau seluruh dunia. Antara isu-isu penting di dalam sesi pertemuan dengan Malcolm adalah keperluan untuk mengurus kos, kecekapan dalam membuat keputusan serta proses-proses pelaksanaan, persepsi pasaran tentang Shell dan usaha untuk terus berdaya saing di dalam industri minyak dan gas. Beliau nyata kagum terhadap prestasi BSP di dalam pengeluaran dan keselamatan, pengeluaran minyaknya yang
Malcolm Brinded memberi taklimat kepada kakitangan di sesi pertemuan
14 SALAM
Februari 2010
menepati sasaran. Malcolm turut memuji prestasi keselamatan keseluruhan BSP untuk tahun 2009 yang terbaik di dalam kelasnya di kalangan unit-unit operasi Shell di seluruh dunia, selain memberi perhatian terhadap kejayaan BSP menghasilkan projek-projek di bawah kos sasaran-sasaran yang mencabar pada 2009. Di dalam menutup taklimat beliau sebelum bertolak bersama Grahaeme Henderson< Pengarah Urusan BSP, untuk mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman pada sebelah petang, Malcolm berkata, “Saya ingin menyatakan betapa bertuahnya BSP merakamkan 80 tahun di Brunei, dan saya berharap semoga ianya akan terus wujud untuk dekad-dekad yang akan datang. Ini akan hanya berhasil dengan peningkatan daripada aset-aset, yang mana akan menjadikan organisasi ini lebih cekap, di samping mempergiatkan lagi portfolio eksplorasi dan pembangunan di masa hadapan. Saya amat yakin bahawa semasa saya mengadap kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan pada petang ini, saya akan berbesar hati mempersembahkan prestasi BSP”.
BSP Bina Kerjaya-Kerjaya Utama Bagi Masa Hadapan
S
ebagai sebahagian daripada usaha Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd( BSP) merekrut lebih ramai tenaga kerja rakyat Brunei, peluang-peluang disediakan bagi mereka yang ingin mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi serta memulakan kerjaya di BSP dan Brunei LNG (BLNG). Ini adalah selaras dengan aspirasi BSP dan BLNG untuk terus memacu industri tenaga dan memajukan lagi Brunei Darussalam. Sebagai syarikat minyak dan gas, BSP dan BLNG mempunyai banyak peluang-peluang di dalam disiplin kejuruteraan dan teknikal yang akan menyokong projek-projek besar yang akan dikendalikan oleh syarikat-syarikat ini di dalam masa terdekat. Salah satu bidang yang paling berpotensi adalah kejuruteraan petroleum, yang merupakan satu profesion khusus yang diperlukan oleh BSP untuk memajukan lagi perniagaannya di dalam projek-projek baru dan lebih mencabar. Usaha-usaha ke arah membangunkan bidang ini termasuklah penajaan oleh BSP dan Shell International bagi kursus-kursus ijazah Kejuruteraan Petroleum dan Kejuruteraan Kimia bernilai jutaan ringgit di Institut Teknologi Brunei di samping menawarkan biasiswa bagi kursus-kursus tersebut. Pada awal tahun ini enam pemegang biasiswa BSP telah kembali daripada pengajian Sarjana Muda Sains di dalam Kejuruteraan Petroleum dengan berjaya mendapat Kepujian Kelas Pertama daripada University of New South Wales, Australia. Jumlah graduan cemerlang yang besar ini merupakan satu kejayaan yang pertama bagi BSP dan Brunei Darussalam. Dalam memuji kejayaan yang membanggakan ini, Haji Zainal Abidin bin Haji Mohd Ali, Timbalan Pengarah Urusan merangkap Pengarah Sumber Tenaga Manusia dan Hal Ehwal Luar BSP telah berkata, “Prestasi yang luar biasa ini adalah tahap kualiti yang ingin kita cari di BSP. Teruskanlah menghasilkan komitmen serta kegigihan yang sama di dalam kerjaya awda akan datang. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah bagi pihak Syarikat kepada para profesional muda ini dan mengalu-alukan kedatangan mereka ke dalam keluarga BSP. Kejayaan awda sekelian akan menjadi contoh kepada pelajar-pelajar yang lain untuk mengikuti langkah awda.” BSP telah memberikan biasiswa kepada 28 pelajar cemerlang pada tahun lepas menjadikan 148 jumlah keseluruhannya sepanjang lima tahun yang lalu. Permohonan bagi biasiswa BSP adalah digalakkan bagi para pelajar yang berjaya mendapatkan gred minima ‘B’ atau lebih bagi sekurang-kurangnya tiga matapelajaran Alevel yang relevan iaitu Matematik, Fisik dan satu lagi matapelajaran (dengan keutamaan bagi matapelajaran sains), misalnya Kimia, Biologi, Geografi, Akaunting dan Matematik Lanjutan. Selain dari itu, permohonan terbuka bagi pelajar-pelajar yang berjaya mendapatkan International Baccalaureate Diploma (IB) dengan gred 35 mata minima di dalam matapelajaran yang relevan, atau pun mereka yang mempunyai GPA 2.0 minima bagi kursus HND yang relevan. Kelulusan minima kredit di dalam lima matapelajaran O-level termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik adalah pra-syarat bagi semua permohonan. Pembangunan kerjaya adalah teras kepada pembangunan sumber tenaga manusia BSP. Sebaik sahaja menamatkan pengajian masing-masing, para graduan mula bekerja sebagai Pelatih Pembangunan Graduan. Pada peringkat kritikal ini, mereka akan memperolehi pengalaman berharga melalui latihan dalam kerja di daratan dan juga luar pantai. Latihan ini merangkumi penekanan terhadap budaya keselamatan Shell di samping pendedahan kepada keadaan bekerja yang sebenar. Mereka akan belajar tentang betapa pentingnya sasaransasaran pengeluaran dipenuhi, yang merupakan sebahagian daripada komitmen BSP dalam usahanya untuk memenuhi keperluan-keperluan negara yang semaking meningkat. Sebagai pelatih para pelajar tersebut akan sama-sama memikul peranan BSP sebagai tunjang ekonomi Brunei melalui penghasilan minyak dan gas asli untuk negara. Dengan wujudnya polisi PemBruneian BSP yang bertujuan memaksimakan jumlah kakitangan tempatan, banyak peluang-peluang kini terbuka kepada rakyat Brunei untuk memajukan diri serta meningkat naik di tangga kerjaya syarikat.
Haji Zainal Abidin bin Haji Mohd Ali, Timbalan Pengarah Urusan merangkap Pengarah Sumber Tenaga Manusia dan Hal Ehwal Luar BSP menyampaikan sebuah laptop kepada salah satu pemegang biasiswa BSP
Pg Hajah Hajijah Matarsat, Ketua Rekrut dan Hal Ehwal Pelajar, menyampaikan anugerah kepada pemegang biasiswa BSP yang telah kembali
Februari 2010 SALAM 15
BERITA BSP
Berbaris Dengan Rasa Bangga
Seramai 110 peserta dari BSP, BST dan BSM turut menyertai perarakan Hari Kebangsaan
H
ari Kebangsaan Ke-26 Brunei Darussalam telah disambut dengan penuh kebanggaan dan kemeriahan di peringkat kebangsaan di kalangan rakyat Brunei dari segenap lapisan pada 23 Februari 2010. Acara pada tahun ini menyaksikan penyertaan 20,000 peserta daripada seluruh pelusuk Negara, termasuk wakil-wakil daripada Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), Brunei Shell Tankers Sdn Bhd (BST) dan Syarikat Pemasaran Brunei Shell Marketing (BSM). Sambutan perhimpunan umum kali ini telah diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien dengan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’zaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Brunei Darussalam berserta kerabat Keluarga Diraja. Turut berangkat adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah WalWaqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik and Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
16 SALAM
Februari 2010
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan kemudiannya telah berkenan mencemar duli memeriksa barisan serta lintasan kehormat yang disertai oleh semua pasukanpasukan beruniform, kementerian-kementerian serta jabatan-jabatan kerajaan, institusi-institusi pendidikan, organisasi-organisasi swasta serta badan-badan belia dan bukan kerajaan. Sebanyak 109 kumpulan telah mengambil bahagian dalam perarakan tersebut yang disertai oleh lebih 20,800 orang. Seramai 110 peserta dari BSP, BST dan BSM turut menyertai perarakan Hari Kebangsaan ini, dengan diketuai oleh Timbalan Pengarah Urusan merangkap Pengarah Sumber Tenaga Manusia dan Hal Ehwal Luar, Haji Zainal Abidin Haji Mohd Ali. Perarakan telah didahului oleh 36 pembawa bendera yang menjulang bendera kebangsaan Brunei bersaiz besar berarak melintasi Astaka Diraja. Perarakan tersebut diikuti dengan persembahan padang yang gilang gemilang dan penuh warna-warni melambangkan tema ‘Negaraku Brunei Darussalam’. Saksikanlah liputan bergambar Salam di dalam halaman-halaman berikut tentang hari penuh kenangan ini yang telah menyatakan gambaran serta harapan bagi kestabilan, kemakmuran serta pembangunan yang berterusan bagi Brunei Darussalam.
Kakitangan BSJV meraikan tema Hari Kebangsaan ʻNegaraku Brunei Darussalamʼ di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien
Februari 2010 SALAM 17
BERITA BSP
BSP Anjur Program Skim Bimbingan Kedua
S
Haji Zainal Abidin Haji Mohd Ali memberi ucapan pembukaan
Sebanyak 40 IKS tempatan telah mengikuti taklimat program ini di teater OGDC
18 SALAM
Februari 2010
ebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menggerakkan pembangunan perniagaan tempatan, BSP telah menganjurkan program Inisiatif Skim Bimbingan (CSi) yang kedua semenjak ianya diperkenalkan pada tahun lepas. Program CSi adalah platform bagi IKS (Industri Kecil dan Sederhana) mempertingkatkan lagi perniagaan masing-masing Untuk menyokong usaha-usaha pempelbagaian ekonomi Brunei Darussalam. Sebanyak 40 IKS tempatan telah mengikuti taklimat program ini di teater OGDC. Ini merupakan pengambilan kali kedua BSP bagi skim bimbingan tersebut di mana para peserta akan melalui program rapi mengandungi 8 bengkel dengan tugasan praktikal. Para pembimbing akan ditugaskan membantu peserta-peserta mempertingkatkan lagi kebolehan, keupayaan serta daya saing mereka di dalam perniagaan. Di dalam ucapan pembukaan beliau, Haji Zainal Abidin Haji Mohd Ali, Timbalan Pengarah Urusan BSP berkata, “Ini adalah sebahagian dari usaha BSP bagi menyokong perniagaan-perniagaan tempatan dan menyediakan pengusaha-pengusaha yang berkenaan supaya berdaya tahan serta mampu mempraktikkan amalan-amalan terbaik. Ianya bertujuan menjadikan mereka lebih arif tentang bagaimana hendak mengendalikan situasi mereka, menerapkan kemahiran yang perlu serta tahu bagaimana menjadikan perniagaan masingmasing berdaya tahan bagi jangkamasa panjang”. Program ini akan membantu IKS tempatan yang menyertainya menanda aras operasi semasa syarikat masing-masing mengikut amalan-amalan terbaik industri, di samping mewujudkan peluang-peluang bagi menjalin rangkaian dengan perniagaan-perniagaan yang lain untuk mencapai sasaran-sasaran perniagaan mereka. Semasa pengambilan kali pertama program ini, syarikat-syarikat vendor utama seperti SKS, Petrokon, SKSWood dan Mashor telah berpeluang berkongsi manfaat amalan-amalan terbaik perniagaan masing-masing dengan para peserta CSi. Platform CSi merupakan peluang bagi para kontraktor mempertingkatkan lagi kemahiran perniagaan dan pengurusan mereka, serta kecekapan mereka berkaitan dengan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE) dan perancangan strategik. BSP menyediakan peluang ini sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk membangunkan ekonomi tempatan serta daya tahan jangkamasa panjang Brunei Darussalam.
BERITA BST
Bakal Kapten LNG Rakyat Brunei Yang Pertama
P
erjalanan yang panjang dan penuh cabaran Ketua Pegawai Martin Liew bagi mendapatkan jawatan Kapten di atas kapal LNG, kini hampir ke penghujungnya. Setelah berjaya menyempurnakan kelayakan profesional Master’s Ticket di UK, dia telah pulang dengan beberapa langkah lebih hampir kepada merealisasikan sasaran ini. Pengarah Urusan Brunei Shell Tankers, Grahaeme Henderson berkata, “Sasaran yang dimaksudkan ini belum pernah lagi dicapai oleh manamana Pegawai Marin rakyat Brunei yang bertugas dengan kapal-kapal LNG dan pencapaiannya akan menjadi satu detik penting di dalam evolusi industri perkapalan LNG Brunei”. Lahir di Seria, Martin Liew telah membesar di bandar bersejarah ini yang telah lama menikmati kemakmuran hasil pertumbuhan industri minyak dan gas negara. Martin telah berazam untuk memulakan usaha bagi mengikut jejak langkah ayah serta bapa-bapa saudaranya menjadi sebahagian daripada industri yang berkembang maju ini. Cita-citanya yang tinggi di bidang akademik telah terjawab apabila dia diterima masuk ke Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan yang berprestij. Sejurus selepas menamatkan pengajian ‘A’ Level, dia telah menerima tawaran untuk tugasan kerja IT di BLNG. Setelah 7 bulan di dalam tugasan tersebut, dia dan 18 rekrut yang lain diterima menyertai Martin Liew bakal Program Latihan Kadet Marin BST dan telah memulakan program tiga tahun itu yang akan menjadi kapten LNG membentuk masa hadapan kerjaya mereka. rakyat Brunei yang Kejayaannya menamatkan program latihan ini telah menjamin tempatnya sebagai salah seorang pertama dalam industri perkapalan LNG Brunei Kadet Marin pertama negara ini yang diambil bertugas sebagai Pegawai Marin di atas kapalkapal LNG syarikat BST. Setelah hampir dua tahun belayar sebagai pegawai jawatan rendah, dia telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Kedua dan telah diberi peluang membangunkan lagi kerjayanya dengan mengambil langkah professional seterusnya, iaitu mendapatkan Tiket Ketua Pegawai di Warsash Maritime Academy, UK pada Disember 2005. Di dalam sektor Marin Dagang, terdapat tiga peringkat di dalam pembangunan kerjaya seseorang Pegawai Marin. Peringkat pertama di dalam pembangunan kerjaya Martin adalah kejayaannya menyempurnakan Program Latihan Kadet Marin serta mendapatkan Sijil Kelayakan (COC) yang pertama. Ini adalah ‘pasport’ professional yang mengesahkan bahawa pemegangnya adalah berkebolehan serta layak mengikut piawaian-piawaian maritim antarabangsa untuk menjalankan tugas-tugas serta tanggungjawab yang dinyatakan di dalam COC tersebut. Dengan tempoh perkhidmatan terkumpul sekurang-kurangnya 18 bulan di laut, peringkat seterusnya pula adalah untuk mendapatkan kelayakan Tiket Ketua Pegawai. Martin telah berjaya mendapatkan kelayakan ini yang membolehkannya maju ke jawatan Ketua Pegawai di atas kapal LNG. Ini diikuti dengan jawatannya yang seterusnya sebagai Penyelia apabila dia telah dipinjamkan kepada STASCO UK. Selepas berkhidmat sebagai Pegawai Kedua sepanjang beberapa pelayaran di atas kapal-kapal LNG Brunei, dia telah layak dinaikkan pangkat kepada Ketua Pegawai pada Februari 2009; satu pencapaian yang pertama bagi seorang rakyat Brunei di dalam profesionnya. Setelah enam bulan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai, Martin telah merebut peluang mendapatkan Tiket Master, iaitu peringkat ketiga dan yang terakhir. Martin mencapai kejayaan ini pada Februari 2010 dan telah membawa kebanggaan serta harapan besar kepada ibu bapa, keluarga, rakan-rakan sejawat, pihak syarikat dan juga negara. Dengan matlamat merealisasikan visi PemBruneian seperti juga dengan ramai lagi yang lain, Martin tetap komited mengejar cita-cita menjadi Kapten rakyat Brunei yang pertama menjadi nakhoda kepada salah satu kapal LNG negara kita, di samping membuka jalan untuk maju ke hadapan bagi lain-lain rakyat Brunei yang bercita-cita mencapai jawatan ini.
Februari 2010 SALAM 19
ULANGTAHUN PERKHIDMATAN 35 TAHUN
20 TAHUN
Mohd Yusofe Mohamad OPM61
Razali Sarudin SEN131
30 TAHUN
Rieder Dennis ERE2 Abdul Rahman Mohammad Ali WOP3
15 TAHUN
Hilko De Jong BPE3
25 TAHUN
Mustapa Hj Mohamad SAV1141 John Michael Sutherland RVL Hj A Md Abd Rahman Hj A Mukim EBS51 Harrie Krus TSW
INGIN BANTU KAMI MENJIMATKAN KERTAS DAN JUGA ALAM SEKITAR? Langkah 1 Dapatkan persetujuan rakan-rakan sejawat awda di dalam pejabat/bahagian/jabatan yang sama untuk berkongsi satu naskah Salam dan bukannya mendapatkan naskah masing-masing Langkah 2 Minta setiausaha atau pembantu tadbir pejabat/bahagian/jabatan awda untuk menghantar e-mel kepada
[email protected] bagi memaklumkan kami tentang perubahan ini Tindakan kami Kami akan mengemaskinikan senarai edaran kami yang akan digunakan bermula dengan keluaran Salam yang akan datang
© Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad (1952), kecuali dinyatakan sebaliknya. Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang atau menyimpan melalui apa juga sistem atau cara (elektronik, reprograpic, rakaman dan sebagainya) keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana mukasurat majalah/terbitan ini sebelum mendapat izin bertulis daripada Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad.