Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd
GARISPANDUAN PERMOHONAN CUTI 1)
CUTI TAHUNAN
i)
Kakitangan perlu membuat permohonan cuti sekurang-kurangnya empat (4) hari sebelum tarikh cuti yang ingin diambil. Kakitangan tidak dibenarkan untuk meneruskan/mengambil cuti sekiranya permohonan cuti tidak diluluskan oleh Ketua Jabatan/Wilayah/Seksyen masing-masing (1st level Approver).
ii)
Kegagalan kakitangan mematuhi prosedur ini akan mengakibatkan tindakan disiplin diambil serta Ketua Jabatan/Wilayah/Seksyen berhak mengarah pihak Seksyen Sumber Manusia untuk membuat pemotongan gaji berdasarkan kepada cuti yang tidak diluluskan itu.
iii)
Jumlah cuti tahunan yang boleh dipohon adalah mengikut prorata harian.
2)
CUTI KECEMASAN
i)
Cuti yang dipohon kurang daripada empat (4) hari atau dipohon selepas kembali bertugas akan dikira sebagai Cuti Kecemasan.
ii)
Kakitangan perlu mendapatkan kelulusan samaada secara lisan, email, pesanan mel ringkas (sms) atau apa sahaja medium telekomunikasi yang sewajarnya selewat-lewatntya dalam tempoh dua (2) jam selepas waktu bekerja bermula pada hari cuti kecemasan diambil.
iii)
Kakitangan hendaklah menghantar Borang Permohonan Cuti sebaik sahaja selepas kembali bertugas.
iv)
Cuti kecemasan akan ditolak daripada cuti tahunan sekiranya masih ada baki. Sekiranya tiada baki cuti lagi, ia akan dianggap sebagai cuti tanpa gaji.
v)
Berdasarkan kepada Seksyen 60D(2) Akta Kerja 1955, mana-mana pekerja yang tidak hadir kerja pada hari kerja sebelum atau selepas hari kelepasan am atau dua atau lebih hari-hari kelepasan am berturut-turut atau mana-mana hari atau hari yang digantikan kepadanya di bawah seksyen ini tanpa kebenaran terdahulu daripada majikannya adalah tidak berhak mendapat apa-apa bayaran hari kelepasan untuk hari kelepasan tersebut atau hari-hari kelepasan terturut-turut melainkan ia mempunyai alasan munasabah bagi ketidakhadiran itu.
3)
CUTI BERSALIN
i)
Kelayakan Cuti Bersalin adalah enam puluh (60) hari termasuk Cuti Rehat, Cuti Umum dan Cuti Kelepasan Am dan terhad kepada lima (5) kelahiran sepanjang perkhidmatan dengan Syarikat.
ii)
Kakitangan hendaklah menghantar Borang Permohonan Cuti selewatlewatnya tiga (3) hari selepas atau sebaik sahaja kembali bertugas dan disertakan dengan dokumen kelahiran anak.
4)
CUTI ISTERI BERSALIN (PATERNITY LEAVE)
i)
Kakitangan hendaklah menghantar Borang Permohonan Cuti sebaik sahaja selepas kembali bertugas dan perlu melampirkan dokumen sokongan seperti Sijil Kelahiran Anak atau Surat Laporan Doktor untuk rujukan dan kelulusan Jabatan/Wilayah/Seksyen.
ii)
Cuti Isteri Bersalin layak diberikan kepada semua anak kelahiran isteri yang didaftarkan di syarikat.
iii)
Cuti yang tidak diluluskan akan ditolak melalui cuti tahunan atau dikira sebagai cuti tanpa gaji sekiranya tiada lagi baki cuti.
5)
CUTI IHSAN (COMPASSIONATE LEAVE)
i)
Kakitangan hendaklah menghantar Borang Permohonan Cuti sebaik sahaja selepas kembali bertugas dan perlu melampirkan dokumen sokongan seperti Sijil Kematian/Permit Menguburkan, Surat Laporan Polis atau Surat Laporan Doktor untuk rujukan dan kelulusan Jabatan/Wilayah/Seksyen.
2/10 | M u k a S u r a t
ii)
Cuti yang tidak diluluskan akan ditolak melalui cuti tahunan atau dikira sebagai cuti tanpa gaji sekiranya tiada lagi baki cuti.
6)
CUTI PERKAHWINAN
i)
Kakitangan yang telah sah jawatan perlu membuat permohonan cuti sekurang-kurangnya empat (4) hari sebelum tarikh cuti yang ingin diambil dan perlu melampirkan dokumen sokongan untuk kelulusan Ketua Jabatan/Wilayah/Seksyen masing-masing.
ii)
Cuti perkahwinan ini hanya layak untuk perkahwinan yang pertama sahaja.
7)
CUTI MENGERJAKAN HAJI
i)
Kakitangan perlu membuat permohonan cuti sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum tarikh cuti yang ingin diambil dan perlu melampirkan dokumen sokongan/surat makluman daripada Lembaga Tabung Haji untuk kelulusan Ketua Jabatan/Wilayah/Seksyen.
8)
CUTI TANPA REKOD (UNRECORDED LEAVE)
i)
Syarikat boleh memberi cuti tanpa rekod kepada kakitangan yang telah sah jawatan bagi sebab-sebab tertentu bergantung kepada keadaan semasa operasi syarikat dan perlu di ambil selepas tarikh dan waktu majlis berlaku.
ii)
Kakitangan perlu melampirkan dokumen sokongan/surat makluman untuk kelulusan Ketua Jabatan/Wilayah/Seksyen.
iii)
Cuti Ganti atau ”Replacement Leave” setengah atau satu (1) hari akan diberikan kepada kakitangan pengurusan yang bekerja lebih masa sekurangkurangnya 5 jam atau melebihi 5 jam.
9)
CUTI TANPA GAJI (NO PAY LEAVE)
a)
Sebab-sebab Khas
i)
Permohonan Cuti Tanpa Gaji (”CTG”) bagi tempoh melebihi tiga puluh (30) hari oleh kakitangan yang telah sah jawatan perlu mendapat sokongan
3/10 | M u k a S u r a t
daripada Ketua Jabatan/Wilayah terlebih dahulu bagi memastikan penggantian pekerja yang tepat bagi mengelakkan gangguan kepada operasi syarikat. ii)
Surat permohonan dan dokumen sokongan yang telah disokong oleh Ketua Jabatan/Wilayah hendaklah dihantar ke Seksyen Sumber Manusia Ibu Pejabat untuk kelulusan Ketua, Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran.
iii)
Cuti Tanpa Gaji ini akan ditolak daripada tempoh perkhidmatan di syarikat.
b)
Kehabisan cuti tahunan atau cuti tidak diluluskan
i)
Cuti yang melebihi kuota/had limit sesuatu masa atau sebarang cuti yang tidak diluluskan oleh Ketua Jabatan/Wilayah/Seksyen akan dianggap sebagai Cuti Tanpa Gaji dan akan ditolak di dalam gaji kakitangan bulan hadapan. (Contoh: CTG yang berlaku di dalam bulan Januari akan ditolak di dalam gaji bulan Februari sekaligus)
10)
CUTI SAKIT (KLINIK DAN HOSPITAL)
i)
Kakitangan perlu mendapatkan rawatan di klinik panel yang dilantik oleh Syarikat sahaja kecuali perkara-perkara kecemasan yang tidak dapat dielakkan.
ii)
Kakitangan perlu menghantar permohonan cuti sakit tersebut melalui sistem HRMIS atau borang permohonan, berserta salinan sijil cuti sakit selewatlewatnya tiga (3) hari selepas kembali bertugas. Bagi permohonan cuti sakit hospital/wad, wajib sertakan juga slip kemasukan wad.
iii)
Ketua Jabatan/Wilayah/Seksyen berhak untuk mendapat penjelasan dengan terperinci sekiranya kakitangan menyambung cuti sakit daripada klinik yang berlainan contohnya daripada Klinik B selepas mendapat cuti sakit daripada Klinik A bagi mendapatkan rawatan bagi penyakit yang sama.
iv)
Ketua Jabatan/Wilayah/Seksyen berhak untuk mendapat penjelasan dengan terperinci sekiranya ada keraguan selain daripada yang dinyatakn di atas, ke atas sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh klinik tidak kira sama ada klinik panel Syarikat atau bukan panel sebelum meluluskannya.
v)
Kakitangan yang mendapat cuti sakit ketika menjaga anak/pasangan di hospital perlu memohon cuti tahunan atau cuti kecemasan.
4/10 | M u k a S u r a t
vi)
Cuti sakit yang tidak diluluskan atau melebihi had akan ditolak melalui cuti tahunan atau dikira sebagai cuti tanpa gaji sekiranya tiada lagi baki cuti.
11)
CUTI SAKIT BERPANJANGAN (PROLONGED ILLNESS LEAVE)
i)
Definisi cuti sakit berpanjangan ialah cuti sakit yang diberikan kepada kakitangan yang memerlukan rawatan berpanjangan akibat mengidap penyakit-penyakit kritikal dan sebarang penyakit kritikal yang boleh dipertimbangkan (rujuk jenis-jenis penyakit kritikal seperti di Lampiran A).
ii)
Kakitangan yang ingin mendapat kelayakan cuti sakit berpanjangan perlu mengemukakan secara bertulis kepada Seksyen Sumber Manusia sekurangkurangnya tujuh (7) hari bekerja sebelum cuti sakit habis dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut untuk kelulusan Ketua, Sumber Manusia & Pentadbiran:-
iii)
a)
Laporan penuh perubatan doktor pakar yang merawat daripada panel hospital lantikan Syarikat; dan
b)
Surat sokongan bertulis dan rekomendasi daripada doktor pakar yang merawat bagi melayakkan kakitangan mendapat cuti sakit berpanjangan.
Bagi permohonan cuti sakit berpanjangan yang telah diluluskan, Syarikat boleh memberikan cuti sakit berpanjangan secara terkumpul iaitu:a)
Cuti sakit bergaji penuh sehingga had maksima 90 hari (3 bulan), diikuti
b)
180 hari (6 bulan) separuh gaji, seterusnya
c)
180 hari (6 bulan) berikutnya tanpa gaji
iv)
Sekiranya kakitangan telah sembuh sepenuhnya dan ingin kembali memulakan tugas, kakitangan perlu berjumpa dengan pihak Seksyen Sumber Manusia dengan mengemukakan surat dan laporan daripada doktor pakar yang merawat untuk mengesahkan tahap kesihatan. Tanpa laporan doktor, kakitangan TIDAK dibenarkan kembali bertugas.
v)
Sebaliknya, sekiranya kakitangan masih tidak sembuh di dalam tempoh enam (6) bulan cuti sakit tanpa gaji, Seksyen Sumber Manusia akan membuat proses permohonan Pencen Ilat ke PERKESO/SOCSO (rujuk Lampiran B untuk keterangan lanjut) atau membuat kertas cadangan kepada Ketua
5/10 | M u k a S u r a t
Pegawai Eksekutif bagi penamatan perkhidmatan di atas sebab-sebab kesihatan (Medical Board Out).
12)
PELEPASAN WAKTU PEJABAT (TIME OFF)
i)
Kakitangan perlu mengisi Borang Daftar Keluar Masuk Pejabat (”Borang DKMP”) dan mendapat keizinan Ketua Jabatan/Wilayah/Seksyen terlebih dahulu sebelum keluar dari premis pejabat. Memo, email janji temu atau apa-apa dokumen sokongan perlu dikepilkan jika menghadiri mesyuarat, seminar, kursus atau aktiviti-aktiviti sosial anjuran syarikat.
ii)
Permohonan “Time Off” pada waktu bekerja bagi urusan peribadi, tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan/Seksyen/Wilayah, adalah bagi tujuan-tujuan kecemasan sahaja, antaranya seperti di bawah ini: a)
Isteri, anak atau ibu bapa sakit dan perlu dihantar ke klinik/hospital
b)
Ahli keluarga atau saudara-mara mengalami kemalangan atau meninggal dunia
c)
Tidak sihat setelah berada di pejabat
iii)
Dokumen sokongan seperti “Time Attendance Chit” daripada klinik atau hospital dan Sijil Kematian/Permit Menguburkan bagi kes kecemasan di atas, hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan/Wilayah/Seksyen dengan serta-merta selepas permohonan diluluskan.
iv)
Permohonan bagi urusan peribadi (selain daripada yang dinyatakan di atas) hendaklah diambil melalui cuti tahunan. Definisi urusan peribadi adalah urusan yang sememangnya telah diketahui tarikh dan masa seperti janji temu dengan doktor pakar, menghantar ibu bapa menunaikan haji, urusan perbankan, urusan persekolahan anak seperti mengambil kad laporan atau urusan dengan pejabat /jabatan kerajaan.
v)
Kakitangan tidak dibenarkan memohon “Time Off” pada hari Sabtu bekerja dan ketika bulan Ramadhan di mana waktu bekerja telah dipendekkan melainkan bagi perkara-perkara yang dinyatakan di klausa (ii).
vi)
Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan/Seksyen/Wilayah boleh menggunakan prerogatif mereka untuk meluluskan ”Time Off” kakitangan mereka bagi alasan-alasan yang difikirkan munasabah.
6/10 | M u k a S u r a t
vii)
Semua Borang DKMP mesti dihantar ke Unit Sumber Manusia Wilayah masing-masing selewat-lewatnya tiga (3) hari selepas tarikh permohonan. Seterusnya, HR Wilayah perlu menghantar Rekod/Laporan Pengambilan “Time Off” setiap 7 haribulan bulan yang berikutnya ke Seksyen Sumber Manusia Ibu Pejabat.
viii)
Sekiranya “Time Off” lebih daripada dua (2) jam dan kurang daripada empat (4) jam, cuti kecemasan setengah (1/2) hari perlu dipohon.
ix)
Sekiranya “Time Off” lebih daripada empat (4) jam, cuti kecemasan satu (1) hari perlu dipohon
BORANG-BORANG 1) Borang Permohonan Cuti 2) Borang Daftar Keluar Masuk Pejabat
7/10 | M u k a S u r a t
LAMPIRAN A JENIS-JENIS PENYAKIT KRITIKAL 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) 12) 13) 14) 15) 16) 17) 18) 19) 20) 21) 22) 23) 24) 25) 26) 27) 28) 29) 30) 31) 32) 33) 34)
Kegagalan Buah Pinggang/Ginjal (Kidney Failure) Serangan Penyakit Jantung (Heart Attack) Angin Ahmar (Stroke) Kanser (Cancer) Sklerosis Pelbagai/Berbilang (Multiple Sclerosis) Hypertensi Arteri Pulmonari Utama (Primary Pulmonary Arterial Hypertension) Hepatitis Virus Fulminan (Fulminant Viral Hepatitis) Buta/Hilang Penglihatan (Blindness) Penyakit Koronari Arteri Yang Memerlukan Pembedahan (Coronary Artery by-pass Surgery) Pemindahan Organ Utama (Major Organ/Bone Marrow Transplant) Pembedahan/Penukaran Injap Jantung (Heart Valve Surgery) Pembedahan Aourta (Surgery to Aorta Third Degree Burns) Distropi Otot (Muscular Dystrophy) Jangkitan HIV Disebabkan Pemindahan Darah (HIV Infection Due to Blood Transfusion) Koma (Coma) Hilang Pendengaran (Deafness) Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir (End-Stage Lung Disease) Tumor Otak Benigna (Benign Brain Tumor) Penyakit Alzheimer (Alzheimer’s Disease/Severe Dementia) Penyakit Membawa Maut (Terminal Illness) Penyakit Parkinson (Parkinson’s Disease) Penyakit Motor Neuron (Motor Neurone Disease) Anaemia Aplastik Kronik (Chronic Aplastic Anaemia) Hilang Suara/Hilang Kebolehan Bertutur (Loss of Speech End-Stage Liver Failure) Ensefalitis (Encephalitis) Bakteria Meningitis (Bacterial Meningitis) Pembedahan Otak (Brain Surgery) Angioplasti (Cardiomyopathy) Penyakit Arteri Koronari Serius (Serious Coronary Artery Disease) Kardiomiopati (Cardiomyopathy) Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari) (Loss of Independent Existence) Lumpuh (Paralysis of Limbs) Trauma Kepala Yang Serius (Major Head Trauma) Penyakit Medulari Systik (Medullary Cystic Disease)
Nota: Sila ambil perhatian bahawa senarai penyakit di atas adalah tidak lengkap dan tertakluk kepada perubahan 8/10 | M u k a S u r a t
LAMPIRAN B
PENCEN ILAT
KEILATAN adalah suatu keuzuran yang berkekalan atau tidak mungkin akan sembuh yang mana mengakibatkan seseorang pekerja itu tidak mampu mencari nafkah sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan seseorang pekerja yang normal.
Perlindungan kepada pekerja yang mengidap keilatan akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Antara penyakit-penyakit kronik penyebab keilatan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti sakit jantung, buah pinggang, barah, sakit jiwa, asma dan sebagainya.
Syarat Kelayakan
Belum mencapai umur 60 tahun pada masa notis ilat diterima oleh PERKESO.
Sekiranya telah mencapai umur 60 tahun pada masa notis ilat diterima, pekerja hendaklah membuktikan bahawa keilatan terjadi sebelum umur 60 tahun dan tidak bekerja semenjak ia mengalami keilatan.
Disahkan ilat oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan.
Telah memenuhi mana-mana syarat kelayakan caruman yang telah ditetapkan sama ada kelayakan caruman penuh atau kelayakan caruman yang dikurangkan.
Tempoh Bayaran
Pencen Ilat dibayar bermula dari tarikh notis ilatnya diterima oleh PERKESO atau tarikh berhenti kerja jika pekerja berhenti kerja selepas notis ilat dikemukakan.
Pencen Ilat dibayar selama pekerja mengalami keilatan atau hingga meninggal dunia mengikut mana yang lebih awal.
Pencen Ilat akan digantikan dengan Pencen Penakat sekiranya pekerja itu meninggal dunia semasa menerima Pencen Ilat tanpa mengira umurnya.
PERKESO berhak menggantung Pencen Ilat dan merujuk semula kes kepada Jemaah Doktor sekiranya seseorang itu didapati bekerja semula dan memperolehi pendapatan melebihi 1/3 daripada gaji purata sebelum beliau mengidap keilatan.
9/10 | M u k a S u r a t
Kadar Bayaran
Bayaran pencen yang diberi adalah tertakluk kepada kelayakan kadar pencen. Mulai 1 Januari 2012, bayaran minima pencen bulanan adalah sebanyak RM475.00 sebulan.
Dokumen yang diperlukan untuk tuntutan Orang berinsurans hendaklah mengisi dan melengkapkan borang dan maklumat berikut:i.
Pemberitahuan Keilatan (Borang PKS (F) 41)
ii.
Laporan Perubatan terkini
iii.
Salinan Kad Pengenalan
Informasi daripada Laman Web PERKESO: http://www.perkeso.gov.my/my/pencen-ilat.html
10/10 | M u k a S u r a t