FELDA GLOBAL VENTURES PLANTATIONS (M) SDN. BHD.
PERJUMPAAN BERSAMA SUKU DUSUN BEGAHAK – SAHABAT 55 & UNIT SPO,PSQM HQ (FPIC PROCESS)
Kali Ke-2 TARIKH : 04HB JUN 2015 MASA : 09.00 PAGI TEMPAT : BILIK MESYUARAT SAHABAT 55
NOTA PENGURUS LADANG : 1) Pengurus ladang mengucapkan selamat datang kepada En. Anthonius Sani, En. Faizan, En. Deny Vitus dan Sdr. Robin Balud serta Wakil Suku Dusun Begahak yang lain. 2) Pengurus ladang menerangkan objektif / tujuan perjumpaan pada pagi ini bukan untuk menyelesaikan/ meluluskan tuntutan tapi lebih kepada penjelasan dan penerangan tentang implikasi jika Pensijilan ditarik RSPO. NOTA EN. ANTHONIUS SANI (UNIT SPO, PSQM HQ) : 1) Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana dijemput untuk ke Perjumpaan bersama Suku Kaum Dusun Begahak. 2) Beliau menegaskan bahawa perjumpaan ini bukan untuk menyelesaikan/ meluluskan tuntutan tapi lebih kepada penjelasan dan penerangan tentang implikasi jika Pensijilan ditarik RSPO seperti komplen etnik tersebut. TUJUAN PERJUMPAAN : 1) Memberikan penjelasan dan penerangan tentang implikasi jika Pensijilan ditarik oleh RSPO. 2) Sesi dialog bersama Wakil Suku Dusun Begahak. PENJELASAN KRONOLOGI KES TUNTUTAN : 1) Pada tahun 1974-81, penduduk kampung Ulu Teburi, Lahad Datu memohon tanah sekitar 1260 ekar dan permohonan mereka diluluskan pada 21.01.1981. 2) Pada masa yang sama, kawasan tersebut telah diperuntukkan kepada Felda pada 21 Mac 1985 dan telah mendapat kelulusan daripadan Kerajaan Negeri Sabah. 3) Melalui arahan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, sebanyak 916 ekar akan diberikan semula kepada penduduk kampung yang membuat tuntutan. Tanah sebanyak 916 ekar ini adalah kawasan yang jelas dan terdapat tanaman seperti buah-buahan, manakala kepada penduduk kampung yang memohon tetapi belum jelas (tiada hitam putih) atau belum membangunkan tanah mereka tidak termasuk. 4) Pada masa itu Felda merupakan agensi kerajaan, mereka bertindak mengikut arahan Kerajaan sesuai dengan perjanjian antara Kerajaan Negeri Sabah dan Felda yang bertarikh 04.12.1979 dan perjanjian tambahan pada 18.03.1983. 5) Tahun 2010, terdapat tuntutan baru dari Robin Balud bagi kawasan yang sama. 6) Pada 15 Jun 2012 siasatan kebangsaan dibuat berkenaan kes ini yang melibatkan SUHAKAM. 7) Sebelum siasatan, Felda telah membuat beberapa perbincangan kepada Jabatan Tanah dan Ukur dan Suhakam.
Felda Global Ventures Plantations (Malaysia) Sdn Bhd (974143-H) Ladang Felda Sahabat 55, Peti Surat No.55, Pos Cenderawasih, 91150 Lahad Datu, Sabah. Tel: 089-871167 Fax: 089-871877 fpsb.622@feldaglobal .com
SESI DIALOG : 1) Sdr. Robin Bin Balud - Pengerusi Ketua Penuntut Suku Dusun Begahak a. Perkataan “Dusun” bermaksud “Kebun” iaitu aktiviti bercucuk tanam sebagai cara hidup mereka. b. Perkataan “Tunku” diambil sempena pertemuan diantara orang inggeris yang datang ke perkampungan suku dusun begahak. Begitu juga dengan perkataan SABAHAT, dahulunya SABAHAT dengan peredaran masa telah diubah kepada SAHABAT. c. Mereka mendakwa bahawa Felda telah banyak melanggar prinsip-prinsip RSPO. d. Asas-asas tuntutan masyarakat etnik suku dusun begahak :i. Terlimpas sempadan oleh Felda kerana telah memasuki kawasan tanah adat sebagai warisan turun temurun nenek moyang mereka. ii. Terdapat 3 tapak perkuburan tua lama di dalam kawasan tuntutan. iii. Gangguan pembinaan parit di kawasan tapak perkuburan lama. iv. Jumlah tuntutan sebanyak 2.64% iaitu 6600 ekar. e. Sdr. Robin Bin Balud menegaskan dalam laporan polis bahawa Suku Dusun Begahak tidak teragak-agak untuk menuai di kawasan yang telah diceroboh. 2) Land Management Unit, HQ - Tn. Mohd Faizan a. Berkenaan dengan tuntutan tanah akan dianalisis samaada tanah yang dituntut berada didalam atau diluar kawasan tanah Felda. 3) ARGM (P) - Tn. Deny Bin Vitus a. Felda merupakan pelaksana projek kerajaan. b. Tuntutan harus disalurkan kepada Kerajaan Anak Negeri, SUHAKAM dan yang berkaitan dengan tuntutan tanah adat. c. Minta diasingkan tuntutan tanah adat dan RSPO. d. Fikirkan semula kesan pembatalan sijil RSPO dan impak dari pembangunan Felda contohnya kemudahan jalan raya, pasar dan lain-lain. CADANGAN : 1) Wakil Suku Dusun Begahak a. Permohonan tuntutan tanah adat agar dapat dipertimbangkan dan boleh diselesaikan secara baik. 2) Pihak SPO, PSQM HQ. a. Sebarang tuntutan tanah adat hendaklah mengikut prosedur dan saluran yang betul. b. Minta asingkan hal tuntutan tanah dan pembatalan sijil RSPO. c. Buat pemetaan bersama diantara pihak ladang dan pihak penuntut. Felda Global Ventures Plantations (Malaysia) Sdn Bhd (974143-H) Ladang Felda Sahabat 55, Peti Surat No.55, Pos Cenderawasih, 91150 Lahad Datu, Sabah. Tel: 089-871167 Fax: 089-871877 fpsb.622@feldaglobal .com
KESIMPULAN : Perjumpaan ini ditangguhkan pada 04hb Jun, 2015 Jam 10.40 pagi dan diakhiri dengan sesi bergambar bersama suku dusun begahak.
Yang Benar,
............................. ( JOHN GANIE ) Pengurus Ladang
Felda Global Ventures Plantations (Malaysia) Sdn Bhd (974143-H) Ladang Felda Sahabat 55, Peti Surat No.55, Pos Cenderawasih, 91150 Lahad Datu, Sabah. Tel: 089-871167 Fax: 089-871877 fpsb.622@feldaglobal .com
LAMPIRAN :
Felda Global Ventures Plantations (Malaysia) Sdn Bhd (974143-H) Ladang Felda Sahabat 55, Peti Surat No.55, Pos Cenderawasih, 91150 Lahad Datu, Sabah. Tel: 089-871167 Fax: 089-871877 fpsb.622@feldaglobal .com
Felda Global Ventures Plantations (Malaysia) Sdn Bhd (974143-H) Ladang Felda Sahabat 55, Peti Surat No.55, Pos Cenderawasih, 91150 Lahad Datu, Sabah. Tel: 089-871167 Fax: 089-871877 fpsb.622@feldaglobal .com