Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Roundup Dura
Versi: 1.0
Halaman: 1 / 8 Tarikh kuat kuasa: 12/30/2015
Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Risalah Data Keselamatan Produk Komersial 1. PENGENALAN PRODUK DAN SYARIKAT Nama produk
Roundup Dura Kegunaan produk Racun herba Nama kimia Tidak berkenaan. Sinonim Tiada. Syarikat Monsanto (Malaysia) SDN. BHD., Pasir Gudang Ind. Estate, Pasir Gudang, 81700, Johor, Malaysia Telefon: +60-7-251-4588, +60-7-252-3472, Faks: +60-7-251-4581 E-mel:
[email protected] Nombor telefon kecemasan JIKA TERJADI KECEMASAN, TUMPAHAN, KEBOCORAN, KEBAKARAN, PENDEDAHAN, ATAU KEMALANGAN KIMIA, Telefon +60-7-251-4588 Jika terjadi keracunan, sila hubungi Pusat Racun Negara: 1-800-88-8099 (Waktu pejabat); +60-12-4309499 (Selepas waktu pejabat). Jika terjadi kecemasan perubatan, sila hubungi talian bebas tol: 00-800-253-78-747/ 02-6542-9595, dan berikan kod produk untuk mendapatkan bantuan.
2. PENGENALAN BAHAYA Tinjauan umum kecemasan Rupa dan bau (warna/bentuk/bau): Biru jernih / Cecair / Tak berbau AWAS! MUNGKIN MENYEBABKAN KERENGSAAN MATA MUNGKIN MENYEBABKAN KERENGSAAN SALUR PERNAFASAN Kesan kesihatan yang boleh terjadi Laluan pendedahan yang besar kemungkinan Sentuhan kulit, Penyedutan, sentuhan mata Sentuhan mata, jangka pendek Mungkin menyebabkan kerengsaan mata sementara. Sentuhan kulit, jangka pendek Dijangka tidak menghasilkan kesan buruk yang bererti apabila arahan penggunaan yang disarankan dipatuhi. Penyedutan, jangka pendek Mungkin menyebabkan kerengsaan salur pernafasan. Rujuk seksyen 11 bagi maklumat toksikologi dan seksyen 12 bagi maklumat alam sekitar.
3. KOMPOSISI/MAKLUMAT TENTANG RAMUAN Ramuan Aktif Garam kalium daripada asid N-(Fosfonometil) Glisin; {Garam kalium daripada asid glifosat}
Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Roundup Dura
Komposisi KOMPONEN Garam kalium daripada asid glifosat Zat aktif permukaan, air dan ramuan formulasi yang lain
Versi: 1.0
No. CAS 70901-12-1
Halaman: 2 / 8 Tarikh kuat kuasa: 12/30/2015
% mengikut berat (hampiran) 47.4 52.6
Pengenalan bahan kimia yang khusus tidak didedahkan kerana merupakan rahsia dagangan Monsanto Company.
4. LANGKAH- LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS Gunakan perlindungan diri yang disarankan dalam Seksyen 8. Sentuhan mata Jika dalam mata, buka kelopak mata dan bilas perlahan-lahan dan secara lembut selama 15-20 minit. Tanggalkan kanta lekap, jika dipakai, selepas lima minit yang pertama, kemudian teruskan membilas mata. Hubungi pusat kawalan racun atau doktor untuk mendapatkan nasihat rawatan.
Sentuhan kulit Tanggalkan pakaian yang tercemar. Bilas kulit serta-merta dengan air banyak selama 15-20 minit. Hubungi pusat kawalan racun atau doktor untuk mendapatkan nasihat rawatan. Penyedutan Jika disedut, pindahkan mangsa ke udara bersih. Jika mangsa tidak bernafas, hubungi talian kecemasan atau ambulans, kemudian berikan pernafasan bantuan, sebaik-baiknya mulut-ke-mulut, jika dapat. Hubungi pusat kawalan racun atau doktor untuk mendapatkan nasihat rawatan.
Penelanan Hubungi pusat kawalan racun atau doktor dengan serta-merta untuk mendapatkan nasihat rawatan. Suruh mangsa meneguk segelas air jika dapat menelan. Jangan paksa muntah kecuali disuruh oleh pusat racun atau doktor. Jangan berikan apa-apa melalui mulut kepada orang yang tidak sedar.
Nasihat untuk doktor Produk ini bukan perencat kolinesterase. Penawar Rawatan dengan atropina dan oksima tidak diindikasikan.
5. LANGKAH-LANGKAH MEMADAM KEBAKARAN Takat kilat Tidak mengilat. Media pemadam Disarankan: Air, busa, kimia kering, karbon dioksida (CO2) Bahaya kebakaran dan letupan luar biasa Kurangkan penggunaan air bagi mengelakan pencemaran alam sekitar. Langkah- langkah waspada alam sekitar: lihat seksyen 6. Hasil berbahaya daripada pembakaran Karbon monoksida (CO), oksida fosforus (PxOy), oksida nitrogen (NOx)
Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Roundup Dura
Versi: 1.0
Halaman: 3 / 8 Tarikh kuat kuasa: 12/30/2015
Peralatan melawan kebakaran Alat pernafasan swalengkap. Peralatan harus dinyah cemaran dengan rapi setelah digunakan.
6. LANGKAH- LANGKAH PENGAWALAN PELEPASAN SECARA TIDAK SENGAJA Langkah- langkah waspada alam sekitar KUANTITI KECIL: Bahaya alam sekitar yang rendah. KUANTITI BESAR: Kurangkan serakan ke paras minimum Jauhkan dari longkang, pembetung, parit, dan saluran air. Kaedah pembersihan KUANTITI KECIL: Simbah kawasan tumpahan dengan air. KUANTITI BESAR: Serap dalam tanah, pasir atau bahan penyerap. Tanah yang sangat tercemar harus digali keluar. Kumpulkan dalam bekas untuk dilupuskan. Rujuk seksyen 7 tentang jenis-jenis bekas. Bersihkan sisanya dengan kuantiti air sedikit-sedikit Kurangkan penggunaan air bagi mengelakan pencemaran alam sekitar. Rujuk seksyen 13 tentang pelupusan bahan tumpah. Gunakan saranan pengendalian dalam Seksyen 7 dan saranan perlindungan peribadi dalam Seksyen 8.
7. PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN Amalan industri yang baik dari segi mengemas tempat kerja dan kebersihan diri harus diikuti. Pengendalian Elakkan sentuhan dengan mata, kulit dan pakaian. Jangan makan, minum atau merokok apabila menggunakannya. Basuh tangan dengan rapi selepas mengendalikan atau bersentuhan dengannya. Jangan cemarkan longkang, pembetung dan saluran air apabila melupuskan air bilasan peralatan. Bersihkan peralatan dengan rapi setelah digunakan. Rujuk seksyen 13 risalah data keselamatan tentang pelupusan air bilasan. Basuh pakaian yang tercemar sebelum digunakan semula. Bekas kosong masih mengandungi wap dan sisa produk. PATUHI AMARAN DI LABEL WALAUPUN BEKAS TELAH DIKOSONGKAN. Penyimpanan Suhu penyimpanan maksimum: 50 °C Bahan serasi untuk penyimpanan: keluli tahan karat, gentian kaca, plastik, pelapik kaca Bahan tak serasi untuk penyimpanan: keluli galvani, keluli lembut tak berlapik, lihat seksyen 10. Jauhkan dari jangkauan kanak-kanak. Jauhkan dari makanan, minuman dan makanan haiwan. Simpan dalam bekas asal sahaja. Jauhkan dari sinar matahari langsung.
8. KAWALAN PENDEDAHAN/PERLINDUNGAN DIRI Had pendedahan bawaan udara Komponen
Garis Panduan Pendedahan
Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Roundup Dura
Garam kalium daripada asid glifosat Zat aktif permukaan, air dan ramuan formulasi yang lain
Versi: 1.0
Halaman: 4 / 8 Tarikh kuat kuasa: 12/30/2015
Tiada had pendedahan kerja khusus yang ditetapkan. Tiada had pendedahan kerja khusus yang ditetapkan.
Kawalan kejuruteraan Sediakan alih udara ekzos setempat. Perlindungan mata Jika ada potensi bererti bagi sentuhan: Pakai gogal kimia. Perlindungan kulit Tiada keperluan khas apabila digunakan mengikut saranan. Jika sentuhan berulang kali atau berpanjangan: Pakai sarung tangan kalis bahan kimia. Perlindungan pernafasan Jika berlebihan pendedahan bawaan udara: Pakai respirator. Apabila disarankan, rujuk kepada pihak pengilang peralatan pelindung diri tentang jenis peralatan yang wajar bagi aplikasi tertentu.
9. SIFAT-SIFAT FIZIKAL DAN KIMIA Data fizikal ini merupakan nilai tipikal berdasarkan bahan yang diuji tetapi mungkin berbeza-beza dari sampel ke sampel. Nilai tipikal tidak harus disimpulkan sebagai analisis terjamin bagi mana-mana kelompok tertentu atau sebagai spesifikasi produk.
Warna/julat warna: Biru jernih Bau: Tak berbau Bentuk: Cecair Perubahan bentuk fizikal (melebur, mendidih, dan sebagainya): Takat lebur: Tiada data. Takat didih: Tiada data. Takat kilat: Tidak mengilat. Sifat mudah letup: Tiada data. Suhu swanyalaan: Tiada data. Graviti tentu: 1.343 @ 25 °C Tekanan wap: Tiada kemeruapan bererti; larutan akueus. Ketumpatan wap: Tidak berkenaan. Kadar penyejatan: Tiada data. Kelikatan dinamik: Tidak berkenaan. Kelikatan kinematik: Tiada data. Ketumpatan: 1.343 g/cm3 @ 25 °C Keterlarutan: Air: Terlarutcampur sepenuhnya. pH: 4.7 Pekali pemisahan: log Pow: -3.2 @ 25 °C (glifosat)
10. KESTABILAN DAN KEREAKTIFAN
Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Roundup Dura
Versi: 1.0
Halaman: 5 / 8 Tarikh kuat kuasa: 12/30/2015
Kestabilan Stabil dalam keadaan pengendalian dan penyimpanan yang normal. Sifat mengoksida Tiada data. Bahan yang harus dielakkan/Kereaktifan Bertindak balas dengan keluli galvani atau keluli lembut tak berlapik lalu menghasilkan hidrogen, gas sangat mudah nyala yang boleh meletup. Penguraian berbahaya Penguraian terma: Hasil berbahaya daripada pembakaran: lihat seksyen 5 Suhu penguraian swamencepat (SADT) Tiada data.
11. MAKLUMAT TOKSIKOLOGI Seksyen ini dimaksudkan untuk digunakan oleh ahli toksikologi dan profesional kesihatan lain. Data yang didapati tentang produk serupa dan tentang komponen diringkaskan di bawah.
Similar formulation Ketoksikan oral akut Tikus, betina, LD50 (Kaedah: Prosedur turun naik (OECD 425)): > 5,000 mg/kg berat badan FIFRA kategori IV. Tiada kematian. Boleh dikatakan tidak toksik. Ketoksikan kulit akut Tikus, LD50: > 5,000 mg/kg berat badan FIFRA kategori IV. Boleh dikatakan tidak toksik. Kerengsaan kulit Arnab, 3 haiwan, Ujian OECD 404: Hari untuk sembuh: 2 Indeks Kerengsaan Primer (PII): 1.0/8.0 FIFRA kategori IV. Kerengsaan sedikit. Kerengsaan mata Arnab, 3 haiwan, Ujian OECD 405: Hari untuk sembuh: 7 FIFRA kategori III. Kerengsaan sederhana. Pemekaan kulit Tikus belanda, Ujian Buehler 3 aruhan: Kejadian positif: 0 % Negatif. N-(Fosfonometilglisin); { Glyphosate} Kegenotoksikan Tidak genotoksik. Kekarsinogenan Tidak karsinogenik pada tikus atau tikus putih.
Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Roundup Dura
Versi: 1.0
Halaman: 6 / 8 Tarikh kuat kuasa: 12/30/2015
Ketoksikan Perkembangan / Pembiakan ,: Kesan perkembangan dalam tikus dan arnab hanya melalui kewujudan ketoksikan induk yang ketara. Kesan Pembiakan dalam tikus hanya melalui kewujudan ketoksikan induk yang ketara.
12. MAKLUMAT EKOLOGI Seksyen ini dimaksudkan untuk digunakan oleh ahli ekotoksikologi dan pakar alam sekitar lain. Data yang didapati tentang produk serupa dan tentang komponen diringkaskan di bawah.
Similar formulation Ketoksikan akuatik, ikan Ikan rainbow trout (Oncorhynhus mykiss): Ketoksikan akut, 96 jam, Separa statik, LC50: 3.13 mg/L Sederhana toksik. Ketoksikan akuatik, invertebrat Kajian ketoksikan atas satu spesies Daphnia belum dijalankan dengan produk ini. Umumnya, Daphnia ditunjukkan memiliki kepekaan serupa seperti ikan terhadap produk glifosat. Ketoksikan akuatik, alga/tumbuhan akuatik Alga hijau (Selenastrum capricornutum): Ketoksikan akut, 72 jam, statik, ErC50 (kadar pertumbuhan): 0.294 mg/L Sangat toksik. Ketoksikan arhropod Lebah madu (Apis mellifera): Sentuhan, 48 jam, LD50: > 250 µg/lebah Boleh dikatakan tidak toksik. Lebah madu (Apis mellifera): Oral, 48 jam, LD50: > 238.8 µg/lebah Boleh dikatakan tidak toksik. Ketoksikan organisma tanah, invertebrat Cacing tanah (Eisenia foetida): Ketoksikan akut, 14 hari, LC50: > 10,000 mg/kg tanah kering Boleh dikatakan tidak toksik. Ketoksikan organisma tanah, mikroorganisma Ujian penjelmaan nitrogen dan karbon: 40 L/ha, 28 hari: Kurang daripada 25% kesan pada proses penjelmaan nitrogen atau karbon dalam tanah. N-(Fosfonometilglisin); { Glyphosate} Ketoksikan akuatik, invertebrat Kutu Air (Daphnia magna):Ketoksikan akut, 48 jam, statik, EC50: 780 mg/L Boleh dikatakan tidak toksik. Ketoksikan burung Burung puyuh Bobwhite (Colinus virginianus): Ketoksikan oral akut, dos tunggal, LD50: > 3,851 mg/kg berat badan Boleh dikatakan tidak toksik. Biotumpukan Ikan Bluegill sunfish (Lepomis macrochirus): Seluruh ikan: BCF: < 1 Tiada biotumpukan bererti yang dijangkakan. Pelesapan Tanah tanih, medan: Separuh hayat: 2 - 174 hari
Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Roundup Dura
Versi: 1.0
Halaman: 7 / 8 Tarikh kuat kuasa: 12/30/2015
Koc: 884 - 60,000 L/kg Terjerap dengan kuat ke tanah. Air, aerobik: Separuh hayat: < 7 hari
13. PERTIMBANGAN PELUPUSAN Produk Jauhkan dari longkang, pembetung, parit, dan saluran air. Kitar semula jika tersedia kemudahan/peralatan yang wajar. Lupuskan sebagai bahan buangan industri yang berbahaya. Patuhi semua peraturan tempatan/wilayah/negara/antarabangsa. Bekas Lihat masing-masing label bekas untuk maklumat pelupusan. Bekas kosong masih mengandungi wap dan sisa produk. Patuhi semua langkah- langkah waspada yang dilabelkan sehingga bekas dibersihkan, dipulihkan semula atau dimusnahkan. Kosongkan bekas seluruhnya. Bekas kosong hendaklah dibilas tiga kali atau dibilas dengan pancutan bertekanan. JANGAN cemarkan air apabila melupuskan air bilasan. Pastikan pembungkusan tidak boleh digunakan semula. JANGAN gunakan semula bekas. Simpan untuk dipungut oleh perkhidmatan pelupusan bahan buangan yang diluluskan. Kitar semula jika tersedia kemudahan/peralatan yang wajar. Patuhi semua peraturan tempatan/wilayah/negara/antarabangsa. Gunakan saranan pengendalian dalam Seksyen 7 dan saranan perlindungan peribadi dalam Seksyen 8.
14. MAKLUMAT PENGANGKUTAN Data yang di sediakan pada seksyen ini adalah sebagai maklumat untuk informasi sahaja. Sila patuh peraturan pengelasan yang sewajarnya bagi tujuan transportasi. Tidak dikawal selia bagi pengangkutan di bawah Peraturan IMO atau IATA/ICAO
15. MAKLUMAT KAWAL SELIA UNTUK EKSPORT SAHAJA
16. MAKLUMAT LAIN Maklumat yang diberikan di sini tidak semestinya lengkap, tetapi mewakili data yang relevan dan boleh dipercayai. Patuhi semua peraturan tempatan/wilayah/negara/antarabangsa. Sila rujuk kepada pembekal jika maklumat lanjut diperlukan. Sebutan penuh bagi akronim yang paling kerap digunakan. BCF (Faktor Biokepekatan), BOD (Permintaan Oksigen Biokimia), COD (Permintaan Oksigen Biokimia), EC50 (Kepekatan berkesan 50%), ED50 (Dos berkesan 50%), I.M. (intraotot), I.P. (intraperitoneum), I.V. (intravena), Koc (Pekali penjerapan tanah), LC50 (Kepekatan maut 50%), LD50 (Dos maut 50%), LDLo (Had bawah dos maut), LEL (Had Letupan bawah), LOAEC (Kepekatan Terendah Kesan Buruk Dicerap), LOAEL (Aras Terendah Kesan Buruk Dicerap), LOEC (Kepekatan Terendah Kesan Dicerap), LOEL (Aras Terendah Kesan Dicerap), MEL (Had Pendedahan Maksimum), MTD (Dos Toleransi Maksimum), NOAEC (Kepekatan Tiada Kesan Buruk Dicerap), NOAEL (Aras Tiada Kesan Buruk Dicerap), NOEC (Kepekatan Tiada Kesan Dicerap), NOEL (Aras Tiada Kesan Dicerap), OEL (Had Pendedahan Kerja), PEL (Had Pendedahan Dibernarkan), PII (Indeks Kerengsaan Primer), Pow (Pekali pemisahan noktanol/air), S.C. (subkutaneus), STEL (Had Pendedahan Jangka Pendek), TLV-C (Nilai Had Ambang-Maksimum), TLV-TWA (Nilai Had Ambang - Purata Wajaran Masa), UEL (Had Letupan Atas)
Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Roundup Dura
Versi: 1.0
Halaman: 8 / 8 Tarikh kuat kuasa: 12/30/2015
Walaupun maklumat dan saranan yang dibentangkan di sini (seterusnya disebut "Maklumat") disampaikan dengan suci hati dan dipercayai betul pada tarikh yang ternyata di sini, MONSANTO Company atau mana-mana subsidiarinya tidak membuat pernyataan tentang kelengkapan atau ketepatan Maklumat tersebut. Maklumat dibekalkan dengan syarat mereka yang menerimanya akan membuat penentuan sendiri tentang kesesuaiannya bagi tujuan tertentu sebelum digunakan. MONSANTO Company atau mana-mana subsidiarinya tidak bertanggungjawab sama sekali bagi apa jua kerosakan akibat penggunaan atau pergantungan pada Maklumat tersebut. TIADA PERNYATAAN ATAU WARANTI, BAIK SECARA NYATA MAHUPUN TERSIRAT, TENTANG BOLEH NIAGA, KELAYAKAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, ATAU APA-APA JAMINAN LAIN, DIBERI TENTANG MAKLUMAT ATAU PRODUK YANG DIRUJUK OLEH MAKLUMAT TERSEBUT.
000000057168
Dokumen tamat