Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Roundup® Herbicide
Versi: 1.0
Halaman: 1 / 8 Tarikh kuat kuasa: 12/15/2015
Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Risalah Data Keselamatan Produk Komersial 1. PENGENALAN PRODUK DAN SYARIKAT Nama produk
Roundup® Herbicide Kegunaan produk Racun herba Nama kimia Tidak berkenaan. Sinonim Tiada. Syarikat Monsanto (Malaysia) SDN. BHD., Pasir Gudang Ind. Estate, Pasir Gudang, 81700, Johor, Malaysia Telefon: +60-7-251-4588, +60-7-252-3472, Faks: +60-7-251-4581 E-mel:
[email protected] Nombor telefon kecemasan JIKA TERJADI KECEMASAN, TUMPAHAN, KEBOCORAN, KEBAKARAN, PENDEDAHAN, ATAU KEMALANGAN KIMIA, Telefon +60-7-251-4588 Jika terjadi keracunan, sila hubungi Pusat Racun Negara: 1-800-88-8099 (Waktu pejabat); +60-12-4309499 (Selepas waktu pejabat). Jika terjadi kecemasan perubatan, sila hubungi talian bebas tol: 00-800-253-78-747/ 02-6542-9595, dan berikan kod produk untuk mendapatkan bantuan.
2. PENGENALAN BAHAYA Tinjauan umum kecemasan Rupa dan bau (warna/bentuk/bau): Ambar pucat - Perang pucat / Cecair / Sedikit, amina BAHAYA! MENYEBABKAN KERENGSAAN MATA YANG SEDERHANA TETAPI SEMENTARA MUNGKIN MENYEBABKAN KERENGSAAN KULIT Kesan kesihatan yang boleh terjadi Laluan pendedahan yang besar kemungkinan Sentuhan kulit, Penyedutan, sentuhan mata Sentuhan mata, jangka pendek Menyebabkan kerengsaan mata yang sederhana tetapi sementara. Sentuhan kulit, jangka pendek Mungkin menyebabkan kerengsaan kulit. Penyedutan, jangka pendek Dijangka tidak menghasilkan kesan buruk yang bererti apabila arahan penggunaan yang disarankan dipatuhi. Rujuk seksyen 11 bagi maklumat toksikologi dan seksyen 12 bagi maklumat alam sekitar.
3. KOMPOSISI/MAKLUMAT TENTANG RAMUAN Ramuan Aktif Garam Isopropilamina daripada asid N-(Fosfonometil) Glisin; {Garam Isopropilamina glifosat}
Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Roundup® Herbicide
Komposisi KOMPONEN Garam Isopropilamina glifosat Surfactant(s) Air
Versi: 1.0
No. CAS 38641-94-0 7732-18-5
Halaman: 2 / 8 Tarikh kuat kuasa: 12/15/2015
% mengikut berat (hampiran) 41.47 >=15 - <=20 >=38 - <=43
4. LANGKAH- LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS Gunakan perlindungan diri yang disarankan dalam Seksyen 8. Sentuhan mata Jika dalam mata, buka kelopak mata dan bilas perlahan-lahan dan secara lembut selama 15-20 minit. Tanggalkan kanta lekap, jika dipakai, selepas lima minit yang pertama, kemudian teruskan membilas mata. Hubungi pusat kawalan racun atau doktor untuk mendapatkan nasihat rawatan.
Sentuhan kulit Tanggalkan pakaian yang tercemar. Bilas kulit serta-merta dengan air banyak selama 15-20 minit. Hubungi pusat kawalan racun atau doktor untuk mendapatkan nasihat rawatan. Penyedutan Jika disedut, pindahkan mangsa ke udara bersih. Jika mangsa tidak bernafas, hubungi talian kecemasan atau ambulans, kemudian berikan pernafasan bantuan, sebaik-baiknya mulut-ke-mulut, jika dapat. Hubungi pusat kawalan racun atau doktor untuk mendapatkan nasihat rawatan.
Nasihat untuk doktor Produk ini bukan perencat kolinesterase. Penawar Rawatan dengan atropina dan oksima tidak diindikasikan.
5. LANGKAH-LANGKAH MEMADAM KEBAKARAN Takat kilat Tidak mengilat. Media pemadam Disarankan: Air, busa, kimia kering, karbon dioksida (CO2) Bahaya kebakaran dan letupan luar biasa Kurangkan penggunaan air bagi mengelakan pencemaran alam sekitar. Langkah- langkah waspada alam sekitar: lihat seksyen 6. Hasil berbahaya daripada pembakaran Karbon monoksida (CO), oksida fosforus (PxOy), oksida nitrogen (NOx) Peralatan melawan kebakaran Alat pernafasan swalengkap. Peralatan harus dinyah cemaran dengan rapi setelah digunakan.
6. LANGKAH- LANGKAH PENGAWALAN PELEPASAN SECARA TIDAK SENGAJA Langkah- langkah waspada alam sekitar KUANTITI KECIL:
Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Roundup® Herbicide
Versi: 1.0
Halaman: 3 / 8 Tarikh kuat kuasa: 12/15/2015
Bahaya alam sekitar yang rendah. KUANTITI BESAR: Kurangkan serakan ke paras minimum Jauhkan dari longkang, pembetung, parit, dan saluran air. Kaedah pembersihan KUANTITI KECIL: Simbah kawasan tumpahan dengan air. KUANTITI BESAR: Serap dalam tanah, pasir atau bahan penyerap. Tanah yang sangat tercemar harus digali keluar. Kumpulkan dalam bekas untuk dilupuskan. Rujuk seksyen 7 tentang jenis-jenis bekas. Bersihkan sisanya dengan kuantiti air sedikit-sedikit Kurangkan penggunaan air bagi mengelakan pencemaran alam sekitar. Rujuk seksyen 13 tentang pelupusan bahan tumpah. Gunakan saranan pengendalian dalam Seksyen 7 dan saranan perlindungan peribadi dalam Seksyen 8.
7. PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN Amalan industri yang baik dari segi mengemas tempat kerja dan kebersihan diri harus diikuti. Pengendalian Elakkan sentuhan dengan mata, kulit dan pakaian. Jangan makan, minum atau merokok apabila menggunakannya. Basuh tangan dengan rapi selepas mengendalikan atau bersentuhan dengannya. Basuh pakaian yang tercemar sebelum digunakan semula. Bersihkan peralatan dengan rapi setelah digunakan. Jangan cemarkan longkang, pembetung dan saluran air apabila melupuskan air bilasan peralatan. Rujuk seksyen 13 risalah data keselamatan tentang pelupusan air bilasan. Bekas kosong masih mengandungi wap dan sisa produk. PATUHI AMARAN DI LABEL WALAUPUN BEKAS TELAH DIKOSONGKAN. Penyimpanan Suhu penyimpanan maksimum: 50 °C Bahan serasi untuk penyimpanan: keluli tahan karat, aluminium, gentian kaca, plastik, pelapik kaca Bahan tak serasi untuk penyimpanan: keluli galvani, keluli lembut tak berlapik, lihat seksyen 10. Jauhkan dari jangkauan kanak-kanak. Jauhkan dari makanan, minuman dan makanan haiwan. Simpan dalam bekas asal sahaja. Hayat simpanan minimum: 5 tahun. Gunakan kaedah penampungan yang sesuai demi mengelakkan pencemaran alam sekitar.
8. KAWALAN PENDEDAHAN/PERLINDUNGAN DIRI Had pendedahan bawaan udara Komponen Garam Isopropilamina glifosat
Garis Panduan Pendedahan Tiada had pendedahan kerja khusus yang ditetapkan.
Surfactant(s)
Tiada had pendedahan kerja khusus yang ditetapkan.
Air
Tiada had pendedahan kerja khusus yang ditetapkan.
Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Roundup® Herbicide
Versi: 1.0
Halaman: 4 / 8 Tarikh kuat kuasa: 12/15/2015
Kawalan kejuruteraan Sediakan kemudahan cuci mata tepat di setiap lokasi sentuhan mata boleh terjadi. Perlindungan mata Jika ada potensi bagi sentuhan: Pakai gogal kimia. Perlindungan kulit Jika sentuhan berulang kali atau berpanjangan: Pakai sarung tangan kalis bahan kimia. Perlindungan pernafasan Tiada keperluan khas apabila digunakan mengikut saranan. Apabila disarankan, rujuk kepada pihak pengilang peralatan pelindung diri tentang jenis peralatan yang wajar bagi aplikasi tertentu.
9. SIFAT-SIFAT FIZIKAL DAN KIMIA Data fizikal ini merupakan nilai tipikal berdasarkan bahan yang diuji tetapi mungkin berbeza-beza dari sampel ke sampel. Nilai tipikal tidak harus disimpulkan sebagai analisis terjamin bagi mana-mana kelompok tertentu atau sebagai spesifikasi produk.
Warna/julat warna: Ambar pucat - Perang pucat Bau: Sedikit, amina Bentuk: Cecair Perubahan bentuk fizikal (melebur, mendidih, dan sebagainya): Takat lebur: Tiada data. Takat kilat: Tidak mengilat. Sifat mudah letup: Tiada sifat mudah letup Suhu swanyalaan: 443 °C Graviti tentu: 1.172 @ 25 °C Tekanan wap: Tiada data. Ketumpatan wap: Tidak berkenaan. Kadar penyejatan: Tiada data. Kelikatan dinamik: Tiada data. Kelikatan kinematik: Tiada data. Ketumpatan: 1.172 g/cm3 25 °C Keterlarutan: Air: Terlarutcampur sepenuhnya. pH: 4.6 @ 80 g/l Pekali pemisahan: log Pow: -3.2 @ 25 °C (glifosat)
10. KESTABILAN DAN KEREAKTIFAN Kestabilan Stabil dalam keadaan pengendalian dan penyimpanan yang normal. Sifat mengoksida Tiada data. Bahan yang harus dielakkan/Kereaktifan
Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Roundup® Herbicide
Versi: 1.0
Halaman: 5 / 8 Tarikh kuat kuasa: 12/15/2015
Bertindak balas dengan keluli galvani atau keluli lembut tak berlapik lalu menghasilkan hidrogen, gas sangat mudah nyala yang boleh meletup. Penguraian berbahaya Penguraian terma: Hasil berbahaya daripada pembakaran: lihat seksyen 5 Suhu penguraian swamencepat (SADT) Tiada data.
11. MAKLUMAT TOKSIKOLOGI Seksyen ini dimaksudkan untuk digunakan oleh ahli toksikologi dan profesional kesihatan lain. Data yang didapati tentang produk serupa dan tentang komponen diringkaskan di bawah.
Similar formulation Ketoksikan oral akut Tikus, LD50: 5,000 mg/kg berat badan FIFRA kategori III. Toksik sedikit. Ketoksikan kulit akut Arnab, LD50 (ujian had): > 5,000 mg/kg berat badan FIFRA kategori IV. Boleh dikatakan tidak toksik. Tiada kematian. Kerengsaan kulit Arnab, 6 haiwan, Ujian OECD 404: Hari untuk sembuh: 3 Indeks Kerengsaan Primer (PII): 1.0/8.0 FIFRA kategori IV. Kerengsaan sedikit. Kerengsaan mata Arnab, 6 haiwan, Ujian OECD 405: Hari untuk sembuh: > 28 Kesan lain: panus, ulser pada permukaan mata (pengulseran kornea) FIFRA kategori I. Kerengsaan teruk. Ketoksikan penyedutan akut Tikus, LC50, 4 jam, aerosol: 3.18 mg/L FIFRA kategori IV. Boleh dikatakan tidak toksik. Pemekaan kulit Tikus belanda, Ujian Buehler 9 aruhan: Kejadian positif: 0 % Negatif. N-(Fosfonometilglisin); { Glyphosate} Kegenotoksikan Tidak genotoksik. Kekarsinogenan Tidak karsinogenik pada tikus atau tikus putih. Ketoksikan Perkembangan / Pembiakan ,:
Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Roundup® Herbicide
Versi: 1.0
Halaman: 6 / 8 Tarikh kuat kuasa: 12/15/2015
Kesan perkembangan dalam tikus dan arnab hanya melalui kewujudan ketoksikan induk yang ketara. Kesan Pembiakan dalam tikus hanya melalui kewujudan ketoksikan induk yang ketara.
12. MAKLUMAT EKOLOGI Seksyen ini dimaksudkan untuk digunakan oleh ahli ekotoksikologi dan pakar alam sekitar lain. Data yang didapati tentang glifosat dan/atau perumusan glifosat serupa diringkaskan di bawah.
Similar formulation Ketoksikan akuatik, ikan Ikan Bluegill sunfish (Lepomis macrochirus): Ketoksikan akut, 96 jam, aliran langsung, LC50: 5.8 mg/L Sederhana toksik. Ikan rainbow trout (Oncorhynhus mykiss): Ketoksikan akut, 96 jam, aliran langsung, LC50: 8.2 mg/L Sederhana toksik. Ketoksikan akuatik, invertebrat Kutu Air (Daphnia magna):Ketoksikan akut, 48 jam, statik, EC50: 11 mg/L Toksik sedikit. Ketoksikan akuatik, alga/tumbuhan akuatik Alga hijau (Selenastrum capricornutum): Ketoksikan akut, 72 jam, statik, ErC50 (kadar pertumbuhan): 8.0 mg/L Sederhana toksik. Alga hijau (Selenastrum capricornutum): Ketoksikan akut, 72 jam, statik, NOEC (kadar pertumbuhan): 1.5 mg/L N-(Fosfonometilglisin); { Glyphosate} Ketoksikan burung Burung puyuh Bobwhite (Colinus virginianus): Ketoksikan oral akut, dos tunggal, LD50: > 3,851 mg/kg berat badan Boleh dikatakan tidak toksik. Ketoksikan arhropod Lebah madu (Apis mellifera): Oral, 48 jam, LD50: 100 µg/lebah Lebah madu (Apis mellifera): Sentuhan, 48 jam, LD50: > 100 µg/lebah Boleh dikatakan tidak toksik. Biotumpukan Ikan Bluegill sunfish (Lepomis macrochirus): Seluruh ikan: BCF: < 1 Tiada biotumpukan bererti yang dijangkakan. Pelesapan Tanah tanih, medan: Separuh hayat: 2 - 174 hari Koc: 884 - 60,000 L/kg Terjerap dengan kuat ke tanah. Air, aerobik: Separuh hayat: < 7 hari
13. PERTIMBANGAN PELUPUSAN
Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Roundup® Herbicide
Versi: 1.0
Halaman: 7 / 8 Tarikh kuat kuasa: 12/15/2015
Produk Jauhkan dari longkang, pembetung, parit, dan saluran air. Kitar semula jika tersedia kemudahan/peralatan yang wajar. Bakar di dalam penunu yang wajar. Patuhi semua peraturan tempatan/wilayah/negara/antarabangsa. Bekas Lihat masing-masing label bekas untuk maklumat pelupusan. Bekas kosong masih mengandungi wap dan sisa produk. Patuhi semua langkah- langkah waspada yang dilabelkan sehingga bekas dibersihkan, dipulihkan semula atau dimusnahkan. Kosongkan bekas seluruhnya. Bekas kosong hendaklah dibilas tiga kali atau dibilas dengan pancutan bertekanan. JANGAN cemarkan air apabila melupuskan air bilasan. Pastikan pembungkusan tidak boleh digunakan semula. JANGAN gunakan semula bekas. Simpan untuk dipungut oleh perkhidmatan pelupusan bahan buangan yang diluluskan. Kitar semula jika tersedia kemudahan/peralatan yang wajar. Patuhi semua peraturan tempatan/wilayah/negara/antarabangsa. Gunakan saranan pengendalian dalam Seksyen 7 dan saranan perlindungan peribadi dalam Seksyen 8.
14. MAKLUMAT PENGANGKUTAN Data yang di sediakan pada seksyen ini adalah sebagai maklumat untuk informasi sahaja. Sila patuh peraturan pengelasan yang sewajarnya bagi tujuan transportasi.
Tidak merbahaya dan tidak tertakluk kepada perundangan DOT, ICAO/IATA, IMO, TDG dan Perundangan di Mexico.
15. MAKLUMAT KAWAL SELIA UNTUK EKSPORT SAHAJA
16. MAKLUMAT LAIN Maklumat yang diberikan di sini tidak semestinya lengkap, tetapi mewakili data yang relevan dan boleh dipercayai. Patuhi semua peraturan tempatan/wilayah/negara/antarabangsa. Sila rujuk kepada pembekal jika maklumat lanjut diperlukan. Dalam dokumen ini, ejaan Inggeris UK digunakan. Sebutan penuh bagi akronim yang paling kerap digunakan. BCF (Faktor Biokepekatan), BOD (Permintaan Oksigen Biokimia), COD (Permintaan Oksigen Biokimia), EC50 (Kepekatan berkesan 50%), ED50 (Dos berkesan 50%), I.M. (intraotot), I.P. (intraperitoneum), I.V. (intravena), Koc (Pekali penjerapan tanah), LC50 (Kepekatan maut 50%), LD50 (Dos maut 50%), LDLo (Had bawah dos maut), LEL (Had Letupan bawah), LOAEC (Kepekatan Terendah Kesan Buruk Dicerap), LOAEL (Aras Terendah Kesan Buruk Dicerap), LOEC (Kepekatan Terendah Kesan Dicerap), LOEL (Aras Terendah Kesan Dicerap), MEL (Had Pendedahan Maksimum), MTD (Dos Toleransi Maksimum), NOAEC (Kepekatan Tiada Kesan Buruk Dicerap), NOAEL (Aras Tiada Kesan Buruk Dicerap), NOEC (Kepekatan Tiada Kesan Dicerap), NOEL (Aras Tiada Kesan Dicerap), OEL (Had Pendedahan Kerja), PEL (Had Pendedahan Dibernarkan), PII (Indeks Kerengsaan Primer), Pow (Pekali pemisahan noktanol/air), S.C. (subkutaneus), STEL (Had Pendedahan Jangka Pendek), TLV-C (Nilai Had Ambang-Maksimum), TLV-TWA (Nilai Had Ambang - Purata Wajaran Masa), UEL (Had Letupan Atas)
Walaupun maklumat dan saranan yang dibentangkan di sini (seterusnya disebut "Maklumat") disampaikan dengan suci hati dan dipercayai betul pada tarikh yang ternyata di sini, MONSANTO Company atau mana-mana subsidiarinya tidak membuat pernyataan tentang kelengkapan atau
Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Roundup® Herbicide
Versi: 1.0
Halaman: 8 / 8 Tarikh kuat kuasa: 12/15/2015
ketepatan Maklumat tersebut. Maklumat dibekalkan dengan syarat mereka yang menerimanya akan membuat penentuan sendiri tentang kesesuaiannya bagi tujuan tertentu sebelum digunakan. MONSANTO Company atau mana-mana subsidiarinya tidak bertanggungjawab sama sekali bagi apa jua kerosakan akibat penggunaan atau pergantungan pada Maklumat tersebut. TIADA PERNYATAAN ATAU WARANTI, BAIK SECARA NYATA MAHUPUN TERSIRAT, TENTANG BOLEH NIAGA, KELAYAKAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, ATAU APA-APA JAMINAN LAIN, DIBERI TENTANG MAKLUMAT ATAU PRODUK YANG DIRUJUK OLEH MAKLUMAT TERSEBUT.
000000057026
Dokumen tamat