Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Roundup Ultra® MAX
Versi: 1.0
Halaman: 1 / 8 Tarikh kuat kuasa: 08/19/2016
Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Risalah Data Keselamatan Produk Komersial 1. PENGENALAN PRODUK DAN SYARIKAT Nama produk
Roundup Ultra® MAX Kegunaan produk Racun herba Nama kimia Tidak berkenaan. Sinonim Tiada. Syarikat Monsanto (Malaysia) SDN. BHD., Pasir Gudang Ind. Estate, Pasir Gudang, 81700, Johor, Malaysia Telefon: +60-7-251-4588, +60-7-252-3472, Faks: +60-7-251-4581 E-mel:
[email protected] Nombor telefon kecemasan JIKA TERJADI KECEMASAN, TUMPAHAN, KEBOCORAN, KEBAKARAN, PENDEDAHAN, ATAU KEMALANGAN KIMIA, Telefon +60-7-251-4588 Jika terjadi keracunan, sila hubungi Pusat Racun Negara: 1-800-88-8099 (Waktu pejabat); +60-12-4309499 (Selepas waktu pejabat). Jika terjadi kecemasan perubatan, sila hubungi talian bebas tol: 00-800-253-78-747/ 02-6542-9595, dan berikan kod produk untuk mendapatkan bantuan.
2. PENGENALAN BAHAYA Klasifikasi GHS Rev 3 Kakisan kulit - Kategori 1 Kerosakan mata - Kategori 1 Unsur-unsur label Kata isyarat Bahaya Piktogram/piktogram bahaya
Pernyataan/pernyataan bahaya Menyebabkan luka terbakar kulit yang teruk dan kerosakan mata. Pernyataan(-pernyataan) waspada Basuh anggota badan yang mungkin tercemar dengan rapi selepas mengendalikannya. Pakai sarung tangan pelindung/perlindungan mata/perlindungan muka. Serta-merta hubungi PUSAT RACUN NEGARA atau doktor sekiranya berlaku kejadian keracunan. JIKA PADA KULIT: Basuh dengan sabun dan air banyak. Tanggalkan pakaian yang tercemar dan basuh sebelum dipakai semula.
Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Roundup Ultra® MAX
Halaman: 2 / 8 Tarikh kuat kuasa: 08/19/2016
Versi: 1.0
JIKA DALAM MATA: Bilas dengan hati-hati menggunakan air selama beberapa minit. Tanggalkan kanta lekap, jika dipakai dan mudah ditanggalkan. Teruskan membilas mata. Jika kerengsaan mata berterusan: Dapatkan nasihat/rawatan perubatan. Bahaya lain Tidak berkenaan. Rupa dan bau (warna/bentuk/bau) Biru /Cecair, bebas daripada bahan asing / Tak berbau Rujuk seksyen 11 bagi maklumat toksikologi dan seksyen 12 bagi maklumat alam sekitar.
3. KOMPOSISI/MAKLUMAT TENTANG RAMUAN Ramuan Aktif Garam kalium daripada asid N-(Fosfonometil) Glisin; {Garam kalium daripada asid glifosat} ; {Surfactant} Komposisi KOMPONEN Garam kalium daripada asid glifosat Zat aktif permukaan, air dan ramuan formulasi yang lain
No. CAS 70901-12-1
% mengikut berat (hampiran) 50.7 49.3
Pengenalan bahan kimia yang khusus tidak didedahkan kerana merupakan rahsia dagangan Monsanto Company.
4. LANGKAH- LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS Gunakan perlindungan diri yang disarankan dalam Seksyen 8. Sentuhan mata Jika dalam mata, buka kelopak mata dan bilas perlahan-lahan dan secara lembut selama 15-20 minit. Tanggalkan kanta lekap, jika dipakai, selepas lima minit yang pertama, kemudian teruskan membilas mata. Hubungi pusat kawalan racun atau doktor untuk mendapatkan nasihat rawatan. Sentuhan kulit Tanggalkan pakaian yang tercemar. Bilas kulit serta-merta dengan air banyak selama 15-20 minit. Hubungi pusat kawalan racun atau doktor untuk mendapatkan nasihat rawatan. Penyedutan Jika disedut, pindahkan mangsa ke udara bersih. Jika mangsa tidak bernafas, hubungi talian kecemasan atau ambulans, kemudian berikan pernafasan bantuan, sebaik-baiknya mulut-ke-mulut, jika dapat. Hubungi pusat kawalan racun atau doktor untuk mendapatkan nasihat rawatan. Penelanan Hubungi pusat kawalan racun atau doktor dengan serta-merta untuk mendapatkan nasihat rawatan. Suruh mangsa meneguk segelas air jika dapat menelan. Jangan paksa muntah kecuali disuruh oleh pusat racun atau doktor. Jangan berikan apa-apa melalui mulut kepada orang yang tidak sedar. Nasihat untuk doktor Produk ini bukan perencat kolinesterase.
Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Roundup Ultra® MAX
Versi: 1.0
Halaman: 3 / 8 Tarikh kuat kuasa: 08/19/2016
Penawar Rawatan dengan atropina dan oksima tidak diindikasikan.
5. LANGKAH-LANGKAH MEMADAM KEBAKARAN Takat kilat Tidak mengilat. Media pemadam Disarankan: Air, kimia kering, karbon dioksida (CO2), busa Bahaya kebakaran dan letupan luar biasa Kurangkan penggunaan air bagi mengelakan pencemaran alam sekitar. Langkah- langkah waspada alam sekitar: lihat seksyen 6. Hasil berbahaya daripada pembakaran Karbon monoksida (CO), oksida fosforus (PxOy), oksida nitrogen (NOx) Peralatan melawan kebakaran Alat pernafasan swalengkap. Peralatan harus dinyah cemaran dengan rapi setelah digunakan.
6. LANGKAH- LANGKAH PENGAWALAN PELEPASAN SECARA TIDAK SENGAJA Langkah- langkah waspada alam sekitar KUANTITI KECIL: Bahaya alam sekitar yang rendah. KUANTITI BESAR: Kurangkan serakan ke paras minimum Jauhkan dari longkang, pembetung, parit, dan saluran air. Kaedah pembersihan KUANTITI KECIL: Simbah kawasan tumpahan dengan air. KUANTITI BESAR: Serap dalam tanah, pasir atau bahan penyerap. Tanah yang sangat tercemar harus digali keluar. Kumpulkan dalam bekas untuk dilupuskan. Rujuk seksyen 7 tentang jenis-jenis bekas. Bersihkan sisanya dengan kuantiti air sedikit-sedikit Kurangkan penggunaan air bagi mengelakan pencemaran alam sekitar. Rujuk seksyen 13 tentang pelupusan bahan tumpah. Gunakan saranan pengendalian dalam Seksyen 7 dan saranan perlindungan peribadi dalam Seksyen 8.
7. PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN Amalan industri yang baik dari segi mengemas tempat kerja dan kebersihan diri harus diikuti. Pengendalian Elakkan sentuhan dengan mata, kulit dan pakaian. Jangan makan, minum atau merokok apabila menggunakannya. Elakan dari menghidu wap atau kabus semburan.
Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Roundup Ultra® MAX
Versi: 1.0
Halaman: 4 / 8 Tarikh kuat kuasa: 08/19/2016
Basuh tangan dengan rapi selepas mengendalikan atau bersentuhan dengannya. Basuh pakaian yang tercemar sebelum digunakan semula. Bersihkan peralatan dengan rapi setelah digunakan. Jangan cemarkan longkang, pembetung dan saluran air apabila melupuskan air bilasan peralatan. Rujuk seksyen 13 risalah data keselamatan tentang pelupusan air bilasan. Bekas kosong masih mengandungi wap dan sisa produk. PATUHI AMARAN DI LABEL WALAUPUN BEKAS TELAH DIKOSONGKAN. Penyimpanan Suhu penyimpanan maksimum: 60 °C Bahan serasi untuk penyimpanan: keluli tahan karat, aluminium, gentian kaca, plastik, pelapik kaca Bahan tak serasi untuk penyimpanan: keluli galvani, keluli lembut tak berlapik, lihat seksyen 10. Jauhkan dari jangkauan kanak-kanak. Jauhkan dari makanan, minuman dan makanan haiwan. Simpan dalam bekas asal sahaja.
8. KAWALAN PENDEDAHAN/PERLINDUNGAN DIRI Had pendedahan bawaan udara Komponen Garam kalium daripada asid glifosat Zat aktif permukaan, air dan ramuan formulasi yang lain
Garis Panduan Pendedahan Tiada had pendedahan kerja khusus yang ditetapkan. Tiada had pendedahan kerja khusus yang ditetapkan.
Kawalan kejuruteraan Sediakan kemudahan pancuran mandi keselamatan di setiap lokasi sentuhan kulit boleh terjadi. Sediakan alih udara ekzos setempat. Perlindungan mata Jika ada potensi bererti bagi sentuhan: Pakai gogal kimia. Perlindungan kulit Pakai sarung tangan kalis bahan kimia. Jika ada potensi bagi sentuhan: Pakai perisai muka. Pakai pakaian/kasut kalis bahan kimia. Perlindungan pernafasan Jika berlebihan pendedahan bawaan udara: Pakai respirator. Jika respirator penuh muka/tudung/topi keledar dipakai, gogal kimia tidak diperlukan lagi. Apabila disarankan, rujuk kepada pihak pengilang peralatan pelindung diri tentang jenis peralatan yang wajar bagi aplikasi tertentu.
9. SIFAT-SIFAT FIZIKAL DAN KIMIA Data fizikal ini merupakan nilai tipikal berdasarkan bahan yang diuji tetapi mungkin berbeza-beza dari sampel ke sampel. Nilai tipikal tidak harus disimpulkan sebagai analisis terjamin bagi mana-mana kelompok tertentu atau sebagai spesifikasi produk.
Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Roundup Ultra® MAX
Versi: 1.0
Halaman: 5 / 8 Tarikh kuat kuasa: 08/19/2016
Warna/julat warna: Biru Bau: Tak berbau Bentuk: Cecair, bebas daripada bahan asing Perubahan bentuk fizikal (melebur, mendidih, dan sebagainya): Takat lebur: Tiada data. Takat didih: Tidak berkenaan. Takat kilat: Tidak mengilat. Sifat mudah letup: Tiada sifat mudah letup Suhu swanyalaan: Tiada data. Graviti tentu: 1.3790 Tekanan wap: Tiada kemeruapan bererti; larutan akueus. Ketumpatan wap: Tidak berkenaan. Kadar penyejatan: Tiada data. Kelikatan dinamik: Tidak berkenaan. Kelikatan kinematik: Tidak berkenaan. Ketumpatan: 1.379 g/cm3 @ 25 °C Keterlarutan: Air: Terlarut pH: 4.3 - 4.8 Pekali pemisahan: log Pow: -3.2 25 °C (glifosat)
10. KESTABILAN DAN KEREAKTIFAN Kestabilan Stabil dalam keadaan pengendalian dan penyimpanan yang normal. Sifat mengoksida Tiada Bahan yang harus dielakkan/Kereaktifan Bertindak balas dengan keluli galvani atau keluli lembut tak berlapik lalu menghasilkan hidrogen, gas sangat mudah nyala yang boleh meletup. Penguraian berbahaya Penguraian terma: Hasil berbahaya daripada pembakaran: lihat seksyen 5 Suhu penguraian swamencepat (SADT) Tiada data.
11. MAKLUMAT TOKSIKOLOGI Seksyen ini dimaksudkan untuk digunakan oleh ahli toksikologi dan profesional kesihatan lain. Monsanto belum menjalankan kajian ketoksikan atas produk ini. Data yang didapati tentang komponen diringkaskan di bawah. N-(Fosfonometilglisin); { Glyphosate} Kegenotoksikan Tidak genotoksik.
Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Roundup Ultra® MAX
Versi: 1.0
Halaman: 6 / 8 Tarikh kuat kuasa: 08/19/2016
Kekarsinogenan Tidak karsinogenik pada tikus atau tikus putih. Ketoksikan Perkembangan / Pembiakan ,: Kesan perkembangan dalam tikus dan arnab hanya melalui kewujudan ketoksikan induk yang ketara. Kesan Pembiakan dalam tikus hanya melalui kewujudan ketoksikan induk yang ketara.
12. MAKLUMAT EKOLOGI Seksyen ini dimaksudkan untuk digunakan oleh ahli ekotoksikologi dan pakar alam sekitar lain. Data yang didapati tentang produk serupa dan tentang komponen diringkaskan di bawah. Rumusan yang serupa Ketoksikan akuatik, ikan Ikan Bluegill sunfish (Lepomis macrochirus): Ketoksikan akut, 96 jam, statik, LC50: 5.2 mg/L Sederhana toksik. Ikan kap biasa (Cyprinus carpio): Ketoksikan akut, 96 jam, statik, LC50: 4.0 mg/L Sederhana toksik. Ketoksikan akuatik, invertebrat Kutu Air (Daphnia magna):Ketoksikan akut, 48 jam, statik, EC50: 8.0 mg/L Sederhana toksik. Rumusan yang serupa Ketoksikan akuatik, alga/tumbuhan akuatik Alga hijau (Selenastrum capricornutum): Ketoksikan akut, 72 jam, statik, ErC50 (kadar pertumbuhan): 1.4 mg/L Sederhana toksik. Alga hijau (Selenastrum capricornutum): Ketoksikan akut, 72 jam, statik, NOEC (kadar pertumbuhan): 0.22 mg/L Ketoksikan burung Burung puyuh Bobwhite (Colinus virginianus): Ketoksikan oral akut, dos tunggal, LD50: > 2,250 mg/kg berat badan Boleh dikatakan tidak toksik. Ketoksikan arhropod Lebah madu (Apis mellifera): Oral, 48 jam, LD50: > 281 µg/lebah Boleh dikatakan tidak toksik. Lebah madu (Apis mellifera): Sentuhan, 48 jam, LD50: > 273 µg/lebah Boleh dikatakan tidak toksik. Ketoksikan organisma tanah, invertebrat Cacing tanah (Eisenia foetida): Ketoksikan akut, 14 hari, LC50: > 10,000 mg/kg tanah kering Boleh dikatakan tidak toksik. N-(Fosfonometilglisin); { Glyphosate} Biotumpukan
Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Roundup Ultra® MAX
Versi: 1.0
Halaman: 7 / 8 Tarikh kuat kuasa: 08/19/2016
Ikan Bluegill sunfish (Lepomis macrochirus): Seluruh ikan: BCF: < 1 Tiada biotumpukan bererti yang dijangkakan. Pelesapan Tanah tanih, medan: Separuh hayat: 2 - 174 hari Koc: 884 - 60,000 L/kg Terjerap dengan kuat ke tanah. Air, aerobik: Separuh hayat: < 7 hari
13. PERTIMBANGAN PELUPUSAN Produk Jauhkan dari longkang, pembetung, parit, dan saluran air. Kitar semula jika tersedia kemudahan/peralatan yang wajar. Patuhi semua peraturan tempatan/wilayah/negara/antarabangsa. Bakar di dalam penunu khas dengan suhu tinggi yang dikawal. Bekas Rujuk pada label bekas untuk maklumat pelupusan. Bekas kosong masih mengandungi wap dan sisa produk. Patuhi semua langkah- langkah waspada yang dilabelkan sehingga bekas dibersihkan, dipulihkan semula atau dimusnahkan. Kosongkan bekas seluruhnya. Bekas kosong hendaklah dibilas tiga kali atau dibilas dengan pancutan bertekanan. JANGAN cemarkan air apabila melupuskan air bilasan. Pastikan pembungkusan tidak boleh digunakan semula dengan menebok pada bahagian bawah bekas kosong. JANGAN gunakan semula bekas. Simpan untuk dipungut oleh perkhidmatan pelupusan bahan buangan yang diluluskan. Kitar semula jika tersedia kemudahan/peralatan yang wajar. Patuhi semua peraturan tempatan/wilayah/negara/antarabangsa. Gunakan saranan pengendalian dalam Seksyen 7 dan saranan perlindungan peribadi dalam Seksyen 8.
14. MAKLUMAT PENGANGKUTAN Data yang di sediakan pada seksyen ini adalah sebagai maklumat untuk informasi sahaja. Sila patuh peraturan pengelasan yang sewajarnya bagi tujuan transportasi. UN3089, BAHAN BERBAHAYA KEPADA ALAM SEKITAR, CECAIR, N.O.S. (amina alkoksilat), 9, III Catatan Produk ini tidak tertakluk kepada perundangan pengangkutan jalan sekiranya sebahagian atau kombinasi bungkusan produk ini mengandugi berat bersih yang sama atau tidak melebihi 5 liter.
Kod IMDG BAHAN PENCEMAR LAUT
15. MAKLUMAT KAWAL SELIA
Monsanto (Malaysia) SDN. BHD. Roundup Ultra® MAX
Versi: 1.0
Halaman: 8 / 8 Tarikh kuat kuasa: 08/19/2016
Racun Herba Terdaftar
16. MAKLUMAT LAIN Maklumat yang diberikan di sini tidak semestinya lengkap, tetapi mewakili data yang relevan dan boleh dipercayai. Patuhi semua peraturan tempatan/wilayah/negara/antarabangsa. Sila rujuk kepada pembekal jika maklumat lanjut diperlukan. Dalam dokumen ini, ejaan Inggeris UK digunakan. Kesihat an 2
NFPA
Kemudahnyala an 1
Ketidakstabila n 1
Penanda Tambahan
0 = Bahaya sedikit sekali, 1 = Bahaya ringan, 2 = Bahaya sederhana, 3 = Bahaya teruk, 4 = Bahaya lampau teruk Sebutan penuh bagi akronim yang paling kerap digunakan. BCF (Faktor Biokepekatan), BOD (Permintaan Oksigen Biokimia), COD (Permintaan Oksigen Biokimia), EC50 (Kepekatan berkesan 50%), ED50 (Dos berkesan 50%), I.M. (intraotot), I.P. (intraperitoneum), I.V. (intravena), Koc (Pekali penjerapan tanah), LC50 (Kepekatan maut 50%), LD50 (Dos maut 50%), LDLo (Had bawah dos maut), LEL (Had Letupan bawah), LOAEC (Kepekatan Terendah Kesan Buruk Dicerap), LOAEL (Aras Terendah Kesan Buruk Dicerap), LOEC (Kepekatan Terendah Kesan Dicerap), LOEL (Aras Terendah Kesan Dicerap), MEL (Had Pendedahan Maksimum), MTD (Dos Toleransi Maksimum), NOAEC (Kepekatan Tiada Kesan Buruk Dicerap), NOAEL (Aras Tiada Kesan Buruk Dicerap), NOEC (Kepekatan Tiada Kesan Dicerap), NOEL (Aras Tiada Kesan Dicerap), OEL (Had Pendedahan Kerja), PEL (Had Pendedahan Dibernarkan), PII (Indeks Kerengsaan Primer), Pow (Pekali pemisahan noktanol/air), S.C. (subkutaneus), STEL (Had Pendedahan Jangka Pendek), TLV-C (Nilai Had Ambang-Maksimum), TLV-TWA (Nilai Had Ambang - Purata Wajaran Masa), UEL (Had Letupan Atas)
Walaupun maklumat dan saranan yang dibentangkan di sini (seterusnya disebut "Maklumat") disampaikan dengan suci hati dan dipercayai betul pada tarikh yang ternyata di sini, MONSANTO Company atau mana-mana subsidiarinya tidak membuat pernyataan tentang kelengkapan atau ketepatan Maklumat tersebut. Maklumat dibekalkan dengan syarat mereka yang menerimanya akan membuat penentuan sendiri tentang kesesuaiannya bagi tujuan tertentu sebelum digunakan. MONSANTO Company atau mana-mana subsidiarinya tidak bertanggungjawab sama sekali bagi apa jua kerosakan akibat penggunaan atau pergantungan pada Maklumat tersebut. TIADA PERNYATAAN ATAU WARANTI, BAIK SECARA NYATA MAHUPUN TERSIRAT, TENTANG BOLEH NIAGA, KELAYAKAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, ATAU APA-APA JAMINAN LAIN, DIBERI TENTANG MAKLUMAT ATAU PRODUK YANG DIRUJUK OLEH MAKLUMAT TERSEBUT.
000000060737
Dokumen tamat