F3013/Unit2/1
Kegunaan Multimedia
UNIT 2
OBJEKTIF
Objektif am
:
Objektif Khusus :
Mempelajari dan mengetahui kegunaankegunaan multimedia.
Di akhir unit ini anda akan dapat :-
9
Menyenarai kegunaan multimedia dalam penyampaian maklumat.
9
Menyenarai kegunaan multimedia dalam hiburan.
9
Menyenarai kegunaan multimedia dalam pemasaran dan periklanan.
9
Menyenarai kegunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.
F3013/Unit2/2
Kegunaan Multimedia
INPUT 2.1
PENYAMPAIAN MAKLUMAT
Multimedia digunakan di mana-mana sahaja apabila terdapat keperluan hubungan di antara manusia dan maklumat elektronik. Maklumat elektronik dalam bentuk multimedia dapat memberi kesan dan perhatian yang lebih Ia dapat menjadikan maklumat yang ingin disampaikan lebih menarik. Jika disusun dengan baik dan kreatif, produk multimedia juga akan menjadi lebih menghiburkan. Terdapat berbagai kegunaan multimedia dalam menyampaikan berbagai bentuk maklumat. Multimedia digunakan di dalam semua aspek kehidupan seperti di rumah dan di tempat-tempat awam. CD-Ensaiklopedia menjadi sumber rujukan dan maklumat yang digunakan di rumah dan di sekolah. CD-Permainan pula banyak dikeluarkan untuk permainan di komputer dan banyak digunakan di rumah. CD –Permainan dihasilkan dalam berbagai bentuk. Ada yang berbentuk hiburan semata-mata dan ada juga yang berbentuk pendidikan. Selain itu terdapat juga permainan multimedia yang disambungkan ke set televisyen seperti SEGA, Nintendo dan Sony. Permainan multimedia juga boleh dimainkan secara rangkaian. Dengan adanya talian internet dengan kelajuan yang tinggi, pemain dapat bertanding dengan pesaingnya yang berada pada lokasi yang jauh. Microsoft’s Internet Gaming Zone dan Sony’s Station Website telah menarik berjuta-juta pengguna berdaftar untuk bermain di antara satu sama lain. Multimedia digunakan dengan meluasnya di tempat-tempat awam seperti di hotel, stesyen keretapi, pusat membeli belah, muzium dan kedai-kedai yang menjual barangbarang keperluan harian. Ia disediakan dalam bentuk terminal stand-alone atau kiosks yang menyediakan pertolongan dan panduan. Pemasangan terminal dan kiosks seperti ini dapat mengurangkan keperluan terhadap kehadiran kakitangan dan kaunter maklumat dan bersedia bekerja 24 jam seminggu.
Rajah 2.1 menunjukkan penggunaan multimedia di terminal dan di kiosks.
Kegunaan Multimedia
F3013/Unit2/3
Rajah 2.1: Multimedia di terminal dan kiosks
Kiosks di hotel selalunya akan memberi perkhidmatan maklumat restoran, peta bandar, senarai perkhidmatan yang ditawarkan dan juga senarai penerbangan. Pencetak selalunya diletakkan bersama supaya pengguna dapat membuat cetakan maklumat yang di kehendaki. Kiosks di muzium bukan sahaja dapat digunakan sebagai panduan kepada pelawat untuk melawat di sekitar muzium tetapi dapat digunakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam dan terperinci terhadap sesuatu objek atau artifak yang dipamerkan di dalam muzium.
2.2
PEMASARAN DAN PERIKLANAN
Multimedia digunakan di dalam perniagaan seperti persembahan (presentation), latihan, pemasaran, demonstrasi produk, katalog produk dan komunikasi di dalam rangkaian. Persembahan multimedia pada masa kini dapat memberi minat kepada pendengar dengan mencantumkan unsur animasi, audio dan klip video dalam satu persembahan berbanding menggunakan 35mm slide dan overhead projektor yang hanya dapat menggunakan unsur teks dan grafik sahaja. Di dalam program latihan pekerja, multimedia digunakan dengan meluas. Pekerja di lapangan terbang belajar bagaimana untuk menghadapi pengganas antarabangsa dan keselamatan di lapangan terbang dengan menggunakan simulator. Mekanik mempelajari bagaimana untuk membaiki enjin. Persembahan multimedia juga banyak digunakan untuk meyakinkan pihak tertentu seperti pihak bank atau kementerian tertentu dengan menunjukkan proses yang berlaku dalam kilang yang akan dibina. Begitu juga persembahan bagi cadangan menggunakan teknologi terbaru di dalam syarikat atau organisasi.
Kegunaan Multimedia
F3013/Unit2/4
Rajah 2.2 menunjukkan penggunaan persembahan multimedia oleh syarikat Kobe Steel, Ltd.
Rajah 2.2: Persembahan multimedia oleh Kobe Steel, Ltd.
Bagi kegunaan pejabat, penggunaan kamera video, mikrofon dan pembesar suara serta capture card boleh digunakan bagi kegunaan pejabat seperti membuat kad pekerja dan juga pangkalan data yang lengkap dengan gambar pekerja. Komputer laptop digunakan beserta persembahan multimedia bersedia untuk memberi persembahan di mana-mana jua. Dengan kesedaran syarikat tentang kepentingan persembahan multimedia, lebih banyak produk multimedia akan dihasilkan dengan tujuan untuk melancarkan perjalanan syarikat dan memberikan keuntungan. Multimedia juga mengubah cara bagaimana kita membeli-belah. Katakan sebagai contohnya untuk membeli seluar, jika selalunya kita pergi ke kedai-kedai mencari harga yang sesuai,saiz seluar dan bentuk yang kita minat dan kemudian beratur untuk membayarnya berbanding dengan pembelian secara on-line membolehkan kita membeli dari rumah. Multimedia mengubah cara perniagaan. Perbankan secara on-line dan membeli-belah secara on-line membina satu masyarakat yang tanpa-wang (cashless). Maybank2U contohnya membenarkan pelanggannya untuk memeriksa baki di akaun bank mereka, melihat transaksi kad kredit mereka, memindahkan wang ke akaun yang lain, melaburkan duit ke dalam saham dan membayar bil secara on-line.
Rajah 2.3 menunjukkan Maybank2U yang menggunakan teknologi multimedia dalam urusan perbankan.
F3013/Unit2/5
Kegunaan Multimedia
Rajah 2.3: Maybank2U
Syarikat membayar wang untuk mengiklankan operasi perkhidmatan perniagaan mereka di internet. Di televisyen, iklan yang dipaparkan adalah percuma kerana syarikat pengiklanan telah membayar kos operasi pemancaran televisyen. Pengiklanan di internet juga mempunyai konsep yang sama seperti di televisyen. Sebagai contoh, iklan-iklan komersial telah membayar satu enjin pencari yang terkenal yahoo.com untuk mempromosikan barangan dan perkhidmatan mereka melalui banner yang disediakan di yahoo.com. Multimedia juga mengubah cara kita membaca surat khabar dengan menyediakan perkhidmatan berita di internet. Dengan menggunakan teknologi penerbitan elektronik (elektronic publishing), berita di push ke dalam website setiap hari. Pada masa kini perkhidmatan internet yang mempunyai laman web bermultimedia dan produk-produk multimedia yang lain mula bersaing dengan TV untuk menyiarkan kandungannya. Sebagaimana pengguna TV menghabiskan masa mereka menontonnya, internet menyediakan bahan yang sama seperti siaran radio, siaran TV dan klip-klip video. Rajah 2.4 menunjukkan video kamera di komputer peribadi.
Rajah 2.4 : Video kamera di PC Dengan pertambahan kos pengangkutan dan tuntutan perjalanan untuk bermesyuarat, video conferencing mula menjadi popular. Walaupun tidak semua dapat menyediakan peralatan yang mahal terdapat alternatif yang lebih murah seperti menggunakan CU-
F3013/Unit2/6
Kegunaan Multimedia
SeeMe yang merupakan penggunaan video kamera pada komputer PC. Selain itu terdapat syarikat yang menjalankan perniagaan menyediakan perkhidmatan video conferencing kepada syarikat lain. Rajah 2.5 menunjukkan penggunaan teknologi video conferencing.
Rajah 2.5: Video conferencing
2.3
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Manafaat penggunaan multimedia dan keberkesanan pembelajaran berasaskan komputer telah didokumenkan dengan baik oleh Prof. James Kulik (1994) dan rakannya dari University of Michigan,USA. Beliau mendapati secara keseluruhan masa pembelajaran berkurangan dengan nyata dan pencapaian adalah rendah apabila multimedia tidak digunakan dalam pembelajaran. Kemahiran dan pengetahuan yang selalu diajar di dalam kelas selalu diajar di luar konteks dan berakhir pada pengetahuan itu sahaja. Untuk mengatasinya guru perlu menggunakan multimedia untuk menunjukkan situasi sebenar bagi sesuatu pelajaran. Rajah 2.6 menunjukkan piramid pembelajaran dan purata kadar penerimaan oleh pelajar.
Kegunaan Multimedia
F3013/Unit2/7
Rajah 2.6: Rajah Piramid pembelajaran dan kadar penerimaan pelajar. Multimedia mempunyai tempat yang sangat penting di dalam pendidikan di semua peringkat. Multimedia mengubah kaedah pengajaran dari berfokuskan guru kepada berfokuskan kepada pelajar. Produk multimedia memberi peluang kepada pelajar untuk menjangkau maklumat lebih dari yang biasa diberi oleh guru. Dalam sesetengah keadaan, guru lebih menjadi penasihat dan mentor dan bukan lagi pemberi maklumat mutlak kepada pelajar. Produk multimedia di gunakan dalam berbagai bentuk. Pada peringkat awal persekolahan, banyak multimedia title yang dihasilkan untuk mengajar membaca dan cara sebutan. Dengan menggunakan tetikus, perkataan akan diulang kembali. Cerita akan dibacakan dengan sesuai dan suara boleh dikuatkan. Apabila tetikus diklik pada tempat tertentu, satu animasi yang merujuk kepada pelajaran tertentu akan dilakukan. Semua ini akan memberikan teknik pembelajaran kepada kanak-kanak lebih menghiburkan dan berkesan. Rajah 2.7 menunjukkan multimedia title yang digunakan untuk pembelajaran kepada kanak-kanak.
F3013/Unit2/8
Kegunaan Multimedia
Rajah 2.7: Multimedia untuk pembelajaran kanak-kanak Di peringkat sekolah, produk multimedia bagi matapelajaran di sekolah digunakan untuk membantu pelajar agar mendapat lebih maklumat pembelajaran selain daripada ujian dan kuiz yang di gunakan untuk mengukuhkan pengetahuan pelajar. Bagi matapelajaran Kimia contohnya, model bagi molekul Benzene diputarkan untuk pelajar melihat dan mengetahui bahawa pusat bagi enam atom karbon dan enam atom hidrogen di dalam Benzene adalah berjenis ko-planar. Rajah 2.8 menunjukkan model molekul Benzene yang diputar dan ditunjukkan di dalam produk pembelajaran multimedia bagi matapelajaran Kimia.
Rajah 2.8: Model Molekul Benzene Dalam pembelajaran bahasa, multimedia dapat menjadikan pembelajaran bahasa menjadi sangat mudah. Audio digital dapat menyediakan cara sebutan dan video dapat menunjukkan kepada pelajar bila masa yang sesuai untuk menggunakan perkataan tersebut. Sebagai contoh produk multimedia pembelajaran bahasa “Your Way” dari syarikat Syracuse menyediakan enam situasi untuk perbualan harian iaitu perkenalan sosial, makan di luar, di hotel, sekitar bandar, melancong dan mendapatkan rawatan.
Kegunaan Multimedia
F3013/Unit2/9
Rajah 2.9 menunjukkan antaramuka bagi produk multimedia pembelajaran bahasa “Your Way”.
Rajah 2.9: “Your Way” - produk multimedia untuk belajar bahasa Di peringkat yang lebih tinggi, seperti di Yale University School of Medicine, ia menyediakan satu produk multimedia yang menyediakan 100 persembahan kes pesakit, yang menyediakan bahan bagi keperluan pelajar dan pakar perubatan terhadap teknik-teknik perubatan. Rajah 2.10 menunjukkan produk multimedia untuk pelajar perubatan dari Yale University.
Kegunaan Multimedia
F3013/Unit2/10
Rajah 2.10: Multimedia untuk pelajar perubatan dari Yale University
Satu teknologi 3D, VR (Virtual Reality) telah di gunakan dalam latihan serta pengajaran dan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi dengan membina objekobjek dalam bentuk realiti maya dan banyak digunakan seperti dalam simulator penerbangan dan juga di dalam permainan-permainan pertempuran dan penerbangan dengan menggunakan alatan-alatan yang khas.
F3013/Unit2/11
Kegunaan Multimedia
AKTIVITI 2a
UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA
2.1
Bagaimana terminal dan kiosk multimedia dapat membantu sesuatu perniagaan?
2.2
Nyatakan kegunaan kiosk maklumat di muzium.
2.3
Apakah kelebihan multimedia di gunakan pada persembahan perniagaan berbanding 35mm slide dan overhead projector?
2.4
Nyatakan DUA contoh penggunaan multimedia di dalam latihan pekerja.
2.5
Apakah kegunaan VR(Virtual Reality) dalam pengajaran dan pembelajaran?
F3013/Unit2/12
Kegunaan Multimedia
MAKLUM BALAS 2a
2.1
Terminal dan kiosk multimedia dapat membantu sesuatu perniagaan kerana ia menyediakan panduan, pertolongan dan dapat beroperasi 24 jam tanpa kehadiran kakitangan.
2.2
Kiosk maklumat di muzium di gunakan untuk memandu pelawat sekitar muzium dan mendapatkan maklumat mendalam dan terperinci bagi objek yang di pamer dalam muzium.
2.3
Kerana dapat di masukkan unsur video dan audio serta animasi yang menjadikan persembahan lebih meyakinkan dan menarik.
2.4
Dua contoh penggunaan multimedia dalam latihan pekerja ialah,
2.5
i.
Latihan bagi pekerja di lapangan terbang untuk menjaga keselamatan lapangan terbang dari pengganas antarabangsa.
ii.
Latihan mekanik membaiki enjin kereta.
Teknologi VR(Virtual Reality) dapat membina objek-objek 3 dimensi dalam realiti maya dan boleh di gunakan dalam pembelajaran pada simulator-simulator latihan.
Kegunaan Multimedia
F3013/Unit2/13
PENILAIAN KENDIRI Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba semoga berjaya !!!!
SOALAN 1 CD multimedia ensaiklopedia merupakan sumber maklumat yang baik. Terangkan ciri-ciri yang anda fikir perlu ada pada sesuatu CD ensaiklopedia.
SOALAN 2 Apakah dia Video Conferencing. Berikan penerangan ringkas tentang peralatanperalatan yang perlu ada untuk menggunakan video conferencing.
SOALAN 3 Terangkan mengapa penggunaan multimedia dalam pembelajaran bahasa akan menjadikan proses pembelajaran lebih mudah.