Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia
Latar Belakang
Objektif Projek
Pada tahun 2002, Jabatan Perikanan telah mencadangkan pembinaan satu projek ternakan ikan menggunakan sistem sangkar separa tenggelam sebagai salah satu aktiviti ekonomi di Pulau Layang Layang.
Objektif projek adalah :
Di samping itu, satu projek pemulihan habitat ekosistem karang yang telah mengalami kerosakan akibat pengambilan pasir lagun telah dimulakan pada tahun 2003.
2. Mempastikan biodiversiti hidupan marin Pulau Layang Layang sentiasa berada dalam keadaan terpelihara dan sihat.
1. Mewujudkan aktiviti ekonomi berasaskan perikanan yang berdaya maju di perairan Pulau Layang Layang.
1
Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia
P R O J E K
A K U A K U L T U R
Tujuan Projek
Keterangan Projek
1. Memperkenalkan teknologi ternakan ikan dalam sangkar berteknologi tinggi yang berdaya maju serta praktikal dalam keadaan persekitaran laut terbuka dan bergelora.
·
Selaras dengan Dasar Pertanian Negara ke Tiga (DPN-3), fokus Jabatan Perikanan tertumpu kepada peningkatan pengeluaran makanan melalui akuakultur. Namun untuk mencapai hasrat ini, aktiviti R&D serta Pemindahan Teknologi (ToT) perlu dirangsangkan. Oleh itu projek ini mempunyai juga objektif untuk mengujipakai satu teknologi ternakan ikan dalam sangkar di perairan terbuka. Di antara aspek yang perlu dikaji termasuk :-
i)
kejuruteraan struktur sangkar, pengujian ketahanan struktur dan bahan
2. Menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan untuk menyokong aktiviti ternakan tersebut.
Asas-asas Pertimbangan Pemilihan teknologi dalam pembangunan aktiviti ternakan ikan di Pulau Layang Layang adalah berasaskan kepada kriteria-kriteria berikut: i)
Mampu mengawal pencemaran, keselamatan stok dan selamat kepada pengguna dan pelawat.
ii) Berpotensi berdaya maju dan mampu memberikan hasil yang tinggi untuk mengimbangi kos operasi.
ii) kajian-kajian biologi ikan, serta operasi komersial pengeluaran ikan terumbu seperti kerapu, jenahak, maming dan tuna. iii) penstokan bank induk dan genetik bagi ikan-ikan tersebut. •
Sehubungan pelaksanaan projek ini, pengwujudan infrastruktur sokongan di Sabah untuk menyokong keperluan operasi di Pulau Layang Layang turut dilaksanakan.
•
Benih untuk projek ini dibekalkan oleh Pejabat Projek Akuakultur Pulau Layang Layang dengan kerjasama Pusat Pembenihan Perikanan Tanjung Badak Sabah, Jabatan Perikanan Sabah dan hatceri-hatceri swasta di Sabah. Kemudahan Pusat Pembenihan Perikanan Sabah telah ditingkatkan untuk menyokong projek dalam jangka masa panjang. Ini termasuklah pembinaan tangki larvae dan sistem ‘raceway’ yang merupakan teknologi terbaru dan berkesan.
iii) Struktur dan rekabentuk yang disahkan kukuh dan tahan lasak oleh badan piawaian antarabangsa. iv) Tidak menjejaskan biodiversiti kawasan sekitar, terutama kawasan seperti Pulau Layang Layang yang terkenal pada peringkat dunia dalam segi diversiti karang dan ikan karang. v) Struktur yang bersifat “self- contained” dalam segala aspek operasi (pemberian makanan, penuaian serta keselamatan dan kemudahan rawatan ikan). vi) Struktur yang bersifat mudah-alih yang membolehkan amalan “break cycle” bagi mengurangkan impak sekitaran serta masalah kejadian penyakit.
2
Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia
Kelebihan Sistem Sangkar Separa Tenggelam 1. Sistem ini merupakan produk berteknologi tinggi dari segi rekabentuk serta lebih ‘self-contained’. 2. Produk ini dibuat daripada bahan keluli yang dilapisi bahan tahan karat. 3. Rekabentuknya yang mudahalih dan ‘selfcontained’ membolehkan struktur ini dioperasikan tanpa kakitangan di atasnya pada setiap waktu (‘unmanned operation’ atau operasi tidak memerlukan jagaan). 4. Produk ini membolehkan ombak melintasi struktur dengan tekanan yang kurang kepada ternakan. Ini menggalakkan kadar tumbesaran ikan dengan lebih stabil dan sihat. 5. Sistem penyimpanan makanan ikan dikomputerkan dengan muatan silo 3.5 tan metrik. Kawalan penaburan makanan dibuat dengan kawalan jauh daripada pejabat tanpa perlu berada di sangkar. Semasa ribut, ikan masih boleh menerima makanan kerana pemberian makanan dikawal dari daratan. 6. Isipadu sangkar ternakan yang stabil dengan adanya ‘sinker tube’ sebagai pemegang jaring. 7. Ternakan boleh dijalankan memerlukan tempat terlindung.
tanpa
8. Produk ini membolehkan perluasan keupayaan atau peningkatan kapasiti ternakan. 9. Pengurangan risiko jangkitan penyakit kerana ternakan dibuat di laut terbuka, jauh daripada sumber pencemaran, dan struktur dapat dibekalkan dengan kemudahan rawatan di sangkar jika perlu. 10. Rekabentuk sistem adalah berasaskan kepada rekabentuk pelantar minyak luar pantai yang mampu beroperasi dalam keadaan laut yang berombak tinggi tanpa adanya penghadang ombak atau attenuator.
11. Pengalaman operasi di North Sea yang berkeadaan ekstrim telah membuktikan sistem ini boleh bertahan dalam ombak sehingga 10 m tinggi dengan arus laut sehingga 2.5 knot. 12. Semasa operasi sebahagian struktur sangkar ditenggelamkan sehingga 3-4 meter untuk mengurangkan tekanan ombak ke atas keseluruhan struktur. 13. Kedalaman laut minimum yang diperlukan adalah dua kali ganda kedalaman jaring. Farmocean dilaporkan pernah beroperasi dengan jaring mencecah dasar laut tanpa memberi masalah. 14 Sebuah walk-way tersedia ada untuk tujuan penuaian dan kerja penyelenggaraan dan operasi. 15. Semasa penuaian hasil dan penyenggaraan sistem ternakan, sistem ditimbulkan sehingga ke paras ‘walk-way’ pada kandang. 16. Sistem built-in bagi pemunggahan hasil secara ‘tuil’ di mana ‘sinker tube’ dinaikkan dan ikan boleh dipindah ke bot dengan ‘transfer pump’ atau secara manual. 17. Pembersihan dijalankan dengan cara menimbulkan sistem pada paras penyelenggaraan dan pembersihan boleh dijalankan dengan kaedah pancutan jet atau memberus. 18. Struktur juga boleh menjadi daya penarik kepada pelancongan kerana kecanggihan sistem dan daya tarikan teknologi. 19. Struktur merupakan bentuk ‘pre-fabricated’ yang memakan masa pendek untuk pemasangan. 20. Sistem ini juga menyediakan sebuah bot kerja yang mempunyai komponen berikut: • Tangki pembawa makanan serta sistem pengepam makanan dari bot ke silo sangkar ternakan. • Sistem pemampat untuk kerja menimbulkan dan menenggelamkan sangkar. 21. Produk telah dipatenkan.
3
Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia
Hasil Yang Dijangka Berdasarkan kepada analisis ringkas terhadap hasil pengeluaran sangkar tersebut, jumlah keuntungan purata daripada 3 unit sangkar dalam satu pusingan dengan harga ikan sebanyak RM 30 sekilogram, ialah RM 2.19 juta.
4
Kejayaan dalam menggunakan teknologi ini akan dikembangkan kepada bakal pengusaha akuakultur yang berminat. Untuk tujuan ini, satu program pemindahan teknologi melalui ‘in-farm training’ akan diadakan. Projek sangkar ini akan digunakan juga sebagai tapak demonstrasi dan latihan untuk bakal entepreneur.
Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia
PROJEK PEMULIHAN HABITAT LAGUN Tujuan Projek
Lokasi
Untuk mempertingkatkan semula habitat dengan menyediakan substrat yang sesuai untuk perlekatan, pertumbuhan dan pembentukan semula koloni batu karang dan hidupan laut. Melalui perubahan dan kolonisasi satu kumpulan spesies terumbu karang dan hidupan terumbu lain di substrat tiruan, maka dijangkakan satu kawasan terumbu yang subur dapat dibentuk.
Lokasi terumbu karang tiruan adalah terletak di luar kawasan laluan kapal dan kawasan larangan. Kawasan ini juga mudah dikunjungi untuk membuat pemantauan dan pengawasan.
Asas-asas Pertimbangan Pertimbangan bagi memulihkan habitat perlu melihat kepada kriteria penting seperti berikut: i)
Di samping itu, kawasan ini kelak akan menjadi salah satu tarikan pelancong yang mana selain daripada menikmati keindahan alam semulajadi di luar terumbu, para pelancong juga dapat melihat usaha-usaha pemuliharaan dan menimbulkan minat mereka kepada usaha sebegini. Usaha pemuliharaan sebegini sememangnya mendapat tempat di hati para penyelam dan pencinta alam.
Rekabentuk Batu Karang Tiruan direka bermiripkan bentuk-bentuk batu karang asli dan mempunyai ciri-ciri mesra alam.
ii) Daya ketahanan karang tiruan yang mampu mengatasi tindakbalas daya persekitaran. iii) Ketiadaan bahan toksik di dalam bahan buatan karang tiruan.
Keterangan Projek Pada tahun 2004-2005 sebanyak 300 unit Reef Balls telah dibina dan diletakkan di dalam lagun. •
Reef Balls yang dibina telah menggunakan simen marin dan bahan tambahan yang sama nilai pHnya dengan air laut iaitu 8.38.4 pH. Campuran simen marin dan mikro silika adalah stabil dan tidak melarutkan (leaching) bahan toksik.
•
Ianya direkabentuk supaya tidak tenggelam ke dalam pasir dasar diakibatkan peredaran arus (scouring effect).
•
Tekstur permukaannya adalah kasar supaya mirip kepada terumbu karang asli.
5
Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia
Kaedah Beberapa lokasi sesuai telah dipilih dengan mengambil pandangan daripada pihak- pihak yang berkepentingan di Pulau Layang Layang. Modul Reefball telah diletakkan pada kedalaman air antara 10-18 m.
PEMINDAHAN TEKNOLOGI Program pemindahan teknologi perlu dibuat untuk Projek Akuakultur ini dengan penglibatan pengusaha-pengusaha tempatan.
Pengawasan dan Pemantauan Keperluan Latihan Pengawasan dan pemantauan akan dijalankan pada setiap empat bulan sekali iaitu tiga kali setahun. Pemantauan ini adalah untuk merekodkan kemajuan projek khususnya kadar kolonisasi spesies terumbu karang dan perbezaan antara modiul-modiul di kawasan kedalaman berbeza
Operasi sangkar sistem separa tenggelam ini memerlukan kemahiran dan pengetahuan khusus. Untuk keperluan operasi dan penyenggaraan, satu siri latihan seperti di bawah akan dijalankan: i)
Hasil Yang Dijangka Selepas lapan bulan, semua modul akan diliputi dan ditumbuhi dengan batu karang seperti Pocillopora, dan Acropora. Dalam tempoh masa empat tahun, satu terumbu karang yang matang yang sukar dibedakan dengan terumbu asli akan dapat diperolehi daripada pemasangan batu karang tiruan ini. Kepadatan batu karang dan kepelbagaian spesies akan bertambah dengan banyaknya.
Lawatan kerja pegawai ke kilang pengeluaran dan tapak operasi Ternakan di Eropah.
ii) Latihan kerja di tapak ternakan di Eropah untuk kakitangan penyelengaraan secara hands-on dalam keadaan sebenar. iii) Latihan operasi selepas pentauliahan di Pulau Layang Layang oleh pekerja pengeluar sangkar berpengalaman.
Bantuan Teknikal Serta Adaptive Engineering Bantuan teknikal akan merangkumi: i)
Tugasan penting selepas pentauliahan bagi membantu penyelesaian masalah, keperluan pembangunan kejuruteraan yang bersifat localized dalam mengendalikan sangkar di Pulau Layang Layang
ii) Unsur pemindahan teknologi kepada orang tempatan yang bertindak sebagai penerima teknologi akan ditekankan iii) Latihan berkaitan pengendalian operasi dari semasa kesemasa terutama bagi pengendali baru dalam tempoh bantuan teknikal iv) Menasihat dan membantu merencanakan rancangan penyelenggaraan sangkar
6
v) Memberi input teknologi bagi meningkat operasi dan mekanisasi sangkar
Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia
KESIMPULAN Projek Sangkar Separa Tenggelam merupakan satu projek akuakultur yang secara relatif, lebih murah dan realistik berbanding dengan sistem sangkar laut terbuka yang lain. Projek ini akan dapat mencapai matlamat pembangunan Pulau Layang Layang iaitu untuk mewujudkan aktiviti ekonomi dan R & D yang berterusan. Dengan ini ia akan dapat memangkinkan juga aktiviti penyelidikan yang berteraskan aspek kejuruteraan struktur, pembangunan akuakultur ikan-ikan karang di sekitar perairan laut lepas, dan kajian biologi spesies ikan yang sesuai untuk ternakan. Projek Sangkar Separa berteknologi tinggi ini akan;
Tenggelam
c) Mengembangkan teknologi ternakan ocean-farming dengan kaedah baru. d) Membantu mengumpulkan maklumat asas bagi spesies-spesies akuakultur berpotensi yang diternak dalam sangkar Pulau Layang Layang. Usaha-usaha memulih dan meningkatkan ekosistem habitat dengan menggunakan tukun tiruan Reefball akan mempastikan supaya ekosistem di sekitar Pulau Layang Layang akan berada pada tahap memuaskan serta dapat mengekalkan biodiversiti marin Pulau Layang Layang daripada terjejas dan pupus.
a) Lebih menjaminkan kejayaan projek flagship negara b) Mengembangkan potensi akuakultur di sekitar Pulau Layang Layang terutama di perairan Negeri Sabah dan perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia sebagai kawasan akuakultur spesies marin yang berpotensi untuk eksport.
Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia Jabatan Perikanan Malaysia Putrajaya. Mac 2006
7
Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang Layang, Malaysia
Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada ICU JPM, EPU, MINDEF, JPPS, BKN, JKR, Markas Wilayah II, Stesen LIMA, TLDM, TUDM,MoA, DoF, IPP, IPPCS, JPLS, JP Sabah, LLIR dan mereka-mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan Projek Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pulau Layang layang, Malaysia.
8