Persembahan Multimedia
F3013/Unit 7/1
UNIT 7
OBJEKTIF
Objektif am
:
Objektif Khusus :
Mengetahui perancangan dan pembinaan projek multimedia.
Di akhir unit ini anda akan dapat :-
9
Mengenalpasti jenis-jenis persembahan.
9
Menerangkan tugas seorang pengurus produksi.
9
Mengenalpasti peringkat-peringkat penghasilan produk multimedia.
9
Mengenalpasti jawatan didalam pasukan pembangunan produk multimedia.
9
Menerangkan cara mendapatkan kandungan untuk projek multimedia.
9
Menerangkan cara merancang produksi.
Persembahan Multimedia
F3013/Unit 7/2
INPUT 7.1
JENIS-JENIS PERSEMBAHAN
Terdapat berbagai-bagai bentuk persembahan yang boleh dilakukan. Bergantung kepada kehendak dan keperluan, kita boleh membina produk multimedia untuk memenuhi keperluan mana-mana bidang. i.
Penyampaian Maklumat
Multimedia di gunakan untuk menyampaikan maklumat secara mudah dan menghiburkan. Internet menjadi infrastruktur kepada penyampaian maklumat ke rumah-rumah, bilik darjah, perpustakaan, klinik dan hospital di serata dunia. Multimedia juga mengubah cara pengajaran sejak berdekad yang lalu di mana pelajar boleh meneroka sesuatu pengetahuan mengikut tahap dan kehendak mereka sendiri seperti penggunaan CD-Ensaiklopedia. ii.
Multimedia Interaktif
Multimedia interaktif memberi motivasi kepada pengguna untuk meneroka dan mendalami lagi pengetahuan yang ingin di sampaikan. Multimedia bentuk ini memberi kebebasan kepada pengguna untuk navigasi kemana-mana pilihan dan memberi tindakbalas dan nasihat jika kita membuat pilihan yang kurang wajar. Orang dewasa juga menggunakan multimedia interaktif tetapi dalam bidangbidang ilmiah seperti perubatan, kejuruteraan dan perniagaan. iii.
Persembahan Multimedia
Di pelbagai sektor, terdapat keperluan untuk membuat persembahan multimedia untuk tujuan mesyuarat, seminar, pemasaran dan sebagainya. Untuk meyakinkan pendengar samada ahli mesyuarat, peserta seminar atau bakal pelanggan, persembahan multimedia yang mengandungi elemen-elemen seperti audio, video dan animasi beserta dengan graf dan statistik dapat menyampaikan tujuan dan matlamat mereka yang membuat persembahan multimedia.
iv.
Kiosks Maklumat
Persembahan Multimedia
F3013/Unit 7/3
Di tempat-tempat awam, kiosks maklumat diletakkan dengan tujuan menyediakan maklumat kepada orang ramai dan mengurangkan keperluan kepada kehadiran pekerja untuk menjawab pertanyaan umum. Tempat-tempat di mana kiosks maklumat selalu di letakkan ialah seperti di hotel, stesyen keretapi, pusat membeli belah, muzium dan di kedai-kedai. v.
Pemasaran dan Pengiklanan
Untuk tujuan pemasaran, multimedia kerap digunakan dengan memberi kesan khas seperti di dalam iklan di TV. Di samping itu, bagi meyakinkan pelanggan terhadap sesuatu proses atau konsep, persembahan yang mengandungi animasi proses tersebut akan dapat memberi keyakinan yang lebih kepada pelanggan. Di dalam perniagaan, keupayaan syarikat menggunakan sepenuhnya multimedia dapat memberi kelebihan kepada syarikat dan dapat mengurangkan kos dalam sesetengah operasi. Penggunaan voice mail dan video conferencing akan memberi syarikat yang menggunakannya satu perniagaan yang lebih baik dan licin. vi.
Pengajaran dan Pembelajaran
Sekolah, kolej dan universiti merupakan tempat di mana multimedia bagi pembelajaran sangat di perlukan. Penggunaan CD multimedia interaktif dalam pembelajaran membentuk budaya mencuba dan meneroka. Dengan mengambil satu contoh CD pembelajaran multimedia iaitu “Haiwan di Afrika”, jika di klik pada butang imej singa, ia akan paparkan imej penuh singa di skrin. Dan jika kita ingin mengetahui bagaimana cara ia memburu, klik pada butang “memburu” dan video bagaimana singa menburu akan di tunjukkan beserta suara latar yang menerangkan bagaimana ia memburu. Kanak-kanak dengan mudah akan di motivasikan bagaimana menjadi seekor singa. Dengan pengalaman seperti tadi, kanak-kanak tadi seterusnya akan meneroka lebih lagi dari sumber-sumber pengetahuan yang lain, contohnya bagaimana kehidupan haiwan yang lain di benua-benua di dunia, mempelajari geografi dari peta yang di tunjukkan di skrin dan mempelajari tentang haiwan-haiwan yang hampir pupus.
Persembahan Multimedia
F3013/Unit 7/4
AKTIVITI 7a
UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA
7.1
Apakah yang dimaksudkan dengan multimedia interaktif?
7.2
Mengapakah kiosk maklumat disediakan di tempat-tempat awam?
7.3
Kenapakah multimedia di perlukan di dalam pemasaran?
Persembahan Multimedia
F3013/Unit 7/5
MAKLUM BALAS 7a
7.1
Multimedia bentuk ini memberi kebebasan kepada pengguna untuk membuat pilihan navigasinya sendiri.
7.2
Kiosks maklumat disediakan di tempat-tempat awam untuk menyediakan maklumat kepada orang ramai dan mengurangkan keperluan terhadap kehadiran pekerja bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan umum.
7.3
Multimedia di perlukan di dalam perniagaan kerana dengan penggunaannya yang mempunyai elemen multimedia seperti animasi,video dan audio dapat lebih meyakinkan pelanggan terhadap produk atau konsep yang ingin di kemukakan.
Persembahan Multimedia
F3013/Unit 7/6
INPUT
7.2
PERANCANGAN DAN PEMBINAAN PROJEK MULTIMEDIA
Merancang sesuatu projek multimedia bukanlah suatu perkara yang mudah. Untuk memastikan hasil projek multimedia adalah yang diingini, satu perancangan hendaklah dilakukan dengan teliti oleh seorang yang dipanggil Pengurus Produksi yang dapat membahagikan tugas-tugas dan kumpulan kerja dengan baik. Antara tugas dan tanggungjawab Pengurus Produksi adalah seperti; i.
Penyediaan cadangan projek dan kontrak (jika ada).
ii.
Menyediakan pecahan bahagian-bahagian yang sesuai bagi proses pembangunan projek. Contohnya seperti kajian kandungan projek, produksi grafik, produksi animasi, produksi video digital, authoring dan lain-lain.
iii.
Menyediakan dan menguruskan perbelanjaan.
iv.
Penyediaan peralatan perkakasan dan perisian.
v.
Koordinasikan kerja di antara tugas produksi video dan audio dengan tugas produksi authoring.
vi.
Mengambil tahu masalah-masalah undang-undang seperti permit, hakcipta(copyright) dan aspek-aspek lain.
Proses penghasilan produk multimedia adalah suatu yang komplek, ia boleh di bahagikan kepada beberapa bahagian seperti di bawah: i.
Peringkat Pembangunan
Apabila sesuatu idea projek multimedia di perolehi, pengurus produksi sepatutnya sudah dapat menyampaikan konsep idea tersebut kepada pelanggan dalam bentuk yang boleh difahami. Kemudiannya dapat merangka pembentukan pasukan yang
Persembahan Multimedia
F3013/Unit 7/7
boleh menjayakan projek tersebut. Seterusnya berusaha dalam pembiayaan dan penyediaan perkakasan dan perisian. ii.
Peringkat Awal Produksi
Apabila konsep, tujuan dan objektif projek sudah di pastikan, peringkat ini bermula dengan peranan pengurus produksi terlibat dalam merangka secara terperinci perbelanjaan dan kawalan perbelanjaan. Seterusnya mula mengupah pekerja dan pakar yang akan terlibat dalam projek tersebut. Membuat keputusan samada bercadang untuk membeli peralatan atau menyewanya sahaja. Mula mendapatkan perisian dan melakukan instalasi. Seterusnya merangka dan merancang kajian kandungan yang akan menjadi jantung kepada projek tersebut. Antara perkara yang penting untuk di laksanakan seterusnya adalah merancang aliran pembangunan projek seperti carta alir, skrip video dan audio dan skedul projek. iii.
Peringkat Produksi
Apabila semua aktiviti awal produksi telah selesai, projek multimedia mula memasuki peringkat ini. Antara aktiviti yang terlibat dalam proses ini ialah, • • • • • • • • •
Kajian kandungan Rekabentuk antaramuka Pembangunan grafik 2D Pembangunan grafik 3D Rakaman audio dan suara Pemilihan musik latar belakang Pembanguan animasi Produksi video Authoring
Semasa proses ini, peranan pengurus produksi adalah menyokong keperluan produksi. Membuat pemantauan perbelanjaan dan kakitangan. Memastikan semua ahli dalam projek mendapat tahu apa yang berlaku di dalam produksi dan menjaga proses keseluruhan produksi. iv.
Peringkat Selepas Produksi
Di peringkat ini, projek multimedia memasuki tahap pengujian alpha dan beta. Versi alpha selalunya merujuk kepada edaran dalaman dan kumpulan percubaan yang di pilih khas dan bagi projek yang kecil mungkin hanya di kalangan ahli pembangunan projek sahaja. Versi alpha ini selalunya adalah versi pertama yang baru siap dan dapat
Persembahan Multimedia
F3013/Unit 7/8
di jangkakan masalah dan kekurangannya. Manakala versi beta pula di edarkan untuk pengujian kepada kumpulan yang lebih besar tetapi masih kumpulan yang dipilih khas. Versi ini mungkin mengandungi ralat tetapi versi ini telah ditunjukkan kepada pasaran dan reputasinya akan bermula bila ia mula di cuba di pasaran. Apabila projek telah diuji dan dikaji, ia memasuki proses di mana ia dimasukkan ke dalam CD atau di letakkan di internet. Dalam peringkat ini, peranan pengurus produksi adalah di peringkat minimal. Antara tanggungjawabnya di peringkat ini ialah mengkoordinasikan pengujian, mendapatkan maklum balas pelanggan terhadap produk multimedia dan membantu pembangunan produk dokumentasi dan mula merancang pembungkusan produk. v.
Peringkat Penyampaian
Di peringkat ini, produk multimedia sedia untuk di sampaikan kepada pengguna. Penyampaian boleh dilakukan seperti di kiosks atau terminal maklumat, persembahan di dalam kumpulan-kumpulan sasaran atau melalui internet. Antara tanggungjawab pengurus produksi di peringkat ini adalah seperti mengenalpasti cara penghantaran produk multimedia ke pasaran, menentukan kecukupan infrastruktur rangkaian dan peralatan server jika penyampaiannya melalui internet.
Pasukan Pembangunan Produk Multimedia Produk multimedia yang berkualiti adalah hasil usaha dari kerja berpasukan. Mungkin ada yang mengatakan bahawa sesiapapun boleh membina multimedia. Kenyataan ini ada benarnya untuk produk multimedia yang mudah tetapi bagi produk yang bermutu tinggi seperti permainan komputer, kiosks informasi interaktif, latihan korporat, halaman web interaktif dan aplikasi pendidikan selalunya dibangunkan oleh sepasukan pakar yang selalunya boleh terdiri dari; i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix.
Pengurus Produksi Pakar Kandungan (Contents Specialist) Pereka bentuk Pengajaran Penulis Skrip Pengedit Teks Juruaturcara authoring Artis grafik komputer Pakar audio dan video Webmaster
Persembahan Multimedia
F3013/Unit 7/9
Rajah 7.1 menunjukkan struktur organisasi Pasukan Pembangunan Produk Multimedia bagi sebuah syarikat.
Pengurus Produksi
Pakar Kandungan
Pakar Audio Video
Penulis Skrip
Pakar Video
Pengedit Teks
Pakar Audio
Pengaturcara authoring Pengaturcara Komputer
Perekabentuk Pengajaran
Rajah 7.1: Struktur organisasi Pasukan Pembangunan Produk Multimedia.
Mengkaji Kandungan Untuk Projek Multimedia Setiap projek multimedia mempunyai kandungan. Ianya adalah informasi dan bahan yang menjadi jantung dan perkara yang terpenting kepada projek multimedia. Secara umumnya kandungan boleh terdiri dari mana-mana elemen multimedia. Kandungan boleh mempunyai nilai produksi samada tinggi atau rendah. Jika kita dapat memujuk Datuk Rahim Razali untuk merakamkan suara latar maka nilai produksi akan menjadi tinggi. Kita mesti mengimbangi keperluan bahan kandungan projek dengan perbelanjaan yang ada. Kandungan datang dari berbagai sumber samada kita membuatnya sendiri atau kita mendapatkannya dari sumber-sumber lain. Walaubagaimanapun kandungan yang di bina untuk jualan selalunya terlibat dengan isu undang-undang. Antara soalan-soalan yang biasa ialah seperti; siapa yang mempunyai kandungan tersebut? Adakah anda telah meminta kebenaran untuk menggunakannya? Hak cipta (copyright) sebagai contoh melindungi hasil kesusasteraan, musik, drama, lukisan, grafik dan ukiran. Ini termasuk juga filem dan produk audio visual. Mendapatkan kandungan bagi projek multimedia merupakan proses yang panjang dan mahal. Oleh itu perancangan adalah perlu untuk tugas ini. Sebagai contoh, jika projek multimedia anda ingin menerangkan penggunaan peralatan robotik yang baru di
Persembahan Multimedia
F3013/Unit 7/10
kilang, adakah anda akan menghantar jurugambar ke kilang untuk mengambil gambar atau mengimbas sahaja gambar-gambar yang telah sedia ada? Bagaimana pula jika menggunakan bahan yang dicipta oleh orang lain? Sejak dulu lagi penggunaan bahan dan kandungan orang lain sentiasa diperdebatkan. Bergantung kepada jenis kandungan dan rundingan yang di lakukan, mendapatkan hak menggunakannya boleh menjadi mudah. Kita juga boleh mendapatkan bahan dari sumber-sumber di sekeliling kita seperti dari rumah jiran sebelah contohnya. Terdapat juga bank imej yang mempunyai beratus imej yang boleh kita dapatkan seperti dari syarikat atau dari halaman web yang tertentu yang menyediakan koleksi imej yang banyak. Terdapat juga CD koleksi clip-art, animasi, musik yang boleh di dapati dengan mudah dan dengan harga yang murah. Tetapi kita harus berhati-hati terhadap perjanjian jualan yang terdapat pada CD atau halaman web tertentu jika kita ingin membina projek multimedia kita untuk jualan.
Merancang Produksi Merancang boleh di definasikan sebagai program yang di atur untuk mencapai tujuan. Semua aktiviti di laksanakan berdasarkan matlamat projek. Dalam pembangunan projek multimedia, apabila tujuan dan objektif telah di tentukan, langkah seterusnya adalah seperti yang di tunjukkan pada rajah dibawah, Rajah 7.2 menunjukkan prosedur untuk menukar objektif projek kepada papan cerita.
Tentukan Objektif
Outline
Carta Alir
Papan Cerita (Storyboard)
Rajah 7.2 : Prosedur untuk menukar objektif projek kepada Papan Cerita
Penerangan ringkas tentang setiap satu di terangkan di bawah.
Persembahan Multimedia
1.
F3013/Unit 7/11
Menentukan tujuan dan objektif
Semasa proses awal produksi, kita perlu menentukan objektif projek multimedia di buat dengan menanya soalan-soalan yang kritikal seperti, i. ii. iii. 2.
Apakah tujuan projek ini di buat? Apakah yang ingin di capai? Apakah hasil yang di jangkakan? Menentukan Outline
Membangunkan outline bagi multimedia interaktif adalah seperti menulis outline untuk penulisan dimana kita pecahkan kepada bahagian-bahagian yang mana pecahan bahagian akan menjadi pilihan yang di sediakan kepada pengguna di skrin nanti. Contoh outline di tunjukkan seperti di bawah. Sejarah Malaysia 1.0 Peristiwa Penting 1.1 Semenanjung Malaysia 1.2 Sabah dan Serawak 2.0
Gambar-gambar Sejarah 2.1 Zaman Portugis 2.2 Zaman Belanda 2.3 Zaman British
3.
Menukarkan Outline kepada Carta alir
Langkah seterusnya adalah menukarkan outline tadi kepada carta alir.
Rajah 7.3 menunjukkan penukaran Outline kepada carta alir.
Persembahan Multimedia
F3013/Unit 7/12
Peristiwa Penting
Semenanjung Malaysia Sabah dan Serawak
Menu Utama
Zaman Portugis Gambar-gambar Sejarah
Zaman Belanda Zaman British
Rajah 7.3: Penukaran Outline kepada Carta Alir 4.
Melukis Papan Cerita (Storyboard)
Ianya adalah perwakilan grafik bagi cadangan projek multimedia. Ia adalah tambahan kepada idea yang ditulis menerangkan projek multimedia tersebut. Terdapat beberapa kegunaan perwakilan grafik di dalam membantu proses pembangunan multimedia. Antaranya seperti, i. ii. iii. iv. v.
Turutan aliran dan branching Papan Cerita (Storyboard) Turutan animasi Penerangan tentang button Penerangan tentang audio
Persembahan Multimedia
F3013/Unit 7/13
AKTIVITI 7b
UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA
7.4
Senaraikan tugas dan tanggungjawab pengurus produksi.
7.5
Senaraikan proses penghasilan produk multimedia.
7.6
Nyatakan DUA jawatan pasukan pembangun produk multimedia beserta penerangan ringkas setiap satunya.
7.7
Senaraikan langkah-langkah merancang produksi apabila tujuan dan objektif telah di tetapkan.
7.8
Nyatakan kegunaan papan cerita(storyboard).
Persembahan Multimedia
F3013/Unit 7/14
MAKLUM BALAS 7b
7.4
7.5
Antara tugas dan tanggungjawab Pengurus Produksi adalah seperti; i.
Penyediaan cadangan projek dan kontrak (jika ada).
ii.
Menyediakan pecahan bahagian-bahagian yang sesuai bagi proses pembangunan projek. Contohnya seperti kajian kandungan projek, produksi grafik, produksi animasi, produksi video digital, authoring dan lain-lain.
iii.
Menyediakan dan menguruskan perbelanjan.
iv.
Penyediaan peralatan perkakasan dan perisian.
v.
Koordinasikan kerja di antara tugas produksi video dan audio dengan tugas produksi authoring.
vi.
Mengambil tahu masalah-masalah undang-undang seperti permit, hakcipta (copyright) dan aspek-aspek lain.
Proses penghasilan produk multimedia boleh di bahagikan seperti di bawah, i. ii. iii. iv. v.
Peringkat Pembangunan Peringkat Awal Produksi Peringkat Produksi Peringkat Selepas Produksi Peringkat Penyampaian
7.6
Dua jawatan pasukan pembangun produk multimedia adalah seperti,
i.
Pengedit Teks Bertanggungjawab untuk mengedit teks dan membuat pemilihan font, saiz font yang sesuai untuk produk multimedia.
ii.
Pengurus Produksi Bertanggungjawab menguruskan semua urusan bagi proses pembangunan produk multimedia.
Persembahan Multimedia
7.7
Langkah-langkah merancang produksi adalah, i. ii. iii. iv.
7.8
F3013/Unit 7/15
Menentukan tujuan dan objektif dengan jelas Menentukan outline. Menukar dari outline kepada carta alir. Melukis papan cerita(storyboard).
Kegunaan papan cerita adalah sebagai perwakilan grafik bagi cadangan projek multimedia. Ia adalah tambahan kepada idea yang di tulis menerangkan projek multimedia tersebut.
Persembahan Multimedia
F3013/Unit 7/16
PENILAIAN KENDIRI Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba semoga berjaya !!!!
SOALAN 1 Multimedia interaktif dikatakan dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk meneroka pengetahuan-pengetahuan yang lain. Bincangkan.
SOALAN 2 Terdapat tahap pengujian alpha dan beta. Terangkan secara ringkas perbezaan diantara keduanya.
SOALAN 3 Dengan mengambil satu contoh projek multimedia pilihan kamu sendiri, tuliskan outline yang sesuai dan kemudian tukarkannya kepada rajah carta alir.