KELUARAN NO. 3 2013
OSPREY: PEMASANGAN PROJEK BERINOVASI
Masa untuk Keselamatan
Syarikat-Syarikat BSJV menderma
Membuka Tirai Senario Lensa Baru Shell
SALAM
Meja MD
MAKLUMAT LANJUT Sekiranya awda ingin mendapatkan maklumat lanjut, memberi sebarang komen atau menyumbang artikel, hantar e-mel yang mengandungi nama awda, alamat, nama syarikat serta jawatan awda kepada:
[email protected] Untuk membaca lebih banyak bahan berita, sila kunjungi https://www.bsp. com.bn/main/mediacentre/ media_centre.asp LANGGANAN Bagi mengubah atau membatalkan langganan ini, sila hantar e-mel kepada
[email protected] dengan menyatakan nama, jawatan, syarikat/ organisasi dan alamat awda DITERBITKAN OLEH Jabatan Perhubungan dan Hal-Ehwal Luar Brunei Shell Petroleum Jalan Utara Panaga Seria KB3534 Brunei Darussalam PENYUNTING Ayla Abdullah Khairul Anwar Ismail PENULIS Sharif Ibrahim Azamri Zainal TATA SUSUN DAN REKABENTUK Hajah Fauziah Jahis CETAKAN Asia Printers
Sebuah terbitan Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad © Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad (1952), kecuali dinyatakan sebaliknya. Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang atau menyimpan melalui apa juga sistem atau cara (elektronik, reprograpic, rakaman dan sebagainya) keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana mukasurat majalah/terbitan ini sebelum mendapat izin bertulis daripada Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad.
Rakan Sejawat Sekelian, Brunei baru sahaja melalui kesibukan sebagai tuan rumah kepada Persidangan ASEAN dan kami di BSP turut serta merasai kesibukannya dengan tugas masing-masing meningkatkan produktiviti demi menjana masa hadapan Brunei. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada ‘wira dan wirawati’ kami di luar pantai dan juga di daratan,yang bekerja keras menjadikan wawasan sebagai satu kenyataan. Usaha awda semua dibanggai oleh BSP dan Brunei. Terima kasih Ampa, Champion, Fairley, Seria dan semua pihak yang menyumbang kepada BSP dan Brunei. BSP menghargai serta mengiktiraf usaha gigih para kakitangan, kontraktor dan juga agensi-agensi kerajaan yang bersama-sama menghasilkan minyak dan gas dengan pasti dan selamat bagi negara. Saya berbangga dapat bekerja di dalam sebuah syarikat yang dinamik dan memahami bahawa kejayaan terletak di dalam tangan warga kerja dan kumpulan-kumpulan kami. Isu kali ini memaparkan beberapa kejayaan kami hasil perkongsian jitu yang dimaksudkan. Warga kerja kami amat komited untuk menjana masa hadapan Brunei. Bagi mencapai wawasan ini, kami harus mempastikan supaya kami terus menjadi peneraju teknologi yang beroperasi dengan cemerlang. Pemasangan dua platform Osprey dan juga penyiapan Eksplorasi Salman-2 oleh kumpulan-kumpulan Projek dan Eksplorasi Utama, menjadi lambang kepada dedikasi mereka untuk
memperluaskan lagi inovasi dan kecemerlangan. Syabas semua! Keselamatan akan terus diberi keutamaan bagi warga kerja kami. Kenalilah sebarang ancaman bahaya sebelum ianya merebak menjadi satu insiden, demi mempastikan yang semua orang dapat pulang ke rumah dengan selamat kepada keluarga masing-masing. Ini menjadi salah satu sebab mengapa BSP menganjurkan Hari Keselamatan, melalui Jabatan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar serta sokongan lain-lain kumpulan dan individu. Hari Keselamatan adalah peluang untuk meluangkan masa merenungkan isu keselamatan serta memperkukuhkan lagi Tatacara BSP dalam usaha mewujudkan tempat kerja yang bebas daripada insiden serta kecederaan. Keselamatan bukan sahaja penting bagi industri tetapi juga satu Tatacara yang kritikal bagi semua. Usaha yang kami jalankan di sekolah-sekolah dan di kalangan anggota-anggota masyarakat setempat mempastikan kami dapat menyebarkan mesej keselamatan di peringkat akar umbi dan mewujudkan kesedaran tentang isu ini bagi masa hadapan Brunei. Warga kerja, keselamatan, inovasi, kecemerlangan dan masyarakat; inilah perkara-perkara yang amat diambil berat oleh BSP. Terima kasih dan tempuhilah hari yang selamat.
Ken Marnoch Pengarah Urusan BSP
KANDUNGAN 04 Masa untuk Keselamatan 05 Hari Keselamatan Jalanraya di Sekolah Rendah SOAS 06 Sembilan penolong Kounselor sertai BSP 07 BSJV menderma 08 - 09 Osprey - Kembar Aset West
05
10 - 11 BSP Bomba - Dulu, kini, masa hadapan... 12 Kajian Seismik Broadseis berjaya disempurnakan 13 SKID berjaya hasilkan Telaga Ular yang Mencabar 14 - 15 Membuka Tirai Senario Lensa Baru Shell
12
14
16 Doa Selamat untuk Salman-2 17 Perkhidmatan komuter bas 18 Perlaksanaan Penyelenggaraan dan Integriti 19 Forum komuniti Pengurusan
17
18
Maklumat
BEBAS INSIDEN
Masa untuk keselamatan Acara tahunan Hari Keselamatan Shell bagi wargakerja dan rakan niaga
Ken Marnoch, Pengarah Urusan BSP melancarkan Hari Keselamatan di Atrium
S
etiap tahun Shell menganjurkan Hari Keselamatan global bagi kakitangan serta para kontraktornya sebagai usaha memperkukuhkan budaya keselamatan. Pada 2013 Hari Keselamatan yang ketujuh telah diadakan. Pada Hari Keselamatan semua kakitangan dan kontraktor-kontraktor digalakkan untuk meluangkan masa bagi memikirkan tentang keselamatan. Ianya adalah hari untuk berkumpul dan berkongsi idea serta amalan-amalan terbaik, atau bekerjasama sebagai satu kumpulan menghasilkan pelan peningkatan berterusan bagi prestasi keselamatan, dan juga untuk merenung komitmen terhadap keselamatan secara peribadi atau berkumpulan. Di Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP), acara Hari Keselamatan telah bermula di Atrium BSP dengan penyampaian maklumat dan pameran yang dianjurkan oleh HSE dan Megamas (rakan perniagaan /kontraktor) selama tiga hari dan dibuka kepada kakitangan semua Syarikat-syarikat Usahasama Brunei Shell (BSJV) dan juga kakitangan syarikat-syarikat milik rakan-rakan perniagaan. Tema tahun ini adalah “Masa Untuk Keselamatan” dengan penumpuan terhadap: • Mendemonstrasikan Hari Keselamatan sebagai sebahagian daripada perjalanan Shell menuju ke Sasaran Sifar dan juga mengukuhkan ikrar ‘Way of Being’ atau tatacara BSP iaitu bagi “Mewujudkan Tempat Kerja Bebas Insiden dan Kecederaan. • Memperluaskan asas yang kukuh bagi pendekatan ‘Keselamatan Peribadi’ dan ‘Keselamatan Orang Lain. • Mengukuhkan prestasi Keselamatan Proses serta memperdalamkan perbincangan di pejabat melalui hubungan dengan kakitangan barisan hadapan. • Menguatkan penyelarasan hal ehwal Keselamatan dengan Rakan-Rakan Perniagaan
04
Pekeriksaan tangki minyak di STL - Salah satu aktiviti semasa Hari Keselamatan
Semasa menyatakan ikrar beliau sempena Hari Keselamatan, Ken Marnoch, Pengarah Urusan BSP telah menekankan yang beliau akan melabur masa bagi Keselamatan dengan bertanya, menyoal serta mendengar bagi mengesan apa lagi yang menjadi penghalang kepada Keselamatan. Ken menambah bahawa beliau akan berdiri tegas di dalam perkara-perkara berkenaan Keselamatan sehingga semua orang benar-benar selamat. Sesi penyampaian dan pameran di Atrium BSP meliputi tajuk-tajuk seperti Pengurusan Perubahan oleh Rangkaian TW-Menang (Telaga); bengkel Keselamatan Operasi oleh HSE yang meliputi tajuk Pelaporan Insiden, Memahami ‘bow-ties’ dan Belajar Dari Insiden; Membawa Keselamatan Pulang yang menggalakkan kakitangan menyebarkan pemahaman Keselamatan kepada ahli keluarga serta sahabat handai; Keselamatan Proses Bagi Sub-permukaan (DEP) dan juga tajuk berkaitan pelaporan insiden serta intervensi bagi mempastikan insiden dilapor dengan segera dan tepat, selain menggalakkan intervensi demi mempertahankan Keselamatan. Turut dijalankan serentak adalah lawatan ke lokasi kerja sepanjang tempoh tiga hari oleh pemimpin-pemimpin (Pengarah dan pegawai kanan) Kumpulan Penilaian Prestasi Bulanan BSP (MPRT) ke semua kawasan kerja untuk bertemu dengan pekerja dan penyelia di barisan hadapan dan menyebarkan mesej Masa Untuk Keselamatan. Fons Claessens (UIN SE & Pengurus SP), Stuart Goodman (Wakil Pemegang Saham Shell) yang ada di Brunei pada masa itu, telah melawat lokasi-lokasi luar pantai dan projek-projek bersama-sama dengan Ketua HSE BSP, Haji Idris Jaafar, semasa Hari Keselamatan. Mereka telah melawat Yad Pembinaan Marin, Fairley 4 dan Champion 7, sementara Ken Marnoch telah melawat Aset Darat di Rasau, Tank Group 31, Loji Pemampatan Gas Baru (NGCP) dan Tiong.
RAKANKONGSI BERJAYA
Hari Keselamatan Jalanraya di Sekolah Rendah SOAS
S
ebagai satu usaha berterusan bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalanraya, Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) telah sekali lagi berkolaborasi dengan Majlis Keselamatan Jalanraya Kebangsaan (MKJK) untuk menganjurkan kempen keselamatan jalanraya. Objektif utama kempen yang dianjurkan adalah untuk menyebarkan maklumat serta mempromosi keselamatan jalanraya. Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan kemalangan jalanraya di Brunei adalah berpunca dari pemanduan laju serta memandu secara cuai dan melulu seperti mengikut kenderaan hadapan dengan terlalu hampir, menggunakan telefon bimbit semasa memandu serta tidak menghiraukan lampu isyarat jalanraya. Sejajar dengan aspirasi MKJK sasaran ditetapkan bagi bersama-sama menangani punca-punca utama kemalangan jalanraya bagi menjadikan jalanraya di Brunei lebih selamat melalui pengukuhan mesej-mesej serta perilaku yang menyumbang kepada keselamatan jalanraya. Kempen dianjurkan di beberapa buah sekolah di dalam negara bagi menyedarkan generasi muda tentang kepentingan menjaga keselamatan di jalanraya. Kempen ini juga bertujuan meningkatkan lagi pengetahuan berkenaan peraturan keselamatan jalanraya dan etika memandu bagi mereka yang bakal menerima lesen
memandu masing-masing dalam masa yang terdekat. Usaha murni ini dijangka melibatkan lebih daripada 2,000 pelajar. Di dalam ucapan beliau di majlis yang diadakan di Sekolah Rendah Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Kuala Belait, Hj Idris Hj Jaafar, Ketua Kesihatan, Keselamatan, Kesejahteraan dan Alam Sekitar (HSSE) di BSP, telah menekankan betapa pentingnya keselamatan diamalkan di dalam kehidupan seharian kita demi faedah bersama. Aspek keselamatan ini turut merangkumi pematuhan terhadap peraturan keselamatan jalanraya. Pihak BSP terus mengukuhkan lagi mesej ini melalui inisiatif “Tell-A-Friend”, satu kempen keselamatan jalanraya yang menyeru supaya mesej-mesej keselamatan jalanraya disampaikan kepada ahli-ahli keluarga serta sahabat handai, di samping menjadi pelengkap kepada usahausaha MKJK menangani punca-punca utama kemalangan jalanraya. Punca-punca yang dikenalpasti ini menjadi asas kepada 5 mesej penting iaitu, pemakaian talipinggang keselamatan, mengelakkan penggunaan telefon bimbit semasa memandu, mematuhi had kelajuan, menggunakan lintasan pejalan kaki dan pemakaian topi keledar. Antara pihak yang mengambil bahagian adalah MKJK, Polis Diraja Brunei, Jabatan Pengangkutan Darat dan Megamas. 05
BRUNEI YAKIN
Sembilan penolong kaunselor sertai BSP
S
yarikat Minyak Brunei Shell Sdn. Bhd (BSP) telah mengadakan majlis menandatangan kontrak pelantikan 9 penolong kaunselor di Royal Brunei Polo and Berkshire and Riding Club pada 25 Jun 2013. Pelantikan penolong-penolong kaunselor tersebut adalah satu usaha pihak BSP bagi meningkatkan pembangunan rohaniah serta pengetahuan di kalangan kakitangannya dan menyokong hasrat kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam bagi membangunkan sebuah negara Zikir. Peranan utama para penolong kaunselor tersebut adalah mengimamkan solat fardhu berjemaah harian serta menyediakan khidmat sokongan, nasihat dan bimbingan berkenaan hal ehwal keugamaan bagi kakitangan BSP dan Brunei LNG. Mereka juga bertanggungjawab menggalakkan para individu menunaikan tuntutan-tuntutan ugama, selain mengadakan sesi-sesi interaktif secara peribadi dengan para kakitangan bagi mendengar serta memberi bimbingan. Inisiatif tersebut yang telah mendapat sokongan Kementerian Hal Ehwal Ugama, diharapkan dapat menambah keberkatan Allah Subhanahu Wata’ala bagi usaha pihak syarikat mengeluarkan minyak dan gas untuk manfaat ekonomi Brunei Darussalam. Ini merupakan kali pertama BSP melantik penolongpenolong kaunselor ugama yang dihantar bertugas ke aset-aset luar pantai BSP seperti Fairley, Champion dan Ampa. Selain itu mereka juga ditempatkan di ibu pejabat BSP dan Brunei LNG bagi menyediakan khidmat nasihat dan sokongan ke arah perkembangan rohaniah serta kebajikan rakan-rakan sejawat mereka. Sembilan orang yang telah dilantik adalah 1) Haji
Muhammad Najmuddin Bin Hj Md. Said 2) Nurul Zulfadhli Bin Abdullah 3) Haji Abdul Wafiy Bin Haji Amat 4) Mohammad Ha’adiy Bin Jofri 5) Mohammad Rifaie Bin Haji Mohammad Noor 6) Nordin Bin Haji Mohamad 7) Mohammad Qayum Bin Ahmad Senusi 8) Ak. Hj Md Amil Zulha’adi Pg Hj Besar 9) Alassarir Bin Hj Awg Othman. Hadir di majlis sebagai tetamu kehormat adalah Yang Mulia Pg Dato Paduka Haji Bahrom bin Pg Haji Bahar, Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama. Di dalam ucapan beliau, Pengarah Sumber Tenaga Manusia, Haji Kamaluddin Bin Hj Bungsu berkata, ``Sebagai rakyat Brunei yang telah diamanahkan untuk membangunkan sumber tenaga manusia syarikat ini, saya ingin menyeru semua penolong-penolong kaunselor supaya tidak mensia-siakan peluang yang telah diberikan kepada mereka ini. Pada masa yang sama mereka dapat menyelami pengetahuan tentang industri minyak dan gas serta menghargai kepentingannya kepada negara.’’ ``Majlis pada hari ini adalah manifestasi hasrat pihak syarikat untuk menyumbang kepada pembangunan keseluruhan sumber tenaga manusia negara. Usaha ini juga menunjukkan bahawa peluang-peluang pekerjaan di BSP boleh diwujudkan di dalam berbagai disiplin yang berbeza, walaupun jumlahnya tidak sebanyak yang boleh diwujudkan di dalam bidang kejuruteraan dan teknikal.’’ ``Adalah menjadi hasrat syarikat untuk melihat inisiatif ini mendatangkan impak positif serta membantu meningkatkan produktiviti di dalam organisasi ini. Pihak BSP percaya bahawa teras kerohanian yang kukuh akan membawa kepada produktiviti kerja berkualiti di kalangan kakitangan. Insya’ Allah, ini akan membawa kepada kejayaan di dalam industri gas dan minyak negara,’’ tambah Hj Kamaluddin.
Sembilan Penolong Kaunselor (berdiri) bergambar ramai beserta tetamu kehormat 06
PILIHAN SEMULAJADI
Syarikat-syarikat BSJV menderma kepada anak-anak yatim Daerah Belait
S
yarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) telah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim Daerah Belait sebagai usaha meringankan beban serta meraikan mereka bersempena dengan Ramadhan Al-Mubarak, di dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Masyarakat Pusat Ihsani di Seria. Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada 626 anak-anak yatim terdaftar yang berusia 18 tahun ke bawah dari Kuala Belait, termasuk anak-anak yatim bekas kakitangan BSP, Syarikat Pemasaran Minyak Brunei Shell (BSM), Brunei LNG (BLNG) dan Brunei Gas Carriers (BGC). Seramai 10 kakitangan yang telah lama berkhidmat dengan Syarikat-syarikat Usahasama Brunei Shell (BSJV) telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada anakanak yatim yang hadir. Majlis telah dihadiri oleh ahli-ahli Majlis Perundangan Daerah Belait, Yang Berhormat Hj Mohd Shafiee Bin Ahmad serta Yang Berhormat Hj Mohd Yusof Bin Hj Dulamin dan Pegawai Daerah Belait, Yang Mulia Hj Haris Bin Hj Othman. (to be confirmed) Turut hadir Hj Salleh-Bostaman Bin Hj Zainal Abidin, Pemangku Pengarah Urusan BSP. Selain mengimarahkan Ramadhan dan membantu para anak yatim ini menyambut Hari Raya Aidilfitri, majlis yang diadakan bertujuan mengukuhkan perhubungan silaturrahim di antara masyarakat setempat dan BSP. Sumbangan telah dikumpul melalui sumbangan kakitangan kepada Tabung Anak Yatim Syarikat-syarikat Usahasama Brunei Shell yang menyediakan saluran bagi mereka menjalankan tanggungjawab amal jariah secara sukarela. Pihak BSP turut menambah sumbangan yang dikumpul sebagai komitmennya kepada inisiatif Pelaburan Sosial yang bertujuan mempertingkatkan lagi taraf kehidupan masyarakat tempatan. Bagi memberkati majlis, doa selamat telah dibaca oleh Kaunselor Ugama BSP dan diikuti dengan pembacaan Surah Yassin dan Tahlil.
Kakitangan yang lama berkhidmat, Hajah Sabariah binti Haji Jaya (kanan) menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim
Pg Yunus bin Pg Hj Yusof (kiri), kakitangan yang lama berkhidmat turut menyampaikan sumbangan 07
SUMBER BERDAYATAHAN
Osprey - kembar Aset West Pemasangan jaket dan platform di luar pantai bagi projek Osprey
D
Jaket Osprey merupakan jaket tertinggi pernah dibina oleh BSP
Platform Osprey dipindah ke atas baj sebelum dibawa ke luar pantai
08
itemui pada 1975, Padang Osprey adalah sebuah padang gas pinggiran 52km ke arah utara dari Seria dan terletak di dalam Aset Barat. Padang pengeluar minyaknya yang terhampir adalah Egret, 20km ke arah barat daya. Sehingga kini, dua telaga eksplorasi dan dua telaga penilaian telah digali. Blok A (pada kedalaman lebih 70 meter) dan Blok C (pada kedalaman lebih 80 meter) mengandungi sejumlah besar kandungan gas yang ada. Pembangunan Padang Osprey adalah dipandu oleh Strategi ‘Hasilkan Gas’ BSP. Mengikut perancangan, empat telaga perlu digerudi melalui OSWJ-01, sementara tiga lagi melalui OSWJ-02. Sebuah talian paip 10” sepanjang 8km menyambungkan kedua-dua Platform Satellite Standard (SSP) ini. Pengeluaran dari platform-platform tersebut akan disalurkan melalui talian paip 16” ke EGDP-01 dan seterusnya ke Ampa 6 bagi menjalani proses pengasingan gas untuk dieksport. Konsep SSP yang digunakan bagi Osprey akan menjadi asas kepada pembangunan lebih banyak padang pinggiran di dalam kawasan konsesi BSP. Ianya adalah satu konsep pembangunan yang dikemaskini yang membolehkan Osprey dibina dengan kos yang kecil berbanding platform biasa. Bersama-sama dengan langkah-langkah penjimatan kos yang lain, konsep ini memungkinkan pembangunan padang pinggiran dengan kandungan hidrokarbon yang lebih kecil seperti Osprey. Projek ini telah menerima anugerah serantau UI Impact Award bagi kategori Inovasi/Pengekalan Pertumbuhan dan Reputasi pada Januari 2012. Platform-plaform berkaki empat tersebut menggunakan kuasa solar kerana hanya kemudahan serta instrumentasi yang asas sahaja yang dipasang pada bahagian topside. Paip yang digunakan adalah mengikut spesifikasi sepenuhnya dan talian paip yang dipasang dilindungi daripada kakisan melalui proses kimia. Komunikasi dengan FA-4 adalah melalui antena tanpa wayar di platform EGDP-01.
Kumpulan MPY yang disokong pelbagai pihak di dalam dan di luar organisasi MPM telah mengambil alih peranan kumpulan barisan hadapan projek yang bertanggungjawab menghasilkan kemudahan di permukaan, termasuk dua platform SSP dan talian paip pada Februari 2011. Pembangunan sub-permukaan dikketuai oleh kumpulan WPE. Strategi pelaksanaan projek tersebut adalah berdasarkan projek-projek MPM terdahulu seperti Mampak, Bugan, SKID dad Bubut Danau. Rekabentuk Konsep dan Terperinci telah dijalankan oleh perunding kejuruteraan MPM, Damit Worley. Strategi pemerolehan memaksimakan perkhidmatan pembekal dan agen-agen tempatan. Pembinaan bahagian jaket dan topside telah diberikan kepada SKS Sdn Bhd dan dijalankan di Yad Pembinaan Marin BSP (MCY) serta yad fabrikasi Sg Duhun milik SKS. Sementara itu, skop pemasangan luar pantai telah diberikan kepada Swiber Offshore Ltd. Aktiviti-aktiviti pentauliahan telah diketuai oleh kumpulan pentauliahan MPM. Jaket atau kaki platform OSWJ-02 berukuran 83 meter adalah yang tertinggi pernah dipasang oleh BSP. Penggunaan aluminium (berbanding dengan kayu) bagi pelapik lumpurnya yang digunakan untuk menstabilkan
jaket di dasar laut semasa ianya dipasang dan sebelum pemasangan cerucuk, serta penggunaan pemancar tanpa wayar di bahagian topside adalah yang pertama di BSP. Pemasangan kedua-dua jaket di luar pantai oleh baj pengangkatan Swiber PJW3000 telah berlangsung pada tahun ini, sementara pemasangan talian paip telah dijalankan oleh Swiber Conquest dan penyambungan talian paip ini di dasar laut pula telah dikendalikan oleh Jaya Installer. Projek ini hampir sampai ke penyudahannya di luar pantai dengan pra-pentauliahan talian paip dan proses penyambungan terakhir berjalan lancar. Mengikut perancangan, operasi projek akan diserahkan kepada Aset Barat pada suku tahun ke-empat apabila platform-platform ini akan dihidupkan sistemnya dan paipnya pula dilindungi menggunakan nitrogen sementara menunggu rig penggerudi tiba. Penggerudian melalui OSWJ-01 dijadualkan pada Mei 2014 menggunakan West Defender dan penggerudian di OSWJ-02 pula akan bermula pada Mac 2015 menggunakan Maersk Completer. Kedua-dua platform dijangka mencapai pengeluaran puncaknya pada 2015.
Projek Osprey telah menerima anugerah serantau UI Impact Award bagi kategori Inovasi / Pengekalan Pertumbuhan dan Reputasi pada bulan Januari 2012 09
OPERASI CEMERLANG
Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat BSP - Dulu, kini, masa hadapan... Melihat kembali sejarah bermulanya pasukan Bomba BSP Bahagian 2
Dekad 1990 – Dekad 2000 Pada 1996, perkhidmatan ini telah mula menggantikan 13 jentera bomba yang sedia ada pada masa itu dengan sembilan jentera yang lebih maju serta tiga ambulans. Projek pemerolehan ini telah memperkenalkan penggunaan Jentera Penyembur Air, dua Jentera Penyembur Buih, dua Jentera Penyelamat, sebuah Kenderaan Tindak Pantas, sebuah Unit Kawalan Kecemasan dan tiga ambulans ke dalam Perkhidmatan Bomba. Pada awal tahun 1990an sebuah logo perkhidmatan bomba telah mula digunakan. Logo ini yang dihasilkan oleh salah seorang angota bomba tempatan berbakat, Encik Bakeri Kamsani, telah diambil sebagai lambang rasmi jabatan yang diubahsuai menjadi logo rasmi perkhidmatan bomba yang ada pada hari ini. Pada 1997, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat untuk menyaksikan kelengkapan yang perlindungan kebakaran yang digunakan di Syarikat Minyak Brunei Shell. Jabatan Perkhidmatan Bomba telah mengatur pameran statik kelengkapan penuh sempena lawatan tersebut. Pada 2002, buat pertama kalinya satu pengambilan serentak bagi 10 anggota-anggota rekrut baru telah diadakan sebagai persediaan menggantikan para anggota serta pegawai yang bakal bersara. Pada kebiasaannya jabatan ini hanya mengambil pengganti mengikut kaedah kuota semenjak beberapa dekad yang lalu. Rekrut-rekrut baru tersebut telah menjalani latihan dalaman dikendalikan oleh pegawai-pegawai latihan bomba yang dilantik dan kini berada di barisan hadapan perkhidmatan. Majlis tamat latihan bagi mereka telah 10
diadakan secara besar-besaran yang disertakan acara lintas hormat diiringi oleh pancaragam kawad pihak berkuasa tempatan. Pada awal 2006, BSP HSE/11 dan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Brunei (JPBPB) telah memulakan usaha untuk menyelaraskan modul latihan bagi disiplin Kebakaran Hidrokarbon. Proses ini telah berlangsung sehingga kini dan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan anggota-anggota JPBPB tentang keperluan pemadaman Kebakaran Hidrokarbon, berbanding dengan kaedah pemadaman kebakaran dan menyelamat yang biasa diamalkan oleh JPBPB. Berbagaibagai sesi latihan bersama memadam kebakaran telah dijalankan secara teori dan praktikal. Pengetahuan yang dipelajari kemudiannya diamalkan semasa menangani insiden yang mengakibatkan krisis atau latihan tindakbalas kecemasan. Kini perhubungan di antara Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat BSP dan JPBPB telah meningkat ke arah tahap profesional. Apa yang bermula sebagai usaha bantumembantu secara tidak formal semakin berpotensi untuk diperkukuhkan lagi melalui penandatanganan sebuah dokumen Memorandum Kerjasama. Saluran-saluran untuk berdialog masih terbuka luas sehingga ke hari ini dan akan menjadi satu detik penting di dalam sejarah kedua-dua perkhidmatan bomba ini. Pada 2010, satu lagi detik penting tercatat di dalam sejarah jabatan bomba BSP apabila jentera-jentera bomba baru telah dibeli bagi menggantikan jentera-jentera lama yang dibeli pada 1996. Apa yang menarik tentang projek pembelian tersebut adalah kepercayaan yang diberikan kepada anggota-anggota bomba tempatan BSP untuk merekabentuk, memperincikan serta menilai bida, menjalankan ujian di lapangan bagi kelulusan teknikal serta
mengesahkan jentera-jentera baru dan ambulans. Berserta dengan wakil-wakil dari Jabatan Pengangkutan dan Logistik STL/3, Jabatan Bomba BSP telah berusaha mempastikan yang jentera-jentera yang telah dibeli mematuhi standardstandard kebangsaan dan antarabangsa sebelum dihantar ke Brunei. Jabatan ini juga mengambil langkah berani untuk mengubah warna merah pekat yang biasa digunakan bagi jentera bomba kepada warna kuning cerah (seperti yang disyorkan oleh standard-standard antarabangsa yang bertujuan untuk menjadikan jentera bomba nampak lebih jelas dan selamat dipandu apabila dalam perjalanan ke lokasi kecemasan di kawasan kurang pencahayaan). Penyerahan dan pentauliahan rasmi jentera-jentera baru tersebut telah diadakan dengan meriah dan dihadiri para tetamu undangan yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Daerah, pegawai-pegawai kanan kerajaan dari Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Brunei dan wakilwakil pengurusan atasan BSP. Sebagai sebahagian daripada projek pemerolehan besar-besaran ini, pada tahun yang sama jabatan bomba BSP juga telah menambah keupayaannya dengan menggunakan kelengkapan sokongan seperti bot penyelamat laju dan motosikal ATV bagi memudahkan penyenggaraan tumpahan minyak. Pada hari ini kumpulan BSP HSE/11 terdiri daripada 45 anggota-anggota lelaki dan wanita yang terlatih untuk menyediakan perkhidmatan memadam kebakaran, penyelamatan dan tindak balas kecemasan di dalam kawasan utama dan pinggiran yang terletak di dalam bidang kuasa and kawasan operasi BSP. Disiplin serta tanggungjawab sebagai anggota bomba BSP pada hari ini merangkumi tujuh bidang utama: • Pemadaman Kebakaran Hidrokardon Industri – Sektor Huluan dan Hiliran BSP di Daratan • Bomba dan Penyelamat Bandaran – Aset-aset BSP
•
• • •
•
di Daratan Serta Sokongan Kepada Masyarakat Daerah Belait Kebakaran dan Menyelamat Kebakaran Aerodrom – Jabatan Penerbangan BSP Serta Sokongan Kepada Daerah Belait dan pasukan tentera British Army 7th Flights Tindak Balas Bahan-bahan Merbahaya - Sektor Huluan dan Hiliran BSP di Daratan Serta Sokongan Kepada Agensi-agensi Kerajaan Tempatan Penyelamatan Taktikal Menggunakan Tali – Operasi BSP Serta Sokongan Kepada Agensi-agensi Kerajaan Tempatan Tindak Balas Kecemasan Rawatan Perubatan– Operasi Bersama Petugas Perubatan BSP HML Serta Sokongan Kepada Agensi-agensi Kerajaan Tempatan Pasukan Intervensi Pertama Bagi Tindak Balas Tumpahan Minyak
Pada hari ini juga, peranan Perkhidmatan Bomba BSP, sudah menjangkau kepada tahap kepakaran di dalam semua bidang berkenaan isu perlindungan kebakaran serta menyelamat di dalam operasi syarikat dan menjadi orang tumpu bagi tugas ini. Kepercayaan yang diberi ini telah mempertingkatkan lagi penumpuan untuk mengenalpasti lebih banyak keperluan kod-kod keselamatan kebakaran tempatan dan luar negara. Semua ini kemudiannya harus disesuaikan dengan keperluan-keperluan BSP, cara-cara pelaksanaan serta penguatkuasaan standard yang diluluskan oleh pihak syarikat berkaitan dengan Bomba dan Menyelamat. Para Pegawai Bomba yang sedia ada amat melibatkan diri masing-masing dengan pihak aset-aset BSP bagi mempastikan yang keselamatan kebakaran dipandang serius di dalam apa jua operasi perniagaan.
11
KELEBIHAN INOVATIF
Kajian Seismik Broadseis Timur Dalam berjaya disempurnakan
Oleh Hamizah Hanim Hamzah TSG/11
K
ajian seismik bersama yang terbesar pernah dijalankan di Brunei telah disempurnakan baru-baru ini dengan meliputi kawasan melebihi 3,800 km2 di kawasan luar pantai timur negara. Kajian Seismik Broadseis Timur Dalam adalah sebenarnya sambungan kepada kajian Barat Dalam yang dijalankan pada tahun lepas dan kedua-dua kajian ini telah meliputi kawasan keseluruhan seluas lebih kurang 7000km2. Kajian Timur Dalam merupakan satu projek melibatkan beberapa pihak kerana kawasan liputan kajian tersebut menjangkau konsesi-konsesi hakmilik beberapa syarikat berlainan. Syarikat Minyak Shell Petroleum Sdn Bhd (BSP) telah berperanan sebagai operator utama projek dalam satu kolaborasi di antara Total E&P Borneo B. V., Shell Deepwater Borneo Ltd (SDB) dan PetroleumBRUNEI. Kajian dikendalikan oleh Jabatan Geomatik (TSG) BSP dan dijalankan CGG, salah satu rakan perniagaan pakar BSP, dan mengambil masa hampir lima bulan untuk disiapkan. Menurut Stephen Smith, ketua kumpulan Kajian Seismik BSP, kajian yang dijalankan telah mencatat lebih 341,000 jam kerja tanpa melaporkan sebarang insiden yang boleh direkod, menjadikan ini asas kepada prestasi yang cemerlang. Simon Eaton, Pengarah Urusan SDB telah memuji prestasi kajian tersebut yang disudahkan dengan berjaya dan selamat, yang menurut beliau adalah sesuatu yang amat dihargai oleh pihak SDB. “Ini adalah satu kajian yang penting bukan sahaja kerana skalanya yang besar atau teknologinya yang canggih, tetapi juga bagi model komersilnya serta pendekatannya yang melibatkan pelbagai pihak. Ianya akan menjadi pembuka jalan bagi kerjasama seterusnya,” kata beliau. Kenyataan ini juga dipersetujui oleh Ketua Ahli Geofisik Total Amir Kabbej yang menekankan bahawa “kerjasama secara ini di antara operator-operator yang berlainan sememangnya satu pendekatan yang tepat”.
12
(Atas)Kapal Geowave Voyager yang digunakan bagi kajian seismik. (Gambar sisip) Membuat perancangan perjalanan kapal
Data seismik adalah penting bagi eksplorasi serta pembangunan padang minyak dan gas kerana data ini memberikan gambaran tentang apa yang sebenarnya ada di bawah permukaan bumi. Teknik Kajian Seismik Broadseis agak berbeza sedikit daripada kajian seismik konvensional, bukan sahaja dari segi teknik perolehan data tetapi juga dari segi cara data diproses dan diintepretasikan. Pihak BSP dan rakan-rakan perniagaannya adalah antara yang terawal di dunia menggunakan teknologi baru ini, yang mampu memberikan resolusi data yang lebih baik dan penembusan sub-permukaan yang lebih dalam. Pieter Van Mastrigt, Ketua Ahli Geofisik BSP, menyatakan rasa puas hati beliau terhadap liputan data menyeluruh sempadan ke sempadan bagi kawasan konsesi luar pantai BSP yang kini telah pun sempurna melalui penggunaan kaedah kajian seismik 3D yang terkini. “Integrasi lengkap (maklumat) rantaian nilai geofisik akan memberi peningkatan besar kepada pengetahuan tentang subpermukaan bagi tahuntahun yang akan datang,” komen beliau. Ini seterusnya akan menyumbang kepada perancangan yang lebih baik bagi aktiviti-aktiviti eksplorasi serta pengeluaran di dalam BSP dan juga di kalangan rakan-rakan industrinya di Brunei amnya. Ternyata kajian berskala besar ini tidak mungkin dapat disempurnakan tanpa sokongan serta kerjasama berterusan berbagai-bagai pihak yang merangkumi sejumlah jabatanjabatan di BSP, rakan-rakan perniagaannya, kementeriankementerian kerajaan Brunei, rakan-rakan dari Malaysia dan masyarakat setempat. Adimas Hj Mohammad Salleh, Ketua Ahli Geofisik PetroleumBRUNEI telah menyatakan keyakinan beliau yang projek ini akan membuka jalan bagi lebih banyak peluang di masa hadapan untuk membentuk kolaborasi bagi manfaat bersama. “Semoga kejayaan akan membawa kepada lebih banyak penemuan serta produktiviti yang meningkat daripada aset-aset yang dibangunkan,” tambah beliau.
KELEBIHAN INOVATIF
SKID Berjaya Hasilkan Telaga Ular Yang Mencabar
S
yarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) telah menyempurnakan penggerudian salah satu telaganya yang paling kompleks dan mencabar di dalam kawasan luar pantai Selangkir Iron Duke (SKID). Telaga yang dinamakan ID-27st1 adalah penghasil minyak yang digerudi oleh Maersk Completer Rig di Blok 11 padang Iron Duke. Allen Pertuit, Pengurus Aset Timur BSP berkata, “Telaga ID-27st1 adalah salah satu daripada kejayaan kumpulan jurutera takungan dengan kerjasama rakan-rakan dari jabatan telaga.” “Kami mempunyai kepakaran teknikal yang sesuai bagi menghadapi cabaran ini dan telah menunjukkan kepada semua pihak yang berkepentingan dalam perniagaan BSP bahawa kami mampu merekabentuk dan menggunakan teknologi bertaraf dunia di sini. Kami sekarang sudah boleh mengeluarkan hasil daripada takungan-takungan yang tidak lama sebelum itu dianggap mustahil dapat ditembusi.”
Kepanjangan telaga ID-27st1 mencapai hampir 7.5 kilometer dan ianya “menyelusuri” takungan sasaran pada kedalaman hampir 2.8 kilometer. Trajektori telaga ini mempunyai tiga lengkungan utama di bahagian mendatarnya yang sepanjang tiga kilometer dan ini menjadikannya telaga kedua paling kompleks pernah digali di dalam sejarah BSP. Bagi menggali sehingga ke paras kedalaman yang dirancang sambil mengikut trajektori kompleks ini, kumpulan projek telah menggunakan paip penggerudian yang diperbuat daripada aluminum dan bukan besi seperti kebiasaannya. Gabungan teknologi baru, perancangan terperinci, amalanamalan penggerudian dan juga pengalaman para kakitangan telah menyumbang kepada kejayaan mencapai kedalaman telaga mengikut rancangan. Kepala penggerudi yang digunakan juga telah berjaya dikeluarkan semula tanpa sebarang halangan yang tidak dapat diatasi. Keadaan lubang yang digerudi telah membolehkan pemasangan lancar pelapik sepanjang tiga kilometer dijalankan bagi mengukuhkan bahagian sambungan kepada takungan sasaran. Pengarah Urusan BSP, Ken Marnoch berkata, “Projek SKID telah dijayakan dalam masa kurang daripada setahun dan telah menghasilkan prestasi terbaik bagi projek seumpamanya yang diukur mengikut penanda aras projek peringkat global di Shell dan juga di serata industri minyak dan gas.” Projek SKID membangunkan kawasan Selangkir dan blok utara padang Iron-Duke (Blok 11) melalui platform SKWJ01, terletak 40 kilometer di luar pantai Muara. Fasa pertama penggerudian melibatkan lima telaga pengeluaran, tiga telaga penilaian dan sebuah telaga Ekoran kejayaan telaga eksplorasi pada 2011, dua lagi telaga pengeluar telah dimasukkan ke dalam senarai perancangan penggerudian dan akan mula digerudi pada suku tahun kedua dan ketiga tahun ini. Projek SKID menyampaikan sumbangan penting kepada BSP dengan mengeluarkan minyak dan gas melebihi sasaran pengeluarannya. Projek ini adalah yang keempat di dalam siri penghasilan kemudahan BSP yang dijayakan oleh Kumpulan Projek Utama BSP dengan kerjasama erat para Platform SKID dimana telaga ID-27 digerudi vendor tempatan sepanjang lima tahun kebelakangan ini.
13
SUMBER BERDAYATAHAN
Membuka tirai Senario Lensa Baru Shell Senario-senario baru meninjau dua kemungkinan yang akan menjadi halatuju abad ke 21
J
ulai 1, 2013 - Shell telah meninjau dunia masa hadapan serta mengukuhkan pemikiran strategik selama lebih 40 tahun melalui pembangunan senariosenario bagi. Senario-senario tersebut dibina berasaskan bidang kepakaran meluas daripada dalam dan luar syarikat yang kini telah menjadi ikutan pada peringkat global di kalangan kerajaan-kerajaan, ahli-ahli akademik serta perniagaan-perniagaan. Pada Februari 28, 2013, Shell telah mengumumkan senario-senario baru yang meninjau dua kemungkinan yang akan menjadi halatuju abad ke 21, dengan implikasiimplikasi yang amat berbeza bagi masyarakat serta sistem tenaga dunia. Salah satu senario tersebut menggambarkan bahawa gas semulajadi yang lebih bersih pembakarannya akan menjadi sumber tenaga dunia paling penting menjelang tahun-tahun 2030 dan seterusnya, yang juga merupakan tindakan awal menghadkan pelepasan karbon dioksida. Senario yang kedua meramalkan tenaga suria sebagai sumber tenaga utama menjelang 2070, tetapi dengan tindakan yang lebih perlahan bagi menangani ancaman perubahan iklim. Senario-senario Lensa Baru yang dibina berdasarkan trend ekonomi, politik dan tenaga yang menjangkau sehingga tahun 2100, menekankan tentang peranan kritikal dasar-dasar kerajaan dalam membentuk masa hadapan. Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) telah melancarkan Senario-senario Lensa Baru peringkat Brunei Darussalam di Goldstone Ballroom, Hotel Centrepoint Gadong, bagi berkongsi pandangan globalnya berkenaan trend di dalam sektor tenaga sepanjang 50 tahun yang akan datang. “Penerapan strategi Senario-senario Lensa Baru di Brunei Darussalam mengukuhkan lagi komitmen Shell untuk berkolaborasi di dalam agenda-agenda berkaitan tenaga untuk negara ini dan juga rantau ASEAN, ‘’ kata Pengarah Urusan BSP Ken Marnoch di dalam ucapan alu-aluan beliau semasa majlis pelancaran tersebut. Beliau menambah lagi bahawa, “Bidang-bidang yang disentuh amat relevan kepada Brunei Darussalam, di mana permintaan terhadap tenaga dan bekalan air terus meningkat dengan pertumbuhan industri-industri intensif tenaga yang penting bagi mencapai Wawasan Ekonomi Brunei Darussalam 2035.” Penceramah jemputan Dr Cho-Oon Khong, Ketua Penganalisa Politik di Shell International telah memberikan pandangan menyeluruh berkenaan Senario-senario Lensa Baru kepada para tetamu yang hadir. Dr Khong mempunyai 20 tahun pengalaman mengetuai serta mengambil bahagian di dalam projek-projek senario peringkat negara. Beliau terlibat aktif membangunkan Senario-senario Global Shell bagi tahun-tahun 1995, 1998, 2001 dan 2005, selain membangunkan Senario-senario Tenaga Shell 2008 dan juga Senario-senario Lensa Baru
14
Dr Cho-Oon Khong memberikan pandangan mengenai senario-senario tersebut
2013. Majlis pelancaran telah diikuti dengan sesi bengkel di sebelah petang di mana para peserta telah mengadakan perbincangan bagi memahami kedua-dua senario dengan lebih baik dan melakar senario yang lebih spesifik berkenaan keadaan geopolitik, ekonomi dan sektor tenaga bagi Brunei dan ASEAN. Pembentangan Dr Khong telah menjelaskan bahawa Senario-senario Lensa Baru Shell menyediakan analisa mendalam tentang bagaimana pengaruh ekonomi, sosial dan politik akan berkembang pada abad ke-21 dan kesannya terhadap sistem tenaga global dan alam sekitar. Dengan jumlah penduduk dunia dijangka mencapai 9.5 bilion menjelang 2060 dan ledakan pertumbuhan di kalangan negara-negara ekonomi sedang membangun yang akan mengeluarkan berjuta-juta penduduknya dari kemiskinan tegar buat pertama kalinya, senario-senario Shell ini meramalkan kemungkinan bahawa permintaan tenaga sedunia akan meningkat sehingga dua kali ganda sepanjang 50 tahun akan datang. Dinamakan “Gunung-ganang” dan “Lautan”, senariosenario Shell ini meninjau dua haluan masa hadapan bagi masyarakat dunia. Setiap senario menyelami implikasi yang akan timbul terhadap rentak pembangunan ekonomi global, jenis-jenis tenaga yang akan kita gunakan serta peningkatan di dalam pelepasan gas-gas rumah hijau. Senario-senario Shell meninjau lebih jauh ke hadapan berbanding dengan lain-lain bentuk unjuran dan mendedahkan beberapa kemungkinan yang mengejutkan. Kedua-dua senario meramalkan pelepasan global karbon dioksida (CO2) akan berkurangan sehingga hampir ke tahap sifar menjelang 2100. Salah satu asas kepada ramalan ini adalah faktor peningkatan penggunaan teknologi yang mampu menghalang penambahan CO2 ke dalam atmosfera, misalnya melalui pembakaran biojisim bagi menjana elektrik dan menyimpan pelepasan yang dihasilkan di bawah
Perbincangan semasa bengkel selepas pelancaran Senario Lensa tersebut
tanah. Walaupun senario Lautan menyaksikan peningkatan mendadak bagi penggunaan tenaga solar, senario ini juga meramalkan penggunaan bahan api fosil yang bertambah dan peningkatan pelepasan CO2 keseluruhan yang lebih tinggi sepanjang abad ini berbanding dengan senario Gunung-ganang. Ini berkemungkinan akan mempunyai impak yang lebih besar terhadap iklim dunia. Senario-senario ini menumpukan perhatian kepada dasar-dasar sektor awam yang mempunyai pengaruh paling besar terhadap pembangunan bahan api yang lebih bersih serta tenaga boleh dibaharui, peningkatan kecekapan tenaga dan juga mengurangkan pelepasan gas-gas rumah hijau. Ini termasuklah: • Langkah-langkah untuk mempromosi pembangunan bandaraya yang lebih kompak dan berkecekapan tenaga, khususnya di Asia dan lain-lain tempat di dunia yang mengalami peningkatan pembangunan bandar pada kadar yg tinggi. • Mandat untuk mewujudkan kecekapan yang lebih tinggi di dalam bidang-bidang seperti pengangkutan dan pembinaan. • Dasar-dasar menggalakkan pembangunan selamat gas asli yang lebih bersih pembakarannya dan amat banyak bekalannya di dunia, di samping mempromosi penggunaannya yang lebih meluas bagi penjanaan tenaga elektrik, pengangkutan dan lain-lain. • Meletakkan harga pada pelepasan CO2 dan langlah-langkah lain yang boleh menyegerakan penggunaan teknologi bagi mengurus pelepasan, khasnya teknologi pemerangkapan dan penyimpanan karbon (CCS). Gunung-ganang Senario Gunung-ganang mengunjurkan sebuah dunia dengan pembangunan ekonomi yang lebih sederhana di mana dasar-dasar memainkan peranan penting membentuk sistem tenaga dunia dan menentukan halatuju alam sekitar. Gas asli yang membakar dengan lebih bersih menjadi tulang belakang kepada sistem tenaga dunia dan menggantikan arang batu di banyak tempat sebagai bahan api penjanaan tenaga elektrik serta lebih banyak digunakan sebagai bahan api pengangkutan. Ekoran suatu peralihan besar di dalam sektor pengangkutan, permintaan minyak global telah mencapai puncaknya pada lebih kurang tahun 2035. Menjelang penghujung abad ini, kereta dan trak yang menggunakan tenaga elektrik dan hidrogen mungkin sudah memenuhi
Senario tersebut memberi gambaran mengenai perkembangan masyarakat di masa hadapan
jalanraya. Dengan berlakunya perubahan-perubahan tersebut kepada sistem tenaga, pelepasan gas-gas rumah hijau mula menurun selepas 2030. Walaubagaimanapun, kadar pelepasan terus mengekalkan pertumbuhan yang melebihi sasaran untuk mengekang kenaikan suhu global kepada hanya 2 darjah selsius. Lautan Senario Lautan melakarkan dunia yang lebih maju tetapi bergolak, dengan lanskap sektor tenaga yang dibentuk hampir keseluruhannya oleh kuasa-kuasa pasaran serta masyarakat umum. Di dalam senario ini dasar kerajaan tidak lagi memainkan peranan yang utama. Tentangan orang ramai dan juga kelewatan mengungkayahkan dasar-dasar serta teknologi, membantutkan pembangunan sumber tenaga nuklear serta menghadkan pertumbuhan pengunaan gas asli di luar Amerika Utara. Arang batu terus digunakan dengan meluas untuk penjanaan tenaga elektrik sehingga sekurang-kurangnya pertengahan abad ini. Bagi mengetahui tentang senario Gunung-ganang dan lautan dengan lebih terperinci, sila muat turun Senariosenario Lensa Baru Shell di www.shell.com/scenarios. Shell mempunyai sejarah selama 40 tahun menggunakan perancangan senario bagi meninjau persekitaran-persekitaran yang mungkin wujud di masa hadapan, di samping mengukuhkan pemikiran yang berkaitan dengan pembuatan keputusan strategik. Bahan penerbitan yang terkini meneruskan amalan berkongsi ringkasan senario-senario yang boleh menyumbang kepada perbincangan umum tentang pendekatan-pendekatan yang harus diambil bagi menangani sebahagian daripada cabaran jangkamasa panjang yang dihadapi oleh masyarakat.
15
OPERASI CEMERLANG
Doa selamat bagi Salman-2 Kempen Explorasi dan Penilaian Iron-Duke Blok 9 siap dilaksanakan
S
atu majlis telah diadakan di Atrium ibu pejabat BSP pada 24 Jun 2013 bagi meraikan penyudahan kempen eksplorasi dan penilaian Blok 9 Iron-Duke. Majlis tersebut telah dihadiri oleh para tetamu khas dari Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri (EDPMO) dan kakitangan kanan dari jabatan-jabatan BSP. Eksplorasi Padang Hampir (NFE) di Blok 9 Iron-Duke dan kempen penilaian 2012/2013 telah berjaya disempurnakan setelah lebih 7 bulan dilaksanakan. Pada 16 Jun West Defender Jack-up telah bergerak meninggalkan lokasi ID-36, setelah selamat menjalankan program eksplorasi dan penilaian Blok 9A2 Iron-Duke, Lumba Lumba Utara dan kawasan Prospek Belanak. Di dalam ucapan beliau di majlis tersebut Dr Volker Simon (XM) telah menekankan tentang betapa pentingnya kejayaan yang telah dicapai ini. Kata beliau, “Kempen Iron Duke tidak merekodkan sebarang Kecederaan Hilang Masa (LTI) sepanjang pelaksanaannya. Ini bermakna bahawa semua yang terlibat dengan projek telah dapat pulang dengan selamat kepada keluarga masing-masing pada setiap hari projek berjalan. Sememangnya ini adalah satu pencapaian prestasi kerja berkualiti yang mengkagumkan dan menguntungkan. Tahniah!” Kempen ID-36 telah bermula pada 9 Oktober 2012 apabila rig eksplorasi tiba di lokasi untuk menggerudi telaga shake down yang pertama. Berikutan kejayaan mengoptimakan operasi, telaga terancang yang kedua dan sebuah lagi telaga bantuan telah disertakan di dalam program kempen ID-36. Seperti yang dirancang, lubang telaga yang terakhir (ID-36St6) telah bersambung dengan TD di formasi P10.20, tengah malam Sabtu 5 Mei, pada kedalaman keseluruhan 4131mAH (3224mTVDSS). Ini menjadikannya salah satu penggerudian melalui lapisan stratigrafi bumi yang paling dalam di kawasan Iron-Duke/ Bugan. Kawasan ini telah menghasilkan minyak dan gas daripada takungan-takungan hidrokarbon seperti yang dijangkakan. Namun menurut Dr Simon, “Pernah saya katakan sebelum ini bahawa menggali telaga adalah pekerjaan harian yang biasa bagi kami.
Walaubagaimanapun, Iron Duke 36 samasekali bukan satu pekerjaan yang biasa kami hadapi “. Wen Ren Lee, penyelaras aktiviti telaga bagi kempen ID-36, telah membentangkan hasil-hasil keputusan aktiviti penggerudian dengan mengiktiraf bahawa pemangkin kepada kejayaan kempen ID-36 adalah komitmen yang telah dipamerkan oleh semua yang terlibat untuk menunjukkan hasil. Pencapaian ini telah mencatat: 255 hari Sasaran Sifar. 7 telaga digerudi: 4 telaga eksplorasi 3 telaga penilaian 3 penemuan tambahan eksplorasi Lebih daripada 15000m formasi baru digerudi Kempen eksplorasi 2013 diteruskan dengan usaha gigih untuk menemui padang-padang minyak serta simpanan hidrokarbon yang baru di kawasan-kawasan takungan yang dalam dan mencabar melalui telaga Salman-2 (SN-2). “Kini, harapan amat tinggi bagi (kejayaan) projek Salman,” kata Dr Simon. Telaga SN-2 adalah usaha lanjutan daripada SN-1, iaitu telaga eksplorasi yang telah menghasilkan penemuan pada 2011. Telaga baru ini akan mensasarkan takungantakungan yang dalam dan bertekanan amat tinggi yang dijangka mengandungi hidrokarbon. Mohamed Mazrui, penyelaras aktiviti telaga, telah berkongsi hasil keputusan penggerudian SN-1 serta objektif-objektif utama SN-2. Dia juga telah memperincikan keunikan telaga tersebut sebagai antara sejumlah kecil telaga BSP yang berkemungkinan besar menggunakan tiga jenis sistem bendalir penggerudian kerana kewujudan tekanan tinggi. Telaga SN-2 (yang akan digerudi melalui 3 lubang) akan disempurnakan dalam tempoh lebih daripada 150 hari. Majlis telah diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh imam masjid Pandan bagi kedua-dua telaga dan pameran poster bagi tetamu yang hadir.
Kumpulan Explorasi yang terlibat dalam kejayaan projek Salman-2
16
BEBAS INSIDEN
Perkhidmatan bas komuter pada bulan Ramadhan
P
ada hari pertama Ramadhan, beberapa bas bersaiz besar telah kelihatan di kawasan letak kereta ibu pejabat Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) di Panaga, Seria pada pukul 7 pagi. Penumpang-penumpang yang turun dari bas-bas tersebut masuk ke dalam bangunan pejabat dan ada juga yang menyambung perjalanan menaiki van mini yang membawa mereka ke pejabat masing-masing di luar kawasan ibu pejabat BSP. Ini adalah pemandangan di lokasi perhentian perkhidmatan bas komuter yang disediakan oleh BSP sepanjang Ramadhan bagi kakitangannya yang tinggal di Daerah Brunei Muara. Inisiatif ini diambil bagi mempastikan keselamatan pekerja Muslim yang memandu dari tempat tinggal yang jauh ke tempat kerja, kerana memandangkan waktu perjalanan yang bermula lebih awal pada bulan Ramadhan dan juga risiko-risiko keselamatan yang mungkin wujud dalam keadaan seumpama ini. Usaha murni ini selaras dengan tatacara BSP menjaga hal ehwal kakitangannya yang turut merangkumi usaha meningkatkan kesedaran keselamatan jalanraya di negara ini. Perkhidmatan bas komuter yang julung-julung kali disediakan ini lahir dari semangat ingin memperkukuhkan salah satu prinsip perniagaan teras BSP, iaitu mempastikan keselamatan kakitangan pada setiap waktu, menurut Hj Kamaludin Bungsu, Pengarah Sumber Tenaga Manusia BSP. ``Perkara pertama yang saya fikirkan adalah keselamatan kakitangan kami yang berulang-alik dari tempat kerja sepanjang bulan Ramadhan. Saya sama sekali tidak mahu melihat mana-mana kakitangan pun terlibat dengan sebarang kemalangan jalanraya lebih-lebih lagi semasa Ramadhan dan menjelang Hari Raya. Inilah renungan saya apabila cadangan untuk perkhidmatan ini telah dihantar kepada saya untuk dipertimbangkan semula. Saya telah segera menyokong dan meluluskan cadangan ini,’’ kata Haji Kamaludin. ``Saya berharap kakitangan kami mampu memanfaatkan masa berkualiti untuk mempertingkatkan
Salah satu dari tiga bas yang disediakan bagi komuter dari bandar
(Dari kiri ke kanan) Norul Hassim (AEO/215), Massuni Tengah (IIS/31), Yumni Mod Amin (OPM/13A) dan Jalwaa Hj Sudin (OPM/13X) menyampaikan penghargaan kepada Pengarah Sumber Tenaga Manusia BSP, Hj Kamludin Bungsu
kesejahteraan mental dan rohaniah masing-masing. Sebagai contoh, mereka boleh mendengar ceramah motivasi, mengajar dan belajar membaca Al Quran atau mendengar hadis-hadis junjungan nabi. Ini juga akan menyumbang secara langsung ke arah pencapaian wawasan Negara Zikir,’’ tambah Hj Kamaludin. Bergantung kepada maklum balas yang diterima, saya amat berminat memanjangkan lagi tempoh perkhidmatan bas ini selepas Ramadhan berdasarkan beberapa syarat. Kajian-kajian sebelum ini menyokong konsep ini (perkhidmatan bas komuter) sebagai neutral-kos kepada syarikat, sementara pengguna membayar sendiri untuk melanggan perkhidmatan,’’ kata Hj Kamaludin lagi. Bas-bas yang digunakan bertolak dari Taman Jerudong pada lebih kurang pukul 5.30 pagi menuju ke ibu pejabat BSP di Seria. Kakitangan yang bekerja di pejabat-pejabat dan aset-aset yang lain akan menyambung perjalanan menaiki van-van mini yang akan menghantar mereka ke lokasi kerja masing-masing. Pada hari Jumaat bas-bas ini akan bertloak lebih awal dan berhenti di Masjid Telisai bagi membolehkan kakitangan mengerjakan solat Jumaat berjemaah. Hasnal Herman, yang telah bekerja selama lima tahun dengan Pentadbiran IT Perniagaan BSP berkata, “Perkhidmatan bas ini adalah satu inisiatif BSP yang baik. Saya dapat mengelak daripada memandu dalam keadaan keletihan khasnya di bulan Ramadhan, di mana paras tenaga kita berkurangan kerana berpuasa.’’ Seorang lagi kakitangan yang telah menggunakan perkhidmatan bas itu semenjak hari pertama dimulakan, menyatakan rasa puas hatinya dengan inisiatif yang mempamerkan keprihatinan syarikat.
17
OPERASI CEMERLANG
Pelaksanaan Penyenggaraan dan Integriti di Loji Penapisan Brunei Shell
Kelas latihan MIE bagi kilang penapisan HP yang dilakukam oleh pelatih MIE
Salah satu sesi latihan yang dijalankan
Oleh Aimi Rosli
S
emenjak Julai 2012, Loji Penapisan Brunei Shell telah diserap ke dalam unit aset Pemerosesan Hidrokarbon (HP). Di kesibukan kerja-kerja penyelarasan serta integrasi yang diuruskan oleh operasi HP POP dan HP Penapisan, komitmen untuk mempertingkatkan lagi Kecemerlangan Operasi (OE) diteruskan di HP dan telah disambut baik oleh pihak Penapisan yang ingin memperkukuhkan lagi tumpuan terhadap OE, selain daripada usaha-usahanya di bawah program Pengurusan Aset Global bagi loji gas (Gas GAME) dan Pengurusan Integriti Aset (AIM). Pihak Penapisan telah memulakan sebuah program yang dinamakan Gas GAME semenjak Julai 2009. Ada persamaan di dalam objektif di antara salah satu modul Gas
GAME, iaitu Pelaksanaan Penyenggaraan (ME) dengan modul OE bagi Penyenggaraan dan Pelaksanaan Integriti (MIE). Persamaan ini adalah dari segi usaha untuk mempastikan yang proses-proses dan sistem-sistem tersedia bagi menggerakkan pelaksanaan penyenggaraan yang berkesan dan cekap bagi semua peralatan yang terpasang. Ada sesetengah elemen di dalam Gas GAME-ME dan OE-MIE yang sudah pun berjalan dengan berkesan. Walaubagaimanapun, bagi mempastikan asas yang kukuh bagi elemen-elemen yang sedia ada dan mempamerkan semangat ‘satu’ BSP, kumpulan Pengurusan Data SAP BSP, OPM/16, bersama-sama dengan kumpulan MIE OPM/13, kumpulan Integriti Aset OPM/2, IBA/1 dan lain-lain telah bersama-sama membantu Penapisan mencapai kelicinan proses pemindahan dan penyelarasan data serta sistem dengan HP.
Zairuni Zainal, Ketua Sokongan Operasi berkongsi pendapat. Pada pandangan awda manakah aspek-aspek MIE di Penapisan yang paling meningkat baik semenjak pelaksanaan inisiatif ini? “Peningkatan boleh dilihat bagi aspek Pengenalpastian MIE yang melibatkan persediaan kerja, yang bermula dari permintaan bagi kerja dijalankan kepada notifikasi, termasuk penilaian notifikasi harian SAP, sehinggalah persediaan untuk mengatur pakej kerja. Notifikasi Kualiti telah dapat dilihat setelah bimbingan dan latihan diberikan oleh kumpulan Pengeluaran” Jika begitu, apakah manfaatnya bagi Penapisan? “Penilaian CMPT mengandungi lebih banyak input kualiti serta cabarannya yang membolehkan penjadualan sewajarnya ditentukan bagi sesuatu kerja berdasarkan penilaian risiko. Kini semakin sedikit notifikasi yang ditolak
18
atas sebab kekurangan maklumat yang akan membolehkan CMPT berkualiti” Apakah hasiI yang ingin awda lihat dari inisiatif MIE di Penapisan? “Hasil MIE di Penapisan seharusnya membolehkan kita menyatakan yang aset-aset kita selamat dan kita yakini ianya selamat kerana adanya sistem dan proses yang berfungsi dengan berkesan” Adakah lain-lain kejayaan yang awda rasakan sudah dicapai oleh Penapisan melalui MIE? “Kesedaran tentang peralatan SCE dan menghargai keperluan menjalankan kerja seperti yang telah dirancang, maklum balas positif daripada kakitangan yang amat bersungguh-sungguh mengambil bahagian dalam usaha untuk memperbaiki lagi cara bekerja yang mampu mencapai kualiti dan kecekapan yang lebih baik.”
WARGAKERJA BERSEMANGAT
Forum Komuniti Pengurusan Maklumat 2013
J
abatan Pengurusan Maklumat telah mencapai satu lagi detik penting dalam penganjuran acara tahunannya, iaitu Forum Komuniti Pengurusan Maklumat 2013. Forum ini diadakan di bawah anjuran Kumpulan Perunding IM, IPG/3 serta dipengerusikan oleh Firdaus Hakim Ahmad, IPG/31. Lebih kurang 100 peserta dari syarikat-syarikat BSJV telah menyertai forum. Kebanyakan daripada peserta terdiri daripada Orang Tumpu Rekod, Penjaga Dokumen dan Penjaga WEB. Forum telah memberikan penumpuan khusus kepada tajuk Pengungkayahan SharePoint di BSP. Tajuk-tajuk lain tentang KPI Pengurusan Rekod Kumpulan (GRM), Arkib, Pengimbasan dan Perkhidmatan Perpustakaan serta Penyiaran/Pengurusan Dokumen Livelink turut dibentangkan. Forum tersebut juga membuka peluang kepada para peserta yang bertugas di jabatan-jabatan berlainan untuk berkenalan dan membina rangkaian sesama mereka. Acara bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Hjh Rakayah Hj Razali, Ketua Pengurusan Dokumen dan Rekod, IPG/3, yang menyampaikan ucapan terima kasih beliau kepada para peserta di atas sumbangan dan komitmen mereka melalui peranan masing-masing di dalam Pengurusan Maklumat. Hadiah pengiktirafan bagi mereka yang berperanan sebagai Penjaga yang paling aktif turut disampaikan semasa forum berlangsung, sebagai menghargai komitmen serta kerja keras mereka sepanjang tempoh 12 bulan. Sijil-sijil penyertaan juga disampaikan kepada semua peserta. Selain itu, forum telah diisi dengan aktiviti bersuaikenal, kuiz-kuiz dan pameran tentang perkhidmatan, proses serta teknologi pengurusan dokumen, rekod dan web. “Sebagai Orang Tumpu Rekod, saya telah belajar
Orang Tumpu Rekod, Penjaga Dokumen dan Penjaga WEB Forum Komuniti Pengurusan Maklumat 2013
tentang faedah Pengurusan Rekod. Selain itu, pengurusan rekod mengawasi rekod-rekod perniagaan supaya tidak hilang atau terpadam dan merupakan satu amalan yang tidak secara langsung mengukuhkan tabiat ‘housekeeping’ atau penyenggaraan persekitaran yang baik. Tambahan pula, dengan mendeklarasi rekod-rekod saya telah bertambah mahir menggunakan LiveLink (Alat Pengurusan Maklumat)”. Forum diakhiri dengan kata-kata penutup oleh Pengerusi 2013 yang mengucapkan terima kasih kepada semua Penjaga di atas kehadiran dan penyertaan mereka. Teka-teki untuk awda Apa yang berwarna merah, putih dan kuning, terbang mencapai kelajuan 310 km sejam dan tinggal di Anduki?
Temui jawapannya di dalam keluaran akan datang.
19