MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO KES : 11/4-452/13 DI ANTARA HASRI BIN HASHIM DAN HICOM AUTOMOTIVE MANUFACTURES (MALAYSIA) SDN BHD (Disatukan dengan No. Kes : 11/4-640/13 melalui Perintah Mahkamah Bertarikh 09.01.2014)
NO. AWARD : 900 TAHUN 2016 Di Hadapan
:
Y.A. DATO’ AHMAD ROSLI BIN MOHD SHAM PENGERUSI (Bersidang berseorangan)
Tempat
:
Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur
Tarikh Rujukan
:
26.02.2013
Tarikh Sebutan
:
07.05.2013, 04.10.2013, 18.09.2014, 20.11.2015, 03.02.2016,
Tarikh Bicara
:
01.10.2014, 06.08.2015,
Perwakilan
:
Encik Chandra Segaran dari Prem & Chandra, mewakili Yang Menuntut
10.06.2013, 20.11.2013, 14.09.2015, 02.12.2015, 03.03.2016,
09.07.2013, 10.12.2013, 15.10.2015, 16.12.2015, 08.03.2016
28.08.2013, 23.01.2014, 05.11.2015, 11.01.2016,
02.10.2014, 23.03.2015, 24.03.2015, 07.08.2015
Puan R. Saraswathi dari Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, mewakili pihak Syarikat
1
RUJUKAN: Ini ialah rujukan yang dibuat dibawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967, mengenai pembuangan kerja Encik Hasri bin Hashim (selepas ini disebut sebagai “Penuntut Pertama”) dan Puan Rosslaili binti Ibrahim (selepas ini disebut sebagai “Penuntut Kedua”) (disatukan melalui Perintah Mahkamah bertarikh 09.01.2014) oleh Hicom Automotive Manufactures (Malaysia) Sdn. Bhd (selepas ini disebut sebagai “Pihak Syarikat”)
AWARD 1.
Penuntut pertama adalah seorang Assistant Foreman di bahagian Paint Shop
dengan Syarikat dan telah bekerja sejak 11.12.1989.
Beliau telah diberhentikan
kerja pada 10.09.2012 dan gaji terakhir beliau adalah RM1995.00 sebulan.
2.
Penuntut kedua pula adalah seorang Operator sejak 18.08.1997 di bahagian
Receiving and Supply, dan juga telah diberhentikan kerja pada tarikh sama dan gaji terakhir beliau adalah RM1148.00.
3.
Kejadian yang membawa kepada pembuangan kerja kedua mereka adalah
seperti berikut: Pada 22.06.2012 jam 10.35 malam, pihak Penguatkuasa Agama Islam Pahang telah membuat tangkapan atas Penuntut pertama dan kedua di satu alamat di Taman Mentiga Peramu, Pekan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran
2
Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, iaitu berada bersama dalam sebuah rumah tanpa ikatan suami isteri dan tanpa hubungan mahram sehingga boleh mendatangkan syak bercumbucumbuan.
4.
Pihak Syarikat apabila menerima maklumat ini telah membuka satu siasatan
atas kedua-dua Penuntut dengan meminta maklumat tangkapan dari pihak Penguatkuasa Agama Islam Pahang dan telah diberikan sebagaimana mukasurat 42-44 COB-1.
5.
Berikutan dari itu pihak Syarikat telah mengeluarkan surat tunjuk sebab atas
kedua-dua Penuntut dan telah dijawab pada 09.07.2012 oleh Penuntut pertama dan 10.07.2012 oleh Penuntut kedua. Pihak Syarikat tidak menerima jawapan mereka dan telah mengeluarkan notis Inkuiri Dalaman pada 31.07.2012.
6.
Inkuiri dalaman diadakan pada 09.08.2012 dan kedua-dua Penuntut adalah
diwakili oleh wakil Kesatuan semasa Inkuiri. Selepas Inkuiri Dalaman, Panel Inkuiri telah mendapati mereka bersalah atas pertuduhan dan laporan keputusan dihantar kepada Jawatankuasa Pengurusan.
7.
Jawatankuasa Pengurusan setelah menerima laporan dari Panel Inkuiri telah
membuat
keputusan
untuk
menamatkan
berkuatkuasa dari 10.09.2012.
3
pekerjaan
kedua-dua
Penuntut
8.
Kedua-dua Penuntut telah dituduh dan didapati bersalah atas salahlaku
ditangkap oleh Penguatkuasa Agama bersama pasangan dalam sebuah rumah tanpa ikatan suami isteri dan tanpa hubungan mahram.
9.
Tidak banyak pertikaian dari segi fakta dalam kes ini. Pihak Penuntut-
Penuntut mempertikaikan pertuduhan yang telah dikenakan oleh pihak Syarikat dengan menyatakan bahawa laporan dari Jabatan Agama Islam Pahang adalah menunjukkan Penuntut-Penuntut hanya disyaki dan tidak disabitkan dengan kesalahan semasa pembuangan kerja, tetapi dalam Inkuiri Dalaman, kes terhadap Penuntut-Penuntut adalah kerana telah ditangkap kerana melakukan kesalahan khalwat. Selain dari itu, Penuntut-Penuntut juga berhujah melalui peguam mereka bahawa tangkapan atas kesalahan khalwat itu tidak menjejaskan imej, reputasi dan kepentingan Syarikat, lebih-lebih lagi kerana tangkapan ini adalah diluar kawasan atau premis Syarikat dan bukan dalam waktu bekerja.
10.
Pihak Syarikat pula menghujahkan bahawa Penuntut-Penuntut adalah
bersalah di bawah pertuduhan yang telah dikenakan dan ianya adalah satu salahlaku kerana telah menjejaskan imej dan reputasi Syarikat memandangkan Syarikat ini adalah terletak di sebuah bandar kecil yang majoriti penduduk adalah terdiri dari melayu muslim. Syarikat juga menerapkan dan berpegang kepada nilainilai peradaban penduduk setempat dikalangan pekerjanya.
4
11.
Selain dari itu pihak Syarikat juga berhujah bahawa Penuntut-Penuntut telah
menyatakan dalam keterangan bahawa mereka tidak mahu dikembalikan kepada pekerjaan mereka, maka dengan itu pihak Syarikat menghujahkan bahawa Mahkamah ini tiada lagi bidangkuasa untuk membuat sebarang perintah sebagai remedi.
12.
Pada pendapat Mahkamah ini, isu pertama yang perlu diputuskan adalah
samada pertuduhan oleh pihak Syarikat telah dibuktikan.
Jika telah berjaya
dibuktikan maka timbul pula persoalan kedua iaitu samada kesalahan itu adalah terjumlah kepada satu salahlaku pekerjaan atau “employment misconduct”.
13.
Mengenai bidangkuasa Mahkamah yang tidak wujud lagi kerana Penuntut
menyatakan mereka mahukan gantirugi, Mahkamah ini tidak menerima hujah ini kerana keterangan adalah tidak jelas menyatakan Penuntut-Penuntut tidak mahu dikembalikan kepada pekerjaan mereka.
Penuntut kedua memang mengatakan
bahawa dia mahu gantirugi. Ini boleh difahami kerana dia telah ada pekerjaan lain, tetapi dia tidak mengatakan bahawa dia tidak mahu dikembalikan kepada pekerjaan asal.
Mahkamah memang mempunyai bidangkuasa memerintahkan pampasan
sebagai ganti kepada pengembalian pekerjaan. Jadi jika Penuntut mahukan keduaduanya maka terpulang kepada Mahkamah untuk membuat perintah atas mana yang lebih sesuai.
5
14.
Atas isu pertama, pertuduhan atas Penuntut-Penuntut adalah kerana
ditangkap oleh pihak Penguatkuasa Jabatan Agama Islam kerana disyaki melakukan kesalahan yang umum dirujuk sebagai khalwat. Ketika tindakan keatas Penuntut dibuat oleh Syarikat, kedua-dua Penuntut walaupun telah ditangkap dan dituduh dibawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu tetapi belum disabitkan oleh Mahkamah Syariah atas apa-apa kesalahan. Jadi secara teknikal mereka belum didapati bersalah dibawah apa-apa Undang-Undang negeri, maka wajarkah tindakan diambil oleh Syarikat atas mereka.
15.
Pertuduhan atas Penuntut-Penuntut adalah seperti berikut; Penuntut pertama: “Pada 22.06.2012 jam 10.35pm bertempat di rumah No. 3, Lorong Mentiga Peramu, 26600 Pekan, Pahang anda telah ditangkap oleh Penguatkuasa Agama bersama pasangan anda Rosslaili binti Ibrahim dalam rumah tanpa ikatan suami isteri dan tanpa hubungan mahram.”
Penuntut kedua: “Pada 22.06.2012 jam 10.35 pm bertempat di rumah No. 3, Lorong Mentiga Peramu, 26600 Pekan, Pahang anda telah ditangkap oleh Penguatkuasa Agama bersama pasangan anda Hasri bin Hashim dalam sebuah rumah tanpa ikatan suami isteri dan tanpa hubungan mahram.”
6
16.
Jadi pertuduhan ini adalah kerana Penuntut pertama dan kedua berada
dalam sebuah rumah tanpa ikatan suami isteri dan tanpa hubungan mahram sehingga ditangkap oleh Penguatkuasa Agama. Sama ada Penuntut-Penuntut adalah disyaki atau telah melakukan satu kesalahan atau disabitkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Negeri Pahang adalah tidak membawa kesan kerana itu bukanlah pertuduhan atas Penuntut-Penuntut. Persoalannya adalah, pada dasarnya adakah Penuntut-Penuntut telah didapati melakukan seperti yang telah dipertuduhkan oleh Syarikat, dan samada perlakuan itu adalah satu salahlaku pekerjaan yang mewajarkan hukuman buang kerja yang akan dibincangkan kemudian sebagai isu yang kedua.
17.
Penuntut-Penuntut juga berhujah melalui peguam mereka bahawa mereka
dituduh sebagai telah ditangkap kerana melakukan kesalahan khalwat di bawah Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 seperti mana hujah pendakwa semasa Inkuiri Dalaman, sedangkan laporan dari Jabatan Agama Islam Pahang kepada pihak Syarikat menyebutkan bahawa mereka ditangkap kerana berada berdua-duaan bersama dalam sebuah rumah tanpa ikatan suami isteri dan tanpa hubungan mahram antara kedua-duanya sehingga boleh mendatangkan syak bercumbu-cumbuan.
Ketiadaan perkataan
“disyaki” dalam kes pendakwa terhadap Penuntut-Penuntut membawa maksud berlainan antara pertuduhan dan kesalahan yang sebenarnya.
7
18.
Perlu disebutkan disini bahawa kesalahan yang sering disebut sebagai
khalwat di bawah Enakmen yang berkaitan bukanlah kesalahan bercumbu-cumbuan tetapi perkara yang menjadi kesalahan adalah, apabila mereka yang terdakwa didapati berada bersama berdua-duaan sedangkan mereka bukan suami isteri atau mahram, sehingga mereka boleh disyaki bercumbu-cumbuan. Unsur pertama yang menjadi kesalahan adalah berada berdua-duaan.
Keadaan berdua-duaan yang
menyebabkan mereka boleh disyaki bercumbu-cumbuan, bukan bercumbu-cumbuan itu sendiri yang menjadi elemen kesalahan.
Maka perkataan “disyaki” dalam
konteks ini tidak membawa maksud mereka hanya disyaki dan tidak melakukan kesalahan.
19.
Penuntut-Penuntut tidak menafikan samada semasa Inkuiri Dalaman dan
semasa perbicaraan di Mahkamah ini bahawa mereka memang ditangkap ketika berada berdua-duaan dalam rumah seperti yang didakwa.
Penuntut pertama
memberi alasan bahawa mereka hanya bercakap-cakap. Penuntut kedua berkata sebelum itu anaknya berada di rumah tetapi telah keluar semasa ditangkap.
20.
Maka fakta bahawa Penuntut-Penuntut ditangkap ketika berada berdua-
duaan dalam sebuah rumah pada tarikh dan waktu seperti yang didakwa adalah tidak dinafikan dan terbukti. Apa pun alasan yang diberikan, tetapi pada dasarnya mereka memang melakukan seperti yang didakwa iaitu berada bersama dalam sebuah rumah tanpa apa-apa hubungan samada suami isteri atau mahram sehingga boleh menimbulkan syak.
8
21.
Secara umum Inkuiri Dalaman yang telah diadakan terhadap Penuntut tidak
ada kecacatan yang ketara dimana Penuntut-Penuntut telah diberikan surat tunjuk sebab, notis Inkuiri dan telah diwakili oleh wakil kesatuan semasa Inkuiri. Mereka telah diberi peluang untuk mengemukakan kes mereka dan menjawab dakwaan oleh Syarikat. Walaupun Penuntut-Penuntut mempersoalkan ketepatan nota Inkuiri Dalaman tapi tiada keterangan yang ketara menunjukkan ianya tidak tepat dikemukakan oleh Penuntut-Penuntut. Dalam apa keadaan pun tiada hak PenuntutPenuntut yang telah dinafikan.
22.
Setelah mendapati bahawa perlakuan seperti pertuduhan telah dibuktikan
oleh Syarikat maka persoalannya adalah samaada perlakuan ini terjumlah kepada satu salahlaku pekerjaan yang mewajarkan pihak Syarikat mengambil tindakan. Perbuatan ini telah berlaku di luar premis syarikat dan di luar waktu kerja.
23.
Atas isu ini, secara umum perhubungan antara pekerja dan majikan bermula
dengan satu perjanjian iaitu kontrak perkhidmatan dimana pihak Syarikat akan mendapat khidmat dari pekerja dan pekerja berhak mendapat ganjaran untuk khidmatnya
dan
juga
jaminan
pekerjaan.
Syarikat
pula
bagi
menjaga
kepentingannya boleh menetapkan syarat-syarat untuk perkhidmatan ini dalam bentuk peraturan dan disiplin yang perlu dipatuhi oleh pekerja.
Pelanggaran
peraturan dan disiplin serta menjejaskan kepentingan Syarikat adalah satu pelanggaran perjanjian dan merupakan satu salahlaku yang membolehkan Syarikat mengambil tindakan.
Jadi bagi menjawab persoalan ini perlu diteliti samada
9
perlakuan
Penuntut-Penuntut
telah
melanggar
peraturan
perkhidmatan atau menjejaskan kepentingan Syarikat.
Syarikat,
syarat
Bukanlah tugas dan
tanggungjawab Syarikat untuk mengawal kehidupan peribadi pekerjanya dalam segala hal dan dalam perkara yang tiada kena mengena dengan Syarikat.
24.
Penuntut-Penuntut berhujah melalui peguam mereka bahawa Syarikat tidak
berhak untuk mengawal tindak tanduk dan akhlak pekerjanya diluar dari waktu bertugas dan di luar dari premis Syarikat melainkan kepentingan Syarikat adalah terjejas dan dalam kes ini Penuntut-Penuntut juga berhujah bahawa tiada keterangan yang dapat menunjukkan bahawa imej, reputasi atau kepentingan Syarikat adalah terjejas akibat dari perbuatan Penuntut-Penuntut.
25.
Pihak Syarikat berhujah bahawa perlakuan ini adalah berkait dengan nilai
akhlak atau moral, iaitu satu perlakuan tidak bermoral atau “immoral act”. Syarikat telah memberi keterangan melalui saksi-saksinya bahawa, sebagai sebuah organisasi yang mengeluarkan kereta nasional, kilang yang terletak di bandar kecil Pekan yang majoriti penduduk adalah orang melayu beragama Islam, 99% pekerja adalah orang melayu beragama Islam, maka adalah menjadi polisi Syarikat untuk berpegang kepada nilai peradaban setempat dan telah memasukkan nilai ini dalam Dasar dan Tatacara Tatatertib Syarikat. Antara kesalahan tatatertib di bawah Dasar dan Tataca Tatatertib adalah Klausa 35 yang menyebutkan; “Menjatuhkan imej atau nama baik syarikat melalui apa-apa cara sama ada lisan, tulisan atau perbuatan.”
10
Klausa 68 pula memperuntukkan antara kesalahan tatatertib adalah; “Disabitkan kesalahan jenayah, dadah, syariah atau diisytiharkan bankrap oleh mana mana mahkamah.”
26.
Pihak Syarikat merujuk kepada beberapa kes bagi menyokong hujah mereka.
Antara kes-kes tersebut, adalah kes Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru) v Rozita Binti Md Isa (1995) 2 ILR 391, kes Permint Plywood Sdn Bhd,
Kuala
Terengganu
v
Kesatuan
Pekerja-Pekerja
Perkayuan
Semenanjung Malaysia (1993) 1 ILR 253 dan kes Mahkamah Tinggi Bank Muamalat Malaysia Bhd v Mahkamah Perusahaan Malaysia & Anor (2012) 1 MELR 755.
Kesemua kes ini secara umum memutuskan bahawa kesalahan
berkaitan moral adalah satu “employment misconduct” apabila ianya menjejaskan imej dan reputasi Syarikat lebih-lebih lagi apabila Syarikat terletak di persekitaran sebuah bandar kecil.
Kesalahan dari segi moral bukan sahaja adalah satu
“employment misconduct” tetapi juga adalah satu “gross misconduct” yang boleh membawa kepada pembuangan kerja.
27.
Pada pendapat Mahkamah ini, tidak dapat dinafikan bahawa perbuatan yang
mana Penuntut-Penuntut didapati telah melakukan adalah satu kesalahan moral. Samada kesalahan moral boleh menjadi satu salahlaku pekerjaan bergantung kepada beberapa faktor, seperti nilai-nilai masyarakat sekitar, latar belakang dan jenis aktiviti Syarikat dan samada ianya adalah menjadi sebahagian dasar atau polisi
11
Syarikat yang perlu pekerja itu patuhi kerana menjadi sebahagian dari syarat kontrak pekerjaan.
28.
Dalam kes ini Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Syarikat telah
menjadikan kesalahan moral sebagai satu kesalahan disiplin yang mengikat pekerja apabila memasukkan kesalahan syariah dalam Dasar dan Tatatertib Syarikat. Begitu juga latar belakang Syarikat sebagai Syarikat Nasional yang perlu selaras dengan nilai-nilai masyarakat di negara ini.
Selain dari itu, Syarikat ini juga terletak di
bandar kecil yang penduduknya majoriti melayu Islam, pekerja Syarikat juga majoriti melayu Islam dan juga Penuntut-Penuntut ditangkap di kawasan perumahan yang penduduknya majoriti pekerja Syarikat.
29.
Atas sebab-sebab seperti di atas, Mahkamah ini membuat keputusan bahawa
Penuntut-Penuntut telah melakukan satu perbuatan yang menjadi satu salahlaku pekerjaan dan ianya adalah satu salahlaku yang berat yang mana pembuangan kerja adalah wajar.
30.
Oleh itu pemberhentian kerja Penuntut-Penuntut adalah dengan sebab dan
alasan yang adil dan dengan ini tuntutan oleh Penuntut-Penuntut adalah ditolak.
12
DIPERTURUNKAN PADA 08 OGOS 2016 -Signed(DATO’ AHMAD ROSLI BIN MOHD SHAM) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KUALA LUMPUR
13