MEKANISME PELAKSANAAN SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA
JABATAN PERUMAHAN NEGARA KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
1
SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA
2
KANDUNGAN
Muka Surat
1.0
LATARBELAKANG.
4
2.0
SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MyDeposit.
3.0
5
KRITERIA PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN.
5
4.0
SURAT TAWARAN BERSYARAT SKIM MyDeposit.
6
5.0
KAEDAH PEMBAYARAN DIBAWAH SKIM MyDeposit.
7
6.0
MORATORIUM.
8
7.0
KAEDAH PERMOHONAN.
8
8.0
PENUTUP.
9
9.0
LAMPIRAN. - LAMPIRAN A .
10
- LAMPIRAN B .
11
3
1.0
LATARBELAKANG
Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ketika membentang Rang Undang-Undang Perbekalan (2016) di Dewan Rakyat pada 23 Oktober 2015.
Skim ini merupakan satu insentif kerajaan bagi membantu golongan pertengahan memiliki rumah idaman di mana peruntukan sebanyak RM200 juta akan disediakan oleh kerajaan sebagai sumbangan kepada pembeli rumah pertama untuk rumah mampu milik bagi tujuan bayaran deposit.
Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara iaitu bagi meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki rumah, Skim MyDeposit ini akan diselaraskan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara mulai 6 April 2016.
4
2.0
SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MyDeposit. Syarat –syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan KPKT : Pemohon mestilah warganegara Malaysia; Berumur 21 tahun ke atas (tiada had umur maksima); Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah; Pendapatan isi rumah : - Pendapatan kasar RM10,000 dan ke bawah sebulan. (Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan, upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain); Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli; dan Carta alir permohonan Skim MyDeposit bagi projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale) adalah seperti di lampiran A dan B.
3.0
KRITERIA PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit: Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale); Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi/ insentif/ dana Kerajaan
5
4.0
SURAT TAWARAN BERSYARAT SKIM MyDeposit.
Surat tawaran bersyarat akan dikeluarkan kepada pemohon yang telah ditapis dan diperakukan untuk ditawarkan Skim MyDeposit:
Tempoh tawaran bersyarat yang diberikan adalah 30 hari daripada tarikh surat dikeluarkan untuk pemohon untuk memenuhi perkaraperkara berikut : i.
Menandatangani Surat Setuju Terima Pembiayaan Deposit Rumah Pertama; dan
ii.
Menandatangani Perjanjian Jual Beli dengan pemaju perumahan atau pemilik rumah.
Sekiranya pemohon gagal mematuhi syarat yang ditetapkan dalam tempoh 30 hari tersebut, surat tawaran bersyarat ini adalah BATAL dan Kerajaan berhak untuk menolak tuntutan bayaran yang dikemukakan. Kos pembelian rumah tersebut hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon tersebut.
6
5.0
KAEDAH PEMBAYARAN DIBAWAH SKIM MyDeposit.
Pembayaran Insentif Skim MyDeposit akan dilaksanakan dengan cara berikut :
Jumlah insentif MyDeposit bagi satu kelulusan adalah sebanyak 10% daripada harga jualan atau maksima sebanyak RM30,000 yang mana lebih rendah; Bayaran ini akan dibayar kepada Akaun Pemajuan Perumahan (HDA) bagi pembelian projek baharu atau Akaun Peguam Perjanjian Jual-Beli Pembeli bagi pembelian pasaran sekunder (subsale); dan Tuntutan bayaran insentif hendaklah dibuat oleh pemohon yang diluluskan dengan mengemukakan dokumen tuntutan seperti berikut :
i.
Surat Tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perumahan Negara;
ii.
Surat Setuju Terima Tawaran yang lengkap dan ditandatangani;
iii.
Akuan Bersumpah yang lengkap dan ditandatangani;
iv.
Perjanjian Jual-Beli;
v.
Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan yang telah diakui terima; dan
vi.
Maklumat
berkaitan
nama
dan
nombor
Akaun
Pemaju
Perumahan atau nama dan nombor Akaun Firma Guaman Jual Beli pembeli.
7
6.0
MORATORIUM Tempoh sekatan moratorium yang dikenakan selama 10 tahun; Syarat moratorium dimasukkan ke dalam surat tawaran pembeli dan surat perjanjian jual beli; dan Tempoh moratorium dikira bermula selepas Surat Perjanjian Jual Beli ditandatangani.
7.0
KAEDAH PERMOHONAN Permohonan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang layak. Permohonan boleh dibuat secara online dengan membuka akaun di http://ehome.kpkt.gov.my Permohonan yang lengkap adalah dengan memuat naik semua dokumen yang diperlukan iaitu : Salinan kad pengenalan pemohon; Salinan kad pengenalan pasangan; Salinan kad pengenalan / Sijil Kelahiran anak-anak dan tanggungan; Salinan surat nikah/ Sijil Nikah/ Surat Cerai/ Sijil Kematian; Penyata gaji terbaru pemohon; Penyata gaji terbaru pasangan; Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon; Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan; Akaun Bersumpah/ berkanun mengenai jumlah pendapatan bulanan pemohon dan pasangan yang berkerja sendiri dan perlu disahkan oleh Pesuruhjaya sumpah;
8
Surat Pengesahan Majikan Pemohon. Maklumat yang diperlukan adalah status perkhidmatan/pekerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan; Surat Pengesahan Majikan Pasangan. Maklumat yang diperlukan adalah status perkhidmatan/pekerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan; dan Surat Pengesahan OKU sama ada pemohon, pasangan atau tanggungan (jika berkaitan). 8.0
PENUTUP Skim MyDeposit yang diperkenalkan oleh kerajaan akan dapat membantu pembeli rumah pertama mengurangkan beban kewangan bagi penyediaan wang deposit bagi pembelian rumah idaman mereka. Usaha dan komitmen kerajaan ini dilihat dapat mempelbagaikan lagi program perumahan negara yang lebih komprehensif dan dinamik untuk kesejahteraan rakyat yang berkekalan menerusi program perumahan yang mampan dan mesra alam ke arah kehidupan berkualiti tinggi, untuk dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat Malaysia.
9
9.0
LAMPIRAN LAMPIRAN A CARTA ALIR PERMOHONAN SKIM MyDeposit BAGI PROJEK PERUMAHAN BAHARU YANG BERLESEN. Permohonan secara atas talian (on line) kepada Jabatan Perumahan Negara (Surat tawaran/pengesahan pembelian daripada pemaju perlu dikemukakan)
Perakuan dan kelulusan oleh Jawatankuasa Pemilihan Penerima Insentif MyDeposit SURAT TAWARAN BERSYARAT SKIM MyDeposit ( Tempoh 30 hari untuk tandatangan Perjanjian Jual Beli )
Pemaju bersetuju bayaran deposit pembeli berdasarkan skim MyDeposit
Pembeli perlu memohon pinjaman perumahan .
Pembeli menandatangani Perjanjian Jual Beli dengan Pemaju Perumahan
Pembeli menandatangani Surat Tawaran Kelulusan Pinjaman Perumahan
Pembeli mengemukakan tuntutan bayaran deposit daripada Kerajaan Bayaran Deposit ke Akaun Pemajuan Perumahan Pemantauan Projek / Moratorium
10
LAMPIRAN B CARTA ALIR PERMOHONAN SKIM MyDeposit BAGI PROJEK PERUMAHAN PASARAN SEKUNDER (SUBSALE). Permohonan secara atas talian (on line) kepada Jabatan Perumahan Negara (Surat tawaran/pengesahan pembelian daripada pemaju perlu dikemukakan)
Perakuan dan kelulusan oleh Jawatankuasa Pemilihan Penerima Insentif MyDeposit SURAT TAWARAN BERSYARAT SKIM MyDeposit ( Tempoh 30 hari untuk tandatangan Perjanjian Jual Beli )
Penjual bersetuju bayaran deposit pembeli berdasarkan skim MyDeposit
Pembeli perlu memohon pinjaman perumahan .
Pembeli menandatangani Perjanjian Jual Beli dengan Penjual (Pemilik Rumah)
Pembeli menandatangani Surat Tawaran Kelulusan Pinjaman Perumahan
Pembeli mengemukakan tuntutan bayaran deposit daripada Kerajaan Bayaran Deposit ke Akaun Peguam Jual-Beli Pembeli Pemantauan Projek / Moratorium
11
Bahagian Pengurusan Perumahan Jabatan Perumahan Negara Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aras 30, No.51, Persiaran Perdana, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 Putrajaya MALAYSIA Tel Fax
: 603 - 8891 4040 : 603 - 8891 4226
12