PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID MATEMATIK TINGKATAN 2
MATEMATIK TINGKATAN 2
MATLAMAT KURIKULUM MATEMATIK Kurikulum Matematik Sekolah Menengah bertujuan untuk membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi.
OBJEKTIF KURIKULUM MATEMATIK Kurikulum matematik sekolah menengah membolehkan murid: 1.
Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip dan teorem yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan.
2.
Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan.
3.
Menguasai kemahiran asas matematik iaitu: Membuat anggaran dan penghampiran Mengukur dan membina Memungut dan mengendali data Mewakilkan dan mentafsir data Mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik Menggunakan algoritma dan perkaitan Menyelesaikan masalah Membuat keputusan
4.
Berkomunikasi secara matematik.
5.
Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
6.
Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain.
7.
Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka ilmu matematik.
8.
Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab.
MATEMATIK TINGKATAN 2
2
9.
Bersikap positif terhadap matematik.
10. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.
MATEMATIK TINGKATAN 2
3
BAND
PERNYATAAN STANDARD
1
Tahu pengetahuan asas matematik.
2
Tahu dan faham konsep dalam matematik.
3
Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik.
4
Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik.
5
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dengan menggunakan pelbagai kaedah.
6
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik secara kreatif, inovatif dan berkesan.
MATEMATIK TINGKATAN 2
4
DESKRIPTOR MATEMATIK TINGKATAN 2
TAJUK
BAND
NOMBOR
1
Mengenal pasti nombor dengan betul.
*NOMBOR BERARAH *KUASA DUA, PUNCA KUASA DUA, KUASA TIGA, PUNCA KUASA TIGA
2
Menentukan kuasa dan punca kuasa dengan betul.
3
Menganggar kuasa dan punca kuasa dengan betul.
4
Melaksanakan gabungan operasi dengan betul yang melibatkan - nombor berarah - kuasa dan punca kuasa
5
Menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor berarah secara sistematik.
6
Menggunakan idea kreatif dan inovatif untuk menyelesaikan masalah matematik berkaitan dengan nombor dalam suatu situasi harian yang melibatkan gabungan pengetahuan dan kemahiran matematik secara bersistematik. atau Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan, penulisan ,projek atau permainan yang menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik berkaitan dengan nombor secara berkesan.
MATEMATIK TINGKATAN 2
DESKRIPTOR
5
BENTUK DAN RUANG * TEOREM PYTHAGORAS *PEMBINAAN GEOMETRI *LOKUS DALAM DUA DIMENSI *BULATAN *PENJELMAAN *PEPEJAL GEOMETRI II
1
Mengenal pasti bentuk dan ruang dengan betul.
2
Menyatakan dengan betul. - bahagian-bahagian dalam sebuah bulatan. - ciri-ciri pepejal geometri.
3
Menentukan dengan betul - segitiga bersudut tegak menggunakan teorem Pythagoras. - lilitan dan luas bulatan . - imej suatu objek di bawah suatu penjelmaan .
4
Menghitung panjang sisi segitiga menggunakan Teorem Pythagoras secara sistematik. Membina dengan tepat. - garis serenjang, sudut-sudut tertentu, segitiga dan segiempat selari. - lokus dan persilangan lokus. Menghuraikan suatu penjelmaan dengan tepat. Melukis bentangan pepejal geometri dengan tepat.
5
MATEMATIK TINGKATAN 2
Menyelesaikan masalah secara sistematik melibatkan - teorem Pythagoras. - bulatan. - penjelmaan. - pepejal geometri.
6
6
Menggunakan idea kreatif dan inovatif untuk menyelesaikan masalah matematik berkaitan dengan bentuk dan ruang dalam suatu situasi harian yang melibatkan gabungan pengetahuan dan kemahiran matematik secara bersistematik. atau Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan, penulisan ,projek atau permainan yang menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik melibatkan bentuk dan ruang secara berkesan
1
Mengenal pasti perkaitan dengan betul
2
Membanding dua atau tiga kuantiti dalam bentuk nisbah dengan betul
PERKAITAN *UNGKAPAN ALGEBRA II *PERSAMAAN LINEAR *NISBAH, KADAR DAN KADARAN *KOORDINAT *STATISTIK
Menanda nilai mengikut skala pada kedua-dua paksi dengan betul.
3
Menulis dengan betul. - ungkapan algebra bagi situasi yang diberi. - persamaan linear dalam satu pembolehubah bagi pernyataan yang diberi. Menentukan dengan betul. - nilai ungkapan dengan menggantikan huruf dengan nombor - nisbah dua daripada tiga kuantiti - jarak dan titik tengah Mempermudahkan ungkapan algebra dengan betul.
4
Menyelesaikan dengan sistematik masalah - persamaan linear. - hasil tambah dan beza tiga kuantiti. Membina perwakilan data dengan tepat.
MATEMATIK TINGKATAN 2
7
5
Menyelesaikan masalah secara sistematik yang melibatkan - persamaan linear. - nisbah dan kadaran - koordinat. - statistik.
6
Menggunakan idea kreatif dan inovatif untuk menyelesaikan masalah perkaitan dalam suatu situasi harian yang melibatkan gabungan pengetahuan dan kemahiran matematik secara bersistematik. atau Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan, penulisan ,projek atau permainan yang menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik melibatkan perkaitan secara berkesan.
MATEMATIK TINGKATAN 2
8