PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID MATEMATIK TINGKATAN 3
MATEMATIK TINGKATAN 3
MATLAMAT KURIKULUM MATEMATIK Kurikulum Matematik Sekolah Menengah bertujuan untuk membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi.
OBJEKTIF KURIKULUM MATEMATIK Kurikulum matematik sekolah menengah membolehkan murid: 1.
Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip dan teorem yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan.
2.
Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan.
3.
Menguasai kemahiran asas matematik iaitu: Membuat anggaran dan penghampiran Mengukur dan membina Memungut dan mengendali data Mewakilkan dan mentafsir data Mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik Menggunakan algoritma dan perkaitan Menyelesaikan masalah Membuat keputusan
4.
Berkomunikasi secara matematik.
5.
Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
6.
Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain.
7.
Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka ilmu matematik.
8.
Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab.
MATEMATIK TINGKATAN 3
2
9.
Bersikap positif terhadap matematik.
10. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.
MATEMATIK TINGKATAN 3
3
BAND
PERNYATAAN STANDARD
1
Tahu pengetahuan asas matematik.
2
Tahu dan faham konsep dalam matematik.
3
Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik.
4
Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik.
5
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dengan menggunakan pelbagai kaedah.
6
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik secara kreatif, inovatif dan berkesan.
MATEMATIK TINGKATAN 3
4
DESKRIPTOR MATEMATIK TINGKATAN 3 (3 MARCH 2014)
TAJUK
BAND
BENTUK DAN RUANG
1
Mengenal pasti bentuk dan ruang dengan betul.
2
Menentukan ciri-ciri simetri bulatan yang melibatkan perentas dan lengkok dengan betul
3
Menentukan dengan betul, - nilai sudut pada garis selari. - nilai sudut dalam bulatan - faktor skala dan pusat pembesaran - nilai tangen, sinus, kosinus - isipadu pepejal geometri
4
Mengira dengan tepat, - nilai sudut pedalaman dan nilai sudut peluaran poligon sekata. - isipadu pepejal gubahan. - luas imej, luas objek dan faktor skala pembesaran - panjang sisi dalam trigonometri
*SUDUT DAN GARIS *POLIGON II *PEPEJALGEOMETRI *BULATAN II *LUKISAN BERSKALA *PENJELMAAN II *TRIGONOMETRI
DESKRIPTOR
Melukis dengan tepat, - poligon sekata - bentuk geometri mengikut skala - imej bagi suatu pembesaran
MATEMATIK TINGKATAN 3
5
PERKAITAN *UNGKAPAN ALGEBRA III *RUMUS ALGEBRA *PERSAMAAN LINEAR II
5
Menyelesaikan masalah dengan sistematik, yang melibatkan - bulatan - lukisan berskala. - pembesaran. - trigonometri
6
Menggunakan idea kreatif dan inovatif untuk menyelesaikan masalah matematik berkaitan dengan bentuk dan ruang dalam suatu situasi harian yang melibatkan gabungan pengetahuan dan kemahiran matematik secara sistematik. atau Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan, penulisan,projek atau permainan yang menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik berkaitan dengan bentuk dan ruang secara berkesan.
1
Mengenal pasti rumus algebra dengan betul.
2
Menentukan mod dengan betul.
3
Menentukan dengan betul - median dan min. - laju, jarak dan masa.
*KETAKSAMAAN LINEAR *INDEKS *NISBAH, KADAR DAN KADARAN II *STATISTIK II *GRAF FUNGSI
Mempermudah pendaraban dan pembahagian indeks dengan betul. Mewakilkan ketaksamaan linear pada garis nombor dengan betul.
MATEMATIK TINGKATAN 3
6
4
Membina carta pai dengan tepat. Membuat pengiraan yang melibatkan hukum indeks dengan tepat. Melakukan operasi terhadap dua pecahan algebra dengan tepat. Mengungkapkan pembolehubah tertentu sebagai perkara rumus dengan tepat. Menyelesaikan dengan tepat. - dua persamaan linear serentak - dua ketaksamaan linear serentak. Melukis graf fungsi dengan tepat.
5
Menyelesaikan masalah dengan sistematik yang melibatkan - statistik - ungkapan algebra - rumus algebra - laju dan laju purata
6
Menggunakan idea kreatif dan inovatif untuk menyelesaikan masalah perkaitan dalam suatu situasi harian yang melibatkan gabungan pengetahuan dan kemahiran matematik secara bersistematik. atau Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan, penulisan ,projek atau permainan yang menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik melibatkan perkaitan secara berkesan.
MATEMATIK TINGKATAN 3
7