LATIHAN INDUSTRI STF2125
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI SUMBER
* Matlamat utama program Latihan Industri: Untuk memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan pengetahuan pembelajaran yang dipelajari di universiti ke alam pekerjaan di samping meningkatkan lagi kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah.
2. DEFINISI LATIHAN INDUSTRI Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam industri yang dipilih, sama ada di luar ataupun di dalam negara, dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
1 Dasar
Latihan Industri, Institusi Pengajian Tinggi
3. OBJEKTIF & HASIL PEMBELAJARAN Objektif program Latihan Industri ini adalah seperti berikut: 1) Memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran praktikal yang dipelajari di universiti ke alam pekerjaan yang sebenar. 2) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang pengkhususan mereka melalui pengalaman bekerja sambil belajar dari pengamal dalam bidang yang diceburi oleh pelajar. 3) Melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, teknik terkini dan kemahiran menggunakan peralatan dalam bidang yang diceburi. 4) Mendedahkan pelajar kepada pelbagai persekitaran pekerjaan dan cabaran, tanggungjawab profesional, etika kerja dan sosial dalam bidang yang diceburi. 5) Mengaplikasi dan mengasah kemahiran insaniah yang bersesuaian dengan keperluan kerja atau bidang yang diceburi oleh pelajar. 6) Meningkatkan peluang kepada pelajar untuk ditawarkan pekerjaan di tempat mereka menjalani latihan industri selepas bergraduat.
Apabila tamat Latihan Industri, pelajar dapat: 1)
Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengkhususan mereka.
2)
Mempertingkatkan pemahaman pelajar terhadap tanggungjawab profesional, etika kerja dan sosial dalam bidang yang diceburi.
3)
Mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di universiti dengan pengalaman yang diperolehi di tempat kerja.
4)
Lebih berdaya saing di pasaran kerja yang kian mencabar kerana pelajar telah dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran praktikal dan insaniah yang sesuai dengan kehendak pasaran kerja.
4. TEMPOH LATIHAN INDUSTRI • Program ini mengambil masa selama 10 MINGGU sebanyak 5 jam kredit (STF2125), iaitu bermula 3 Julai 2017 – 8 Sept 2017 • Pelajar DIWAJIBKAN untuk mendaftar sebagai Pelajar dan mendaftar kursus (STF2125) Latihan Industri pada 19 – 23 Jun 2017 ( 5 hari ) (seperti kursus lain) pada Antarsesi 2016/2017
5. STRUKTUR PROGRAM Sebagai panduan, program Latihan Industri ini dibahagikan kepada 3 aktiviti utama seperti berikut:1). Orientasi
Kepada Organisasi
• Aktiviti ini dijalankan sepanjang minggu pertama. • Pelajar dikehendaki menerangkan mengenai latar belakang pengetahuan akademik dan pengalaman, jangkaan dan aspirasi mereka terhadap Latihan Industri dan sebagainya. • Dalam tempoh ini pihak agensi perlu memberi penerangan mengenai organisasi/agensi dan operasi mereka, peraturan-peraturan bekerja serta keselamatan dan sebagainya.
5. STRUKTUR PROGRAM 2). Latihan • Ia merupakan aktiviti terpenting dalam program Latihan Industri ini. • Latihan ini memerlukan perancangan dan jadual matriks perlaksanaan yang terperinci. • Sepanjang tempoh latihan, pelajar akan ditempatkan di dalam bidang atau bahagian utama pengkhususan program. • Tempoh perlaksanaan aktiviti ini adalah selama 10 MINGGU.
5. STRUKTUR PROGRAM 3). Penulisan Laporan •
Semasa menjalani latihan industri, pelajar diwajibkan untuk melaporkan aktiviti-aktiviti latihan harian dan projek industri mereka di dalam dua dokumen iaitu Buku Log dan Laporan Latihan Industri.
•
Pelajar wajib melaporkan aktiviti latihan yang telah mereka lalui setiap hari di dalam buku log online https://estudent.unimas.my/PenyeliaanPelajar/).
•
Buku log (hardcopy) ini perlu disemak dan ditandatangani oleh Penyelia Industri setiap minggu.
•
Pelajar juga wajib menyediakan laporan lengkap tentang projek industri yang dilakukan semasa menjalani Latihan Industri.
6. TATATERTIB SEMASA MENJALANI LI Sepanjang menjalani tempoh latihan industri, pelajar tetap tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2009). Pelajar juga dikehendaki mematuhi peraturan berikut semasa menjalani program latihan industri: • mematuhi masa bekerja dan segala peraturan di organisasi /agensi sama seperti kakitangan yang lain; • tidak mengambil cuti sepanjang masa menjalani latihan industri kecuali dengan kelulusan organisasi/agensi berkaitan; • menghubungi pihak organisasi dengan segera sekiranya tidak dapat hadir kerana kecemasan atau cuti sakit; • menghubungi pihak organisasi/agensi sekiranya terpaksa sampai lewat kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan;
6. TATATERTIB SEMASA MENJALANI LI • tidak membocorkan rahsia atau memberi maklumat sulit organisasi/agensi kepada mana-mana pihak semasa menjalankan latihan industri ataupun sesudahnya; • menggunakan sebarang harta kepunyaan organisasi/agensi dengan baik; dan • sentiasa berpakaian kemas sesuai dengan keadaan dan peraturan pemakaian di tempat latihan industri.
Kegagalan mematuhi sebarang peraturan dan disiplin yang ditetapkan boleh menyebabkan pelajar dianggap gagal dan akan diberhentikan dari meneruskan Latihan Industri.
6. TATATERTIB SEMASA MENJALANI LI •
Pelajar WAJIB menandatangani Perjanjian Skim Latihan Pelajar (SLP03). Hantar ke Pejabat Am, Aras G selewatlewatnya pada 3 Mac 2017.
•
Semua pelajar adalah dilindungi di bawah Skim Insurans Takaful Malaysia.
6. TATATERTIB SEMASA MENJALANI LI LAMP IRAN A P ERATURAN DAN SYARAT-SYARAT SKIM LATIHAN P ELAJAR UNI MAS 1. Pelajar hend aklah menumpuk an sepenuh m asa , perhatian tenaga dan
keupayaa nnya kepad a progra m SLP. 2.
Pelajar hendaklah pa t uh kepada segala peraturan bekerja di organisasi di mana beliau ditempatkan , me ma tuhi ar ahan P enyelia SLP di UN IMAS dan bekerjasama dengan Penyelia atau Penyelia -Penyelia lain yan g dila ntik dari tempat beliau menjalani progra m SLP.
3.
Pelajar dikehendaki hadir pada setiap ma sa sama ada wakt u urusniag a atau wa ktu kerja biasa kecu ali t idak dapat berbuat demikian diseba bkan oleh sa k i t, kema langa n atau sebab-sebab lain ya ng tidak da pat dielakkan. Wa lau bagaimanapun , pelajar mes tila h terlebih dahu lu memaklumkan secara bertuli s kepada Penyelia di organisasi di mana beliau dite mpa tk a n .
4.
Pelajar hendak lah melaporkan kegiatan ha r iannya dan sinopsis la tihan ya ng diterim a di dala m Diari yang dibekalkan. Buku ini hendak lah diserahkan kepada Dekan at a u Penyelaras Program masing -ma sing selewat lewatnya dua min ggu selepas tam at program SLP untuk sem aka n dan penilaian.
5.
Pelajar t idak boleh membocorkan ata u member i sebarang mak luma t berhubung dengan p ihak yang menyed iakan kemuda h an la tihan atau sebarang perkara mengenai urusniaga pihak terse bu t atau pel a ngga n pelanggannya at au mak lu mat -maklu ma t lain ya ng diperolehi semasa menjala ni la tiha n tersebut sama ada pada masa beliau menjalani latiha n t er sebut ataupun sesudahnya.
6.
Pelajar t idak boleh dengan sengaja merosakkan atau menyalahgunaka n sebara ng har ta kepunya a n organisasi yang memberik a n la tiha n kepadan ya .
7.
Pelajar hendaklah pada setiap masa mengecualikan dan membebaskan UNIMAS dan/atau pekerjanya dan/atau , ejennya dan or ganisasi dan/atau pekerjanya dan/ata u ejennya di man a beliau ditempatka n dar ipada setiap keru gian dan dan/atau sebar ang tin dakan undang -undan g, tuntu ta n tanggunga n yang diambil oleh mana -mana pihak di bawah un dang-undang S t a tutori dan Common Law berkaitan dengan p enyertaan pelajar di dala m SLP.
8.
Sekiranya UNIMAS dan/atau peker ja nya dan/atau ejennya pa da bila -b ila ma sa dikehendaki membayar dan/atau telahpun membaya r apa -a pa kos, perbelanjaan pampas a n a kiba t da ripada sebarang tindakan undang -undan g, t unt ut a n ker ugian da n sebar ang bent uk ga ntirugi ber k aita n dengan penempatan pelajar dalam SLP , pelaj ar mestilah membayar da n mena n ggu n g ru gi kesemua da n sebar a n g kos perbel anjaan gantirugi pampasan berkenaan tenn asuk kos guama n a t as asas Peguamcara -klien yang dikeh endaki dibayar dan/a ta u telah pun dibayar oleh UNIMAS dan/atau pekerjan ya dan/atau ejennya.
9.
Pelajar yang mener ima sebarang bayara n wang dari or ganisasi di mana beliau ditempatkan hendak lah melaporkan perk ara ini kepada Penyelia di UN IMAS.
10. Semua pelajar adala h dilindun gi di bawah Skim Insuran s Takafu l Malaysia.
7. GARIS PANDUAN MENGISI BUKU LOG & LAPORAN LATIHAN INDUSTRI Perkara yang perlu dicatatkan di dalam Buku Log: • Biodata pelajar dan organisasi. • Kerja-kerja yang dijalankan sepanjang masa menjalani latihan industri. • Jika pelajar sakit pada hari tertentu, maka muka surat laporan aktiviti harian hari berkenaan hendaklah diletakkan sijil sakit atau salinannya dan disahkan oleh Penyelia Industri masing-masing. • Ruang tandatangan untuk ditandatangani oleh Penyelia Industri masing-masing.
7. GARIS PANDUAN MENGISI BUKU LOG
7. GARIS PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN LI
8. PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI a). Laporan Penyelia lndustri • Borang penilaian yang akan digunakan untuk tujuan ini adalah borang SLP-04. Pelajar perlu serahkan borang ini kepada Penyelia Industri. • Borang penilaian ini akan dihantar ke Fakulti oleh Penyelia Industri setelah pelajar menamatkan latihan industri. • Penilaian oleh Penyelia Industri akan meliputi beberapa aspek seperti berikut:•
Personaliti: sikap, tanggungjawab, disiplin dan penampilan diri pelajar.
•
Kemahiran: penggunaan pengetahuan akademik, kemahiran berfikir, analitik, kemahiran kejuruteraan dan teknologi, kemahiran berkomunikasi, persembahan teknikal dan membuat keputusan.
SLP-04
SKIM LATIHAN PELAJAR UNIMAS FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI SUMBER
PENILAIAN OLEH MAJIKAN Untuk membantu universiti menilai pelajar yang mengikuti Skim Latihan Pelajar di jabatan/agensi tuan/puan, adalah dimohon agar penyelia pelajar mengisi borang penilaian ini dan kembalikan kepada: Penyelaras Latihan Industri Fakulti Sains dan Teknologi Sumber Universiti Malaysia Sarawak 94300 Kota Samarahan Sarawak Fax: 082-583160 Nama Pelajar : _______________________________ Program :_______________________________ Program Pengajian Pelajar
Kriteria Penilaian
Skor Bulatkan skor yang berkaitan. Skor 1 merupakan kurang memuaskan manakala skor 10 cemerlang)
Penyempurnaan Tugas
Pengurusan Masa Kecekapan Kualiti
Kebolehan Am Pelajar
1 Berdikari 1 Pemikiran Ketrampilan 1 Pengetahuan Teknikal1
2 2 2 2
3 3 3 3
4 4 4 4
5 5 5 5
6 6 6 6
7 7 7 7
8 8 8 8
9 9 9 9
10 10 10 10
Kelakuan Kerja
Motivasi Produktiviti Kesungguhan Kerja Berpasukan Ketepatan Masa Minat
1 1 1 1 1 1
2 2 2 2 2 2
3 3 3 3 3 3
4 4 4 4 4 4
5 5 5 5 5 5
6 6 6 6 6 6
7 7 7 7 7 7
8 8 8 8 8 8
9 9 9 9 9 9
10 10 10 10 10 10
Keupayaan Belajar
Cepat Bersemangat
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Komen lain mengenai pelajar: (Sila gunakan lampiran berasingan jika perlu) Komen am mengenai Skim Latihan Pelajar:
Nama Penilai Jawatan Tandatangan Tarikh
: ________________________________ : ________________________________ : ________________________________ : ________________________________
Cop Rasmi:
8. PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI b). Buku
Log
• Pelajar dikehendaki mengisi buku log yang disediakan sepanjang menjalani latihan industri. • Sila pastikan Buku log ini disemak dan ditandatangani setiap minggu oleh Penyelia Industri. • Penilaian akan diberikan terhadap buku log pelajar berdasarkan kepada nilai dan kandungan akademik. • Buku log ini hendaklah diserahkan kepada Penyelaras Program selewat-lewatnya DUA (2) minggu dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai oleh Pensyarah Pemantau masingmasing.
8. PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI c). Laporan
Latihan lndustri
• Pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan lengkap tentang latihan industri yang dilakukan berdasarkan bidang pengkhususan kerja masing- masing. • Laporan latihan industri ini hendaklah diserahkan kepada Penyelaras Program selewat- lewatnya DUA (2) minggu dari tarikh tamat latihan industri untuk disemak dan dinilai.
Sepanjang latihan ini, pihak fakulti akan mengaturkan satu lawatan ke tempat agensi bagi memantau perjalanan latihan industri pelajar.
10. PENGGREDAN • Gred yang diberikan kepada pelajar adalah menggunakan format lulus/gagal iaitu Lulus (L) atau GAGAL(G). • Gred pencapaian latihan akan dinyatakan di dalam slip keputusan pelajar.
11. PENUTUP • Program Latihan Industri DIWAJIBKAN kepada semua pelajar FSTS untuk menjalaini latihan industri di organisasi kerajaan atau swasta selepas tamat tahun ketiga pengajiannya selama 10 minggu. • Dengan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang bakal diperoleh semasa menjalani latihan industri, para siswazah akan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan dan juga dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya (marketability)selepas tamat pengajian kelak.
*
LAIN-LAIN PERKARA
1) Permohonan penempatan Latihan Industri ke agensi/organisasi kerajaan@swasta wajib menggunakan surat rasmi fakulti. 2) Pelajar wajib membawa salinan SLP-03 (Perjanjian Skim Latihan Industri) 3) Apa-apa surat/borang/dokumen (cth: surat pengesahan/borang untuk ditandatangan penyelaras) yang diminta/perlu dibawa, hendaklah disediakan awal sebelum pergi menjalankan Latihan Industri. 4) Surat tawaran/penerimaan (surat dari agensi/organisasi) perlu di bawa semasa melapor di agensi/organisasi. 5) Pertukaran tempat pada saat-saat terakhir adalah TIDAK DIBENARKAN. Kecuali kes tertentu dan perlu dilakukan pada minggu pertama sahaja. 6) Pertukaran lokasi/stesen oleh organisasi tempat latihan hendaklah dimaklumkan segera ke fakulti.
SEKIAN TERIMA KASIH