MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM
PROGRAM PSIKOLOGI INDUSTRI DAN ORGANISASI
___________________________
_____________________________________________________________________________________
SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
©
Program Psikologi Industri dan Organisasi 2014
Hak cipta terpelihara.Tidak dibenarkan menerbitkan semula mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan manual ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, penggambaran atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Dekan Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah.
i
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
KANDUNGAN HALAMAN ii
PRAKATA TENAGA AKADEMIK
iii - iv
PENGENALAN 1. Pendahuluan 2. Objektif Latihan Praktikum 3. Status dan Jam Kredit 4. Tempoh Latihan Praktikum 5. Prosedur Latihan Praktikum 6. Deskripsi Tugas Pelajar 7. Tanggungjawab Pelajar Yang Akan Menjalani Latihan Praktikum 8. Deskripsi Tugas Ketua Program (KP) 9. Deskripsi Tugas Penyelia Akademik (PA) 10. Deskripsi Tugas Penyelia Latihan Praktikum (PLP)
1 1 1 2 2 3 3 4 5 5
PENILAIAN LATIHAN AKADEMIK
6
KRITERIA PENILAIAN LATIHAN PRAKTIKUM 1. Kriteria Penilaian Laporan Akhir Praktikum 2. Kriteria Penilaian Penyelia Akademik 3. Kriteria Penilaian Penyelia Latihan Praktikum
7 7 7
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR 1. Panduan Umum Menyediakan Laporan Latihan Praktikum 2. Format Penulisan Laporan Akhir Latihan Praktikum 3. Penyerahan Laporan Akhir Latihan Praktikum PENUTUP LAMPIRAN
i
8 8 8
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
PRAKATA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa, maka usaha memperbaiki program Latihan Praktikum di Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial amatlah dialu-alukan. Program Psikologi Industri dan Organisasi juga tidak ketinggalan dalam usaha memantapkan lagi proses serta mutu latihan praktikum untuk pelajar. Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi ini berevolusi daripada Manual Latihan Praktikum Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial. Manual asal ini diterbitkan pada tahun 1999 dan diselenggarakan oleh Mohd Dahlan Hj. A. Malek. Pada tahun 2003 dan 2009 manual ini sekali lagi mengalami perubahan dan pembaikan. Manual yang khusus untuk program Psikologi Industri dan Organisasi kini mengandungi beberapa pembaharuan dan penambahbaikan. Sebahagian daripada perubahan ini adalah selaras dengan perkembangan setiap program di Sekolah ke arah pengkhususan dan profesionalisme masing-masing. Diharap para mahasiswa dapat memanfaatkan manual ini dalam mencapai kecemerlangan dalam latihan praktikum mereka. Terima kasih diucapkan kepada pihak yang telah mengusahakan Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi ini secara langsung dan tidak langsung, khususnya para pensyarah program Psikologi Industri dan Organisasi. Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada mereka yang telah menerbitkan Manual yang terdahulu. Sekian, terima kasih.
PROF. MADYA DR. MURNIZAM HJ. HALIK Dekan Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial
ii
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
TENAGA AKADEMIK SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL
DEKAN Prof. Madya Dr. Murnizam Hj. Halik TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK DAN HAL EHWAL PELAJAR) Dr. Ferlis Bullare @ Hj. Bahari TIMBALAN DEKAN (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) Cik Agnis Sombuling PENSYARAH PROGRAM PSIKOLOGI INDUSTRI DAN ORGANISASI (HA13) Pn. Razima Hanim Osman (Ketua Program) Prof. Madya Dr. Murnizam Hj. Halik Prof. Madya Dr. Mohd Dahlan Hj. A. Malek Prof. Madya Dr. Chua Bee Seok Dr. Nurul Hudani Md. Nawi En. Ismail Maakip En. Beddu Salam Baco PENSYARAH PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA DAN KOMUNIT (HA16) Dr. Gertude C. Ah Gang @ Grace (Ketua Program) Prof. Madya Dr. Balan R. Rathakrishnan Cik Mazni Mustapha Pn. Joki Perdani Sawai PENSYARAH PROGRAM PSIKOLOGI KAUNSELING (HA19) Pn. Norlizah Matshah (Ketua Program) Dr. Peteri Megat Ahmad Cik Patricia Joseph Kimong En. Wan Anor Wan Sulaiman Pn. Sharon Kwan Sam Mee Cik Norzihan Ayub PENSYARAH PROGRAM PSIKOLOGI KANAK-KANAK DAN KELUARGA (HA20) Pn. Shazia Iqbal (Ketua Program) Pn. Suwaibah Zakaria Cik Agnis Sombuling En. Aminuddin Lastar Pn. Norma Razali
iii
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
PENSYARAH PROGRAM KERJA SOSIAL (HA52) Pn. Habibie Hj. Ibrahim (Ketua Program) Dr. Peter Voo Su Kiong En. Mohamad Azhar Mohammad Nor En. Risalshah Latif Pn. Hamidah Jarimal Cik Siti Noor Fazariah Suiz @ Mohd. Rusdy PENSYARAH UNIT PENYELIDIKAN PSIKOLOGI DAN KESIHATAN SOSIAL Prof. Madya Dr. Mohd. Dahlan Hj. A. Malek (Ketua Unit) Dr. Ferlis Bullare @ Hj. Bahari Pn. Lailawati madlan @ Endalan Pn. Jasmine Adela Mutang En. Alfred Chan Huan Zhui TUTOR En. Ben Anderson Anak Melai Cik Nurafifah Bari Cik Wanda Kiyah Anak George Pn. Lailatul Qamar Ali Husin Pn. Nurfarhanah Ardilla Aftar
iv
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
PENGENALAN 1. Pendahuluan Latihan Praktikum ini dilaksanakan pada semester akhir pengajian bagi pelajar Universiti Malaysia Sabah. Latihan Praktikum ini merupakan keperluan dan pelengkap bagi kursuskursus yang diikuti pada semester-semester sebelumnya dan bagi keperluan program secara keseluruhan. Latihan Praktikum ini sebenarnya merupakan penempatan (placement) bagi pelajar-pelajar Program Psikologi Industri dan Organisasi untuk mengintegrasikan ilmu teori yang mereka perolehi dengan latihan amali di latar yang sebenar. Latihan Praktikum ini adalah selaras dengan hasrat Universiti Malaysia Sabah untuk: i) Menyediakan graduan Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial yang bersedia dan berkemampuan untuk menghadapi kerjaya yang baik dalam bidang akademik mahupun bukan akademik dengan semangat dan penampilan profesionalisme yang tinggi. ii) Menyediakan program-program pengajian yang bersifat teori dan gunaan sesuai dengan keadaan semasa yang menekankan pengurusan yang cekap dan bermutu tinggi. 2. Objektif Latihan Praktikum Objektif Latihan Praktikum ini adalah selaras dengan beberapa objektif Universiti Malaysia Sabah sendiri, khususnya: i. Mendedahkan pelajar kepada latar kerja yang sebenar. ii. Memberi peluang kepada pelajar mempelajari ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan psikologi industri dan organisasi daripada organisasi tempat latihan praktikum. iii. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari di universiti di latar kerja yang sebenar melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan di organisasi. iv. Meneroka, memelihara dan memanfaatkan ilmu dengan berkesan untuk pembangunan masyarakat dan negara yang selaras dengan etos universiti dan Negara. v. Menjalinkan hubungan kerjasama yang rapat lagi berguna di antara Universiti Malaysia Sabah dengan sektor perindustrian, kerajaan, badan-badan profesional dan masyarakat. vi. Mencapai kecemerlangan kesarjanaan akademik, bertaraf antarabangsa dalam program berbilang bidang. 3. Status dan Jam Kredit Latihan praktikum ini merupakan satu altenatif wajib kepada pelajar di bawah program ini yang mana boleh memilih untuk tidak menjalani Latihan Praktikum tetapi menggantikannya dengan Latihan Ilmiah. Latihan Praktikum diperuntukkan sebanyak enam (6) jam kredit. Gred yang diperolehi bagi Latihan Praktikum akan dikira dalam PNGK (Purata Nilai Gred kumulatif) untuk pengijazahan.
1
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
4. Tempoh Latihan Praktikum Tempoh latihan praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi adalah selama DUABELAS (12) minggu. 5. Prosedur Latihan Praktikum Sebelum menjalani Latihan Praktikum ini pelajar-pelajar perlu melengkapkan perkara-perkara berikut: i. Lulus semua kursus teras Sekolah peringkat 1000. ii. Lulus tiga kursus teras Program berikut: a. PI10203 Kepemimpinan b. PI10103 Psikologi Industri dan Organisasi c. PI20303 Psikologi Personel iii. Pelajar juga perlu berusaha mendapatkan tempat latihan praktikum lebih awal untuk mengelakkan pelajar tercicir daripada mendapat tempat praktikum pada saat-saat akhir. iv. Pelajar juga perlu mengikuti bengkel yang diatur oleh pihak Sekolah sebelum mengikuti latihan praktikum. Dalam bengkel ini pelajar akan diberi pendedahan mengenai cara menulis laporan dan perkara-perkara berikut: a. Ketrampilan diri di organisasi. b. Perlakuan dan etika kerja. c. Memahami struktur organisasi. d. Memahami keperluan organisasi dalam menangani masalah-masalah dan tekanan sosial. e. Memahami peranan pelajar Program Psikologi Industri dan Organisasi dalam organisasi terbabit. f. Mengetahui ekspektasi organisasi dan masyarakat amnya terhadap peranan pelajar dari program Psikologi Industri dan Organisasi. Bengkel ini dikendalikan oleh tenaga akademik dan juga penceramah jemputan Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial. v.
Mendaftar untuk menjalani Latihan Praktikum satu semester sebelum menjalaninya dengan mengisi borang yang disediakan oleh pihak Perkhidmatan Akademik UMS, dan disahkan oleh Ketua Program (KP) yang dilantik oleh Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial. vi. Mengisi dan menghantar Buku Log (setiap minggu) kepada Penyelia Akademik (PA) sebagai rekod aktiviti harian di tempat latihan dan disahkan oleh Penyelia Latihan Praktikum (PLP). vii. Menulis Laporan Akhir Latihan Praktikum mengikut format yang disediakan oleh Program dan Sekolah. viii. Membentangkan hasil latihan praktikum selepas tamat latihan praktikum.
2
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
6. Deskripsi Tugas Pelajar Pelajar yang mengikuti praktikum ini mestilah: i. Mengisi Borang Maklumat Diri Pelajar [Borang BLI-1(B)] (Lampiran 1) yang disediakan oleh pihak sekolah dan menyerahkannya kepada Penyelaras Latihan Industri sebelum menjalani praktikum. ii. Pelajar hendaklah memastikan borang BORANG LAPOR DIRI PELAJAR / BLI-2(A) (Lampiran 9) diisi dengan lengkap dan mengembalikannya kepada PENYELARAS LATIHAN INDUSTRI dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh melapor diri. iii. Berbincang dengan PA dan PLP mengenai kesesuaian aktiviti dan matlamat Latihan Praktikum yang akan dijalankan di tempat praktikum. iv. Berbincang dengan PLP masing-masing sebelum melaksanakn sesuatu aktiviti. v. Melaporkan aktivit-aktiviti dalam Buku Log dan rumusan mingguan (rujuk Lampiran 7) serta mendapatkan pengesahan daripada PLP. Buku log yang telah disahkan hendaklah diberikan kepada PA setiap minggu. vi. Menyediakan Laporan Akhir Latihan Praktikum mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. vii. Membentangkan hasil latihan praktikum kepada panel penilai yang dilantik oleh Sekolah. viii. Menyerahkan Laporan Akhir Latihan Praktikum tersebut kepada pihak Sekolah pada tarikh yang telah ditetapkan. ix. Pelajar hendaklah memastikan BORANG SENARAI SEMAK LATIHAN INDUSTRI/ BLI-5 (LAMPIRAN 10) diisi dengan lengkap dan mengembalikannya kepada PENYELARAS LATIHAN INDUSTRI pada MINGGU TERAKHIR PRAKTIKUM. x. Memelihara imej universiti serta mematuhi peraturan organisasi/agensi di mana pelajar ditempatkan. Pelajar juga harus sedar bahawa mereka masih lagi tertakluk kepada Peraturan-peraturan Pra-Siswazah Universiti Malaysia Sabah. 7. Tanggungjawab Pelajar yang akan Menjalani Latihan Praktikum Pelajar-pelajar yang akan menjalani latihan praktikum dikehendaki melakukan perkaraperkara berikut : i. Anda dikehendaki melapor diri kepada pegawai di organisasi yang dikenalpasti sebagai PLP. ii. Anda hendaklah memahami dan mematuhi sepenuhnya peraturan organisasi. iii. Anda dikehendaki berpakaian kemas sewaktu melaporkan diri dan menjalani latihan praktikum (misalnya memakai tali leher, kasut dll). Dalam kebanyakan keadaan seluar jean dan baju ‘T’ tidak boleh dipakai. iv. Menepati waktu kerja organisasi di mana anda ditempatkan. Sentiasa mematuhi waktu keluar masuk organisasi di mana anda ditempatkan. Jika terpaksa berada di tempat lain, tinggalkan pesanan/nota. Gunakan waktu bekerja sebaik-baiknya dengan melakukan sesuatu yang berfaedah. v. Perlu diingatkan bahawa masa kerja di organisasi swasta dan kerajaan adalah berlainan. Anda perlu menunjukkan sikap bekerjasama serta membuktikan keupayaan anda untuk memenuhi keperluan tugas anda.
3
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi vi. Anda hendaklah melakukan tugas-tugas sama ada diarahkan atau tidak dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Jika menghadapi masalah anda janganlah teragakagak untuk memberitahu PLP anda ataupun PA. vii. Setiap tugasan yang diarahkan perlu dilakukan seberapa segera bersesuaian dengan mutu dan kehendak organisasi. Anda juga disarankan supaya memperbanyakkan bacaan bagi mendapatkan maklumat mengenai organisasi di mana anda ditempatkan. viii. Anda perlu bersikap ramah, berbudi bahasa, bersedia untuk bekerja dan jangan takut untuk bertanya sekiranya tidak tahu. ix. Anda dikehendaki menyerahkan Borang Penilaian (Borang BLI-4) (Lampiran 2) kepada PLP anda semasa melaporkan diri. Terangkan kepada PLP anda bahawa pihaknya perlu menyerahkan borang tersebut kepada PA untuk tujuan pemarkahan. Laporan ini adalah sulit dan anda tidak dibenarkan untuk melihatnya. x. Segala hasil maklumat yang diperolehi semasa menjalani latihan praktikum hendaklah difailkan dengan teratur untuk dilampirkan bersama laporan Latihan Praktikum anda. xi. Sebarang perubahan jadual Latihan Praktikum yang hendak dilakukan, umpamanya cuti (tidak digalakkan kecuali terpaksa), hendaklah memberitahu PLP dan PA terlebih dahulu dan dapatkan kebenaran. Anda dikehendaki mematuhi dan mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak organisasi di mana anda ditempatkan. xii. Sekiranya anda sakit atau memerlukan rawatan kesihatan, anda boleh pergi ke klinik panel /hospital kerajaan/klinik-klinik lain yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Segala resit rawatan perlu disimpan untuk tujuan tuntutan. Ini adalah tertakluk keapada kontrak anda dengan organisasi di mana anda ditempatkan (sebagaimana yang tercatat dalam surat tawaran). xiii. Organisasi tidak bertanggunjawab membayar elaun harian atau perjalanan anda dalam menjalankan tugas semasa latihan praktikum. Bagaimanapun, anda boleh menerima saguhati yang diberi oleh pihak organisasi. xiv. Anda hendaklah bersedia untuk menerima kunjungan PA dan bersedia menerangkan kepada PA mengenai latihan yang anda jalani. xv. Perlu diingatkan sebagai pelajar universiti ini, anda merupakan pembawa imej Universiti Malasia Sabah. Oleh itu, anda perlu mengawasi tingkah laku anda dan menjaga nama baik Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial dan juga Universiti Malaysia Sabah. xvi. Semasa menjalani latihan praktikum, anda masih lagi terikat kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 1984) dan peraturan-peraturan lain yang sedang berkuatkuasa. Tindakan tatatertib akan diambil terhadap pelajar yang melanggar mana-mana akta dan peraturan universiti. 8. Deskripsi Tugas Ketua Program Ketua Program Psikologi Industri dan Organisasi bertanggungjawab dalam: i. Menyenaraikan organisasi yang sesuai sebagai tempat latihan. ii. Menyelaraskan proses permohonan pelajar ke organisasi. iii. Mengatur dan memastikan sesi-sesi bengkel dijalankan. iv. Menyelaras perlantikan PA bagi setiap pelajar. v. Menyelaras perlantikan PLP bagi setiap pelajar. vi. Mengumpul rekod penilaian pelajar dan menyampaikan gred kepada Dekan Sekolah.
4
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi vii. Mengumpul borang penilaian organisasi. viii. Berbincang dan menjawab pertanyaan-pertanyaan PLP berkenaan program latihan jika perlu. 9. Deskripsi Tugas Penyelia Akademik (PA) PA dilantik oleh pihak Sekolah untuk tugas-tugas berikut : i. Berbincang dengan pelajar mengenai objektif penempatan sesuatu organisasi. ii. Berbincang dengan PLP mengenai latihan kerja pelajar. iii. Memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kepada pelajar semasa menjalani latihan praktikum. iv. Menilai prestasi latihan praktikum pelajar pada akhir semester dengan melihat kepada laporan bertulis, prestasi di organisasi dan maklum balas daripada pihak organisasi yang terlibat. v. Menyelia pelajar-pelajar di bawah penyeliaan sekurang-kurangnya dua (2) kali sepanjang tempoh latihan praktikum. vi. Membuat penilaian terhadap pelajar (Borang BLI-3) (Lampiran 3). vii. Membuat penilaian terhadap organisasi berkenaan kesesuaiannya sebagai tempat menjalani latihan praktikum. viii. Mengumpul kesemua borang penilaian, buku log dan laporan akhir praktikum untuk dikira markah dan grednya sebelum diserahkan kepada KP. ix. Menilai pembentangan hasil latihan praktikum pelajar. 10. Deskripsi Tugas Penyelia Latihan Praktikum PLP adalah individu yang dilantik oleh organisasi terbabit di mana pelajar ditempatkan untuk menjalani latihan praktikum. Perlantikan ini adalah berdasarkan persetujuan yang dicapai bersama pihak sekolah dengan pengurusan organisasi terbabit. PLP akan bertanggunjawab memastikan pelajar menjalani latihan praktikum dalam tempoh yang diteapkan. Bidang tugas PLP ialah seperti berikut : i. Membincangkan keperluan penempatan pelajar di organsasi berkenaan bersamasama PA. ii. Memberikan bimbingan dan nasihat kepada pelajar untuk mencapai objektif latihan praktikum. iii. Menyemak dan mengesahkan Buku Log pelajar setiap minggu. PLP hendaklah menyerahkannya semula kepada pelajar pada hari pertama minggu berikutnya. iv. Menyemak kesesuaian kandungan tentang oraganisasi yang ditulis oleh pelajar dalam Laporan Akhir Latihan Praktikum. v. Menilai prestasi pelajar berdasarkan borang penilaian akhir latihan praktikum melalui (Borang BLI-4) dan menyerahkannya kepada PA.
5
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
PENILAIAN LATIHAN PRAKTIKUM Pencapaian pelajar dalam latihan praktikum akan dinilai berdasarkan:
BIL. 1. 2. 3.
KRITERIA PENILAIAN LAPORAN AKHIR LATIHAN PRAKTIKUM PENILAIAN PENYELIA AKADEMIK PENILAIAN PENYELIA LATIHAN PRAKTIKUM JUMLAH
MARKAH 50% 30% 20% 100%
PERINCIAN KRITERIA PENILAIAN LATIHAN PRAKTIKUM 1) Kriteria Penilaian Laporan Akhir Latihan Praktikum (Markah: 50%) BAB 1: PENGENALAN 1.1 LATAR BELAKANG ORGANISASI (termasuk sejarah organisasi, visi, misi, objektif, aktiviti utama atau jenis perkhidmatan/ perniagaan organisasi dan carta organisasi) 1.2 Rumusan
Markah
BAB 2: PEMEROLEHAN PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN REFLEKSI 2.1 ANALISIS KERJA 2.2 PEMILIHAN PEKERJA 2.3 PENILAIAN PRESTASI 2.4 LATIHAN 2.5 KEPEMIMPINAN 2.6 RUMUSAN
25% 5 5 5 5 5
BAB 3: SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI 3.1 SUMBANGAN ILMIAH 3.2 SUMBANGAN PENTADBIRAN 3.4 ULASAN/ REFLEKSI 3.5 RUMUSAN
25% 10 10 5
RUJUKAN LAPMIRAN
6
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
2) Kriteria Penilaian oleh Penyelia Akademik (PA) (Markah: 30%) BIL 1. 2. 3. 4. 5.
KRITERIA PENILAIAN Laporan Lisan oleh Pelajar Kepada Penyelia Akademik Kompetensi Dalam Menjalankan Praktikum Relevan Dengan Keperluan Praktikum Perkembangan Profesionalisme Pengurusan Dokumentasi dan Buku Log JUMLAH
MARKAH 10 5 5 5 5 30
3) Kriteria Penilaian oleh Penyelia Latihan Praktikum (PLP) (Markah: 20%) BIL 1. 2. 3. 4. 5.
KRITERIA PENILAIAN Penggurusan Masa Keyakinan Diri Kompetensi Kebolehan Memahami Arahan Sumbangan Kepada Organisasi JUMLAH
MARKAH 4 4 4 4 4 20
7
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR 1.0 Panduan Umum Menyediakan Laporan Latihan Praktikum i. Para pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan mengenai Latihan Praktikum yang telah tamat mereka jalani. ii. Pelajar-pelajar dinasihatkan supaya menyediakan bahan-bahan, data, rajah-rajah dan apa jua maklumat yang difikirkan relevan seawal yang mungkin. Penulisan boleh dimulakan seawal minggu pertama Latihan Praktikum. iii. Buku Log latihan praktikum boleh digunakan sebagai rujukan dalam membuat laporan berkenaan. iv. Laporan yang telah siap hendaklah diserahkan kepada PA pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial. v. Panduan bagi format laporan ditunjukkan dalam manual ini (Lampiran 8). 2.0 Format Penulisan Laporan Akhir Latihan Praktikum i. Contoh format penulisan laporan akhir boleh dirujuk pada Lampiran 4. ii. Contoh format muka depan laporan akhir boleh dirujuk pada Lampiran 5. iii. Semua laporan hendaklah ditaip di atas kertas putih bersaiz A4 – ketebalan 80gsm. iv. Helaian pertama selepas muka depan laporan adalah pengakuan pelajar dan pengesahan Penyelia Latihan Praktikum dan Pengesahan Penyelia Akademik. Format penulisan pengakuan dan pengesahan boleh dirujuk pada Lampiran 6. v. Markah diberi kepada laporan bertulis dan buku log. vi. Spesifikasi teknikal penulisan laporan adalah seperti berikut: Jenis dan saiz huruf: Arial 11, langkau dua (double spacing) Jidar (margin): Atas 1.0 inci Bawah 1.0 inci Kiri 1.0 inci Kanan 1.0 inci Nombor halaman diletakkan di sudut atas sebelah kanan. Jumlah halaman: 40 – 100 muka surat tidak termasuk lampiran. 3.0 Penyerahan Laporan Akhir Latihan Praktikum Jumlah salinan naskah akhir yang perlu disediakan oleh pelajar: Satu (1) naskah ‘soft copy’ (CD) dalam bentuk fail PDF untuk penyelia akademik dan simpanan sekolah. Satu (1) naskah berjilid untuk organisasi. PENUTUP Manual ini diharap dapat memberi panduan kepada pelajar untuk mengikuti Latihan Praktikum dengan jayanya.
8
BORANG MAKLUMAT PELAJAR /BLI-1(B)
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG MAKLUMAT PELAJAR (Untuk Diisi Oleh Pelajar)
Gambar Scan Saiz Pasport
A. BUTIR-BUTIR DIRI PELAJAR Nama
: _____________________________________________________________
No. Matriks
: _________________________ No.K/P:_____________________________
Sekolah
: _____________________________________________________________
Program
: _____________________________________________________________
Alamat Tetap
: _____________________________________________________________ _____________________________________________________________
Poskod
: _____________________________________________________________
No.Telefon (Rumah)
: ________________________ Telefon Bimbit:________________________
Emel
: _____________________________________________________________
Apabila berlaku kecemasan, penama yang boleh dihubungi: Nama
: _____________________________________________________________
No.Telefon (Rumah)
: __________________________ Telefon Bimbit: _____________________
Hubungan
: _____________________________________________________________
Alamat
: _____________________________________________________________ _____________________________________________________________
Poskod
: _____________________________________________________________
1
BORANG MAKLUMAT PELAJAR /BLI-1(B)
B. MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI Nama Organisasi
: _____________________________________________________________
Alamat Organisasi
: _____________________________________________________________ _____________________________________________________________
Poskod
: _____________________________________________________________
No. Telefon
: _____________________________ Faks: _________________________
Pegawai Yang Boleh Di Hubungi : _______________________________________________________ Jawatan
: _______________________________________________________
Tarikh Latihan
: ________________________ hingga_________________________
C. MAKLUMAT SEKOLAH Nama Penyelia Akademik
: _______________________________________________________
No.Telefon (Sambungan)
: _______________________ Telefon Bimbit:___________________
___________________________ Tandatangan Pelajar
Tarikh: ______/_______/______
2
SULIT
BORANG LAPORAN PENYELIA ORGANISASI/ BLI-4
SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG LAPORAN PENILAIAN PENYELIA ORGANISASI (PLP) SESI______________/____________
(Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikembalikan kepada Dekan Sekolah yang berkenaan)
Nama Organisasi : _____________________________________________________________ Alamat
: _____________________________________________________________
Poskod
: _____________________________________________________________
Sektor Ekonomi
-1
-2
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
(Tandakan / diruangan yang berkenaan) -1 Tidak dinyatakan 6 Pembinaan -2 Tidak Berkenaan 7 Perdagangan Jual Borong dan 1 Pertanian/Perburuan/Perhutanan Jual Runcit/Pembaikan Kenderaan 2 Perikanan 8 Bermotor, Motosikal dan Barangan Persendirian 3 Perlombongan/Pengkuarian dan Isi Rumah/Hotel dan Restoran 4 Pembuatan 9 Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi 5 Bekalan Elektrik,Gas & Air 10 Pengantaraan Kewangan
Industri
-1
-2
1
2
3
4
5
6
7
11 Aktiviti Hartanah, Penyewaan dan Perniagaan 12 Pentadbiran Awam dan Pertahanan/Keselamatan Sosial Wajib 13 Pendidikan 14 Kesihatan dan Kerja Sosial 15 Aktiviti Perkhidmatan Komuniti, Sosial dan Persendirian Lain 16 Isi Rumah Persendirian dengan Pekerja Bergaji 17 Organisasi dan Badan-badan di Luar Wilayah
999
(Tandakan / diruangan yang berkenaan) -1 Tidak dinyatakan 4 Swasta tempatan
-2 Tidak berkenaan 5 Perusahaan sendiri
1 Kerajaan 6 GLC
2 Badan berkanun 7 NGO
3 Swasta Multinasional/Asing 999 Lain-lain
Nama Pelajar Yang Dinilai : _________________________________________________________ BAHAGIAN A : KEMAHIRAN INSANIAH No.
1. 2. 3. 4. 5.
Perkara
Ya
Kemahiran Komunikasi Kepimpinan Kerja Berpasukan Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah Etika dan Moral Profesional
1
Tidak
Tidak berkaitan
17
SULIT
BORANG LAPORAN PENYELIA ORGANISASI/ BLI-4
BAHAGIAN B : KEPERLUAN PROGRAM PANDUAN SKOR Sila beri penilaian berdasarkan kepada skor di bawah :4 = Amat Memuaskan
3= Memuaskan
BIL
2= Tidak Memuaskan
PENILAIAN
1.
Penggurusan Masa
2.
Keyakinan Diri
3.
Kompetensi
4.
Kebolehan Memahami Arahan
5.
Sumbangan Kepada Organisasi
1= Sangat Tidak memuaskan
SKOR
/
JUMLAH
Penyelaras Latihan Industri Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah TERIMA KASIH
2
LAPORAN PENYELIA AKADEMIK LI BLI-3
SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH LAPORAN PENYELIA AKADEMIK LATIHAN PRAKTIKUM (Untuk kegunaan Program HA13, HA16 dan HA20) Nama Pelajar
: ________________________________________________________
No.Matriks
: ________________________________________________________
Sekolah
: ________________________________________________________
Program
: ________________________________________________________
Nama &
: ________________________________________________________
Alamat Organisasi
________________________________________________________ ________________________________________________________
Poskod
: ________________________________________________________
Pegawai Yang Ditemui
: __________________________________________________
Jawatan
: ________________________________________________________
No.Telefon
: ______________________
No.Faks : ______________________
…………………………………………………………………………………………………………… Pengesahan Perjumpaan Pelajar Dengan Pensyarah Penyelia LI/Pensyarah Pelawat Nama Pensyarah Penyelia LI / Pensyarah Pelawat : Tarikh dan Masa Kehadiran :
Disahkan Oleh :
Disaksikan Oleh :
_____________________________
____________________________
Tandatangan Pensyarah
Tandatangan Penyelia Organisasi Cop Organisasi/Syarikat
1
LAPORAN PENYELIA AKADEMIK LI BLI-3
MARKAH PENILAIAN
ASPEK PENILAIAN
MARKAH
a. Laporan Lisan oleh Pelajar Kepada Penyelia Akademik (10 Markah) b. Kompetensi Dalam Menjalankan Praktikum (5 Markah) c. Relevan Dengan Keperluan Praktikum (5 Markah) d. Perkembangan Profesionalisme (5 Markah) e. Pengurusan Dokumentasi (5 Markah ) Ulasan/Cadangan : ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________
Borang ini perlu diisi oleh Pensyarah Penyelia LI semasa membuat lawatan. Sila serahkan borang yang lengkap kepada Penyelaras Latihan Industri Sekolah dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tarikh lawatan.
2
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
LAMPIRAN 4: CONTOH FORMAT LAPORAN AKHIR
TAJUK PENGHARGAAN Kepada Organisasi Kepada Pihak Sekolah Kepada Orang Perseorangan BAB 1: PENGENALAN 1.1 LATAR BELAKANG ORGANISASI • Sejarah organisasi, • Misi, Visi, Objektif, • Aktiviti Utama/Jenis Perkhidmatan/Perniagaan Organisasi • Carta Organisasi 1.2 RUMUSAN BAB 2: PEMEROLEHAN PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN REFLEKSI 2.1 ANALISIS KERJA 2.2 PEMILIHAN PEKERJA 2.3 PENILAIAN PRESTASI 2.4 LATIHAN 2.5 KEPIMPINAN 2.6 RUMUSAN BAB 3: SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI 3.1 SUMBANGAN ILMIAH 3.2 SUMBANGAN PENTADBIRAN 3.4 ULASAN/ REFLEKSI 3.5 RUMUSAN RUJUKAN LAMPIRAN
1
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
LAMPIRAN 5: Format Kulit Luar Laporan Akhir Latihan Industri (CONTOH)
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL (Tahoma 16 Bold)
PROGRAM PSIKOLOGI INDUSTRI DAN ORGANISASI (Tahoma 14 Bold)
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI (Tahoma 12 Bold)
TEMPAT LATIHAN / NAMA ORGANISASI (Tahoma 14 Bold)
NAMA PELAJAR (Tahoma 14 Bold)
NO MATRIK (Tahoma 14 Bold)
2014 (Tahun latihan industri) (Tahoma 14 Bold)
1
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
LAMPIRAN 6: CONTOH FORMAT HELAIAN PERTAMA SELEPAS MUKA DEPAN LAPORAN AKHIR
PENGAKUAN DAN PENGESAHAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan-nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Saya juga mengakui bahawa saya telah menjalani Latihan Praktikum selama DUA BELAS MINGGU di ___________________________________________________________________________ bagi memenuhi sebahagian syarat memperolehi Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian (Psikologi Industri dan Organisasi), Universiti Malaysia Sabah”.
Tandatangan: Nama Pelajar: No. Matrik: Tarikh:
Tandatangan: Nama Penyelia Latihan Praktikum: Jawatan: Tarikh: Cop Rasmi:
Tandatangan: Nama Penyelia Akademik: Jawatan: Tarikh:
1
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
LAMPIRAN 7: CONTOH FORMAT BUKU LOG HARIAN DAN RUMUSAN MINGGUAN NAMA PELAJAR
:
NO. MATRIK
:
MINGGU PRAKTIKUM
:
NAMA ORGANISASI
:
TARIKH (HARI)
JELASKAN SECARA RINGKAS TUGAS ATAU AKTIVITI YANG ANDA JALANKAN DI ORGANISASI LATIHAN PRAKTIKUM ANDA
25 Jun 2012 (Isnin) 26 Jun 2012 (Selasa) 27 Jun 2012 (Rabu) 28 Jun 2012 (Khamis) 29 Jun 2012 (Jumaat) RUMUSAN MINGGUAN ULASAN PENYELIA LATIHAN PRAKTIKUM
_____________________________ Tandantangan Penyelia Latihan Praktikum
__________ Tarikh
Nama dan Cop:
1
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
LAMPIRAN 8: GARIS PANDUAN PENULISAN LAPORAN BAB 2: PEMEROLEHAN PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN REFLEKSI ELEMEN Analisis Kerja
PEMEROLEHAN Pengetahuan yang perlu diperoleh a. Pendahuluan – Jelaskan secara ringkas berkenaan analisis kerja. b. Jelaskan bagaimana proses analisis kerja dilaksanakan dalam organsasi praktikum anda. c. Jelaskan bagaimana deskripsi tugas sesuatu jawatan dibuat bagi organisasi praktikum anda. d. Nyatakan orang dan pihak yang terlibat dalam mengendalikan dan membuat keputusan berkenaan analisis kerja dan deskripsi tugas bagi organisasi praktikum anda. e. Memberi komen dan cadangan berkenaan perlaksanaan analisis kerja dan deskripsi tugas bagi organisasi praktikum anda. Kemahiran yang perlu diperoleh Jelaskan kemahiran yang diperoleh dalam membuat analisis kerja dan penyediaan deskripsi tugas melalui penglibatan secara langsung atau membantu individu yang terlibat dalam proses analisis kerja dan penyediaan deskripsi tugas. Misalnya, terlibat dalam aktiviti pewujudan jawatan baru atau review deskripsi kerja yang sedia ada. Refleksi Beri ulasan anda terhadap isu-isu yang berkaitan dengan analisis kerja yang diamalkan di organisasi tempat latihan praktikum dengan membuat refleksi dari segi konsep, prinsip, model atau teori yang telah anda pelajari.
Pemilihan Pekerja
Pengetahuan yang perlu diperoleh a. Pendahuluan - Jelaskan secara ringkas berkenaan pemilihan pekerja. b. Jelaskan bagaimana proses pemilihan pekerja dilaksanakan dalam organisasi praktikum anda. c. Jelaskan kaedah atau teknik pemilihan pekerja yang diamalkan oleh organisasi praktikum anda. d. Nyatakan orang dan pihak yang terlibat dalam mengendalikan dan membuat keputusan berkenaan pemilihan pekerja bagi organsasi praktikum anda. e. Memberi komen dan cadangan berkenaan proses dan kaedah pemilihan pekerja yang diamalkan oleh organisasi praktikum anda.
1
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
Kemahiran yang perlu diperoleh Jelaskan kemahiran yang diperoleh dalam pemilihan pekerja melalui penglibatan secara langsung atau membantu individu yang terlibat dalam merancang, mengendali atau menganalisis hasil pemilihan pekerja. Misalnya, terlibat dalam memproses borang permohonan, mengendalikan temuduga dan sebagainya. Refleksi Beri ulasan anda terhadap isu-isu yang berkaitan dengan pemilihan pekerja yang diamalkan di organisasi tempat latihan praktikum dengan membuat refleksi dari segi konsep, prinsip, model atau teori yang telah anda pelajari. Penilaian Prestasi
Latihan
Pengetahuan yang perlu diperoleh a. Pendahuluan – Jelaskan secara ringkas berkenaan penilaian prestasi. b. Jelaskan bagaimana proses penilaian prestasi dilaksanakan dalam organisasi praktikum anda. c. Jelaskan kaedah atau teknik penilaian prestasi yang diamalkan oleh organsasi praktikum anda. d. Nyatakan orang dan pihak yang terlibat dalam mengendalikan dan membuat keputusan berkenaan penilaian prestasi bagi organsasi praktikum anda. e. Memberi komen dan cadangan berkenaan proses dan kaedah penilaian prestasi yang diamalkan oleh organisasi praktikum anda. Kemahiran yang perlu diperoleh Jelaskan kemahiran yang diperoleh dalam pemilihan kerja melalui penglibatan secara langsung atau membantu individu yang terlibat dalam merancang, mengendali atau menganalisis hasil pemilihan pekerja. Misalnya, terlibat dalam memproses boring penilaian prestasi, mengisi ataupun membuat penilaian sendiri dalam borang penilaian pretasi yang digunakan oleh organisasi. Refleksi Beri ulasan anda terhadap isu-isu yang berkaitan dengan penilaian prestasi yang diamalkan di organisasi tempat latihan praktikum dengan membuat refleksi dari segi konsep, prinsip, model atau teori yang telah anda pelajari. Pengetahuan yang perlu diperoleh a. Pendahuluan – Jelaskan ssecara ringkas berkenaan latihan di organisasi. b. Jelaskan bagaimana latihan dirancang (dari segi mengenalpasti keperluan latihan, jenis latihan, bajet dan sebagainya) oleh organisasi praktikum anda. c. Jelaskan bagaimana latihan dilaksanakan oleh organisasi praktikum anda. d. Jelaskan bagaimana keberkesanan sesuatu latihan diukur oleh organisasi praktikum anda.
2
Manual Latihan Praktikum Program Psikologi Industri dan Organisasi
e.
Nyatakan orang dan pihak yang terlibat dalam mengendali, menyelaras dan membuat keputusan berkenaan latihan bagi organisasi praktikum anda. f. Memberi komen dan cadangan berkenaan proses dan kaedah pemberian latihan kepada kakitangan yang diamalkan oleh organisasi praktikum anda. Kemahiran yang perlu diperoleh Jelaskan kemahiran yang diperoleh dalam merancang dan mengendali dan menilai latihan melalui penglibatan dalam aktiviti latihan yangdijalankan oleh organisasi praktikum anda. Refleksi Beri ulasan anda terhadap isu-isu yang berkaitan dengan latihan yang diamalkan di organisasi tempat latihan praktikum dengan membuat refleksi dari segi konsep, prinsip, model atau teori yang telah anda pelajari. Kepimpinan
Pengetahuan yang perlu diperoleh a. Pendahuluan – Jelaskan secara ringkas berkenaan kepimpinan dalam organisasi. b. Jelaskan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh ketua/ pengurus atasan di organisasi praktkum anda. c. Jelaskan hierarki autoriti di organisasi praktikum anda. d. Jelaskan bentuk komunikasi yang diamalkan dan integrasi antara jabatan dalam organisasi praktikum anda. e. Memberi komen dan cadangan berkenaan jenis gaya kepimpinan dan bentuk komunikasi diamalkan oleh organisasi praktikum anda. Kemahiran yang perlu diperoleh Jelaskan kemahiran yang diperoleh dalam kepimpinan dan pentadbiran melalui temubual (ketua atau subordinat) atau pemerhatian terhadap kepimpinan ketua organisasi. Atau melalui penglibatan dalam memimpin satu projek kecil secara ad-hoc. Refleksi Beri ulasan anda terhadap isu-isu yang berkaitan dengan kepimpinan yang diamalkan di organisasi tempat latihan praktikum dengan membuat refleksi dari segi konsep, prinsip, model atau teori yang telah anda pelajari.
3
BORANG LAPOR DIRI PELAJAR / BLI-2(A)
SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH LAMPIRAN 9: BORANG LAPOR DIRI PELAJAR (Ruangan ini diisi oleh pelajar)
Nama Pelajar
: _____________________________________________________________
No. Matriks
: _____________________________________________________________
Sekolah
: _____________________________________________________________
Program
: _____________________________________________________________
Alamat Semasa
: _____________________________________________________________
Latihan Industri
_____________________________________________________________
Poskod
: _____________________________________________________________
Nama Tempat LI
: _____________________________________________________________
No.Telefon Tempat LI
: _____________________________ Faks: ___________________________
Emel
: _____________________________________________________________
Tarikh: ______/______/_______ Tandatangan Pelajar ………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
(Untuk diisi oleh Penyelia Organisasi) Dengan ini disahkan bahawa pelajar tersebut di atas telah pun mendaftarkan diri untuk menjalani Latihan Industri mulai pada _______/_______/________
Yang Benar,
Tandatangan Penyelia Organisasi Nama Jawatan
Cop Organisasi
: :
Tarikh: _____/_____/______
Sila kembalikan Borang Lapor Diri ini kepada: Penyelaras Latihan Industri Sekolah Psikologi Dan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
1
BORANG SENARAI SEMAK LATIHAN INDUSTRI/ BLI-5
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL LAMPIRAN 10: SENARAI SEMAK LATIHAN INDUSTRI (Borang ini diisi oleh pelajar)
SESI __________/__________
Nama Pelajar
: ____________________________________________________________
No. Matriks
: ____________________________________________________________
Sekolah
: ____________________________________________________________
Program
: ____________________________________________________________
Nama Organisasi /Syarikat
: ____________________________________________________________
Alamat Organisasi/Syarikat
: ____________________________________________________________ ____________________________________________________________
Poskod
: ____________________________________________________________
Jumlah Jam Bekerja Sehari
: ___________________ jam
Bilangan Hari Bekerja Seminggu
: ___________________ hari
Elaun Harian / Bulanan
: RM ________________
A. KEMUDAHAN
Sila tandakan (√) yang berkenaan.
No.
Perkara yang disediakan oleh industri
1.
Kediaman disediakan
2.
Subsidi makanan diberikan
3.
Pengangkutan disediakan
4.
Peralatan bekerja disediakan
5.
Peralatan keselamatan disediakan
6.
Buku panduan / arahan tatakerja disediakan
Ya
1
Tidak
Tidak berkaitan
BORANG SENARAI SEMAK LATIHAN INDUSTRI/ BLI-5
B. BIDANG KERJA No.
Perkara
Ya
1.
Taklimat dan tunjuk ajar diberikan oleh organisasi sebelum memulakan kerja.
2.
Peraturan keselamatan diberikan oleh organisasi sebelum memulakan latihan industrI.
3.
Bidang kerja sesuai dengan bidang pengajian pelajar.
4.
Pengetahuan (teori) pelajar memadai menjalankan kerja-kerja latihan industri.
untuk
Kemahiran teknikal pelajar memadai menjalankan kerja-kerja latihan industri.
untuk
5. 6.
‘Softskill’ (contoh: Kemahiran komputer, komunikasi, B.Inggeris) memadai untuk menjalankan kerja-kerja latihan industri.
7.
Ada menjalankan kerja lebih masa (overtime)
8.
Latihan industri ini memberi manfaat kepada pelajar.
Tidak
Tidak berkaitan
C. KOMEN PELAJAR No.
Perkara
Ya
1.
Adakah organisasi ini sesuai untuk menjalankan latihan industri?
2.
Adakah anda mengesyorkan organisasi / syarikat ini untuk pelajar menjalankan latihan industri pada masa hadapan?
Tidak
Sila tambah apa-apa yang perlu dikemukakan di sini (sila tambah kertas jika perlu). ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________
__________________________ Tandatangan pelajar Tarikh: ______/______/______
2