LAPORAN ESKLUSIF: Katakan Tidak Jerawat Badan Hidup Lebih Sihat Tanpa Jerawat Badan
Oleh: JERAWATBADAN.COM
© 2011 Hakcipta Terpelihara Versi 1.0
Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang manamana
bahagian
isi
kandungan
daripada
ebook
ini
termasuk
artikel,ilustrasi dan gambar dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan, elektronik atau apa jua cara
lain
tanpa
terlebih
dahulu
mendapat
izin
bertulis
dari
JERAWATBADAN.COM.
Untuk mendapatkan ebook ini, sila layari : www.jerawatbadan.com Atau email:
[email protected]
www.jerawatbadan.com
Jerawat merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit) Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan. Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.
Metodologi Kemunculan Jerawat Kecederaan pada tisu utama yang disebabkan oleh bintik putih (white head) dan bintik hitam (black head). Apabila bintik-bintik putih (white heads) itu dicemari oleh kekotoran sedangkan ia berada dalam keadaan berminyak dan lembab, bintik putih tersebut akan mudah bertukar menjadi bintik hitam (black head). Bintik-bintik hitam (black heads) mengandungi sumbatan sebum (iaitu bahan berlemak yang dihasikan oleh kelenjar minyak). Pada kebiasaannya, bintik hitam sukar untuk dikeluarkan kerana ruang folikel yang kecil jika dibandingkan dengan saiz bintik hitam yang besar. Apabila kandungan sebum di bawah/dalam ruang folikel itu bertambah maka ruang folikel itu akan terhakis dari dalam dan membesar, maka ia akan menyebabkan kecedaraan pada kulit lalu menyebabkan nanah dalaman dan akhirnya terbentuklah jerawat.
www.jerawatbadan.com
•
Selain
itu,
masalah
jerawat
juga
terjadi
akibat
pertumbuhan
bacteria
Propionibacterium acnes yang mengisi ruang-ruang folikel rambut yang terbuka dan mudah terdedah kepada kekotoran selain ia mudah terdedah kepada kelembapan dan pengoksidaan luaran. • Biasanya, masalah jerawat hanya dikategorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi (jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30. • Manakala jumlah lesi dari 30 hingga 125 akan dikategorikan sebagai masalah jerawat ‘sederhana’. Dan apabila jumlah lesi telah melebihi 125, maka masalah jerawat itu akan dikategorikan sebagai ‘kronik’. • Jerawat biasanya menyerang remaja yang berusia antara 14 hingga 19 tahun kerana pada waktu itu berlakunya suatu bentuk perubahan hormon yang agak agresif.
Contoh masalah jerawat badan
www.jerawatbadan.com
Jenis-jenis Jerawat • Jerawat Ringan; biasanya mempunyai sedikit bintik hitam dan jerawat. Masalah jerawat ini hanya dikategorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi (jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30. Kurangnya warna kemerahmerahan pada kulit akibat jerawat. • Jerawat Sederhana; Pada kebiasaannya pesakit akan mengalami banyak bintilan jeragat (black heads) dan jerawat yang berwarna hitam dan merah pada bahagian wajah/muka, dada dan belakang badan. • Jerawat Kronik; Pesakit akan mengalami banyak nodul besar yang berwarna merah dan terasa sakit dan berdenyut pada bahagian muka, dada, belakang badan dan anggota tubuh yang lain. Keradangan kulit akan berlaku jika kelenjar minyak mengelurkan kuantiti minyak dan sebum secara berlebihan dan menyebabkan kelenjar minyak tersumbat. Apabila ini berlaku, maka Whiteheads akan muncul dengan banyaknya sambil merancakkan pertumbuah jerawat yang amat ketara. Jika masalah itu berlarutan tanpa diselesaikan maka akan wujudnya interaksi antara jeragat, jerawat dan minyak yang boleh menyebabkan parut kekal dan kawah kulit yang besar serta luka bernanah. Selain itu, bintik hitam (blackhead) yang banyak pula akan wujud dan berinteraksi dengan bakteria jerawat.
www.jerawatbadan.com
Punca Jerawat Terdapat laporan yang menunjukkan bahawa masalah jerawat kerap berlaku di kalangan remaja. Semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi aktif kerana penghasilan sebum akibat perubahan hormon. Kegagalan folikel pilosebaceous untuk berfungsi dengan baik ketika perubahan hormon dalam tempoh masa remaja akan menyebabkan jerawat tumbuh. Hormon yang dimaksudkan adalah hormon testeron. Hormon testeron biasanya akan ditukarkan kepada dihidrotesteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolic fizikal. Individu yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami masalah penghasilan sebum yang berlebihan ataupun mengalami kekeringan kulit yang agak ketara. Fungsi sebum adalah untuk menjadi pelincir bagi membuatkan kulit lebih gebu dan lembut, lapisan pelindung kepada rambut dan kulit supaya tidak mengalami kekeringan ekstrem dan bagi mengekal kehidratan (kelembapan) kulit dan rambut. Kelenjar minyak sebenarnya mengandungi sejenis kuman iaitu propionibactium acnes. Kuman ini mampu mengubah sebum berlebihan kepada asid lemak yang akhirnya menyebabkan jerawat dan keradangan kulit. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan, ketidakkeseimbangan horman tubuh dan salah penjagaan kulit). Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.
www.jerawatbadan.com
Jerawat Badan / Jerawat Belakang Badan Jerawat badan, seperti jerawat muka merupakan penyakit genetik. Jika ibu atau bapa anda mempunyai jerawat badan, besar kemungkinan anda mungkin memilikinya. Kebanyakan orang yang mempunyai jerawat muka mempunyai jerawat di badan juga. Jerawat badan berkembang dengan cara yang sama sebagaimana jerawat muka. Walaubagaimanapun, kulit pada badan boleh lebih tebal daripada pada muka dan sering mempunyai liang-liang yang lebih besar, membuat luka jerawat yang lebih teruk pada masa-masa. Jerawat boleh timbul di mana-mana bahagian badan kecuali tapak tangan dan tapak kaki. Ini adalah kerana ini adalah hanya dua kawasan yang tidak mempunyai folikel sebum di mana jerawat akan terbentuk. Selalunya, jerawat bermula pada muka. Jerawat berpotensi untuk berkembang ke kawasan-kawasan anggota badan yang lain juga. Tidak semua orang yang berjerawat akan mengalami jerawat pada badan, tetapi mereka yang mempunyai jerawat badan kebiasaannya mempunyai jerawat di muka juga.
STATISTIK •
Kira-kira 2/3 orang yang mempunyai jerawat muka mempunyai jerawat badan
•
20% daripada semua lelaki dewasa yang sihat mempunyai jerawat badan
•
Jerawat Badan lebih cenderung di kalangan lelaki, tetapi terbukti kewujudannya untuk perempuan juga
•
Lain-lain kawasan tubuh, seperti dada, bahu, lengan, punggung dan kaki juga mengalami jerawat, tetapi bahagian belakang adalah lebih biasa daripada yang lain.
www.jerawatbadan.com
Apakah Punca Jerawat Badan ? Secara umumnya jerawat adalah keadaaan abnormal pada kulit disebabkan gangguan rembesan berlebihan kelenjar minyak (sebaceous gland) hingga menyebabkan liang roma tersumbat. Ini menyebabkan radang (bengkak) yang biasanya terjadi pada dada, belakang badan dan muka (bahagian paling kerap dijangkiti). Menurut ilmu pengubatan cina, terjadinya jerawat dibadan disebabkan kerana adanya faktor panas yang berlebihan di dalam tubuh (seperti panas dalam). Kehadiran jerawat badan adalah disebabkan oleh perkara yang sama yang mencetuskan jerawat muka. Punca sebenar jerawat tidaklah diketahui tetapi para pengamal perubatan (atas pemerhatian) telah memberikan faktor yang dikatakan penyebab masalah kulit ini. •
Faktor hormon (terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur) adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an. Inilah sebabnya mengapa kita lihat jerawat badan hanya selepas akil baligh bermula.
•
Faktor keturunan seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
•
Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
•
Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
•
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
•
Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
•
Masalah jerawat di badan seringkali dikaitkan dengan faktor peluh (tidur ketika badan berpeluh).
•
Resdung juga adalah penyebab kepada masalah jerawat
www.jerawatbadan.com
ELAKKAN IRITASI (irritation irritation) •
Sebaiknya kenakan pakaian akaian cotton yang telus udara. Sekiranya berpeluh tukarlah pakaian anda jika boleh.. Elakkan juga pakaian yang tidak menyerap peluh.
•
Elakkan dari menggunakan beg galas bahu (pada ( masa yang sama merawat jerawat belakang anda)
•
Secara umumnya cuba untuk mengetahui apa-apa yang merengsa kulit belakang anda dan buatkan ianya lebih selesa. selesa
•
Jadualkan sebaiknya masa anda beriadah / bersenam supaya anda boleh mandi dan merawat kulit anda selepas berpeluh.
•
Sentiasa peka eka terhadap perkara-perkara perkara perkara yang boleh menyebabkan iritasi / kerengsaan.
Kesan Jerawat Badan Seperti jerawat muka, jerawat badan boleh membuatkan penghidap berasa malu. Ramai pesakit berusaha keras untuk menutup kawasan yang terjejas. Wanita mengelakkan baju singkat atau mendedahkan bahagian dada.. Sebaiknya pakailah pakaian yang menutup aurat. Bagi lelaki elaki dengan jerawat belakang biasanya akan mengelak daripada membuka baju mereka sama sekali. Kehadiran jerawat samada di muka atau di badan selain dari menjejas penampilan, penampilan ia juga secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kepada jiwa seseorang seperti krisis keyakinan diri dan kemurungan. kemurungan Secara fizikal, jerawat badan juga boleh menyebabkan terjadinya nya parut. Semakin besar keradangan, lebih tinggi peluang untuk menjadi parut yang berkekalan.
Walau apapun punca yang menyebabkan jerawat tersebut, apa yang perlu dilakukan adalah mengatasinya daripada terus mengganggu dan membelenggu hidup anda. Layari web www.jerawatbadan.com untuk maklumat lanjut. Hidup lebih ceria dan sihat tanpa jerawat badan. PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda. Maklumat ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor.
www.jerawatbadan.com