KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH KRP3013 TAJUK TUGASAN TUGASAN 1
KUMPULAN UPSI-B35 DISEDIAKAN OLEH NAMA
NO. ID
NO. TELEFON
HAPSAH BT MUNJIAT
D 20102042640
019-6914501
NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF. MADYA DR. AMIR HASAN DAWI TARIKH SERAH: 2 MEI 2012
1
KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH
ISI KANDUNGAN Pendahuluan… ………………………………………………………………………3 Refleksi Unit 3………………………………………………………………………....4-5 Refleksi Unit 5………………………………………………………………………....6-7 Refleksi Unit 7………………………………………………………………………….8-9 Refleksi Unit 9…………………………………………………………………………10-11
Refleksi Unit 11………………………………………………………………………12-13 Rumusan…………………………………………………………………………………14 Rujukan………………………………………………………………………………… 15
2
KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH
PENDAHULUAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Pendidikan merupakan aspek utama dalam kehidupan seorang manusia untuk menjadikan kita sebagai insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia serta dapat membantu dalam memajukan eknomi keluarga , masyarakat dan negara amnya. Sebagai
seorang
Islam
terutamanya,
menuntut
ilmu
tidak
ada
batasnya
sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w: “Tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad.” Begitu jualah dengan ayat pertama yang diturunkan kepada Rasullullah s.a.w yang bermaksud:“Bacalah dengan nama Tuhan kamu”
yang menekankan betapa pentingnya
pendidikan kepada seluruh umat manusia untuk membentuk keperibadian unggul, jati diti yang baik dan menjadi manusia yang mendapat keredhaanNya di dunia dan akhirat. Kepentingan pendidikan menjadi agenda utama negara dan pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan segala perancangan bagi mengukuhkan sistem pendidikan di negara ini berjalan dengan baik. Menurut Hassan Langgunung di dalam bukunya yang bertajuk “Pendidikan Islam dan peralihan Paradigma”, menjelaskan bahawa pendidikan bukanlah sekadar pengajaran pengetahuan aau kemahiran–kemahiran pemikiran dan teknik seperti halnya pandangan ekonomi tetapi dalam masa yang sama juga pendidikan adalah proses pengembangan spitual, fizikal, pemikiran, intelektual, emosi dan akhlak yang akan berfungsi sepenuhnya untuk menjadikan individu agar dapat memberi sumbangan berkesan dalam kehidupan mereka.1 Di dalam tugasan ini akan dibincangkan dengan lebih jelas tentang corak pendidikan meliputi matlamat pendidikan negara, reka bentuk kurikulum termasuk KLSR, KBSR dan KSSR, pengorganisasian kurikulum di sekolah rendah serta mata pelajaran yang dipelajari di sekolah rendah serta elemen yang diterapkan dalam melaksanakan segala perancangan yang telah dihasratkan oleh kerajaan selama ini.
1
Husan Abdul Wahab, Majalah Pendidik, Widad Publication Sdn.Bhd., 2005,hlm.91.
3
KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH REFLEKSI UNIT PELAJARAN TAJUK UNIT 3 - MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH 1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Dalam unit ini membincangkan tentang matlamat kurikulum sekolah rendah secara umum, kurikulum pendidikan sebelum penjajahan Inggeris, semasa penjajahan Inggeris dan juga matlamat kurikulum pendidikan selepas merdeka. Perbincangan juga menekankan tentang matlamat KBSR dan KSSR dalam pembentukan kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Matlamat kurikulum sekolah rendah adalah berbeza daripada sebuah negara dengan negara yang lain. Begitu juga di Malaysia. Kurikulum pendidikan di Malaysia adalah bercorak tradisional manakala semasa penjajahan Inggeris pendidikan formal telah mengenalkan sekolah venakular sebagai memenuhi dasar pecah dan perintah Inggeris. Matlamat kurikulum selepas merdeka berpandukan kepada Ordinan Pelajaran 1952 untuk membina sebuah negara yang bersatu padu, beroreientasikan negara kita sendiri dan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sistem pendidikan mengalami perubahan daripada KLSR kepada KBSR dan juga KSSR. Melalui perbincangan ini juga, dinyatakan dengan jelas matlamat KBSR iaitu untuk mencapai matlamat perkembangan individu yang menyeluruh. Matlamat yang ingin dicapai di dalam KBSR dapat dilihat melalui mata pelajaran yang dipelajari oleh muridmurid. Dinyatakan juga dengan jelas objektif KBSR seperti menguasai Bahasa Melayu dan kemahiran asas 3M. Matlamat KSSR juga dinyatakan dengan jelas iaitu melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi perkembangan fizikal dan estetika, ketrampilan diri, kemanusiaan serta kerohanian, sikap dan nilai.
4
KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH 2. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep 1.
Penjelasan
Empat tonggak
Belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk
pendidikan
hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi.
UNESCO 2.
Matlamat
Suatu jangkaan tingkah laku bersifat menyeluruh yang
pendidikan
diharpakan akan diperoleh di akhir suatu proses pendidikan.
3.
Matlamat kurikulum
Matlamat kurikulum adalah selaras dengan matlamat pendidikan.
4.
Pendidikan asas
Membaca, menulis dan mengira.
5.
Matlamat dan
Matlamat adalah hasrat jangka panjang manakala objektif adalah
objektif
hasrat yang lebih konkrit melalui langkah-langkah tertentu dan dalam jangka masa yang lebih pendek.
3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
Melalui perbincangan ini, saya lebih memahami perbezaan antara matlamat dan objektif dalam pendidikan. Pemahaman saya tentang matlamat pendidikan sebelum dan semasa penjajahan Inggeris serta selepas kemerdekaan lebih jelas dan sistematik. Sebagai guru, saya adakalanya keliru tentang matlamat dan objektif sistem pendidikan di negara kita ini. Melalui pembacaan berulang kali ini, saya mengharapkan agar diri saya lebih mudah untuk mengingati dan mempraktikkan apa yang telah saya pelajari ini. Matlamat KSSR adalah pemurniaan daripada matlamat KBSR dan merupakan penambahbaikan yang amat berguna jika guru-guru lebih memahami tajuk perbincangan dalam unit ini. Namun sebagai manusia biasa juga dan hanya mengajar di sebuah sekolah yang rataratanya murid-murid berada di dalam tahap sederhana adakalanya agak sukar bagi saya merealisasikan segala objektif yang ingin dicapai oleh sistem pendidikan yang sentiasa berubah ini dalam kadar tertinggi. Namun saya sedar sebagai pelaksana dasar, usaha kerajaan ini amat baik dan perlu diteruskan.
5
KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH REFLEKSI UNIT PELAJARAN TAJUK UNIT 5 - MATA PELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH 1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Dalam unit ini, perbincangan meliputi asas-asas penentuan mata pelajaran dan mata pelajaran – mata pelajaran yang terdapat di dalam KBSR dan KSSR. Penentuan sesuatu mata pelajaran bergantung kepada kurikulum yang telah ditetapkan. Di Malaysia , mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah adalah ke arah mencapai matlamat KBS atau KSSR seterusnya mencapai hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mata pelajaran dalam KBSR dapat dikategorikan kepada tiga yang utama iaitu mata pelajaran teras, wajib dan tambahan.
Mata pelajaran teras ialah mata pelajaran yang mesti dipelajari oleh semua murid dan menjadi asas utama pendidikan murid di sekolah rendah- Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains Matematik, Pendidikan Islam , Moral, Kajian Tempatan.
Mata pelajaran wajib pula kategori mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid-Pendidikan Jasmani, Kesihatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni, Muzik.
Manakala mata pelajaran tambahan pula diajar bagi murid yang berminat-Bahasa Arab, Tamil dan China.
Mata pelajaran dalam KSSR pula dibahagikan kepada Tahap 1 dan 2. Tahap 1 dikelompokkan kepada tiga iaitu :
Modul Teras Asas – Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam Moral, Pendidikan Jasmani, Kesihatan dan Matematik.
Modul Teras Tema- Seni Visual dan Muzik, Dunia Sains dan Teknologi dan Malaysia Negaraku.
Modul Elektif – Bahasa Arab, China, Tamil, Iban dan Kadazandusun.
Bagi Tahap 2 pula, mata pelajaran dalam KSSR berteraskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Kerohanian, Sikap dan Nilai dan Kemanusiaan. Dalam unit ini juga diterangkan secara terperinci mata pelajaran yang terkandung dalam KSSR.
6
KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH 2. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep 1.
Modul
Penjelasan Mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid serta diorganisasikan secara modular dan bersifat kendiri-lengkap.
2.
Literasi Berbahasa
Kemahiran asas mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
3.
Dimensi instrinsik
Keperluan individu dan keperluan sosial
dan dimensi sosial 4.
Mata Pelajaran Teras
Mata pelajaran yang akan diajar diklasifikasikan mengikut lima
Tahap 2 KSSR
tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Sains dan Teknologi, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Kerohanian, Sikap dan Nilai serta tunjang Kemanusiaan.
5.
Mata Pelajaran
Mata pelajaran yang diajar mengikut tunjang Komunikasi dan
Elektif Tahap 2
contoh mata pelajaran seperti Bahasa Arab, Tamil, China , Iban
KSSR
dan Kadazandusun.
3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
Mendalami bacaan dalam unit 5 ini, memberikan saya lebih kefahaman tentang mata pelajaran-mata pelajaran yang perlu diajar dalam KBSR dan juga KSSR. Pengetahuan dan pengalaman ini akan digunakan dengan baik apabila saya mengajar dalam KSSR bagi Tahap 2 nanti. Sekarang ini saya mengajar dalam mata pelajaran Matematik Tahun 2 dan setelah menelaah unit ini, saya mula memahami corak kurikulum yang akan saya hadapi nanti apabila saya mula mengajar dalam Tahap 2 KSSR. Bukan mudah merealisasikan segala yang dihasratkan oleh kerajaan dalam perubahan dunia pendidikan ini. Bagi saya sebagai guru dalam abad 90-an berdepan dengan perubahan teknologi pendidikan yang merentasi kurikulum pendidikan membuatkan saya perlu peka dan berusaha untuk merubah pemikiran dan cara kerja seiring dengan perubahan yang diinginkan.
7
KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH REFLEKSI UNIT PELAJARAN TAJUK UNIT 7 – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH 1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Pengajaran dan pembelajaran adalah aktiviti yang berkait dan berlaku dalam waktu yang sama. Jika tiada guru (pengajaran) maka tiadalah murid (pembelajaran). Pembelajaran berlaku apabila seseorang individu terlibat dalam penyelesaian masalah. Dalam pengajaran, terdapat dua aliran falsafah pendidikan iaitu Falsafah Pendidikan Tradisional dan Falsafah Pendidikan Kontemporari. Selain dari itu, dari segi ilmu juga terdapat dua perspektif iaitu perspektif objektivis (melaksanakan kaedah deduktif dalam pengajaran) dan perspektif konstruktivis (melaksanakan kaedah induktif). Dalam pembelajaran pula, dalam unit ini hanya membincangkan empat teori dan model iaitu behaviourisme, konstruktivisme, pembelajaran berasaskan pengalaman dan pelbagai kecerdasan. Proses pengajaran dan pembelajaran merangkumi tiga fasa iaitu fasa sebelum pengajaran, semasa pengajaran dan selepas pengajaran. Pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang berupaya mencapai objektif yang telah ditetapkan yang diajar secara kelas, berkumpulan ataupun secara individu. Selepas berlakunya pengajaran dan pembelajaran, penilaian formatif diperlukan bagi mengesan dan mengenalpasti tahap pencapaian dan penguasaan murid. Jika terdapat murid lewat menguasai aktiviti pemulihan perlu dilaksana. Perkembangan intelek individu murid tidak sama dan ia memerlukan guru memikirkan strategi yang berbeza. Bagi murid yang mempunyai penguasaan dan kemahiran yang tinggi, kelas pengayaan diperlukan untuk memperkembangkan penguasaan murid ke tahap yang lebih tinggi. Unit ini juga menerangkan tentang kelas bercantum yang wujud di sekolah-sekolah kurang murid (SKM). Ia diwujudkan apabila bilangan murid dalam tahun persekolahan adalah kurang dari 15 orang. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi kelas tersebut adalah berbeza, justeru guru perlu memastikan aktiviti yang dijalankan berkesan bagi semua murid.
8
KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH 2. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep 1.
Kaedah kelas
Penjelasan Kaedah di mana guru mengadakan aktiviti pengajaran dengan mengawal pembelajaran semua murid di dalam sebuah kelas
2.
Kaedah kumpulan
Dua atau lebih murid akan disatukan secara bersama dalam satu kumpulan dan melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara bersama bagi mencapai matlamat pembelajaran yang sama
3.
Kaedah individu
Kaedah di mana guru mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ke atas individu murid atas beberapa sebab seperti kerja individu
4.
Pemulihan
Pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira.
5.
Pengayaan
Kelas yang mengandungi aktiviti tambahan pada aras kesukaran yang lebih tinggi kepada sekumpulan murid yang mempunyai penguasaan kecekapan dan kemahiran yang tinggi, selain daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang biasa
3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
Dalam unit ini, saya dapat mendalami kemahiran dan teknik pengajaran saya agar para pelajar dapat manfaat dalam pembelajarannya. Kepelbagaian cadangan dan kaedah pengajaran memberikan saya cetusan idea-idea. Sebagai guru, saya amat menyedari tugas yang
terpaksa
saya laksanakan ini
adalah
begitu
berat
sekali.
Amanah
yang
dipertanggungjawabkan kepada saya dan seluruh guru di Malaysia ini perlu direalisasikan menjelang Malaysia ke arah negara maju 2020.
9
KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH REFLEKSI UNIT PELAJARAN TAJUK UNIT 9 – BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Perbincangan yang terdapat dalam unit 9 ini antara lain menerangkan tentang bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dikategorikan mengikut jenis dan cara penggunaannya. Jenis-jenis bahan pengajaran dan pembelajaran termasuklah bahan bercetak, CD-ROM dan DVD ROM , internet , bahan siaran radio dan televisyen , relia , replika dan sebagainya. Penerangan lanjut bagi setiap jenis bahan pengajaran dan pembelajaran turut dihuraikan dengan memberi contoh dan cara-cara menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui contoh-contoh hyang diberi akan dapat memberikan idea untuk guru menggunakannya dalam topik-topik yang difikirkan sesuai. Unit 9 ini seterusnya membincangkan rasional penggunaan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan merujuk kepada teori-teori pembelajaran. Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran tanpa merujuk kepada teori pembelajaran memungkinkan objektif pembelajaran tidak tercapai kerana ia melibatkan pelbagai perkara yang harus diambil kira sama ada dri pihak guru mahu pun murid. Penerangan dalam unit 9 ini turut menekan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Melalui empowerment yang diberi kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab ini maka penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran akan lebih terurus, teratur dan digunakan semaksimum mungkin.
2. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep 1.
Bahan pengajaran
Penjelasan Bahan-bahan yang digunakan oleh guru bagi melaksana pengajaran sesuatu tajuk atau topik tertentu
2.
Bahan pembelajaran
Bahan-bahan yang digunakan oleh murid dalam setiap aktiviti atau proses pembelajaran mereka bersama guru di dalam kelas.
3.
Bahan bercetak
Merujuk kepada bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran contohnya modul , buku teks , buku latihan dan aktiviti, buku
10
KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH sumber, buku rujukan dan sebagainya. 4.
Dokumen standard
Pernyataan saintifik tentang perkara-perkara yang murid perlu
kandungan (DSK)
ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan, merangkumi aspek-aspek pengetahuan, kemahiran dan nikai.
5.
6.
Dokumen standard
Satu penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan
pembelajaran (DSP)
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan
Modul
Mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk kuasai oleh murid serta diorganisasi secara modular dan bersifat kendiri lengkap (self-contained)
3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
Perbincangan dalam unit ini memberi ruang pengetahuan saya tentang penggunaan bahanbahan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran yang terbukti menjadi satu cara terbaik yang dapat digunakan oleh terhadap murid-murid dalam meningkat pencapaian dalam mata pelajaran. Adalah lebih tepat jika dikatakan dengan jenis bahan yang sesuai untuk topiktopik yang tertentu akan dapat meningkatkan pemahaman murid dalam pembelajaran. Selain dari itu ianya turut menjadi daya penarik kepada murid untuk mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh guru apatah lagi jika guru-guru sangat kreatif dengan menggunakan pelbagai jenis bahan pengajaran dan pembelajaran. Tidak keterlaluan jika dikatakan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran sangat penting kerana memberi keuntungan sama ada kepada guru dalam segi peningkatan profesionalisme mahu pun murid dari segi pencapaian dan keseronokan untuk belajar.
11
KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH REFLEKSI UNIT PELAJARAN TAJUK UNIT 11 – PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH 1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Perkembangan kurikulum di negara kita telah mengalami beberapa perubahan. Mulai tahun 1982, KBSR telah menggantikan KLSR secara berperingkat-peringkat. Kemudian mulai 2011 pula KSSR telah diperkenalkan bagi mempertingkatkan standard pembelajaran. Dalam KSSR murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu, pentaksiran dan penilaian perlu terus dilakukan ke atas murid-murid sekolah rendah. Pentaksiran ialah proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat yang bertujuan untuk tindakan susulan ke arah peningkatan prestasi. Manakala penilaian ialah proses mentaksir perubahan tingkahlaku berdasarkan data kuantitatif dan data kualitatif. Penilaian terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian formatif dan sumatif. Penialain formatif dijalankan bagi mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahannya serta merta. Penilaian sumatif pula dijalankan secara formal seperti Peperikasaan Pertengahan Tahun. Dasar KSSR telah mengenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ) yang merupakan pentaksiran yang dikendalikan oleh sekolah yang melibatkan peringkat perancangan, pembinaan, pentadbiran, peperiksaan dan laporan oleh guru di sekolah. Dalam PBS guru berperanan sebagai fasilitator, pemerhati, pengumpul makluamat, memberi maklum balas dan memperbaiki. Beberapa kaedah pengumpulan bukti PBS juga telah dicadangkan iaitu kaedah cerapan, ujian, tugasan atau pentaksiran prestasi juga pentaksiran kendiri, rakan sebaya dan kerja berkumpulan. Dalam PBS petunjuk Standard Prestasi berasaskan kategori tertentu seperti Band 1, Band 2 hinggalah Band 6 berdasarkan mata pelajaran.
12
KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH 2. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep 1.
Menaakul
Penjelasan Kemahiran berfikir dengan teliti bagi pencarian maklumat dan membuat inferensi daripada pemerhatian, fakta atau andaian
2.
Pemulihan
Proses/usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul
3.
Pentaksiran
Integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat
4.
Portfolio
Koleksi hasil kerja pelajar yang terdiri daripada pelbagai bahan dan sumber yang releven dengan objektif mata pelajaran
5.
Standard prestasi
Pernyataan generik tenang aras pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran, yang ditulis secara holistik berasaskan DSK dan DSP untuk pentaksiran
3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.
Di dalam unit 11 ini, apa yang saya fahami adalah perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) yang dirancang dan disusun secara sistemetik akan membantu matlamat dan objektif P&P tercapai secara berkualiti. Manakala pentaksiran dan penilaian akan menentukan keberhasilannya. Sebagai guru, saya kira pengetahuan ini amat berharga kepada saya kerana kesibukan di sekolah membuatkan saya sendiri lupa kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan konsep, corak kurikulum dan sebagainya. Hanya melalui kehadiran di dalam kursus terutamanya untuk KSSR pada tahun lepas banyak mengingatkan kembali kepada perubahan yang telah berlaku dalam sistem pendidikan hari ini. Sebagai guru, saya akan cuba melaksanakan segala pengetahuan ini dengan mengajar bersungguh-sungguh agar segala hasrat kerajaan yang ingin menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia tercapai. Insyaallah.
13
KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH RUMUSAN Bagi menentukan hala tuju pendidikan di Malaysia, Falsafah Pendidikan Negara menyatakan: Pendidikan
di
Malaysia
adalah
suatu
usaha
berterusan
ke
arah
lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Perubahan dasar dalam pendidikan negara daripada Kurikulum Lama Sekolah Rendah kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1983) dan diganti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(1993) serta diikuti dengan KSSR yang dilaksanakan keseluruhannya di sekolah rendah pada tahun 2011 telah menampakkan kesungguhan usaha kerajaan untuk mengubah sistem pendidikan negara ke arah pendidikan globalisasi. Sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam sistem pendidikan negara ini, para pendidik haruslah memainkan peranan dan bersatu-padu menggembleng tenaga bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam transformasi pendidikan ini.
14
KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH RUJUKAN
Ee Ah Meng. 1996. Pendidikan Di Malaysia 1, Falsafah Pendidikan,Guru dan Sekolah, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Ishak Saat. 2007. Ilmu Sejarah, Antara Tradisi dan Moden, Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Ikhsan Othman. Norila Md Salleh. Abdul Talib Mohamed Hashim.Mohmad Noor Mohmad Taib. Abu Bakar. Zaini Abdullah.2011. KRP Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah. Tanjung Malim: Pusat Pendidikan Luar. Mohd. Kamal Kamaruddin.2011. Pengajian Malaysia dan Kenegaraan, Kuala Lumpur: Global Mediastreet Sdn.Bhd. Pendidik.2006. Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Agenda Berterusan Kementerian Pelajaran.Hlm. 15-19. Ampang, Selangor: Widad Publication Sdn.Bhd.
15