KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH YANGZHENG
1
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
PROGRAM BAHASA MELALUI MUZIK @MUZIK BOOMZ! SEKOLAH RENDAH YANGZHENG PENGENALAN Berdasarkan rekod pencapaian murid Darjah 5, kemahiran mendengar dan bertutur mereka perlu dipertingkatkan. Penguasaan kosa kata murid menghambat kelancaran mereka bertutur. Oleh itu, Program Bahasa Melalui Muzik diambil kira agar dapat menimbulkan pembelajaran yang menyeronokkan bagi meningkatkan kemahiran lisan murid. OBJEKTIF PROGRAM 2.
Pada akhir program ini murid dapat: a. menggunakan kosa kata yang dipelajari semasa bertutur; b. memahami informasi yang didengar; dan c. bertutur secara gramatis.
PERANCANGAN PROGRAM 3. Program ini telah disesuaikan untuk Darjah 5, bagi kelas Bahasa Melayu dan Bahasa Melayu Asas. Bagi memastikan KBS dapat dilaksanakan dengan berkesan, kami telah menggunakan lima langkah seperti yang disyorkan di dalam Buku Panduan Guru KBS. PELAKSANAAN PROGRAM 4. Program ini dijalankan pada Penggal 3 selama seminggu. Terlebih dahulu guru meneliti jenis lagu yang akan digunakan. Oleh itu, guru telah memilih lagu pelbagai genre untuk memberi pendedahan kepada murid. PENILAIAN PROGRAM 5. Program ini menyediakan penilaian secara kendiri bagi memberi peluang kepada murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Berdasarkan maklum balas murid, mereka berasa seronok mengikuti aktiviti yang dijalankan. Murid dapat bertutur secara spontan. Selain itu, kosa kata murid dapat dikembangkan melalui aktiviti nyanyian.
2
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
PENAMBAHBAIKAN 6. Kesemua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dalam masa yang telah ditetapkan. Namun, peruntukan masa agak pendek untuk menjalankan aktiviti untuk melibatkan semua murid. Oleh itu, jangka masa program akan diteliti dan diperbaiki. Selain itu, pemilihan lagu haruslah sesuai dengan minat murid. USAHA SUSULAN 7. Program ini amat sesuai untuk dilaksanakan bagi Darjah 3 dan 4. Namun, pemilihan genre lagu yang dipilih perlulah disesuaikan dengan penguasaan bahasa murid. Program ini akan dijalankan pada Penggal 2 dan untuk jangka masa dua minggu supaya aktiviti yang dilakarkan dapat dijalankan dengan lebih efektif.
3
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH YANZHENG PROGRAM BAHASA MELALUI MUZIK@MUZIK BOOMZ! SENARAI SEMAK SEMASA MERANCANG DAN MEMBINA KBS
Aspek
Catatan
Langkah 1: Meneliti Keperluan murid
meneliti keputusan ujian/penilaian
Keputusan komponen lisan Semester 1 menunjukkan murid kurang penguasaan bahasa
Murid tidak menggunakan bahasa Melayu baku semasa bertutur Murid menggunakan bahasa Inggeris semasa bertutur dengan rakan-rakan di kelas Murid mengalami masalah untuk memahami apa yang didengar
menjalankan soal selidik o melalui pemerhatian guru o melalui temu-bual dengan murid o mengisi borang soal selidik
ujian diagnostik
Tidak dijalankan
Meningkatkan kebolehan mendengar dan bertutur murid Meningkatkan keupayaan murid memahami informasi yang didengar Meningkatkan keupayaan murid bertutur secara gramatis
Langkah 2: Mengenal Pasti Objektif
menentukan kemahiran yang hendak dinilai
menentukan aspek kognitif, afektif dan sikap yang hendak diambil kira dalam melakar objektif pengajaran dan pembelajaran
Membina keyakinan murid bertutur tentang topik yang diberikan. Menjawab apa yang ditanya dan bukan apa yang mereka tahu
Langkah 3: Memilih dan Menyusun Kandungan Program
menentukan jenis program
Bahasa Melalui Muzik@Muzik Boomz!
menentukan jenis aktiviti
Pembelajaran bersama
menentukan jangka masa program
10 waktu yang dijalankan dalam seminggu, semasa Penggal 4
Langkah 4: Memilih dan Menyusun Pengalaman Pembelajaran
4
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
Aspek
menyediakan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran secara aktif
Catatan
Menggunakan bilik muzik dan bilik darjah
Melibatkan murid secara aktif Memberi peluang untuk murid berinteraksi dengan berkesan Membina keyakinan murid untuk bertutur secara spontan Murid memberi respons secara spontan
memastikan pengetahuan yang hendak dibina mengandungi nilai tambah dalam pembelajaran
Langkah 5: Menilai Pencapaian Kemahiran
memastikan program yang dibina dapat memenuhi kemahiran yang hendak dicapai
memastikan kemahiran yang hendak dicapai selaras dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran
Program Bahasa Melalui Muzik@Muzik Boomz menyediakan murid untuk bertutur dengan lebih yakin Penguasaan kosa kata murid bertambah kukuh
Kemahiran mendengar dan bertutur
Penilaian kendiri dan rakan sebaya serta guru Alat penilaian: pemerhatian guru, senarai semak, rubrik dan lembaran kerja
memastikan kriteria penilaian jelas
5
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH YANGZHENG PROGRAM BAHASA KBS MELALUI MUZIK@MUZIK BOOMZ! LAKARAN PROGRAM Mengenal Pasti Keperluan Murid
Meningkatkan penguasaan bahasa Meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur Meningkatkan keupayaan murid bertutur dengan yakin
Menetapkan Matlamat
Membina semangat untuk bertutur secara yakin dalam bahasa Melayu baku Membina pengetahuan kognitif melalui aktiviti menyanyi dan mendengar lagu Belajar secara kumpulan dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan
Menentukan Program
Program Muzik Boomz
Menggunakan lagu sebagai bahan pembelajaran Mendedahkan murid kepada pelbagai jenis genre lagu yang terdapat dalam dunia muzik 10 waktu yang dijalankan dalam seminggu Melibatkan murid Darjah 5
Melaksanakan Aktiviti
Memilih lagu daripada YouTube yang murid minati Menerangkan genre muzik tersebut Membina kebolehan murid bertutur dalam bahasa Melayu baku Menjalankan kegiatan untuk meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur murid
Menilai Pencapaian Kemahiran Murid
Memahami makna seni kata lagu Mengenal pasti nilai murni dalam seni kata Menerangkan maklumat yang terdapat dalam dalam lagu Bertutur dengan lancar Menggunakan sebutan baku
SEKOLAH RENDAH YANGZHENG PROGRAM BAHASA KBS MELALUI MUZIK@MUZIK BOOMZ!
6
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Program
Bahasa melalui Muzik@Muzik Boomz!
Kumpulan Sasaran
Darjah 5
Fokus Kegiatan
Pemulihan
Jangka Masa
10 waktu yang dijalankan dalam 1 minggu
Kemahiran
Mendengar dan bertutur
Objektif Pembelajaran
Pada akhir program murid dapat: 1. mendengar maklumat dan menyampaikan semula dengan tepat 2. bertutur dengan lancar dan yakin 3. mentafsir informasi yang didengar 4. bertutur secara gramatis
Nilai Tambah Pembelajaran
Murid dapat: 1. membina semangat kerjasama dengan ahli kumpulan 2. menghayati genre lagu Melayu 3. memahami nilai yang terkandung dalam lirik lagu
Pengenalan/persediaan awal (Tuning-in) Fikir-Fikir (1 waktu)
Bahan/Catatan
Murid: a. menonton klip video oleh Ahli Fiqir berjudul 2x5 b. membaca dan menyanyi bersama dengan iringan muzik di video klip c. berbincang bersama rakan tentang pengajaran yang terdapat dalam lagu tersebut
Nota: Guru akan mendapatkan respons dari murid berdasarkan soalan yang berikut: Apakah konsep lagu ini? Apakah konsep kumpulan ini? Apakah yang menarik tentang lagu ini? Apakah tema lagu ini? Dapatkah kamu memahami maksud di sebalik lagu ini? Apakah pengajaran yang kamu dapat pelajari daripada video klip ini? Guru boleh ke lelaman YouTube: http://www.youtube.com/watch?v=Qxt tENdkpw4 Lirik lagu boleh didapati melalui lelaman ini: http://www.topliriklagu.com/2x5-liriklagu-penyanyi-artis-ahli-fiqir.htm
Minggu 1 - Aktiviti 1 Tajuk: Pop Pop Pop! (2 waktu) Induksi
Bahan
7
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
Murid: a. melihat gambar yang dipancarkan melalui powerpoint b. secara berkumpulan meneka siapakah selebriti yang akan diperkenalkan c. mengisi peta minda d. diperkenalkan dengan selebriti jemputan
Aktiviti 1
Penyusun Grafik 1
Nota Guru menyediakan powerpoint slaid Slaid ini menunjukkan gambar tentang selebriti jemputan itu tanpa menunjukkan wajahnya yang sebenar Tunjukkan slaid ini lalu berikan murid sekeping lembaran kerja Mengajak murid meneka melalui soalan yang dipaparkan Bahan Penyusun Grafik 2
Murid: a. berkenalan dengan selebriti b. mendengar lagu yang didendangkan oleh selebriti c. berbual bersama selebriti d. bersoal jawab dengan selebriti e. melengkapkan lembaran kerja mengenai lagu kegemaran mereka f. berkongsi bersama teman dan selebriti g. mendendangkan lagu kegemaran mereka bersama selebriti
Nota Guru mengenalkan selebriti pada hari itu Selebriti akan mengenalkan dirinya dan mendendangkan lagu pop kegemarannya Selepas mendendangkan, selebriti akan mengadakan sesi soal jawab dengan murid apakah pengajaran di sebalik lagunya itu
Minggu 1 - Aktiviti 2 Tajuk : Mari Berdondang (2 waktu) Induksi Murid: a. mendengar dua jenis lagu Melayu, moden dan tradisional b. memberi maklum balas mengenai kedua-dua bentuk lagu Melayu ini
Aktiviti 1 Murid: a. mengenali dua bentuk lagu Melayu b. membuat perbandingan antara dua lagu tersebut c. melengkapkan penyusun grafik berdasarkan perbezaan antara kedua-dua genre tersebut secara berkumpulan d. membuat pembentangan e. dan ahli kumpulannya menilai hasil kerja
8
Bahan Lagu Joget Balqis dan lagu balada Siti Nurhaliza Penyusun Grafik Rubrik 1 Lembaran Kerja 1 Rubrik 2 Nota Guru menayangkan dua jenis lagu Melayu melalui Lelaman YouTube
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
anggota kumpulan yang lain dengan menggunakan rubrik Minggu 1 - Aktiviti 3 Tajuk:Sorak Kita! (2 waktu) Induksi: Murid: a. meneka apa yang telah disampaikan oleh guru b. memberi beberapa contoh sorakan yang pernah didengar c. mendengar arahan guru dengan teliti dan mengikut pergerakan yang ditunjukkan oleh guru sambil bersorak
Nota Guru akan memulakan pengajaran dengan sorakan menggunakan ‘pompom’ Berdasarkan satu contoh sorakan yang diberi, guru akan membimbing murid untuk bersorak sambil membuat langkah-langkah mudah
Aktiviti 1 Murid: a. menonton sebuah klip video sorakan b. berbincang bersama rakan tujuan sorakan c. menjawab soalan-soalan guru dengan spontan d. mengisi peta minda secara berpasangan e. membentangkan perbincangan mereka secara berpasangan di hadapan kelas
Aktiviti 2 Murid: a. akan menonton klip video lagu sorakan Sukan Olimpik Belia 2010 b. mereka sorakan secara berkumpulan berdasarkan tema yang diberi oleh guru c. membina langkah-langkah mudah untuk digabungkan dengan sorakan yang telah direka d. membuat persembahan bersama kumpulan masing-masing e. menilai setiap persembahan kumpulan lain dengan menggunakan rubrik Minggu 1 - Aktiviti 4
Nota Guru akan menayangkan klip video daripada lelaman http://www.youtube.com/watch?v=4vD BhjW1ldI&feature=related Selepas menonton klip video sorakan tersebut, guru akan mengemukakan beberapa soalan kepada murid Contoh soalan Apakah tujuan sebuah sorakan? Bilakah sorakan boleh disaksikan atau didengar Apakah ciri-ciri sebuah sorakan?
Bahan Penyusun Grafik 3 Rubrik 3 Nota Guru akan menayangkan klip video daripada lelaman http://www.youtube.com/watch?v=9OHxeY_4WE&feature=related Guru akan memberi tumpuan kepada bahagian ‘chorus’ lagu tersebut
Tajuk: Dikir Yangzheng (3 Waktu) Induksi
Bahan Penyusun Grafik 4
9
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
Murid: a. menonton video dikir barat b. memberi pendapat mengenai dikir barat c. melengkapkan maklumat d. berkongsi bersama pasangan
Nota Lelaman You Tube: http://www.youtube.com/watch?v=bNIvKa -oIM&p=E1F37E117EB7869A&playnext=1&i ndex=6 Solaan Panduan Seni apakah ini? Dari manakah asalnya seni ini? Pernahkah kamu menonton persembahan seperti ini? Apakah bezanya seni ini dengan seni tarian/dondang sayang? Apakah yang menarik tentang seni ini? Apakah alat-alat yang digunakan? Lagu apakah yang dinyanyikan?
Aktiviti 1 Murid: a. mendengar dengan teliti penerangan guru mengenai ahli kumulan dikir barat b. secara berkumpulan memadankan gambar dengan kosa kata yang betul c. memadankan gambar alat muzik dengan namanya d. memadankan gambar ahli dikir barat dengan gelaran mereka e. membuat pembentangan
Bahan Gambar Peralatan Muzik Kad Kosa Kata Kertas Sebak Pelekat
Nota Guru menerangkan tentang gelaran yang diberikan kepada ahli kumpulan dikir barat seperti Awok-awok, Tok Juara dan Tukang Karut serta peranan mereka Guru menerangkan tentang alat-alat muzik yang digunakan: gong, rebana, rebana anak, canang dan marakas
Aktiviti 2
Bahan
Murid:
a. memberi nama kumpulan dikir barat mereka b. belajar menyanyikan lagu pilihan mereka c. berbincang dalam kumpulan masing-masing tentang ragam yang diinginkan untuk lagu tersebut d. membuat persembahan secara berkumpulan e. berbincang dalam kumpulan untuk membuat penilaian persembahan kumpulan lain
10
Lirik lagu Rubrik 4
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
11
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH YANGZHENG PROGRAM BAHASA KBS MELALUI MUZIK@MUZIK BOOMZ! BORANG MAKLUM BALAS MURID Nama: ____________________________ Kelas: ______________ Arahan:
Tarikh:________
Lengkapkan borang maklum balas berikut.
☺
☺☺
☺☺☺
☺☺☺☺
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Setuju
Sangat setuju
No A
Item
☺
☺☺ ☺☺☺ ☺☺☺☺
Program Bahasa Melalui Muzik@Muzik Boomz!
1.
Pogram ini membantu saya menggunakan muzik dalam pembelajaran.
2.
Saya dapat mendengar dengan berkesan.
3.
Saya dapat menggunakan muzik untuk membina kebolehan bahasa saya.
B
Aktiviti
4.
Menambah kosa kata saya.
5.
Melatih saya mendengar dengan cara berbeza.
6.
Melatih saya mentafsir informasi melalui apa yang saya dengar.
C
Penilaian
7.
Penilaian kendiri membina keyakinan saya.
8.
Saya dapat bertutur dengan lebih yakin di hadapan kawan-kawan .
Berikan pandangan kamu. 1.
Apakah aktiviti lain yang boleh dilakukan dengan menggunakan lagu.
12
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 2.
Adakah kamu akan terus mendengar lagu Melayu? Berikan sebab-sebabnya. ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________
13
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH YANGZHENG PROGRAM BAHASA KBS MELALUI MUZIK@MUZIK BOOMZ! BORANG MENILAI KEBERKESANAN PROGRAM Nama: ____________________________ Kelas: ______________ Arahan:
Tarikh:________
Lengkapkan borang penilaian ini.
No 1.
Item Matlamat program memenuhi keperluan murid.
2.
Bahan dan sumber pengajaran mencukupi.
3.
Aktiviti dapat dijalankan dengan berkesan.
4.
Meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur murid.
5.
Aktiviti yang dijalankan merangsang minat murid.
6.
Program ini meningkatkan pelibatan murid di bilik darjah secara aktif.
Catatan/Tindakan Lanjutan
Perkara Lain: 7. Bagaimanakah program ini dapat diperbaik? ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________
14
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH YANGZHENG PROGRAM BAHASA KBS MELALUI MUZIK@MUZIK BOOMZ! PENYUSUN GRAFIK 1 POP POP! Nama: ___________________________ Darjah: ___________________
SOALAN
Tarikh: ___________
JAWAPAN
1)
1)
2)
2)
3)
3)
15
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH YANGZHENG PROGRAM BAHASA KBS MELALUI MUZIK@MUZIK BOOMZ!
PENYUSUN GRAFIK 2 POP POP! Nama: ___________________________ Darjah: ___________________
Apakah lagu kegemaran kamu?
Tarikh: ___________
Kenapakah lagu ini menjadi lagu kegemaran kamu?
Tajuk Lagu Kegemaran
Senaraikan 3 perkataan daripada lagu kegemaran kamu itu.
Apakah moral di sebalik lagu itu?
16
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH YANGZHENG PROGRAM BAHASA KBS MELALUI MUZIK@MUZIK BOOMZ! LEMBARAN KERJA 1 MARI BERDONGDANG Nama: ___________________________ Darjah: ___________________ Arahan:
Tarikh: ___________
Dengar dua buah lagu Siti Nurhaliza dengan teliti. Kemudian, beri perbezaan dan persamaan dua buah lagu tersebut.
17
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH YANGZHENG PROGRAM BAHASA KBS MELALUI MUZIK@MUZIK BOOMZ! RUBRIK 1 MARI BERDONGDANG Nama kumpulan yang menilai: _____________________________ Nama kumpulan yang dinilai: ______________________________
Nada Gaya Kejelasan Persembahan
RUBRIK 2 MARI BERDONGDANG Penilaian Guru Nama kumpulan: ___________________________________
Nada Gaya Kejelasan Persembahan
18
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH YANGZHENG PROGRAM BAHASA KBS MELALUI MUZIK@MUZIK BOOMZ! PENYUSUN GRAFIK 3 SORAK KITA!
Arahan:
Tonton video klip dengan teliti. Kemudian, lengkapkan penyusun grafik di bawah ini. Ciri 1)___________________
___________________
Tujuan 1)____________
2)___________________
____________
___________________
2)____________
3)___________________
____________
___________________
3)____________
4)___________________
_____________
___________________
Boleh dilihat di: 1)___________________
____________________ 2)___________________ ____________________
Nama Kumpulan: ______________________________
3)___________________ Tarikh: ________________
19
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH YANGZHENG PROGRAM BAHASA KBS MELALUI MUZIK@MUZIK BOOMZ! RUBRIK 3 SORAK KITA! Nama kumpulan yang menilai: _____________________________ Nama kumpulan yang dinilai: ______________________________
Lirik Persembahan Kejelasan Kerjasama secara kumpulan
RUBRIK 4 DIKIR YANGZHENG Nama kumpulan yang menilai: _____________________________ Nama kumpulan yang dinilai: ______________________________
Ragam/gerak Kejelasan nyanyian Kerjasama secara kumpulan
20
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH YANGZHENG PROGRAM BAHASA KBS MELALUI MUZIK@MUZIK BOOMZ! PENYUSUN GRAFIK 4 DIKIR YANGZHENG
Nama Kumpulan: _____________________
Arahan:
Tarikh: __________
Teliti setiap gambar yang diberi. Kemudian, namakan gambar tersebut dalam penyusun grafik di bawah ini.
21