KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH PEI TONG
1
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
PROGRAM YOK KITA TEROKA! SEKOLAH RENDAH PEI TONG PENGENALAN Berdasarkan keputusan penilaian Semester 1 2010, 64.5% murid mendapat 10-15 markah. Peratusan yang mendapat 16-20 markah hanya 9.7%. Keputusan ini tidak menunjukkan pencapaian yang memuaskan bagi kumpulan murid yang mempunyai keupayaan bahasa yang baik. 2. Murid-murid didapati tidak dapat melahirkan dan mengembangkan kosa kata berkenaan sesuatu tema. Isi karangan mereka juga didapati terhad dan tidak dikembangkan dengan baik. Oleh itu, program pembelajaran Yok Kita Teroka! telah dilakarkan bagi menjalankan Program Kurikulum Berasaskan Sekolah. OBJEKTIF PROGRAM 3.
Objektif Program Yok Kita Teroka! adalah seperti yang berikut: a. murid dapat memperkaya kosa kata berdasarkan tema; b. murid dapat menerangkan maklumat yang berkisar pada tema; c. murid dapat menulis sebuah teks berdasarkan maklumat yang terkumpul; dan d. murid dapat melakukan aktiviti pembelajaran secara aktif dalam suasana yang menyeronokkan.
PERANCANGAN PROGRAM 4. Program Yok Kita Teroka! dipilih untuk mengadakan pembelajaran yang dapat melibatkan murid secara aktif. Melalui aktiviti yang dilakarkan, kosa kata murid dapat dipertingkatkan. Dengan pengalaman seperti memasak nasi goreng, suasana pembelajaran yang menyeronokkan telah dapat merangsang minat murid terhadap pelajaran. Sebagai contoh, murid telah didedahkan kepada pelbagai cara menghidangkan telur yang merupakan sebahagian daripada bahan memasak nasi goreng. Murid dapat melihat dan merasa sendiri jenis telur yang dimasak seperti telur rebus, telur goreng dadar, telur setengah masak dan telur goreng mata lembu. Selain itu, murid juga belajar cara mengupas kulit telur dengan mudah dan mengetahui cara menjaga keselamatan di dapur semasa memasak. Secara tidak langsung, murid didedahkan pada kemahiran hidup. PELAKSANAAN PROGRAM 5. Program Yok Kita Teroka! telah dijalankan selama dua minggu. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah Yok Kita Masak!, Yok Buat Komik!, Yok Buat Poster! dan Yok Kita Tulis! 6. Bagi program Yok Kita Masak!, murid dikehendaki menyiapkan sebuah lakaran resipi nasi goreng. Murid didedahkan kepada sebuah sedutan klip video
2
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
rancangan masakan nasi rawan. Melalui rancangan ini, murid mempelajari kosa kata yang berkisar tentang penyediaan hidangan nasi rawan. Pengalaman pembelajaran ini telah membolehkan murid mempelajari kosa kata yang baharu seperti buah keluak yang merupakan antara bahan resepi tersebut. 7. Program Yok Buat Komik! telah memberi murid peluang mereka bentuk komik berdasarkan rakaman audio. Bagi Program Yok Buat Poster! pula, murid didedahkan kepada pelbagai jenis poster. Kemudian murid membuat poster mereka sendiri. Melalui aktiviti ini kemahiran murid diasah untuk mengenal pasti maklumat dan ideaidea utama. 8. Program Yok Kita Tulis! memberi peluang kepada murid untuk mencungkil nilai-nilai murni yang terdapat dalam sesebuah lagu. Hasilnya, murid telah dapat mengolah beberapa buah gambar bersiri dengan memasukkan nilai-nilai yang terdapat pada lirik lagu itu. PENILAIAN PROGRAM 9. Keputusan karangan pada penilaian Semestral 2 2010 telah menunjukkan pencapaian yang baik, iaitu murid yang mendapat 16-20 markah berjumlah 38.7%. Dapatan ini menunjukkan terdapat peningkatan 29% pencapaian murid bagi penilaian Semester 2. Murid telah dapat meningkatkan mutu isi karangan mereka. 10. Berdasarkan maklum balas murid pula, secara purata 90% daripada mereka amat meminati aktiviti yang dilakarkan. Pengalaman pembelajaran yang bertema telah dapat membina kosa kata mereka dan membantu mereka menulis karangan dengan lebih terancang dan tersusun. PENAMBAHBAIKAN 11. Bahan pengajaran yang disediakan untuk Program Yok Kita Teroka! boleh dikumpulkan mengikut tema dan dijadikan rujukan untuk murid. USAHA SUSULAN 12. Murid akan dibawa berdarmawisata bagi menjadikan pembelajaran lebih autentik. Murid digalakkan mencari maklumat yang lebih tuntas dan mendalam mengenai sesuatu tema melalui pembacaan atau melungsuri internet.
3
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM YOK KITA TEROKA! SENARAI SEMAK SEMASA MERANCANG DAN MEMBINA KBS
Aspek
Catatan
Langkah 1: Meneliti Keperluan murid
meneliti keputusan ujian/penilaian
menjalankan soal selidik o melalui pemerhatian guru o melalui temu-bual dengan murid o mengisi borang soal selidik
ujian diagnostik
Keputusan komponen karangan Semester 1 bagi murid Darjah 4 masih dapat dipertingkatkan lagi Murid tidak dapat melahirkan dan mengembangkan kosa kata berdasarkan sesuatu tema Kekurangan idea untuk mengembangkan isi karangan Murid tidak mempunyai idea dan kosa kata yang luas semasa menulis karangan Murid tidak dapat menjelaskan isi yang berkaitan sesuatu tema Tidak dijalankan
Langkah 2: Mengenal Pasti Objektif
menentukan kemahiran yang hendak dinilai
menentukan aspek kognitif, afektif dan sikap yang hendak diambil kira dalam melakar objektif pengajaran dan pembelajaran
Meningkatkan kemahiran menulis Memperkaya kosa kata
Membina keyakinan murid untuk menghasilkan penulisan yang menarik Merangsang minda Memupuk kecekapan kesedaran sosial
Langkah 3: Memilih dan Menyusun Kandungan Program
menentukan jenis program
menentukan jenis aktiviti
menentukan jangka masa program
4
Pengalaman Pembelajaran Yok Kita Teroka!
Pembelajaran bersama
10 waktu yang dijalankan pada penggal 4 minggu 2 dan 3
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
Aspek
Catatan
Langkah 4: Memilih dan Menyusun Pengalaman Pembelajaran
Menyediakan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran secara aktif
memastikan pengetahuan yang hendak dibina nilai tambah dalam pembelajaran
Demonstrasi memasak di bilik darjah Menyaksikan aksi seorang tukang masak Menonton klip video animasi dan masakan Mendengar lagu
Melibatkan murid secara aktif Memberi peluang yang tidak secara langsung mengenai kemahiran hidup
Program KBS Mmenyediakan murid meluaskan idea semasa menulis peningkatan kosa kata
Kemahiran menulis
Penilaian kendiri, rakan sebaya dan guru Alat penilaian: senarai semak dan rubrik
Langkah 5: Menilai Pencapaian Kemahiran
memastikan program yang dibina dapat memenuhi kemahiran yang hendak dicapai
memastikan kemahiran yang hendak dicapai selaras dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran
memastikan kriteria penilaian jelas
5
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH PEI TONG LAKARAN PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA!
Menetapkan Matlamat Membina keyakinan murid untuk menghasilkan penulisan yang menarik Merangsang minda Memupuk semangat ingin tahu
Menentukan Program Menyediakan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran secara aktif Melibatkan murid secara aktif
Program Yok Kita Teroka!
Mengenal Pasti Keperluan Murid Meningkatkan kemahiran menulis Memperkaya kosa kata
Melaksanakan Aktiviti Menyenaraikan kosa kata berdasarkan tema Menulis sebuah teks berdasarkan maklumat yang terkumpul Menerangkan maklumat yg berkisar pada tema
Menilai Pencapaian Kemahiran Murid Membina literasi visual Memahami makna kosa kata Mengembangkan idea Menggunakan kosa kata yang dipelajari dalam karangan Menerangkan maklumat berdasarkan tema
TEMPLAT RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
6
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA! RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Program
Yok Kita Teroka!
Kumpulan Sasaran
Darjah 4
Fokus Kegiatan
Pengayaan
Jangka Masa
10 waktu yg dijalankan dalam 2 minggu
Kemahiran
Menulis
Objektif Pembelajaran
Pada akhir program, murid dapat: 1. menyenaraikan kosa kata berdasarkan tema 2. mengembangkan idea dalam karangan 3. menggunakan kosa kata yang dipelajari dalam karangan 4. menerangkan maklumat yang berkisar tentang tema
Nilai Tambah Pembelajaran
Murid dapat: 1. membina literasi visual 2. mencungkil isu moral pada sesebuah tema
Pengenalan / persediaan awal (Tuning-in)
Bahan/Catatan
Murid: a. b. c. d. e. f. g.
Bahan Klip Video Nasi Rawan meneliti buah keluak yang merupakan bahan penting (ETD) dalam masakan nasi rawan Borang Refleksi menonton klip video rancangan masakan ‘Nasi Rawan’ mencatat perkataan yang baharu dipelajari Nota melihat hidangan sebenar Perkongsian setiap membincangkan tentang pengalaman masak dengan kumpulan ditulis pada keluarga kertas sebak dan menceritakan kemahiran yang boleh mereka raih dipamerkan di kelas buat mengisi borang refleksi tatapan umum
Aktiviti Minggu 1 Tajuk: Yok Kita Masak!
Bahan/Catatan
Induksi Murid: a. menonton klip video rancangan masakan ‘Nasi Goreng’ b. mencatat perkataan jenis kata nama dan kata kerja Aktiviti 1
Bahan Klip video masakan ‘Nasi Goreng’ (ETD) Borang Refleksi
Bahan Resipi 1 dan 2
Murid: a. meneliti bahan utama resipi nasi goreng Nota b. berbincang tentang kepelbagaian cara menghidang Murid menulis tentang
7
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
telur cara menghidang telur di c. diberikan contoh cara telur dimasak seperti telur rebus, kertas sebak telur goreng dadar, telur goreng mata lembu, telur Beberapa orang murid separuh masak akan menyiapkan d. meneliti contoh hidangan lain termasuk sanwic, mi sup hidangan nasi goreng di e. mempelajari cara mudah mengupas kulit telur rumah f. mencuba mengupas telur yang tidak direbus dengan Murid akan berkongsi garam pengalaman bersama g. mengumpulkan kata kerja dan kata nama yang rakan terdapat pada klip video Guru mempamerkan resipi hasil kerja murid Contoh Kata Kerja mencuci , memasak, mengupas, menghiris, menggoreng, memotong, mengelap Kata Nama beras, telur, bawang merah, timun, lobak, daun, tomato Aktiviti 2 Murid: a. menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk masak nasi goreng b. berbincang secara berpasangan c. meneliti hasil kerja rakan Aktiviti Minggu 2 Tajuk: Yok Buat Komik! Induksi Murid: a. meneliti beberapa gambar yang berkisar mengenai binatang peliharaan dan binantang yang didera
Bahan Gambar-gambar binatang peliharaan dan binatang yang didera
Aktiviti
Bahan
Murid: a. mendengar sedutan audio ‘Sayangi’ b. membuat catatan ringkas mengenai urutan cerita c. menghasilkan sebuah paparan komik secara berpasangan d. melengkapkan senarai semak secara berpasangan
Audio ‘Sayangi’ (ETD) Lembaran Kerja ‘Mari Lakarkan’
Nota Guru menjelaskan proses membuat komik
Aktiviti Minggu 3 Tajuk: Yok Buat Poster! Induksi
Bahan Audio ‘Sayangilah’ (ETD)
8
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
Murid: a. mendengar sedutan audio ‘Sayangilah-Kucingku Hilang’ b. dengar maklumat dengan teliti c. membuat lakaran urutan cerita Aktiviti Murid: a. membuat catatan ringkas mengenai sedutan cerita b. secara kumpulan, menyiapkan sebuah poster ukuran A3 untuk menawarkan ganjaran bagi sesiapa yang dapat menjejak kucing yang hilang c. menilai poster rakan
Bahan Senarai Semak
Aktiviti Minggu 4 Tajuk: Yok Kita Hayati! Induksi Murid: a. menonton klip video muzik ‘Rentak Cilik-Rajin Belajar’ b. menyanyi bersama-sama dengan gerak badan Aktiviti Murid: a. membuat catatan ringkas mengenai lagu b. berbincang tentang nilai-nilai murni yang terdapat dalam lirik lagu c. membentangkan hasil kerja kumpulan d. membuat lakaran sebuah karangan e. membacakan lakaran karangan f. mengisi senarai semak
9
Bahan Senarai Semak
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA! BORANG MAKLUM BALAS MURID Nama:________________________ Kelas:________________________ Arahan:
Tarikh: ______________
Lengkapkan borang maklum balas berikut.
☺
☺☺
☺☺☺
☺☺☺☺
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Setuju
Sangat setuju
No. A
☺
Item Program Yok Kita Teroka!
1.
Program ini memberi pembelajaran yang menyeronokkan.
2.
Saya dapat meluaskan kosa kata dan idea dengan baik.
3.
Program ini memberi pengalaman yang baharu.
B
Aktiviti
4.
Merangsang minat saya.
5.
Saya dapat mengikuti aktiviti dengan rakan-rakan saya.
6.
Aktiviti yang disediakan menarik.
C
Penilaian
7.
Saya dapat bertutur dengan dengan lebih baik.
8.
Saya dapat menyemak kerja saya bersama rakan.
10
☺☺ ☺☺☺ ☺☺☺☺
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
Berikan pandangan kamu. 1.
Apakah maklumat baharu yang kamu ketahui daripada pelajaran ini?
2. Apakah perkara menarik tentang klip video yang kamu tonton?
3. Apakah kosa kata baharu yang kamu pelajari daripada pelajaran ini?
11
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA! BORANG REFLEKSI MENONTON VIDEO Nama: _______________________ Kelas: ________________
Tarikh: __________________
Arahan: Isikan ruang kosong dengan maklumat yang sesuai selepas menonton klip video. Perkara yang Menarik tentang Klip Video
Maklumat Baharu yang Saya Ketahui
12
Kosa Kata Baharu yang Saya Pelajari
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA! BORANG REFLEKSI MURID YOK KITA MASAK! Nama: _______________________ Kelas: ________________
Arahan:
Tarikh: __________________
Lengkapkan penyataan di bawah ini.
No
Perkara
1.
Resipi yang disediakan dalam klip video ini ...
2.
Saya telah mempelajari …
3.
Semasa menyediakan bahan saya perlu tahu ...
4.
Langkah-langkah yang akan saya ambil semasa menyediakan bahan adalah …
5.
Resipi kumpulan saya menarik kerana …
6.
Aktiviti kerja kumpulan telah mengajar saya …
7.
Kosa Kata yang telah saya pelajari…
13
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
Isi tempat kosong dengan kata kerja dan kata nama.
Kata Nama
Kata Kerja
14
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA! YOK BUAT KOMIK! Nama: __________________________ Kelas: ________________
Tarikh: _______________
Arahan: Lengkapkan perbualan dua orang di bawah ini. .
Mengapa kamu menendang kucing itu?
Saya tidak sangka perbuatan saya itu amat salah.
15
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA! YOK BUAT KOMIK! BORANG REFLEKSI AKTIVITI BERKUMPULAN
Nama: __________________________ Kelas: ________________ Arahan:
Tandakan
Tarikh: _______________
dalam petak yang sesuai.
☺
☺☺
☺☺☺
☺☺☺☺
Tidak pernah
Kadang-kadang
Sering
Setiap masa
Item 1. Saya dapat menyelesaikan kerja dengan ahli kumpulan saya.
☺
2. Saya berkongsi idea semasa aktiviti perbincangan. 3. Saya mendengar idea ahli kumpulan saya. 4. Saya mengikut giliran semasa memberi pandangan. 5. Saya pelajari kosa kata baharu dari ahli kumpulan saya. 6. Saya gembira bekerja dalam kumpulan.
16
☺☺ ☺☺☺ ☺☺☺☺
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA! MARI BUAT POSTER! SENARAI SEMAK Arahan:
Teliti tiga poster ini. Kemudian, tandakan sesuai bagi setiap poster.
Maklumat/Poster
Poster 1
1. Ukuran poster - besar 2. Ukuran poster - kecil 3. Saiz font perkataan besar 4. Saiz font perkataan - kecil 5. Berwarna-warni 6. Gambar menarik 7. Gambar membosankan 8. Tiada gambar 9. Maklumat ringkas dan mudah difahami 10. Maklumat banyak dan sukar difahami 11. Sesuai untuk murid sekolah rendah 12. Sesuai untuk murid sekolah menengah
17
pada maklumat yang
Poster 2
Poster 3
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA! MARI BUAT POSTER! BORANG REFLEKSI Nama: _______________________ Kelas: ________________
Arahan:
Tandakan
☺ Sangat tidak setuju
No
Tarikh: __________________
dalam petak yang sesuai.
☺☺ Tidak setuju
Item
1.
Saya suka dengan aktiviti yang dijalankan.
2.
Saya boleh melakukan aktiviti yang dijalankan.
3.
Aktiviti ini dapat menambah kosa kata saya.
4.
Saya dapat berkongsi maklumat dengan rakan.
5.
Saya mempelajari perkara yang baharu.
☺☺☺ Setuju
☺
18
☺☺☺☺ Sangat setuju
☺☺
☺☺☺ ☺☺☺☺
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA! YOK KITA NYANYI! SENARAI SEMAK LAGU Nama: __________________________ Kelas: ________________
Tarikh: _______________
Arahan: Dengar lagu ‘Rajin Belajar’ dengan teliti. Kemudian, lengkapkan ruang yang berikut. Lagu:
Penyanyi:
Nilai-nilai yang saya pelajari:
Nilai-nilai itu penting kerana
Kosa kata baharu yang saya pelajari
19
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA! YOK KITA NYANYI! Nama: _______________________ Kelas: ________________
Tarikh: __________________
Mari Menulis… Permulaan:
Gambar 1:
Gambar 2:
Dialog:
20
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
Gambar 3:
Gambar 4:
Penutup:
21
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA! YOK KITA NYANYI! SENARAI SEMAK Nama: _______________________ Kelas: ________________
Arahan:
Tandakan
☺ Memerlukan banyak bantuan
No.
Tarikh: __________________
dalam petak yang sesuai.
☺☺ Memerlukan beberapa bantuan
Item
1
Aktiviti sebelum menulis telah menambah kosa kata saya.
2
Saya menggunakan kosa kata yang baharu saya pelajari dalam karangan saya.
3
Saya dapat menyusun idea dengan baik.
4
Saya lebih yakin untuk menulis karangan saya.
5
Saya dapat menggunakan maklumat yang saya pelajari.
6
Saya dapat menghasilkan karangan yang lebih baik.
☺☺☺ Memerlukan sedikit bantuan
☺
22
☺☺
☺☺☺☺ Tidak memerlukan bantuan
☺☺☺ ☺☺☺☺
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA! SENARAI SEMAK PENGHASILAN IDEA DALAM KARANGAN
Penghasilan Idea dalam Karangan Cemerlang
Idea mencukupi dan dikembangkan dengan sangat baik Keseluruhan idea relevan dan menunjukkan pemahaman yang amat kukuh
Baik
Idea mencukupi dan dikembangkan dgn baik Keseluruhan idea relevan dan menunjukkan pemahaman yang mencukupi
Sederhana
Idea mencukupi dan dikembangkan dengan agak baik Hampir kesemua idea relevan dan menunjukkan pemahaman yang mencukupi
Cuba lagi
Idea kurang mencukupi dan terdapat perkembangan yang tidak tersusun Kurang menunjukkan pemahaman yang mencukupi
23