INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) 1036
KUALITI HADITH KITAB KASHF AL-GHAYBIYYAH KARYA SHAYKH ZAYN AL-CABIDIN BIN MUHAMMAD AL-FATANI: TUMPUAN BAB SEPULUH, SIFAT SYURGA DAN AHLINYA KHAIRUL ANWAR BIN ABDUL MANAF
[email protected] No. Tel. 019-3802453 LATIFAH BINTI ABDUL MAJID AHAMAD ASMADI BIN SAKAT MOHD IKRAM BIN MOHD NAWI Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) MUHAMMAD SYAFEE SALIHIN Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
[email protected]. No. Tel. 013-9917262
ABSTRAK c
Kitab Kashf al-Ghaybiyyah merupakan sebuah karya Shaykh Zayn al- Abidin bin Muhammad al-Fatani atau lebih dikenali sebagai Tuan Minal. Kitab ini merupakan sebuah kitab jawi yang disusun berdasarkan hadithhadith yang menjelaskan berkenaan perkara-perkara ghaib antaranya sifat-sifat syurga dan ahlinya. Tetapi, hadith-hadith yang didatangkan sebagai dalil tidak disertakan bersama rantaian sanad perawi yang lengkap selain tidak menjelaskan sumber dan status hadith tersebut. Justeru, analisis takhrij hadith-hadith Bab fi Sifat al-Jannah wa Ahliha dalam Kashf al-Ghaybiyyah dilakukan bagi mencari sumber asal daripada Masadir alAsliyyah serta menjelaskan status setiap hadith tersebut sama ada bertaraf Maqbul atau Mardud. Rekabentuk kajian ini ialah kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan. Pengumpulan data yang berbentuk tekstual di dalam Kitab Kashf al-Ghaybiyyah dianalisis dengan menggunakan pendekatan deskriptif melalui kaedah Takhrij dan Tahkim. Hasil analisis terhadap 10 buah hadith mendapati bahawa satu c daripadanya adalah hadith muttafaqun alaih (10%), satu hadith Sahih al-Bukhari (10%), satu hadith Sahih c Muslim (10%), satu hadith Sahih (10%), satu hadith Hasan li Ghayrih (10%), tiga hadith Da if (30%), dan dua hadith yang tidak dijumpai (20%). Hasilnya ialah sebanyak lima (50%) hadith yang dikategorikan sebagai hadith maqbul dan selebihnya iaitu lima (50%) hadith dikategorikan sebagai hadith mardud. Oleh kerana kebanyakan hadith tersebut berunsurkan perkara akidah, maka perlulah diperbaiki dalil-dalil tersebut dengan digantikan kepada nas-nas yang lebih berautoriti untuk memuaskan hati orang yang mempelajari kitab tersebut. c
Kata kunci: Hadith, Kashf al-Ghaybiyyah, Shaykh Zayn al- Abidin bin Muhammad al-Fatani, bab sepuluh, sifat syurga dan ahlinya
480
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1. PENGENALAN
Keaslian al-Qur’an sebagai sumber utama syariat Islam tidak boleh dipertikaikan lagi, tetapi al-Sunnah perlu dinilai terlebih dahulu sebelum kita mengambilnya sebagai hujah atau pegangan agama. Ilmu hadith mendefinisikan hadith sebagai segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. daripada perkataan, perbuatan, taqrir dan sifat-sifat, samada sifat fizikal atau akhlak sebelum dan sesudah menjadi rasul. Abu al-Laith (2011: 14). Shaykh Zayn al-cAbidin bin Muhammad al-Fatani atau lebih masyhur dengan gelaran Tuan Minal merupakan salah seorang tokoh ulama yang terkemuka pada awal kurun ke- 19 di Selatan Thai. Beliau adalah salah seorang ulama yang telah membuka pusat pengajian sistem pondok di Selatan Thai dan di Sungai Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang. Selain menjadi guru agama yang mengajar dan mendidik anak-anak muridnya supaya memahami ajaran Islam yang sebenar dari sudut ilmu tauhid, fiqh dan lain-lain, beliau juga merupakan seorang pengarang kitab pelbagai ilmu keagamaan. Kitab Kashf al-Ghaybiyyah adalah salah satu hasil karya Shaykh Zayn al-cAbidin bin Muhammad al-Fatani. Ia sebuah kitab jawi yang disusun berdasarkan hadith-hadith yang menjelaskan berkenaan perkara-perkara ghaib seperti syurga, neraka, dan hari kiamat. Kitab ini terbahagi kepada 10 bab yang membicarakan tentang ciptaan roh dan Nur Muhammad s.a.w, ciptaan alam dan keindahan syurga dan orang yang layak memasukinya. Bab Fi Sifat al-Jannah wa Ahliha merupakan bab yang terakhir dibincangkan dalam kitab ini. Ia mengandungi hanya 10 buah hadith yang berbahasa arab. Kajian ini akan menganalisis hadith-hadith berbahasa arab di dalam kitab Kashf alGhaybiyyah menggunakan metodologi takhrij untuk mengetahui sumber asal hadith-hadith yang terdapat di dalam kitab tersebut.
2. PERMASALAHAN KAJIAN
Kitab Kashf al-Ghaybiyyah merupakan salah satu kitab teras sukatan pembelajaran di pondokpondok di Selatan Thailand, Kelantan 1 , dan seluruh Malaysia yang juga menjadi antara rujukan utama di dalam ilmu tasawwuf. Kashf al-Ghaybiyyah merupakan sebuah kitab yang sangat elok tetapi mengandungi hadith-hadith yang tidak diketahui statusnya samada maqbul atau mardud. Di dalamnya terkandung lebih kurang 108 buah hadith yang dicatatkan oleh 1
Laporan Suku Pertama (Januari hingga April) Kegiatan & Aktiviti Pembelajaran Pondok di Kelantan, Catatan Mesyuarat Persatuan Pondok-Pondok Kelantan bertarikh 5 Mei 2012. 481
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
pengarang kitab tersebut sama ada dengan teks asal daripada Bahasa Arab ataupun dengan terjemahan makna hadith sahaja. Kajian awal mendapati bahawa dalam menulis hadith pengarang kitab iaitu Shaykh Zayn al-cAbidin menukil hadith-hadith tanpa menyatakan sumber aslinya dan tidak meletakkan sanad hadith. Oleh itu, terdapat beberapa permasalahan dalam kitab ini. Antaranya, kesamaran sumber-sumber hadith yang dibawa oleh Shaykh Zayn al-cAbidin, ketiadaan hukum yang jelas pada hadith-hadith tersebut, dan matan hadith ditulis tanpa sanad. Antara kitab-kitab alim ulama Nusantara yang banyak mengandungi hadith-hadith tetapi belum ditakhrijkan lagi ialah Kashf al-Ghaybiyyah iaitu satu kitab yang membincangkan tentang hal-hal ghaib daripada beberapa ahadith al-marwiyyah karangan Shaykh Zayn al-cAbidin bin Muhammad al-Fatani (Hilaluddin, 2005). Kewajaran kajian ini juga dilakukan berdasarkan ungkapan anak 2 Shaykh Zayn alc
Abidin di awal muqaddimah yang meminta supaya diperbetulkan isi kandungan kitab ini.
Kajian ini hanya dilakukan terhadap hadith-hadith yang didatangkan dengan nas berbahasa Arab sahaja yang telah dikira oleh pengkaji iaitu sebanyak 46 buah hadith. Memang diakui terdapat sedikit penerangan mengenai sumber asal bagi hadith-hadith yang diambil, tetapi ianya tidak dinyatakan dengan jelas sumber dan hukum hadith-hadith tersebut. Maka, kajian ini dijalankan antara lain ianya merupakan usaha untuk membantu pengarang asal kitab Kashf al-Ghaybiyyah menyatakan sumber dan hukum hadith dalam kitab tersebut dengan harapan supaya orang yang mempelajari dan membaca kitab tersebut berpuas hati dan mendapat manfaat dari kajian ini.
3. OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif sebagaimana berikut: 1.
Mengenalpasti sumber asal pengambilan hadith oleh Shaykh Zayn al-cAbidin dengan menggunakan kaedah ilmu takhrij.
2.
Menganalisis dan menjelaskan status hukum dan taraf hadith-hadith yang terdapat di dalam kitab Kashf al-Ghaybiyyah.
3.
Mengenalpasti alternatif bagi hadith-hadith mardud yang mempunyai makna yang sahih dengan nas-nas al-Quran dan al-Hadith.
2
Zayn al-cAbidin bin Muhammad al-Fatani, Kashf al-Ghaybiyyah, Matbacah bin Halabi-Fatani, t.t.,
hlm.1. 482
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
4. LIMITASI KAJIAN
Kajian ini memfokuskan hanya pada kitab Kashf al-Ghaybiyyah yang dikarang oleh Shaykh Zayn al-cAbidin bin Muhammad al-Fatani. Kajian ini berasaskan kepada beberapa batasan seperti berikut: i.
Kajian ini hanya difokuskan kepada hadith-hadith yang terdapat dalam bab kesepuluh sahaja iaitu Bab fi Sifat al-Jannah wa Ahliha iaitu bermula hadith 37 hingga 46.
ii.
Kajian ini juga hanya memfokuskan teks-teks hadith yang berbahasa Arab sahaja iaitu sebanyak 10 buah hadith dan yang dinyatakan dengan jelas oleh Shaykh Zayn al-cAbidin sahaja.
iii.
Takhrij hadith dilakukan berdasarkan isyarat yang dilakukan oleh Shaykh Zayn alc
Abidin seperti hadith riwayat al-Tirmidhi, maka takhrij akan dilaksanakan dengan
mentakhrij
hadith
yang diriwayatkan
oleh al-Tirmidhi
terlebih
dahulu,
kemudiannya barulah ditakhrij hadith syawahid dan mutabacat di dalam Kutub alSittah, dan jikalau tiada barulah diperluaskan kepada kitab-kitab asal hadith yang lain. iv.
Kajian takhrij juga akan merangkumi Kutub al-Sittah terlebih dahulu, jika tiada dalam Kutub al-Sittah barulah diperluaskan kepada sumber asal kitab-kitab hadith yang lain.
v.
Kaedah menghukum hadith pula merangkumi dua aspek iaitu hadith maqbul dan mardud, bagi hadith yang maqbul iaitu hadith sahih dan hasan tidak akan dijelaskan perawinya dan bagi hadith mardud akan dinyatakan puncanya.
vi.
Sekiranya hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya dan Imam Muslim di dalam Sahihnya, maka hadith tersebut akan dihukumkan sahih dan tidak akan dipertikaikan perawi-perawinya.
vii.
Sekiranya sesebuah hadith itu terdapat di dalam mana-mana Sunan al-Arbacah, maka diambil kira hukum hadith yang dinyatakan oleh pengarang kitab tersebut dan pandangan ulama-ulama yang telah mentakhrijkan hadith tersebut. Jika ianya termasuk dalam kategori mardud, perbincangan tentang faktor kelemahan hadith akan dijalankan dan pandangan ulama’ akan digunakan untuk menghukum hadith itu.
483
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
viii.
Sekiranya hadith tersebut didapati di dalam selain Kutub al-Sittah, kajian akan diperluaskan kepada kitab-kitab hadith yang lain. Sekiranya hadith terbut maqbul, memadai diambil pandangan ulama yang menghukumkannya, dan sekiranya ia mardud, akan dijelaskan sebab hadith itu ditolak.
ix.
Kajian ini juga mengekalkan bahasa terjemahan melayu yang digunakan oleh Shaykh Zayn al-cAbidin terhadap teks-teks hadith yang berbahasa Arab. Tetapi ditukar daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi untuk memudahkan para pembaca.
5. METODOLOGI KAJIAN
Hadith-hadith yang telah dikumpul dari sumber utama iaitu daripada bab kesepuluh dalam Kashf al-Ghaybiyyah akan dianalisis dengan menggunakan dua kaedah utama iaitu kaedah takhrij 3 dan tahkim 4 . Bantuan daripada perisian komputer dan Maktabat al-Shamilah digunakan untuk mempercepatkan carian, kemudian barulah dirujuk dan disemak di dalam kitab asal.
5.1 Takhrij 1) Hadith-hadith berbahasa Arab di dalam Kashf al-Ghaybiyyah dikeluarkan dan takhrij dimulakan dengan Kutub al-Sittah dahulu iaitu Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Sunan al-Tirmdhi, Sunan al-Nasa’i, dan Sunan Ibn Majah. Sekiranya dijumpai di dalam salah satu daripada kitab-kitab tersebut, memadai dengannya tanpa mencari daripada sumber lain. 2) Sekiranya sesebuah hadith tidak dijumpai di dalam mana-mana Kutub al-Sittah, maka takhrij akan diperluaskan lagi kepada tiga kitab hadith yang selepas ditambah dengan Kutub al-Sittah dikenali sebagai Kutub al-Tiscah, iaitu alMusnad, al-Muwatta’, dan Sunan al-Darimi. Sekiranya didapati hadith tersebut di dalam tiga kitab ini, maka memadai kajian dilakukan kepada sumber tersebut sahaja.
3
Merujuk semula hadith kepada perawi yang meriwayatkan sesebuah hadith dalam kalangan imamimam hadith di dalam kitab-kitab mereka dengan disebutkan darjatnya. Juga disebutkan darjatnya sama ada maqbul atau mardud. 4
Istilah yang digunakan dalam menghukum hadith sehingga kedudukan hadith dapat dipastikan sama ada dapat dijadikan hujah atau tidak. 484
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
3) Sekiranya tidak didapati di dalam mana-mana Kutub al-Tiscah, maka pencarian sumber asal hadith tersebut akan diperbesarkan lagi kepada kitab-kitab hadith lain yang masyhur seperti Sahih Ibn Hibban, al-Mustadrak, Sahih Ibn Khuzaymah, dan lain-lain. 4) Sekiranya tidak dijumpai dalam mana-mana kitab hadith yang dikategorikan dalam masadir al-asliyyah, pencarian akan diteruskan kepada kitab-kitab yang dikategorikan sebagai shibh al-asliyyah. Contoh: Tafsir Ibn Kathir, Tuhfat alAshraf oleh al-Mizzi, Nasb al-Rayah oleh al-Zaylaci dan lain-lain. Selepas dijumpai di dalam kitab-kitab shibh al-asliyyah, maka perlu dirujuk semula tempat hadith tersebut di dalam masadir al-asliyyah kerana takhrij hadith tidak boleh berdasarkan sumber shibh al-asliyyah. 5) Sekiranya tidak terdapat juga di dalam kitab-kitab shibh al-asliyyah, maka kajian akan diperluaskan kepada kitab-kitab ghayr al-asliyyah seperti: Riyad al-Salihin, Bulugh al-Maram, al-Jamic al-Saghir, dan seumpamanya. Jika ditemui hadith tersebut dalam mana-mana kitab tersebut, maka akan dirujuk sumber asal hadith tersebut yang telah dinukilkan daripada masadir al-asliyyah.
5.2 Tahkim
Antara tujuan utama takhrij dilakukan ialah untuk mengetahui hukum sesebuah hadith. Menghukum hadith ialah menyatakan status dan darjat sesebuah hadith. Ia tidak dapat dijalankan tanpa dianalisis sanad dan matan hadith tersebut. Dengan cara ini barulah hadith itu boleh dikategorikan sama ada maqbul5 atau mardud6. Dalam bab ini, kaedah menghukum hadith ialah seperti berikut: 1) Hadith yang dijumpai di dalam al-Sahihayn iaitu Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim atau dipanggil muttafaqun calaih akan dihukumkan sahih tanpa dikaji matan dan sanadnya. 2) Hadith yang terdapat di dalam salah satu kitab sama ada Sahih al-Bukhari atau Sahih Muslim juga akan dihukum sahih dan tidak akan diambil pandangan ulama’ hadith mengenainya.
5
Hadith-hadith yang diterima pakai sama ada untuk berhujah atau beramal iaitu hadith sahih li dhatih, sahih li ghayrih, hasan li dhatih, dan hasan li ghayrih. 6 Hadith-hadith yang ditolak untuk berhujah dengannya seperti hadith dacif, daicf jiddan, munkar, wahi, c mawdu , dan ke bawah. 485
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
3) Hadith yang dijumpai di dalam Sunan al-Arbacah iaitu Sunan al-Tirmidhi, Sunan Abu Dawud, Sunan Ibn Majah, dan Sunan al-Nasa’i juga akan dihukumkan mengikut apa yang dihukumkan oleh pengarang-pengarang kitab tersebut. Sekiranya hadith yang dijumpai mempunyai masalah, akan dibincangkan sebab dan punca masalah tersebut. Pandangan para ulama’ hadith juga akan diambil bagi kategori ini. 4) Hadith-hadith yang ditemui di dalam selain Kutub al-Sittah akan dihukum mengikut apa yang telah dihukumkan oleh muhaddithin. Sekiranya hadith yang dijumpai mempunyai masalah, akan dibincangkan juga sebab dan punca masalah tersebut. Pandangan para ulama’ hadith juga akan diambil bagi kategori ini. 5) Bagi hadith-hadith mardud, syawahid dan mutabacat akan dinyatakan sekiranya ia dapat menguatkan hadith tersebut. Perbincangan sanad mengenai rijal hadith hanya dibincangkan jika sesebuah hadith itu bermasalah. 6) Hadith-hadith yang tidak dijumpai di dalam mana-mana kitab hadith sama ada masadir al-asliyyah, shibh al-asliyyah atau ghayr al-asliyyah, akan didatangkan ayat-ayat al-Quran atau potongan hadith yang membawa maksud yang sama sebagai alternatif kepada hadith tersebut. 7) Hadith-hadith yang tidak dijumpai alternatif, tidak akan dihukum mawduc dan sebagainya tetapi dinyatakan sebagai hadith yang tidak dijumpai oleh pengkaji. 8) Kesemua hadith berbahasa arab di dalam Kashf al-Ghaybiyyah dibahagikan kepada dua kategori iaitu maqbul dan mardud.
Contoh: Hadith ke-40 yang dinukilkan oleh Shaykh Zayn al-cAbidin pada halaman 129 di dalam Kashf al-Ghaybiyyah masih belum ditemui periwayatannya dalam mana-mana kitab hadith tetapi dijumpai alternatif kepada hadith tersebut daripada al-Quran:
Maksudnya: “Pada malam yang dimicraj dengan daku kepada langit dilentang atasku akan sekelian syurga maka aku lihat di dalamnya itu akan empat sungai, satu sungai daripada air tawar yang tiada 486
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
keruh dan satu sungai daripada air laban yang tiada berubah rasanya dan satu sungai daripada arak dan satu sungai daripada air madu yang jernih daripada lilin.” Setelah dicari matan dan sanad bagi hadith di atas, ternyata belum dijumpai sesiapa yang meriwayatkan hadith tersebut. Akan tetapi, makna hadith tersebut sahih dan bertepatan dengan ayat al-Quran surah Muhammad ayat 15:
ۥ
ۖ
ٓ
ۖۡ
ۖ
Maksudnya: 15. Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya) dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam Neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)! 6. HASIL KAJIAN
Kajian ini terhad hanya kepada hadith-hadith berbahasa arab di dalam bab terakhir iaitu alBab al-cAshir fi Sifat al-Jannah wa Ahliha yang telah dinukilkan oleh Shaykh Zayn al-cAbidin di dalam Kashf al-Ghaybiyyah. Sebanyak 10 buah hadith telah ditakhrij kepada sumber asal. 10 buah hadith yang berbahasa arab tersebut merangkumi keseluruhan bab, baki hadith yang berbahasa arab di dalam kitab tersebut ialah 36 buah hadith. Manakala hadith yang berbahasa melayu di dalam kitab tersebut ialah 62 buah hadith. Terdapat 10 bab utama di dalam kitab ini, iaitu al-Bab al-Awwal fi Khalq al-Ruh al-Aczam, al-Bab al-Thani fi Khalq Adam, al-Bab al-Thalith fi Dhikr al-Malaikah wa Khalq Malak al-Mawt, al-Bab al-Rabic fi Ahwal Malak alMawt Kaifa Ya’khudh al-Arwah, al-Bab al-Khamis fi Ahwal al-Qabr wa dhikr al-Malak aladhi Yadkhul al-Qabr qabl Munkar wa Nakir, al-Bab al-Sadis fi inna al-Ruh bacda alKhuruj Ya’ti ila Qabrih wa manzalih, al-Bab al-Sabic fi Shurut al-Qiyamah wa Yatacallaq biha, al-Bab al-Thamin fi Ahwal al-Qiyamah, al-Bab al-Tasic fi Sifah Jahannam wa Ahliha, dan al-Bab al-cAshir fi Sifat al-Jannah wa Ahliha. Hasil analisis terhadap 10 buah hadith mendapati bahawa satu daripadanya adalah hadith muttafaqun calaih (10%), satu hadith Sahih 487
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
al-Bukhari (10%), satu hadith Sahih Muslim (10%), satu hadith Sahih (10%), satu hadith Hasan li Ghayrih (10%), tiga hadith Dacif (30%), dan dua hadith yang tidak dijumpai (20%). Hasilnya ialah sebanyak lima (50%) hadith yang dikategorikan sebagai hadith maqbul dan selebihnya iaitu lima (50%) hadith dikategorikan sebagai hadith mardud.
7. Kesimpulan
Kebanyakan hadith yang berbahasa arab di dalam kesemua bab dalam Kashf al-Ghaybiyyah yang belum ditemui di dalam mana-mana kitab hadith sama ada daripada masadir al-asliyyah, shibh al-asliyyah atau ghayr al-asliyyah mempunyai makna yang sama dengan nas-nas yang sahih seperti al-Quran dan al-Hadith. Oleh itu, penambahbaikan terhadap kitab ini perlu dilakukan kerana dalil-dalil yang digunakan membabitkan perkara akidah. Justeru, dengan menggantikan dalil-dalil daripada hadith-hadith yang lemah dan belum ditemui kepada dalildalil yang lebih berautoriti dapat memuaskan hati dan meyakinkan para pembaca kitab ini.
RUJUKAN Abu Dawud, Sulayman Bin al-Ashcath al-Azdiy al-Sijistaniy. (2009). Sunan Abi Dawud. Tahqiq : Shucayb al-Arna’ut, Muhammad Kamil dan Shadi Muhsin. Bayrut : Dar alRisalah al-cAlamiyyah. Ahmad, Abu cAbdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad al-Shaybani. (1999). Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal. Tahqiq : Shucayb al-Arna’ut. Bayrut : Mu’assat al-Risalah. al-Albani, Muhammad Nasir al-Din al-Albani. (2002). Silsilat al-Ahadith al-Dacifah wa alMawducah wa Atharuha al-Sayyi’ fi al-Ummah. Edisi Pertama. al-Riyad : Maktabat alMacarif. al-Bukhari, Abu cAbdullah Muhammad bin Ismacil al-Bukhari. (2002). Sahih al-Bukhari. (Edisi pertama). Bayrut : Dar Ibn Kathir. al-Daraqutni, cAli bin cUmar bin Ahmad al-Daraqutni. (2011). al-cIlal. Bayrut : Mu’assah alRayyan. Al-Darimiy, cAbdullah bin cAbd al-Rahman al-Darimiy al-Samarqandiy. (T.th.). Sunan alDarimiy. Tahqiq: Fawwaz Ahmad Zamraliy, Khalid al-Sabc al-cAlamiy. Karachi: Qadimi Kutub Khanah.
488
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Al-Dhahabi, Abu cAbdullah Shams al-Din Muhammad bin Ahmad bin cUthman al-Dhahabi. (1992). al-Kashif fi Macrifah Man lah Rawayat fi al-Kutub al-Sittah. (Edisi pertama). Jaddah: Dar al-Qiblah li al-Thaqafat al-Islamiyyah. Al-Hakim, Abu Abdullah Muhammad bin cAbdullah al-Hakim al-Naysaburi. (T.th.) alMustadrak cAla al-Sahihayn. Tahqiq: Mustafa cAbd al-Qadir cAta. Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah. Hilaluddin bin Abdullah. (2005). Takhrij Hadis Kitab al-Jawhar al-Mawhub wa Munabbihat al-Qulub karangan Al-Shaykh cAli ibn cAbd al-Rahman al-Kelantani. Ibn Hajar, Ahmad bin cAli bin Hajar al-cAsqalani. (T.th). Taqrib al-Tahdhib. T.tp: Dar alc Asimah li al-Nashr wa al-Tawzic. Ibn Hibban, Muhammad bin Hibban bin Ahmad bin Hibban Abu al-Hatim al-Tamimi al-Busti al-Sijistani. (T.th.). Sahih Ibn Hibban bi Tartib Ibn Balban. Tahqiq: Shucayb al-cArnaut. T.tp.: Muassasat al-Risalah. Ibn Majah, Abu cAbdullah Bin Yazid al-Qazwini. (T.th.). Sunan Ibnu Majah. Tahqiq : Muhammad Fu’ad cAbd al-Baqi. T.tp. : Dar Ihya’ al-Kutub al-cArabiyyah. Laporan Suku Pertama (Januari hingga April) Kegiatan & Aktiviti Pembelajaran Pondok di Kelantan, Catatan Mesyuarat Persatuan Pondok-Pondok Kelantan bertarikh 5 Mei 2012. Malik, Malik bin Anas r.a. (1985). Al-Muwatta’. Tahqiq: Muhammad Fu’ad cAbd al-Baqi. Bayrut: Ihya’ Dar al-Turath al-cArabiyy. Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi, (2011). Takhrij Hadith Nash’atuh wa Manhajiyyatuh, Malaysia: Dar al-Shakir. Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi, (2011). cUlum al-Hadith Asiluha wa Macasiruha, Malaysia: Dar al-Shakir. Muslim, al-Hafiz Abu al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj al-Qushayri al-Naisaburi. (2006). Sahih Muslim. Riyadh: Dar Tayyibah li al-Nashr wa al-Tawzic. al-Nasa’i, Abu cAbd al-Rahman Ahmad bin Shucayb al-Nasa’i. (2001). al-Sunan al-Kubra. (Edisi pertama). Bayrut : Dar al-Risalah. al-Tirmidhi, Muhammad Bin cIsa Bin Saurah. (1996). al-Jamic al-Kabir. (Edisi pertama). Bayrut: Dar al-Gharb al-Islami. Al-Quran al-Karim. Syed Abdul Majid Ghouri. (2012). Kamus Istilah Hadis. (Edisi pertama). Malaysia: Darul Syakir. Zayn al-cAbidin bin Muhammad al-Fatani. (t.th.) Kashf al-Ghaybiyyah. Thailand: Matbacah bin Halabi-Fatani.
489