Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Judul eBook Adab dan Ibadah pada 1 Syawal Penyusun Muhammad Hosnee bin Zainal Abidin al-Azhari Design Muhammad Hosnee bin Zainal Abidin al-Azhari HAKCIPTA TERPELIHARA ©2016 Muhammad Hosnee Ramadhan 1437H / Jun 2016 Tidak dibenarkan dicetak mana-mana bahagian artikel atau isi kandungan eBook ini dalam apa jua bentuk dan cara sekali pun, sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada penerbit mahupun penulis. Anda dibenarkan menyimpan eBook ini di dalam computer atau gadjet anda. Anda dibenarkan membuat satu cetakan hardcopy daripada eBook ini untuk kegunaan peribadi anda. EBOOK ini UNTUK SEBARAN PERCUMA DAN SEBARANG JUAL BELI ATASNYA ADALAH TIDAK SAH. Diterbitkan oleh Dunia Luas Enterprise Usahasama PERTUBUHAN WACANA DAN DAKWAH ISLAM MALAYSIA (WAHDAH)
~2~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
KANDUNGAN MUKADDIMAH ................................................................... 5 ADAB DAN IBADAH DI MALAM 1 SYAWAL .......................... 7 Perasaan di malam 1 Syawal ............................................... 8 Menghidupkan sepanjang malam dengan ibadah .............. 9 Solat Fardhu Isyak dan Fardhu Subuh berjemaah .. 10 BerTakbir ................................................................ 11 ADAB DAN IBADAH SIANG 1 SYAWAL ............................... 12 Mandi sunat ...................................................................... 13 Memakai baju baru dan Berwangi-wangian ..................... 14 Menjamah sedikit makanan sebelum keluar bersolat ...... 15 Hikmah perbuatan makan terlebih dahulu sebelum keluar solat ................................................................... 16 Hikmah digalakkan makan tamar di pagi hari raya tersebut ........................................................................ 16 Keluar awal ke masjid ....................................................... 18 Memperbanyakkan takbir di sehingga Imam bangun untuk solat .................................................................................. 18 Keluar menuju tempat solat dengan berjalan kaki ........... 19 Menuju ke masjid mengikut jalan lain, dan pulang dari masjid mengikut jalan lain ................................................ 20 Bermuka Manis dan Mengucapkan tahniah sesama saudara muslim ................................................................. 23 Bersolat sunat Hari Raya ................................................... 24 Hukum solat Sunat Hari Raya ................................. 24 Waktu dilaksanakannya.......................................... 24 Melewatkan solat Sunat Hari Raya Aidilfitri ........... 24 Solat Sunat Hari Raya dilaksanakan di ruang yang besar ............................................................................. 24
~3~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Solat Sunat Hari Raya tidak ada Azan mahupun Iqamah .......................................................................... 26 Surah yang dibaca ketika menunaikan Solat Sunat Hari Raya ....................................................................... 28 Solat dahulu, Khutbah kemudian ........................... 29 Seluruh lapisan masyarakat keluar untuk mendengar khutbah ............................................................................. 31 Perempuan juga digalakkan hadir ke tempat Solat 31 Perempuan haid berada di luar masjid .................. 32 Doa di hari Raya ................................................................ 33 BEBERAPA PERBAHASAN SEKITAR 1 SYAWAL (SITUASI DI TANAH AIR KITA) .............................................................. 38 Saling bersalaman dan bermaafan serta Ziarah menziarahi sesama saudara dan jiran ................................................. 39 Menziarahi Kubur pada pagi 1 Syawal .............................. 41 Perempuan menziarahi tanah perkuburan ............ 42 Menjirus air di kubur .............................................. 42 Menabur bunga di atas kubur ................................ 43 Memberi duit raya kepada anak kecil ............................... 44 Rujukan ............................................................................ 45 Latar belakang Penyusun .................................................. 47 DARIPADA MEJA PENULIS ................................................. 49
~4~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
MUKADDIMAH
, ! "# $% " &$ " '( )*+, ); /( Alhamdulilah, segala puji bagi Allah SWT yang telah memberi segala nikmat buat hambaNya dan kemudian mengekal nikmat-nikmat tersebut walaupun hamba itu lalai dan leka di hadapanNya. Al-faqir sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mengilhamkan penulisan eBook ini dan memberi izin serta bantuan kekuatan kepada al-faqir untuk menyiapkannya. eBook ini sebagaimana tajuknya, memfokuskan adab dan ibadah pada 1 Syawal. Sesuai buat umat yang ingin belajar cara menghidupkan 1 Syawal mengikut panduan ulama. Al-faqir memang menyusunnya dengan tujuan untuk ia dijadikan rujukan dan buku “manual” kecil buat masyarakat Islam di Negara ini. Ia terbahagi kepada 3 bahagian besar : Adab dan Ibadah di malam 1 Syawal, Adab dan ibadah di siang 1 Syawal, dan Beberapa Perbahasan sekitar 1 Syawal (situasi di tanah air kita). ~5~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Semoga eBook ini memberi manfaat buat para pembacanya dan juga moga ia terhitung sebagai amalan kebaikan buat al-faqir dan keluarga di hari hisab kelak. Aminn
al-Faqir ila Rabbihi al-Jalil Muhammad Hosnee bin Zainal Abidin al-Azhari Sg Ramal Dalam, Kajang Ramadhan 1437H / Jun 2016 A’malahullahu bi Lutfihi al-Khafiy
~6~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
ADAB DAN IBADAH
MALAM 1 SYAWAL
~7~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
ADAB DAN IBADAH DI MALAM 1 SYAWAL Perasaan di malam 1 Syawal Para ulama mengatakan, ketika masuk malam 1 Syawal, umat Islam mesti berasa sedih dengan perginya Ramadhan. Kerana tidak tahu apakah ada peluang dan kesempatan untuk bertemu dengannya pada tahun hadapan. Dan mesti juga ada perasaan gembira dan perbanyakan kesyukuran kerana berjaya menunaikan ibadah yang diperintahkan oleh Allah SWT. Juga berharap semoga Allah mengampunkan segala dosa dan kesalahan yang lalu serta menerima ibadah-ibadah ketaatan yang diusahakan sepanjang Ramadhan.
~8~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Menghidupkan sepanjang malam dengan ibadah Imam an-Nawawi menyebutkan di dalam kitab al-Azkar :
45 67 2 81 9# 0+12 )3( ?:; / <=> Maksudnya : Ketahuilah, bahawasanya sangat dituntut menghidupkan malam 2 hari raya dengan berzikir kepada Allah SWT, bersolat, dan lain-lain ibadah ketaatan. Imam an-Nawawi meriwayatkan dua hadith berkaitan perkara ini iaitu :
$B :$C $2 )*% @2 A 81 ( / Maksudnya : Barangsiapa menghidupkan dua malam hari raya, tidak akan mati hatinya di hari sekian banyak hati-hati dimatikan.
$B :$C )*% @2 A *1D 2 81 % / Maksudnya : Barangsiapa mendirikan 2 malam hari raya kerana Allah dalam keadaan penuh muhasabah (terhadap dirinya), tidak akan mati hatinya ketika sekian banyak hatihati dimatikan.1 1
Imam Nawawi menyebutkan : Ini riwayat daripada asy-Syafie dan Ibn Majah. Hadith ini dhoif. Kami riwayatkan daripada Abu Umamah secara marfu’ dan mauquf. Kedua-dua hadith ini dhoif tetapi oleh kerana keduanya tergolong dalam hadith fadhoil, diberi kelonggaran untuk ia diriwayatkan sebagaimana yang kami ceritakan di awak kitab ini (al-Azkar)
~9~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Ulama ada berbeza pendapat tentang “kadar” menghidupkan malam hari raya. Pendapat yang Azhar (yang diberatkan), mesti dihidupkan dikebanyakan malam tersebut. Namun pendapat lain mengatakan memadai walau kadar sebentar sahaja. Solat Fardhu Isyak dan Fardhu Subuh berjemaah Memadai untuk termasuk dalam golongan yang menghidupkan malam 1 Syawal dengan bersolat Isyak secara berjemaah dan bersolat subuh secara berjemaah. Di dalam kitab Ghayatul Muna disebutkan satu riwayat daripada Baginda SAW :
$B :$C $2 )*% ( 81 ( / Maksudnya : Barangsiapa yang menghidupkan 2 malam hari raya, maka Allah SWT akan menghidupkan hatinya di hari sekian banyaknya hati-hati dimatikan. Maksud hati yang mati adalah hati yang sibuk dengan dunia dan terfitnah dengannya. Maksud hati yang hidup adalah hati yang tidak disibukkan dengan dunia.2
2
Ghayatul Muna Syarh Safinatun Naja.
~ 10 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
BerTakbir Di antara cara menghidupkan malam adalah dengan memperbanyakkan takbir. Lafaz takbir yang diajarkan seperti berikut
,HE 6F (E I "K J# )E E J# "E ,HE G6F (E I ,HE G6F (E ,HE G6F (E ? I +E GF J E HE 6F (E I
JMG6E J E "E ,L ,J (E E L O G
J N +* , = G I +E GF E =L J*6E HE 6F (E I E I E L E I E I JSOE PE J 6E $F E E 2 ,N I "K J# )E E J# R )I E E J J QF G/I PI 2K J# "K J# I *I 3E "E E
E VE YE E PI X E WI VK E (E E ,PE *F E U E E "K J# )E E J# "E E E 3E E ,PE F E TE E ,E ,P ?HE 6F (E I E "K J# )E E J# "E ,P E E E VE F EZF
Disunatkan setelah itu untuk berselawat ke atas Nabi SAW dengan lafaz berikut :
E E E ,K +E G/I 3E J R E )J J- E E E ,K +E G/I 3E J R E E E \R ,E K [ I J J J +, J ] ^ E (E E E E ,K +E G/I 3E R E J 3 E (E E E E ,K +E G/I 3E R E E (E J 5E R ,E DI 3E J `J 2_I E E ,+G/ 3E J ?=L GJM6E LG R E KR E K E I R E F E E K
~ 11 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
ADAB DAN IBADAH
SIANG 1 SYAWAL
~ 12 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
ADAB DAN IBADAH SIANG 1 SYAWAL
Mandi sunat Di dalam kitab Ghayatul Muna Syarah Safinatun Naja : Disunatkan mandi sunat sama ada bagi mereka yang ingin keluar menuju tempat solat atau mereka yang tidak ingin keluar. Kerana hari Raya adalah hari bercantik-cantik dan berhias. Disebutkan di dalamnya juga : Waktu terbaik untuk mandi sunat hari Raya adalah selepas fajar. Dan tidak disunatkan lagi setelah tenggelam matahari 1 Syawal. Di dalam kitab at-Taqrirat as-Sadidah menyebutkan : Boleh mula mandi sunat, bermula di pertengahan malam 1 syawal. Syeikhna Mahmud Saied Mamduh, muhaddith Qaherah menyebutkan : Disunatkan mandi sunat kerana ingin keluar ke tempat orang Islam berkumpul. Supaya bau badan kita tidak menyakiti orang lain. Syeikhna Musnid Syarqi Asia Muhammad Husni GInting alLangkati al-Azhari menyebutkan : Mandi sunat itu atas dua tujuan. Pertama, kerana menuju tempat berkumpul umat Islam. Kedua, kerana kemuliaan hari tersebut. Di dalam kitab Marhaban Ya Ramadhan disebutkan: Disunatkan juga mandi hari Raya bagi perempuan yang masih dalam keadaan haid dan nifas. ~ 13 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Memakai baju baru dan Berwangi-wangian Di dalam kitab Ghayatul Muna ada disebutkan : Disunatkan bercantik-cantik bagi semua umat Islam. Sama ada yang berada di rumah, atau yang keluar bersolat. Sama ada yang dewasa mahupun yang kecil. Sebaik-baik pakaian yang bagus dipakai adalah pakaian yang berwarna putih. Jika ada yang lebih cantik daripada putih tadi, maka yang lebih cantik itu lebih bagus dipakai. Disebutkan juga : Disunatkan bagi golongan lelaki untuk memakai minyak wangi yang terbaik di sisi mereka. Pada hari Raya, dizahirkan kecantikan dan perhiasan dengan niat menzahirkan nikmat kurniaan Allah SWT. Syeikhna Muhammad Husni Ginting al-Azhari hafizahullah menyebutkan : Disunatkan pada hari Raya untuk memakai pakaian baru. Jika tidak ada pakaian baru, memadai memakai pakaian yang paling cantik yang ada di sisi kita.
~ 14 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Menjamah sedikit makanan sebelum keluar untuk bersolat Daripada Anas bin Malik RA :
a1 ;b $2 c2 " )- ) , &$ N6 3
:C \6d2
Maksudnya : Adalah keadaan Rasulullah SAW tidak keluar pada hari Raya Aidil Fitri sehinggalah Baginda SAW memakan terlebih dahulu beberapa biji tamar. Ditambah dalam riwayat Marja’ bin Raja’, telah meriwayatkan kepadaku oleh Ubaidillah, bahawa Anas menyampaikan kepadaku, tentang Nabi SAW :
5 [6d2 Maksudnya : Nabi SAW memakannya (tamar-tamar) itu dalam kiraan ganjil. Al-Hakim meriwayatkan melalui U’tbah bin Hamid dengan lafaznya :
\%( ( * ( f ( gg ,:C \6d2 a1 ;S $2 ^h / 5 M6( ( i_ / Maksudnya : Rasulullah SAW tidak keluar pada hari Raya Aidil Fitri sehinggalah Baginda SAW makan terlebih dahulu 3
Riwayat al-Bukhari
~ 15 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
beberapa biji kurma dalam kiraan tiga atau lima atau tujuh atau lebih sedikit daripada itu, atau lebih banyak daripada itu secara ganjil. Daripada at-Tabrani dan ad-Daruqutni meriwayatkan hadith Ibn Abbas RAhuma dengan kata beliau :
jk ;2 `% ^l a1 ;b $2 ^l " N( `X / ?^l N( \*% Maksudnya : Daripada perbuatan sunnah – tidak keluar di hari Raya Aidil Fitri sehinggalah terlebih dahulu mengeluarkan sedekah dan memakan sesuatu sebelum keluar. Hikmah perbuatan makan terlebih dahulu sebelum keluar solat Berkata al-Mahlab : Daripada hikmah makan sebelum solat tersebut – untuk mengelakkan adanya sangkaan sebahagian orang tentang meneruskan puasa sehingga menunaikan solat sunat. 4 Hikmah digalakkan makan tamar di pagi hari raya tersebut
4
Al-Mawahib al-Laduniyyah
~ 16 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Imam al-Qastalani menyebutkan : Kerana pada tamar itu rasa manis yang mampu beri kekuatan kepada pandangan mata yang telah dilemahkan oleh puasa. Dan rasa manis itu merupakan simbolik kepada iman. Rasa manis itu juga mampu melembutkan hati. Ini sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Abi Syaibah daripada Muawiyyah bin Qurrah dan Ibn Sirin dan selain mereka berdua.
~ 17 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Keluar awal ke masjid Disebutkan di dalam kitab Ghayatul Muna : Sunat hadir awal ke tempat solat setelah solat subuh. Kecuali Imam. Tujuannya untuk mengambil tempat dalam sof. Adapun Imam hadir ketika waktu menunaikan solat.
Memperbanyakkan takbir di sehingga Imam bangun untuk solat Imam an-Nawawi menyebutkan dalam kitab al-Azkar: disunatkan memperbanyakkan takbir bermula daripada tenggelam matahari 30 Ramadhan sehingga Imam bangun bertakbiratul ihram untuk menunaikan solat hari raya (1 syawal). Dilaungkan takbir ketika manusia berkumpul, sama ada dalam keadaan berjalan, duduk, berbaring. Sama di rumah, di jalan atau di masjid.
~ 18 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Keluar menuju tempat solat dengan berjalan kaki Imam asy-Syafie menyebutkan di dalam kitab al-Umm :
)- ) , &$ 06 / : &% mYV Xc o% ]XW " p Maksudnya : Telah sampai kepada kami riwayat daripada azZuhri dengan kata beliau : “Tidak pernah sekalipun Nabi SAW menaiki tunggangan pada hari Raya dan juga ketika mengiringi jenazah.” Daripada at-Tirmizi beliau meriwayatkan daripada Ali :
k/ 4# ^l N( `X / Maksudnya : Daripada perbuatan sunnah – untuk keluar menuju tempat solat Sunat Hari Raya dalam keadaan berjalan kaki. Daripada Ibn menyebutkan :
Majah,
daripada
Saad
al-Qurtzi
k/ 4# ^l N6 )- ) , )3( Maksudnya : Bahawasanya Nabi SAW pernah keluar menuju tempat solat Hari Raya dalam keadaan berjalan kaki. Imam al-Qastalani menyebutkan : Sanad bagi ketigatiga riwayat ini doif. ~ 19 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Menuju ke masjid mengikut jalan lain, dan pulang dari masjid mengikut jalan lain Daripada Abu Hurairah RA, beliau mengatakan :
p $2 ^h _# )- ) , &$ N6 5
?P=> p qW r2s
Maksudnya : Adalah keadaan Rasulullah SAW jika keluar untuk menunaikan solat Sunat Hari Raya, akan keluar mengikut satu jalan dan ketika pulang akan melalui jalan yang lain. Al-Hafiz Ibn Hajr mengatakan: Aku telah mengumpulkan lebih daripada 20 pendapat tentang perbuatan Nabi SAW dalam hadith ini dan aku simpulkan seperti demikian. Di antara sebab Nabi SAW melakukan yang demikian kerana : Agar dua jalan itu menjadi saksi di hari akhirat. Penghuni yang tinggal di dua jalan ini terdiri daripada jin dan manusia yang berbeza Untuk menjelaskan bahawa kelebihan bagi melalui apaapa jalan menuju ke tempat solat itu sama sahaja ganjarannya. Untuk bertabarruk 5
Riwayat at-Tirmizi
~ 20 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Agar dicium bau wangian Rasulullah SAW di jalan-jalan tersebut Untuk menzahirkan Syiar Islam pada kedua-duanya. Untuk menzahirkan Zikrullah Untuk membuatkan orang munafiq dan yahudi berasa cemburu Untuk menggembirakan penduduk di negeri tersebut dengan Baginda melalui kedua-dua jalan tersebut. Dengan itu mereka dapat bertabarruk dengan kesan Nabi SAW. Dengan melakukan demikian, ramai orang dapat mengambil manfaat dengan berjumpa Nabi lalu bertanya, meminta fatwa, mengikuti perbuatan Nabi dan memohon agar diselesaikan masalah mereka. Nabi SAW dapat memberi salam kepada penghuni dua jalan ini Nabi SAW ingin menziarahi keluarga dan sahabatnya yang berada di jalan-jalan ini daripada kalangan mereka yang hidup dan telah meninggal dunia Nabi SAW ingin sebarkan rahmat. Nabi SAW ingin kehadiran Baginda SAW di jalan-jalan tersebut dapat menimbulkan kemaafan dan keredhaan dalam hati penghuninya.
~ 21 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Nabi SAW ingin mengurangkan kesibukan jalan yang dilalui sebelumnya (pendapat ini ditarjih oleh Syeikh Abu Hamid) Nabi SAW mengikuti jalan jauh ketika menuju ke tempat solat dengan tujuan memperbanyakkan langkah untuk memperbanyakkan ganjaran. Dan ketika pulang, Nabi SAW melalui jalan pintas dengan tujuan segera sampai ke rumah. (pendapat ini dipilih oleh Imam ar-Rafie) Para malaikat yang berada di jalan pergi dan jalan pulang itu daripada kumpulan yang berbeza, Nabi SAW ingin bertemu dengan dua kumpulan tersebut.
~ 22 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Bermuka Manis dan Mengucapkan tahniah sesama saudara muslim Dalam kitab at-Taqrirat as-Sadidah ada menyebutkan : Disunatkan untuk saling mengucapkan tahniah dengan kehadiran Hari Raya. Bermula ucapan tersebut apabila tenggelamnya matahari sepenuhnya di sebelah malam (selepas isyak) Di dalam kitab Marhaban Ya Ramadhan pula menyebutkan : Disunatkan untuk mengucapkan tahinat sambil berjabat tangan jika satu jantina. Antara lafaznya adalah :
E 2VJ uJ bE GF E E 2J uJ E F E /J
Maksudnya : Semoga Allah menemukakan kita dengan Aidil Fitri seterusnya dan menjadikan kita daripada golongan yang berjaya. Pada yang mendengar ucapan ini, maka dianjurkan untuk membalasnya dengan lafaz :
=x QE J 1I 3F (E E x E \w 6I v )J JME /EZJ I 6I E F (E v F OI FX/J E KX/J I \E *K BE 5E
Maksudnya : Semoga Allah SWT menerima kita / Semoga Allah SWT menghidupkanmu pada hari raya seterusnya / Semoga setiap tahun kamu dalam keadaan baik.
~ 23 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Bersolat sunat Hari Raya Hukum solat Sunat Hari Raya Hukumnya Sunat. Bahkan disebutkan di dalam kitab atTaqrirat as-Sadidah ini adalah sebaik-baik solat sunat (nawafil). Disunatkan melakukannya secara berjemaah. dibolehkan juga untuk solat bersendirian.
Namun
Waktu dilaksanakannya Waktunya bermula terbit matahari sehingga gelincir matahari pada hari 1 Syawal. Melewatkan solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Disebutkan di dalam kitab at-Taqrirat as-Sadidah: Dilewatkan solat sunat Aidil Fitri sehingga naik matahari dalam kadar 2 lembing. Tujuannya, memperluaskan waktu untuk mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat dilaksanakan. Solat Sunat Hari Raya dilaksanakan di ruang yang besar Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abi Saeid al-Khudri RA : ~ 24 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
4# a+yZ ;b $2 ^l )- ) , 8*X N6 6
Maksudnya : Adalah Nabi SAW keluar pada hari Raya Aidil Fitri dan Adha, menuju ke tempat solat (untuk menunaikan solat sunat hari Raya). Dalam kitab al-Mawahib al-Laduniyyah disebutkan : Hadith ini menjadi dalil atas SUNAT hukumnya keluar ke tempat solat untuk menunaikan solat sunat Hari Raya. Sebaik-baik tempat solat adalah Masjid. Berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW dalam melaksanakannya. Bahkan tidak ternafi kelebihan masjid yang banyak. Bagi Ashab Syafieyyah, ada dua pendapat berkaitan tempat solat hari Raya. Pendapat pertama : Daripada hadith ini, Sahra’ (padang pasir)7 lebih baik. Pendapat kedua : Dan ini yang lebih Asoh ({,Z) di sisi kebanyakan mereka, Masjid yang lebih utama kecuali jika masjid tersebut kecil dan sempit untuk menampung kehadiran jemaah. Hujah mereka, Hadith di atas menceritakan Nabi keluar menuju tempat solat yang lain daripada masjid Nabi
6 7
Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim Padang luas boleh dimaksudkan dalam kategori ini.
~ 25 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
kerana keadaan masjid itu sempit. Jika masjid itu besar, nescaya solat di situ lebih baik. Ibn al-Qayyim menceritakan : Ketika zaman Nabi SAW, solat sunat hari Raya ditunaikan di dalam masjid pada sekali peristiwa sahaja. Iaitu ketika hujan turun pada hari tersebut. Lalu Rasulullah SAW menunaikan solat sunat Hari Raya di dalam masjid bersama para sahabat. Solat Sunat Hari Raya tidak ada Azan mahupun Iqamah Daripada Jabir bin Samurah, beliau meriwayatkan :
/ => 2 )- ) , &$ q/ @, 8
`/%# " N_( =c 5/ "
Maksudnya : Aku telah solat bersama Rasulullah SAW menunaikan solat Sunat Hari Raya (AidilFitri dan AidilAdha) bukanlah sekali dua tanpa (disertai) dengan azan dan iqamah. Dan daripada Ibn Abbas RAhuma meriwayatkan :
" N_( , )- ) , &$ N( 9
8 9
?`/%#
Riwayat Muslim, Abi Daud dan at-Tirmizi. Riwayat Abu Daud.
~ 26 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Maksudnya : Bahawasanya Rasulullah SAW menunaikan Solat Sunat Hari Raya tanpa didahului azan mahupun iqamah. Cara Mengerjakan Solat Sunat Hari Raya10 Solat sunat Hari Raya AidilFitri tidak jauh beza dengan solat sunat Qabliyyah Subuh 2 Rakaat. Cuma ada sedikit penambahan. Kaedah yang sempurnanya seperti berikut : Niat di dalam hati :
J 1E E 6F E J ;F bJ F J F E `E GKXI !R ,E (I 4E E 5E Maksudnya : Sahaja aku solat sunat aidil fitri (hari raya aidilfitri) dua rakaat kerana Allah Taala. Dalam rakaat yang pertama : Memulakan dengan takbiratul ihram Kemudian membaca doa iftitah Seterusnya Bertakbir sebanyak 7 kali. Setiap kali selesai takbir, disunatkan membaca al-Baqiyatus Solihat :
H6( "# )# " N+*
10
Bab ini merujuk kepada kitab Marhaban Ya Ramadhan
~ 27 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Dan mengangkat tangan pada setiap kali bertakbir. Dan memperkuatkan suara setiap kali melafazkan lafaz takbir. Seterusnya membaca taa’awwuz ( _$() Membaca surat al-Fatihah. Dan surah lain. Meneruskan rukun solat yang lain. Dalam rakaat kedua : Bertakbir sebanyak 5 kali. Sebagai yang dilakukan dalam rakaat pertama. Seterusnya membaca surah al-Fatihah dan surah lain. Meneruskan rukun solat yang lain. Sehingga selesai. Surah yang dibaca ketika menunaikan Solat Sunat Hari Raya Daripada Abi Waqid al-Laithi beliau meriwayatkan :
;b a+yZ p (B2 )- ) , &$ N6 11
B r3 ` @ % ~ N-B T ~ G
Maksudnya : Adalah keadaan Rasulullah SAW ketika menunaikan Solat Sunat Aidil Fitri dan Adha, Nabi SAW akan
11
Riwayat Muslim, Malik, Abu Daud dan at-Tirmizi.
~ 28 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
membaca di dalamnya dengan Surah N-B T ~ dan surah B r3 ` @ % ~. Dan daripada Nu’man bin Basyir beliau berkata :
G ` p 2 p (B2 )- ) , 8*X N6 12
? `kc
2 5( \Y ~ Z i {* ~
Maksudnya : Adalah keadaan Nabi SAW menunaikan solat Sunat Hari Raya dan juga Solat Jumaat dengan membaca surah Z i {* ~ dan `kc
2 5( \Y ~. Solat dahulu, Khutbah kemudian Daripada Ibn Umar RAhuma :
N$2 O $ ( )- ) , &$ N6 13
?`*; \*% 2
Maksudnya : Adalah keadaan Rasulullah SAW, Abu Bakr, dan Umar, mereka bersolat hari Raya terlebih dahulu sebelum bangun berkhutbah.
12 13
Riwayat Muslim, Malik, Abu Daud, at-Tirmizi dan an-Nasaie Riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasaie
~ 29 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Daripada Jabir, beliau meriwayatkan :
\*% (*S ,;b $2 ^h )- ) , )3( ?`*; Maksudnya : Bahawasanya Rasulullah SAW keluar pada hari Raya Aidil Fitri, kemudian memulakan dengan solat sunat terlebih dahulu sebelum bangun berkhutbah.
~ 30 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Seluruh lapisan masyarakat keluar untuk mendengar khutbah
Perempuan juga digalakkan hadir ke tempat Solat Disunatkan seluruh lapisan masyarakat keluar untuk mendengarkan khutbah hari Raya. Di dalam kitab al-Mawahib al-Laduniyyah menyebutkan : Nabi SAW menyuruh anak-anak dara, para isteri, termasuk mereka yang ketika itu dalam keadaan didatangi haid untuk sama-sama keluar menuju ke tempat didirikan solat Hari Raya. Adapun golongan perempuan yang didatangi haid, mereka diasingkan daripada tempat solat itu. Daripada kalangan perempuan itu, ada yang berkata kepada Rasulullah SAW : Wahai Rasulullah, ada di kalangan kami yang tidak mempunyai jilbab (pakaian meliputi seluruh tubuh). Maka jawab Baginda SAW : Pinjamlah daripada kalangan saudaramu yang mempunyai jilbab lebih. 14 Daripada riwayat di atas, tidaklah bermaksud wajib ke atas mereka untuk sama-sama menunaikan solat, cumanya digalakkan mereka sama-sama hadir. Tujuannya untuk menzahirkan Syiar Islam dengan ramai-ramai berkumpul
14
Riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi.
~ 31 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
bersama. Dengan yang demikian, keberkatan yang ada ketika itu meliputi seluruh yang hadir. Perempuan yang disuruh keluar tersebut adalah daripada kalangan perempuan yang mempunyai pakaian yang meliputi tubuh mereka. Jika mereka tidak memiliki pakaian tersebut, maka mereka tidak digalakkan untuk keluar berkumpul. Perempuan haid berada di luar masjid Disebutkan dalam kitab Taqrirat as-Sadidah: Kalau didirikan solat sunat di Masjid, maka perempuan haid yang hadir ketika itu untuk mendengar khutbah, hendaklah berdiri sekadar di pintu masjid sahaja dan tidak masuk ke dalam masjid.
~ 32 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Doa di hari Raya Doa ini disusun oleh al-Imam Ali Zainal Abidin bin Husin bin Ali bin Abi Tholib RA
I G*BF 2E F /E 2E E * I *E J F )I G )I I *E BF 5E "E F /E \GE I E F 2E "E F /E I E F 2E /E 2E
J E J# `J W+GF \E Y(E BJ 1E +EG2 "E / 2 * E J*F E E 0 G QI G 2 " / 2 * ) F I F I R F E EE E E F E EE I
J E E J E (E R E F /E 2E E * )J E E `J K ) * G 2 " / 2 * ) K \Y E +R J G K IEF E E EE I J , 8J*1E G2 /E 2E E * )I E \I E F 2I /E =E J 2E I GOI F 2E E * )J J 2 / = c I +1 E I E E E F E
J J E GJ mF ]J E IG2E * \ J J BE F E E I OI 2E 2E E 3E E 4E J# $3I F 2E /E 2E E * \ * `E E F RX I GGRGGcE 2I "E F /E 2E E * )I FXE E GEG F (E F /E )J J bF 3E 4E J# $I F 2E F /E
J *2 "E * [E GE J FX2I a1K E `E EXE +E G I J MF 2I F /E 2E E * `J E BF GRGXJ I EI E * [E GE GbR GE G2I a1K E `J GGjE GRG E E 1E 2E E K J E ]I
J W+GF J iE /J 6E E / N J SE U3F J bE J :F E 1E /F E : I F E & / @ E E I E E E E E
J13E J $I N J *GE ;E F `I GJ (E E $ J W E E E E ,: i @ Q b 5 * : E I bE F R F I I E E F I K E
~ 33 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
x E \R 6I T$ E SE I E G/F EZ &I E E GF E * & E SE E F EZF $w I I F iE E SE \R 6I T$ x J E \w 6I E * = cJ ,E E E FXJ \ J FXWE pJ 2 x J WE \w 6I * &x E WE iE JS EE 0
J hE * E =J >E E E N JS$F hE * =BJ E yI R E 1E I GF E iE E "K J# N$ I E E E E E
E I J G1E GFXI G E E WF (E E * iE J "K J# N$ E w J I GF J /E "K J# N$ E yE E * * iE E SE qE E 1E 3F J EG*/ E $W * J J $1I bF / iE J iI 1I GGGgE >E J#E * * > E J uJ E K I I I E K E I E
J G2 "E * JMGGcJ 1E GF /J ` GGG*G2J %E E I /J F iX E /J 0 "E E * N$ Q E I E E F I E J BF JXJ aBE 2 "E * N$ J ;E E /J dE 2 F E E iE 1G y 1 G i u E I E E F I E E RE I
E E E F E GJ $ * E I bJ cF 1E I GF J E F /I iE I F J E * I /E iE %I ]F J * N
J J F iE 5I E E * E I iE IGG1KXI E * E jJ GGJ I GF 4E J# N E 3E F E G E J JF * J $WI w J E iE 5I GEG3(E [I G5F K >I F BE E a1K E E 21E F I GF E E 9I BE F
4E J# $jI GbJ E GJ F [J GJ @E F GKG3dE 5E EG3K J#E * J VI GwX J E iE I [/ E J# F YI K ,E E * iE OJ F /I J E E J `L BE Jg F [I G1E F [/ E (E E * E J /F (E
~ 34 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
J E 6 SE J (E F /J NE E 6 F /E E * E J )I E @E F 1E hE J E E \Y F E K \J YF (E F / NE J J BE E I uJ ,E F [I w 6I * [G `E u-J F YI $ E E )I 1E F 7E hE E K I /I (I E iE FOI 4E J# N
J J sI E E F [G J (E 4E J# J J5K /I &$ J 2E AE * E / J F E F E F 2E F AE E iE 3I ;E F I [G F
J J / @ J gE iE 3I ;E I E * I E I F [J 1E W E 5I "E ` E u%E iE 1I K I * iE 3I Y E EI
J QG J uJ I VI 2E "E E F `I G*E QG E F E * iFE XE {EE XWE G `I GE _ E SE * & E I K \I 2F $
J aBE kF EZF 9BE J hE GJ F J G E K E ME 6F (E /E * iE J * iF X / EK > E E F E E I
)I G1E 2E >E E E (E /E E * iE J BE J pJ PI E w E 5E &E $s E (E /E E * iE J 7E E pJ )I SE U w E 5E
L E ^J E QF E GF `J E $[I I F /J )I ;E EXG%F (E /E E * ^J E bE F E /J "E iE uJ E %E F /J "
J J I G5E * )J E E I +J G5E "E iE J OF I /J SL 3 E J#E * )S ]$ I
J J $F J @E /K BE 5E F %E * 7E F EZF @ E E F (E E * E E +I G :E F Y E E F BE SE E E E F
J J @E bF ;K E 5E E J F @E F sE (E E * &E ME /EZF @E F J * 0 > p * &E [E /F K E E E J G;J 1E / @3 9 !J /E @3 E (E E @E GF KG3dE 5E E * `J E W E E I F q F I E (E E :E F hK (E E
"E E * LXYF E iE I [E /F J# "E E * VL F E iE 5I GEG3(E F OI 5E F AE * J E E *E I GF J ~ 35 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
E OI G1E J \F E , L E E /I E I E J13F "E E , `L E bF >E iE 6I E /F J# * E E GFG (E iE 1I K I N$
E (E iE 3I E F J#E * \E E 6F (E iE /I E 6E E * K GEG5(E iE 1I E F J3E
J 6 $Y ,&F VE 5E AE NE J_E \Iw 6 E E 1I K I * &I VE 5E "E E uE E NF (E F /J \w WE (E iG 6 i IE E F E
J qSE (E E I EG/ * [R OI J E iE 1I E F J3E ,)J [FJ XOI I K +G 5 N ( / I ,$ I E F I F F E E E 5I
J GME 6F (E J J J E E
E E E OI F 5E NF (E F /J I GME 6F (E iE 3I # * Y ¡ d + G 5 N ( / I E E E E F I
J + J G5E E :$ J R %E (E J F 8GJX[E [K SE E * E J I E /F E E I O ¢ U % % * ) I F E w E K
J J G5E E J I +I GJ I E %F EZF m E I 8[J GE J# 2E – `L *E >F E "E $ % * E E E E F F
J SE $J F J iE /£I (E _E 3E (E [SE * VL E \F – E E I E J E SE i d ( * E E F E R E I F E w
* J J- +IG/ E E \R SE "E E * 8uJ E I 0 ) F J 1E E * m E $E F 3E qF E E E K E E F
J1G*GQE J 8/$ J 2 J1QEF G5 J E * 8GJ1E dE F /E pJ R 8E X [G * E G 5 " * 8G F E F E E F E F K J XJ /J FJ 6(E E E E J#E pJ UF EGJ rx uJ yE =I >E iE 3K J# * 8J*E BE X/I i X / F F F E E E I
~ 36 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
J E "E E * 2 "E E * 2 J %E 9x ¤ EF \IR 6 E E @E 3F (E E * &I dE F 5I KGE Vx W I J 5I E E * J GJ E F !R J E F J J "K J# E $K %I "E E &$
~ 37 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
BEBERAPA PERBAHASAN
SEKITAR 1 SYAWAL
~ 38 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
BEBERAPA PERBAHASAN SEKITAR 1 SYAWAL (SITUASI DI TANAH AIR KITA)
Saling bersalaman dan bermaafan serta Ziarah menziarahi sesama saudara dan jiran Sebagaimana yang dibahaskan dalam bab “Menuju ke masjid mengikut jalan lain, dan pulang dari masjid mengikut jalan lain” sebelum ini, sudah terbukti bahawa amalan ziarah menziarahi, bersalaman sesama saudara dan saling mendoakan adalah daripada amalan yang Rasulullah SAW lakukan pada 1 Syawal. Namun begitu, perlulah kita mendalami tentang adab menziarahi saudara, dan adab bersalaman yang diajarkan oleh ulama agar perbuatan kita itu tidak bercanggah dengan syara’. Di antara adab bertamu yang disebutkan di dalam Kitab alAdab karangan Syeikhna Sayyid Muhammad Amin : Menutup aurat dengan sempurna ketika berziarah. Tidak mengungkap ucapan dan kata-kata yang buruk ketika berkata-kata. Tidak menjamu atau makan makanan yang haram Tidak bersentuhan dengan sengaja dengan ajnabi. Tuan rumah dan tetamu sama-sama bermanis muka.
~ 39 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Tuan rumah tidak bersangka buruk dengan kehadiran tetamu. Tetamu memberi salam terlebih dahulu sebelum masuk. Tetamu duduk di tempat yang disediakan tuan rumah dan tidak pergi ke bahagian rumah yang lain tanpa izin. Tetamu tidak memandang-mandang dan menjenguk bilik perempuan Tuan Rumah dan tidak juga melihatlihat ke arah tempat keluar makanan (dapur contohnya). Tetamu meminta izin ketika ingin pulang. Tetamu mendoakan tuan rumah.
~ 40 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Menziarahi Kubur pada pagi 1 Syawal Di dalam kitab Khilafiyyah : Persoalan dan Penjelasan karangan Guru kami, al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll membahaskan secara panjang lebar mengenai persoalan kubur. Antaranya adalah bab yang berkaitan dengan Menziarahi kubur pada bulan Ramadhan dan Hari Raya. Ustaz Muhadir menyebutkan : “Menziarahi kubur Muslimin itu dibolehkan pada bilabila masa kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian lalu beramal menghadapinya. Ziarah kubur pada bulan suci Ramadhan ataupun di hari Raya, tidak ada perintah dan tidak ada larangan tentangnya secara khusus. Oleh kerana tiada larangan, orang mengambil peluang untuk menziarahi kubur dan mengirim bacaan dan doa pada hari-hari yang penuh rahmat dan keampunan (harihari bulan Ramadhan) dan hari yang bahagia (Aidilfitri). Bagi sesiapa yang sudah kematian orang tua misalnya, akan berasa lebih tenteram jika terlebih dahulu mengunjungi kubur orang tuanya yang sudah meninggal dunia, menghadiakan pahala bacaan kepada mereka dan meminta maaf sebelum meminta maaf kepada orang lain.”
~ 41 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Perempuan menziarahi tanah perkuburan Di dalam kitab ini juga, Ustaz Muhadir menyebutkan: “Lelaki dan perempuan sunat untuk menziarahi kubur. Namun, perempuan yang cenderung melakukan perkaraperkara yang dilarang syarak – menangis menjerit-jerit, meraung sambil menampar pipi, berputus asa dan lain-lain – mereka ini dilarang untuk hadir ke kuburan. Jika mereka tidak melakukan sedemikian, maka dibolehkan untuk hadir.” 15 Menjirus air di kubur Di dalam kitab yang sama, Ustaz Muhadir menyebutkan: “Imam Syafie meriwayatkan daripada Ibrahim bin Muhammad daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahandanya bahawasanya Nabi SAW telah menyiram (air) di atas kubur anakanda Baginda SAW, Ibrahim dan melatakkan atasnya batu-batu kerikil. Ulama Syafi’iyyah mengatakan sunat amalan menjirus air mutlak ke kubur berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW ini.
15
Penjelasan lanjut boleh dibaca di dalam kitab Khilafiyyah, Persoalan dan Penjelasan terbitan Inteam Publishing, bab Perempuan menziarahi kubur, mukasurat 560.
~ 42 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Walau bagaimanapun, menjirus air dengan air mawar adalah makruh kerana dianggap sebagai satu pembaziran.”16 Menabur bunga di atas kubur Berkaitan perkara ini, Ustaz Muhadir menyebutkan di dalam kitab beliau tersebut : “Ia dibolehkan, malah selain bunga, pelepah atau rantingranting yang basah dan segar pun boleh digunakan. Ini kerana semua makhluk, termasuk haiwan dan tumbuhan bertasbih kepada Allah SWT. Dengan menaburkan bunga di atas kuburan, adalah diharapkan agar ia boleh memberi manfaat kepada mayat yang ada dalam kubur dengan berkat tasbih oleh bungabunga tersebut kepada Allah.17
16
Penjelasan lanjut boleh dibaca di dalam kitab Khilafiyyah, Persoalan dan Penjelasan terbitan Inteam Publishing, bab Perempuan menziarahi kubur, mukasurat 536 17 Penjelasan lanjut boleh dibaca di dalam kitab Khilafiyyah, Persoalan dan Penjelasan terbitan Inteam Publishing, bab Perempuan menziarahi kubur, mukasurat 534.
~ 43 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Memberi duit raya kepada anak kecil Di antara perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW pada hari 1 Syawal bahkan sepanjang Ramadhan adalah menggembirakan anak kecil terutamanya anak yatim. Ini kerana hari tersebut adalah hari kegembiraan buat semua. Termasuk daripada perbuatan yang menggembirakan mereka adalah dengan memberi hadiah pada hari tersebut. Di nusantara terkenal dengan amalan memberi “duit raya”. Namun, tidak menjadi kesalahan jika tidak memberi duit raya dan boleh juga menggantikannya dengan yang lain.
~ 44 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Rujukan Kitab al-Adab, Sayyid Muhammad Amin bin Idrus bin Abdullah bin Umar, bin Syeikh Abu Bakar bin Salim Ba’alawi al-Husanini, tahun 2015, terbitan Pustaka Syeikh Abu Bakar bin Salim, Jawa Timur Indonesia. Marhaban Ya Ramadhan, Sayyid Muhammad Amin bin Idrus bin Abdullah bin Umar, bin Syeikh Abu Bakar bin Salim Ba’alawi al-Husanini, tahun 2015, terbitan Pustaka Syeikh Abu Bakar bin Salim, Jawa Timur Indonesia. Al-Azkar, Imam an-Nawawi, tahun 2003, terbitan Dar alHadith, Kaherah, Mesir. Al-Azkar an-Nawawi, terjemahan Sayyid Ahmad Semait, tahun 1999, terbitan Pustaka Nasional, Singapura. Khilafiyyah : Persoalan dan Penjelasan, Muhadir bin Haji Joll, Tahun 2013, terbitan Inteam Publishing, Kuala Lumpur. At-Taqrirat as-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah, Hasan bin Ahmad bin Muhammad al-Kaf, Tahun 2003, terbitan Dar alMirath an-Nabawi, Riyadh dan Dar al-I’lm wa ad-Da’wah, Tarim. Ghayah al-Muna Syarah Safinah an-Naja (PDF), Muhammad bin Ali bin Muhammad ba A’thiyyah ad-Dua’ni, tahun 2008, Pengedar Maktabah Tarim al-Hadithah, Hadramaut, Tarim.
~ 45 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Al-Mawahib al-Laduniyyah bil Minah al-Muhammadiyyah, al-Allamah Ahmad bin Muhammad al-Qastalani, tahqiq Soleh Ahmad asy-Syami, tahun 2004, terbitan al-Maktab al-Islami
Al-Fiqh al-Manhaji, Musthafa al-Khin, Musthafa al-Bugha, Ali asy-Syarbaji, tahun 2008, terbitan Dar al-Salam, Kaherah.
~ 46 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Latar belakang Penulis Nama penuh penulis Muhammad Hosnee bin Zainal Abidin bin Mohd Zain. Dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1986. Membesar di Teluk Intan, Perak. Kini, menetap di Bandar Baru Bangi. Ketika ini, penulis sedang berkhidmat di Maktabah al-Ihya, Bandar Seri Putra dan Markas Dar al-Hasani Bangi. Pendidikan Bermula di SK Sultan Abdul Aziz kemudian ke SMK Seri Perak. Keduaduanya di Teluk Intan Perak. Seterusnya ke Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) pada tahun 2004-2007. Pada tahun 2007 ke al-Azhar Mesir cawangan Zaqaziq dalam bidang Sarjanamuda Bahasa Arab sehingga tahun 2009. Setelah itu meneruskan pengajian Sarjana Pengajian Islam di UKM Bangi sehingga tahun 2013. Pengajian Sempat mengikuti Pengajian Ulama di Malaysia dan Mesir. Di antara ulama yang daripada mulut mereka yang mulia, penulis menimba ilmu : Al-Arif Billah Murabbina Syeikh Yusof Riq al-Bakhour al-Hasani, al-Arif Billah Murabbina Syeikh Rahimuddin Nawawi al-Banteni, alMuhaddith Syeikh Muhammad Husni Ginting al-Langkati, alMuhaddith Syeikh Usamah Syed al-Azhari, al-Musnid Syeikh Muhammad Awadh al-Manqush, al-Habib Zein bin Sumait, dll. Daripada dalam negara antaranya : al-Fadhil Ustaz Raja Ahmad Mukhlis al-Azhari, al-Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid, al-Habib Najmuddin al-Khered, al-Fadhil Ust Muhadir Haji Joll, al-Fadhil Ustaz Aiman al-Akiti, dan ramai lagi. ~ 47 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
Sedikit Sumbangan dalam Penulisan • Terjemahan 40 Hadith berkaitan Susuk Tubuh Nabi SAW (Terbitan Dunia Luas Enterprise) • Terjemahan 40 Hadith Akhlak Mulia Rasulullah SAW karya Syeikh Yusof an-Nabhani (Terbitan Dunia Luas Enterprise) • Mutiara Berharga pada Menceritakan Sirah Ringkas Insan Yang Dicinta (Terbitan Dunia Luas Enterprise) • Lum’atul Lu’lu’ Pada Menceritakan Sunat-Sunat Wudhu’ • Ajarkan Anak Kecil Anda – Doa dan Zikir (eBook) • Cahaya Yang Menyinari Pada Menyatakan Cara Rasulullah SAW Mengenakan Cincin Di Jari • Jangan Ulangi Kesilapan Ini – 19 Kesalahan Dalam Mendidik Anak. (eBook) • Jangan Kamu Tinggalkan : Terjemahan “La Tatruk” Pesanan Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki (Terbitan Dunia Luas Enterprise) • 7 Keistimewaan Air Zamzam • Berhiaslah Apabila Berhadapan Dengan al-Quran • Persiapan menuju Perkahwinan • Risalah “Luahan Pengharapan pada sebahagian Doa-doa yang dianjurkan sepanjang Ramadhan” • Risalah “Jangan tinggalkan Sahurmu…” • Risalah “40 Soalan Tentang Puasa dan Ramadhan” • Terjemahan Matan Safinah as-Solah (terbitan Maktabah alIhya) • Terjemahan ar-Risalah al-Jami’ah • Terjemahan Risalah Ibn Abi Zaid al-Qairawani (Bab Akidah) • Terjemahan Matan Zubad (Bab Akidah) • Terjemahan Matan al-Ajrumiyyah (Nahu) • Ism Musanna dan Bagaimana Memahaminya (Nahu)
~ 48 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
DARIPADA MEJA PENULIS Buat Anda yang telah membaca dan menghargai penulisan “Risalah Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal” ini. Ribuan Terima kasih diucapkan atas kesudian anda yang telah membacanya sehingga habis. Saya harap ia bermanfaat buat anda. Sekiranya anda menghargai usaha kecil daripada penulis ini dan berhajat untuk menzahirkan penghargaan atas usaha ini, saya, sangat suka mencadangkan anda membuat sumbangan kepada PERTUBUHAN WACANA DAN DAKWAH ISLAM MALAYSIA (WAHDAH). Bank No Akaun
: Maybank : 5628 3461 8912
WAHDAH beroperasi di Sg Ramal Dalam, Kajang Selangor. Di bawah pengurusan pertubuhan ini ada dua institusi ilmu dan tarbiah iaitu Maktabah al-Ihya dan Markas Dar al-Hasani (Bangi). Kedua-dua institusi ini giat menjalankan aktiviti pengajian kitab – mingguan dan bulanan – dan sering diziarahi oleh ulama dalam dan luar negara. Jika anda menyumbang kepada pertubuhan ini, setiap sumbangan anda akan dimanfaatkan sama ada untuk ~ 49 ~
eBook ini Percuma
Adab dan Ibadah Pada 1 Syawal
pengurusan kos premis, penerbitan kitab, saguhati pengajar, pengurusan logistic ulama dll. Untuk maklumat lanjut tentang dua institusi ini, anda boleh melawat facebook “Maktabah Ihya” dan “Darul Hasani Selangor”. Atau hubungi saya sendiri di 011-12208980 atau emel di
[email protected] Semoga Allah memberkati anda dan memberi rezeki yang melimpah ruah.
al-faqir ila Rabbihi al-Jalil Muhammad Hosnee al-Azhari A’malahullahu bi Lutfihi al-Khafiy
~ 50 ~
eBook ini Percuma