PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011 Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin © Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm
Manhaj Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad al-Fatani (Tuan Minal) dalam Penulisan Fiqh: Suatu Kajian terhadap Kitab Kasyf al-Litham Ahmad Ismail Dorla, Abdulhalim Ahmad Saising, Ramli Hamad & Abdurrahman Toklong Jabatan Syari‘ah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Islam Yala, Pattani, Thailand
Abstrak: Kajian ini mengkaji dan menganalisis perkembangan fiqh di Fatani, pengenalan Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fatani (Tuan Minal) dan mahaj penulisan kitabnya Kasyf al-Lithan ‘An Asilat alAnam. Pada umumnya kajian ini berasaskan kajian kepustakaan dan datanya di analisiskan menerusi tafsiran kualitatif atau pun huraian secara deskribtif. Daripada kajian ini didapati bahawa: 1. Kedatangan Islam di Fatani melahirkan generasi ulama yang berperanan dalam menyebarkan Islam. sama ada dengan lisan atau karangan. Ia melalui beberapa tahap perkembangan sejak permulaan Islam sehingga sekarang. 2. Daripada akhir abad 18 M. sehingga pertengahan abad ke - 20 M. di Fatani telah lahir ulama di antara mereka ialah Tuan Minal atau Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fatani. Beliau bergiat dan berperanan dalam menyebarkan ajaran Islam, dan kitabnya Kasyf al-Lithan ‘An Asilat al-Anam merupakan kitab fiqh bermazhab Syafii yang terbesar. 3. Manhaj kitab Kasyf al-Lithan ‘An Asilat al-Anam adalah mempunyai manhaj tersondiri dalam membentangkan ajaran Islam berbanding dengan kitab-kitab ulama Fatani semasanya.
negeri iaitu di Fatani dan di Aceh, ia menjadi tumpuan bagi para pelajar di Nusantara sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke Makkah. (Wan Muhammad Saghir Abdullah, 1990:25, Muhammad Zamberi Abdul Malik, 1994:112) Fatani adalah sebuah negeri Melayu, telah melahirkan sebahagian bumiputeranga yang mempunyai kelebihan, yang baik lagi yang mulia bangsanya. Adalah Fatani pada zaman dahulu di bawah satu daulat mereka yang agung. (Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fatani,tt:2) Dengan dimakian, negeri Fatani termasuk dalam beberapa buah negeri yang di Nusantara yang banyak memainkan peranan dalam bidang dakwah Islamiah amnya dan persuratan Jawi khasnya. pada abad 18 M. hingga sepanjang abad 19 M., Fatani terus berperanan sebagai pusat tamadun Islam. Bahkan sebagai pusat kegiatan sestera Melayu berunsur Islam menerusi kelahiran ulama yang terkenal serta kitab-kitab karangan mereka yang tersohur. (Muhammad Zamberi Abdul Malik,: 38,95) yang menjadi teksteks pengajian punduk-punduk berlanjutan sehingga ke hari ini. Dengan itu, mereka bukan sahaja dikenali di rantau ini tetapi juga dikenali dan diakui kealiman mereka di negara Arab, sehingga ada sebahagian daripada mereka diberi kesempatan untuk mengajar di masjid Al-Haram Makkah. (Muhammad Lazim bin Lawi, 1425:8-10) Di antara mereka yang menjadi terkenal kerana banyak menghasilkan kitab-kitab keagamaan ialah Tuan Minal. Tuan Minal atau nama penuhnya ialah Zainul Abidin bin Muhammad al-Fatani adalah salah seorang ulama Fatani yang memainkan peranan
PENGENALAN Terseibarnya syari‘ah Islam bersama-sama dengan kedatangan Islam di rantau Asia Tenggara ini. Orang Melayu di perkenalkan oleh para pendakwah Islam tentang konsep ketuhanan dan kerasulan dalam Islam. Sebagai orang yang baru terdedah kepada agama Islam, orang Melayu hanya diajarkan persoalan pokok dalam agama sahaja seperti rukun iman yang enam. Kemudian, diterangkan perkaraperkara yang menyentuh rukun Islam, iaitu mengucap dua kalimah syahadah dan juga kewajipan melaksanakan rukun Islam, seperti mendirikan sembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, menunaikan haji serta menjauhkan perkaraperkara yang dilarang oleh agama Islam. Apabila soalan pokok di tangkapi, orang Melayu ingin pula mendalami pengetahuan mereka tentang pelbagai cabang ilmu pengetahuan Islam, bukan sehaja ilmu mengenai hokum-hakam Islam yang menyentuh bidang peribadatan, tetapi juga meliputi soal kehidupan mereka. (Zalaila Syarif dan Jamilah haji Ahmad, 1993:393-395) bagi keperluan dakwah dan pendidikan, para pendakwah terpaksa menulis dan menterjemahkan al-Quran dan kitab-kitab agamayang berbahasa Arab, kedalam bahasa Melayu berserta masyarakat Melayu pada waktu itu sangat memerlukan kitab-kitab agama untuk dipelajari. Oleh sebab orang Melayu masih kurang memahami bahasa Arab, maka suatu versi Melayu Jawi perlu diwujudkan. (Mahayuddin Haji Yahya, 1998:64-65) Dan di zaman yang lampau di akui ilmu-ilmu keIslaman di Asia Tenggara berpusat di dalam dua 56
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
penting lagi bergiat dalam menyebarkan ilmu Islam sama ada beliau sebagai tuan guru dalam mengajar dan juga sebagai penulis yang tegas dan cergas. Di antara karangan yang menonjolkan nama beliau ialah kitab Kasyf al-Litham ‘An Asilat al-Anam. Ia merupakan kitab fiqh beredisi Jawi yang lengkap dalam pembicaraan di bidang ilmu fiqh dalam mazhab al-syafii yang mempunyai manhaj dalam penulisannya yang tersendiri.
Tuan Minal mula mendapat didikan di kampung halamannya sendiri dari ayahnya, beliau mendapat didikan asas di beberapa buah punduk tradisional di Fatani, antaranya punduk Kuala Bekah, punduk Pauh Bok dan punduk Bendang Daya. Kemudian beliau melanjutkan pengetahuannya secara mendalam di Makkah AlMukarramah. Setelah beliau pulang dari Makkah AlMukarramah, beliau memainkan dua peranan penting dalam dakwah Islamiah iaitu mengasaskan sebuah punduk di Fatani, kampung halamannya dan di Sungai Dua seberang Perai, Pulau Pinang, Malaysia, dan mengarang beberapa buah kitab keagamaan dalam menyeibarkan ilmu Islam sama ada ilmu tauhid, fiqh dan tasauf. Antara karangan beliau ialah Kasyf al-Litham ‘An Asilat al-Anam, Kasyful al-Ghaibiah, al-Najin Annajin, Miftah alMurid Fi Ilmi al-Tauhed, Irsyad al-Ibad ila Sabil alpasyad, Faidah pada menyatakan fidyah sembahyang dan puasa atas mazhab Abi Hanifah, Tabassum al-Syaribin Manfaat bagi Alwam alMuslimin. (Ahmad Fathy, 2001:67-78)
Objektif Kajian: Kajian ilmiah ini bertujuan untuk mengkaji: Tentang perkembangan fiqh dalam masyarakat Fatani, Tentang sejarah hidup Syekh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fatani dan kitabnya Kasyf alLitham ‘An asilat al-Anam. Tentang manhaj penulisannya kitab Kasyf alLitham ‘An asilat al-Anam serta membuat perbandingan dengan kitab yang lain. Metodologi: Dalam kajian ini, menggunakan proses yang tertentu. langkahnya adalah seperti berikut:
pengkaji Langkah-
Kitab Kasyf al-Litham ‘An Asilat al-Anam: Kitab “Kasyf al-Litham ‘An Asilat al-Anam” ertinya membukakan tutupan muka daripada segala pertanyaan manusia, kitab ini dikenali dengan “Kasyf al-Litham”. Terdapat kitab dalam bahasa Arab dengan judul yang sama yang dikarang oleh Husain bin Muhammad al-Mahalli iaitu Kasyf alLitham ‘An Asilat al-Anam dikenali juga dengan “Kitab Al-furuk”. Bahkan ia adalah salah satu rujukan penting kitab Kasyf al-Litham karangan Tuan Minal. (Tuan Minal, tt:2) Kitab Kasyf alLitham membincangkan hukum fiqh yang mengandungi 4 bahagian hukum fiqh iaitu bahagian ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat. Bahagian ibadat bermula dengan hukum bersuci, solat, janazah, zakat, puasa, iktikaf, haji, umrah, udhiah, hukum makanan dan di akhiri dengan hukum perburuan. Di bahagian muamalat mengadungi hukum jual beli, jual salam, gadai, muflis, bersekutu, wakil, iqrar, ariah, merampas dan sebagainya. Selepas itu diikuti dengan bahagian yang berhubung dengan munakahat, membicarakan hukum pesaka, wasiat, nikah kahwin, cerai, rujuk, iddah dan diakhiri dengan hukum nafkah. Terdapat juga hukum jinayat, di antaranya pencurian, pembunuhan, qisas, diat, perzinaan, minuman arak, jihad, qadi, dan lainnya sehingga sampai akhir kitab ini pada jilid kedua. Manakala bentuk susunan isi pembicaraan, kitab Kasyf al-Litham dibahagikan kepada 4 peringkat yang terdiri daripada: kitab, bab, fasal dan masalah atau furuk. Pada setiap kitab, bab dan fasal mengadungi masalah atau furuk yang membicarakan hukuman. Selesai mengarangnya pada bulan Rajab 1307 H. bersamaan dengan tahun 1890 M. (Tuan Minal, opsit, 481) Cetakan pertama yang terdiri daripada
Pengumpulan data: Digunakan untuk diperolehi dan mengumpul maklumat serta fakta bagi tujuan Penyelidikan melalui perpustakaan. Bagi menyiapkan kajian ini, pengkaji menggunakan metode dokumentari dengan mengumpulkan bahan dan dukomen yang berhubungan dengan masalah yang di bahaskan dalam kajian ini. Dan metode historis (pensejarahan) dengan menentukan adanya pendapat yang tepat mengenai kajian-kajian dengan melalui data-data yang mempunyai nilai-nilai sejarah. Bahanbahan dan data-data tersebut, sama ada berkaitan dengan secara langsung atau tidak langsung. Analisis data: Setelah mana data-data yang diperlukan terkumpul menerusi penggunaan metode yang telah di nyatakan dan untuk mencapai matlamat kajian ini, pengkaji membuat olahan dan menganalisis kannya menerusi tafsiran kualitatif atau pun huraian secara discribtif berasaskan metode induktif, dedaktif dan komparatif. Huraian ini di lakukan berdasarkan data yang di perolehi dengan berpandukan objektif kajian yang telah di tentukan. Riwayat Hidup: Nama lengkapnya ialah Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fatani bin Muhammad Dahan bin Syeikh Wan Syamsuddin bin syeikh Jakfar tetapi lebih di kenali dengan “Tuan Minal”. Beliau dikatakan lahir di sebuah kampung bernama Bendang Badang (1(dan meninggal dunia di kampung Sungai Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau adalah ulama Fatani di abad 19 M.
57
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
)ﻓﺮع( ﺗﺜﺎب اﻟﺤﺎﺋﺾ ﻋﻠﻰ ﺗﺮك اﻟﺼﻼة إن ﻗﺼﺪت اﻣﺘﺜﺎل اﻟﺸﺎرع . ق ل، وإﻻ ﻓﻼ
empat jilid, di terbitkan pada pertengahan Syuwal 1308 H. (1891 M.) oleh Matbaah al-Miriah. Cetakan yang kedua terdiri daripada 2 jilid, iaitu 4 jilid yang menjadikan 2 jilid sehaja, sedangkan kandungannya tidak berubah, di terbitkan oleh Matbaah Attaqadum al-Ilmiah, Mesir. Jilid pertama di terbitkan pada tahun 1344 H.(1925 M.) dan jilid kedua pada tahun 1345 H. (1926 M.), dan pelbagai cetakan yang diterbitkan dan bentuk 2 jilid juga bersama pada bahagian tepinya kitab Wisya al-Afrad, karangan Syeikh Muhammad bi Ismail Addawudi Al-Fatani (Nik Mat Kecik). (Wan Muhammad Saghir Abdullah, opsit, 91-92)
(Al-Mahalli, 1420:29) Di terjemahkan dengan: (furuk) Diberi pahala akan orang yang ha-id atas meninggalkan sembahyang jika diqasadkan menjunjungkan syarak dan jika tiada maka tiada di beri pahala. Intaha, qaf lam. (Tuan Minal, opsit:17)
وﻟﻮ ﺳﺮق ﻓﺴﻘﻄﺖ ﯾﻤﻨﺎه ﻣﺜﻼ ﺑﺂﻓﺔ أو ﺟﻨﺎﯾﺔ وإن أوھﻢ ﻛﻼم اﻷﺻﻞ ﺑﺨﻼف ﻣﺎ ﻟﻮ، اﻟﺘﻘﯿﯿﺪ ﺑﺎﻵﻓﺔ ﺳﻘﻂ اﻟﻘﻄﻊ ﻷﻧﮫ ﺗﻌﻠﻖ ﺑﻌﯿﻨﮭﺎ وﻗﺪ زاﻟﺖ ﺳﻘﻄﺖ ﯾﺴﺮاه ﻻ ﯾﺴﻘﻂ ﻗﻄﻊ ﯾﻤﻨﺎه ﻟﺒﻘﺎﺋﮭﺎ (Zakariya Al-ansari, 1422:199) Di terjemahkan dengan: Dan jika mencuri ia maka gugur tangan kanannya umpama afat samawiah atau jinayah nescaya gugur potongnya kerana bahawasanya bergantung dengan ‘iannya dan sesungguhnya telah hilang ia bersalahan barang yang gugur tangan kirinya tiada gugur potong tangan kanannya kerana kekal tempat potong itu yakni curi yang pertama itu. (Tuan Minal, opsit:377)
Manhaj Penulisan Kitab Kasyf al-Litham: Di sana terdapat beberapa perbezaaan yang berlebih kurang dalam kalangan ulama Fatani di segi karangan mereka baik di sudut huraian, model penulisan, susunan topik dan sumber rujukan. Di sini akan mengemukakan Mahaj penulisan kitab Kasyf alLitham yang mempunyai model tersendiri dalam 1. Sumber Rujukan Kitab Fiqh Asyafiiah yang membentangkan hukum fiqh dalam bahasa Melayu kebelakangan: Mengenai sumber rujukan kitab fiqh, kebanyakan tokoh yang menjadi sumber beredisi Jawi. rujukan bagi ulama nusantara adalah ulama Naqal, Terjemah dan Susun: Gerakan Asyafiiah dari zaman taqlid seperti Ibnu Hajar Alpenterjemahan ini demi untuk memenuhi keperluan Haitami, Syihabuddin al-Ramli, Khatib al-Syarbini, orang Melayu yang tidak dapat menguasai bahasa Zakariya Al-Ansari dan juga al-Nawawi. Cirri utama Arab, sama ada di kalangan orang awam atau karia-karia mereka dikatakan bersifat syarahan, pelajar. (Abdullah Ishak, 1995:130-131). hasyiah atau hasyimi seperti kitab Tuhfah Al-Muhtaj Terjemahan ini sering dilakukan oleh para ulama karangan Ibnu Hajar Al-Haitami, Nihayah Alsendiri atau oleh pelajar-pelajar yang sudah mahir. Muhtaj karangan al-Ramli, Mughni Al-Muhtaj Sebahagian ulama membuat syarahan untuk huraian karangan Khatib al-Syarbini, dan Fathu Al-Wahhab yang lebih mendalam daripada apa yang terdapat karangan Zakariya Al-Ansari yang menjadi rujulan dalam karangan asalnya. (Siti Hawa Saleh, 1997:13- utama itu, pada hakikatnya merupakan syarah atau hasyiah kepada matan Manhaj al-Talibin karangan 14) Pengkaji mendapat Tuan Minal mengarang al-Nawawi. Kitab tersebut juga telah digunakan kitab Kasyf al-Litham dengan menaqal dan terjemah sebagai ceramah tentang fiqh. (Abdurrahman Haji isi hukuman atau permasalahan daripada beberapa Abdullah, 1990:140-141) Didapati rujukan kitab Kasyf al-Litham buah kitab fiqh mazhab al-Syafii berbahasa Arab karangan Tuan Minal dalam beberapa buah kitab kemudian menyusun atau meletak pada satu kitab fiqh bermazhab Asyafii berbahasa Arab khususnya atau bab. Dalam penterjemahan, beliau karangan mereka yang hidup pada zaman menterjemahkan secara keseluruhannya dan secara kebelakangan, antaranya kitab Al-Furuk atau Kasyf ringkas. Gaya dalam penterjemahannya adalah al-Litham ‘An Asilat al-anam karangan Husain bin mengikut gaya dan struktor dalam bahasa Arab. Muhammad Al-Mahalli, kitab Manhaj al-Tullab Beberapa peristilahan dalam bahasa Arab dikekalkan serta syarahannya Fathu Al-Wahhab karangan tampa terjemah. Di samping menterjemah, beliau Syeikh Al-Islam Zakaria Al-Ansari, kitab Fathu Aljuga memberi penjelasan ringkas terhadab Muin Bisyarhi Qurratu Al-Ain karangan Syeikh terjemahan itu. Selain daripada naqal dan terjemah dalam kitab bahasa Arab beliau juga menaqalkan Zainul Abidin bin Abdul Asiz Al-Malibari, Al-Iqnak daripada kitab Melayu Jawi. Hal ini disebut oleh Fi Halli Alfaz Abi Syujak karangan syeikh Muhammad bi Ahmad al-Syarbini Al-Khatib, beliau pada muqaddimah kitabnya: Tuhfah Al-Muhtaj bi Syarhi Manhaj karangan Ibnu Hajar Al-Haitami, Nihayah Al-Muhtaj ila Syarhi AlBahawa aku surat baginya akan beberapa masalah yang tiada terkaya daripada mengetahui akan dia dengan bahasa Jawi dan Manhaj karangan Syeikh Syamsuddin Muhammad aku himpunkan akan beberapa aqwal al-fuqaha al-kiram pada hal bin Ahmad bin Hamzah al-Ramli. Di samping itu aku naqalkan daripada beberapa yang muktabar pada mazhab aljuga beliau menaqalkan daripadi kitab Jawi iaitu kita afham seperti Manhaj li Syeiakh Al-Islam dan Furuk al-Mahalli Furuk Al-Masail karangan Syeikh Daud bin dan Fathu Al-Muin dan lainnya dari kitab Jawi atas qadar yang sedikit-sedikit (Tuan Minal, opsit:2) Abdullah Al-Fatani. Di antara contohnya: Bermula sembahyang Asar itu ialah sembahyang Wusta dan iaitu terlebih afdal daripada sekalian sembahyang dan mengeringinya
Antara contoh dalam naqal dan terjemahannya adalah seperti berikut: 58
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011 Subuh kemudian Isya kemudian Zuhur kemudian Maghrib, qalahu Ibnu Hajar. (Tuan Minal, opsit:19)
“Jika di kata orang apa hukum memungut luqatah itu maka jawabnya asal memungut itu sunat bagi orang yang kepercayaan bagi dirinya dengan amanah haq orang” (Tuan Minal, opsit:385)
اﻟﻌﺼﺮ ھﻲ اﻟﺼﻼة اﻟﻮﺳﻄﻰ وھﻲ أﻓﻀﻞ اﻟﺼﻠﻮات وﯾﻠﯿﮭﺎ اﻟﺼﺒﺢ ﺛﻢ اﻟﻌﺸﺎء ﺛﻢ اﻟﻈﮭﺮ ﺛﻢ اﻟﻤﻐﺮب ﻗﺎﻟﮫ اﺑﻦ ﺣﺠﺮ
Peranan dan Kedudukan Nas: Kalau kita perhatikan karangan ulama Fatani, asas dalam karangan mererka adalah untuk menjelaskan ajaran Islam serta memberi huraian untuk memahaminya. Nas Al-Quran dan Al-Hadis yang didapati di dalam kitab Kasyf al-Litham ini juga adalah berserta dengan isi pembicaraan dalam kitab yang dinaqal dan diterjemahkan. Pengarang tidak banyak merujuk semua permasalahan kepada dalilnya, dalam hal itu sebahagiannya ada yang di rujuk kepada dalil AlQuran dan Al-Hadis dan sebahagian besarnya pula sekadar hanya menerangkan hukum sahaja tanpa berdalil dengannya. Dengan itu Al-Quran dan AlHadis kurang berperanan. Terdapat dalam kitab Kasyf al-Litham, Tuan Minal mendatangkan ayat al-Quran serta ertinya, ada juga beliau mendatangkan hanya ayat sahaja tanpa ertinya, kedua-dua bentuk itu beliau tidak menjelaskan nama surah dan juga nombor bilangan ayat. Manakala hadis beliau menyebut matan hadis serta ertinya dan perawinya atau ada yang menyebut maksud hadis sahaja tanpa matan dan perawi. Di antara contohnya adalah seperti berikut:
(Al-Mahalli, opsit:33) Orang yang muafiq harus ia masyghulkan membaca dua atau umpamanya kemudian daripada dalam imamnya dan jika makmum itu masbuk maka jika tempat tasyahhud awannya seperti dapat dua rakaat serta imamnya maka demikian jua serta makruh memanjangkan dia dan jika bukan tempat tasyahhud maka wajib berdiri dengan bersegera kemudian daripada salam yang kedua, maka jika duduk dengan sengajanya lagi ia ketahui akan haramnya batal sembahyangnya, intaha Fathu Al-Wahhab. (Tuan Minal, opsit:31)
أﻣﺎ اﻟﻤﺴﺒﻮق ﻓﺈن ﻛﺎن...()ﻓﻠﻤﺄﻣﻮم( ﻣﻮاﻓﻖ )أن ﯾﺸﺘﻐﻞ ﺑﺪﻋﺎء وﻧﺤﻮه ﺟﻠﻮﺳﮫ ﻣﻊ اﻹﻣﺎم ﻓﻲ ﻣﺤﻞ ﺗﺸﮭﺪه اﻷول ﻓﻜﺬﻟﻚ ﻣﻊ ﻛﺮاھﺔ ﺗﻄﻮﯾﻠﮫ وإﻻ ﻓﺈن ﻗﻌﺪ ﻋﺎﻣﺪا ﻋﺎﻟﻤﺎ ﺑﺎﻟﺘﺤﺮﯾﻢ ﺑﻄﻠﺖ،ﻓﯿﻘﻮم ﻓﻮرا ﺑﻌﺪ اﻟﺘﺴﻠﯿﻤﺔ اﻟﺜﺎﻧﯿﺔ ﺻﻼﺗﮫ (Zakaria Al-Ansari, opsit:56) Makna hibah itu tamlikkan suatu dengan tiada iwad” (Tuan Minal, opsit:379)
( )ﺑﻼ ﻋﻮض...()اﻟﮭﺒﺔ ﺗﻤﻠﯿﻚ ﻋﯿﻦ (Al-Malibari, tt:84) Telah muafakat oleh segala ahli agama atas haram zina dan iaitu lebih keji segala dosa besar dan tiada halal ia pada satu agama daripada segala agama sekali-kali dan kerana inilah hududnya itu terlebih sangat kerana bahawasanya jenayah keatas kehormatan dan nasab. Alif ha, Aqnak” (Tuan Minal, opsit:364)
(Fasal) pada menyatakan kifarat dengan sebab bunuh dan asal padanya firman Allah Taala: َ َو َﻣﻦ ﻗَﺘَ ﻞَ ُﻣﺆْ ِﻣﻨًﺎ َﺧ ﻄﺌًﺎ ﻓَﺘَﺤْ ِﺮﯾ ُﺮ َرﻗَﺒَ ٍﺔ ﱡﻣﺆْ ِﻣ َﻨ ٍﺔ
واﺗﻔﻖ أھﻞ اﻟﻤﻠﻞ ﻋﻠﻰ ﺗﺤﺮﯾﻤﮫ وھﻮ ﻣﻦ أﻓﺤﺶ اﻟﻜﺒﺎﺋﺮ وﻟﻢ ﯾﺤﻞ ﻓﻲ ﻣﻠﺔ . وﻟﮭﺬا ﻛﺎن ﺣﺪه أﺷﺪ اﻟﺤﺪود ﻷﻧﮫ ﺟﻨﺎﯾﺔ ﻋﻠﻰ اﻷﻋﺮاض واﻷﻧﺴﺎب،ﻗﻂ
(Surah al-Nisa, 4:92)
(Al-Syarbini, tt:521)
Mengemukakan Masalah Tertentu: Salah satu daripada keistimewaan dan perbezaan kitab Kasyf al-Litham dengan kitab yang di karang oleh ulama Fatani yang lain bahawa Tuan Minal mengemukakan permasalahan fiqh yang tertentu dengan menceraikan sesuatu masalah dengan menggunakan istilah (Masalah) dan (Furuk). Di samping itu juga menyebut dan menyatakan sumber rujukan bagi sesuatu masalah, sama ada dengan nama kitab yang menjadi rujukan atau nama mereka yang mengemukakan pada masalah itu, di akhir 2. pembicaraan dengan huruf rumusan atau singkatan, dan kebanyakan masalah itu dalam bentuk andaian dengan menggunakan perkataan seperti “jika atau apabila” di jawab andaian itu dengan perkataan “maka atau nescaya”. Di sana terdapat juga beberapa masalah yang sangat gharib berlakunya. Selain daripada Tuan Minal naqal dan terjemah, beliau juga mengeluarkan hukumnya tentang masalah yang berlaku terhadap orang Melayu. Di antara cotoh ialah: “(Furuk) telah berkata Allamah Ibnu Hajar haram mencarekkan mushaf…qalahu ain syin. (Furuk) haram berjalan atas hamparan atau kayu yang di surat akan dia dengan Quran dan jika sedikit sekali pun. Intaha khatib.” (Tuan Minal, opsit:19) “Jika berkata angkau segala talak nescaya jatuh satu talak. Alif ha, ain syin” (Tuan Minal, opsit:201)
59
Ertinya: dan barang siapa membunuh akan mukmin pada hal tersalah maka merdeka satu raqabah yang mukmin.” (Tuan Minal, opsit:354) (Furuk) bermula tiap minuman yang mabuk oleh banyaknya daripada arak atau nabiz nescaya haram mencapai akan dia dan jika sedikit sekali pun kerana khabar sahih: ( (ب أَ ْﺳ َﻜ َﺮ ﻓَﮭ َُﻮ ﺣَ ﺮَا ٌم ٍ )) ُﻛ ﱡﻞ َﺷﺮَا (Al-Bukhari, No: 5263. Muslim, No: 5329) Ertinya: setiap minuman yang mabuk maka iaitu haram” (Tuan Minal, opsit:379)
Perbandingan Kitab Kasyf al-Litham dengan Kitab Fiqh Lain: Untuk menjelas dan menggambarkan sejauh mana perbezaan dan keistimewaan dalam mahaj penulisan ilmu fiqh oleh ulama Fatani yang berhampiran semasa dengan Tuan Minal dalam mengarang kitab mereka khususnya kitab fiqh yang meliputi setiap jurusan perbincangan, maka pengkaji akan mengemukakan perbandingan di antara kitab Kasyf al-Litham dengan kitab fiqh yang lain supaya dapat membantu dalam menjelas dan menyatakan manhaj Tuan Minal dalam kitab ini yang dianggar sebagai rekaan sediri. Kitab yang akan dibuat perbandingan dengannya iaitu Hidayah Al-Mutaallim, Fathu Al-Mannan, AlJawahir al-Sunniah, Sullam Al-Mubtadi, Furuk AlMasail, semua adalah karangan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fatani, dan Matlak Al-Badrain
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
Beliau menaqalkan hukum dan pemasalahan fiqh daripada beberapa buah kitab fiqh alSyafiiah dalam bahasa Arab kemudian beliau menterjrmahkan di samping menyusunkannya. Ini adalah asas dalam kitab ini. Sumber rujukan beliau adalah kitab fiqh alSyafiiah yang mutaakhirin di antaranya kitab al-Furuk, Manhaj al-Tullab serta syahannya Fathu al-Wahhab, Fathu al-Muin Bisyarhi Qurratu Al-ain, Al-Iqnak, Tuhfah Al-Muhtaj dan Nihayah Al-muhtaj. Di samping itu juga beliau menaqalkan daripadi kitab Jawi. Dalam membentangkan dan menyatakan hukum terhadap sesuatu masalah, beliau mengemukakan permasalahan fiqh yang tertentu dengan menceraikan satu-satu masalah dengan menggunakan istilah (Masalah) dan (Furuk). Dan menyatakan sumber rujukan di akhir pembicaraan dengan huruf singkatan, dan mengutarakan hukum fiqh melalui andaian “jika atau apabila” dan di jawab dengan “maka atau nescaya”. 4.4. Nas-nas al-Quran da al-Hadis yang terdapat di dalam kitab Kasyf al-Litham kurang berperanan. Kedua-dua adalah di datangi berserta dengan isi pembicaraan dalam kitab yang beliau naqal dan terjemah. Beliau tidak banyak merujukan kerana adalah untuk menerangkan hukum yang telah dihukumkan sehaja. 4.5. Kitab Kasyf al-Litham adalah satu bentuk yang berbeza dengan kib yang dikarang oleh ulama semasa atau berhampiran dengannya dan juga ada keistimiwaan baginya menunjuk ketekunan dan kewibawaan beliau, walau pun dapat beberapa tempat yang bersamaan seperti merujukan kitab ulama Asyafiiah yang mutaakhirin dalam menaqalkanya dan terjemahan dalam bahasa arab kepada tulisan Melayu Jawi untuk membatu mereka yang tiada kebolehan bahasa arab.
karangan Syeikh Muhammad bin Ismail Daud AlFatati (Syeikh Nik Mat Kecik). Setelah membuat perbandingan, kita dapat membuat kesimpulan bahawa membuktikan titik persamaan dan titik perbezaan dengan kitab-kitab yang dikarang oleh ulama semasa atau berhampiran dengan Tuan Minal dan keistimewaan yang menunjukkan kewibawaan beliau. Kitab-kitab yang dibuat perbandingan itu adalah pada asasnya adalah sebagai naqalan dan terjemahan dari karangan fiqh bermazhab al-Syafii berbahasa Arab kepada bahasa Melayu edisi Jawi demi membantu umat Islam yang tidak menguasai bahasa Arab dalam memahami ajaran Islam di Nusantara. Manakala titik berbezaan, antaralain kitab yang tersebut bukan hanya membicarakan hukum fiqh sehaja bahkan dimulai dengan pembicaraan tentang akidah, ilmu pengetahuan dan di akhiri dengan pembicaraan akhlah dan tasauf, sedangkan kitab Kasyf al-Litham adalah membicarakan permasalahan fiqh sehaja. Tetapi di sana terdapat keistimewaan baginya dengan bahawa Tuan Minal mrenceraikan sesuatu masalah dengan menggunakan “masalah” dan “furuk”. Dalam menyatakan hukuman terhadapnya, samping menyebutkan sumber rujukan di akhir pembicaraan. Perbincangan: Dalam kajian yang berjudul “Manhaj Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad alFatani (Tuan Minal) dalam penulisah fiqh: suatu kajian terhadap kitab Kasyf al-Litham” pengkaji bembuat perbincangan terhadapnya bahwa: Setelah Islam datang ke Fatani, ajaran dapat disebarkan dengan pesat melalui usaha mengajar dan mengarang. Khususnya di segi hukum fiqh, ia melalui beberapa tahap perkembangan sejak permulaan Islam, fiqh pada zaman gemilang, fiqh di zaman mengemukakan pendapat baru yang berlainan sehingga usaha kembalikan ajaran Islam kepad keaslian sumber iaitu alQuran dan al-Sunah. Pada zaman kegemilangan, masyarikat Fatani melahirkan beberapa orang ulama di antara mereka ialah Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fatani yang lebih dikenali dengan Tuan Minal. Beliau adlah salah seorang ulama yang bergiat dan berperanan dalam dakwah Islamiah sama ada dalam bentuk mengajar dan juga mengarang kerya keagamaan. Di antara kitab Tuan Minal yang terkenal ialah Kasyf al-Litham ‘An Asilat al-Anam merupakan kitab fiqh bahasa Melayu Jawi bermazhab alSyafii dalam mengemukakan permasalahan agama yang merangkumi pembicaraan di sudut fiqh di samping mempunyai beberapa keistimewaan yang diakui oleh mereka yang mengkaji terhadapnya. Kasyf al-Litham An Asilat al-Anam, mempunyai mahaj dalam penulisannya iaitu:
Pengesyoran: Setelah pengkaji membuat kajian tentang tajuk ini, di samping dapat lihat beberapa perubahan dan perkembangan fiqh serta dapat membungkarkan beberapa hakikat khususnya tentang kitab atau karangan ulama Fatani pada masa silam yang gemilang. Dengan itu, ingin memberi beberapa pengesyuran seperti berikut: Islam adalah berasas kepada al-Quran dan alSunnah yang sohih, mana-mana pegangan dan amalan yang dikerjakan oleh umat Islam masti bersandar kepada keduanya, dengan itu pegangan atau amalan yang dikerja dalam masyarakat Islam Fatani khususnya hal keagamaan perlu dijelas dan dikemukakan supaya tidak mengeliru
60
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
dan bercampur aduk dengan ajaran Islam yang sebenar dan adad budaya Melayu. Ulama Fatani pada masa lampau, mereka berjaya dalam menyebarkan dan menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat serta berperanan penting dalam dakwah Islamiah. Dengan itu Jenrasi yang mendatang perlu mengambil pengajaran dan tauladan untuk mengenal dan mengkaji perjalanan mereka. Kitab dan karangan keagamaan mereka memberi sumbangan dan nilai yang penting lagi berharga. Dengan itu memerlukan ulang kaji untuk mentahqiq, menyemak, mentakhrij dan mentashih melalui individu atau badan yang tertentu supaya dapat men jelaskan ajaran Islam yang sebenar di samping menghindari daripada yang batil. Bahasa Melayu tulisan Jawi klasik adalah bahasa pengantaran ulama Fatani dalam karya mereka yang mana Jenerasi baru sukar membaca dan memahami tulisan dan ibaratnya perlu membuat kajian dan mengubah suai supaya mengekali salah satu simbul yang cemerlang ini. Para alim ulama dan badan pendidikan mesti memainkan peranan dalam membina tamadun Islam sebagai mana Fatani pernah menjadi pusat keilmuan Islam di rantau ini.
katakan lahir di sebuah kampung bernama Bendang Badang dan meninggal dunia di kampung Sungai Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau adalah ulama Fatani di abad 19 M. Beliau mendapat didikan pondok di Fatani dan di Makkah Al-Mukarramah sehingga mantap kealimannya. Beliau bergiat dan memainkan dua peranan penting dalam dakwah Islamiah iaitu mengasaskan sebuah pondok di Fatani, kampung halamannya dan di Sungai Dua seberang Perai, Pulau Pinang. Dan mengarangkan beberapa kitab iaitu Kasyf al-Litham ‘An Asilat al-Anam, Kasy Ghaibiah, Aqidah al-Najin, Miftah al-Murid Fi ilmi al-Tauhid, Irsyad al-Ibad ila Sabil alRasyad, Faidah pada menyatakan fidyah sembahyang dan puasa atas mazhab Abi Hanifah, Tabassum al-Syaribin manfaat bagi awam al-Muslimin, dan dua buah kitab yang masih didalam bentuk manuskrip ialah Sembahyang Jumat dan Tahqiq al-Kalam Fi Bayan Ibtida Assiyam. Kitab Kasyf al-Litham ‘An Asilat al-Anam adalah sebuah kitab fiqh yang merupakan kitab fiqh yang terbesar bagi beliau dengan mengandungi masalah fiqh dalam mazhab Syafii. pembincangannya kepada 4 bahagian iaitu bahagian ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat. Manakal bentuk susunan isi pembicaraan di bahagikan kepada 4 peringkat terdiri dari: kitab, bab, fasal dan masalah atau furuk. Pada setiap kitab, bab dan fasal mengadungi masalah atau furuk yang membicarakan hukuman, dan selesai mengarangnya pada bulan Rajab 1307 H. (1890 M.). Ia mempunyai gaya manhaj penulisan adalah deperti berikut: Naqal, terjemah dan susun: Beliau naqalkan isi hukuman atau pemasalahan daripada beberapa buah kitab fiqh mazhab Asyafii berbahasa Arab kemudian menyusun atau meletak dalam satu kitab atau bab. Dalam penterjemahah, beliau menterjemahkan secara keseluruhannya dan secara ringkas. Gaya dalam penterjemahannya adalah mengikut gaya dan setraktor dalam bahasa Arab. dan terdapat beberapa peristilahan dalam bahasa Arab beliau mengekalkannya dengan tiada terjemah, di samping menterjemah, beliau juga member penjelasan dengan ringkas terhadab terjemahan itu. Selain daripada naqal dan terjemah dalam kitab bahasa Arab beliau juga menaqalkan daripada kitab Melayu Jawi. Sumber rajukan kitab fiqh Asyafiiah yang kebelakangan: kitab Kasyf al-Litham ‘An Asilat al-Anam, Tuan Minal menaqal dan menterjemah dengan merujukan beberapa buat kitab fiqh bermazhab Asyafii berbahasa Arab khususnya karangan mereka yang
KESIMPULAN Hasil daripada kajian ini, pengkaji dapat membuat beberapa kesimpulan, antara lain: Kedatangan Islam di Fatani merupakan satu tamadun yang baru dalam membina hidup yang diridai Allah taala, dapat melahirkan generasi alim ulama yang menerima pesaka para nabi serta menyeibarkannya. Mereka menyeibarkan ilmu keagamaan melalui lisan dan kitab. Manakala ilmu fiqh pula merupakan salah satu ilmu agama yang memainkan peranan penting dalam kehidupan umat Islam Fatani, yang mana kita dapat melihat perkembangan dan perubahan dalam masyarakat Fatani, melalui beberapa tahap perkembangan. Sejak permulaan Islam, fiqh pada zaman gemilang, fiqh di zaman mengemukakan pendapat baru yang berlainan sehingga usaha kembalikan ajaran Islam kepada keaslian sumber iaitu Al-Quran dan Al-Sunah. Pada akhir abad 18 M. sehingga pertengahan abad 20 M, Fatani merupakan pusat tamadun Islam dengan institusi pengajian pondok menerusi kelahiran ulama yang terkenal serta mererka berjaya menghasilkan kitab-kitab yang merupakan sumbangan yang paling bernilai dan berperanan penting dalam masyarikat Fatani sehingga masa sekarang, di antara mereka ialah Tuan Minal. Tuan Minal atau nama penuhnya Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fatani. Beliau di 61
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
zaman kebelakangan, di antaranya kitab AlFuruk, Manhaj al-Tullab serta syahannya Fathu Al-Wahhab, Fathu Al-muin Bisyarhi Qurratu Al-ain, Al-iqnak, Tuhfah Al-muhtaj dan Nihayah Al-Muhtaj. Di samping itu juga beliau menaqalkan daripadi kitab Jawi iaitu kita Furuk Al-Masail. Mengemukakan masalah tertentu: Tuan Minal dalam membentang dan menyatakan hukum terhadap satu masalah itu bahawa beliau mengemukakan permasalahan fiqh yang tertentu dengan menceraikan sesuatu masalah dengan menggunakan istilah (Masalah) dan (Furuk). Kebanyakan beliau menyebut sumber rujukan pada akhir pembicaraan dengan huruf rumusan atau singkatan. dan beliau mengutarakan hukum fiqh melalui andaian “jika atau apabila” dan dijawab dengan “maka atau nescaya”. didapati pula beberapa maslah yang sangat gharib berlakunya dan ada masalah yang beliau mengeluarkan hukumnya khususnya yang berlaku terhadap orang Melayu. Peranan dan kedudukan nas: Nas-nas alQuran daa al-Hadis yang terdapat di dalam kitab Kasyf al-Litham juga yang Tuan Minal naqal itu amat sedikit kalau di banding dengan isi kitabnya. Kedua-dua adalah didatangi berserta dengan isi pembicaraan dalam kitab yang dinaqal dan diterjemahkan. Beliau tidak banyak merujuk semua permasalahan kepada dalilnya, dalam hal itu sebahagiannya ada yang dirujuk kepada dalil al-Quran dan al-Hadis dan sebahagian besarnya untuk menerangkan hukum sahaja tanpa berdalil dengannya. Dengan itu alQuran dan al-Hadis kurang berperanan. Manakala bentuk nas ayat al-Quran itu, pertama didatangi dengan sebutkan ayat alQuran serta ertinya dan kedua hanya menyebut ayat tidak di sertai ertinya, keduadua itu tanpa menyebut surah dan nombor ayat. Ada pun nas hadis pula Tuan Minal mendatang bentuk pertama menyebut matan hadis bersama denga perawi hadis serta ertinya dan bentuk kedua hanya menyebut maksud atau erti hadis sahaja. Perbandingan kitab Kasyf al-Litham dengan kitab fiqh yang lain. Perbandingan antara ulama Fatani dengan Tuan Minal dalam menhaj penulisan kitab mereka khususnya kitab fiqh yang melimputi setiap jurusan perbincanganya, membuktikan bahawa kitab Kasyf al-Litham adalah satu bentuk penulisan yang berbiza dengan kitab yang di karang oleh ulama semasa atau berhampiran dengannya dan juga ada keistimewaan baginya menunjukkan kewibawaan pengarang. Kitab-kitab yang di buat perbandingan itu pada asas adalah
sebagai naqalan dan terjemahan dari karanga fiqh bermazhab Asyafii berbahasa Arab kepada bahasa Melayu edisi Jawi demi membantu umat Islam yang tidak mantap dan tidak menguasai bahasa Arab dalam memahami ajaran Islam di Nusantara. Manakala titik berbezaan di antaranya kitab yang tersebut bukan hanya membicarakan hukum fiqh sehaja bahkan di mulai dengan pembicaraan tentang aqidah, ilmu pengetahuan dan di akhiri dengan pembicaraan akhlah dan tasauf, sedangkan kitab Kasyf al-Litham adalah membicarakan permasalahan fiqh sehaja. Tetapi di sana terdapat keistimewaan baginya dengan bahawa Tuan Minal menceraikan sesuatu masalah dengan menggunakan “masalah” dan “furuk”. Dalam menyatakan hukuman terhadapnya, disamping menyebutkan sumber rujukan di akhir pembicaraan. NOTA HUJUNG 1
Sebuah tempat yang terletak di daerah Yarang (Bengjai Lima), wilayah Pattani, di tengah perjalanan di antara bandar Pattani dengan bandar Yala sekarang. RUJUKAN
Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Umat Islam di Nusantara Sejarah dan Perkembanganya Sehinga Abad ke 19. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdun Nasir Ahmad Manaha. 1428. “al-Dakwah AlIslamiah Fi Thailand Wa Manhaj Al-Muslimin Fi Sabiliha Khilal Al-Qarni Al-Isyrin”. Perengka sarjana. Fakulti al-Dakwah Al-Islamiah. Tarablus, Libia. Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fatani. t t. Tashilu Naili Al-Amani. Bangkok: Maktabah wa Matbaah Muhammad Nahdi wa Auladihi. Ahmad Fathy Al-Fatani. 1419. “Beberapa Catatan Tentang Tuan Minal”. Pengasuh. ZulqadahZulhijjah 1419 H.(Marsh- April 1999). Bilangan 557. Muka Surat 18-25. Ahmad Fathy Al-Fatani. 2001. Ulama Besar Dari Pattani. Kuala Lumpur: Ampang press sendirian berhad. Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. 1414. Assohih. Berut: Dar Ibnu Kasir. Jihad Muhammad. 2001. “Pengajian Bahasa Melayu di Fatani”. Dalam Pancangan Pengajian Melayu di Malaysia, Singapura dan Selatan Thai. Muka surat 67-90. Singapura: Kesatuan guru-guru Melayu Singapura. Al-Mahalli, Husain bin Muhammad. 1420. Kitab AlFuruk. Berut: Daru Al-kitab Al-Ilmiah.
62
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
Mahayuddin Haji Yahya. 1998. Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Al-Malibari, Zainul Abidin bin Abdulasiz. t t. Fathu Al-Muin bi Syarh Qurratu Al-Ain. Mesir: Isa AlBabi Al-Halabi wa Syarikah. Muhammad Lazim Lawi. 1425 ba. Syeikh Ahmad Al-Fatani dan Sumbanganya Kepada Khazanah Ilmu Islam di Nusantara. Kolej Islam Yala. Fakulti Pengajian Islam. Jabatan Usuluddin. Muhammad Zamberi Abdul Malik. 1994. Pattani dalam Tamadun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muslim bin Al-hajjaj. 1416. Assohih. Berut: Daru Ibnu Hazmi. Al-Syarbini, Muhammad bin Ahmad. t t. Al-Iqnak Fi Halli Alfaz Abi Syujak. Pattani: Matbaah Bin Halabi. Siti Hawa Haji Saleh. 1997. Kesasteraan Melayu Abad ke Sembilan Belas. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tuan Minal, Zainul Abidin bin Muhammad. t t. Kasyf al-Litham ‘An Asilat al-Anam. Pattani: Bin halabi. Wan Muhammad Saghir Abdullah. 1990. Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fatani Ulama dan Pengarang Terulung Asia Tenggara. Shah Alam: Harbi.
Wan Muhammad Saghir Abdullah. t t ba. “Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fatani penyusun kitab Kasyf al-litham tentang Cabang Fiqh Terlengkap Mazhab Syafii di Dunia Melayu” dalam Koleksi karya Ilmiah Haji Wan Muhammad Saghir Abdullah mengenai Fikrah Wawasan Tokoh Dunia Melayu dalam Majalah Dewan Budaya, Dakwah Al-Islam dan Qiblat 1989-1995. Muka surat 90-95. Kuala Lumpur: Khazanah Fataniah. Wan Muhammad Saghir Abdullah. t. t. alif. “Mengkaji Gaya Bahasa dalam Kitab Kasyf alLitham Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fatani” dalam koleksi Karya Ilmiah Haji Wan Muhammad Saghir Abdullah Mengenai Kitab Melayu/Jawi dalam Jurnal Dewan bahasa 19901991. Muka surat 90-100. Kuala Lumpur: Khazanah Fataniah. Zakaria Al-Ansari, Zakaria bin Muhammad. 1422. Fathu Al-Wahhab bi Syarh Manhaj al-Tullab. Berut: Dar Al-Fikri. Zalaila Syarif dan Jamilah Haji Ahmad. 1993. Kesasteraan Melayu Tradisional. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
63