KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
G A R I S
P A N D U A N
SISTEM
PENASIHATAN AKADEMIK
GARIS PANDUAN
SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA EDISI 2012
GARIS PANDUAN
SISTEM
PENASIHATAN AKADEMIK
KATA ALU-ALUAN
Terlebih dahulu marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW di atas kesempatan untuk menerbitkan Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik Politeknik (Edisi 2012) ini.
Kesan daripada dunia tanpa sempadan telah mempengaruhi corak kehidupan dan tingkah laku masyarakat. Tidak dinafikan peranan politeknik juga menjadi semakin mencabar di mana selain menghasilkan graduat yang cemerlang dalam akademik, pembangunan modal insan yang berwibawa, berpengetahuan, berkemahiran dan berketerampilan juga perlu dititikberatkan. Justeru itu diharap Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik (Edisi 2012) ini akan memberi panduan kepada pensyarah politeknik untuk mengimbangi kecemerlangan akademik dengan pembangunan sahsiah pelajar politeknik. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat khususnya Bahagian Kecemerlangan Instruksional di atas kejayaan menerbitkan Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik Politeknik (Edisi 2012). Keupayaan menyiapkan buku ini dalam tempoh 6 bulan adalah satu usaha yang membanggakan. Saya amat berharap agar komitmen tinggi seumpama ini dapat diteruskan bagi menghasilkan sumber rujukan kepada warga politeknik pada masa akan datang. Saya berharap Garis Panduan ini dapat melancarkan pelaksanaan peranan dan tanggungjawab semua pihak tanpa mengekang kreativiti mereka. HJ. MOHD GHAUS B. AB. KADIR Timbalan Ketua Pengarah (Akademik) Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi.
GARIS PANDUAN
SISTEM
PENASIHATAN AKADEMIK
PRAKATA
Saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW kerana di atas keizinanNya dapat menerbitkan Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik Politeknik (Edisi 2012).
Garis Panduan Kecemerlangan Sistem Penasihatan Akademik Politeknik (Edisi 2010) telah disemak semula agar selari dengan keperluan Malaysian Qualification Framework (MQF) serta pelaksanaan Outcome Based Education (OBE) dalam sistem pengajian politeknik mulai Jun 2010.
Tugas dan tanggungjawab warga pendidik di politeknik merentasi pelbagai aktiviti pembelajaran dan pengajaran serta perkhidmatan kepada pelajar, institusi dan masyarakat. Penasihat Akademik (PA) adalah antara peranan penting yang wajib dilaksanakan pensyarah kepada sekumpulan pelajar yang telah ditetapkan. PA bertanggungjawab membimbing peningkatan kompetensi diri dan memantau perkembangan akademik pelajar seliaan mereka ke arah pencapaian akademik dan persediaan kerjaya sesuai dengan keupayaan dan potensi para pelajar. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dengan gigih untuk menghasilkan Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik (Edisi 2012). Garis panduan ini memberi penekanan elemen penasihatan, pemantauan, penilaian dan penambahbaikan sebagai amalan ke arah memajukan sistem pengajian politeknik. Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga politeknik di atas kesediaan mereka menggunapakai Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik (Edisi 2012) ini dalam pelaksanaan tugas. SITI JARIAH BT. IBRAHIM Pengarah Bahagian Kecemerlangan Instruksional Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi.
GARIS PANDUAN
SISTEM
PENASIHATAN AKADEMIK
PENGHARGAAN Bahagian Kecemerlangan Instruksional, Jabatan Pengajian Politeknik ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga atas sokongan dan kerjasama semua pihak bagi menjayakan Sistem Penasihatan Akademik di politeknik. Kerjasama daripada semua pihak membolehkan politeknik mencapai matlamat dalam melahirkan graduan yang berkualiti serta menjana modal insan bagi memenuhi keperluan tenaga separa mahir negara. Sebarang komen atau cadangan amat dialu-alukan daripada semua pihak agar Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik ini ditambahbaik dari semasa ke semasa. Bahagian Kecemerlangan Instruksional Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Galeria PjH Aras 4, Jalan P4W Persiaran Perdana Presint 4 62100 WP Putrajaya Fax
03 – 8891 9000 03 – 8891 9056 www.politeknik.gov.my
[email protected]
GARIS PANDUAN
SISTEM
PENASIHATAN AKADEMIK
ISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN
1
2.0 MATLAMAT 3.0 OBJEKTIF 4.0 SYARAT PELANTIKAN 4.1 Pelantikan Penasihat Akademik 4.2 Pelantikan Penyelaras Penasihat Akademik
2
5.0 PELAKSANAAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK 5.1 Carta Alir Pelaksanaan Sistem Penasihatan Akademik 5.2 Peranan Dan Tanggungjawab TP(A)/KJ/PPA 5.3 Peranan Dan Tanggungjawab Penasihat Akademik 5.4 Peranan Dan Tanggungjawab Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi
3
6.0 PELAPORAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN SPA 7.0 DOKUMEN RUJUKAN
6
LAMPIRAN Lampiran 1 : Senarai Semak Dokumen/Rekod Penasihat Akademik Lampiran 2 : Borang Maklumat Diri Pelajar Lampiran 3 : Borang Rekod Pertemuan Lampiran 4 : Borang Penilaian Keberkesanan Penasihat Akademik Lampiran 5 : Fasa Perkembangan Pelajar
7
GARIS PANDUAN
SISTEM
PENASIHATAN AKADEMIK
1
1.0 PENDAHULUAN Sistem Penasihatan Akademik (SPA) telah diperkenalkan di Politeknik sejak tahun 2004. Tujuan kewujudan sistem ini untuk memastikan pelajar mencapai kecemerlangan akademik di samping mempunyai personaliti, sahsiah dan soft skills yang tinggi. Oleh yang demikian pelajar diletakkan di bawah bimbingan Penasihat Akademik (PA) daripada kalangan pensyarah di sepanjang pengajiannya. PA berperanan membantu pelajar meningkatkan kemahiran dan mengatur strategi bagi mencapai tujuan tersebut. Sehubungan itu garis panduan ini diwujudkan bagi membantu SPA dilaksanakan secara sistematik.
2.0 MATLAMAT Garis panduan ini adalah bertujuan untuk menerangkan dan menjelaskan SPA di politeknik bagi membangunkan pelajar yang cemerlang dalam akademik, bersahsiah dan work ready melalui bimbingan dan komunikasi efektif supaya sikap dan sahsiah yang seimbang dapat dipupuk di kalangan pelajar agar sesuai dengan kehendak industri, masyarakat dan negara.
3.0 OBJEKTIF SPA ini diwujudkan agar seorang PA itu dapat: 3.1. Membimbing pelajar dalam merancang pengajian dan aktiviti ke arah meningkatkan pencapaian akademik dan potensi individu. 3.2. Melatih pelajar mendapatkan kemahiran dan merangka strategi pembelajaran untuk mencapai matlamat diri. 3.3. Memberi nasihat dan pendedahan mengenai laluan kerjaya.
2
GARIS PANDUAN
SISTEM
PENASIHATAN AKADEMIK
4.0 SYARAT PELANTIKAN 4.1 Pelantikan Penasihat Akademik (PA) i. PA hendaklah dilantik daripada kalangan Pegawai Perkhidmatan Pengajian Tinggi (PPPT) jabatan akademik induk, serta boleh dilantik daripada kalangan PPPT di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) dalam bidang pengkhususan pelajar. ii. PPPT dari Jabatan Pengajian Am (JPA) dan JMSK boleh dilantik bagi membantu PA daripada jabatan induk. iii. PA yang dilantik perlu didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kaunseling, kemahiran belajar, kerjaya dan lain-lain yang perlu untuk mewujudkan SPA lebih efektif. iv. PA yang dilantik bagi kumpulan pelajar tertentu perlu menjadi PA sepanjang tempoh pengajian pelajar tersebut sehingga graduat. 4.2 Pelantikan Penyelaras Penasihat Akademik (PPA) i. Setiap jabatan perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang PPA yang dilantik daripada kalangan PA.
GARIS PANDUAN
SISTEM
PENASIHATAN 3 AKADEMIK
5.0 PELAKSANAAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK
5.1 Carta alir Pelaksanaan Sistem Penasihatan Akademik Mula KJ Surat Perlantikan KJ/PPA Taklimat
PPA Rancang Aktiviti Dan Keperluan Sumber
Tidak
KJ Setuju?
Ya PPA Penyelarasan PA Jabatan PA Pelaksanaan
PA Kenalpasti dan menyalurkan pelajar yang memerlukan bimbingan ke?
Ya Ya
Jabatan/ Unit Berkaitan
Tidak PA Kumpul maklumat
KJ/PPA/PA Sedia/analisis laporan
TPA/KJ Mesyuarat Pengurusan Akademik KJ/PPA/PA CQI Tamat
Jabatan/Unit Makluman
4
5.2
GARIS PANDUAN
SISTEM
PENASIHATAN AKADEMIK
Peranan Dan Tanggungjawab TP(A) / KJ / PPA Bil
Plan
Do
Aktiviti Melantik PPA dan PA. PPPT dari JPA dan JMSK hendaklah dilantik melalui Ketua Jabatan masing-masing. Memberi taklimat SPA kepada semua PA sekurang-kurangnya sekali pada setiap semester. Merancang aktiviti dan keperluan sumber yang perlu semasa perjumpaan PA berdasarkan Manual Inspirasi Transformasi Diri. Menetapkan peruntukan jam pertemuan PA dengan pelajar minimum 1 jam seminggu di dalam jadual waktu induk dan jadual waktu pensyarah. Mengenalpasti kumpulan pelajar bagi setiap PA. Mengaturkan kursus/bengkel berkenaan kaedah penasihatan/kaunseling serta kemahiran berkaitan kepada PA.
Tanggungjawab KJ
Mengadakan perjumpaan bersama PPA dan PA sekurang-kurangnya sekali setiap semester. Merancang program latihan yang sewajarnya di kalangan PA berkaitan SPA. Melaksanakan proses penilaian keberkesanan PA oleh pelajar (Rujuk Lampiran 4). Menyelaras pelaksanaan PA di jabatan.
KJ
PPA PPA
KJ
PPA TPA
PPA PPA PPA
Memantau pelaksanaan PA di jabatan. Mengumpul dan menyediakan laporan pelaksanaan SPA peringkat jabatan mengandungi perkara-perkara yang dilaporkan oleh PA, termasuk analisis keputusan penilaian Check keberkesanan PA. Mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Akademik Politeknik yang membincangkan pelaksanaan semasa, penambahbaikan berterusan dan perancangan bagi semester akan datang.
KJ PPA
Action Melaksanakan aktiviti penambahbaikan terhadap SPA hasil daripada analisa laporan.
TP(A)/KJ/PPA/PA
TPA
GARIS PANDUAN
SISTEM 5.3
PENASIHATAN 5 AKADEMIK
Peranan Dan Tanggungjawab PA Mengemaskini dokumen/rekod Penasihatan Akademik secara bercetak atau secara atas talian. Cadangan dokumen/rekod adalah seperti di Lampiran 1.
5.3.1 Akademik Pelajar i. Membimbing dalam merancang dan menyusun struktur pembelajaran baik secara menyeluruh mahupun bagi setiap semester bersesuaian dengan kemampuan pelajar bagi mencapai hasil pembelajaran. ii. Memberi khidmat nasihat dan bimbingan serta memantau pencapaian hasil pembelajaran dengan membangunkan kemahiran dan strategi belajar yang betul. iii. Membantu pengurusan masa bagi dimanfaatkan sepanjang pengajiannya di politeknik bagi meningkatkan hasil pembelajaran. v. Memberikan maklumbalas mengenai perkembangan dan pencapaian hasil pembelajaran apabila diperlukan. vi. Mengenalpasti pelajar yang memerlukan bimbingan serta runding cara khas seterusnya merujuk pelajar berkenaan kepada pihak yang berkenaan. vii. Membantu pelajar mematuhi dan peka kepada semua peraturan yang berkaitan. viii. Memantau/mengawalselia/memastikan pendaftaran kursus. 5.3.2 Pembangunan Diri Pelajar i. Memaklum dan menerangkan kepada pelajar mengenai analisa keputusan Inventori Personaliti Sidek (IPS) yang diterima dari Unit Psikologi Dan Kerjaya (UPK). ii. Membantu membina matlamat. iii. Membantu mengekalkan motivasi dalaman menerusi motivasi luaran yang berterusan. iv. Menyemak kemajuan melalui buku Manual Inspirasi Tranformasi Diri dan mengambil tindakan yang sewajarnya. v. Merekod serta membuat refleksi setiap perjumpaan. (Rujuk Lampiran 3) vi. Membantu memantapkan kemahiran berkomunikasi berkesan serta kemahiran asertif.
6
GARIS PANDUAN
SISTEM
PENASIHATAN AKADEMIK
5.3.3 Laluan Kerjaya i. Memastikan pelajar mendapat pendedahan mengenai peluang dan kaedah melanjutkan pengajian, menjadi usahawan atau laluan kerjaya yang boleh diceburi melalui aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak politeknik sebelum bergraduat. 5.4 Peranan Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi i. Membangun, memantau dan menyelenggara sistem atas talian (e-PA). ii. Memberi latihan penggunaan sistem e-PA kepada PA. iii. Menyediakan bantuan teknikal (helpdesk). iv. Mempertingkat sistem e-PA dari semasa ke semasa mengikut keperluan institusi.
6.0 LAPORAN KEBERKESANAN SPA PA menyediakan laporan keberkesanan SPA bagi kumpulan pelajar selepas keputusan peperiksaan akhir diumumkan. Antara perkara yang boleh dilaporkan ialah pencapaian akademik, pembangunan diri, laluan kerjaya serta keperluan pelajar dan pensyarah dalam SPA.
7.0 DOKUMEN RUJUKAN Bagi melaksanakan fungsi dan tugas setiap PA perlu peka terhadap dokumen-dokumen yang boleh dijadikan rujukan antaranya ialah: i. Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik. ii. Arahan-Arahan Kaedah Pentaksiran dan Pensijilan Politeknik. iii. Buku Panduan Program Learning Outcome Assesment. iv. Garis Panduan Latihan Industri Pelajar. v. Garis Panduan Pengurusan dan Kaedah Penilaian Latihan Industri Politeknik KPT. vi. Dukumen Manual CIDOS Bagi Pensyarah/Pelajar. vii. Manual Inspirasi Tranformasi Diri. viii. Lain-lain dokumen/pekeliling yang sedang berkuatkuasa.
LAMPIRAN
GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK Lampiran 1
SENARAI SEMAK DOKUMEN/REKOD PENASIHATAN AKADEMIK
BIL.
PERKARA
1 2 3
Senarai Semak Struktur Program Rekod Perjumpaan Senarai nama pelajar di bawah penasihatannya Borang maklumat pelajar yang telah dilengkapkan Salinan Pendaftaran Kursus bagi pelajar di bawah penasihatannya Salinan Keputusan setiap semester bagi pelajar di bawah penasihatannya Salinan Slip Keputusan Latihan Industri Salinan Borang Pengecualian Kursus ( Jika ada ) Salinan Borang Penambahan/ Pengguguran Kursus ( Jika ada ) Salinan Borang Pelepasan Kuliah atau Sijil Cuti Sakit ( Jika ada ) Salinan Surat Peringatan kepada pelajar ( Jika ada ) Salinan Surat Berhenti/ Tangguh Pengajian ( Jika ada ) Dokumen yang berkaitan
4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
1
2
SEMESTER 3 4
5
6
GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK Lampiran 2
LOGO POLITEKNIK Gambar SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK BORANG MAKLUMAT PELAJAR No. Pendaftaran A. MAKLUMAT PERIBADI 1. NAMA
:
2. NO. K.P.
:
3. BANGSA :
4. TARIKH LAHIR :
5. AGAMA:
6. TEMPAT LAHIR : 7. STATUS
:
B = BUJANG K = BERKAHWIN
9. KURSUS
8. JANTINA:
L = LELAKI P= PEREMPUAN
:
10. SESI MASUK : 11. ALAMAT TETAP:
12. NO. TEL. ( R) : (HP) : 15. ALAMAT SEMASA PENGAJIAN : (Jika tinggal di luar kampus)
13. BLOK ASRAMA :
14. PARAS/NO. BILIK :
-
GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK Lampiran 2 B. MAKLUMAT AKADEMIK DAN PENGALAMAN BEKERJA 16. INSTITUSI/SEKOLAH AKHIR :
17. SIJIL / SPM : 18. HPNM / AGREGAT :
19. TAHUN :
20. KEPUTUSAN SPM / SEMESTER AKHIR SUBJEK
GRED
1 2 3 4 5 6
SUBJEK
GRED
7 8 9 10 11 12
21. PENGALAMAN KERJA TEMPAT
JAWATAN
TEMPOH
1 2 3 C. MAKLUMAT KELUARGA 22. NAMA BAPA/PENJAGA:
23. PEKERJAAN
:
24. PENDAPATAN (RM- Bulanan)
:
26. NAMA IBU
:
27. PEKERJAAN
:
28. PENDAPATAN (RM-Bulanan)
:
25. UMUR :
T
H
29. UMUR :
T
H
GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK Lampiran 2 30. BUTIRAN KELUARGA BIL
NAMA
UMUR
JAWATAN (Jika bekerja)/Nama IPT/ Sekolah
31. ORANG YANG BOLEH DIHUBUNGI JIKA BERLAKU KECEMASAN NAMA
:
ALAMAT
:
NO. TEL. (R ):
HUBUNGAN
:
(HP): Nota: Pelajar dikehendaki memaklumkan kepada Penasihat Akademik sekiranya berlaku perubahan maklumat. Saya mengaku bahawa segala maklumat yang saya berikan adalah betul. Tandatangan : Nama : Tarikh
:
GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK Lampiran 3
BORANG REKOD PERTEMUAN PENASIHAT AKADEMIK
Nama Pelajar
: ……………………………
No. Pendaftaran : …………………………….
Perkara
Jabatan : …………………………………… Tarikh Temujanji :………………………..
Maklumbalas/Tindakan yang perlu diambil
Refleksi PA
(
)
(
)
Tandatangan Pelajar
Cop & Tandatangan Penasihat Akademik
Tarikh :
Tarikh:
NOTA: i. Perkara hendaklah ditulis oleh Pelajar atau PA pada awal setiap sesi pertemuan. ii. Maklumbalas/tindakan yang perlu diambil perlu ditulis pada akhir sesi pertemuan. Pelajar dan PA perlu menyimpan salinan Rekod Pertemuan masing-masing. iii. iv. Sekiranya pertemuan diadakan secara berkelompok sila lampirkan senarai kehadiran. v. PA perlu mengisi Refleksi PA selepas pertemuan dengan pelajar.
GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK Lampiran 4 PENILAIAN KEBERKESANAN PENASIHAT AKADEMIK PROGAM: ____________________ SESI
: ____________________
Sepanjang 6 bulan lepas berapa kali anda telah berjumpa dengan PA anda. Perjumpaan secara bersemuka :
Tidak pernah
1- 4
5-9
10-14
lebih dari 15 kali
Melalui Telefon :
Tidak pernah
1- 4
5-9
10-14
lebih dari 15 kali
Melalui Emel :
Tidak pernah
1- 4
5-9
10-14
lebih dari 15 kali
Sangat Setuju
4. Membantu saya dalam membangunkan kemahiran serta strategi belajar yang betul bagi mencapai hasil pembelajaran. 5. Membantu saya dalam merancang pengurusan masa berpandukan kepada masa pembelajaran pelajar (SLT). 6. Membantu saya dalam membina matlamat diri.
Setuju
2. Menerangkan kepada saya dengan jelas aktiviti dan hasil yang ingin dicapai pada setiap sesi perjumpaan. 3. Mendahulukan pendapat saya sebelum menyatakan pendapat beliau.
Sederhana
1. Menyediakan ruang waktu untuk temujanji bersama saya.
Tidak Setuju
Arahan Sila bulatkan pada ruang yang berkenaan bagi menilai Penasihat Akademik anda
Sangat Tidak Setuju
Lain-lain Kaedah :___________________________________________________________________
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
7. Membantu saya meningkatkan motivasi.
1
2
3
4
5
8. Masalah saya sepanjang pengajian diberi perhatian sewajarnya.
1
2
3
4
5
9. Membantu saya dalam meningkatkan kemahiran komunikasi dengan pelbagai cara. 10. Memberi pendedahan dalam laluan kerjaya saya.
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
11. Membantu saya dalam mematuhi peraturan politeknik.
1
2
3
4
5
2
12. Menjadi pendengar yang baik. 13. Secara keseluruhan PA saya berada pada tahap.
Sederhana
1 Baik
14. Saya akan mencadangkan PA saya kepada pelajar lain.
Ya
Tidak
Cadangan penambahbaikan/ulasan :
3 4 5 Sangat Baik Tidak Pasti
Domain II: Bermula dengan Matlamat Yang Jelas
Meneroka potensi dan kekuatan diri melalui: i. Interpretasi Ujian Personaliti, Nilai dan Minat. ii. Menilai pencapaian semasa. iii. Analisis SWOT Kendiri.
Menghadiri ceramah, kursus motivasi, bengkel dan lain-lain program untuk: Membimbing diri ke arah perubahan: i. Pemikiran ii. Kepercayaan iii. Ekspektasi iv. Sikap v. Tingkahlaku vi. Prestasi dan vii. Kehidupan
Domain III: Meningkatkan Motivasi Dalaman
Pengurusan diri dan aktiviti pelajar cemerlang melalui: i. Penggunaan Kuadran Aktiviti Harian Covey. ii. Mengaplikasikan SLT (Student Learning Time) Pembelajaran efisyen dan efektif melalui: i. Penggunaan otak kanan dan otak kiri. ii. Penggunaan saluran pembelajaran yang tepat dan kolektif. iii. Pembelajaran Input dan Output. iv. Memahami sistem pengajaran dan pembelajaran OBE. v. Memahami sistem penilaian peperiksaan.
Motivasi Luaran
Domain IV: Strategi Pengurusan Diri dan Pembelajaran Berkesan
Adaptasi Daripada Modul Perkembangan Kerjaya Bersepadu Sumber: Sidek Mohd Noah, 1992
Menyediakan pelan tindakan melibatkan langkah-langkah berikut: i. Mengetahui persekitaran pengajian dan pekerjaan. ii. Memadankan kualiti diri dengan keperluan persekitaran pengajian dan pekerjaan. iii. Membina matlamat pengajian dan pekerjaan berpandukan pendekatan SMART.
Motivasi Dalaman
Domain I: Kesedaran Diri
Fasa Perkembangan Pelajar
Menambahbaik kualiti diri melalui penguasaan kemahiran: i. Komunikasi Berkesan ii. Asertif iii. Membuat Keputusan iv. Pengurusan Stres Memperkasakan persiapan diri ke alam pekerjaan melalui: i. Peningkatan Kemahiran Teknologi Pekerjaan. ii. Penyediaan CV dan Resume yang relevan dengan keperluan majikan. iii. Pengalaman menghadiri Simulasi Temuduga Pekerjaan.
Domain V: Strategi Kecemerlangan Kerjaya
GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK Lampiran 5
SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK PENAUNG
HJ MOHD GHAUS BIN AB. KADIR TIMBALAN KETUA PENGARAH (AKADEMIK) PENASIHAT
SITI JARIAH BT IBRAHIM PENGARAH BAHAGIAN KECEMERLANGAN INSTRUKSIONAL PENGERUSI
NOOR AIDI BT NADZRI KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN KECEMERLANGAN INSTRUKSIONAL OLEH NOOR ROSMAWATI BINTI YUSUF (BKI) AZWAN BIN ABDULLAH (BKI) ABD. RAZAK BIN SADLI (POLIMAS) SAIFULLAH BIN HJ. MUSA (PSMZA) ROSLINA BINTI LAPANDITAH (KKHL) SARIATI BINTI DALIB (PMM) ABDULLAH LATEP MUSTAPHA (PKS) KAMARUDIN YUNUS (PUO) NORLIZAWATI BINTI ABD RAHMAN (PSAS) PN. LATENAZURAINI BINTI SAARI (PPD) MOHD AS'RI B. CHIK (PMM) MOHD FUAD B. OTHMAN (PTSB) ERAWATI BINTI MAHRILAR (PKS) MARLIANA BINTI HASSAN (PTSB)
JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
Bahagian Kecemerlangan Instruksional Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Galeria PiH Aras 4, Jalan P4W Persiaran Perdana Presint 4 62100 WP Putrajaya
03 – 8891 9000 03 – 8891 9056 www.politeknik.gov.my
[email protected]
Fax