Jul – Sept 2012
TERBITAN
02 Buletin
ReachingOUT
Suku Tahun
Paparan menarik edisi ini
PENGALAMAN MEDIA PRIMA MENGGUNAPAKAI KOD KANDUNGAN
Laman Web
www.cmcf.my Talian Bebas
1-800-88-CMCF (2623)
[email protected]
Pada tahun 2004 Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Kod Kandungan) telah didaftar oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan berkuatkuasa pada tahun yang sama. Kod ini membantu usaha industri komunikasi dan multimedia ke arah kawalan sendiri... (sambungan di halaman 3.) [1]
CMCFocus
PENGALAMAN MEDIA PRIMA MENGGUNAPAKAI DENGAN KOD KANDUNGAN Pengenalan
Pada tahun 2004 Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Kod Kandungan) telah didaftar oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan berkuatkuasa pada tahun yang sama. Kod ini membantu usaha industri komunikasi dan multimedia ke arah kawalan kendiri sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA). Kod ini ditadbir oleh Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), sebuah badan industri yang dianggotai oleh para peserta industri. Kawalan kendiri dapat mengurangkan masalah birokrasi namun meletakkan tanggungjawab yang berat kepada peserta industri. Tahap disiplin yang tinggi diperlukan untuk mengimbangi kepentingan komersial dengan pematuhan, menguji daya kreativiti dan pada masa yang sama menghormati norma dan sensitiviti masyarakat.
Media Prima Berhad Sebagai sebuah syarikat media bersepadu yang terbesar di Malaysia, rangkaian televisyen Media Prima Berhad (MPB) telah memainkan peranan aktif dalam CMCF sejak ia ditubuhkan terutamanya oleh TV3 dalam menyediakan input untuk aktiviti CMCF termasuk merangka dan menyemak Kod Kandungan dan penyertaan aktif di peringkat ahli majlis dan dalam Biro Aduan. Saluran radio MPB yang terdiri daripada HotFM, FlyFM dan OneFM, turut terlibat dalam CMCF melalui Persatuan Radio Komersial Malaysia (CRM).
Struktur Kawal Selia Dan Pematuhan Kod
termasuklah mereka yang baru mula bekerja selaras dengan keperluan Bahagian 9. Memandangkan tidak semua program kami mendapat kelulusan LPF, dan program secara langsung pula tertakluk kepada SKMM, maka penting untuk pasukan penerbitan kami memiliki pemahaman yang tinggi tentang syarat-syarat Kod Kandungan. Tambahan lagi, walaupun Kod Kandungan hanya mencadangkan penubuhan Unit Kawalan Kandungan (UKK), MPB telah mengambil inisiatif menubuhkan unitnya sendiri sebagai langkah tambahan untuk memastikan pematuhan.
Namun demikian, Kod Kandungan adalah sangat penting kerana kandungannya yang menyeluruh terutama Bahagian 2 (Garis panduan Kandungan), Bahagian 3 (Iklan), Bahagian 4 (Garis Panduan Penyiaran Khusus) dan Bahagian 5 (Garis panduan Dalam Talian Khusus). Sebagai contoh, Bahagian 2 Kod mengandungi pelbagai peruntukan berkaitan kandungan yang dianggap sebagai lucah, tidak senonoh atau tidak wajar. Bahagian 3 pula mengawal selia isu-isu pengiklanan bagi memastikan iklan-iklan yang disiarkan mematuhi Kod, manakala Bahagian 4 memberi garis panduan tentang penyebaran kandungan termasuk program berita dan hal ehwal semasa. Bahagian 5 yang menyediakan garis panduan tentang isu-isu dalam talian, turut relevan kepada MPB terutama selepas pelancaran tonton.com.my pada bulan Ogos 2010 oleh anak syarikat MPB, Alt Media Sdn Bhd.
Kesimpulan
Operasi MPB bukan sahaja dikawal selia oleh SKMM tetapi juga oleh pelbagai pihak berkuasa yang lain. Kandungan perlu melalui tapisan Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) dan kandungan tertentu perlu mendapat kelulusan tambahan daripada pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), meliputi pelbagai undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
Amalan kawalan kendiri dalam MPB termasuklah penyebaran pengetahuan tentang Kod Kandungan di kalangan staf
[3]
Rangkaian televisyen dan radio MPB secara amnya bergantung pada hasil pengiklanan dan para pengiklan pula mengukur kejayaan program berdasarkan “rating”. Oleh itu cabaran bagi MPB ialah untuk mencari keseimbangan antara menyediakan kandungan yang selari dengan norma-norma masyarakat dan mematuhi kawalan sendiri dan pada masa yang sama memastikan kandungan cukup menarik untuk mendapat “rating” yang tinggi. Kedudukan kami sebagai peneraju industri penyiaran hari ini sebahagiannya adalah hasil daripada keupayaan MPB untuk menjayakan usaha ini. MPB akan terus memainkan peranan aktif dalam CMCF kerana kami komited dengan usaha kawalan kendiri dan komitmen ini tidak akan berubah kerana ia telah menjadi faktor penentu dalam kejayaan kami sehingga kini.
Kajian Kes
ADUAN TERHADAP PROGRAM HIBURAN JEPUN YANG DITAYANGKAN DI STESYEN Televisyen Bebas Ke Udara Satu aduan diterima terhadap program hiburan Jepun yang ditayangkan di sebuah stesen televisyen bebas ke udara pada 7.30 malam pada 26 Jun 2010. Di dalam aduan kepada Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Forum Kandungan), Pengadu telah menyatakan perasaan terkejut dan hampa apabila mendapati program tersebut ditayangkan pada waktu Maghrib (waktu ketika umat Islam sedang menunaikan solat antara pukul 7.15 malam hingga 8.30 malam), yang beliau rasakan tidak sesuai untuk menayangkan program yang sedemikian terutamanya untuk keluarga kerana tema rancangan tersebut berjudul “College Girl on Girl Action’. Mengikut tema tersebut, pelajar-pelajar perempuan dari pelbagai kolej menyertai program itu, maka tiada masalah pada tema tersebut. Biro Aduan tidak perlu mendalami judulnya dan membuat sangkaan negatif. Cara interpretasi yang lebih adil adalah membandingkan tajuk dengan kandungan program itu. Dalam hal di atas, tajuk dan kandungannya tidak bercanggah. Pengadu juga membangkitkan isu tentang kandungan program di mana semasa permainan sedang berlangsung, penonton dapat melihat seluar dalam salah seorang
KEPUTUSAN BIRO ADUAN MENGENAI PROGRAM ANUGERAH DI TELEVISYEN Satu aduan telah dikemukakan kepada Biro Aduan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) berkaitan dengan perilaku seorang artis lelaki yang telah memeluk seorang artis wanita popular. Kejadian ini berlaku apabila artis lelaki ini diumumkan sebagai ‘Bintang Paling Popular’ pada acara penyampaian anugerah. Program secara langsung ini telah diadakan pada 12 April 2009 mulai jam 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam melalui sebuah stesen televisyen bebas ke udara. Orang ramai meluahkan rungutan mereka dalam talian dan perkara ini turut diterbitkan dalam akhbar berbahasa Malaysia yang menyatakan kekesalan mereka bagaimana seorang artis berbangsa Melayu dan beragama Islam tidak mengawal diri daripada memeluk artis wanita, selain memeluk penonton atau artis lelaki lain pada masa yang sama. Mereka
peserta ketika dia sedang memanjat dinding penghalang. Pengadu mendakwa perkataan yang membawa maksud alat sulit wanita serta bahagian tubuh yang lain serta kenyataan yang mengandungi maksud tersirat berkenaan seksualiti ada disebutkan dalam program itu. Biro Aduan telah meneliti klip video rancangan tersebut. Berkenaan isu seluar dalam yang dapat dilihat, Biro bersetuju dengan penerangan yang diberikan oleh stesen televisyen berkenaan bahawa perkara itu tidak disengajakan kerana ia berlaku ketika peserta itu cuba memanjat dinding penghalang. Biro mendapati bahawa seluruh rancangan tersebut merupakan permainan fizikal yang memerlukan para peserta melalui pelbagai halangan, dan dalam keadaan sedemikian, dedahan secara tidak sengaja (bukan berbogel) mungkin berlaku. Berkenaan perkataan-perkataan lucah yang tersirat pula, Biro telah mendengar rakaman alih suara beberapa kali dengan teliti dan mendapati perkataan-perkataan itu tidak disebutkan. Jika kita mengambil dua contoh – perkataan ‘terjojol’ (bulging) ada digunakan di dalam konteks. Para peserta ketika itu memakai pakaian kembung seperti satu watak dalam iklan Tanda Niaga Michelin dan dalam keadaan yang satu lagi adalah
juga berkata bahawa perangainya itu turut memalukan komuniti artis secara amnya. Kesimpulannya, memeluk seorang artis wanita di upacara penyampaian anugerah adalah tidak sesuai dengan keadaan mahu pun bersesuaian dengan amalan budaya masyarakat kita. Dalam menepis segala dakwaan tersebut, artis lelaki itu mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa beliau hanyalah sekadar meluahkan rasa gembiranya kepada semua kawan-kawan yang duduk berdekatan dengannya pada upacara itu apabila keputusan diumumkan. Secara kebetulan pula, artis wanita popular itu merupakan sahabat baiknya. Artis lelaki itu juga menerangkan bahawa kejadian tersebut adalah ekspresi kegembiraan secara spontan dan bukannya dirancang. Beliau tidak menyangka ada orang yang kurang senang dengan apa yang berlaku. Sehubungan dengan itu, artis lelaki itu telah meminta maaf berkalikali kepada orang ramai atas kelakuannya yang telah menyinggung perasaan ramai penonton. Kebaikan mengenai Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Kod Kandungan) adalah ia menggalakkan semua pihak yang berkaitan dengan industri komunikasi dan multimedia untuk melaksanakan kawalan kendiri bagi memastikan sebarang pelanggaran syarat akan ditangani serta-merta dan secara langsung dengan Pengadu. Bahagian 8, Perenggan 2.5 di bawah Pelaksanaan Kod dalam Kod Kandungan menyatakan dengan jelas: “Sebarang aduan berkaitan dengan perkara yang diliputi dalam Kod ini yang diterima oleh Pengamal Kod mesti diselesaikan oleh pihak-
[5]
bila peserta wanita menggunakan pakaian berupa lebah. Kata-kata seksual yang tersirat adalah berkaitan interpretasi dan konteks. Komen yang disebut semasa permainan menunjukkan situasi ketika itu. Ia mencerminkan permainan, pakaian dan keadaan humor dan menggelikan hati. Semuanya disebut untuk menghibur dan menarik perhatian penonton. Perkataan-perkataan makian atau jelik mungkin ada disebutkan semasa program itu tetapi stesen telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk memotong perkataanperkataan yang menyinggung tersebut. Dalam hal ini, stesen televisyen tersebut telah melaksanakan kawalan kendiri. Secara keseluruhannya, Biro Aduan menganggap program tersebut tidak menyinggung seperti mana yang disebutkan oleh Pengadu. Biro Aduan sedar bahawa Lembaga Penapisan Filem Malaysia telah meluluskan tayangannya sebagai ‘U’, iaitu sesuai untuk semua peringkat umur. Ini sepatutnya melenyapkan sebarang kerisauan yang diutarakan walaupun program tersebut ditayangkan pada waktu Maghrib. Maka dengan itu, aduan tersebut ditolak.
pihak yang terlibat. Namun, jika aduan tersebut tidak dapat diselesaikan, ia boleh dirujuk kepada Biro Aduan.” Perenggan tersebut menggalakkan pihak-pihak berkaitan untuk berinteraksi secara langsung dalam menyelesaikan sebarang pelanggaran syarat Kod Kandungan. Hanya sekiranya interaksi tersebut gagal untuk mencapai penyelesaiannya, barulah aduan tersebut dirujuk kepada Biro Aduan. Berdasarkan fakta, permohonan maaf daripada artis lelaki tersebut melalui rangkaian media elektronik sudah memadai untuk beliau mematuhi Bahagian 8, Perenggan 2.5 di bawah Pelaksanaan Kod dalam Kod Kandungan. Apakah lagi yang orang ramai mahukan daripadanya? Walaupun jika perkara ini diputuskan oleh Biro Aduan, hasilnya akan tetap sama. Artis tersebut akan menawarkan permohonan maaf yang serupa. Tiada gunanya untuk menyekat dalam sebarang rancangan atas sebab semata-mata untuk menghukumnya. Bagi perkara yang berkaitan dengan agama pula, permohonan maaf sudah dibuat. Maka, aduan tersebut dianggap telah selesai menurut Kod Kandungan.
Acara-acara
ACARA-ACARA LEPAS Dari bulan April hingga Jun ACARA-ACARA & TEMPAT DALAM BULAN APRIL
TARIKH
3 April 2012
Taklimat Keselamatan Mengenai Penggunaan Perkhidmatan Blackberry Di Dalam Rangkaian Komunikasi Kerajaan Auditorium, SKMM
12 Mei 2012
7 April 2012
Joint Collaboration Seminar with Consumer’s Association Penang (CAP) on Content Code & Internet Safety Vistana Hotel, Pulau Pinang
TARIKH
Seminar Kolaborasi Bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Penang Sunway Carnival Convention Centre at Sunway Carnival Mall Level 4 17 – 18 April 2012
Majlis Sambutan Hari RTM 2012 dan Pelancaran RTM on Mobile UPSI, Tanjung Malim Perak
27-29 April 2012
Karnival Jalur Lebar Malaysia Tapak Pasar Tamu, Pekan Beaufort
TARIKH
ACARA-ACARA & TEMPAT DALAM BULAN MEI
2 Mei 2012
Ceramah Sempena Minggu ICT 2012 Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam Kantin Sekolah, Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam, Melaka
3–5 Mei 2012
Karnival Komuniti 1Malaysia Gua Musang Padang Pusat Sivik, Gua Musang, Kelantan
4–6 Mei 2012
Karnival Mesra Belia 1Malaysia Mini Stadium Klawang, Negeri Sembilan
9 Mei 2012
MALAYSIAN “CONTENT FOR ALL” FORUM (MCFA 2012) IOI Marriot Hotel, Putrajaya
11 – 13 Mei 2012
GoMobile 2012 Asia’s Ultimate Mobile Lifestyle Event Kuala Lumpur Convention Centre
ACARA-ACARA & TEMPAT DALAM BULAN MEI
15 Mei 2012
Briefing on Content Code – Media Self-Regulation Universiti Sains Islam Malaysia (189 students)
16 Mei 2012
Briefing on Content Code at Star Rfm Menara Star, Petaling Jaya
18 - 20 Mei 2012
Karnival Mesra 1Belia Taman Bandar, Indera Mahkota, Kuantan
26 - 27 Mei 2012
Karnival Jalur Lebar Malaysia Padang Bandaran, Sandakan, Sabah
26-27 Mei 2012
Karnival Hari Belia 2012 Berhadapan Kompleks KPKK, Prescint 4, Putrajaya
30 – 31 Mei 2012
Kursus Keterampilan Berbahasa Melayu SKMM-DBP 2012 Marriot Hotel, Putrajaya
TARIKH
Liputan Media
Program Klik IT – JASA – SKMM Auditorium Akademi Bomba dan Penyelamat, Kuala Kubu Bharu, Selangor
Karnival Jalur Lebar Malaysia Padang Bandaran Kota Belud, Kota Belud, Sabah
ACARA-ACARA & TEMPAT DALAM BULAN JUN
1–3 Jun 2012
Majlis Kemuncak Bulan Pengguna Kebangsaan 2012 Tesco Semenyih, Selangor
16 – 17 Jun 2012
Karnival Jalur Lebar Malaysia Padang Bandaran Keningau, Keningau, Sabah
19 – 22 Jun 2012
Broadcast Asia 2012 Suntec Singapore
20-25 Jun 2012
MISTI Johor Persada Johor, Johor Baharu
Bagaimanakah Cara Membuat Aduan? Semua aduan mestilah bertulis. Sekiranya anda terdengar atau terlihat kandungan yang salah, anda mesti menghubungi Biro Aduan dengan:
Sila berikan maklumat berikut yang dapat membantu: • jenis program kandungan, sama ada iklan dan sebagainya • maklumat mengenai bila dan di mana kandungan itu disiarkan • apa yang anda fikirkan salah FORUM KANDUNGAN KOMUNIKASI mengenai kandungan tersebut
• menulis terus kepada:
Unit 1206, Block B Pusat Dagangan Phileo Damansara 1 9 Jalan 16/11, Off Jalan Damansara 46350 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA • e-mel kepada
[email protected]; atau • isikan Borang Aduan dalam talian di www.cmcf.my
DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
Biro Aduan mahu menyelesaikan aduan secepat mungkin, maka, lebih banyak maklumat yang dihantar, lebih cepatlah Biro dapat bertindak.
[6]