INTERVENSI KRISIS
Oleh: Dr. Nor Shafrin bt. Hj. Ahmad (KB, PA) Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
[email protected] Mei 2007
KENAPA INTERVENSI KRISIS PENTING? Berkesan membantu individu yang mengalami krisis. Tindakan segera mengelak gangguan mental atau perkembangan tingkah laku yang tidak sesuai.
2 ©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad
DEFINISI KRISIS Rohany Nasir (2004) Krisis adalah persepsi terhadap kejadian atau pengalaman yang tidak mampu diatasi seseorang dengan cara biasa serta mengganggu personaliti dan mengancam diri. Krisis menyebabkan individu tidak dapat mengawal perasaan (contoh: takut, terkejut, tekanan yang melampau)
3 ©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad
DEFINISI KRISIS Keadaan ketegangan, tidak tenteram, mengancam yang tidak mampu ditangani oleh mekanisme keupayaan individu. Krisis menyebabkan individu terganggu, bercelaru, hilang kawalan dan pertimbangan diri. Individu krisis menunjukkan simptom seperti gangguan tidur, gangguan makan dan menarik diri daripada aktiviti seharian.
4 ©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad
DISORIENTATION
DISRUPTION
KRISIS
DISEQUILIBRIU M
5 ©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad
DEFINISI INTERVENSI KRISIS intervensi krisis merupakan usaha membantu mangsa yang mengalami kecemasan psikologi untuk kembali ke tahap fungsi penyesuaian dan mencegah atau mengurangkan kesan negatif trauma psikologi (Everly & Mitchell, 1999).
6 ©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad
MATLAMAT INTERVENSI KRISIS
Menyelesaikan krisis dengan cara menukar persepsi ancaman atau bahaya dan memulihkan fungsi sosial mentee sebagaimana sedia kala.
7 ©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad
KATEGORI KRISIS 1. Perkembangan (developmental) – tempoh transisi yang membawa kepada gangguan emosi (contoh: hari pertama di universiti, persaraan, berkahwin atau menopause). 2. Kebetulan atau tidak disengajakan (accidental) bahaya yang berlaku tanpa diramal (contoh: kecacatan fizikal akibat kemalangan, diberhentikan kerja, gagal dalam pengajian dan penceraian).
8 ©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad
PENDEKATAN INTERVENSI KRISIS Tiga jenis pendekatan membantu: 1. mengarah (directive) 2. bukan mengarah (nondirective) 3. kerjasama (collaborative) Pemilihan pendekatan ditentukan oleh penilaian mentor yang cepat, tepat serta objektif berdasarkan pada intensiti krisis. Sesuatu jenis pendekatan boleh digunakan sepanjang proses membantu atau mengikut kesesuaian keadaan mentee (contoh: pendekatan mengarah kepada pendekatan kerjasama). 9 ©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad
PENDEKATAN MENGARAH Digunakan apabila mentee tidak berdaya mengurus krisisnya. Penjelasan diberi kepada masalah, mencari pilihan, membentuk rancangan yang lengkap dan mengarah, memimpin atau membimbing mentee dalam tindakan. Mentor banyak mengarah atau meminta mentee melakukan sesuatu. Dikenali juga sebagai pendekatan “saya”.
10 ©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad
Bersambung...
Mentee yang sesuai untuk pendekatan ini ialah mentee yang: perlu dimasukkan ke hospital dengan segera kerana keracunan dan lain-lain. mengalami kemurungan teruk. mengalami kejutan teruk. mempunyai kebimbangan yang melampau hingga tidak dapat berfungsi. terkeluar dari dunia nyata atau realiti. membahayakan diri sendiri dan orang lain.
11 ©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad
PENDEKATAN BUKAN MENGARAH Digunakan untuk mentee yang mampu mengambil inisiatif dan langkah tindakan sendiri. Tahap mobiliti dan kemampuan mentee perlu dinilai oleh mentor secara lisan dan bukan lisan. Dikenali sebagai pendekatan “awak” (you). Sesuai digunakan Pendekatan Pemusatan Klien (CC) oleh Carl Rogers.
12 ©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad
Bersambung...
Dalam pendekatan CC, mentor akan mendengar secara aktif, memberi galakan, membuat refleksi, memberi peneguhan serta menggunakan respons soalan-soalan terbuka. Fokus pendekatan adalah kepada perasaan, keperluan, kemampuan, autonomi serta matlamat mentee. Dengan bantuan mentor, mentee berupaya membuat pilihan dan perancangan, menghadapi masalah dan komited mencapai hasil yang dikehendaki.
13 ©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad
PENDEKATAN KERJASAMA Digunakan apabila mentee tidak mampu berfungsi secara berkesan menggunakan pendekatan bukan mengarah tetapi mempunyai cukup mobiliti sebagai rakan kerjasama dalam proses intervensi. Dirujuk sebagai pendekatan “kami” (we). Mentee dianggap sebagai rakan kongsi dalam melakukan beberapa perkara seperti mengenal pasti masalah sebenar, membuat pilihan, membuat perancangan dan komitmen untuk merealisasikan matlamat.
14 ©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad
Bersambung...
Mobiliti mentee dalam pendekatan ini tidaklah seperti dalam pendekatan bukan mengarah tetapi mereka mempunyai cukup keupayaan dalam proses membuat keputusan. Mentor bertindak sebagai penyokong, fasilitator dan perunding kepada mentee. Mentor membantu mentee dalam menentukan tindakan yang perlu diambil. Dalam keadaan equilibrium, mentee secara aktif akan menyelesaikan masalahnya.
15 ©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad
PERANAN MENTOR
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Campur tangan segera. Menilai keadaan mentee. Mengenal pasti keadaan mentee dalam situasi krisis. Menjadi pendengar yang baik. Penyokong. Membantu mentee membuat perancangan. Membuat rujukan. Melakukan susulan.
16 ©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad
KEMAHIRAN DAN CIRI-CIRI MENTOR Mampu bertindak segera berdasarkan penilaian dan maklumat ketika itu. Penilaian yang tepat adalah amat penting. Cepat membentuk formulasi membantu mentee. Penglibatan mentor adalah aktif. Menggunakan kemahiran asas kaunseling bagi membantu mentee melahirkan perasaan terpendam.
17 ©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad
Bersambung...
Mampu berhadapan dengan mentee yang beremosi dan mengalami penderitaan menyakitkan. Bertanggung jawab terhadap tindakan yang akan dilambil. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk berhadapan dengan situasi mentee.
18 ©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad
TAHAP-TAHAP DAN LANGKAH-LANGKAH INTERVENSI KRISIS TAHAP 1 Langkah 1 : Langkah 2 : Langkah 3 :
Langkah 4 : Langkah 5 :
permulaan atau kemasukan mengenal pasti masalah penentuan struktur dan kontrak perhubungan menolong penerokaan intensif reaksi mentee terhadap situasi krisis penentuan matlamat dan objektif serta batasan masa 19
©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad
Bersambung…
TAHAP 2
Langkah 1: Langkah 2 : Langkah 3 : Langkah 4: Langkah 5: Langkah 6 :
saling menerima matlamat dan objektif intervensi krisis merancang strategi. mengaplikasikan strategi penstrukturan kognitif rujukan sokongan latihan asertif membuat keputusan menilai strategi penamatan susulan 20
©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad
AKTIVITI LATIHAN 1 Mentee mengalami kemurungan teruk selepas dirogol oleh abang kandung. Keadaan fizikal mentee tidak terurus dengan rambut kusut masai, sepanjang perjumpaan, mentee menangis tanpa henti. Kadangkala mentee ketawa sambil membeliakkan matanya kepada mentor. SOALAN Kategori krisis? Pendekatan yang sesuai digunakan mentor? 21 ©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad
AKTIVITI LATIHAN 2 Suami mentee mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan beliau telah menyatakan hasrat untuk menceraikan mentee. Rasa sedih, marah dan kecewa silih berganti dalam diri mentee. Namun mentee masih berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka. Mentee ingin berterus terang dengan suami, berkongsi perasaannya namun tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbincangan.
SOALAN Kategori krisis? Pendekatan yang sesuai digunakan mentor? 22 ©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad
RUMUSAN Krisis merupakan keadaan tidak tenteram, mengancam serta menyebabkan individu hilang kawalan dan pertimbangan terhadap diri. Intervensi krisis merupakan usaha membantu individu yang mengalami kecemasan psikologi kembali ke tahap fungsi penyesuaian dan mencegah atau mengurangkan kesan negatif trauma psikologi. Terdapat tiga pendekatan intervensi krisis. Pemilihan pendekatan adalah mengikut penilaian mentor berdasarkan kepada intensiti krisis. Terdapat beberapa tahap dan langkah membantu mentee di samping mentor mengaplikasikan peranan dan kemahiran yang sesuai. 23 ©Dr. Nor Shafrin bt. Ahmad
Sekian, Terima Kasih