UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Penubuhan USM bermula dengan persetujuan yang dicapai terhadap revolusi yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada tahun 1962, yang mencadangkan agar sebuah kolej universiti ditubuhkan di negeri ini. Sebidang tanah telah diperolehi di Sungai Ara, disusuli dengan perletakan batu asas oleh Perdana Menteri Malaysia Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 7 Ogos 1967. Walau bagaimanapun, melihat kepada keperluan kampus yang lebih luas dan kondusif sesuai dengan keperluan guna tenaga negara pada masa depan, pada tahun 1969, sebuah universiti sepenuhnya ditubuhkan dengan nama Universiti Pulau Pinang. Pada bulan April 1969, Profesor Hamzah Sendut telah dilantik sebagai Naib Canselor pertamanya. Kampus yang sepatutnya bertempat di Sungai Ara telah ditukarkan ke Bukit Minden, lebih kurang 10 km daripada Bandaraya Georgetown pada tahun 1971, sebuah kawasan yang cantik seluas 500 ekar, dengan kehijauan dan lokasinya di tanah tinggi dan pemandangan lautan yang mempersonakan. Suasana kampus yang nyaman dan harmoni ini menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran. USM mempunyai dua kampus cawangan iaitu Kampus Kejuruteraan di Seri Ampangan, Nibong Tebal dan Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan. Sejak ditubuhkan, USM telah diberikan mandat untuk memberi dan memajukan pengajian tinggi dalam bidang sains dan teknologi yang meliputi Sains Alam, Gunaan, Perubatan, Pembangunan, Kejuruteraan, Sains Kesihatan dan juga bidang Sains Kemasyarakatan, Kemanusiaan dan Pendidikan. USM merupakan institusi yang menyediakan arena untuk penyelidikan, pemajuan dan penyebaran ilmu intelek sains dan kemanusiaan. Pada tahun 2006 USM telah dinobatkan sebagai Universiti Penyelidikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Pada September 2008 pula, USM telah dipilih pula sebagai universiti berstatus Apex (Program Pemacuan untuk Kecemerlangan) dan diberi mandat untuk membentuk semula masa depan pendidikan tinggi di Malaysia. Pemilihan ini berasaskan kepada kesediaan USM untuk meneroka masa hadapan berteraskan kepada kelestarian hari esok. USM akan menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi. Pengiktirafan ini menjadi satu tamparan buat warga USM untuk terus bergiat aktif dalam merencanakan sesuatu yang berguna untuk universiti agar terus berdaya saing di peringkat nasional dan global amnya.
1
DIPLOMA KEJURURAWATAN Panduan Siswa Baru, Sidang Akademik 2011/2012 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KUBANG KERIAN, KELANTAN Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia , Kubang Kerian, Kelantan ditubuhkan pada bulan Ogos 1983 khusus untuk penawaran program dalam bidang perubatan dan separa perubatan. Kampus seluas 72.84 hektar di Kubang Kerian ini terletak di lokasi strategik iaitu hanya lima (5) km daripada bandar Kota Bharu menjadikan ia senang dikunjungi samada dengan menggunakan perkhimatan awam mahu pun kenderaan sendiri. Bermula dengan pembinaan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), kampus ini berkembang pesat dengan perpindahan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dari Kampus Induk, Pulau Pinang ke Kubang Kerian. PPSP secara kesuluruhannya telah berpindah ke kampus ini pada Jun 1990 yang merupakan detik permulaan kepada pentadbiran Kampus Kesihatan. Kampus Kesihatan telah berkembang pesat dengan dilengkapi kemudahan-kemudahan penyelidikan perubatan dan kesihatan yang bertaraf dunia dan penubuhan dua buah Pusat Pengajian baru menjadikan keseluruhan tiga buah Pusat Pengajian berikut di Kampus Kesihatan :
Pusat Pengajian Sains Perubatan
Pusat Pengajian Sains Pergigian
Pusat Pengajian Sains Kesihatan
PUSAT PENGAJIAN SAINS KESIHATAN PPSK telah ditubuhkan di Kampus Kesihatan, Kelantan pada 1hb November 1999. Objektif utama Pusat Pengajian adalah untuk mengembangkan bidang-bidang Sains Kesihatan secara holistik. Di bawah payung Sains Kesihatan, bidang kepakaran seperti Bioperubatan, Dietetik, Kejururawatan, Sains Forensik, Sinaran Perubatan, Sains Senaman dan Sukan, Audiologi, Patologi Pertuturan, Pemakanan dan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan telah dimulakan secara berperingkat. Oleh yang demikian, PPSK merupakan satu usaha secara langsung dari USM untuk menjana sumber tenaga manusia negara dalam bidang kesihatan dan paramedik yang mempunyai keperluan pekerja mahir yang sangat ketara pada masa ini. Program akademik PPSK bermula pada Sidang Akademik 2000/2001 dengan kumpulan pengambilan pelajar pertama seramai 92 orang. Sidang Akademik 2011/2012 merupakan Sidang Akademik ke dua belas bagi pusat pengajian ini. Kumpulan pertama yang berijazah ialah pada Sidang Akademik 2002/2003 dan sehingga ke hari ini seramai 849 orang pelajar telahpun menamatkan pengajian dengan jayanya.
Program yang ditawarkan oleh PPSK adalah untuk pengajian empat tahun iaitu selama 8 semester bagi program Sains Kesihatan dan tiga tahun (6 semester) bagi program Diploma Kejururawatan. Pada akhir pengajian, pelajar akan dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian) dalam bidang yang diikuti. Akan tetapi, pelajar program Sains Forensik akan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dan graduan daripada program Diploma Kejururawatan akan dianugerahkan Diploma Kejururawatan.
2
DIPLOMA KEJURURAWATAN Panduan Siswa Baru, Sidang Akademik 2011/2012 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
MISI UNIVERSITI Misi utama Universiti Sains Malaysia ialah MEMIMPIN dan MENGINOVASI untuk mencapai kecemerlangan pada peringkat antarabangsa MELALUI:
Pemajuan dan penyebaran ilmu dan kebenaran;
Pemupukan kualiti yang menekankan kepada kecemerlangan akademik dan profesional;
Perkembangan individu yang menyeluruh dan
Komitmen yang kukuh terhadap aspirasi masyarakat, aspirasi negara dan aspirasi universal.
3
DIPLOMA KEJURURAWATAN Panduan Siswa Baru, Sidang Akademik 2011/2012 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
UNIVERSITI DALAM TAMAN Konsep Universiti Dalam Taman yang diadunkan oleh USM ini menunjukkan hubungan akrab di antara peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar. Unsur flora, fauna, air dan ciptaan-ciptaan lain merupakan hubungan yang dinamik dalam penerokaan kehidupan selanjutnya. Konsep ini mengajak kita untuk mengekalkan kehijauan kampus sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan dunia intelek. Kita perlu semarakkan semangat dan amalan dalam menjaga persekitaran kampus, malah terus menyayangi dan menghargai alam semula jadi dan ekologi yang dianugerahkan Tuhan di hati dan pemikiran pada setiap warga kampus. Untuk menyedarkan semua pihak terhadap usaha ini, pelbagai unsur perlu diberikan perhatian. Unsur-unsur ini adalah nisbah di dalam pemajuan tanah yang ada, keindahan flora dan fauna, tasik dan keindahan yang berkaitan, reka bentuk dan seni bina serta amalan seluruh warga kampus. Usaha murni ini memberikan keindahan yang tiada taranya, menggambarkan kampus yang sungguh menarik, nyaman dan kaya dengan semangat kemanusiaannya. USM menjadi model kehidupan universiti dalam taman yang patut dicontohi dan dicemburui. Ia merupakan gabungan harmoni persekitaran kampus dalam taman yang menyediakan medan wacana intelek dalam menerokai akal budi – siapa kita,bagaimana kita mengetahui dan bagaimana kita patut meneruskan kehidupan selanjutnya.
4
DIPLOMA KEJURURAWATAN Panduan Siswa Baru, Sidang Akademik 2011/2012 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
KAMPUS SEJAHTERA Konsep Kampus Sejahtera timbul dari kesedaran terhadap faktor utama untuk meningkatkan pembelajaran, iaitu kualiti kesejahteraan dan kesihatan pelajar dalam konteks yang lebih luas. Penekanan diberikan terhadap aspek kerohanian, sosial, fizikal, emosi, mental dan persekitaran. Program Kampus Sejahtera yang telah dimulakan pada tahun 2000, berasaskan lima (5) ciri utama: Kesukarelaan Kerja berpasukan Data dan maklumat Berdikari Dokumentasi yang lengkap Program ini juga menekankan gaya hidup sihat sebagai kunci kepada penguasaan pengetahuan. Sumber maklumat diutamakan dalam penyediaan perkhidmatan yang berintegrasi. Sehubungan dengan itu sebuah Portal telah dibangunkan, dinamakan sebagai Portal Kampus Sejahtera (http://healthycampus.usm.my) yang mengutamakan capaian umum kepada maklumat aktiviti dan dokumentasi berkaitan dengan kesejahteraan. Maklumat yang berkaitan disediakan dan dapat dibaca atau dimuat turun pada bila-bila masa.
5
DIPLOMA KEJURURAWATAN Panduan Siswa Baru, Sidang Akademik 2011/2012 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
PANDUAN SISWA BARU PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA KEJURURAWATAN SIDANG AKADEMIK 2011/2012 [KAMPUS KESIHATAN]
1. SYARAT TAWARAN Tawaran ini dengan sendiri TERBATAL sekiranya anda tidak memenuhi syarat-syarat berikut: 1.1
Sihat tubuh badan dan lulus pemeriksaan kesihatan serta tidak menghidap penyakit yang berjangkit (contoh: HIV/AIDS, Hepatitis B atau C) serta berbahaya, masalah kesihatan mental, sawan atau penyakit kronik dan tertakluk kepada PENGESAHAN daripada Pegawai Perubatan Pusat Sejahtera, Universiti Sains Malaysia.
1.2
Pendaftaran anda sebagai siswa USM perlu mendapat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Pusat Sejahtera, USM bahawa anda adalah layak dari segi kesihatan.
1.3
Calon mestilah memiliki kelayakan minimum yang merupakan Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program. Syarat Am Universiti adalah seperti berikut : i.
Lulus SPM/Setaraf dengan baik;
ii.
Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/Setaraf atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan
iii..
Syarat Khas Program adalah seperti berikut: Lulus peringkat SPM/Setaraf dan mendapat lima (5) KEPUJIAN dalam mata pelajaran berikut: • • • • • •
1.4
Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Matematik Rampaian Sains/Biologi Satu (1) mata pelajaran lain Lulus temu duga.
Tawaran ini akan TERBATAL pada bila-bila masa sekiranya didapati mana-mana keterangan, kenyataan atau salinan sijil-sijil yang dikemukakan adalah palsu atau tidak benar.
2. PERSEDIAAN CALON Sebagai persediaan anda ke Universiti Sains Malaysia, anda dinasihatkan supaya membaca arahan-arahan berikut dengan teliti sebelum mengisi dokumen-dokumen yang disertakan bersama dengan surat tawaran kemasukan Program Pengajian Penuh Masa, Sidang Akademik 2011/2012.
6
DIPLOMA KEJURURAWATAN Panduan Siswa Baru, Sidang Akademik 2011/2012 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
2.1
PERATURAN PENERIMAAN ATAU PENOLAKAN TAWARAN KEMASUKAN 2.1.1
Calon-calon siswa MESTI menyatakan dan MENGESAHKAN keputusan sama ada SETUJU menerima tawaran atau MENOLAK tawaran secara online melalui website : http://web.usm.my/kemasukan/jururawat
2.1.2
Peraturan dan Syarat Kemasukan Program Diploma Kejururawatan, Sidang Akademik 2011/2012. Lampiran A Sekiranya calon MENERIMA tawaran, calon dikehendaki mencetak Lampiran A dari website dan kembalikan semasa Pendaftaran Diri di Desasiswa atau datang ke Unit Pengambilan & Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendaftar, Aras 2, Canselori.
2.2 PENYEDIAAN KAD PINTAR SISWA LAMPIRAN B Kad Pintar Siswa merupakan kad pengenalan rasmi siswa USM. Siswa diwajibkan memakai dan mempamerkan Kad Pintar Siswa sebagai tanda pengenalan diri sepanjang masa ketika berada di dalam kampus dan untuk semua urusan rasmi. Kad Pintar Siswa tidak boleh dipindah milik atau diberikan untuk kegunaan pihak lain. Anda dikehendaki mengambil foto untuk penyediaan kad pintar yang dijadualkan pada 29 Mei [Ahad] – Aktiviti Sesi Fotografi Kad Pintar di Dewan Utama. Siswa-siswa boleh menggunakan kad ini untuk:i. ii. iii.
Peminjaman atau pemulangan buku dan pembayaran denda di Perpustakaan. Pengesahan pendaftaran dan temujanji di Pusat Sejahtera USM. Pemantauan keluar atau masuk siswa di kampus.
Jika berlaku kehilangan atau kerosakan Kad Pintar Siswa, siswa perlu membuat laporan di Kaunter Aras 2, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Kampus Kesihatan dengan mengisi borang KEM/KDPI 2 & 3. Bagi kad yang hilang atau rosak, siswa perlu membuat pembayaran sebanyak RM60.00 di Kaunter Akaun Pelajar, Jabatan Bendahari. Siswa perlu mendapatkan surat pengesahan kehilangan daripada Pengambilan dan Kemasukan Pelajar dan laporkan kepada Bank Islam (M) Berhad untuk mendapatkan nombor pin baru. Tiada bayaran dikenakan jika siswa menukar rancangan pengajian atau tamat tempoh atau lanjutan. 2.3
LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN LAMPIRAN C a)
Anda dikehendaki membuat Pemeriksaan Perubatan dan X-Ray Dada di Pusat Kesejahteraan Pelajar, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan SAHAJA. Sila gunakan Borang Laporan Pemeriksaan Perubatan – LAMPIRAN C untuk tujuan tersebut.
b)
Untuk tujuan ini, anda dikehendaki mendaftar diri di kaunter Pusat Kesejahteraan Pelajar bagi mendapatkan temujanji Pemeriksaan Perubatan pada hari anda melaporkan diri di Desasiswa-desasiswa Kampus Kesihatan USM seperti yang telah ditetapkan. Sila rujuk Program Siswa Lestari, Sidang Akademik 2011/2012 – LAMPIRAN D (Aktiviti Pendaftaran Siswa Baru) yang disertakan bagi mengetahui tarikh dan waktu aktiviti tersebut.
7
DIPLOMA KEJURURAWATAN Panduan Siswa Baru, Sidang Akademik 2011/2012 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
c)
Anda perlu mengisi Borang Pemeriksaan Perubatan sepenuhnya di muka surat 1 dan 2 (Perakuan Kebenaran Bius) yang perlu ditandatangani oleh Ibubapa atau Penjaga sekiranya anda berumur kurang 21 tahun dan serahkan sendiri semasa pemeriksaan perubatan dijalankan di Pusat Kesejahteraan Pelajar, Universiti Sains Malaysia.
d)
Bagi para pelajar kursus Sains Perubatan dan Sains Pergigian, anda diminta untuk melakukan pemeriksaan HIV, Hepatitis B dan C di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.
e)
Laporan Pemeriksaan Perubatan dan filem X-ray dada akan menjadi hak milik Universiti. Namun demikian, sekiranya anda menarik diri atau bertukar universiti, anda boleh mendapatkan Laporan Pemeriksaan Perubatan dan filem X-ray dada anda di Pusat Kesejahteraan Pelajar, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia. Jika perlu, pihak berkuasa Universiti akan membuat Pemeriksaan Perubatan ke atas diri anda di Hospital yang dipilih oleh pihak Universiti selepas mendaftar diri sebagai pelajar. Jika ini berlaku, anda mungkin dikehendaki membiayai perbelanjaan rawatan tertentu yang tidak ditanggung oleh Universiti.
f)
2.4
Bayaran yang dikenakan kepada setiap pelajar yang membuat Pemeriksaan Perubatan dan X-Ray Dada di USM adalah sebanyak RM50.00 seorang. Bayaran ini telah pun dimasukkan dalam Bil Bayaran Yuran Pengajian yang dikenakan pada anda. Rujuk Bil Bayaran Yuran Pengajian yang disertakan bagi mengetahui jumlah yang perlu anda bayar.
MAKLUMAT SISWA (SALINAN PEJABAT AKADEMIK PUSAT PENGAJIAN) LAMPIRAN E a) Sila baca dan isikan Borang Maklumat Siswa, Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Siswa, Sidang Akademik 2011/2012 Pelajar pada LAMPIRAN E. b) Borang Maklumat Siswa yang telah lengkap diisi berserta dengan lampiran atau gambar yang diperlukan hendaklah diserahkan semasa hari Pendaftaran Diri diadakan. c) Aktiviti ini akan dijalankan di Dewan Utama mengikut program pengajian anda. Sila rujuk Program Siswa Lestari 2011/2012 – LAMPIRAN D (Aktiviti Pendaftaran Diri).
8
DIPLOMA KEJURURAWATAN Panduan Siswa Baru, Sidang Akademik 2011/2012 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
3.
BAYARAN YURAN UNIVERSITI 3.1
BAYARAN YURAN PENGAJIAN a) Jadual Bayaran Yuran adalah seperti di bawah: JENIS YURAN
JUMLAH (RM)
1. YURAN TIDAK BERULANG
a) b) c) d) e) f) g) h)
30.00 100.00 200.00 30.00 60.00 10.00 100.00 50.00
Yuran Pendaftaran Yuran Program Siswa Lestari Yuran Kegiatan Siswa Yuran Perkhidmatan Siswa Yuran Kad Pintar Siswa Yuran Pelbagai Yuran Tunas Alumni* Pemeriksaan Kesihatan JUMLAH
580.00
2. YURAN BERULANG
a) b) c) d)
400.00 15.00 5.00 10.00 350.00
Yuran Pengajian Yuran Kesihatan Siswa Tabung Kebajikan Siswa Aktiviti Desasiswa e) Yuran Penginapan (kadar anggaran) JUMLAH
780.00
JUMLAH BESAR
1,360.00
*bayaran termasuk Perlindungan Insurans Kemalangan Berkelompok Yuran tidak berulang perlu dibayar sekali sahaja iaitu pada tahun pertama pengajian, manakala yuran berulang dibayar pada setiap semester. b) Yuran Desasiswa Perlu dibayar bagi setiap semester apabila siswa menginap di Desasiswa yang disediakan. Bagi tujuan pendaftaran sebagai siswa Universiti Sains Malaysia, amaun bayaran yang perlu dijelaskan mengikut Program Pengajian yang telah ditawarkan adalah seperti di Bil Bayaran Yuran Pengajian. Bil ini boleh diperolehi melalui portal www.usm.my di bawah tajuk Saluran Kemasukan USM. Amaun keseluruhan yang perlu dibayar oleh siswa mengikut Program Pengajian yang ditawarkan adalah : Amaun Bil = Yuran Tak Berulang + Yuran Berulang
9
DIPLOMA KEJURURAWATAN Panduan Siswa Baru, Sidang Akademik 2011/2012 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
3.2
CARA PEMBAYARAN Sebelum sebarang pembayaran dibuat, sila pastikan segala butiran yang terkandung dalam Bil Bayaran Yuran Pengajian adalah tepat. Berikut disenaraikan kaedah pembayaran yang boleh digunakan dalam menjelaskan bayaran yuran serta langkah susulan yang perlu diambil semasa hari pendaftaran nanti. a) Pembayaran tunai di kaunter Bank Islam (M) Berhad di mana-mana cawangannya di Malaysia (individu perlu melengkapkan Slip Pembayaran Bil untuk membuat bayaran). Pastikan satu salinan Slip Pembayaran Bil disimpan untuk dijadikan sebagai salinan pengesahan bayaran. b) Pembayaran secara internet atau online portal epayment USM, sama ada menggunakan kad kredit ataupun pindahan tunai (FPX). Pastikan nombor Bil Bayaran Yuran Pengajian dan Nombor Kad Pengenalan Siswa yang tertera adalah tepat di dalam ruangan disediakan dan satu salinan transaksi bayaran dicetak sebagai salinan pengesahan bayaran. Sila pastikan bahawa pembayaran dibuat sebelum hari pendaftaran dan salinan pengesahan bayaran diserahkan di kaunter Jabatan Bendahari yang telah ditetapkan*. *Sila rujuk Program Siswa Lestari, Sidang Akademik 2011/2012. SILA AMBIL PERHATIAN Siswa adalah dinasihatkan agar TIDAK membawa wang tunai dalam jumlah yang besar semasa Program Minggu Siswa Lestari.
3.3
PENAJAAN BIASISWA Calon program pengajian Diploma Kejururawatan yang layak dan terpilih sahaja akan dipertimbangkan penajaan biasiswa. Penajaan biasiswa adalah tertakluk kepada kemampuan pihak penaja. Bagi Sidang Akademik 2011/2012, pihak yang menawarkan penajaan biasiswa ialah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT). Penentuan pihak tajaan mengikut calon adalah seperti di dalam surat tawaran. Borangborang penajaan mengikut pihak yang menaja adalah dilampirkan dalam surat tawaran. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar kepada pihak penaja. Calon-calon yang ditaja oleh pihak penaja adalah terikat dengan syarat-syarat yang termaktub dalam surat perjanjian tajaan seperti yang terdapat dalam borang. Siswa yang mendapat sebarang tajaan biasiswa, pinjaman atau bantuan kewangan dikehendaki mengemukakan salinan asal surat tawaran berkenaan kepada staf Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari pada waktu pejabat. Sila rujuk Program Minggu Siswa Lestari, Sidang Akademik 2011/2012 bagi mengetahui tarikh dan waktu aktiviti tersebut.
3.4 TAWARAN PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) a. Pembiayaan pendidikan PTPTN terbuka kepada semua pelajar di IPTA yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa, separuh masa dan jarak jauh di peringkat seperti berikut:i. ii. iii. iv. v.
Diploma Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Doktor Falsafah (PhD) Kursus Profesional
10
DIPLOMA KEJURURAWATAN Panduan Siswa Baru, Sidang Akademik 2011/2012 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
b. Pelajar yang telah mendapat pembiayaan PTPTN untuk pengajian terdahulu tetapi gagal menamatkan pengajian boleh memohon pembiayaan kali kedua untuk meneruskan pengajian mereka setelah kesemua hutang terdahulu diselesaikan. Walau bagaimanapun, pertimbangan bagi pembiayaan kali kedua tertakluk kepada peruntukan kewangan yang mencukupi. c. Pelajar yang telah mendapat pembiayaan PTPTN dan berjaya menamatkan pengajian terdahulu boleh membuat permohonan untuk ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Permohonan untuk peringkat pengajian yang sama tidak akan dipertimbangkan. d. Pelajar yang telah menerima pinjaman PTPTN, tetapi mendapat pembiayaan daripada penaja lain boleh membuat permohonan kali kedua mengikut kategori di bawah:i. Bagi pelajar yang menerima tajaan lain dan tidak bertindih pembiayaan (mendapat pembiayaan PTPTN dan penaja lain dalam semester yang berbeza):Pelajar boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu mengemukakan rayuan beserta dokumen sokongan yang diperlukan dan disahkan bahawa tajaan peminjam tidak bertindih dengan PTPTN. ii. Bagi pelajar yang menerima tajaan lain dan bertindih pembiayaan (mendapat pembiayaan PTPTN dan penaja lain dalam semester yang sama):Pelajar boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu menyelesaikan jumlah pembiayaan yang bertindih secara sekaligus dalam tempoh yang ditetapkan. e. Pelajar yang membatalkan pembiayaan pendidikan PTPTN dan membiayai sendiri baki pengajian juga boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu mengemukakan rayuan beserta dokumen sokongan yang diperlukan dan disahkan bahawa pelajar membiayai pengajiannya sendiri tanpa menerima pembiayaan daripada mana-mana penaja lain. f.
Pembiayaan akan diberhentikan sekiranya pelajar gagal meneruskan pengajian pada peringkat jurusan atau IPT sepertimana yang dinyatakan dalam permohonan pembiayaan. Pelajar dikehendaki membayar balik wang yang telah diperolehi daripada PTPTN sepanjang tempoh pengajian yang telah diikuti sebagaimana yang ditetapkan dalam perjanjian.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN a. Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:i. Pemohon adalah warganegara Malaysia; ii. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon; iii. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran; iv. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Diploma Politeknik dengan syarat memperolehi CGPA 3.0 dan ke atas; v. Bagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Politeknik, mereka hendaklah telah mendaftar untuk mengikuti kursus yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengurusan IPT (IPTA/IPTS) atau Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi;
11
DIPLOMA KEJURURAWATAN Panduan Siswa Baru, Sidang Akademik 2011/2012 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
vi. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan; vii. Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengikuti kursus berkaitan. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di perkara di atas; viii. Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat hendaklah tidak kurang dari satu tahun; ix. Pembiayaan pendidikan PTPTN memerlukan dua (2) penjamin yang terdiri daripada ibu dan bapa kandung pemohon sahaja tanpa mengambil kira umur dan pendapatan penjamin; x. Tidak mempunyai penaja lain; dan xi. Jumlah keseluruhan pembiayaan pendidikan yang telah diperoleh pelajar dengan mengambil kira pembiayaan yang akan diluluskan hendaklah tidak melebihi RM 65,000.
KAEDAH PERMOHONAN Kaedah permohonan Pembiayaan Pendidikan akan dimaklumkan kemudian. Sila rujuk laman web PTPTN. a. Dokumen sokongan yang telah ditetapkan untuk permohonan Pembiayaan PTPTN adalah seperti berikut:i. Salinan Kad Pengenalan pemohon (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka surat yang sama) ii. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Nota: Bagi yang mengemukakan salinan slip keputusan peperiksaan SPM/SPMV, hanya slip yang tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil boleh diterima pakai) iii. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT (surat tawaran dari cetakan laman web IPT boleh diterima tetapi hendaklah disahkan oleh pegawai di IPT terbabit sahaja) iv. Salinan Buku Akaun Bank (muka surat yang tercatat nombor akaun)/Salinan Slip Deposit/Salinan Pengesahan nombor akaun persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh PTPTN mengikut IPT masing-masing. Salinan tersebut mestilah mempunyai maklumat iaitu nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun pemohon. (Dokumen ini diperlukan sekiranya nombor akaun yang tercetak di Dokumen Tawaran pelajar salah) v. Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh: STPM / DIPLOMA / MATRIKULASI / IJAZAH SARJANA MUDA / IJAZAH SARJANA (MASTER) (Nota: Sila sertakan surat pengesahan tamat pengajian dari IPT yang mengendalikan kelayakan masuk tersebut jika pemohon belum menerima sijil dan transkrip peperiksaan juga tidak dinyatakan bahawa pelajar telah menamatkan pengajian/layak dianugerahkan sijil). vi. Salinan Slip Gaji (ketika permohonan dikemukakan)/Salinan Borang Cukai Pendapatan (Individu) / Salinan Kad Pesara / Salinan Pengesahan Tidak Bekerja- IBU BAPA / PENJAGA / PEMOHON / PASANGAN PEMOHON. vii. Salinan Kad Pengenalan / Salinan Paspot ibu dan bapa kandung sebagai penjamin. viii. Salinan Sijil Kematian / Surat Akuan Sumpah sekiranya ibu / bapa kandung telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan.
12
DIPLOMA KEJURURAWATAN Panduan Siswa Baru, Sidang Akademik 2011/2012 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
ix. Salinan Surat Pengesahan / Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat / Pusat Zakat / sekiranya pemohon / ibu bapa kandung / penjaga merupakan penerima bantuan bulanan dari agensi berkenaan. x. Dua (2) keping Setem Hasil bernilai RM10.00 setiap satu. Sila dapatkan di Pejabat Pos. b. Bagi pelajar-pelajar yang membuat permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN pada semester ke 2 pengajian dan ke atas, dokumen sokongan tambahan (WAJIB) yang perlu dikemukakan oleh pelajar adalah seperti berikut:i. Salinan Surat Pengesahan Masih Belajar daripada IPT. Pengesahan daripada Dekan / Ketua Program / Pegawai Hal Ehwal Pelajar. ii. Salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya. c. Salinan dokumen sokongan di atas hendaklah disediakan pemohon dengan menggunakan kertas BERSAIZ A4 berwarna putih dan DISAHKAN oleh pegawai yang layak. d. Pegawai yang boleh menjadi saksi PELAJAR dan PENJAMIN dan untuk pengesahan dokumen sokongan di atas adalah seperti berikut:i. ii. iii. iv. v. vi.
Wakil Rakyat / Senator Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) Pengamal Undang-Undang Pesuruhjaya Sumpah / Jaksa Pendamai Pengetua / Guru Besar (Sekolah kerajaan sahaja) Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas/Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf dan ke atas vii. Ketua Kampung / Penggawa / Penghulu / Ketua Masyarakat / Sidang / Pegawai Pembangunan Mukim / Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) viii. Untuk Sabah dan Sarawak – Ketua Kaum / Ketua Anak Negeri / Kapitan / Pemanca / Pegawai Taman Sabah (Penting: Semua pegawai atau saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Cop pegawai atau saksi hendaklah lengkap mempunyai Jawatan Pegawai dan Jabatan/Alamat di mana pegawai bertugas) PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN a.
Pengeluaran pembiayaan pendidikan akan dikreditkan terus ke akaun pelajar. Pengeluaran pembiayaan kali pertama hanya dibuat setelah perjanjian yang sempurna diterima oleh PTPTN.
d. Bagi bayaran semester berikutnya, pengeluaran pembiayaan akan dibuat setelah PTPTN menerima pengesahan status pelajar daripada IPT masing-masing bahawa pelajar berjaya meneruskan pengajian dan memperolehi keputusan GPA 2.0 dan ke atas. PENAHANAN PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN a. Pelajar mendapat keputusan peperiksaan dengan GPA kurang daripada 2.00; b. Menangguhkan pengajian; dan c. Dikenakan tindakan tatatertib dan dijatuhkan hukuman gantung pengajian.
13
DIPLOMA KEJURURAWATAN Panduan Siswa Baru, Sidang Akademik 2011/2012 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
PENAMATAN/PEMBATALAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN a. Pemberhentian pengeluaran pembiayaan pendidikan akan dibuat apabila pelajar gagal / berhenti / mendapat penajaan lain / menukar kursus pengajian dengan mengulang semester / membatalkan tawaran PTPTN semasa di dalam tempoh perjanjian dengan PTPTN. Pelajar dikehendaki membayar balik pembiayaan yang telah diperoleh daripada PTPTN sepanjang tempoh pengajian yang telah diikuti sebagaimana yang telah ditetapkan dalam perjanjian. b. Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh diperoleh daripada laman web http://www.ptptn.gov.my.
PTPTN HOTLINE - 03-2092 7788 untuk sebarang kemusykilan. Sebarang aduan/pertanyaan sila email kepada:
[email protected]
Alamat Surat Menyurat PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL Lot G2, Tingkat Bawah Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur
3.5
PINJAMAN SEMENTARA UNTUK SISWA BARU Bagi siswa-siswa baru yang menghadapi masalah kewangan atau sementara menunggu untuk mendapatkan bantuan tajaan atau kewangan masing-masing, pihak USM juga sedia membantu mereka melalui kemudahan Tabung Pinjaman Sementara. Siswa diminta merujuk dan ditetapkan untuk mengisi borang permohonan tabung pinjaman sementara yang boleh didapati di Unit Kebajikan, Tajaan dan Anugerah, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar di dalam tempoh seminggu selepas berakhirnya Program Minggu Siswa Lestari dijalankan.
3.6 PERTANYAAN BERKENAAN YURAN Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau persoalan berkaitan pembayaran yuran, sila hubungi Unit Pengurusan Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan di talian berikut : i) Pn Maslina Zukhaireen ii) Pn. Noorazma
: 09-7672110 : 09-7672111
14
DIPLOMA KEJURURAWATAN Panduan Siswa Baru, Sidang Akademik 2011/2012 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
4.
PENGINAPAN DALAM KAMPUS (DESASISWA) LAMPIRAN G - PETA USM, KAMPUS KESIHATAN 4.1
PENGINAPAN Semua siswa baru yang akan mendaftar di USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan akan disediakan tempat penginapan di Desasiswa Murni Nurani. Anda diwajibkan tinggal di Desasiswa bermula dari Program Minggu Siswa Lestari dan juga keseluruhan Sidang Akademik 2011/2012 (kecuali setelah mendapat kelulusan bertulis dari pihak berkenaan).
4.2
LAPOR DIRI DI DESASISWA a). Anda perlu melapor diri di Dewan Nurani, Desasiswa Murni Nurani, USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan. Sila rujuk Program Siswa Lestari, Sidang Akademik 2011/2012 yang disertakan bagi mengetahui tarikh dan waktu aktiviti tersebut. b). Untuk ke Desasiswa Murni Nurani, Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan sila lihat papan tanda yang menunjukkan arah tuju ke Desasiswa Murni Nurani. Sila rujuk peta USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan - LAMPIRAN F. c). Sepanjang tempoh penginapan di Desasiswa, anda dikehendaki membawa sendiri bantal, sarung bantal dan cadar kerana pihak USM tidak menyediakan kemudahan ini. Peralatan elektrik seperti sterika, cerek elektrik dan sebagainya tidak dibenarkan.
5.
PROGRAM MINGGU SISWA LESTARI, SIDANG AKADEMIK 2011/2012 5.1
AKTIVITI PROGRAM SISWA LESTARI Semua siswa baru diwajibkan mengikuti aktiviti Program Siswa Lestari sebagaimana yang terdapat di dalam jadual yang disertakan. Untuk memudahkan pengendalian aktiviti ini, semua siswa baru diwajibkan tinggal di Desasiswa semasa Minggu Program Siswa Lestari. Oleh itu, sila baca dengan teliti dan patuhi jadual aktivitiaktiviti yang telah diaturkan.
5.2
PENDAFTARAN DIRI Semua siswa baru diwajibkan mendaftar diri masing-masing dengan menandatangani Buku Daftar Siswa. Kegagalan anda mendaftar diri di dalam Buku Daftar tersebut boleh menyebabkan tawaran kemasukan anda ditarik kembali. Pendaftaran diri akan diadakan pada 29 Mei 2011 [Ahad] mulai jam 8:30 pagi. Sila rujuk Program Siswa Lestari, Sidang Akademik 2011/2012.
5.3
PENYEMAKAN SIJIL Anda dikehendaki mengemukakan SIJIL-SIJIL ASAL dan salinan yang telah disahkan untuk tujuan penyemakan semasa aktiviti Pendaftaran Diri dijalankan. Sila rujuk Program Siswa Lestari, Sidang Akademik 2011/2012 yang disertakan bagi mengetahui tarikh dan waktu aktiviti tersebut. Sijil-sijil yang diperlukan ialah: i.
Kad Pengenalan
15
DIPLOMA KEJURURAWATAN Panduan Siswa Baru, Sidang Akademik 2011/2012 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi.
Sijil Lahir Sijil Kewarganegaraan (jika ada) Surat Tawaran Rasmi Sijil SPM/SPVM Sijil SPM Bahasa Malaysia Julai (jika ada) Sijil STP/STPM/HSC Diploma/Sijil – Sijil (termasuk transkrip) Sijil/Keputusan Matrikulasi Sijil MUET Sijil-sijil lain yang digunakan semasa membuat permohonan
b)
Anda dikehendaki menyediakan satu (1) salinan setiap satu sijil-sijil di atas untuk keperluan Pusat Pengajian masing-masing. Perlu diserahkan semasa aktiviti Pendaftaran Diri.
c)
Anda juga dikehendaki menyediakan 10 keping gambar peribadi berukuran pasport (gambar terbaru) bagi tujuan pendaftaran kursus dan pendaftaran lain.
6. PENDAFTARAN KURSUS Pendaftaran bagi kursus-kursus yang ditawarkan kepada siswa-siswa baru Kampus Kesihatan USM , Kubang Kerian, Kelantan pada Semester 1, Sidang Akademik 2011/2012 adalah seperi berikut: i.
Pendaftaran kursus Semester 1, Sidang Akademik 2011/2012 akan diadakan di Dewan Utama, Kampus Kesihatan, Kelantan. Sila rujuk Program Siswa Lestari, Sidang Akademik 2011/2012 bagi mengetahui tarikh dan waktu aktiviti tersebut.
ii.
Bagi tujuan mendapatkan Borang Pendaftaran Kursus, anda dikehendaki menyediakan 1 salinan Surat Tawaran Kemasukan dan sijil-sijil yang telah disahkan. Borang Pendaftaran kursus mesti dikembalikan pada hari dan tempat yang sama kepada staf yang bertugas.
iii. Satu taklimat pendaftaran kursus Bahasa dan Ko-Kurikulum akan diadakan seperti yang telah ditetapkan dalam Minggu Siswa Lestari, Kampus Kesihatan USM. (Ko-Kurikulum untuk Siswa Sains Kesihatan sahaja). Sila rujuk Program Siswa Lestari, Sidang Akademik 2011/2012. 7. PENDAFTARAN PERPUSTAKAAN LAMPIRAN G Taklimat dan Pendaftaran Perpustakaan bagi semua siswa baru akan diadakan seperti yang telah ditetapkan dalam Program Minggu Siswa Lestari, Kampus Kesihatan USM. Anda dikehendaki mengisi Borang Pendaftaran di Lampiran G. Sila rujuk Program Siswa Lestari, Sidang Akademik 2011/2012 bagi mengetahui tarikh dan waktu aktiviti tersebut. 8. SESI BERSAMA PELAJAR BARU MENDAFTAR Supaya kemudahan tersedia ini dapat memanfaatkan semua pelajar, pihak Universiti telah merancang program seperti berikut untuk memberi pemahaman dan pendedahan kepada pelajar berkaitan bantuan kewangan: 8.1
Kiosk Unit Penajaan Unit Penajaan akan menempatkan beberapa kakitangan dan mengedarkan maklumat berkaitan kemudahan bantuan kewangan semasa program Siswa Minggu Lestari berlangsung.
8.2
Taklimat Bantuan Kewangan Satu sesi Taklimat Bantuan Kewangan akan di adakan semasa program Siswa Lestari berlangsung. Sila rujuk Program Siswa Lestari, Sidang Akademik 2011/2012.
16
DIPLOMA KEJURURAWATAN Panduan Siswa Baru, Sidang Akademik 2011/2012 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
9. PAKAIAN DAN PENAMPILAN 9.1
Semua siswa mestilah mematuhi etika pakaian yang ditetapkan oleh Universiti Sains Malaysia. Pada dasarnya siswa mestilah berpakaian bersih, kemas, bersopan dan sesuai dengan keperluan dan keadaan pada setiap masa. TANDA NAMA yang akan diberikan mestilah dipakai sepanjang Program Minggu Siswa Lestari.
9.2
PAKAIAN MAJLIS SAMBUTAN SISWA Majlis sambutan siswa akan diadakan seperti yang telah ditetapkan dalam aktiviti Program Minggu Siswa Lestari, Sidang Akademik 2011/2012. Sila rujuk Program Siswa Lestari, Sidang Akademik 2011/2012 bagi mengetahui tarikh dan waktu aktiviti tersebut. Pada majlis tersebut, semua siswa dikehendaki memenuhi etika pemakaian berikut:-
9.3
•
LELAKI
-
Baju kemeja putih berlengan panjang dan bertali leher Bersepatu (Selipar dan sandal tidak dibenarkan)
•
PEREMPUAN
-
Blaus berlengan panjang dan skirt di bawah paras lutut atau berbaju kurung/kebaya. Berkasut (Selipar dan sandal tidak dibenarkan)
ETIKA PAKAIAN SISWA DI PELBAGAI LOKASI DALAM KAMPUS SEPANJANG PENGAJIAN Semasa siswa berada di dalam kampus sepanjang pengajian bagi mengikuti kuliah, tutorial, tempat permainan, pejabat dan sebagainya, anda DIWAJIBKAN untuk mematuhi kod etika pakaian yang ditetapkan seperti berikut:BIL. 1.
BIL. 2.
PAKAIAN
TEMPAT ATAU LOKASI
Pakaian Kemas • Kemeja lengan pendek atau panjang. • Baju kot (jika ada). • Seluar panjang bukan jenis Jeans. • Pakaian seragam. • Berkasut – bukan jenis yang dipakai semasa bersukan. • Pakaian tradisional (termasuk Sut Melayu dan bersongkok, Cheong Sam, Saree dan sebagainya). PAKAIAN
Tempat Rasmi • Majlis rasmi. • Temujanji dengan pegawai atasan Universiti di pejabat. • Mesyuarat-mesyuarat peringkat Universiti.
TEMPAT ATAU LOKASI
Pakaian Separuh Kemas • Baju T berkolar. • Seluar jenis Jeans. • Jaket yang sesuai. • Bersepatu (Kasut).
Tempat-tempat Separuh Rasmi • Dewan Kuliah, Bilik Tutorial atau Makmal. • Perpustakaan. • Pusat Kesihatan. • Kafeteria. • Bangunan Canselori.
17
DIPLOMA KEJURURAWATAN Panduan Siswa Baru, Sidang Akademik 2011/2012 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
3.
4
5.
Pakaian Tidak Kemas • Baju tanpa lengan. • Skirt mini atau seluar pendek (Perempuan). • Baju yang mendedahkan atau menjolok mata. • Selipar (dibenarkan pada waktu petang atau malam di kantin dan tempat tidak formal). • Bertindik telinga atau di mana-mana bahagian muka dan tubuh (lelaki). • Lelaki rambut panjang mencecah kolar. • Rambut berwarna ganjil (kuning, hijau, biru, ungu, merah dan sebagainya) . Pakaian Sukan • Baju T tanpa kolar atau berkolar. • Jaket sukan. • Seluar sukan yang sesuai. • Berkasut sukan. • Topi atau alat keselamatan yang lain. Pakaian di Makmal, Bengkel atau Studio • Kot Makmal. • Pakaian yang sesuai untuk studio dan bengkel. • Bersepatu dan peralatan keselamatan yang diperlukan.
TIDAK DIBENARKAN DI PERKARANGAN KAMPUS
Tempat bersukan Padang, Gimnasium, Stadium dan manamana tempat sukan dan rekreasi.
• •
Bertugas di Makmal, Bengkel, Studio dan lain-lain. Siswa tahun akhir yang menjalankan latihan di Hospital USM.
Siswa Pusat Pengajian Sains Farmasi: • • • • • • • 6.
9.4
Kemeja lengan pendek atau panjang. Seluar slack. Bersepatu (kasut) –bukan jenis yang dipakai semasa bersukan. Kot makmal Blouse yang bersesuaian (perempuan) Skirt yang melebihi paras lutut (perempuan) Baju kurung (perempuan)
Pakaian di Hospital USM • Kot Makmal dan baju bertali leher. • Baju dan seluar yang sesuai. • Bersepatu.
• Bagi semua Siswa tahun akhir yang menjalani latihan di Hospital USM.
PAKAIAN DAN PERALATAN SUKAN Siswa-siswa perlu membawa pakaian sukan yang sesuai untuk kegiatan sukan dan riadah. Siswa juga digalakkan membawa peralatan sukan mengikut jenis sukan yang diminati memandangkan Unit Sukan USM tidak menyediakan pinjaman peralatan tersebut.
18
DIPLOMA KEJURURAWATAN Panduan Siswa Baru, Sidang Akademik 2011/2012 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
10. PERKHIDMATAN BANK 10.1 MEMBUKA AKAUN BANK Siswa yang menerima atau memohon pinjaman PTPTN DIWAJIBKAN membuka akaun dengan Bank Islam Malaysia Bhd. Cawangan Kubang Kerian sahaja. Sekiranya dibekalkan Borang Pembukaan Akaun Bank Islam, anda dikehendaki mengisi borang tersebut dan menyerahkannya pada hari pendaftaran diri pada 29 Mei 2011 (Ahad) di Kaunter Bank Islam. Jika tidak dibekalkan, borang tersebut boleh didapati di kaunter bank pada hari tersebut. Sila pastikan nombor akaun bank dan nombor kad pengenalan yang dikemukakan melalui borang permohonan pinjaman PTPTN adalah sama dengan yang terdapat di bank. Perbezaan maklumat ini akan menjejaskan pembayaran pinjaman. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (salinan muka depan dan belakang Kad Pengenalan pada satu muka surat yang sama) dalam kertas bersaiz A4. 11. PERATURAN UNIVERSITI 11.1 Sebagai seorang siswa Universiti Sains Malaysia, anda adalah tertakluk kepada semua peraturan yang ada dan berkuatkuasa di Universiti Sains Malaysia. 11.2 Sepanjang anda mengikuti aktiviti-aktiviti Minggu Program Siswa Lestari di Kampus Kesihatan USM, anda DIWAJIBKAN memakai tanda nama yang akan diberikan semasa anda mendaftar diri nanti. 11.3 Perlu ditegaskan bahawa peloncoan (ragging) dengan apa cara pun DIHARAMKAN di Universiti ini. Sila laporkan ke Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar atau pihak Pengurusan Desasiswa anda sekiranya perkara seperti itu dilakukan terhadap anda. 12. PERKHIDMATAN MAKANAN DAN MINUMAN Sistem Desasiswa (asrama) di Universiti Sains Malaysia tidak menyediakan makanan dan minuman kepada penghuni. Sebaliknya, universiti mewujudkan cafeteria atau kantin di setiap desasiswa dan di tempat-tempat yang strategik di dalam kawasan kampus ini. 13. KEMUDAHAN- KEMUDAHAN Di Kampus Kesihatan, USM, Kubang Kerian, Kelantan juga terdapat beberapa kemudahan-kemudahan lain yang dapat membantu anda sepanjang pengajian di sini. Antara kemudahan yang terdapat di sini adalah seperti: • • • •
Mesin ATM – CIMB dan Bank Islam Pejabat Pos Masjid Kemudahan sukan seperti gelanggang Badminton, Tenis dan sebagainya.
14. MAKLUMAT AM 14.1 Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia terletak di bandar Kubang Kerian, Kelantan. Kampus ini mempunyai keluasan 72.84 hektar. Ia terdiri daripada Bangunan Pentadbiran, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Pusat Pengajian Sains Pergigian, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Hospital USM, Perpustakaan, Asrama Siswa, Komplek Sukan, Desasiswa, Surau dan Rumah Tetamu. 14.2
Kebanyakan maklumat penting mengenai sistem Akademik, Pentadbiran dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan oleh Kampus Kesihatan USM terdapat dalam Buku Panduan Siswa Baru.
14.3
Sebagai maklumat tambahan tentang Universiti Sains Malaysia, disertakan CD Interaktif untuk rujukan dan panduan anda.
19
DIPLOMA KEJURURAWATAN Panduan Siswa Baru, Sidang Akademik 2011/2012 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
14.4
Disertakan Peta Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, Kelantan untuk makluman dan rujukan anda. Sila rujuk di LAMPIRAN F.
15. PERLINDUNGAN INSURANS KEMALANGAN BERKELOMPOK LAMPIRAN H Universiti Sains Malaysia, melalui Pejabat Pemajuan dan Perhubungan Alumni (PPPA) telah menyediakan perlindungan insurans kemalangan berkelompok [24 jam] untuk semua siswa kemasukan baru di sepanjang pengajiannya di sini. Polisi ini adalah untuk kes-kes kemalangan sahaja dan tidak termasuk kes-kes kesihatan atau sebab-sebab lain. Faedah yang disediakan adalah seperti berikut:Faedah
Jumlah Perlindungan [RM] 3 Tahun
4 Tahun
5 Tahun
Kematian Akibat [kemalangan]
25,000.00
20,000.00
20,000.00
•
Hilang Upaya Kekal [skala 2]
50,000.00
40,000.00
40,000.00
•
Pengangkutan Awam [faedah kematian tambahan] Pengurusan Jenazah [kemalangan sahaja] Perbelanjaan Penghantaran Jenazah [kemalangan sahaja] Faedah Pendapatan Hospital [maksimum 14 hari untuk setiap kemalangan]
5,000.00
5,000.00
5,000.00
500.00
500.00
500.00
Sehingga 2,000.00
Sehingga 2,000.00
Sehingga 2,000.00
20.00 sehari
20.00 sehari
20.00 sehari
•
Tempoh Pengajian
•
• • •
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cik Nor Rafizah Zain, Penolong Pendaftar, Pejabat Pemajuan dan Perhubungan Alumni, Anjung Budi, Bangunan D01 atau no telefon 04-6534791/4795 atau e-mel
[email protected]
20
DIPLOMA KEJURURAWATAN Panduan Siswa Baru, Sidang Akademik 2011/2012 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
16.
PERTANYAAN Sebarang pertanyaan atau maklumat yang berkaitan, sila hubungi terus melalui talian, faks atau e-mail ke Bahagian atau Jabatan yang tertera dibawah. BIL
ALAMAT
TELEFON ATAU FAX
AKTIVITI
Telefon:
1.
2.
3.
4.
BAHAGIAN PENGAMBILAN & KEMASUKAN PELAJAR Aras 2, Canselori Universiti Sains Malaysia 11800 USM Pulau Pinang
• • • • •
Pertanyaan Am. Penerimaan Tawaran. Penyemakan Sijil. Kad Daftar Siswa. Pengecualian Unit.
UNIT PEMPROSESAN DATA & REKOD Bahagian Pengurusan Akademik Jabatan Pendaftar Aras 1, Canselori Universiti Sains Malaysia 11800 USM Pulau Pinang
•
Maklumat Data Siswa.
BAHAGIAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia 16150 Kubang Kerian Kelantan
• •
BAHAGIAN AKAUN PELAJAR Bendahari Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia 16150 Kubang Kerian Kelantan
1 300 888 876 04 – 653 3196 Fax: 04 – 6533328 e-mail:
[email protected] [email protected]
Telefon: 04 – 6534194 04 – 6532336 Fax: 04 – 6574641 e-mail:
[email protected] Telefon: 09-7663295/97/99/94/81/ 3850/5250
• • • •
Minggu Siswa Lestari. Biasiswa atau Pinjaman. Etika Pakaian. Peraturan Universiti. Perkhidmatan Bas. Kenderaan
• •
Yuran Perkhidmatan Bank
Telefon: 09-7672110 / 2111
Fax: 09-7653697 e-mail:
[email protected]
Fax: 09-7659094 e-mail:
[email protected]
Kami mengucapkan tahniah kepada anda dan selamat menjalani kehidupan baru sebagai siswa Universiti Sains Malaysia, Kampus Sejahtera dan Universiti dalam Taman. PENGAMBILAN DAN KEMASUKAN PELAJAR Aras 2, Canselori Universiti Sains Malaysia 11800, USM Pulau Pinang.
KAMI MEMIMPIN
“Memastikan Kelestarian Hari Esok”
21
DIPLOMA KEJURURAWATAN Panduan Siswa Baru, Sidang Akademik 2011/2012 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
1.
LAMPIRAN A
PERATURAN DAN SYARAT KEMASUKAN, PROGRAM DIPLOMA KEJURURAWATAN, SIDANG AKADEMIK 2011/2012 (MESTI DIKEMBALIKAN)
2.
LAMPIRAN B
BORANG SLIP KAD PINTAR SISWA
3.
LAMPIRAN C
BORANG PUSAT SEJAHTERA : LAPORAN PEMERIKSAAN PERUBATAN
4.
LAMPIRAN D
PROGRAM SISWA LESTARI, SIDANG AKADEMIK 2011/2012, KAMPUS KESIHATAN
5.
LAMPIRAN E
BORANG MAKLUMAT SISWA, BAHAGIAN HAL EHWAL & PEMBANGUNAN PELAJAR
6.
LAMPIRAN F
PETA KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
7.
LAMPIRAN G
BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN : PERPUSTAKAAN HAMDAN TAHIR
8.
LAMPIRAN H
AKUAN PERSETUJUAN MENERIMA TAWARAN SKIM INSURAN KEMALANGAN BERKELOMPOK OLEH MAA TAKAFUL DENGAN KERJASAMA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
22
DIPLOMA KEJURURAWATAN Panduan Siswa Baru, Sidang Akademik 2011/2012 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA