PANDUAN PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU PROGRAM TAMHIDI SESI AKADEMIK 2012/2013 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA ___________________________________________________________________
1.
SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN (a)
Tawaran kemasukan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (i)
Saudara/i disah oleh Senat Universiti sebagai ditawarkan.
(ii)
Saudara/i lulus pemeriksaan kesihatan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar, termasuk ujian air kencing untuk pengesanan penyalahgunaan dadah dan xray dada sama ada daripada hospital/klinik Kerajaan atau hospital/klinik swasta menggunakan Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan. USIM berhak mendapatkan pendapat kedua (second opinion) untuk memastikan sama ada saudara/i benar-benar sihat untuk mengikuti pengajian. Saudara/i dikehendaki membawa Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan yang telah lengkap diisi semasa mendaftar.
(iii)
Saudara/i menjelaskan bayaran-bayaran seperti dinyatakan dalam tawaran kemasukan ini.
(iv)
Saudara/i dikehendaki mencarum dan patuh kepada syarat-syarat Skim Takaful Kemalangan Diri yang ditetapkan oleh USIM.
(b)
Tawaran kemasukan ini akan terbatal dengan sendirinya jika saudara/i seorang Pegawai Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan tidak mengemukakan surat kebenaran yang ditetapkan atau penuntut yang sedang mengikuti apa-apa program di mana-mana institut perguruan atau institusi pengajian tinggi sama ada dalam atau luar negara atau sedang mengikuti apa-apa program pendidikan jarak jauh atau seumpamanya di mana institusi pengajian tinggi sama ada dalam atau luar negara.
(c)
Sepanjang tempoh pengajian: (i)
Saudara/i hendaklah mematuhi undang-undang negara dan undang-undang USIM yang terdiri dari pada Akta Universiti dan Kolej Universiti, Perlembagaan Universiti Sains Islam Malaysia, Kaedah-kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar-pelajar), Statut-statut, Peraturanperaturan dan keputusan yang dibuat oleh USIM dari semasa ke semasa;
(ii)
Saudara/i hendaklah sentiasa menjaga nama baik USIM dan menjaga harta benda serta kemudahan-kemudahan perkhidmatannya daripada dirosakkan oleh sesiapa jua;
(iii)
Saudara/i hendaklah menghormati semua kakitangan akademik dan pentadbiran USIM;
(iv)
Saudara/i hendaklah tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan dan urusan USIM seperti memulaukan kuliah dan seumpamanya;
(v)
Saudara/i hendaklah bekerjasama dengan Pengetua Kolej Kediaman dan patuh kepada peraturan-peraturan Kolej Kediaman sama ada saudara/i penghuni atau tidak;
(vi)
Saudara/i hendaklah sedaya-upaya mengambil bahagian dalam semua kegiatan akademik, kebudayaan, sukan serta perkhidmatan masyarakat yang dilaksanakan oleh USIM untuk saudara/i; dan 1
(vii)
2.
Saudara/i hendaklah menjelaskan semua bayaran yang dikenakan kepada saudara/i oleh USIM.
(d)
Pelajar wanita tidak dibenarkan memakai purdah (menutup muka) atau pakaian yang tidak menutup aurat sewaktu berada dalam kawasan kampus.
(e)
Saudara/i dikehendaki hadir mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan seperti dinyatakan dalam surat tawaran kemasukan. Jika saudara/i gagal mendaftar, tawaran kemasukan ini dianggap batal walaupun saudara/i telah mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan ini melalui laman web USIM, kecuali kebenaran untuk mendaftar lewat telah diperolehi daripada USIM.
(f)
Bayaran-bayaran yang telah dijelaskan tidak akan dikembalikan.
(g)
USIM berhak menarik balik/membatalkan tawaran kemasukan ini pada bila-bila masa atau menyingkirkan saudara/i sekiranya didapati maklumat yang saudara/i berikan semasa permohonan kemasukan tidak benar.
PANDUAN PENDAFTARAN (a)
(b)
PEMERIKSAAN KESIHATAN (i)
Saudara/i dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan termasuklah pemeriksaan air kencing untuk mengesan penyalahgunaan dadah dan x-ray dada.
(ii)
Saudara/i dikehendaki menggunakan Borang AKAD A/01 Pemeriksaan Kesihatan untuk tujuan pemeriksaan kesihatan.
(iii)
Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan sama ada di hospital/klinik Kerajaan atau hospital/klinik swasta yang diiktiraf dan bertauliah.
(iv)
Saudara/i juga perlu melengkapkan Borang AKAD A/08 Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) dan Pembedahan.
(v)
Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan, Borang AKAD A/08 Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) dan Pembedahan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan pada hari pendaftaran.
(vi)
Kegagalan saudara/i mengemukakan Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan atau Laporan Pemeriksaan Kesihatan saudara/i menunjukkan saudara/i tidak sesuai untuk meneruskan pengajian, saudara/i boleh ditamatkan pengajian walaupun setelah saudara/i sah mendaftar sebagai pelajar USIM.
Laporan
BAYARAN YURAN (i)
Bayaran yuran boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mulai 10 Mei 2012 (Khamis) dan hendaklah dijelaskan sebelum hari pendaftaran.
(ii)
Saudara/i hendaklah menggunakan slip bayaran (bill payment) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip bayaran tersebut dengan jelas dan terang termasuklah nama, no. pelajar (sila rujuk no. daftar pada surat tawaran kemasukan seperti 921xxxx), no. kad pengenalan, program pengajian dan tujuan bayaran dibuat.
2
(iii)
Sila pastikan bahawa bayaran tersebut dibuat atas nama Bendahari USIM, no. akaun 05058010008884. Pastikan juga saudara/i mencatatkan butiran diri saudara/i termasuklah nama, no. pelajar (sila rujuk no. daftar pada surat tawaran kemasukan seperti 921xxxx), no. kad pengenalan dan program pengajian di bahagian bawah muka hadapan slip pembayaran bil tersebut dengan jelas dan terang.
(iv)
Bayaran yuran yang perlu dijelaskan adalah mengikut jumlah yang ditetapkan seperti di Jadual A. JADUAL A: KADAR BAYARAN YURAN MENGIKUT PROGRAM PENGAJIAN
Program Q0070 Q0080 Q0210 Q0601 Q0800
(c)
Tamhidi Pergigian Tamhidi Perubatan Tamhidi Perakaunan dan Muamalat Tamhidi Syariah dan Undang-undang Tamhidi Sains dan Teknologi
Bayaran Yuran (RM) 615.00 615.00 615.00 615.00 615.00
(v)
Sila pastikan saudara/i mendapatkan kembali kesemua tiga (3) salinan slip bayaran tersebut (atau satu (1) salinan slip pembayaran bil) untuk dikemukakan pada hari pendaftaran sebagai bukti bahawa pembayaran telah dibuat.
(vi)
Kegagalan mengemukakan salinan bukti pembayaran tersebut boleh menyebabkan pendaftaran saudara/i tidak diterima.
(vii)
Sekiranya saudara/i menghadapi kesulitan menjelaskan bayaran yuran yang ditetapkan, saudara/i boleh menghubungi Bahagian Hal-Ehwal Pelajar, USIM di talian 06-798 6152 (Encik Muhammat Rahmat Abdullah) atau Jabatan Bendahari di talian 06-798 8219 atau 06-7988036 (Puan Siti Nurbaya Ismail atau Encik Azhar Khozin).
(viii)
Saudara/i juga dikehendaki membuka akaun Wadi'ah di BIMB dan mengemukakan satu (1) salinan buku akaun atau satu (1) salinan dokumen pengesahan pembukaan akaun tersebut yang mengandungi butiran nama dan nombor akaun pada hari pendaftaran.
(ix)
Segala bayaran yang telah saudara/i jelaskan tidak akan dikembalikan sekiranya saudara/i menarik diri dari pengajian Program Tamhidi.
PANDUAN MEMBAYAR YURAN (i)
Yuran ini dibahagikan kepada dua (2) komponen utama, iaitu bayaran sekali sepanjang tempoh pengajian dan bayaran berulang setiap semester. Rujuk struktur yuran Pusat Tamhidi seperti Jadual B.
(ii)
Yuran yang perlu dibayar pada Semester I Sesi 2012/2013 adalah yuran bagi kedua-dua komponen iaitu sebanyak RM615.00.
(iii)
Yuran yang perlu dibayar pada Semester II Sesi 2012/2013 adalah yuran bagi komponen berulang sahaja iaitu sebanyak RM290.00.
(iv)
Kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membiayai sepenuhnya bayaran yuran pengajian dan yuran penginapan saudara/i seperti yang ditunjukkan dalam Jadual B.
3
(d)
BIASISWA/PINJAMAN (i)
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menawarkan Bantuan Kewangan kepada semua pelajar program Tamhidi. Bantuan Kewangan yang ditawarkan adalah meliputi Elaun Wang Saku mengikut jumlah yang ditetapkan oleh KPT, Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan setiap semester. Selain itu, bagi pelajar Sabah dan Sarawak, KPT akan menanggung tambang penerbangan untuk sekali (pergi/balik).
(ii)
Saudara/i perlu menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Malaysia dan akan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian Program Asasi IPTA, Borang KPT(Bs)Mtr.Pind.1/2009.
(iii)
Semakan dan cetakan surat tawaran serta lain-lain borang perlu dibuat sendiri oleh pelajar secara online melalui modul semakan dan tawaran di portal Kementerian Pengajian Tinggi di laman web berikut:
https://online.mohe.gov.my/scholar/bantuanasasi/index2.php
(iv)
Dokumen Tawaran Bantuan Kewangan Asasi IPTA yang perlu dicetak oleh pelajar adalah seperti berikut: a. b. c. d.
Surat tawaran Program Bantuan Kewangan Asasi IPTA; Borang Perjanjian; Surat pengakuan kedudukan kewangan penjamin; dan Buku panduan mengisi borang perjanjian;
(v)
Sila baca dan fahamkan panduan mengisi borang perjanjian yang dibekalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi mengelakkan masalah kelewatan pembayaran biasiswa kelak.
(vi)
Kesemua dokumen di para (iv) a, b dan c hendaklah diserahkan semasa pendaftaran. Kegagalan/kelewatan saudara/i mengemukakan dokumen berkenaan akan menjejaskan urusan pembayaran biasiswa kelak.
(vii)
Untuk tujuan pembiayaan oleh Kementerian Pengajian Tinggi ini, saudara/i dikehendaki melaksanakan yang berikut: a.
membuka akaun Wadi'ah Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB);
b.
menyediakan satu (1) salinan buku akaun tersebut (muka surat yang mengandungi butiran diri dan no. akaun sahaja) atau satu (1) salinan dokumen pengesahan pembukaan akaun tersebut; dan
c.
melengkapkan tiga (3) salinan Borang Perjanjian dan dimatikan setem setiap satu serta satu (1) salinan Borang Pengakuan Kedudukan Kewangan Penjamin.
4
JADUAL B: STRUKTUR YURAN PROGRAM TAMHIDI* KOMPONEN YURAN (A) Yuran Pendaftaran (Bayaran Sekali Sepanjang Tempoh Pengajian)
ITEM Pendaftaran Kebajikan Minggu Ta’aruf Aktiviti Pusat dan Buku Panduan Kad Pelajar Malaysian University English Test (MUET) JUMLAH (A)
(B) Yuran Pengajian, Penginapan dan Lain-lain (bayaran berulang setiap semester)
Pengajian Penginapan Kemudahan Peralatan Perpustakaan Ko–Kurikulum dan Sukan Komputer dan ICT Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar Aktiviti kolej kediaman Pengangkutan Insurans JUMLAH (B) JUMLAH BESAR (A) + (B)
BAYARAN (RM) 20.00 30.00 150.00 55.00 10.00 60.00 325.00 ** ** 25.00 25.00 20.00 100.00 50.00 40.00 25.00 5.00 290.00 615.00
* Struktur yuran yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil.2/2011 bertarikh 29 April 2011. ** Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan dibiaya oleh KPT.
(e)
ETIKA PAKAIAN PELAJAR (i)
Selaku pelajar USIM, saudara/i hendaklah berpakaian sesuai dengan amalan biasa masyarakat Malaysia. Saudara/i hendaklah sepatutnya mengamalkan pemakaian yang bersih, kemas dan sopan terutama sekali semasa berada di khalayak ramai seperti ketika menghadiri kuliah, majlis rasmi atau berurusan dengan mana-mana pejabat.
(ii)
Tertib berpakaian di USIM adalah seperti berikut: a. b. c.
d.
(f)
Saudara/i TIDAK BOLEH berpakaian yang menutup sebahagian muka (berpurdah) yang boleh menyukarkan pengenalan diri. Saudara/i TIDAK BOLEH berpakaian yang tidak menutup aurat atau berpakaian yang tidak bersih atau tidak sopan. Saudara/i TIDAK BOLEH berselipar atau memakai kemeja-T tidak berkolar semasa menghadiri kuliah, majlis rasmi atau berurusan dengan mana-mana pejabat. Pelajar lelaki yang ingin menutup kepala dibenarkan bersongkok hitam.
LAPOR DIRI (i)
Saudara/i dikehendaki melapor diri pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan seperti dalam surat tawaran kemasukan.
(ii)
Pendaftaran akan dilaksanakan di lokasi yang dinyatakan dalam surat tawaran kemasukan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
(iii)
Pakaian semasa Pendaftaran/Lapor Diri dan sepanjang Minggu Taaruf adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
(iv)
Semua barang-barang peribadi seperti beg, buku, alat keperluan harian dan Iain-lain TIDAK BOLEH dibawa ke tempat pendaftaran. Sila letakkan di
5
tempat yang selamat. (v)
Hanya satu (1) kenderaan sahaja bagi setiap pelajar dibenarkan masuk untuk tujuan menurunkan barang-barang ketika mendaftar di kolej-kolej kediaman. Sila ikut arahan dan panduan Pengawal Keselamatan USIM.
1) Warna bagi Pakaian Rasmi Minggu Taaruf adalah seperti di sebelah. 2) Semua pelajar diwajibkan memakai pakaian rasmi Minggu Ta'aruf ini mulai hari pendaftaran dan sepanjang program Minggu Ta'aruf berlangsung.
PAKAIAN MINGGU TA'ARUF (LELAKI) 1. Pakaian rasmi semasa minggu ta’aruf adalah seperti berikut:
Kemeja lengan panjang berwarna ungu seperti tertera di gambar (sebaik-baiknya dua (2) helai). Seluar panjang berwarna hitam seperti tertera di gambar. Kasut berwarna hitam. Tali leher rasmi USIM (akan dijual semasa Pendaftaran).
2. Saudara/i juga dinasihatkan membawa secukupnya pakaian lain seperti berikut:
6
dua (2) helai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah dan tali leher; satu (1) helai seluar panjang (slack); satu (1) helai baju Melayu lengkap dengan kain samping dan songkok; dua (2) helai baju T lengan pendek berkolar; dan dua (2) helai seluar panjang sukan (track bottom) dan kasut sukan.
PAKAIAN MINGGU TA'ARUF (PEREMPUAN) 1.
Pakaian rasmi semasa minggu ta’aruf adalah seperti berikut:
Mini jubah berwarna ungu (separas lutut) seperti tertera di gambar (sebaik-baiknya dua (2) helai). Seluar panjang berwarna hitam seperti tertera di gambar. Kasut berwarna hitam. Kain tudung berwana putih.
2. Saudara/i juga dinasihatkan membawa secukupnya pakaian lain seperti berikut:
(g)
dua (2) pasang baju kurung; dua (2) helai baju T lengan panjang berkolar; dan dua (2) helai seluar panjang sukan (track bottom) dan kasut sukan.
PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI (i)
Sekiranya saudara/i mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi nombornombor yang berkaitan pada waktu pejabat a. Isnin hingga Khamis: 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari, 2.00 hingga 5.00 petang. b. Jumaat: 8.00 pagi hingga 12.15 tengahari, 2.45 hingga 5.00 petang.
(ii)
Saudara/i juga boleh mengemukakan sebarang soalan/ pertanyaan/kemusykilan di laman web USIM, www.usim.edu.my dan hantarkan soalan di Sistem HelpDesk USIM.
(iii)
Senarai pegawai rujukan adalah seperti berikut: a. Tawaran Kemasukan: Pusat Tamhidi - Tel: 06-798 7019 (Puan Azlinda Abd Aziz, Puan Syaslizah Mohamad) b. Penginapan: Bahagian Hal Ehwal Pelajar - Tel: 06-798 6167 / 799 7252 (Encik Hazrul Fareeeza Harun / Puan Azlin Mahmud) c. Bayaran Yuran: Jabatan Bendahari - Tel: 06-798 8219 / 8036 / 8156 (Puan Siti Nurbaya Ismail / Encik Azhar Khozin / Cik Norazilawati Mohd Ali)
7
SENARAI SEMAK PENDAFTARAN Sebelum saudara/i hadir mendaftar, pastikan perkara-perkara berikut telah diambil tindakan: 1.
Sahkan terima/tolak tawaran melalui laman web www.usim.edu.my/kemasukan/tawaran
2.
Baca, fahamkan dan tandatangan Lampiran Syarat-syarat Tawaran Kemasukan (AKAD A/04) dalam laman web www.usim.edu.my/kemasukan/tawaran
3.
Baca, fahamkan dan tandatangan Lampiran Peraturan Pakaian Pelajar (AKAD A/02) dalam laman web www.usim.edu.my/kemasukan/tawaran
4.
Baca, fahamkan dan tandatangan Lampiran Ikrar Mahasiswa (AKAD A/10) dalam laman web www.usim.edu.my/kemasukan/tawaran
5.
Lengkapkan Laporan Pemeriksaan Kesihatan (AKAD A/01) yang disertakan bersama surat tawaran ini.
6.
Lengkapkan Lampiran Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) dan Pembedahan (AKAD A/08) yang disertakan bersama surat tawaran ini.
7.
Bayar yuran di mana-mana cawangan BIMB mulai 10 Mei 2012 (Khamis) menggunakan slip bayaran (atau - slip bayaran/slip pembayaran bil) dan serahkan tiga (3) salinan pembayaran bil BIMB (atau satu (1) salinan slip pembayaran bil) pada hari pendaftaran.
8.
Lekatkan gambar berwarna berukuran pasport pada semua ruangan yang memerlukan gambar PERINGATAN: Pastikan gambar yang digunakan menepati keperluan Peraturan Pakaian Pelajar
9.
Sediakan sekurang - kurangnya dua (2) keping gambar berwarna berukuran pasport dan tulis nama, no. Daftar dan kod program pengajian di belakang setiap gambar PERINGATAN: Pastikan gambar yang digunakan menepati keperluan Peraturan Pakaian Pelajar
10.
Sediakan satu (1) salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil/slip keputusan dan surat tawaran kemasukan bagi tujuan rekod pelajar yang telah disahkan oleh pegawai Kerajaan kumpulan Pengurusan dan Profesional
11.
Bawa sijil/slip keputusan asal SPM dan surat tawaran kemasukan asal pada hari pendaftaran untuk tujuan semakan. Sila pastikan saudara/i mendapatkan semula dokumen asal tersebut untuk simpanan sendiri selepas disemak.
12.
Lengkapkan tiga (3) salinan borang perjanjian biasiswa dan dimatikan setem setiap satu, satu (1) salinan Borang Pengakuan Kedudukan Kewangan Penjamin, satu (1) salinan Kad Pengenalan Pelajar yang disahkan benar DAN satu (1) salinan Kad Pengenalan Penjamin yang disahkan benar. Rujuk laman web Kementerian Pengajian Tinggi berikut: https://online.mohe.gov.my/scholar/bantuanasasi/index2.php
13.
Pastikan keperluan harian serta perbelanjaan sara hidup harian yang mencukupi disediakan sepanjang Minggu Ta'aruf.
14.
Baca dan fahamkan Panduan Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru Program Tamhidi Sesi Akademik 2012/2013 Universiti Sains Islam Malaysia yang boleh didapati di laman web www.usim.edu.my/kemasukan/tawaran
8