UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
6.1
MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN
6.1.1
PENGENALAN 6.1.1.1
Latar Belakang dan Sejarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)) telah diluluskan penubuhannya dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Jun 1997 dan diwartakan pada 13 Mac 1998. Ia merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21 dan merupakan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang ke-12 di negara ini. Di antara tujuan penubuhan USIM adalah untuk memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan ICT dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. USIM juga menumpukan penguasaan dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris di samping Bahasa Malaysia. USIM memulakan operasinya pada awal Januari 2000 dengan menggunakan kemudahan sedia ada di Tingkat 5, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Pengambilan pertama pelajar USIM telah bermula pada 18 Jun 2000 di kampus sementaranya di Institut Profesional Baitulmal, Lot 1363, Jalan Perkasa, Off Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Mulai Januari 2002, operasi USIM telah dijalankan sepenuhnya di kampus sementaranya di Menara A dan Menara B, Persiaran MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, Kuala Lumpur dan pada Ogos 2005 USIM telah berpindah ke Kampus Tetapnya di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus. Sementara itu, program Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Surgeri (MBBS) yang ditawarkan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (BDS) yang dikendalikan di Fakulti Pergigian terus beroperasi di Kampus Perubatan, di Menara B, Persiaran MPAJ, Pandan Indah, Kuala Lumpur berdekatan dengan Hospital Ampang yang merupakan Hospital Pengajar USIM. USIM kini mempunyai lapan (8) fakulti sebagaimana berikut: • • • • • • • •
6.1.1.2
Fakulti Fakulti Fakulti Fakulti Fakulti Fakulti Fakulti Fakulti
Syariah dan Undang-undang Pengajian Quran dan Sunnah Kepimpinan dan Pengurusan Ekonomi dan Muamalat Sains dan Teknologi Perubatan dan Sains Kesihatan Pengajian Bahasa Utama Pergigian
Tujuan USIM merupakan saluran pertama dan utama bagi lepasan aliran agama dari sekolah-sekolah menengah agama sama ada milik Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan pengajian di peringkat pendidikan tinggi di Malaysia. USIM ditubuhkan dengan matlamat, antaranya: •
Melahirkan ilmuan Islam berpendidikan sepadu di antara teori dan amali, bersifat ensaiklopedik dan mampu memimpin masyarakat yang majmuk sifatnya serta mempunyai potensi diri yang tinggi untuk menerajui pembangunan negara.
•
Mengembalikan tradisi keilmuan Islam yang unggul dan mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi melahirkan ulama dan intelektual muslim yang mampu memberi kefahaman dan penghayatan Islam.
•
Muncul sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, penyelidikan, penerbitan dan kerjasama ilmiah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang berkaitan dengan keislaman.
6.1.1.3
6.1.1.4
Objektif •
Memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara.
•
Membina kesepaduan di antara teori dan amali dalam diri setiap siswazah yang dikeluarkan.
•
Melahirkan ilmuan berpendidikan sepadu yang mampu masyarakat majmuk untuk menerajui pembangunan negara.
•
Meneroka dan mengembalikan tradisi keilmuan Islam yang terbilang sesuai dengan persekitaran dan teknologi terkini.
•
Membekalkan modal insan yang kukuh dengan penghayatan nilai Islam yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat , negara dan dunia sejagat.
memimpin
Falsafah Paduan antara Ilmu Naqli dan Aqli serta budi pekerti yang mulia adalah teras utama untuk membentuk generasi cemerlang dan masyarakat berilmu.
6.1.1.5
Misi Bertekad menjadi sebuah institusi ilmu terkehadapan berteraskan pengajian Islam bagi menyelesaikan isu-isu masyarakat dan Islam.
6.1.1.6
Wawasan Memartabatkan kecemerlangan ilmu dan insan.
6.1.1.7
Tamhidi Lepasan SPM yang diterima masuk ke Program Tamhidi USIM akan ditempatkan di Kampus Tetap USIM di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus untuk tempoh dua (2) semester. Lulusan Program Tamhidi USIM akan melanjutkan pengajian mereka di peringkat sarjana muda sebagaimana berikut:
Program
Fakulti
Program yang akan Ditawarkan di Peringkat Sarjana Muda
Tamhidi Syariah dan Undang-undang
Fakulti Syariah dan Undang-undang
1. Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dengan Kepujian
Tamhidi Sains dan Teknologi
Fakulti Sains dan Teknologi
1. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi Makanan) 2. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko) 3. Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) 4. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Matematik Kewangan) 1. Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Surgeri (MBBS)
Tamhidi Perubatan
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Tamhidi Perakaunan dan Muamalat
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
1. Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian 2. Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
Tamhidi Pergigian
Fakulti Pergigian
1. Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (BDS)
Secara umumnya lulusan Tamhidi USIM hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.00 dan Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred C dalam semua kursus yang wajib diambil untuk membolehkan mereka melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda. 6.1.2 MAKLUMAT LANJUT Pendaftar (Bahagian Akademik) Universiti Sains Islam Malaysia 71800 Bandar Baru Nilai, Nilai Negeri Sembilan Darul Khusus Tel Faks E-mel Laman Web
: : : :
06- 7988325/06-7988328 06-7988334
[email protected] http://www.usim.edu.my
6.2
SYARAT-SYARAT MINIMUM KEMASUKAN
Bil.
Program dan Tempoh Pengajian
Kod
PROGRAM TAMHIDI
Syarat Minimum (Kategori A) SYARAT AM (UNTUK SEMUA PROGRAM) 1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengannya. 2. Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia. 3. Kepujian dalam mata pelajaran kombinasi berikut:
1.
Tamhidi Syariah dan Undang-undang (2 semester) (Terbuka kepada pelajar aliran Sastera dan Sains)
•
Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab Komunikasi;
•
Pendidikan Islam/Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah;
•
Pendidikan Syariah Islamiyyah/Tasawwur Islam.
Q0601
Memenuhi Syarat Am serta Syarat khas Program 1. Sekurang-kurangnya 4B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. 2. Sekurang-kurangnya 4B dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi. 3. Sekurang-kurangnya 6C dalam salah satu daripada mata pelajaran berikut: • Pendidikan Islam; • Pendidikan Syariah Islamiyyah; • Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah; • Tasawwur Islam. 4. Sekurang-kurangnya 6C dalam salah satu daripada mata pelajaran berikut: • • • • • • • • • • •
Sains; Sains Pertanian; Perdagangan; Ekonomi Asas; Prinsip Akaun; Fizik; Kimia; Biologi; Sejarah; Literature in English; Kesusasteraan Melayu.
Kelayakan Pemohon Kategori C
5. Sekurang-kurangnya 6C dalam mata pelajaran Matematik atau Matematik Tambahan.
2.
Tamhidi Perakaunan dan Muamalat (2 semester)
Q0210
Memperoleh Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
(Terbuka kepada pelajar aliran Sains/Teknikal dan Sastera)
3.
Tamhidi Sains dan Teknologi (2 semester)
• Prinsip Akaun/Ekonomi Asas/Perdagangan; • Matematik/Matematik Tambahan; • Bahasa Inggeris; • Dua (2) mata pelajaran yang lain.
Q0800
(Terbuka kepada pelajar aliran Sains/ Teknikal)
4.
Tamhidi Perubatan (2 semester) (Terbuka kepada pelajar aliran Sains)
Memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas Program
Memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas Program Memperoleh Kepujian dalam mata pelajaran berikut: • • • •
Biologi; Fizik; Kimia; Matematik/Matematik Tambahan; • Bahasa Inggeris.
Q0080
Memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas Program Memperoleh Kepujian dalam mata pelajaran berikut: • • • •
Biologi; Fizik; Kimia; Matematik/Matematik Tambahan; • Bahasa Inggeris.
5.
Tamhidi Pergigian (2 semester) (Terbuka kepada pelajar aliran Sains)
Q0070
Memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas Program Memperoleh Kepujian dalam mata pelajaran berikut: • • • •
Biologi; Fizik; Kimia; Matematik/Matematik Tambahan; • Bahasa Inggeris.