Program Kepimpinan Pengawas – Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia Aznan Che Ahmad¹, Syed Mohamad Syed Abdullah¹, Salizawati Omar², Mona Lim² ¹ Univerisiti Sains Malaysia ²Sekolah Kebangsaan Convent Green Lane Abstrak Penulisan ini adalah mengenai jalinan kerjasama di antara industri iaitu Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia dan masyarakat iaitu Sekolah Kebangsaan Convent Green Lane dalam menjayakan program kepimpinan pengawas sekolah. Dalam artikel ini, penulis berkongsi mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan bagi menanam ciri-ciri positif diri peserta yang terdiri daripada muridmurid sekolah yang telah dipilih sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber dalam aspek kepimpinan, ketrampilan, keyakinan diri, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran sosial. Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan semasa program ini juga dibincangkan dalam artikel ini sebagai perkongsian maklumat dengan masyarakat, khasnya sekolah-sekolah yang ingin merancang program seumpamanya. Artikel ini juga membincangkan mengenai maklum balas daripada guru sekolah berkenaan mengenai kesan program ini kepada pengawas sekolah dan juga pengawas pusat sumber. Kata kunci: kepimpinan pengawas, pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, kepimpinan Pengenalan Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti “keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin” (Kamus Dewan, 2007). Koontz (1984) pula telah mendefinisikan kepimpinan sebagai pengaruh atau proses mempengaruhi manusia yang lain supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat bersama. Kepimpinan juga boleh didefinisikan kemahiran untuk mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku subordinat iaitu murid-murid lain bagai mencapai matlamat sekolah (Yahya Don, 2005). Setiap sekolah pasti mempunyai pengawas yang mereka telah kenal pasti dalam kalangan murid-murid di sekolah mereka yang berpotensi. Pemilihan pengawas ini bukanlah suatu tugas yang mudah sebab jawatan kuasa pemilihan perlu teliti dan melihat daripada pelbagai sudut sebelum membuat keputusan bersetuju memilih atau tidak seseorang murid untuk dilantik sebagai pengawas sekolah atau pun pengawas pusat sumber atau pengawas dalam bidang lain. Pengawas sekolah merupakan murid yang telah terpilih berdasarkan kriteria tertentu untuk diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian disiplin murid ke tahap yang lebih baik. Biasanya pengawas ini dianggap sebagai mata dan telinga pihak sekolah. Pengawas ini 1
merupakan murid yang dikategorikan sebagai kanak-kanak, oleh itu mereka amat memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berketerampilan dalam menguatkuasakan peraturan sekolah serta membantu mengawal disiplin murid lain yang juga merupakan rakan sebaya mereka, atau rakan yang lebih berumur atau lebih muda daripada mereka. Bagi merealisasikan tujuan ini, pengawas ini perlu diberikan bimbingan, panduan, dan motivasi. Untuk memperolehi tahap keyakinan diri yang tinggi dan kemampuan melaksanakan tugas dengan cemerlang, pengawas-pengawas yang dilantik ini perlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Percambahan minda juga merupakan salah satu cara yang berupaya memantapkan keyakinan terhadap tugas yang diamanahkan kepada mereka. Berdasarkan perbincangan di atas mengenai pentingnya untuk menyemai kemahiran kepimpinan yang baik, ketrampilan diri yang boleh dicontohi oleh murid yang lain, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran bersosial, maka Sekolah Kebangsaan Convent Green Lane telah menjalinkan kerjasama dengan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan untuk mengadakan program ini selama dua hari satu malam. Program ini juga telah diadakan di dalam kawasan Univerisiti Sains Malaysia. Semasa program ini berjalan, semua peserta telah bermalam di dalam khemah yang telah dirikan sendiri iaitu dalam kumpulan. Objektif Program Program ini telah dilaksanakan dengan objektif untuk membantu melahirkan murid pengawas yang mempunyai kebolehan untuk memimpin, bertanggungjawab dan mempunyai nilai-nilai diri yang positif serta mampu menghadapi cabaran dari semasa ke semasa. dan juga untuk menerapkan kemahiran kepimpinan organisasi dalam membentuk individu yang lebih memberi perhatian serta perihatin terhadap tugas dan tanggungjawab mereka terhadap badan yang diteraju. Secara lebih terperinci, program ini bertujuan: i.
Mengenali diri sendiri sebagai seorang pengawas dan tanggungjawab sebagai seorang pengawas. ii. Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan, ketrampilkan diri, dan kemahiran kepimpinan. iii.Berupaya mengendalikan perbincangan secara efektif. iv. Mewujudkan semangat kerja berpasukan tanpa mempunyai sikap pentingkan diri sendiri. v. Membina keyakinan diri untuk berucap di hadapan rakan-rakan dan orang ramai. vi. Berupaya melaksanakan tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak. vii.Menyedari kepentingan tugas mereka di sekolah. viii.Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah. ix.Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan. x. Mempunyai sahsiah yang tingggi serta berguna pada agama, bangsa dan negara. 2
xi.
Membina dan meningkatkan kemahiran memimpin yang berkualiti dan berkesan. xii.Meningkatkan kemahiran berkomunikasi berkesan. xiii. Menanam sikap yang bertanggungjawab dan suka terhadap persekitaran dan dapat melaksanakan tugas dengan jujur dan dedikasi. xiv. Melahirkan pemimpim yang dapat menjadi “Role Model” kepada muridmurid yang lain. xv. Memahami dan mengetahui bidang tugas, peranan dan fungsi serta tanggungjawab sebagai pengawas.
Metodologi Kajian Kajian ini adalah kajian yang berbentuk kualitatif di mana data bagi kajian ini telah dikumpul berdasarkan kaedah temu bual. Data bagi kajian ini telah diperolehi menerusi kaedah temu bual. Pengkaji telah menggunakan soalan temu bual berstruktur untuk memudahkan urusan pengumpulan data. Seramai dua orang guru yang telah terlibat secara langsung dalam Projek Kepimpinan Pengawas ini serta lima orang murid pengawas yang telah terlibat sebagai peserta dalam program ini telah ditemubual untuk mendapatkan maklum balas mengenai program yang telah dijalankan ini. Responden yang terdiri daripada peserta program ini telah dipilih menerusi persampelan rawak mudah di mana setiap peserta mempunyai peluang yang sama untuk terpilih sebagai responden untuk ditemubual.
Dapatan Kajian dan Perbincangan Slot 1
“Kenapa Anda di Sini” Slot “Kenapa Anda di Sini” ini telah dilaksanakan dengan tujuan untuk memberi semangat, motivasi, dan kesedaran awal kepada para peserta mengenai kenapa mereka berada di Universiti Sains Malaysia untuk program selama dua hari ini. Slot ini telah melibatkan aktiviti ceramah kesedaran, motivasi diri serta ‘brain storming’ mengenai kenapa mereka telah terpilih untuk sebagai pengawas berbanding rakan-rakan mereka yang lain. Para peserta telah diminta berkongsi pandangan mereka mengenai kelebihan diri masing-masing yang mereka rasakan telah menyebabkan mereka telah terpilih untuk mengikuti program ini, sama ada sebagai pengawas sekolah atau pun pengawas pusat sumber.
Slot “Kenapa Anda di Sini” juga telah dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada para peserta bahawa mereka harus bersyukur sebab mereka telah terpilih 3
untuk menjadi pengawas sekolah atau pun pengawas pusat sumber berbanding rakan-rakan mereka yang lain yang juga telah turut menghantar permohonan untuk menjadi pengawas tetapi tidak berjaya terpilih. Pemilihan pengawas di sekolah ini adalah di bawah tanggungjawab jawatan kuasa pemilihan pengawas yang menilai setiap murid yang memohon untuk menjadi pengawas daripada pelbagai sudut seperti akademik, kokurikulum, kemahiran sosial, penerimaan rakan sebaya dan murid lain, kemampuan memimpin, kepetahan bercakap, dan dalam aspek yang difikirkan penting untuk dimiliki oleh seseorang pengawas serta rujukan guru sekiranya perlu.
Slot 2
“Siapa Saya”
Slot “Siapa Saya” memerlukan keberanian peserta untuk berada di tengah-tengah kumpulan semua peserta dan berkongsi cerita mengenai diri sendiri. Peserta diberi kebebasan untuk berkongsi sebarang cerita mengenai diri sendiri dengan peserta yang lain. Peserta yang secara sukarela untuk berkongsi cerita mengenai diri sendiri perlu pergi ke tengah-tengah kumpulan besar pelajar lain. Walaupun setiap peserta perlu bercerita megenai diri sendiri, namun tidak ditetapkan atau dipanggil nama pelajar berkenaan, sebaliknya mereka bebas untuk keluar bercerita apabila mereka telah bersedia. Aktiviti ini memerlukan keberanian diri dan keyakinan diri untuk keluar dan berada di tengah-tengah kumpulan kawankawan. Aktiviti ini juga berupaya membina keyakinan diri dalam diri peserta kerana mudah mudah untuk seseorang berada di tengah-tengah kumpulan peserta yang lain dan bercakap tanpa menggunakan teks. Walau pun aktiviti ini tidak menampakkan bahawa semua peserta mesti ke hadpaan, namun fasilitator telah Berjaya memotivasikan semua peserta untuk memberanikan diri bercakap di tengah-tengah kumpulan peserta yang lain. Akhirnya, aktiviti ini telah Berjaya mencapai matlamatnya di mana semua peserta telah bercerita mengenai diri masing-masing.
4
Slot 3
Menyelesaikan Masalah
Dalam slot 3 ini, peserta telah diberi beberapa kenyataan yang berupaya masalah iaitu situasi yang berlaku di sekolah. Kesemua pernyataan masalah yang diberikan memerlukan peserta bertindak sebagai seorang pengawas, sama ada pengawas sekolah atau pun pengawas pusat sumber sekolah. Peserta perlu berbincang dalam kumpulan masingmasing dan mencadangkan penyelesaian yang mereka rasakan terbaik dan berkesan untuk diambil bagi menyelesaikan masalah yang diberikan itu. Setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil ahli kumpulan ke hadapan untuk menjelaskan mengenai hasil perbincangan mereka. Hasil perbincangan mampu menampakkan potensi-potensi kepimpinan, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kreativi dalam menyelesaikan masalah yang di miliki oleh peserta. Kreativiti dalam menyelesaikan masalah ini akan membantu membina kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan murid-murid pengawas ini apabila mereka berhadapan dengan masalah kelak.
Slot 4
Kreativiti Milik Anda
Slot 4 ini diberi nama “Kreativiti Milik Anda” memerlukan kerjasama dan kreativiti dalam merancang strategi bagi memperagakan pakaian dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Aktiviti ini amat menuntut kerjasama semua ahli dalam kumpulan kerana mereka perlu menghasilkan kreativiti mereka dalam tempoh masa yang terhad yang telah diberikan oleh fasilitator. Percanggahan pendapat ataupun kurang kerjasama daripada ahli kumpulan akan memberi impak negatif kepada hasil produk. Hasil aktiviti telah menampakkan kreativiti serta sikap kepimpinan dalam diri sesetengah peserta yang mana menurut guru, murid ini biasanya kurang menyerlah ketika berada di sekolah.
5
Slot 5
Memasang Khemah
Slot 5 ini pula memerlukan murid “lihat, faham, buat” di mana semua peserta telah ditunjukkan demonstrasi mengenai langkah-langkah memasang khemah dengan betul. Fasilitator telah menggunakan kaedah “Analisis Tugasan’ dalam mendemonstrasi langkah-langkah memasang khemah. Dalam ‘Analisis Tugasan” ini, fasilitator telah menunjukkan cara memasang khemah langkah demi langkah. Kemudian, semua murid perlu memasang khemah mengikut kumpulan masing-masing mengikut langkah-langkah yang telah ditunjukkan. Dalam aktiviti ini, sekiranya murid tidak memberi perhatian semasa fasilitator memberi penerangan dan mendemonstrasikan langkah-langkah pemasangan, maka mereka akan menghadapi masalah untuk memasang khemah mereka dengan betul dan dalam tempoh masa yang telah diberikan. Menerusi aktiviti ini, fasilitator mampu mengenal pasti sikap peserta dalam memberi perhatian, menerima arahan, dan kemampuan bekerja dalam kumpulan, yang mana kesemua kemahiran ini amat diperlukan oleh seseorang pengawas.
Slot 6
“Apa Sudah Jadi”
Slot ini merupakan slot terakhir dalam Program Kepimpinan Pengawas ini, di mana peserta perlu menunjukkan barang yang diamanahkan untuk mereka menjaganya sepanjang tempoh program ini berjalan. Menerusi aktiviti ini, kreativiti seseorang peserta dalam mamatuhi arahan dapat dilihat. Di awal program ini, setiap peserta telah diberikan sesuatu barang untuk mereka menjaganya. Barang tersebut tidak boleh dihilangan atau dirosakkan. Peserta telah diberi kebebasan untuk menjaga barang tersebut mengikut pemikiran masing-masing. Di akhir program, hanya tujuh orang peserta telah gagal untuk menjaga barang yang telah diamanahkan kepada mereka. Semua peserta tersebut perlu ke hadapan dan menjelaskan kepada rakan-rakan yang lain apakah factor yang menyebabkan mereka gagal menjaga barang yang telah diamanahkan kepada mereka. Aktiviti ini 6
menuntut kejujuran diri untuk berkongsi kelemahan diri dan mencadangkan apakah tindakan yang sepatutnya mereka lakukan untuk tidak gagal menjaga barang yang telah diamanah kepada mereka untuk menjaganya.
Dapatan Kajian Temu Bual Setelah Program Kepimpinan Pengawas ini berlalu selama tiga bulan, pengkaji telah menemu bual guru dan pengawas yang telah terlibat dalam program ini bagi mengenal pasti kesan program ini terhadap pengawas-pengawas berkenaan. Responden yang telah ditemubual adalah terdiri daripada dua orang guru pengiring dan lima orang murid peserta. Guru Guru yang telah ditemubual adalah dua orang guru yang telah terlibat secara langsung dengan program ini dan mempunyai hubungan terus dengan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah. Responden Guru 1 telah menyatakan bahawa terdapat peserta program ini yang telah menunjukkan perubahan positif dalam aspek menjalankan tugas, lebih bertanggungjawab, lebih yakin diri dalam melaksanakan tugas diamanahkan dan lebih berkeupayaan dalam mengawal emosi diri. Responden Guru 2 pula menambah bahawa setelah menamatkan program ini, peserta program ini lebih berkeyakinan untuk bercakap di hadapan rakan sebaya, murid ynag lebih berumur, dan murid-muird yang lebih muda. Menurut Responden Guru 2 lagi, Ketua Pengawas Sekolah lebih menampakkan sifat kepimpinan beliau setelah mengikuti program ini. Responden Guru 1 juga menyatakan bahawa hasil pemerhatian beliau, beliau mendapati pengawas-pengawas lebih menampakkan sikap sebagai pemimpin dalam melaksanakan tugas yang diberikan kepada mereka. Pengawas-pengawas juga didapati lebih berkeyakinan untuk bercakap di hadapan rakan-rakan mereka yang lain, yang mana keberanian ini kurang terdapat dalam diri mereka sebelum ini.
Peserta Kategori Murid Bagi responden murid pula, mereka telah disoal mengenai perasaan mereka setelah mengikuti program ini iaitu mengenai perubahan besar yang telah berlaku dalam diri mereka setelah mereka menamatkan program ini. Semua responden menyatakan bahawa dia lebih berkeyakinan untuk berucap di hadapan kawan-kawannya berbanding sebelum ini. Menurut Responden 1, sebelum mengikuti program ini, dia dia berasa takut, gementar, tidak yakin, dan malu untuk berucap di hadapan rakanrakan yang lain. Responden 1 juga menyatakan bahawa dia telah berani untuk menegur kesalahan yang dilakukan oleh rakan-rakannya di sekolah. Responden 2 pula menyatakan bahawa program ini telah banyak membantunya menjadi seorang pengawas yang lebih berdisiplin, lebih bertanggungjawab, dan lebih berkeyakinan. Responden 3 menyatakan bahawa dia lebih yakin untuk mencatat kesalahan rakanrakannya. Sebelum ini dia menyatakan bahawa dia takut-takut untuk mencatat kesalahan rakan-rakannya sebab risau akan dipulaukan oleh rakan-rakannya. 7
Responden 4 pula menyatakan bahawa dia amat bersemangat untuk melaksanakan tugas sebagai pengawas sebaik sahaja tamat program ini. Aktiviti yang dilalui telah banyak membantunya untuk lebih yakin menjalankan tugas sebagai pengawas. Akhir sekali, Responden 5 menayatakan bahawa dia yang sebelum ini merasakan dirinya tidak cukup kuat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengawas, telah lebih yakin dan bersemangat. Kesemua responden juga telah menyatakan bahawa aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan dalam Program Kepimpinan Pengawas ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada mereka sebagai murid dan juga sebagai pengawas.
Kesimpulan Sebagai kesimpulan, Program Kepimpinan Pengawas selama dua hari dan satu malam mini telah Berjaya mencapai objektif perancangannya iaitu bagi membina ciriciri positif dalam diri para peserta program ini iaitu murid-murid yang telah terpilih sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah. Kolaborasi ini akan berterusan di masa hadapan bagi memastikan kelestarian berkongsi ilmu dan kemahiran ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat amnya, dan murid-murid sekolah khasnya.
Rujukan _____________ (2007). Kamus Dewan. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Koontz, H. O'donnell, C. Weihrich, H. 1984. Management. New York: Mc-Graw Hill. Yahya
Don (2005). Kepimpinan Pendidikan Profefessional Publishing Sdn Bhd.
Di
Malaysia.
Selangor:
PTS
8