1
WAHDANIATULLAH.. Karangan
Sheikh Qamarudeen Wahdaniatullah Al-Haj.
2
WAHDANIATULLAH – Manuskrip Tulisan Tangan Arwah Sheikh Qamarudden Al-Haj PEMBUKA KATA DARI PENYALIN Al-Fakir Abdillah Abdullah Al-Gemasi Tuan Sheikh Qamarudden Al-Haj adalah salah saorang guru saya. Guru yang sangat saya hormati. Saya memanggilnya sebagai Bang Din. Beliau telahpun kembali menemui Tuhannya. Beliaulah yang banyak memberikan pemahaman kepada saya tentang INTIPATI ILMU HAKIKAT. Ilmunya berkaitan Ilmu Hakikat adalah sangat dalam dan luas. Beliau diberi kelebihan oleh Allah sebagai saorang penulis yang rajin dan mempunyai gaya tersendiri dalam menyampaikan ilmu. Setahu saya beliau telahpun menulis sekurang-kurangnya 16 kitab kitab Ilmu Hakikat. Yang saya tidak tahu – entah berapa. Semasa kali pertama saya datang kerumahnya untuk belajar Ilmu Hakikat beliau menunggu dimuka pintu rumah sambil menunjukkan Penumbuknya kepada saya dan berkata : Apa engkau ingat aku ini guru ? Engkau nampak ini ? Bila saya menjawab saya nampak penumbuk lantas dia mengahalau saya balik. Pada malam berikutnya saya ( yang degil ) datang lagi. Kali ini Bang Din menunjukkan Penamparnya sambil menunggu dimuka pintu dan mengherdik saya dengan nada yang garang : Kau nampak ni !!. Saya menjawab : Nampak pelempang , semalam penumbuk semuanya jari jari abang. Mendengar jawapan saya itu, secara tiba tiba Bang Din berubah wajah dan berubah watak. Beliau mempersilakan saya masuk kerumahnya dengan sopan sekali. Pelajaran pertama saya dengan Bang Din ialah MENGKAJI MUQADDAM iatu mengenal Alif – Ba- Ta hingga Ya. Bang Din menyuruh saya membaca huruf huruf itu dari Alif hingga Ya bersama kalimah Wassalamu melebihi 30 kali. Peliknya walaupun didera sebegitu, saya tidak letih, tidak rasa terhina dan tidak pula merajuk dan marah. Akhirnya entah pada kali bacaan yang keberapa atas Kehendak Allah jua saya menyebut kesemua huruf huruf Alif hingga Ya itu sebagai ALIF belaka. Bang Din hanya senyum lebar dan minta saya buktikan bahawa semua huruf huruf itu ialah Alif belaka seperti yang baru saya sebutkan itu.
3 Dengan Kehendak Allah jua secara spontan, saya minta izin Bang Din untuk meminjam sebuku benang dan gunting dari isterinya yang ketika itu sedang menjahit. Lantas saya buktikan bahawa huruf Ba hingga Ya bahkan Kalimah Wassalamu itu adalah huruf Alif yang telah bertukar rupa menyebabkan berbunyi ba bi ..ya yi dan sebagainya. Malah secara spontan tanpa berfikir mulut saya berkata : macam jari jari Bang Din semalamlah membentuk menjadi penumbuk, penampar namun ia tetap jari jari. Mendengar jawapan dan penjelasan saya itu, Bang Din berkata : Memang ada bahagian kamu dalam bab Ilmu Hakikat ini : Marilah kita bersama-sama berdoa kesyukuran terhadap Allah katanya. Bang Din membaca doa dan saya mengaminkannya Setelah belajar secara berterusan setiap malam selama dua minggu, Bang Din yakin bahawa saya memang sangat berminat mempelajari Ilmu Hakikat. Beliau telah menyerahkan 16 Kitab Kitab tulisan tangan karangan beliau kepada saya untuk dibuat salinan. Beliau mengarahkan saya membaca kitab kitab itu satu demi satu hingga faham. Saya tidak dibenarkan datang lagi kerumahnya melainkan ada perkara yang saya benar benar tidak faham. Antara kitab beliau yang sangat saya minati ialah kitab WAHDANIATULLAH ini. Salam Takzim Al-Fakir Abdillah Abdullah Al-Gemasi 15hb Ogos 2006.
4
INTERLUDE PENYEJUK JIWA ...surat kekasih hati.
SURAT UNTUK PARA KEKASIH Aduhai Pujaanku Kaulah Kandil Kemerlap Pelita Jendela Dimalam Gelap Melambai Setia Selalu Aduhai Diriku dan Dirimu Katakanlah Aku Itu Kamu Dan Kamu Itu Aku Demi Kasih Kita Kumulai warkah ini dengan mempersembahkan kepadamu satu SURAT CINTA terbuka, biar semua umat menjadi saksi akan CINTA kita ini. Patutkah mereka mencontohinya ?
Ianya untukmu bagaikan kandil yang kemerlap ..tidak akan ada padamnya selagi ada sumber minyaknya …minyak zaitun yang sangat diberkati….yang tidak mungkin kamu temui di Alam Maya ini……kerana ianya menghilang ditumpukan debu ..hingga kamu temui sendiri dalam kerinduanmu mencari Aku ,,kekasihmu. Ku, letakkan kandil itu dengan sengaja dijendela…agar kamu jadikan panduan menujuku dalam perjalanan malammu yang gelap gulita, kerana padamu aku dihijab dari pandanganmu oleh gelapnya malam. Wahai sayangku, sabenarnya…………… Engkau sendirilah yang menghijabkan dirimu dari aku. Maka lihatlah olehmu lambaian kasih setiaku tanpa ada penghujungnya ..sampai kesampaianmu. Disana aku menunggumu dan kau akan tahu siapa aku dan siapa engkau kerana DEMI CINTA …aku adalah engkau dan engkau pula adalah aku … Salamun Qaulan Mir Rabbir Rahim Dari Aku….Yang Kau Cari –Cari Selama Ini. WAHAI PARA KEKASIH !!! Asas pertama ialah DIRI BATIN –mu itu yaitu RUH atau NYAWA – mu wahai sayang. Nyawamulah yang menghidupkan kamu, yang membuatkan anggotamu bergerak, otakmu berfikir dan pancainderamu berfungsi.
5 Bagaimanakah kamu masih lagi menyatakan aku berdusta dan terus saja kamu mahu menghukumku …sedangkan kau dan aku adalah sama sahaja …lemah & longlai Ketahuilah bahawa diri batinmu itu mempunyai Sifat 20 Tuhanmu. Sifat 20 itu bukan sifatmu tetapi Sifat Sifat Zat Wajibul Wujud yang menggelarkan DiriNya HU dan menamakan DiriNya untukmu sebagai ALLAH. Adakah kamu masih lagi mahu menuduhku sebagai pendusta ..lalu kamu terus mahu menghukumku …sedangkan kau dan aku adalah sama sahaja…lemah & longlai tanpa AKU. Seterusnya, jika kamu mahu MENGENAL DIRI kamu, maka sayugianyalah kamu mengenal Diri Batin-mu itu. Yang patut kamu kenal dan kaji ialah APAKAH DIA Diri Batinmu itu Janganlah kamu terpengaruh dengan kata kata teman temanmu yang menyarankan kamu mencari Allah Tuhanmu itu. Betapakah Allah itu boleh dikenal kerana kamu tidak pernah dan tidak akan dapat menemuiNya dengan mata kepalamu itu. Aduh sayangku…bukankah aku ini kekasihmu yang sentiasa bersamamu dimana sahaja kamu berada..dalam suka dan dukamu..dalam riang tawamu…Kenapa tidak engkau mencariku ..sedangkan aku berada ditempat yang terang…dan sentiasa saja melambai kamu …tanpa ada hentinya.. Masihkah engkau mahu menuduhku sebagai pendusta…hingga mahu memotong lidah dan jejariku ? Kunyalakan kandil sebagai pedomanmu wahai kekasihku.Aku ini adalah rahsiamu dan rahsiamu itu adalah Aku Betulkan pandanganmu…kenapa masih lagi mahu memandang keluar sedangkan aku sudah berada dikamarmu ? Alihkan pandanganmu kedalam..dan panggil serta serulah aku….. Warkahku ini akan membantumu mencari aku …janganlah ikut jalan pergi ..ikutlah jalan kembali…yaitu kembali kepadaku. Maafkan Aku wahai orang yang menyayangi….Siapakah nama mu itu ? Jawablah walaupun aku ada dan tiada untuk mendengar jawapanmu. Beruntunglah jika namamu MUHAMMAD kerana Allah telah mengistiharkan bahawa MUHAMMAD ITU ADALAH KEKASIHKU. Maka malanglah orang yang bernama lain dari Muhammad kerana tiada berpeluang menjadi Kekasih Tuhannya. Gurumu akan menjelaskan bahawa Kekasih Allah itu ialah Junjungan mu Nabi Muhammad bin Abdullah Rasul Allah yang terakhir. Memang itulah dia yang benar.
6 Jika aku katakan bahawa Allah juga mengasihimu adakah kamu akan percaya ? Kamu juga adalah Kekasih Allah . Percayakah kamu sedangkan engkau masih lagi menyatakan aku ini pendusta….yang suka mengatakan yang sesat ..yang bukan sahaja menyesatkan kamu ..tetapi juga kesemua teman temanmu. Jika namamu Muhammad atau Roslan atau Latifah mahupun Aminah ..malah temanmu yang bernama David atau Maniam itu juga adalah Kekasih Allah. Betapakakan boleh aku dikatakan benar sedangkan si David itu beragama Kristian, si Maniam beragama Hindu ? Aku bertanya kepadamu , adakah mereka mereka itu juga dijadikan oleh Tuhan yang kamu sembah yaitu Allah. Beranikah kamu mengatakan bahawa si David & Maniam itu dijadikan oleh Tuhan yang mereka sembah ? Maka aku nyatakan sekali lagi bahawa kamu sekalian juga adalah kekasih Allah. Kamu semua adalah Muhammad belaka pada hakikatnya..tiada yang lain. Nama Muhammad itu adalah RAHSIA Allah yang perlu kamu pelajari. Ianya adalah satu mukjizat untuk menyatakan kebenaran Agamamu …Agama Islam. Dalam jumlah nama nama yang tidak terbilang itu hanya nama Muhammad jika kamu tulis dalam huruf AlQuran merupakan gambar manusia. Kamu tulislah nama nama yang lain adakah ia menjadi gambar manusia ada kepala umpama MIM pertama, ada tangannya umpama huruf HA, ada pusatnya umpama huruf MIM KEDUA dan ada kakinya umpama huruf DAL. Dan kamu masih juga mengatakan aku SESAT dan mahu menghukumku………… Kamu dinamakan Saleh dan teman temanmu mempunyai pelbagai nama untuk memudahkan urusan dunia. Jika semua orang dinamakan Muhammad agar menjadi Kekasih Allah maka bagaimanakah caranya untuk guru menguruskan kelas yang kesemua 40 orang murid bernama Muhammad ? Wahai Para Pencinta… Jika kamu mahu terus menjadi kekasihku dan terus menerus menjadi Kekasih Allah, maka carilah AKU kekasihmu…jangan kasih sayang hanya dibibir sahaja…sedangkan setiap waktu dan setiap ketika engkau mempunyai KEKASIH YANG LAIN. Bukankah engkau sebenarnya SAORANG PENDUSTA & PENDERHAKA ? Dan seperti biasa engkau terus juga mengatakan AKU YANG SESAT & MENYESATKAN ENGKAU !!Tidakkah kamu tahu bahawa KESESATAN ENGKAU itu disebabkan KEJAHILANMU TENTANG AKU ???? Dan engkau sudah mula berani mahu memotong jejariku dan lidahku..sedangkan aku telah mengatakan bahawa aku ini ialah…BAGAIKAN BURUNG YANG PATAH SAYAPNYA…BERTONGKATKAN PARUH KUTERBANG JUA…. SELAMATLAH ENGKAU WAHAI KEKASIHKU SELAGI AKU MENGASIHI KAMU………..
7
MUQADDIMAH
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. WAHDANIATULLAH yang membawa erti MENGESAKAN ALLAH adalah nama yang sesuai kuberikan pada KITAB ini. Walaupun ianya ringkas tetapi MENDALAM kerana inilah satu-satunya AMANAT ALLAH kepada Rasul dan Rasul kepada umatnya. Bukanlah tanggungjawabku untuk MENSYIRIKKAN ALLAH atau MENGHUKUM KAFIR sesama manusia tetapi kitab ini kubukukan untuk TATAPAN Umat Muhammad. Kalau ada yang mahu menggunakan akal dan menghabiskan masa untuk berfikir tentang KEESAAN ALLH maka renungkanlah kalimat kalimat didalam kitab ini, kemudian serahkan kepada Allah supaya dapat menenangkan hati dan membuka PINTU HIJAB yang selama ini menebal dilubuk hati kita. Untuk mendapatkan Makrifah Ilmu Ketuhanan agar segala Amal Ibadah kita tidak sia sia , maka ada tujuh ( 7 ) perkara yang wajib manusia buangkan jauh jauh dari lubuk hati yakni :RIAK iaitu suka memuji diri UJUB ertinya herankan diri sendiri SUM’AH iaitu meminta diri dipuji dan ingin terkenal TAKABBUR iaitu sombong dan membesarkan diri HASAD DENGKI maknanya aniaya dan umpat keji HABUJAH iaitu terlalau kasih dan pentingkan harta dunia HABUDUNYA iaitu terlalu pentingkan Kehidupan Dunia Ini adalah Sifat Tercela yang menjadi PERISAI yang menghalang ke JALAN HAQ.
Sheikh Qamarudden Al-Haj
8
BAB SATU MENGENAL RASUL & ISLAM SIAPAKAH YANG MENGISLAMKAN KITA ? Sebelum sasaorang menjalani Amal Ibadat Agama Islam, maka pernahkah terlintas difikirannya soalan begini :Kalau orang kafir masuk Agama Islam bergelar Muallaf, ada Imam yang mengislamkannya. Tetapi siapa pula yang mengislamkan diri aku ini ? Apakah yang dikatakan ISLAM itu ? Siapa pula yang membuat RUKUN ISLAM 5 PERKARA itu ? Maka umum mengetahui Agama Islam adalah Agama Allah yang disebarkan oleh RASUL AKHIR ZAMAN, Junjungan kita Nabi MUHAMMAD SAW. Tiada lagi Rasul selepas baginda. Jikalau tiada lagi Rasul selepas baginda kenapakah manusia Islam mengucap KALIMAH RASUL yang berbunyi :Wa Ashhadu Anna Muhammadur Rasullullah. Dab aku bersaksi bahawa AKU MUHAMMAD Rasul Allah. Fikirkan baik baik istilah Arab AN-NA itu bermaksud AKU dalam Bahasa Melayu kita. Ulamak Syariat mengertikan AN-NA sebagai SESUNGGUHNYA. Aku katakan maksudnya ialah AKU atau SAYA. Bukankah Allah Berfirman : Tiada Rasul selepas Muhammad saw dan kenapa pula manusia menyatakan dirinya MUHAMMAD RASUL ALLAH ? Adapun tiap tiap soalan ada jawapannya jika difikirkan. Kalau difikirkan betul ..maka ikutlah, jika sebaliknya ..maka janganlah ikut kitab Wahdaniatullah ini kerana Allah telah Berfirman bermaksud :Laisa alai la huda hum wa laa kin nallah hu adii mai ya sya’ Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah Yang Memberi Petunjuk Kerana itulah apa yang hendak diherankan kalau manusia TIDAK DIBERI PETUNJUK oleh Allah SWT. Guru yang turun dari langit pun tidak akan dapat berbuat apa apa untuk menyatakan yang ajaran ini dan itu salah dan yang ini betul dan yang itu salah. Pokok pangkalnya KEIMANAN sasaorang. IMAN itu YAKIN. Kalau yakin 100% Iman
9
namanya. Jikalau 99% was was dan waham namanya. Maka untuk mendapatkan JALAN WAHDANIATULLAH kenalah yakin dan berilah tumpuan sepenuhnya dan minta Allah bukakan PINTU MAKRIFAH kita. Firman Allah bermaksud :Allah Pelindung orang orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada CahayaNya. Yang menyampaikan Firman Allah adalah RASUL. Kalau Firman Allah tidak disampaikan oleh Rasul maka TIDAK ZAHIRLAH KALIMAH yang berjumlah 6,666 ayat menjadi 30 juzuk Al-Quran sebagai PANDUAN ORANG ISLAM yang beriman. Berbalik kepada soalan yang pertama tadi : SIAPAKAH YANG MENGISLAMKAN KITA ? Apakah jawapan anda ? Emak andakah, bapa andakah , kadhikah atau guru andakah ? Yang kita tahu lahir sahaja kita, ibu bapa kita daftarkan kelahiran kita di Balai Polis Masih bayi lagi SUDAH TERCATIT dalam Surat Beranak bahawa agama kita ialah Agama Islam….keturunan Melayu. Maka nyatalah sekarang bahawa ISLAM KITA ialah ISLAM BERCATIT…… Jadi kita ialah ISLAM ZURIAT atau ISLAM KETURUNAN daripada keturunan kedua ibu bapa yang Islam. Maka untuk mengingatkan kembali SIAPA yang mengislamkan diri kita, maka Firman Allah kita baca 5 Kali sehari semalam ketika kita Solat dengan sedikit PINDAAN ULAMAK FEQAH kerana mereka TIDAK SETUJU dengan SATU KALIMAH didalam Al-Quran. Kerana itu maka GELAP GULITA lah manusia Syariat tentang SIAPA yang mengislamkan mereka. SAMBUNGAN… MENGENAL RASUL & ISLAM. Siapakah Yang Mengislamkan Kita ? WAHDANIATULLAH Sheikh Qamarudeen Wahdaniatullah Al-Haj Firman Allah : Al – An’aam : 162 – 63 : Doa Iftitah Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ( kerana ) Allah ( semata-mata ) ( iaiitu ) Tuhan Semesta Alam. Tiada sekutu bagiNya dan demikianlah
10
yang diperentahkan kepadaku dan AKU ADALAH ORANG YANG AWAL ( Pertama ) ISLAM. Ini adalah DALIL NAQLI bahawa sebelum kita dilahirkan dari setitis air mani kita TELAHPUN ISLAM ( atau di-Islamkan ) Namun Ulamak Syariat yang tidak diberi ilham ( oleh Allah ) tetapi mendapat ganjaran saperti gaji, elaun dsb ( dari manusia ) untuk mengajar dan bersyarah agama TELAH PERASAN bahawa ayat diatas lebih sesuai maknanya, jika dibuang kalimah AWALUL ( aku telah awal awal Islam ) dan DIGANTI dengan kalimah MINAL sahaja yang membawa maksud Aku adalah orang orang Islam. Soalnya ialah jika kita tidak percaya kepada satu Kalimah atau makna satu ayat AlQuran maka ianya seumpama kita tidak percaya kepada seluruh Al-Quran itu. Kalau tidak percaya kepada AlQuran, maka jadilah kita golongan Kafir Laknatullah. Maka inilah jawapan kepada soalan : SIAPAKAH YANG MENGISLAMKAN KITA ? Jawapannya ialah : ALLAH – LAH YANG MENGISLAMKAN KITA…bukan ibu bapa, bukan kadhi, atau imam atau guru kita. Alangkah bertuahnya kita. Memang Bertuah. BILAKAH KITA DI-ISLAMKAN ? Jawapannya ialah : SEBELUM MENJADI MANUSIA….bahkan sebelum menjadi air mani bapa kita lagi..KITA SUDAH AWAL AWAL ISLAM. ( Kita telah di-Islamkan oleh Allah semasa kita masih bertahap RUH belum lagi menjadi bayi atau manusia ) APAKAH ITU ISLAM – APA MAKNANYA KALIMAH ISLAM ? Alif – Shin – Lam Alif – Mim. APAKAH ITU ISLAM – APA MAKNANYA KALIMAH ISLAM ? Alif – Shin – Lam Alif – Mim. ( ejaan Jawi ) b> WAHDANIATULLAH Sheikh Qamarudeen Wahdaniatullah Al-Haj APAKAH ITU ISLAM – APA MAKNANYA KALIMAH ISLAM ? Alif – Shin – Lam Alif – Mim. ( ejaan Jawi ) HURUF HURUF UNTUK EJAAN KALIMAH ISLAM = Jawi ALIF = Allah SHIN = Salamun
11
LAM ALIF = Laa Ilaha Illallah MIM = Muhammadur Rasullullah Yang Bermaksud :Allah Mengucapkan SEJAHTERA kepada manusia yang menyatakan :TIADA NYATA HANYA ALLAH dan MUHAMMAD itu MENYAMPAIKAN SIFAT BAGI DIRI ALLAH ( menyampaikan Haq Allah kepada Badan ) Nyata Islam itu terbahagi kepada 2 ( Dua ) Kalimah iaitu :KALIMAH TAUHID dan KALIMAH RASUL TAUHID itu MENGESAKAN ALLAH dan Rasul pula menyampaikan CARA MANA HENDAK MENGESAKAN ALLAH. Rasul inilah INDUK segala Ilmu Ketuhanan. Manusia tidak Mengenal Allah, tetapi RASUL ( manusia itu ) KENAL SIAPA ALLAH. Maka Rasul inilah yang perlu dikaji dan dikenali terlebih dahulu kerana kenalnya manusia tentang erti bahawa Allah itu Tuhannya kerana Rasul yang memberitahu. SIAPAKAH RASUL ANDA ITU ? Firman Allah : Yunus : 47 bermaksud :Dan tiap tiap umat mempunyai Rasul ( nya ) Firman Allah : Al-Baqarah : 213 yang bermaksud :Manusia itu umat yang satu. Firman Allah : Ali-Imran : 144 yang bermaksud :Muhammad itu tidak lain hanyalah saorang Rasul. Firman Allah yang terdapat didalam Al-Quran telah menerangkan bahawa tiap tiap umat yang dalam ertikata lebih jelas TIAP TIAP ORANG mempunyai Rasulnya sendiri. Maka Firman Allah ini manusia percaya . TETAPI ulamak Syariat tetap tidak menerimanya. Kerana apa ? Mereka kata itu DAHULU, sekarang mana ada lagi Rasul ? Bukankah Rasul sudah wafat ? Maka janganlah kita pertikaikan pendapat mereka itu. Ini adalah kerana bagi orang
12
yang belajar SEJARAH NABI sememangnya Nabi Muhammad ibni Abdullah itu sudah wafat tetapi bagi orang YANG MENGKAJI AL-QURAN dari aspek KEIMANAN akan mendapat Petunjuk HAQ untuk mengenal akan NABI MUHAMMAD yang dikatakan telah wafat itu. Maka setiap yang Allah wujudkan dimuka bumi ini siap BERPASANGAN. Ada Dunia ada Akhirat. Pahala pasangannya Dosa, Loh pasangannya Kalam, Syurga pasangannya Neraka dan sebagainya. SIAPA PULA PASANGAN NABI MUHAMMAD ibni ABDULLAH ? Isterinyakah ? Ya kata Ilmu Syariat. BUKAN kata Ilmu Hakikat. Adapun yang disebut PASANGAN itu adalah KEMBARNYA seperti Dosa & Pahala. Maka jika dikatakan pasangan Nabi Muhammad adalah SITI KHADIJAH, maka ini amatlah tidak adil kepada isteri isteri baginda yang lain. JAWAPAN SEBENAR ialah :RASUL ZAHIR = Nabi Muhammad ibni Abdullah RASUL BATIN = Nabi Muhammad Mustaffa Rasullullah Diatas Kebijaksanaan Allah Yang Maha Mengetahui, jika dihidupkan Nabi Muhammad tanpa wafat, nescaya umatnya TIDAK AKAN MENGENAL DIRINYA ALLAH itu. Maka Amanat Allah kepada rasul agar Rasul mengajar umatnya MENGESAKAN ALLAH sematamata dalam segala Amal Ibadahnya. Firman Allah : Saba’ : 46 yang bermaksud :Katakanlah sesungguhnya Aku hendak memperingati kepadamu SUATU HAL SAHAJA iaitu SUPAYA KAMU MENGADAP ALLAH berdua-dua atau SENDIRI SENDIRI. Kemudian kamu fikirkan ( lah ) Allah Berfirman kepada Rasul, maka Rasul sampaikan kepada umatnya. Bagi umat YANG MAHU BERFIKIR dalam Hal Ketuhanan akan dapat jawapannya. Bagi umat PAK TURUT yang hanya mengikut-ngikut akan dalam KERUGIAN. Kerugian bagaimanakah itu ? Pertama : Ikut Hukum Allah tetapi TIDAK KENAL siapakah Allah itu !. Kenal atau tidak dengan Allah ? ENTAH jawabnya, guru kata berfikir dalam dalam tentang Allah itu hukumnya HARAM. Maka haramlah Ilmu Ketuhanan itu. Kenapakah berfikir tentang Allah itu dikatakan haram ? Kalau kita tidak tahu akan Allah maka nyatalah hanya takut pada Hukum tetapi tidak
13
takut akan Allah. Kalau kita takut akan Allah kenapakah kita tidak merapatkan diri kita kepada RasulNya dan bertanya kepada Rasul itu siapa itu Allah ? Tentu Syariat akan menjawab : Bukankah Rasul sudah wafat ? Balik balik wafat, wafat, wafat. Apakah wafat itu ? Wafai itu mati. Apakah mati itu ? Entah. Kalau hendak juga jawapannya akan aku terangkan tetapi dengarkanlah lafaz kita ikut Firman Allah :Al-An Am : 163 yang bermaksud :Tiada sekutu bagiNya dan demikianlah Yang Diperentahkan Kepadaku Manusia tahu bahawa Allah itu tidak boleh dipersekutukan, tetapi mereka tidak sedar bangun sahaja dari tidur mereka mulalah sekutukan Allah , ambil wudhu ( subuh ) sekutukan Allah, berjalan sekutukan Allah dan yang lebih berat bila Sembahyang, Puasa, Berzakat dan Menunaikan Fardhu Haji pun sekutukan Allah. Subhanallah !!! Ikut Hukum, tunaikan Rukun Islam tetapi semuanya MENYENGUTUKAN ALLAH. Bagaimnakah ini boleh terjadi ? ZAHIRnya manusia ikut hukum dan menunaikan Rukun Islam. Tetapi BATIN-nya bergelar SYIRIK HOPPI. Kerana apa ? Kerana manusia yang MENGATAKAN MEREKA-lah YANG BERBUAT segala Ibadah itu….kerana mengharapkan balasan PAHALA dan ganjaran SYURGA. Bukankah Allah telah Berfirman : Yang bermaksud :Sesungguhnya AKU BESERTA KAMU Semua orang tahu bahawa : Allah Beserta kita. Tetapi kita tetap mahu MENDUAKAN ALLAH. Yaitu Allah dan kita. Untuk mengelakkan diri dari menduakan Allah, maka Allah telah mengutus Rasul didalam DIRI anda sendiri …diadalam Diri manusia itu. Tidak percaya bahawa Rasul itu kini berada didalam DIRI anda sendiri ????
BERKAITAN IBLIS MAKNA IBLIS – ALIF – BA – LAM – YA - SIN Dari Kacamata Ilmu Hakikat
14
Jika Allah tidak kita kenal, jikalaulah Iblis menyamar maka akan tunduk patuhlah mereka itu pada Iblis kerana perasan mendapat Petunjuk Allah. Tambahan pula Iblis tahu kelemahan anak cucu Adam iaitu takut pada Rukun dan Hukum Syariat. Maka Iblis pun menasihati janganlah kamu tinggalkan rukun 5 waktu, banyakkan zikir dan sebagainya. Bila sembahyang Iblis berdiri didepannya dan sembahyanglah manusia yang alim itu …….siapakah yang disembahnya ? Firman Allah Al Jin – 06 Dan bahawasanya ada beberapa orang laki laki diantara manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa laki laki diantara JIN , maka Jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. Inilah diri manusia yang MENIPU dirinya sendiri. Buat Amal Ibadah kerana ikut Rukun & Hukum tanpa mendalami apa itu RUKUN dan apa itu HUKUM. Kajilah kedua-duanya mulai Alif hingga Ya ( muqaddam ) dan kepada Al-Quran bermula dengan ALIF – LAM- MIM. Kalau tidak kenal Tuhan , bagaimana hendak tahu apa itu ALIF dan apa bezanya dengan HAMZAH sebab dari segi bunyi ianya sama. Alif untuk Tuhan ( Alif – Lam – Lam – Ha ) tegak lurus dan tidak bengkok saperti hamzah. ADAM dimurkai Allah dikeranakan IBLIS. Disebabkan ADAM pula, Iblis pula dilaknati Allah. Maka berkatalah Iblis di-dalam Al-Quran dengan penuh DENDAM :Dan lantaran ENGKAU ( Allah ) telah sesatkan diri saya , pasti saya akan halangi mereka ( manusia ) ke JALAN YANG LURUS. Maka bagi yang belum MENGENAL ZAT – SIFAT – ASMA’ & AFAL ALLAH , RASUL dan ULIL AMRI secara mendalam, ayat ( AMARAN IBLIS ) diatas adalah satu ANCAMAN kepada mereka dan lain lain manusia sejagat. Iblis SANGAT PINTAR dalam muslihatnya sehingga manusia ADAM & HAWA yang SUDAH BERJUMPA ALLAH pun DAPAT DIBELITNYA hingga diMurkai Allah dan dihantar kedunia ini. Inikan pula kita sebagai manusia yang TIDAK PERNAH BERJUMPA ALLAH dan KENAL PUN TIDAK akan ALLAH itu. Barangkali pada Iblis manusia sekarang ialah manusia hingusan yang layak diketuk ketuk kepalanya oleh Iblis. Adakah MANUSIA YANG BERIMAN sanggup diketuk-ketuk kepalanya oleh Iblis ? Mereka tentu tersenyum melihat Iblis dan Iblis pula melarikan diri bila nampak orang yang benar benar beriman di SISI TUHANnya. Kerana apa ? Kerana Iblis malu kerana orang orang itu tahu akan SALASILAH DIRI IBLIS itu…..
15
BAB 2 APA ITU IBLIS – Alif – Ba – Lam – Ya – Shin. ALIF iktibar DIRI ZAT BA iktibar SIFAT BAGI ZAT LAM iktibar ASMA’ BAGI ZAT YA iktibar AF’AL BAGI ZAT SHIN iktibar SIRR BAGI ZAT Manusia tidak mengenal Alif itu Zat, Ba itu menyatakan Sifat bagi Zat sehingga Zat itu MELIPUTI dan berAsma; ALLAH. Dalam kata yang mudah ialah : IBLIS = MANUSIA YANG HIDUP TIDAK MELIHAT DIRINYA UJUD DARI ZAT DAN MEMBELAKANGKAN HAQ ZAT. Manusia cuma pandai mengatakan : Memanglah semuanya Gerak Allah TETAPI tidak mengaku kenyataan dan mengemukakan bermacam-macam dalih sehingga akan LENYAP HAQ ditutupi JASAD. LENYAP HAQ – MENANG YANG BATIL = IBLIS. Bagi yang mengetahui Zat itu ujud, bahawasanya Zat jua menyatakan ujudnya melalui KIDAM yakni Sifat Muhammad dan Sifatnya ialah BAQA’ didalam Jasad atau Tubuh manusia bernama atau berAsma’ sebagai ADAM. Adapun YA – SHIN adalah KENYATAAN dan PERAKUAN ZAT kepada SIFAT. Itulah SIRR ( Rahsia ) yang penuh dengan HIKMAH. Kesimpulannya IBLIS itu adalah PERBUATAN NAFSU manusia dalam mengerjakan Amal Ibadah dengan MENSYIRIKKAN yakni MENDUAKAN ALLAH. Maksudnya ialah YA-SIN adalah manusia yang beriman yang MENGESAKAN ZAT – SIFAT – ASMA’ & AFAL dan BERTAUHID bahawa segala perbuatan mereka adalah Af’al Allah belaka
16
BAB 3
MENGENAL ZAT....& ULIL AMRI MENGENAL ZAT….. Jangan Sekali-kali Anda Sekutukan Allah
ALLAH ITU ZAT ALLAH itu Tuhan segala manusia. Apakah Allah itu ? Allah itu Nama / Asma’. Nama bagi siapa ? . Nama bagi DIRI ZAT. Siapa itu Zat ? ZAT inilah RAHSIA bagi manusia. DIA Maha Mengetahui segala Alam Saghir dan Alam Kabir. Yang dikatakan Alam Saghir ialah Alam Kecil iaitu manusia itu sendiri, manakala Alam Kabir ialah Alam Semesta , bumi , matahari, bulan dan sebagainya. Menjadikan dan Yang Menciptakan serta Mematikan segala yang bernyawa. Kebanyakan manusia tidak lazim dengan panggilan ZAT tetapi Nama Yang Agung bagi manusia ialah Allah. Sebut Allah semua orang faham, Dialah Tuhan. Sebut Zat tidak ramai yang tahu, kerana apa ? Kerana ahli sains telah memberi nama zat kepada besi, galian, makanan dan sebagainya. Cuma Ahli Tasauf mengatakan ZAT WAJIBUL WUJUD atau dalam Bahasa Melayunya untuk mudah difahami ialah :Manusia itu mengandungi Zat…tetapi bukan zat besi, galian, vitamin dan sebagainya. ZAT yang MELIPUTI SEKALIAN ANGGOTA MANUSIA, yang memberi PERASAAN, PENDENGARAN, PENGLIHATAN, PENCIUMAN dan PERGERAKAN. Itulah yang dikatakan ZAT. Oleh kerana Zat ataupun Allah ini suatu Pelajaran Yang Seni maka tumpukan sepenuh jiwa kalau mahu Mengenal Tuhan. Kerana apa ? ZAT inilah Penyelamat Diri Manusia. Syurga atau Neraka, Mati atau Hidup semuanya bergantung pada Zat Wajibul Wujud iaitu Allah. Islamnya sasaorang bukannya terletak pada kuat mengerjakan Rukun dan Hukum. Kafirnya sasaorang bukan terletak pada perbuatan Melanggar Rukun dan Hukum. Islamnya sasaorang jika ia dapat MENTAATI Allah, Rasul dan Ulil Amri saperti
17 Firman Allah An Nisa : 59 yang bermaksud :Hai orang yang beriman, taatilah Allah, dan taatilah Rasul dan Ulil Amri diantara kamu. Cara manakah hendak mentaati Allah , Rasul dan Ulil Amri ? Ikut Rukun dan buat Hukum ? Ya ini adalah langkah pertama bernama Syariat. Memperbanyakkan zikir ? Ya Ini adalah dasar Tariqat untuk mensucikan hati. Sebelum kita mendalami apakah yang dikatakan Syariat, maka eloklah difahami dahulu perkataan dan makna ALLAH – RASUL dan ULUL AMRI. ALLAH itu Nama bagi DIRI ZAT RASUL itu Sifat bagi DIRI ZAT ULIL AMRI itu Af’al bagi DIRI ZAT
MEMAHAMI MAKNA ULIL AMRI Sebut kalimah Allah orang tahu pada NamaNya. Begitu juga Rasul namanya ialah Muhammad. Tetapi Ulil Amri ramai yang tahu tetapi buat buat tahu terutamanya Ulama’ Feqah. Adapun pengertian Ulil Amri oleh Ulama’ Feqah ialah Pemerentah sesuatu negeri atau Negara yang bergelar Kerajaan. Contohnya Kerajaan Barisan Nasional atau Kerajaan PAS. Jika sasaorang itu beriman bahawa ulil Amrinya ialah Barisan Nasional atau PAS, maka SESAT – lah manusia itu dan bertambah jauhlah AQIDAH Keimanan pada Ulil Amri yang sebenar. Kenapa boleh jadi begitu ? Ingatlah bahawa Ulil Amri yang dimaksudkan bukannya manusia dan bukannya dipilih melalui Pilihanraya oleh rakyat tetapi ALLAH YANG MEMILIHNYA. Ulil Amri yang sebenarnya adalah PEMERENTAH yang Maha Kaya dan tidak memerlukan pungutan cukai untuk memerentah seperti kerajaan dunia. Firman Allah : Al- An Am : 116 Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang dimuka bumi ini, nescaya mereka akan MENYESATKAN kamu dari Jalan Allah, mereka tidak lain hanyalah MENGIKUT PERSANGKAAN dan mereka TIDAK LAIN HANYALAH DUSTA. Ulil Amri yang sebenarnya adalah Pemerentah Diri kita. Segala gerak geri dan diam kita adalah kerananya. Dialah yang menghidupkan Jasad. Jasad kita adalah umpama rakyat
18 yang menjalankan Titah Perentah Pemerintah didalam diri manusia. Ulil Amri itu adalah Tuhan manusia. Nyata pada mata kasar bahawa manusia itu bergerak saperti berjalan, duduk dan sebagainya tetapi terfikirkah oleh manusia kenapa ianya berjalan ? Siapakah yang menggerakkan kakinya untuk berjalan ? Maka kalau jawapannya = aku berjalan dengan kehendak aku TANPA FAHAM MAKSUD AKU itu – nyatalah manusia itu sedang MENDUAKAN Allah. Kenapa dikatakan begitu ? Kerana manusia itu lupa bahawa Jasadnya itu MATI kalau tiada Nyawa. Nyawa pula tidak akan ada kalau TIADA ULIL AMRI. Ulil Amri pula ujud daripada ZAT. Bukankah itu berkait ?Manusia dan Ulil Amri TIDAK BOLEH BERPISAH dan kalau berpisah juga MATI namanya. Kalau DIPISAHKAN – SYIRIK jatuhnya. Kalau di SE-KAN HIDUP selama-lamanya jadinya. Pilihlah yang mana anda hendak ? Nak MATI berpisah dengan Ulil Amri Nak SYIRIK pisahkan Ulil Amri Nak HIDUP SE-kan Ulil Amri. Lazimnya manusia ada dua mertabat :Pertama mati terus menanggung Azab Kubur Kedua TERUS dengan Mensyirikkan Allah. Mertabat yang seni yakni SE. Hanya Allah saja yang MEMILIH umatnya. Manusia yang mengenal Ulil Amri akan menjalankan segala Titah PerintahNya dan jadilah mereka orang orag BERIMAN DISISI ALLAH tetapi kebanyakannya KAFIR di SISI MANUSIA. Firman Allah : Al-Jin : 13 : yang bermaksud :Barangsiapa beriman kepada Tuhannya, maka ia TIDAK TAKUT akan PENGURANGAN PAHALA dan TIDAK TAKUT PULA akan PENAMBAHAN DOSA dan KESALAHAN. Firman diatas jelas akan maksudnya yang mengatakan manusia yang beriman YAKIN bahawa dirinya bergerak kerana DIGERAKKAN oleh Allah. Maka ianya hanyalah MENJALANKAN TITAH PERENTAH YANG BERKUASA terhadap segala sesuatu perbuatan walaupun perbuatan itu melanggar Hukum Feqah yang telah menetapkan dosa dan Pahala. Dia tidak takut SEBAB DIA BERIMAN bahawa dia sebagai manusia tidak boleh berbuat apa apa Yang berbuat itu ialah Allah termasuk melakukan perbuatan perbuatan yang melanggar hukum.
19
BAB 4 RASUL ITU ADA BERSAMA ANDA……DIDALAM DIRI ANDA !! RASUL ANDA BERKATA-KATA DALAM BAHASA MELAYU… Anda memerlukan dalil dalilNya ? Hendakkan Pedoman Al-Quran ? Memang semua yang dipinta jawapan boleh aku huraikan. Firman Firman Allah : Dari pelbagi Surah & Ayat Ayat : Yang Bermaksud :Dan pada Diri kamu , mengapa tidak kamu perhatikan ? Kami mengutusnya menjadi Rasul kepada segenap manusia Kami tidak mengutus saorang Rasul pun melainkan dengan BAHASA KAUM-nya supaya ia dapat memberi PENJELASAN dengan terang kepada mereka ( Ibrahim : 04 )
Nabi Muhammad itu ikhtibar Rasul Yang Zahir yang mempunyai Budi Pekerti Yang Tinggi sebagai contoh manusia untuk mendalami Ilmu Ketuhanan. Rasul itu zahir di Mekah dalam Negeri Arab. Maka wujudlah Al-Quran didalam Bahasa Arab. Ini adalah Hikmah Allah untuk mengujudkan Rasul di Mekah kerana menunaikan Doa Nabi Ibrahim a.s Bagaimana pula memahamkan makna Ayat 04 Surah Ibrahim yang mengatakan rasul diutus didalam bahasa kaumnya ? Adapun Ayat ini jelas lagi terang sehingga berkilauan. Kerana kilauannya memanah MATA, maka mata terus gelap dan berpinarlah mata Penggubal Hukum Syariat / Feqah. Gelap mata zahir ..tidaklah mengapa asalkan Mata Hati terang benderang. Janganlah pula kita mengikut Ulamak Syariat penggubal hukum itu kerana Ayat Ibrahim 04 ini terang dan jelas. Maka janganlah diubah-ubah , dikurang atau ditokok tambah. Kalau kitab ini dapat difahami oleh anda sebagai orang Melayu, maka ini adalah kerana aku ini ( sheikh Qamaruddeen ) menjalankan TINTA RASULKU yang bahasanya Bahasa Melayu dan bukannya bahasa Arab.
20 Istilahnya aku ini, Orang Melayu, kaum kerabatku juga orang Melayu, maka Yang Mengajar ILMULLAH kepada aku adalah RASUL MELAYU. ( Maksudnya Rasulku juga Melayu sebab aku ini berbangsa Melayu ) Kalau Rasulku orang Arab, maka mungkin Bahasa Arab yang diajarnya kepadaku yang melayu ini, maka setakat dengar sajalah nampaknya. Bila tidak faham bagaimanakah aku boleh dapat Mengenal Al-Quran, Mengenal Allah dan mendapat RahsiaNya. Ini adalah HIKMAH Mengenal Rasul Yang Sejati. Datangnya dari NURULLAH. Terbitnya dari air mani lelaki. Suara itulah RAHSIA DIRI. NAFAS itulah Rahsia Malaikat. NYAWA itulah RAHSIA RASUL. Eloklah kita tumpukan kepada NAMA RASUL kita itu. Kenapakah ianya bernama MUHAMMAD ( eja Mim – Ha – Mim – Dal ) Sesungguhnya Muhammad itu ialah IBU SEGALA ILMU DUNIA kerana Allah jadikan Dunia dan segala isinya untuk MUHAMMAD. Nota Fakir :Didalam kitab asal ada Nukilan Ejaan Muhammad didalam ejaan JAWI. Fakir tidak pandai memasukkannya kelaman ini . Oleh itu kenalah Fakir mengolah semula tulisan Sheikh Qamaruddeen berkaitan hal ini. …………………………… Cuba anda tulis sendiri Nama Muhammad didalam tulisan Jawi : Tulis dua nama Muhammad kerana sebenarnya ada dua Muhammad , satu Zahir dan satu lagi Batin. MIM PERTAMA = Kepalanya manusia HA = Tangannya manusia MIM KEDUA = Pusatnya manusia DAL = Kedua kaki manusia.
Cantumkan kedua Ejaan Muhammad anda itu. Bukankah sudah lengkap GAMBAR MANUSIA yang mempunyai satu kepala, dua tangan, satu pusat dan dua kaki ? Daripada Nukilan Dua Muhammad itu maka TERCIPTALAH bentuk manusia yang lengkap bukankah begitu ? Cuba anda eja dan tulis nama anda seperti anda lakukan kepada nama Muhammad tadi ..adakah ia merupakan gambar manusia ? Ini adalah SATU MUKJIZAT. Ada berbillion nama didunia ini dulu, kini dan selamanya..bila ditulis dalam huruf huruf Al-Quran …tidak akan jadi gambar manusia melainkan NAMA MUHAMMAD !!!!!. ( Olahan Fakir….Sheikh Qamarudden seterusnya menulis seperti dibawah ) Maka nyatalah Muhammad itu adalah SIFAT bagi manusia jua yang ZAHIR. Maka pasangannya adalah BATIN.
21 Yang Batin ialah yang bernama SUARA bagi Diri Zahir. Ini dinamakan sebagai NYAWA. Ianya BERSUARA tetapi suara itu sebenarnya adalah satu RAHSIA atau SIRR. Kalau dipanggil ianya MENYAHUT tetapi jika hendak dipegang atau dijamah TIDAK DAPAT. Kerana apa ? Kerana MUHAMMAD MUSTAFFA RASULLILLAH itu ialah NUR atau CAHAYA. Kejadian yang terjadi dengan sendirinya. MUSTAFA itu YATIM PIATU maksudnya tiada berayah dan tiada beribu. Jika tiada ibu maka tiadalah ia diperanakkan. RASUL ITU ADALAH NYAWA ATAU NAFAS ANDA Rasul itu adalah Nyawa Manusia yang bermaksud MENYAMPAIKAN.
NYAWA & NAFAS Adapun Nyawa itu terbahagi kepada 4 ( Empat ) Nama Nama iaitu :NAFAS MULUT ANPAS HIDUNG TANAPAS ANTARA 2 TELINGA NUPUS JANTUNG Hidupnya Nafas kerana Anpas. Hidupnya Anpas kerana Tanapas. Dan hidupnya Tanapas kerana Nupus. Hidupnya Nupus kerana HIDUPNYA ZAT YANG MELIPUTI sekalian Alam Badan dan juga Alam Mayapada ini. Sheikh Qamarudden mengemukan Nukilan perkataan RASUL yang dieja dalam huruf Jawi iaitu RA – SHIN – WAU – LAM ( fakir )
RA = Nafas SHIN = Anpas WAU = Tanapas LAM = Nupus Nyatalah Muhammad itu SIFAT bagi Jasad dan SESIFAT dengan RUH atau Muhammad Mustaffa Rasullullah. Nyata Rasul adalah NUR atau ANGIN pada zahirnya yang TIDAK NAMPAK dilihat tetapi ADA dan Memberikan kita Hidup. Inilah Nyawa manusia yang keluar masuk 24,000 kali sehari semalam dengan gelaran NADI manusia. Manusia yang TIDAK BERNAFAS tiada lagi denyutan nadinya, maka itulah MATI namanya.
22 Kalaulah kita tidur nadi kita terus juga berdenyut. Tetapi jika tidur diangkat orang keluar, kita terus juga tidur ini namanya TIDUR MATI. Inagtlah biarlah kita Tidur Mati asalkan kita jangan jadi HIDUP TETAPI MATI. Apakah yang dikatakan Hidup Tetapi Mati itu ? Firman Allah :Allah telah mengunci MATA HATI dan pandangan mereka dan penglihatan mereka ditutup. Yang dimaksudkan Ayat diatas ialah manusia yang telah DISERU KEJALAN MENGESAKAN ALLAH namun mereka masih INGKAR dan masih menyatakan bahawa Syariat yang mereka ikuti itu yang betul. Kerana apa ? Kerana Allah telah MENGUNCI MATI hati mereka. Maka hiduplah mereka secara terus menerus mensyirikkan Allah. Hidup dengan PERASAN dan bukan dengan PERASAAN. Sesungguhnya Rasul hanya menyampaikan HAQ DIRI ALLAH yang ada kepada manusia dan terpulanglah kepada manusia itu sendiri menerimanya. Kalau betul betul ikhlas mengerjakan Rukun , maka ini ada sedikit PANDUAN untuk mendapatkan PETUNJUK SIRATUL MUSTAQIM. Buat SOLAT HAJAT waktu tengah malam . Mohon buka pintu Makrifah kepada Allah Kemudian tidur semula Bangun dari tidur l.k jam 2-4 pagi , buat SOLAT TAHAJUD Jam 4 / 4.30 tidurlah semula. InsyaAllah wahai orang orang yang beriman, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar sekalipun tersedik dihati.
Tetapi janganlah buat sekali sahaja kalau kita sakit, kalau makan ubat bukan terus sembuh. Hilangnya sakit bukan kerana ubat tetapi kerana Keizinan Allah. Ubat itu penyebabnya sahaja. Sama juga dengan Ilmullah, Solat Hajat, Solat Tahajud dan Zikir itu, Hanya Penyebabnya. Kalau tidak buat pun jika Allah nak beri IlmuNya siapa yang dapat menghalang ? Firman Allah :Akan tetapi Allah berbuat apa yang di-KehendakkiNya.
23 Tetapi ADAB-nya ada. Kalau manusia berkehendakkan sesuatu ada dua jalan pertama meminta, kedua mencuri. Contohnya kita hendakkan burung merbuk yang merdu suaranya. Diminta tuannya tidak hendak memberi, hendak dibeli tidak dijual. Jika hendak sangat terpaksalah di-CURI. Barulah sampai hajat dihati. Sama jugalah dengan Wahdaniatullah ini. Untuk Mengenal Allah perlu mendalami Sifat Tuhan. Untuk mendapat Rahsia Tuhan perlulah Mengenal Rasul. Tetapi satelah belajar Mengenal Rasul masih lagi tidak dapat berjumpa dengan Rasul. Belajar Ilmu Ketuhanan masih lagi belum dapat berjumpa Tuhan. Maka jalan yang akhir barangkali ialah Mengaku Jadi Tuhan. Kalau kafir kata manusia, biarlah dia kata asalkan jangan Allah yang kata. Lama kelamaan akan datanglah Rahsia Tuhan itu sendiri dan barulah manusia itu tahu ERTI ESA Tuhan itu bagaimana. Namun janganlah berputus asa, kerana putus asa itu orang yang tidak beriman. Allah ciptakan Rasul sebagai Pemberi Ingatan agar manusia jangan Menyengutukan Allah. Huraian demi huraian, Firman demi Firman, maka kalau masih tidak dapat banyak, dapat sedikit pun jadilah. Maka yang SULIT itulah yang dapat mengingatkan manusia. Adalah menjadi SATU AMANAT kepada Umat Islam agar Menemukan Diri mereka kepada Tuhannya. Salah satu caranya melalui Rasul. Yang telah kita tahu ialah rasul itu ialah NAFAS atau NYAWA atau RUH yang SESIFAT dengan NABI MUHAMMAD MUSTAFA RASULLILLAHI TAALA.
RAHSIA BISMILLAH & ALIF – LAM-RA..
Kita sedia maklum bahawa apa jua yang hendak kita lakukan hendaklah kita mulai dengan membaca Kalimah BISMILLAH. Ianya adalah satu Perentah Allah. Mungkin ada yang belum tahu didalam Surah mana dan Ayat yang keberapa Perentah itu disampaikan ? Dari segi Hukum Akal tentulah Perentah itu disampaikan pada Ayat Yang Terawal diturunkan Allah kepada baginda Rasul …kerana jika Perentah itu disampaikan ditengah
24
–tengah Kerasulan baginda maka akan adalah Surah yang boleh dibaca tanpa Bismillah ( melainkan satu Surah sahaja ) Dan itulah yang benar iaitu Perentah membaca Bismillah itu disampaikan melalui wahyu yang pertama iaitu IQRA’. Melalui ayat IQRA’ BISMIRAB ……………seterusnya Yang diarah ialah Baca Dengan Menyebut Nama Tuhan kamu…dan Tuhan kita ialah Allah ..maka kalimah RABBIKA bertukar menjadi ALLAH ..maka disebutlah sebagai BISMILLAH. Allah juga mempunyai Nama Nama yang lain yakni ARRAHMAN bererti PEMURAH diatas SifatNya dan ARRAHIM diatas SifatNya MENGASIHANI .Maka lengkaplah Kalimat Nama Allah Yang Menciptakan ..BISMILLAH HIR RAHMA NIRRAHIM. Maka para ulamak Tasauf menyatakan bahawa Kalimat ini adalah INDUK kepada ALFATIHAH sementara Fatihah adalah Induk kepada Al-Quran. Bismillah Hir Rahma Nirrahim Dengan Nama Allah Yang Pemurah & Penyayang Alhamdulillah Hi Rabbil Alamin Segala Puji bagi Allah Tuhan sekalian alam Alf Lam Mim. Zalikal kita bulaa rai ba fi hi hu dal lil mut taaqin Alif Lam Mim. Kitab ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang taqwa.
RAHSIA ALIF LAM RA Sebelum kita mengenal Bismillah ( maksud ) perlu kita mengkaji lebih dahulu Rahsia ALIF LAM RA ( Surah Ibrahim : 01 ) Tanpa Alif Lam Ra, maka tiada ujud Nama Tuhan AR-RAHMAN & AR-RAHIM.Kalau tiada Ar-Rahman & Ar-Rahim tiada Pujian akan kedengaran. Jika tiada Pujian maka tidak akan ujud ALIF LAM MIM. Jikalau Alif Lam Mim tidak ujud, maka bagaimana pula manusia boleh Mengenal Zat , Sifat, ASma’ & Af’al. Ini semua ada kaitannya. Firman Allah : Ibrahim 01 ALIF LAM RA. Kitab yang kami TURUNKAN kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari GELAP GELITA kepada CAHAYA TERANG dengan Izin Allah Yang Berkuasa lagi Maha Terpuji. Ini adalah Firman yang menjelaskan erti ALIF LAM RA yakni KITAB YG DITURUNKAN kepada manusia dan manusia itu pula TURUNKAN atau MENGLUARKAN KITAB INI
25
untuk mengujudkan manusia yang didalam kegelapan kepada cahaya yang telah disediakan oleh ZAT. ALIF = TUBUH ZAT LAM = SIFAT iaitu JASAD RA = NYAWA atau RASUL INILAH RAHSIA : Alif – Lam – Ra yakni :ALIF Iaitu Mertabat Diri Tubuh yang lengkap yang berdiri dengan sendirinya bergelar ZAT LAM Lam itu adalah Jasad yang diciptakan oleh Zat bernama SIFAT LAM JALALAH. Ketika itu Zat bernama WAJIBUL WUJUD. RA Ra itu adalah bertemu diantara Zat & Sifat yang bernama RASUL. Ghaiblah Zat didalam Sifat Lam Jalalah dan hiduplah Lam Jalalah dengan Zat Allah. Lam Jalallah itulah JASAD yakni SIFAT BAGI ZAT ALLAH. NYAWA itu RASUL dan hidupnya Nyawa itu menunjukkan KEHIDUPAN ZAT SEMATAMATA. Bergeraknya jasad kerana bergeraknya nyawa dan bergeraknya nyawa kerana melakukan Af’al Zat. Inilah maksud kalimah Bi iz nirab bihim ( dengan izin Allah ) ayat 01 Surah Ibrahim. Manakala kalimah Ila Siratil A’ziz ( Yang Maha Kuasa ) itu kerana dapat MENGELUARKAN KITAB yang sebenarnya dari kegelapan kepada cahaya yang terang. Kalimah La Hamid ( Maha Terpuji ) didalam ayat tersebut adalah kerana ianya memuji bila manusia dapat mengeluarkan dirinya dari kegelapan itu. Yang Maha Kuasa Allah Pujian bagi Berkuasa itu Hu Nyata cahaya itu Akbar AR-RAHMAN itu menunjukkan diatas KEMURAHAN SIFAT ALLAH untuk mengeluarkan manusia dari tempat Yang Gelap Gelita kepada Cahaya yang terang.
26
AR-RAHIM itu adalah Sifat Pengasih dan Penyayang Allah terhadap manusia. Maka dikeluarkan manusia yang mendapat CahayaNya diatas Sifat Ar-Rahman dengan memuji akan diri manusia. Dalam ertikata lain Ar-Rahman itu Allah Maha Pemurah untuk memberi Cahaya kepada manusia yang dalam kegelapan dan Ar-Rahim itu manusia menerima Pemberian Allah dengan kasih sayang dan memuji Kebesaran Allah yang telah mengeluarkannya dari kegelapan. Inilah Rahsia kenapa Allah itu bernama Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Jika tiada Alif-LamRa maka bukanlah lagi Rahsia kepada manusia. Maka Sifat Allah itu berkait dengan MANI SETITIK. Kenapa dan bagaimana pula ? ALIF itu adalah Mertabat ZAT kepada Allah MIM itu adalah mertabat SIFAT NAMA yakni ASMA’ ALLAH yang lengkap segala Sifat – SifatNya. Adapun kenyataan DIRI ALIF itu GHAIB dan MIM juga ghaib. Zat dan Sifat bagi Tuhan adalah ghaib dari pandangan mata manusia. Maka marilah kita nukil akan kalimah BISMILLAH. Kemudian kita buangkan huruf Alif & Mim dan tengoklah RAHSIA NAMA ALLAH bila tiada Alif & Mim. Bila tengok janganlah TERKEJUT………………….. Nota Fakir :Fakir memilih untuk tidak melanjutkan penyalinan nota dalam bab ini kerana ianya membabitkan banyak nukilan. Kedua penjelasan seterusnya akan membuatkan pembaca TERKEJUT dan pasti ramai tidak akan dapat menerimanya dan menimbulkan banyak polemik……
MENGENAL SIFAT.
Firman Allah : Al-Waqiah : 58 Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan ? Dia ciptakan dari air yang terpancar. Dari setitis mani , Allah menciptakannya lalu menentukannya.
27 Adapun istilah bagi SIFAT Tuhan itu adalah umpama setitis air mani yang bergelar AINUL SABITAH ataupun NOKHTAH. Ini adalah Muhammad Yang Akhir yang menjadi AWAL itu adalah ZAT dan AKHIR itu pula SIFAT BAGI ZAT.
RASUL
kepada
manusia.
Maka marilah diambil contoh . Fikirkan baik baik kerana SIFAT ini dapat diterima akal walau bodoh macam mana pun manusia itu. CONTOH UNTUK FAHAM – SEBIJI BENIH LADA & SEPOKOK LADA. Kalau aku ambil SEBUTIR BENIH cili pi, maka aku katakan bahawa biji benih itu bukanlah SEBUTIR BENIH tetapi ianya adalah SEBATANG POKOK CILI API yang lengkap. Ada akar, ada batang, ada ranting, ada daun, ada bunga , ada buah malah ada biji biji benih sekali.. TENTU kamu akan mengatakan aku gila sebab yang kamu nampak ditanganku ialah SATU BIJI BENIH. Maka siapakah yang gila ? Aku atau kamu ?. Pada zahirnya aku akan ditomah gila oleh manusia, kerana yang zahir dan nampak pada mata kasar manusia itu HANYA sebutir biji benih cili api. Kalau benih tetap ianya benih bukan sebatang pokok. TIDAK GILA kata Tuhan. Tuhan kata tidak gila kerana aku TIDAK MEMANDANG BENIH ITU SAHAJA. BASARULLAH menampakkan padaku apa yang ada didalam biji benih itu. Untuk membuktikannya maka aku tanam biji benih itu kedalam tanah yang subur dan dalam masa 1-2 bulan sahaja maka YANG TADINYA HANYA SEBIJI BENIH telah menjadi sebatang pokok cili api yang lengkap seperti apa yang aku jelaskan dan tunjukkan kepada kamu 1-2 bulan yang lalu Dan barulah orang percaya bahawa aku tidak gila tetapi manusia yang BENAR kerana buktinya ada didepan mata. Rupanya matalah yang membuat keputusan dan bukannya otak atau hati nurani manusia itu. Firman Allah : Surah Ali Imran : Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya, kerana itu kami jadikan dia MENDENGAR & MELIHAT. Sesungguhnya SEBUTIR BENIH CILI API itu adalah sama jua dengan istilah SETITIS MANI bagi manusia. Umpama sebiji benih cili api tadi telah ada disediakan Allah sepokok lada api yang lengkap , maka didalam setitis air mani tadi juga telah lengkap seorang manusia yang lengkap segala-galanya…ya lengkap segala-galanya.
28
Nota Sifakir :Penulis kitab ini ada membuat NUKILAN berupakan dua bulatan. Pertama ialah satu bulatan yang kosong. Kedua merupakan bulatan yang ada titik ditengahnya. Ini ( bulatan yang kosong ) adalah SIFAT bagi DIRI ZAT ( Fakir = walaupun bulatan itu pada mata kasar dilihat sebagai bulatan yang kosong sebenarnya ia adalah bulatan yang penuh – penuh diliputi oleh Zat umpama cawan yang kosong pun penuh iaitu dipenuhi oksigen / udara yang ghaib = ada tapi tidak dapat dilihat. ) Manakala SETITIS AIR MANI itu ialah SIFAT ZAT bagi diri manusia. ( Bulatan yang ada titik ditengahnya = fakir ) Didalam setitis air mani itu telah lengkap badannya dengan segala anggotanya luar dan dalam, Qada’ & Qadarnya, Rasulnya, Malaikat atau Nyawanya, semua telah diadakan Allah Cuma mata kasar tidak nampak. Kalaulah nampak maka bukanlah RAHSIA ALLAH namanya. Firman Allah : Al-Hadid : 22 Tiada suatu bencana pun yang menimpa dibumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah TERTULIS didalam KITAB sebelum Kami Menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.. Maka jika dikaji Firman diatas, nyatalah pada diri manusia bahawa jatuhnya SETITIS MANI dan sebelum menjadi DARAH & DAGING telah siap segala-galanya- ya segalagalanya sama ada ianya hidup lama ataupun pendek, kaya atau miskin, berpangkat atau tidak, baik atau jahat..SEMUANYA telah siap..disiapkan. Inilah yang dikatakan LOH MAHFUDZ atau SURATAN AMAL ataupun AL-KITAB yang sebenarnya yakni AL-QURAN. Firman Allah :Dan segala urusan yang kecil mahupun yang besar adalah TERTULIS Dan tiap tiap perkara yang mereka lakukan adalah TERTULIS didalam Kitab Suratan Amal. Dari itu wahai orang orang Islam Yang Beriman !!!! Ketahuilah secara mendalam tentang Pancaran Air Mani yang zahir oleh pandangan matamu. SETITIS MANI yang membawa RAHSIA DIRI ALLAH akan merasakan betapa Lazatnya
29 Rasa Penerimaan ZAT. Kalau anda tidak tahu bahawa mani itu datang dari Zat Allah maka anda sebenarnya mengikut hawa nafsu anda. Firman Allah : An-Nisa : 140 Dan sesungguhnya Allah menurunkan kamu didalam Al-Quran. Ayat ini sangat pelik dan tahukah anda apa maksudnya ? Al-Quran disini maksudnya ialah MANI SETITIK dan dari mani itulah zahirnya manusia melalui pertemuan bapa disampaikan kedalam Rahim ibu. Firman Allah : Ath – Thaariq : 2-10 Tahukah kamu apakah yang datang pada malam hari itu ? Bintang yang CAHAYANYA MENEMBUS. Tiada suatu jiwa pun melainkan ada PENJAGANYA. Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah dia diciptakan. Dia diciptakan dari air yang terpancar, yang keluar dari antara TULANG SOLBI laki laki dan TULANG DADA perempuan. Sesungguhnya Allah benar benar Berkuasa untuk mengembalikannya. Pada hari ini DINAMPAKKAN SEGALA RAHSIA. Maka sekali-kali TIADA BAGI MANUSIA itu kekuatan pun dan tidak ada penolong. Maka terjawablah segala RAHSIA TUHAN, apabila aku salinkan Ayat Ayat diatas. Zahirnya manusia itu melalui air mani yang Allah Ciptakan yang lengkap dengan jasad yang mati yang menjadi hidup bila ada nyawa. Nyawa inilah ULUL AMRI yang bernama RUHUL QUDDUS atau RUH AL-QUDSI yang menjaganya. Kuatnya jasad / manusia kerana kuatnya Nyawa. Kuatnya nyawa kerana ianya ialah MALIKKIL QUDDUS yakni ZAT ALLAH yang SEDIA ADA didalam DIRI manusia itu. Jasad itu bergerak kerana KUDRAT ALLAH dan tiada sebiji zahrah sekalipun kuasa manusia itu melainkan KUDRAT ALLAH semata-mata. Kenapakah manusia itu tidak mahu percaya ? Nota Fakir :Apa yang hendak dijelaskan oleh penulis , nampak lebih jelas didalam beberapa nukilannya. Fakir mohon maaf kerana belum pandai memasukkan nukilan nukilan itu didalam laman ini.
30
BAB 5 MENGENAL ZAT Walau macam mana tajuk ditulis atau dicakapkan pun ZAT & SIFAT ALLAH tetap tidak dapat dipisahkan. Dan eloklah kitab ini mengenalkan kepada pembaca apakah itu ZATSIFAT-ASMA & AFAL. ZAT itu adalah sesuatu yang TIDAK DAPAT dinyatakan atau ditunjukkan. Keraba apa ? Kerana ia adalah RAHSIA dan RAHSIA inilah yang WAJIB bagi Umat Muhammad yang beriman MENCARINYA. Siapa jua yang ( menceritakan tentang ) ZAT , maka memanglah susah untuk DISEBUT akan Sifatnya…bagaimana dan macam mana kerana kalau DISEBUT bagaimana RUPANYA ZAT itu sudah pergi pada SIFAT. Bercerita tentang ZAT sabenarnya menceritakan tentang SIFAT. Kita menceritakan sebenarnya tidak dapat menyebut atau menjelaskan apakah itu ZAT. Firman Allah : Al- Insan. Bukanlah telah datang atas manusia satu waktu dari masa sedang ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut. Yang merupakan sesuatu yang TIDAK DAPAT DISEBUT itulah ZAT. Dan Allah telah Berfirman bahawa ketika belum zahirnya manusia , manusia telah lama wujud ( tetapi bukan wujud dalam rupa sekarang ) bergelar manusia. Ketika itu diri manusia adalah ZAT. Benarkah diri manusia asalnya ZAT ? Surah Al-Waqiah : 62 Dan demi sesungguhnya kamu telah sedia mengetahui TENTANG DIRI KAMU KALI PERTAMA maka ada baiknya KALAU KAMU MENGAMBIL INGATAN. Nota Sifakir :Didalam kitab asal ada Nukilan Kalimah Allah – ALIF – LAM – LAM – HA Dengan tanda SABDU dengan alif pendek diatasnya ( serupa W ) ditengah tengah. Sila sdra ambil tulisan Kalimah Allah Yang Lengkap. ALIF Iktibar DIRI ZAT LAM PERTAMA Iktibar SIFAT DIRI ZAT LAM KEDUA Iktibar ASMA DIRI ZAT
31
HA Iktibar AFAL DIRI ZAT ALIF GHAIB - kedalam - LAM PERTAMA - MENZAHIRKAN SIFAT TERUS GHAIB - kedalam - LAM KEDUA - MEMBERIKAN ASMA’ AKAN SIFAT TERUS GHAIB - kedalam - HA - MENGHIDUPKAN AKAN SIFATNYA………… SETERUSNYA GHAIB – kedalam SABDU UNTUK PENTAJALLIAN SETERUSNYA. SABDU adalah iktibar TULANG SOLBI ( tempat air mani ) ALIF PENDEK diatas SABDU iktibar tulang belakang manusia. KELAHIRAN MANUSIA = PENTAJALLIAN SETERUSNYA Sila lihat semula Kalimah Allah saudara ZAT itu ALIF TEGAK umpama HURUF SATU ZAT GHAIB..seperti dijelaskan diatas….hinga ke HA terus ke SABDU HA itu iktibar RAHIM IBU ZAT ZAHIR SEMULA didalam SABDU iaitu iktibar Tulang Solbi dalam bentuk MANI SETITIK. Surah Al-A’raaf : 189 Dialah yang menciptakan kamu dari DIRI YANG SATU. Maka inilah maksud Allah yang menyatakan pada manusia melalui Firman diatas akan CARA MENCIPTAKAN AWAL DIRI MANUSIA. Maka jika tidak faham aku tinggalkan bahagian ZAT dahulu kerana ZAT ini bukannya senang untuk diterangkan secara sepintas lalu. Aku akan berbalik semula selepas aku menerangkan BAB SIFAT
32
BAB 6 MENGENAL ALLAH & MUHAMMAD ZAT ALLAH itu MELIPUTI SEGALA DIRI kita manusia SIFAT itu adalah menunjukkan HAL KEADAAN ZAT ALIF itu adalah TUBUH ZAT yang melakukan semua AF’AL. AF’AL itu ialah semua perbuatan manusia. Firman Allah : Al-Fushilat : 54 Dia meliputi segala sesuatu. ALIF itu adalah DIRI bagi Sifat ZAT yang NamaNya ialah ALLAH. Berdirinya manusia ibarat Huruf ALIF yang lurus. Ini adalah AWAL & AKHIRnya DIRI manusia. ZAT adalah Mertabat Kosong atau TIADA yakni walaupun nampak kosong tetapi penuh melimpah AF’AL adalah mertabat ALIF yang Berdiri Tegak menyatakan Diri Tuhan itu berdiri dengan sendirinya Bila Zat meliputi manusia itu terjadilah dirinya berdiri dengan sendirinya. MENGENAL MUHAMMAD Adapun untuk mengenal Muhammad adalah melalui TITIK NOKHTAH bernama SIFAT YANG AKHIR bagi DIRI ZAT bernama MANI kepada manusia. Daripada Mani Setitik menjadilah darah, daging, tulang, urat sehingga cukup sifat sifatnya bernama INSAN atau BAYI. Ketika inilah RUHUL QUDDUS atau ZAT ALLAH – BERKAMIL didalam Insan. Maka hiduplah bayi dengan nama INSAN KAMIL ataupun ADAM yakni manusia yang membawa SIFAT TUHAN YANG ZAHIR dan YANG BATIN. Itulah ZAT. Bila disebut Kalimah Allah maka Kalimah Muhammad tidak dapat dipisahkan. Maka zahirlah Rukun Islam yang pertama yaitu KALIMAH SYAHADAH.
33
KALIMAH SYAHADAH ialah ucapan diri menyatakan ZAT itu ialah Allah dan ucapan menyaksikan diri ( kita sendiri ) adalah SIFAT ALLAH. Kalau benarlah Kalimah Tauhid itu bermaksud KENYATAAN ZAT ALLAH dan Kalimah Rasul itu menunjukkan Sifat Allah maka apa pula hubungkait Zat Allah dan Sifat Allah dengan manusia ? Allah itu nama bagi Zat dan Ia Meliputi sekalian manusia
34
BAB 7 MENGENAL DIRI Tiliklah diri anda sendiri, kemudian anda renungkan baik baik dan tanyalah :SIAPAKAH
DIRI
ANDA
SEBENARNYA
&
SIAPAKAH
ALLAH
?
Firman Allah : Al-Anfaal : 02 Sesungguhnya orang orang yang beriman itu hanyalah mereka mereka yang APABILA DISEBUT SAHAJA NAMA ALLAH maka GEMENTARLAH HATI MEREKA. Kenapakah gementar hati bila dilafaz Nama Allah ? Gementar itu bagi manusia yang beriman. Bagi manusia kebanyakan sebut 1000 kali pun mereka tetap dalam keadaan biasa. Bagaimana pula dengan anda sendiri ? Cuba sebut Nama Allah sekarang. Gementar , tidak ? Kerana GEMENTAR itu menunjukkan HIDUP-nya KALIMAH ALLAH yang memenuhi setiap ruang anggota zahir manusia. Bila dilafazkan ..ALLAH seperti ada karan elektrik menangkap badan. Menjujut dan meremang bulu roma. Ini adalah mereka mengetahui dan berpegang kepada IKHTIKAD bahawa ALLAH itu MELIPUTI DIRI dan bagi mereka itu mereka tidak ada kuasa walau sebiji zahrah pun melainkan semuanya Kuasa Allah belaka. ALLAH MAANI
MUHAMMAD MAKNUYAH
MANUSIA WAHDANIATULLAH
Kudrat Iradat Ilmu Hayat Sama’ Basar Kalam
Kaunuhu-Qadirun Kaunuhu-Muridun Kaunuhu-Alimun Kaunuhu-Hayyun Kaunuhu-Samiun Kaunuhu-Basirun Kaunuhu-Mutakallimun
Kekuatan Nafsu Fikiran Kehidupan Pendengaran Penglihatan Percakapan
35
Adapun Kaunuhu itu ertinya MENUNJUKKAN HAL KEADAAN . Yang menunjukkan hal keadaan Allah / Zat itu adalah Muhammad yakni Ruh. Adapun Af’al Allah itu bergelar Sifat Maani yang 7 itu. Daripada Af’al Allah , Allah menyatakan kepada SifatNya yakni Muhammad. Maka Muhammad pula melakukan Af’al Allah dan Perbuatan Muhammad atau Ruh atau Nyawa ini adalah Sifat Kaunuhu kepada Sifat Maani. Daripada Sifat Kaunuhu yang dibawa oleh Muhammad disampaikan kepada manusia ( jasad ). Kalau manusia itu TAHU bahawa kelakuan mereka adalah dari Kaunuhu Zat , maka manusia itu menjalankan SIFAT WAHDANIATULLAH yakni MENGESAKAN ALLAH. Contohnya :Segala kekuatan manusia datang dari KUDRAT ALLAH, maka Allah sampaikan Kudrat kepada Nyawa ( Muhammad ) dan nyawa pula menggerakkan kekuatan dari Kudrat Allah kepada anggota jasad manusia itu. Penyampaian Muhammad kepada jasad / anggota manusia itu disebut sebagai Kaunuhu. Kalau Kudrat Allah yang diberi, maka Qadirun pada Diri Muhammad dan KUAT-lah jasad manusia itu.
36
BAB 8 WAHDANIATULLAH. Wahdaniatullah itu maksudnya MENGESAKAN akan ALLAH dan telah banyak huraian dan FirmanNya dilafazkan bahawa RAHSIA ALLAH itu adalah manusia. Kalau mengetahui Allah tidak berbilang, tetapi SE yakni MELIPUTI maka hindarkanlah diri dari MENDUAKAN TUHAN. Caranya adalah didalam KALIMAH LA ( Lam Alif ) LA LA LA LA LA LA LA
HAYYUN QADIRUN SAMIUN BASIRUN MURIDUN MUTAKALLIMUN ALIMUN
Dilafazkan ertinya sebagai :Tiada aku yang hidup, tiada aku yang berkuasa, tiada aku yang mendengar, tiada aku yang melihat, tiada aku yang berkehendak, tiada aku yang bercakap dan tiada aku yang mengetahui MELAINKAN ALLAH yang MELIPUTI ( wahdaniat ) seluruh zahir dan batinku. INILAH KALIMAH MENGISBAT. Adapun LAM ALIF ( LA ) tadi adalah KALIMAH NAFI yakni manusia yang tidak mahu MENSYIRIKKAN ALLAH perlu MENAFIKAN dahulu apa yang dilakukan itu bukanlah perbuatan mereka. Bila telah dinafikan bahawa Jasad / manusia tidak BERUPAYA dan IQTIKAD-nya bukanlah manusia yang bergerak tetapi AF’AL ALLAH –lah yang bergerak. Jika hendak dihuraikan Sifat 20 akan memakan masa. Tetapi inilah isinya. Ujud itu ADA, yang ada ialah ZAT ALLAH. Zat inilah yang mengujudkan Sifat Salbiah yang 5, Sifat Maani yang 7, Sifat maknuyah yang 7 juga + ada tadi kini menjadi 20 Sifat yang wajib kita tahu serta faham. SIFAT SALBIAH : Sifat Sifat Salbiah ialah :Kidam Baqa’ Mukhalafatuhu Taala Lil Hawadith Kiamuhu Binafsihi Wahdaniat
37
SALBIAH itu adalah dari perkataan SALBI bermaksud BENIH. Pujian atau Zikir benih ialah AH ( Alif Ha ) . Tamatnya Sifat Salbiah pada Wahdaniat. Wahdaniat ertinya ESA. Yang diesakan ialah WUJUd yakni ZAT. Mungkin mengesakan Zat itu adalah sesuatu yang tidak diterima Syariat kerana kurang ilham dan ilmu. Oleh kerana kurangnya ilmu dalam bab Wahdaniat maka lahirlah kitab ini untuk menerangkan tanggungjawab mengesakan Zat untuk bacaan dan pemahaman anda semua. Walaupun Wahdaniat itu Sifat ke-5 dari Sifat 20 Allah tetapi Sifat ini adalah IBU SIFAT 20 ALLAH. Tanpa mengenal dan memahami serta mendalami anda BOLEH JADI HOPPI ( Syirik yang halus ) Cuba kita perhatikan jumlah jari jari manusia. Yang kanan ada 5 manakala dikiri pun ada 5 juga. Kenapakah Allah jadikan jari jari tangan dan kaki kita sebegitu ? Cuba renungkan perkara perkara dibawah :JARI JARI TANGAN = Jumlahnya ada 5 1 2 3 4 5
Jari Jari Jari Jari Jari
Kelenkeng Manis Hantu Telunjuk Ibu
MANUSIA itu ialah terdiri dari 4 + ? unsur = 5 1 2 3 4 5
Tanah Air Angin Api ?
atau 4 + ? = 5 1 2 3 4 5
Di Wadi Mani Ma’nikam ?
SIFAT SIFAT RASUL ialah 4 + ? = 5
38
1 2 3 4 5
Siddiq Amanah Tabliq Patonah ?
SAHABAT RASUL ialah 4 + ? = 5 1 2 3 4 5
Abu Bakar Omar Osman Ali ?
NYAWA itu adalah Malaikat terdiri dari 4 + ? = 5 1 2 3 4 5
Nafas Ampas Tanapas Nupus ?
MALAIKAT 1 2 3 4 5
Jibrael Mikael Israfil Izrael ?
Jika ditolak ? jumlahnya ada 24 tetapi jika anda dapat mencari jawapan tandatanya itu jumlahnya akan menjadi 30 bersesuaian dengan 30 juzuk Al-Quran. Carilah jawapan tandatanya itu ( ? ) PETUNJUK JAWAPAN seperti dibawah :Bagi mencari jawapan perlulah kita meneliti Kalimah Syahadah dan huraian berkaitan dengannya. Adapun Kalimah Syahadah itu mengandungi 24 huruf – menunjukkan kehidupan manusia sehari semalam selama 24 jam juga. Hiduplah manusia sebagai HAMBA kepada undang undang Syariat Feqah tetapi belum pasti menjadi hamba Allah yang beriman. Kerana apa pula dikatakan manusia itu menjadi hamba kepada Syariat dan Hukum
39
Feqah dan tidak sebagai Hamba Allah ? Kerana manusia PERASAN yang merekalah yang hidup dan menjalankan Sunnah Rasul dan Perintah Allah. Dari mana datangnya Sunnah Rasul jikalau tidak tahu dan mengenal akan Rasul ? Dari mana datangnya Perentah Allah kalau tidak kenal Allah , apa lagi berjumpa Allah ? JAWAPAN ? 1 Tanah 2 Air 3 Angin 4 Api 5 ? = ADAM 1 Di 2 Wadi 3 Mani 4 manikam 5 ? = JASAD 1 Siddiq 2 Tabliq 3 Amanah 4 Patonah 5 ? = RASUL 1 Abu Bakar 2 Omar 3 osman 4 Ali 5 ? = MUHAMMAD 1 Nafas 2 Anpas 3 Tanapas 4 Nupus 5 ? = DIRI 1 Jibrael 2 Mikael 3 Israfil 4 Izrael 5 ? = KEMBAR IANYA BOLEH JUGA DIFAHAMI SEPERTI DIBAWAH :Yang dikatakan sebagai Manusia itu :Tanah + Air + Angin + Api = ADAM Daging + Tulang + Urat + Darah = MANUSIA Di + Wadi + Mani + Manikam = INSAN Yang dikatakan sebagai Malaikat itu :Nafas Nafas Nafas Nafas
sampai sampai sampai sampai
di di di di
– – – –
UBUN UBUN digelar JIBRAEL MATA digelar MIKAIL PUSAT digelar ISRAFIL JANTUNG digelar IZRAEL
Yang dikatakan Sahabat itu :-
40
Abu Bakar gelaran untuk NAFAS YANG KELUAR Omar gelaran untuk NAFAS YANG MASUk OSMAN gelaran untuk NAFAS DI-HALKOM ALI gelaran untuk NAFAS YANG TURUN NAIK Yang dikatakan Pecahan Nafas itu :NAFAS di MULUT ANPAS di HIDUNG TANAPAS di BELAKANG KEPALA ANTARA 2 TELINGA NUPUS di JANTUNG MAQAM = MELIPUTI DIRI.
41
BAB 9 HURAIAN RINGKAS PENGERTIAN HAKIKAT RUKUN IMAN PERCAYA KEPADA ALLAH Allah itu Nama bagi Zat yang MELIPUTI batang tubuh manusia itu. PERCAYA KEPADA MALAIKAT Malaikat itu Nama bagi Nyawa bergelar NAFAS. PERCAYA KEPADA KITAB Kitab itu bernama Al-Quran Yang Haq yaitu Suratan Amal dan inilah Sifat Akhir Diri Zat bernama Mani atau AINUL SABITAH PERCAYA KEPADA RASUL Rasul ini bernama Muhammad Mustaffa Rasulillah, dikenali sebagai RUH Manusia PERCAYA PADA HARI AKHIRAT Akhirat adalah tempat berhimpunnya segala Ruh dan Malaikat serta jin iaitu DIRI BATIN manusia itu. PERCAYA PADA QADA’ & QADAR Qada’ & Qadar itu ialah KELAKUAN MANUSIA yakni AF’AL ALLAH. HURAIAN RINGKAS PEMAHAMAN HAKIKAT TENTANG RUKUN ISLAM MENGUCAP Allah suruh manusia NYATAKAN DIRI AWAL MANUSIA itu adalah DIRINYA jua. SOLAT Allah suruh manusia TILIK DIRINYA itulah KEBESARAN ZAT yakni ALLAH PUASA
42
Allah suruh manusia ZAHIRKAN SIFAT AWAL MANUSIA sebelum masuk ke ubun ubun bapa dan SE-KAN ZAKAT & FITHRAH Allah suruh manusia kembalikan DIRI sebagaimana ianya datang atau lahir HAJI Inilah Hajat Allah kepada Rasul supaya Umat Muhammad dapat dikeluarkan dari Kegelapan MENDUAKAN ALLAH / MENYENGUTUKAN ALLAH.
43
BAB 10 BAB PENUTUP ….. RUMUSAN WAHDANIATULLAH. Firman Firman Allah : Al-Naml : 09 : Yang Bermaksud : Orang yang Taqwa itu beriman kepada Yang Ghaib Beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab & Rasul Bersyukurlah kepada Allah dan barangsiapa yang syukur kepada Allah sesungguhnya dia bersyukur untuk DIRI SENDIRI Sesunggunya Aku adalah Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Menilik akan kelakuan dan amal ibadah yang dilakukan oleh batang tubuh semuanya dari AF’AL ALLAH sama ada ianya bergelar BAIK mahupun JAHAT, Mungkar atau Makruf. Firman Allah : Maksud Katakanlah : Hai kaumku, BERKERJA – lah sesuai dengan keadaanmu, sesungguhnya AKU AKAN BERKERJA, maka kelak kamu akan tahu. Maksud Firman diatas adalah jelas bahawa apa jua yang dibuat oleh manusia adalah digerakkan oleh ZAT DIRI TUHAN. Hidupnya manusia kerana bernyawa. Nyawa itu tidak nampak kerana ianya NUR atau CAHAYA dari ALLAH. Adanya Nyawa dan bergeraknya Nyawa adalah diatas IZIN ALLAH. Fikirkan hal ini barulah nyata AF’AL ALLAH. Sekiranya apa jua yang telah diterangkan sebelum ini masih lagi menimbulkan tanda Tanya, maka eloklah baca dan fahami Firman Allah berikutnya yang ditujukan kepada manusia yang waham. Firman Allah : Maksud Allah telah mengunci mati HATI dan Pendengaran dan Penglihatan mereka ditutup. Yang dimaksudkan dengan HATI ialah DIRI BATIN mereka telah dilapisi oleh 7 Sifat
44
Neraka yakni Hawa Nafsu Manusia. Apa jua penerangan dan petunjuk yang sampai melalui Jalan Haq , mereka enggan mendengar. Ada mata tetapi buta, ada telinga tetapi pekak, bukan mata yang buta tetapi buta mata hati, pekak pendengaran batinnya. Oleh itu elaklah dari Menduakan Allah & Syirik Hoppi. Firman Allah : Maksud Maka apabila manusia ditimpa bahaya, ia menyeru Kami kemudian apabila Kami berikan kepadanya Nikmat dari Kami dia berkata sesungguhnya aku diberi nikmat itu adalah atas kepintaranku. Sebenarnya itu adalah ujian. Tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui. Ini adalah salah satu Firman yang menunjukkan manusia itu tidak bersyukur dengan Pemberian Nikmat Allah, bahkan ianya mengaku pula bahawa kejayaan mereka adalah kerana mereka pandai, rajin dan sebagainya dan tiada kena mengena dengan Allah. Maka lenyaplah HAQ ALLAH . Kebathilanlah yang memandu kehidupan mereka. Firman tadi memberitahu bahawa Nikmat yang diberi adalah satu UJIAN. Maka kalau manusia tidak tahu dan tidak mendalami akan maksud Nikmat itu, hukumnya Syirik. Dan syirik inilah yang selalunya diamalkan ramai manusia dalam kehidupan masing masing. Contoh : Supaya Lebih Jelas Allah telah memberi ilmunya kepada saorang wanita maka dengan Ilmu Allah tadi maka pandailah wanita itu didalam bidang jahitan dan fesyen. Maka ramailah ramailah pelanggannya yang rata rata berpuashati dan memuji akan kepakarannya : pandailah kakak menjahit dan mereka fesyen, cantik, kemas dan sedap dipakai. Maka besarlah hati wanita itu menerima pujian tetapi adakah dia bersyukur kepada Allah yang memberikannya ilmu yang menjadikan dia pandai. Yang memberikan dia Kudrat, yang memeberikan dia Nyawa untuk terus hidup dan dapat pula wang hasil jahitannya melalui ILMULLAH & KUDRATULLAH tadi. Maka mengapa pula dia mengaku dia yang menjahit dan menggunting untuk dijadikan sepasang baju itu ?. Dari segi pandangan mata zahir memanglah benar kakak itu yang menggunting dan menjahit. TETAPI kenapa tidak mahu saksikan siapa yang menggerakkan kakinya hingga dapat memusingkan tali mesen jahit dan siapa pula yang memberi penglihatan pada matanya sehingga benang dapat dimasukkan kedalam lubang jarum yang halus itu ?
45
Jawabnya tentulah NYAWA kerana ianya memang masuk dek akal. Buktinya ialah sekiranya ada tukang jahit yang baru saja mati cubalah bawakanlah benang dan jarum dan suruhlah dia bangun dan menjahit. Boleh atau tidak tukang jahit yang baru mati itu menunaikan hajat kita ? Kenapa tidak boleh ? Kerana dia SUDAH TIDAK ADA NYAWA. Yang masih ada ialah Jasad , yang tidak ada ialah Nyawa. Maka sangkaan kita bahawa selama ini Jasadlah yang hidup kerana situkang jahit selalu kata dia yang buat itu dan ini adalah KESILAPAN YANG JELAS SILAP. Tetapi kita terus menerus juga membuat kesilapan itu kerana kita tidak MENILIK atau memperhatikan fakta bahawa Jasad itu kelihatan hidup kerana ianya BER-NYAWA. TUHAN = ALLAH NYAWA = MUHAMMAD JASAD = MANUSIA …………………………………………………………………………………………….. Nota Fakir : Kenyataan diatas disampaikan oleh penulis melalui nukilannya yg tidak dapat fakir masukkan kelaman ini ( sbb tak tahu caranya ) NUKILAN SATU Tuhan – Sila tulis Kalimah Allah ( jawi ) Nyawa – Sila lukis ejaan Muhammad ( jawi ) Jasad – Sila lukis gambar manusia. Maksudnya Allah ghaib dalam Muhammad & Muhammad ghaib dalam Jasad Manusia . NUKILAN DUA LA ( Lam Alif ) = ZAT iaitu DI ILAHA ( Alif – Lam – Ha ) = SIFAT iaitu WADI ILLA ( Alif – LamAlif ) = ASMA ‘ iaitu MANI ALLAH ( Alif – Lam – Lam – Ha ) = AF’AL iaitu MANIKAM La itu kosong yang penuh, Ilaha yg kosong melahirkan diri sebagai SATU NOKHTAH seterusnya menjadi dua titik dan menjadi ALIF. Alif membentuk Kalimah Muhammad menjadi Rasul kepada Allah yang meliputi seluruh jasad manusia itu. Maksudnya Zat yang disebut sebagai DI ghaib kedalam Sifat yang disebut sebagai
46
WADI bernama MANI dan terus dipancarkan ketempat yang gelap iaitu RAHIM IBU membawa RASUL bernama MUHAMMAD yang MENYAMPAIKAN KEPADA LEMBAGA yang dikeluarkan dari TEMPAT YG GELAP ke dunia penuh cahaya ..ketika kecil dipanggil bayi …bila besar dipanggil MANUSIA. Nyawa itu dipanggil MUHD BATIN dan JASAD MUHD ZAHIR. Muhd Batin tiada alat kelamin kerana tidak perlu membiak berbanding Muhd Zahir. ……………………………………………………………………………………………… Firman Allah : Az-Zumar : 42 Allah memegang jiwa ketika matinya dan jiwa yang belum mati diwaktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat Tanda Kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir. Tiap tiap permulaan ada kesudahannya. Maka permulaan manusia adalah HIDUP dan kesudahannya MATI. Kalau setakat mati sahaja tidaklah mengapa tetapi sesudah mati akan dihidupkan semula. Manusia yang beriman melihat mati itu sebagai PERSINGGAHAN untuk MENEMUI TUHAN bukannya dalam Syurga mahupun Neraka. Mereka bertanya jikalau mereka tidak mati maka bagaimanakah mereka boleh disempurnakan. Kematian itu adalah satu yang pasti. Mereka yang dimatikan SECARA SEMPURNA oleh Allah , seluruh badannya kelihatan tumpat, wajahnya berseri ( dengan Cahaya Zat ) lembut liuk, tiada najis dalam dubur dan apabila diusung kekubur pengusung tidak terasa berat. Bila dimasukkan keliang lahat mayatnya akan ghaib. Inilah KESEMPURNAAN MANUSIA YANG HAQ….bukannya jasad ditanam untuk dipukul dan sebagainya. Bagi mereka yang tidak tahu erti MENG-ESAKAN ALLAH ..sentiasa sahaja menduakan Allah dengan diri mereka sendiri. Biasanya belum setengah jam mati bau sudah busuk, badan sudah kejang sehingga nak qiamkan pun susah dan bila ditekan perut najis memancut. WAHDANIATULLAH telah menjelaskan cara cara bagaimana manusia TERSELAMAT dari SYIRIK HOPPI yakni dari menyengutukan Allah secara halus atau Syirik yang tidak nampak.
47
Firman Allah : Maksud Dan janganlah kamu termasuk orang orang yang mempersekutukan Allah yaitu orang orang yang memecahbelah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. Nota Fakir :Penulis kitab Wahdaniatullah menggunakan beberapa Nukilan Nukilan untuk menjelaskan apa yang hendak dijelaskannya. Nukilan Satu Cuba pembaca lukis 4 bulatan sebesar duit 20 sen. Bulatan pertama cuma bulatan kosong, bulatan kedua ada satu titik ditengahnya, bulatan ketiga ada dua titik ditengah dan bulatan keempat ada huruf ALIF ditengahnya juga. Nukilan Dua Lukis 3 bulatan seperti diatas. Bulatan pertama tulis dalam ejaan jawi perkataan AHMAD ( Alif Ha Mim Dal ). Bulatan kedua tulis didalamnya perkataan MUHAMMAD ( Mim Ha Mim Dal ) Bulatan ketiga tulis didalamnya perkataan ALLAH ( Alif Lam Lam Ha ) ………………………………………………………………………………………………............................... Huraian Nukilan 1 Bulatan Kosong SEZAT adala LAA ( LAM ALIF ) yakni TIADA apa jua pada jasad. Maka yang ada dan WUJUD hanyalah UJUDULLAH. Bulatan Satu Titik SESIFAT adalah ILAHA ( Alif Lam Ha ) yakni NYATA-lah Jasad ini adalah Menyatakan Sifat Kebesaran Diri Ujudullah. Bulatan Dua Titik SEASMA’ adalah IL LA ( Alif Lam Alif ) yakni HANYA NAMA KEBESARAN –nya ada pada Jasad yaitu Allah. Bulatan Alif
48
SEAFAL adalah ALLAH ( Alif Lam Lam Ha ) yakni segala kelakuan Jasad adalah TERBIT dari AF’AL Allah. Jasad TIDAK MEMPUNYAI sebarang kelakuan melainkan Allah jua yang hendak Menampakkan Af’alNya melalui diriNya jua yaitu jasad. Huraian Nukilan Dua Bulatan Ahmad Adapun Zat itu bernama AHMAD ( Alif Ha Mim Dal ) bersifat Muhammad ( Mim Ha Mim Dal ) yang bergelar ULIL AMRI yakni DIRI BATIN-ku yang menjalankan segala Af’alNya kepadaku. Bulatan Muhammad & Allah Adapun SIFAT MUHAMMAD ini bergelar RASUL kepadaku kerana Ianya MENYAMPAIKAN Penglihatan , Pendengaran dll semasa Ianya bergelar NYAWA atau JIWA-ku. Dan zahirlah Jasad-ku dengan ZAT TUHAN yang MELIPUTI DIRI JASAD memenuhi ZAHIR dan BATIN-ku. ALLAH-lah ASAL-ku dan AKHIR-ku. HURUF HURUF KALIMAH SYAHADAH DAN MAKAM / ALAMNYA. Nota Fakir :Perkara diatas juga dihuraikan oleh penulis melalui Nukilan yang amat rumit untuk dijelaskan. Fakir tidak dapat menjelaskannya . Maaf Cubaan Fakir Untuk Menghuraikan Nukilan Tiga. Bulatan petama ada huruf LAM ALIF didalamnya bermaksud LAA ( Lam Alif ) itu ZAT , makam atau alamnya ialah LAHUT. Bulatan kedua ada ILAHA ( Alif Lam Ha ) didalamnya yang bermaksud ZAT ghaib didalam SIFATNYA di makam / alam JABARUT. Bulatan ketiga ada huruf ILLA ( Alif Lam Alif ) didalamnya bermaksud ASMA’ , alamnya MALAKUT Bulatan keempat ada huruf ALLAH ( Alif Lam Lam Ha ) didalamnya bermaksud AF’AL , alamnya RUH.
49
Seterusnya bulatan kelima ada huruf MUHAMMAD ( Mim Ha Mim Dal ) didalamnya Asma’ Ruh ketika itu ialah AHMAD ( Alif Ha Mim Dal ), alamnya ialah Alam Mithal. Seterusnya RUH bergelar AHMAD ghaib dalam lembaga bayi didalam kandungan ibu yang kini bergelar RASUL bernama MUHAMMAD . Ini digambarkan penulis dalam bulatan keenam yang ada tulisan RASUL . Bulatan ketujuh ada kalimah ALLAH didalamnya bermaksud apabila bayi dilahirkan ibu dan membesar manusia , ZAT ALLAH –lah yang MELIPUTI Jasadnya dipanggil Nyawa. Alamnya ialah Alam INSAN. PERKARA DIATAS BOLEH JUGA DILIHAT SEPERTI DIBAWAH :KALIMAH SYAHADAH LA- ILA HA- ILLA- ALLAH- MUHAMMAD- RASUL- ALLAH LA = ZAT – Alamnya LAHUT – simbulnya Bulatan Kosong Berisi Penuh ILAHA = SIFAT- Alamnya JABARUT – simbulnya Bulatan Satu Titik ILLA = ASMA’ – Alamnya MALAKUT – simbulnya Bulatan Dua Titik ALLAH = AF’AL – Alamnya RUH – simbulnya Bulatan Alif MUHAMMAD = RUH – Alamnya Alam Mithal – simbulnya Alif menjadi AHMAD RASUL = MUHAMMAD – Alamnya Alam Ajsan / Ibu - simbulnya AHMAD menjadi MUHAMMAD ( Lam Jalallah ) ALLAH = NYAWA – Alamnya Alam INSAN simbulnya manusia HURAIAN Inilah Amanah Allah yang menjadi Rahsia kepada manusia dan Rahsia Allah hanya terbongkar bila Allah memberikan ilham kepada mereka yang dipilihNya. SE pada Zat maka NYATA-lah SIFAT . SE pada Sifat hanya nama yang wujud SE pada Asma’ barulah nyata Af’al itu Perbuatan Allah.
50
LAM JALALLAH Nota Fakir :Nukilan Nukilan Sheikh Qamaruddeen seterusnya merupakan gambar gambar manusia denan kalimah kalimah ALLAH memenuhi seluruh jasad dengan be-rangka-kan kalimah Muhammad ( Mim Ha Mim Dal ) yang disebut sebagai LAM JALALLAH Nukilan NUKILAN untuk menjelaskan Lam Jalallah tidak dapat fakir prosakan. Ianya rumit, cantik dan detail. Fakir hanya dapat menyatakan seperti berikut :Manusia itu memakai nama Lam Jalallah. Ghaibnya Lam Jalallah memenuhi sifat jasad manusia itu. Ghaib Allah ditubuh Muhammad. Ghaib Muhammad di tubuh manusia Hidupalah DIRI YANG AZALI. MENGENAL ASAS DIRI Hidup belum lahir namanya LA ILAHA Hidup tersuci namanya WAJIBUL WUJUD Hidup ada sendiri namanya GANAH Hidup berdiri sendiri namanya ZAT SEMATA-MATA Cahaya pada ubun-ubun bapa namanya NUPTA GHOLIB Zahir pada dada bapa namanya SANGKUTAN YG TEGUH Zahir pada pusat bapa namanya HIDUP MATI Jatuh dalam Rahim Ibu : ALLAH nama aku. HU pujianku bererti Hidup seta ZatNya. 3 hari 3 malam dalam Rahim : PURALLAH nama aku. HAQ pujianku ertinya hidup serta NUR 7 hari 7 malam dalam Rahim : SU’AUN namaku. INNALILLAHI pujianku bererti hidup serta RASA
51
40 hari 40 malam dalam Rahim : RASULLULLAH namaku. SUBHANALLAH pujianku. Ertinya hidup serta NYAWA. 3 bulan dalam Rahim : MUHAMMAD namaku. ALHAMDULILLAH pujianku, bererti hidup itu serta NAFSUNYA. 7 bulan dalam Rahim : INSAN KAMIL namaku. ALLAH HU AKBAR pujianku bererti hidup serta RUPANYA 9 bulan dalam Rahim : ADAM namaku. LA ILAHA ILLALLAH pujianku bererti hidup serta TUBUH dan ZAHIR kedunia. MANUSIA namaku ALHAMDULILAH HI RABBIL ALAMIN pujianku bererti NYATA UJUD HIDAFI namanya YA HU akan pujianku yang bererti melakukan Zat, Sifat, Asma’ dan Af’al Allah. Inilah Nama dan Pujian bagi DIRI ZAT yang meliputi diri kita manusia. WALLAH HU MUHITH LIL ALAMIN. Asal Ghaib kita ZAT Zahir kita adalah NURZAT Nyata NUR nyatalah ZAT TAMATUL QALAM Sheikh Qamaruddeen Wahdaniatullah Al-Ha