NOTA KARANGAN & LISAN 4E/4NA/4NT/5NA 2016 Nama : ______________________ Kelas : __________
1|Page
PANDUAN UJIAN LISAN – berdasarkan format terbaru peringkat ‘O’ 2016 KOMPONEN PERBUALAN BERDASARKAN VIDEO 1 Guru akan memulakan komponen perbualan dengan mengemukakan kepada murid soalan pertama/pembukaan. Ada sebanyak 3 soalan utama yang perlu dikemukakan oleh guru kepada murid. Sekurang-kurangnya guru akan mengajukan satu soalan tambahan bagi setiap soalan utama untuk memastikan adanya interaksi dua hala. 2 Jika murid tidak dapat menerangkan sesuatu dengan baik, guru akan mengajukan soalan-soalan rangsangan lain. *Elakkan daripada keadaan ini berlaku sebab ia hanya akan membuat murid kehilangan markah.
3 Jika ada soalan yang tidak begitu difahami oleh murid, minta guru menerangkan kehendak soalan tersebut. (“Maaf .Apakah maksud cikgu?” / “Boleh cikgu terangkan semula?”)
Jaga adab kesopanan sepanjang masa.
2|Page
PENANDA WACANA Penggunaan penanda wacana amat penting ketika anda menyambung ayat-ayat untuk melanjutkan idea. Di samping itu, penanda wacana juga dapat menghubungkan antara perenggan dengan perenggan yang lain.
Agar Akhirnya Akibatnya Apa yang dimaksudkan Berbeza dengan Biar kita ambil contoh Contohnya Dengan ini Implikasi daripada Itu bermaksud Jelaslah kepada kita Jika Jika begitu Jika dibandingkan dengan Jika tidak Justeru itu Kemudiannya Kerana Kesimpulan daripada Kesimpulannya Kesudahannya Lalu Lebih penting lagi Meskipun demikian Misalnya Namun demikian Natijahnya Oleh itu Oleh yang demikian Pada dewasa ini Pada keseluruhannya Pada masa yang sama 3|Page
Selari dengan Selepas itu Sememangnya Semenjak itu Sementara itu Sementelahan pula Seperti mana Seperti yang Serta Sesekali Sungguhpun Supaya Tetapi Walau bagaimanapun Walaupun
Pada mulanya Pendek kata Pertama/Kedua Ringkasnya Sebagai menggulung Sebagai rumusan Sebaliknya Sebaliknya pula Sebelum ini Sehubungan dengan Sehubungan dengan itu Sejajar dengan itu Sekiranya begitu Sekiranya tidak Selain itu
4|Page
TOPIK : PERPADUAN KAUM Kepentingan dan Faedah Perpaduan Kaum 1) Masyarakat berbilang kaum/majmuk seharusnya bersatu padu demi kepentingan negara tercinta. 2) Masyarakat yang hidup dalam suasana harmoni dan aman damai dapat menyumbang ke arah kemajuan dan kestabilan negara. 3) Keadaan masyarakat yang hidup bersepakat akan menarik perhatian pelabur asing untuk datang melabur di dalam negara dan secara tidak langsung menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk. 4) Imej dan martabat negara akan lebih baik di mata dunia sekiranya masyarakat bersatu padu, hidup dalam suasana aman damai tanpa kekecohan walaupun terdiri daripada berbilang kaum. Usaha Memupuk Perpaduan Kaum 1) Pemerintah berusaha untuk menyusun kedudukan masyarakat dalam bidang ekonomi, politik dan sosial supaya semua kaum dapat menikmati hak yang sama dan adil. 2) Peraturan dan undang-undang yang diwujudkan bukan untuk meyusahkan tetapi sebaliknya untuk mengekalkan kesejahteraan dan keamanan. 3) Kempen perpaduan kaum turut juga dijalankan secara berterusan untuk menyedarkan masyarakat sekeliling. 4) Usaha pemupukan nilai-nilai murni dalam diri masyarakat tanpa mengira peringkat umur dan jantina perlu digiatkan. 5) Sistem pendidikan boleh juga memainkan peranan dalam usaha mengekalkan perpaduan kaum yang telah sekian lama wujud. Perpaduan Kaum Pada Hari Ini 1) Masyarakat pada hari ini saling menghormati budaya satu kaum dengan kaum yang lain. 2) Wujudnya beberapa budaya baru yang menyumbang ke arah perpaduan kaum ini seperti budaya rumah terbuka. 3) Masyarakat juga telah dididik agar tidak menimbulkan isu-isu sensitif yang berkaitan dengan kaum masing-masing.
5|Page
Soalan-Soalan Karangan yang Berkaitan a) Dalam konteks masyarakat kita, perpaduan kaum adalah faktor penting yang menjamin kemakmuran negara. Bincangkan.
b) Masyarakat Harmoni Negara Berjaya. Berikan pendapat kamu mengenai cogan kata tersebut. c) Terangkan faktor-faktor yang boleh membantu ke arah perpaduan kaum berbilang bangsa di negara kita. Mengapakah perpaduan kaum penting?
6|Page
TOPIK : SEMANGAT KEJIRANAN Pentingnya Semangat Kejiranan 1) Semangat kejiranan merupakan satu unsur penting untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat, khususnya dalam masyarakat berbilang kaum di negara kita. 2) Semangat kejiranan yang tersemai dalam diri setiap anggota masyarakat dapat mewujudkan suasana damai di sesuatu kawasan tempat tinggal dan tentunya kehidupan anggota-anggota masyarakat itu menjadi lebih bermakna. 3) Semangat kejiranan boleh juga digunakan sebagai satu cara untuk kita menyesuaikan diri dalam masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa. 4) Kita perlu juga kenal-mengenali dan bertegur sapa dengan orang yang tinggal berhampiran dengan kita agar mudah untuk meminta pertolongan semasa berada dalam kesusahan. 5) Melalui semangat kejiranan juga kita dapat memahami dan menghormati adat resam, cara hidup, pantang larang, dan fahaman orang lain yang berbeza daripada fahaman kita sendiri. 6) Dengan mengenali jiran sekeliling secara tidak langsung kita dapat mengenali dan mengetahui corak budaya mereka. 7) Semangat kejiranan dapat juga menghapuskan sikap individualistik yang ada pada diri manusia kerana sikap ini tidak sesuai dengan cara hidup kita yang berkumpulan dalam satu kawasan dan saling mengenali antara satu dengan yang lain. Usaha Meningkatkan Semangat Kejiranan 1) Banyak cara yang dapat kita lakukan untuk meningkatkan semangat kejiranan yang semakin lama semakin hilang terutama dalam kalangan masyarakat bandar yang saban hari sibuk bekerja mencari rezeki. 2) Kesedaran adalah penting kerana tanpa kesedaran tentang pentingnya semangat kejiranan ini, apa-apa sahaja langkah yang diambil, tidak akan mendatangkan kesan. 3) Kita harus menyemaikan semangat kejiranan ini sejak peringkat awal lagi, contohnya dalam kalangan anak-anak. 4) Masyarakat haruslah mengamalkan nilai-nilai kejiranan seperti tolak-ansur, hormatmenghormati, dan bantu-membantu dalam kehidupan mereka sehari-hari.
7|Page
5) Kita sebagai jiran haruslah sentiasa bertegur sapa dan beramah mesra apabila berjumpa tanpa mengira tempat dan waktu. 6) Di samping bertegur sapa, kita juga haruslah kunjung-mengunjungi untuk mempererat hubungan tanpa mengira bangsa dan agama. 7) Sebagai jiran, kita haruslah sentiasa tolong-menolong sesama kita kerana memberikan pertolongan ialah suatu amalan yang mulia. 8) Hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama memerlukan kita menghormati fahaman agama, budaya dan adat resam masing-masing agar tidak ada yang kecil hati. 9) Sekiranya berlaku perbalahan elok diselesaikan dengan cara berbincang dan jangan terlalu mengikut perasaan.
10) Setiap individu harus mengelakkan diri daripada bersikap prasangka atau mengesyaki perkara yang tidak elok terhadap jirannya. Pemasalahan Kejiranan Hari Ini. 1) Masyarakat hari ini terlalu sibuk dengan urusan kerja dan urusan peribadi hingga langsung tiada masa untuk mengenali jiran tetangga. 2) Sikap mementingkan diri sendiri juga merupakan satu masalah dan penyebab mengapa semangat kejiranan ini semakin menipis di kalangan masyarakat dan hal ini meyukarkan kita meningkatkan semangat kejiranan. 3) Semangat tolong-menolong atau bekerja secara gotong-royong sudah tidak diamalkan lagi. 4) Terdapat juga golongan masyarakat yang langsung tidak menghormati jiran mereka, malah melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan nilai-nilai kejiranan.
8|Page
Soalan-soalan yang berkaitan: a)
Semangat kejiranan dalam masyarakat kita semakin lemah. Setujukah kamu dengan penyataan ini? Terangkan alasan-alasannya.
b) Perhubungan yang kukuh antara jiran akan menjamin kesejahteraan hidup masyarakat berbilang kaum di negara kita. Jelaskan. c) Hidup berjiran penting. Terangkan faedah-faedah yang dapat diraih dengan wujudnya hubungan kejiranan yang baik.
9|Page
TOPIK : ISU KEKELUARGAAN ( yang berkaitan dengan persoalan remaja masa kini ) Hubungan Kekeluargaan Sekarang 1) Hubungan kekeluargaan sekarang semakin rapuh. 2) Ibu bapa sekarang lebih menumpukan perhatian kepada usaha mencari rezeki, hingga menyebabkan perhatian mereka kepada anak-anak semakin lama semakin berkurangan. 3) Kesannya dapat dilihat dengan wujudnya gejala-gejala yang amat memeranjatkan dan memalukan masyarakat kita seperti gejala-gejala melepak, lari dari rumah, pergaulan tanpa batasan, gangterisme, dan sebagainya yang dilakukan oleh ramai dalam kalangan remaja kita. 4) Remaja sekarang lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka daripada ibu bapa mereka sendiri. 5) Gejala ini semakin lama semakin tenat kerana sehingga sekarang tidak menampakkan sebarang perubahan positif di kalangan ibu bapa mahupun remaja sendiri. 6) Sekiranya institusi kekeluargaan ini tidak diperbetul segera, maka generasi akan datang yang terbentuk nanti merupakan generasi yang amat goyah pegangan hidupnya dan mudah terpesong daripada matlamat asal.
Cara Mengekalkan Hubungan Kekeluargaan 1) Hubungan kekeluargaan harus dipupuk pada peringkat akar umbinya dan ibu bapa seharusnya sedar betapa institusi keluarga ini merupakan pokok pangkal kehidupan kita. 2) Pegangan agama harus diperkukuh dari awal lagi agar remaja yang akan membesar ini dapat menangkis segala pengaruh negatif yang semakin berleluasa. 3) Ibu bapa harus meluangkan masa yang banyak bersama keluarga, mendengar masalah anak-anak, dan melayan kerenah anak-anak yang sebenarnya menuntut perhatian mereka. 4) Ibu bapa harus juga bijak menangani masalah yang timbul agar tidak terlalu memberikan tekanan kepada anak-anak yang bermasalah. 5) Ibu bapa harus prihatin dan sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku kepada anak-anak walaupun sedikit kerana pencegahan peringkat awal adalah lebih mudah.
10 | P a g e
6) Bukan ibu bapa sahaja yang harus memahami anak-anak malah anak-anak sendiri harus memberikan perhatian dan bertimbang rasa kepada ibu bapa masing-masing yang bertungkus lumus mencari rezeki untuk membesarkan mereka. 7) Sistem pendidikan juga dapat memainkan peranan dengan memberikan pendidikan yang lebih baik dan berkesan. Pentingnya Perasaan Kekeluargaan dalam Kalangan Masyarakat 1) Masyarakat yang tebal rasa kekeluargaannya dapat hidup dengan aman harmoni. 2) Keluarga yang bahagia dapat menyediakan persekitaran yang selesa dan sesuai untuk pertumbuhan anak-anak yang sihat dari segi fizikal dan mental. 3) Dengan mempunyai rasa kekeluargaan, seseorang individu akan merasakan dirinya dihargai dan mempunyai kawan yang ramai untuk membantunya jika menghadapi masalah. 4) Rasa kekeluargaan yang kukuh dapat mengurangkan gejala-gejala tidak sihat yang kian menular dewasa ini.
Soalan-soalan yang berkaitan: a) Keluarga Sejahtera Masyarakat Berjaya. Berikan pendapat kamu tentang cogan kata tersebut. b) Ramai ibu bapa hari ini yang menghadapi masalah dengan anak-anak remaja mereka. Mengapakah hal ini berlaku dan apakah huraian-huraiannya? c) Keluarga ialah tempat pergantungan yang sebaiknya dalam hidup seseorang individu. Jelaskan.
11 | P a g e
TOPIK : ISU WARGA TUA Sikap Masyarakat Terhadap Warga Tua 1) Masih ada masyarakat yang mengambil berat dan prihatin terhadap warga tua walaupun terdapat juga golongan yang langsung tidak mengambil peduli. 2)
Sikap menghormati warga tua semakin menipis pada zaman sekarang.
3)
Terdapat juga masyarakat yang menganggap warga tua ini sebagai beban dan menyusahkan kehidupan mereka.
4)
Mereka langsung tidak menghormati dan mempedulikan kebajikan warga tua.
5)
Masyarakat seharusnya memberikan perhatian kepada golongan ini kerana telah banyak berjasa dan mereka harus sedar bahawa mereka juga suatu hari nanti akan mengalami hari tua masing-masing.
Usaha Membantu Warga Tua 1) Menubuhkan dan mendirikan lebih banyak rumah warga tua untuk kemudahan mereka. 2)
Menyediakan kemudahan yang lebih baik agar sisa-sisa kehidupan warga tua lebih bermakna.
3)
Badan-badan kebajikan harus memperbanyak aktiviti masyarakat ynag melibatkan warga tua ini supaya mereka rasa bahawa mereka masih mampu memberikan sumbangan.
4)
Pihak pemerintah juga boleh menyediakan skim perubatan istimewa kepada warga tua ini untuk kemudahan penjagaan kesihatan mereka.
5)
Kempen untuk memberikan kesedaran kepada rakyat agar memberikan perhatian kepada warga tua harus dijalankan dengan lebih giat lagi.
Kebaikan Membantu Warga Tua 1)Warga tua merasakan bahawa mereka masih lagi diberi perhatian dan dihargai. 2)Sebagai satu cara membalas jasa mereka kepada masyarakat sebelum ini. 3)Dapat menimbulkan rasa insaf dalam diri sendiri bahawa mereka suatu hari nanti juga akan menghadapi hari tua. 4)
Mewujudkan hubungan yang baik terutama antara warga tua dengan generasi baru dan golongan remaja.
12 | P a g e
Soalan-soalan yang berkaitan: 1) Bilangan warga tua di negara kita semakin meningkat. Bagaimanakah kita dapat memastikam bahawa warga tua akan dapat melalui usia senja yang bermakna? 2)
Setujukah kamu bahawa generasi muda sekarang kurang memberi perhatian kepada warga tua? Terangkan cara-cara untuk memastikan kehidupan pada usia senja warga tua terjamin kesejahteraannya.
3)
Melalui usia senja yang bermakna menjadi harapan setiap warga tua. Bagaimanakah masyarakat boleh membuktikan bahawa warga tua masih dihargai?
13 | P a g e
TOPIK : DISIPLIN PELAJAR Tahap Disiplin Pelajar Pada Hari Ini 1) Disiplin pelajar pada masa sekarang jauh lebih membimbangkan daripada dahulu. Contohnya, kes yang melibatkan masalah disiplin remaja yang direkodkan di mahkamah juvana semakin meningkat. Ia nampaknya berlaku di mana-mana, bukan sahaja di negara kita.
2) Secara keseluruhannya, dapat dilihat disiplin pelajar kita semakin hari semakin membimbangkan. 3) Perlanggaran disiplin ini telah sampai ke tahap yang serius seperti merompak, memukul pelajar atau guru, peras ugut, merogol dan sebagainya. 4) Perkara ini memerlukan perhatian yang lebih serius daripada ibu bapa, guru, masyarakat dan pemimpin negara kerana mereka inilah generasi yang menentukan masa depan negara. 5) Rasa hormat mereka terhadap guru sudah tiada malah rasa kasih sayang kepada ibu bapa juga hampir hilang. Punca Masalah Disiplin 1) Terdapat pelbagai sebab yang menimbulkan masalah disiplin ini dan banyak pihak yang menuding jari menyalahkan sesama sendiri. 2) Namun, yang penting ialah menyelesaikan masalah yang timbul dahulu sebelum kita menyalahkan pihak lain. 3) Salah satu punca kemerosotan adalah kurangnya pengawasan dan perhatian daripada ibu bapa yang saban hari terlalu sibuk mencari rezeki untuk keluarga dan tiada masa untuk bersama anak-anak. 4) Masalah disiplin berpunca juga daripada tekanan yang dihadapi oleh pelajar daripada keluarga dan sekolah yang mengharapkan sesuatu yang mustahil bagi pelajar mencapainya. 5) Kurangnya didikan agama menyebabkan remaja mudah dipengaruhi oleh budayabudaya luar yang terpesong daripada ajaran agama. 6) Pengaruh media massa amat besar terhadap pemikiran remaja yang tentunya mengingini sesuatu yang mengikut peredaran zaman.
14 | P a g e
7) Pengaruh rakan sebaya juga merupakan faktor utama remaja menjadi liar hingga melupakan tanggungjawab mereka kepada ibu bapa dan diri sendiri. 8) Pihak yang tidak bertanggungjawab banyak menyediakan tempat hiburan seperti kelab malam, pusat snuker, kedai permainan video, kafe siber dan sebagainya tempat remaja melepak dan berkumpul membuang masa. Usaha Mengatasi Masalah Disiplin 1) Dalam usaha untuk mengatasi masalah ini fokus utamanya ialah diri remaja itu sendiri. 2) Dalam hal ini, kesedaran dalam diri remaja tentang tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, keluarga dan negara perlu diwujudkan. 3) Remaja memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kerana dalam proses memasuki alam remaja dan dewasa mereka amat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada keluarga. 4) Ibu bapa perlu menitikberatkan pendidikan agama kepada anak-anak sejak kecil lagi kerana jika remaja mempunyai pegangan dan asas agama yang kukuh, mereka tidak akan mudah terpesong dan terpengaruh dengan sebarang unsur negatif. 5) Sebahagian besar masa remaja dihabiskan di sekolah dan hal ini bermakna bahawa peranan sekolah amat besar dalam mendidik remaja ini dengan nilai-nilai yang baik dan melakukan aktiviti yang berfaedah. 6) Salah satu caranya adalah melalui pengajaran mata pelajaran Pendidikan Agama dan Pengetahun Moral agar nilai-nilai murni dapat diserapkan dalam diri pelajar. 7) Media massa perlu juga memainkan peranan mereka dalam melaksanankan tanggungjawab sosial dan tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata. 8) Selain tumpuan kepada diri remaja itu sendiri, pihak berkuasa seperti pihak polis harus melipatgandakan usaha untuk menangani masalah melalui penguatkuasaan undang-undang terhadap mereka yang bersalah. 9) Sistem kerahan tenaga seperti yang diamalkan di negara kita diharapkan dapat menjadikan remaja(terutamanya lelaki) individu yang berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan negara.
15 | P a g e
Soalan-soalan yang berkaitan: a) Remaja hari ini tidak tahu erti sebenar kebebasan. Bincangkan. b) Masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja menjadi topik hangat dewasa ini. Mengapakah ini terjadi dan apakah langkah-langkah yang harus diambil oleh pihak-pihak tertentu? c) Remaja memerlukan perhatian yang lebih daripada keluarga. Bagaimanakah keperluan ini dapat dipenuhi dalam konteks kehidupan sekarang di mana ibu bapa harus keluar bekerja untuk menyara keluarga. d) Remaja hari ini lebih mementingkan kawan daripada keluarga. Bincangkan. e) Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh remaja-remaja masa kini. * gunakan maklumat-maklumat daripada topik Kekeluargaan juga
16 | P a g e
TOPIK : KOKURIKULUM Jenis Aktiviti Kokurikulum 1) Aktiviti kokurikulum di sekolah boleh dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu persatuan akademik dan kelab, aktiviti sukan dan unit kumpulan beruniform. 2) Pasukan beruniform yang terbentuk termasuklah Kadet Polis, Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pandu Puteri, dan lain-lain lagi. 3) Kegiatan sukan meliputi semua jenis sukan seperti acara olahraga, bolasepak, hoki, bola tampar, badminton dan sebagainya. 4) Persatuan akademik ialah persatuan yang melibatkan mata pelajaran seperti Persatuan Bahasa, Persatuan Sejarah, Persatuan Sains dan sebagainya. 5) Kelab pula kebanyakannya berdasarkan hobi seperti kelab fotografi, kelab seni lukis, kelab perkebunan dan sebagainya. 6) Kegiatan kokurikulum ini bertujuan membentuk dan mengembangkan potensi individu sebagai pemimpin dan sebagai individu yang lebih baik. Kebaikan/Faedah Menyertai Kokurikulum 1) Aktiviti kokurikulum dapat mengelakkan pelajar daripada menghabiskan masa terluang dengan aktiviti yang tidak berfaedah. 2) Selain itu, aktiviti kokurikulum ini merupakan suatu aktiviti yang sihat dan dapat membendung gejala negatif yang semakin menular terutama dalam kalangan golongan remaja. 3) Melalui penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, semangat perpaduan, tolongmenolong, kerjasama, dan nilai-nilai yang baik dapat diwujudkan dalam diri individu dan kumpulan. 4) Aktiviti ini dapat juga menambah pengetahuan, belajar kemahiran baru di samping melatih peserta-peserta dalam pelbagai bidang yang menarik. Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum 1) Penglibatan pelajar masih jauh daripada sasaran kerana masih banyak pelajar yang tidak menyertai aktiviti kokurikulum ini. 2) Namun begitu, terdapat juga pelajar yang terlalu menumpukan perhatian kepada aktiviti kokurikulum hingga mengabaikan pelajaran,
17 | P a g e
3) Pelajar-pelajar yang berjaya ialah mereka yang dapat membahagikan masa dengan baik antara aktiviti kokurikulum dan pelajaran. Soalan–soalan yang berkaitan: a) Penglibatan seseorang pelajar dalam kegiatan kokurikulum dapat menjadikan pelajar itu seseorang individu yang lebih seimbang pembangunannya. Beri pendapat anda. b) Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum harus dijadikan salah satu kriteria utama yang melayakkan seseorang pelajar ke peringkat pengajian tinggi. Bincangkan. c) Kegiatan kokurikulum dapat membantu golongan remaja daripada terjebak dengan perkara-perkara negatif di luar sekolah. Beri pendapat anda. d)
Para pelajar harus bijak mengimbangi masa antara pelajaran dan kegiatan luar darjah. Bincangkan.
18 | P a g e
TOPIK : BADAN KEBAJIKAN / SUKARELA Penglibatan Masyarakat dalam Badan Kebajikan / Sukarela 1) Di negara kita banyak terdapat badan kebajikan atau sukarela yang ditubuhkan untuk memberikan bantuan kepada masyarakat apabila diperlukan dan juga untuk menjaga keselamatan dan kepentingan masyarakat. 2)
Contoh badan kebajikan atau sukarela ialah Pertapis, ‘Salvation Army’, ‘Mercy Relief’, Jamiyah dan sebagainya.
3)
Penglibatan masyarakat dalam badan kebajikan atau sukarela ini belum mancapai tahap yang boleh dibanggakan.
4)
Walaupun aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan dan sokongan rakyat tetapi sambutan tersebut masih kurang jika dibandingkan dengan sambutan rakyat negara-negara maju yang lain.
5)
Terdapat pelbagai kekangan atau rintangan seperti faktor kesibukan masyarakat yang menghalang mereka menyertai aktiviti-aktiviti badan kebajikan ini secara aktif.
6)
Namun demikian, usaha-usaha giat dijalankan untuk menyedarkan masyarakat tentang faedah menyertai badan-badan ini dalam kalangan individu dan kelompok masyarakat.
Sumbangan dan Peranan Badan Kebajikan / Sukarela Secara Umum 1) Semua bantuan yang diberikan oleh badan ini adalah percuma dan ini bermakna bahawa masyarakat mendapat pelbagai perkhidmatan tanpa perlu membayar dan faktor ini merupakan satu kemudahan kepada golongan yang tidak mampu. 2)
Sewaktu kecemasan seperti gempa bumi, banjir besar, tanah / bangunan runtuh dan sebagainya, badan-badan ini banyak memberikan bantuan kepada masyarakat seperti menyediakan tempat tinggal sementara, bantuan makanan dan kemudahan perubatan. Contohnya, Persatuan Palang Merah Singapura.
3)
Sumbangan anggota badan-badan ini seterusnya dapat meringankan beban anggota-anggota penyelamat yang lain semasa menjalankan tugas mereka.
4)
Badan-badan kebajikan dan sukarela ini juga merupakan lambang keprihatinan rakyat Singapura terhadap masyarakat sekeliling untuk kebaikan bersama.
Masalah Yang Dihadapi oleh Badan Kebajikan / Sukarela. 1) Badan-badan kebajikan dan sukarela ini menghadapi pelbagai masalah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka membantu orang ramai. 19 | P a g e
2)
Masalah pertama ialah sumber kewangan yang amat terhad kerana amat kurang orang perseorangan atau syarikat yang sanggup tampil ke hadapan untuk menghulurkan bantuan atau sumbangan agar aktiviti badan-badan ini dapat diteruskan.
3)
Selain masalah kewangan, peralatan-perlatan yang digunakan juga terbatas dan biasanya mereka tidak mempunyai peralatan yang maju dan sesuai untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.
4)
Apabila wujud kekangan seperti sumber kewangan yang terhad dan peralatan yang kurang sesuai, maka kegiatan yang boleh mereka jalankan turut terjejas.
5)
Sukar memperoleh tajaan daripada badan-badan korporat.
Soalan-soalan yang berkaitan: 1) Terangkan fungsi badan-badan kebajikan. 2)
Terangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh badan-badan kebajikan.
3)
Bagaimanakah masyarakat boleh digalakkan untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan?
********************************
20 | P a g e
TOPIK : AMALAN PEMAKANAN Jenis Makanan dalam Kalangan Masyarakat Singapura 1) Masyarakat Singapura yang berbilang kaum dan bangsa mempunyai pelbagai jenis makanan yang popular. 2)
Secara keseluruhannya, makanan ruji rakyat Singapura ialah nasi.
3)
Selain nasi, masyarakat Singapura memakan makanan yang berasaskan tumbuhan dan haiwan sebagai sumber makanan yang berkhasiat.
4)
Kaum-kaum di Singapura mempunyai jenis makanan yang istimewa yang dihidangkan pada masa-masa tertentu, seperti musim perayaan dan dalam majlis-majlis tertentu.
5)
Bagi orang Melayu, makanan tradisional mereka biasanya ialah nasi putih, berlaukkan ikan atau daging, sayur-sayuran dan ulam-ulaman.
6)
Pada hari raya, masyarakat Melayu menghidangkan makanan tradisional yang popular dan digemari ramai, misalnya ketupat, lemang, rendang dan sambal.
7)
Orang Cina juga memakan nasi dan lauk-pauk seperti orang Melayu, cuma yang berlaianan ialah cara masakan mereka.
8)
Semasa perayaan pula, kuih istimewa mereka ialah kuih bakul dan kuih bulan.
9)
Masyarakat India pula terkenal dengan makanan yang pedas-pedas termasuklah pelbagai jenis kari, capati dan tosei.
10)
Kebanyakan hidangan orang India mempunyai menu roti atau gandum dan lauk-pauk yang berasaskan rempah.
Makanan Seimbang 1) Makanan seimbang ialah makanan yang mengandungi semua kelas makanan, iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral, air dan sebagainya dalam nisbah yang diperlukan oleh tubuh. 2)
Makanan seimbang ini amat penting terutama dalam proses tumbesaran kanak-kanak.
3)
Kesedaran tentang pentingnya memakan makanan yang seimbang ini adalah perlu kerana kesihatan kita bergantung kepada sumber-sumber makanan yang cukup dan seimbang.
21 | P a g e
4)
Kategori-kategori makanan ini mempunyai tugas dan fungsinya sendiri, misalnya karbohidrat berfungsi untuk membekalkan tenaga untuk semua aktiviti badan.
5)
Protein membekalkan zat-zat penting untuk proses tumbesaran badan, manakala lemak pula memberikan tenaga dan berfungsi sebagai penebat bagi mengawal suhu badan.
6)
Bagi mencegah penyakit, badan memerlukan vitamin-vitamin tertentu dan garam mineral pula berfungsi untuk membaiki tisu-tisu yang rosak dalam badan.
7)
Manusia memerlukan makanan yang seimbang supaya mereka tidak mudah diserang pelbagai jenis penyakit dan dapat mengekalkan badan supaya berada dalam keadaan yang sihat.
8)
Pengambilan makanan yang seimbang dapat membantu tumbesaran badan dari segi fizikal dan mental.
10)
Pengambilan makanan yang seimbang ini berbeza antara kanak-kanak dengan orang dewasa dan antara individu.
1)
Kebersihan Tempat Menjual Makanan Kementerian Sekitaran dan Kesihatan kerap memantau tahap kebersihan tempat-tempat menjual makanan.
2)
Mana-mana gerai atau pusat-pusat makanan yang didapati tidak menepati tahap kebersihan yang ditetapkan diarahkan untuk menghentikan perniagaan buat waktu yang tertentu dan menjalankan usaha-usaha pembersihan agar keselamatan kesihatan pelanggan terjamin. Pegerai-pegerai yang lalai juga akan disaman.
3)
Orang ramai juga berhak membuat aduan jika mereka mendapati ada gerai tidak menepati garis panduan tertentu berhubungan dengan tahap kebersihan gerai.
22 | P a g e
Soalan-soalan yang berkaitan 1) Makanan seimbang perlu untuk memastikan tahap kesihatan yang baik. Bincangkan. 2)
Terangkan amalan pemakanan masyarakat kita. Bagaimanakah masyarakat kita boleh dididik agar sedar akan perlunya mengambil makanan yang seimbang?
3)
Amalan pemakanan seimbang harus bermula dari kecil lagi. Setujukah kamu dengan penyataan tersebut?
**************************************
23 | P a g e
TOPIK : KESIHATAN Kepentingan Kesihatan 1) Kesihatan merangkumi aspek kesihatan mental, fizikal, sosial dan emosi seseorang individu. 2)
Individu seharusnya dapat mengekalkan kecergasan diri untuk memastikan keadaan kesihatan mereka berada dalam keadaan yang memuaskan.
3)
Keadaan kesihatan yang baik memungkinkan otak yang cerdas.
4)
Kesihatan yang baik juga dapat menjamin kehidupan yang lebih baik, selesa dan bahagia.
5)
Individu yang sihat dapat menjalani kehidupan sehariannya dengan lancar dan teratur.
Cara Menjaga Kesihatan 1) Corak pemakanan yang seimbang amat penting diamalkan agar segala keperluan badan dapat dipenuhi dengan baik. 2)
Khasiat bahan makanan perlu juga dititikberatkan kerana banyak makanan sekarang kurang berkhasiat terutama makanan segera.
3)
Amalkan aktiviti senaman dan aktiviti fizikal yang lain secara berterusan untuk memberikan peluang kepada badan berfungsi dengan baik.
4)
Nikmatilah rehat yang mencukupi agar bahagian-bahagian badan yang tertentu dapat pulih sepenuhnya sebelum melakukan aktiviti seterusnya.
5)
Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan suasana kehidupan yang sihat dan nyaman.
6)
Jauhi amalan-amalan yang tidak sihat seperti minum minuman keras, merokok dan sebagainya.
Tahap Kesihatan Rakyat 1) Secara keseluruhan adalah baik dan terkawal. 2)
Kesedaran rakyat terhadap kepentingan kesihatan yang baik semakin meningkat melalui kempen berterusan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan.
3)
Kawalan penyakit berjangkit dapat dilakukan dengan teratur dan berkesan melalui penggunaan teknologi moden dan kepakaran yang tinggi.
4)
Perkhidmatan kesihatan di seluruh negara juga menunjukkan mutu yang baik dan boleh dibanggakan oleh rakyat.
24 | P a g e
Soalan-soalan yang berkaitan : 1) Kesihatan lebih penting daripada harta. Bincangkan. 2)
Terangkan faktor-faktor yang menjamin tahap kesihatan yang baik.
3)
Kesihatan dianggap satu aset yang penting dalam kehidupan manusia.Bincangkan.
25 | P a g e
TOPIK : AMALAN MEMBACA Sikap Suka Membaca dalam Kalangan Mesyarakat 1) Sikap suka membaca dalam kalangan rakyat Singapura masih tidak boleh dibanggakan walaupun berbagai-bagai program dan kempen galakan membaca giat dijalankan. 2)
Rencana Berita Harian melaporkan bahawa purata rakyat Singapura membaca dalam setahun hanya
3)
Bahan bacaan bermutu masih kurang terdapat di negara kita terutama bahan dalam bahasa Melayu.
4)
Walaupun terdapat golongan yang membaca namun mereka hanya membaca bahan berbentuk hiburan dan bukan yang berbentuk akademik.
5)
Terdapat pelbagai sebab mengapa amalan membaca ini belum lagi menjadi suatu budaya di kalangan rakyat Singapura. Antaranya ialah tradisi membaca ini memang tidak wujud sejak dahulu lagi di negara kita.
6)
Masyarakat sekarang lebih dipengaruhi oleh media lain yang lebih mudah untuk mendapatkan maklumat dan hiburan seperti radio, televisyen dan internet.
7)
Faktor lain ialah sikap rakyat kita sendiri yang mengambil mudah terhadap amalan ini dan menganggapnya sebagai suatu beban.
8)
Selain itu, bahan bacaan yang sesuai dan berpatutuan harganya sukar diperolehi terutama bahan dalam bahasa Melayu.
9)
Kurangnya tempat yang menyediakan kemudahan dan bahan bacaan yang sesuai juga merupakan antara faktor yang menyebabkan kurangnya sikap suka membaca dan jika ada pun tempat seumpama itu keadaannya seperti “hidup segan mati tak mahu”.
10)
Rakyat kita juga kurang mendapat galakan untuk membaca terutama golongan kanak-kanak dan pelajar. Dunia moden ini telah banyak mendedahkan mereka kepada aktiviti-aktiviti lain selain daripada membaca.
26 | P a g e
Usaha Memupuk Minat Membaca di Kalangan Masyarakat 1) Terdapat pelbagai pihak yang perlu memainkan peranan penting dalam usaha memupuk minat membaca di kalangan masyarakat. 2)
Pemerintah telah melaksanakan pelbagai langkah dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebaikan dan faedah membaca.
3)
Pelbagai kempen, pameran dan pesta buku diadakan sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa.
4)
Selain bahan dari luar negara, pemerintah atau badan-badan tertentu juga memberikan insentif khas kepada penerbit tempatan untuk menggalakkan mereka lebih banyak menerbitkan buku.
5)
Kemudahan untuk aktiviti membaca seperti perpustakaan perlu disediakan bukan sahaja di kawasan bandar malah juga di luar bandar dan ini termasuklah perkhidmatan perpustakaan bergerak.
6) 7)
Di peringkat sekolah, guru berperanan besar menarik minat pelajar membaca. Pusat sumber sekolah harus dilengkapkan dengan kemudahan yang selesa untuk aktiviti membaca di samping mempunyai bahan bacaan yang mencukupi dan sesuai untuk peringkat remaja.
8)
Sudut bacaan harus disediakan di sekitar sekolah, malah di dalam setiap bilik darjah juga perlu diadakan satu sudut untuk aktiviti membaca.
9)
Program-program yang berkaitan dengan membaca harus diperbanyak seperti kempen membaca dan pertandingan membaca.
10)
Namun, langkah yang lebih penting dan berkesan bermula pada peringkat awal, iaitu semasa kanak-kanak lagi.
11)
Dalam hal ini, ibu bapa haruslah memberikan galakan dan contoh yang baik untuk diikuti oleh anak-anak.
12)
Mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai untuk aktiviti membaca seperti sudut bacaan, bahan bacaan yang sesuai, dan kemudahan yang selesa merupakan satu langkah bijak untuk menghasilkan generasi yang mengamalkan budaya membaca.
27 | P a g e
Faedah Membaca 1) Melalui aktiviti membaca kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan terutama yang berkaitan dengan isu-isu yang berlaku di sekeliling kita. 2)
Kita dapat memajukan diri dengan mendalami sesuatu bidang yang kita ceburi melalui pembacaan bahan yang berkaitan.
3)
Selain menambahkan pengetahuan, membaca juga dapat meningkat daya fikir(menajamkan pemikiran) kita agar dapat berfikir dengan lebih matang dan berkesan dalam membuat pertimbangan dan keputusan.
4)
Masa lapang dapat kita isi dengan aktiviti membaca daripada kita habiskan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
5)
Terdapat golongan yang membaca untuk menenangkan fikiran, Membaca juga merupakan satu cara kita berehat.
6)
Ada pendapat yang mengatakan bahawa orang yang banyak membaca akan cepat menunjukkan kematangan kerana mereka mampu berbincang tentang pelbagai perkara hasil daripada pengetahuan mereka yang luas.
Soalan-soalan yang berkaitan: 1) Terangkan usaha-usaha yang harus dijalankan oleh pihak-pihak tertentu untuk menggalakkan masyarakat sesebuah negara membaca? 2) Amalan membaca harus dipupuk dalam diri seseorang sejak kecil lagi. Terangkan bagaimana amalan membaca boleh diwujudkan dlam diri setiap individu. 3) Setujukah kamu bahawa golongan remaja lebih cenderung memilih bahan bacaan yang berbentuk hiburan. Terangkan amalan membaca yang lebih sihat dan seimbang.
28 | P a g e
TOPIK : MEDIA CETAK Jenis Media Cetak 1) Di negara kita terdapat pelbagai jenis media cetak yang diterbitkan untuk memenuhi permintaan golongan pembaca. 2) Antara media cetak yang paling penting ialah surat khabar, iaitu media bercetak yang melaporkan berita-berita yang berlaku secara harian atau mingguan. Contohnya: Berita Harian/Minggu, Straits Time, New Paper, Streats dan lain-lain lagi. 3) Jenis kedua ialah majalah, iaitu terbitan bercetak yang mengandungi tulisan atau rencana yang meliputi pelbagai skop dan topik yang diterbitkan mengikut selang waktu tertentu seperti mingguan atau bulanan. Contohnya: Manja, Pengantin, Dewan Siswa dan lain-lain lagi. 4) Jurnal pula ialah majalah yang kandungannya mengkhusus kepada satu perkara yang bercorak ilmiah. Contohnya: Jurnal Dewan Bahasa.
5) Di samping itu terdapat juga bahan-bahan bercetak lain seperti risalah, brosur dan poster yang mempunyai maklumat untuk disebarkan kepada pembaca.
Pengaruh Media Cetak 1) Pemikiran manusia banyak dipengaruhi oleh bahan bacaan yang dibaca. 2) Oleh itu, peranan media cetak ini amat besar dalam mempengaruhi pembaca sama ada orang dewasa, kanak-kanak ataupun remaja. 3) Melalui media cetak ini, kita dapat mengembangkan minat membaca yang ada dala diri remaja kerana pada tahap umur ini, mereka memang berminat untuk mengetahui perkara-perkara yang baru bagi mereka. 4) Selain itu, media ini dapat juga membantu masyarakat mengetahui apa-apa yang beralku di sekeliling mereka, sama ada di dalam ataupun di luar negara. 5) Terdapat juga media cetak yang kadang-kadang mengelirukan pembaca dengan cerita yang ditokok tambah untuk tujuan melariskan akhbar atau majalh keluaran mereka. 6) Melalui media cetak ini juga kita dapat mengembangkan corak pemikiran masyarakat kita agar lebih terbuka dan dapat menerima perubahan demi kemajuan bersama.
29 | P a g e
Peranan dan Fungsi Media Cetak 1) Untuk menyampaikan meklumat kepada orang ramai dan pembaca. 2) Pihak pemerintah juga menggunakan media cetak ini untuk memberikan penerangan dan menyampaikan dasar-dasar pemerintah yang digubal untuk kemajuan rakyat sendiri. 3) Media ini juga berfungsi sebagai salah satu daripada sumber ilmu pengetahuan.
Soalan-soalan yang berkaitan: 1) Apakah peranan utama media massa? Terangkan langkah-langkah yang harus diambil oleh pihak tertentu untuk memastikan media massa membawa manfaat kepada pembangunan golongan-golongan tertentu dalam masyarakat. 2) Media massa memainkan pengaruh yang besar dalam sesebuah masyarakat. Bincangkan pengaruh-pengaruh tersebut. 3) Internet adalah media elektronik yang semakin meluas penggunaannya pada masa ini. Bincangkan pengaruh internet dalam kehidupan remaja sekarang.
30 | P a g e
TOPIK : Media Elektronik ( Televisyen / Video / Filem / Internet ) Pengaruhnya Kepada Masyarakat 1) Antara bentuk media elektronik yang popular ialah televisyen, video dan filem. 2) Media ini mempunyai pengaruh yang amat besar kepada manusia tanpa mengira peringkat umur. 3) Golongan yang paling mudah terpengaruh dengan apa yang dipertontonkan ialah kanak-kanak dan golongan remaja. 4) Kedua-dua golongan ini akan terikut-ikut akan corak pemikiran, gaya hidup, dan pergaulan sosial yang banyak dilihat melalui rancangan-rancangan dari luar negara yang disiarkan. 5) Terdapat banyak rancangan yang boleh menjejaskan moral muda-mudi dan menimbulkan pelbagai gejala sosial seperti yang dapat kita lihat hari ini. 6) Rancangan dari luar yang disiarkan di negara ini tidak sesuai dengan nilai-nilai masyarakat kita yang masih tebal dengan nilai-nilai dan adat ketimuran. 7) Namun demikian, tidak semua rancangan yang disiarkan mempunyai kesan buruk; malah ada juga yang memberikan manfaat seperti rancangan-rancangan yang berunsur kekeluargaan, pendidikan dan maklumat dan keagamaan. 8) Kita tidak seharusnya melupakan fungsi utama media ini, iaitu untuk menyebarkan maklumat kerana media memang terbukti berkesan dalam menyampaikan pelbagai maklumat kepada masyarakat. 9) Satu langkah yang perlu diambil oleh pemerintah ialah mengawal dan menapis kemasukan bahan dari luar untuk memastikan ianya sesuai dengan nilai dan budaya masyarakat kita. Kesesuaian Rancangan dengan Masyarakat 1) Rancangan-rancangan haruslah sesuai dengan semua golongan masyarakat dan peringkat umur. 2) Masa tayangan juga harus diambil kira. Contohnya, rancangan kanak-kanak hendaklah ditayangkan pada waktu yang lebih awal, manakala rancangan untuk orang dewasa hendaklah lebih lewat masa tayangannya. 3) Rancangan-rancangan yang disiarkan haruslah telah melalui satu badan yang bertugas untuk menapis adegan-adegan yang tidak sesuai ditayangkan. 4) Pada masa sekarang, rancangan-rancangan yang disiarkan meliputi semua bidang dan sesuai dengan budaya dan nilai masyarakat.
31 | P a g e
5) Terdapat rancangan-rancangan yang bercorak pendidikan terutama televisyen pendidikan yang khusus ditayangkan untuk membantu pelajar dalam pelajaran mereka di sekolah. 6) Selain itu, rancangan bercorak agama banyak yang ditayangkan untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat. Fungsi dan Peranannnya 1) Media berperanan untuk menyebarkan maklumat kepada para penonton. 2) Segala maklumat yang hendak disampaikan kepada golongan sasaran dapat disampaikan dengan cara yang amat berkesan melalui media ini. 3) Melalui televisyen, kita dapat menambahkan pengetahuan kita dengan menonton rancangan-rancangan yang memaparkan pelbagai bentuk ilmu pengetahuan. 4) Media berperanan juga sebagai alat hiburan kepada manusia kerana rancanganrancangan yang disiarkan adalah pelbagai dan kita boleh memilihnya mengikut kegemaran kita. 5) Melalui media ini juga kita dapat mengenali budaya hidup kaum ataubangsa lain, sama ada di dalam ataupun di luar negara. 6) Televisyen khususnya, berperanan sebagai alat pendidikan bukan sahaja kepada kanak-kanak malah kepada golongan dewasa.
32 | P a g e
Pengenalan Kepada Internet
Internet adalah singkatan kepada “International Networking”. Internet adalah kumpulan atau jaringan komputer yang terdapat di seluruh dunia. Internet adalah satu kemudahan yang membolehkan kita mendapatkan maklumat serta dapat berkomunikasi dengan segera. Sehingga sekarang, dianggarkan terdapat lebih dari 50,000 jaringan dengan 50 juta alamat di seluruh dunia. Internet juga biasa disebut sebagai ruang maya (cyberspace).
Kelebihan Internet Banyak kegunaan yang menguntungkan yang boleh diperolehi dari internet dalam semua bidang, antaranya : i. Maklumat yang didapati adalah lebih cepat dan murah. ii. Mengurangkan kos kertas dan pemasaran. iii. Menjadi media promosi. iv. Komunikasi interaktif. v. Sebagai alat penyelidikan dan pembangunan. vi. Pertukaran data. Aplikasi perkhidmatan internet yang popular -
World Wide Web (WWW) Mel Elektronik (email) Newgroups atau Bulletin Board Perbualan teks talian terus atau sembang. Video Conference Download dan Upload file menggunakan FTP E-commerce atau e-dagang Diari Maya atau Blogging
33 | P a g e
TOPIK : PENGIKLANAN Isu Tentang Pengiklanan 1) Iklan merupakan satu cara untuk menyampaikan sesuatu maklumat tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan di pasaran kepada pengguna. 2) Isu tentang pengiklanan yang sering timbul ialah pencemaran bahasa yang berlaku dalam iklan yang disiarkan dalam pelbagai media seperti media elektronik dan media cetak. 3) Iklan banyak juga mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dengan cara menyogokkan pelbagai bentuk kegiatan dan barangan yang kurang sesuai dengan budaya masyarakat kita. 4) Pihak pengiklan juga banyak mengeksploitasi kaum wanita untuk menjadi daya tarikan kepada barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Pengaruh Iklan Positif 1) Pengguna dapat mengetahui maklumat tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan baru yang ditawarkan dengan lebih jelas. 2) Iklan dapat juga membantu pengguna membuat pilihan antara barangan atau perkhidmatan pelbagai jenama yang banyak terdapat di pasaran. 3) Melalui iklan, pengguna dapat merancang perbelanjaan mereka dengan lebih teratur dan tidak membeli barangan yang tidak diperlukan. 4) Iklan dapat memberikan manfaat kepada pihak media seperti akhbar dan televisyen kerana dengan menyiarkan iklan mereka dapat menampung sebahagian besar kos penyiaran mereka. Negatif 1) Iklan mendorong pengguna berbelanja lebih daripada kemampuan mereka kerana terpengaruh dengan pujuk rayu iklan. 2) Iklan juga secara tidak langsung memperdayakan pengguna. 3) Iklan mempengaruhi pengguna untuk membeli dan menggunakan barangan yang tidak mendatangkan faedah seperti rokok dan minuman keras. 4) Dari segi kesihatan pula, iklan banyak mempromosikan makanan segera yang tidak berkhasiat dan tidak seimbang untuk pertumbuhan badan terutama kepada kanak-kanak. 5) Merosakkan corak pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja yang terpengaruh dengan gaya hidup yang dipaparkan dalam iklan. 34 | P a g e
Kesesuaian Iklan 1) Iklan yang disiarkan di media haruslah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan agar fungsinya sebagai penyebar maklumat dapat dimanfaatkan sepenuhnya. 2) Iklan perlu mengambil kira golongan sasaran agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini terutama kepada golongan remaja dan kanak-kanak. 3) Pengeluar iklan diharapkan tidak berterusan mengeksploitasi kaum wanita dan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan semata-mata. 4) Pihak berkuasa harus mengadakan garis panduan yang ketat untuk dipatuhi agar iklan yang disiarkan dapat dikawal dengan lebih baik dan teratur.
Soalan-soalan yang berkaitan: 1) Terangkan peranan iklan dalam kehidupan hari ini. Bincangkan sama ada iklan lebih mendatangkan unsur-unsur kebaikan atau keburukan. 2) Terangkan cara-cara iklan dapat membantu negara membentuk masyarakat yang bersikap positif ? 3) Bincangkan sejauh manakah iklan telah mempengaruhi gaya hidup masyarakat pada masa ini?
Yang baik dicontohi, yang tidak baik dijauhi.
************************************
35 | P a g e
TOPIK : SAINS DAN TEKNOLOGI Kemajuan dan Perkembangannya 1) Sains telah mendapat tempat dalam kehidupan manusia sejak dahulu lagi. 2)
Ini terbukti dengan adanya tokoh-tokoh seperti Aristotles, ahli falsafah Greek, Archimedes yang memperkenalkan tuas, dan orang-orang Mesir yang membina piramid.
3)
Sekitar abad ke-16, beberapa tokoh sains telah mencipta beberapa peralatan seperti Galileo mencipta jam bandul, John Logie Baird mencipta televisyen, malah manusia juga belajar untuk terbang dengan terciptanya kapal terbang oleh Wilbur dan Orville Wright.
4)
Menjelang abad ke-20 sains dan teknologi mengalami revolusi kemajuan yang pesat.
5)
Kemajuan ini merangkumi pelbagai bidang seperti ketenteraan, perubatan hinggalah penjelajahan angkasa lepas.
6)
Sains dan teknologi telah menguasai semua aspek kehidupan manusia. Peralatan rumah, pejabat dan bidang pendidikan tidak dapat lari daripada penggunaan ilmu sains dan teknologi. Ciptaan Baru 1) Banyak bidang yang mengalami perubahan, terutama dalam ciptaan teknik dan peralatan baru.
2)
Bidang ketenteraan: senjata-senjata baru dan lebih berkuasa teknik-teknik peperangan yang semakin mencabar
3)
Bidang perhubungan ciptaan alat komunikasi yang canggih dunia dapat dihubungi dalam masa yang singkat
4)
Bidang pengangkutan ciptaan kenderaan pengangkutan yang semakin canggih dan pantas enjin kenderaan yang mesra alam dan mengurangkan kesan pencemaran
5)
Bidang hiburan penggunaan system pembesar suara yang lebih menarik dan berkesan pusat-pusat permainan yang menyediakan permaian-permainan yang canggih
6)
Bidang perubatan
36 | P a g e
-
penemuan vaksin-vaksin untuk mencegah penyakit-penyakit yang memudaratkan ciptaan alat-alat rawatan yang lebih berkesan
Kesan Kemajuan Sains dan Teknologi Positif 1) Kemajuan dalam bidang perubatan membolehkan lebih banyak nyawa dapat diselamatkan. 2)
Memudahkan dan menjimatkan masa dalam melaksanakan sesuatu projek atau kerja.
3)
Meningkatkan produktiviti dalam bidang pengeluaran dan perkhidmatan.
4)
Mengubah corak pemikiran dan meningkatkan daya fikir masyarakat.
5)
Hidup manusia menjadi lebih selesa serta lebih bermakna.
Negatif 1) Mewujudkan masalah pengangguran kerana penggunaan tenaga manusia dikurangkan dengan adanya mesin dan robot 2)
Kemajuan teknologi dalam bidang ketenteraan menghasilkan bom-bom dan senjata-senjata nuklear yang berkuasa memusnahkan kehidupan
3)
Alam sekitar diancam kemusnahan akibat pembangunan dan pencemaran hasil daripada
4)
Kadar pembangunan di sesuatu kawasan terlalu pesat sehingga menimbulkan kesan buruk kepada kehidupan masyarakat setempat
5)
Manusia menjadi semakin malas kerana segala kerja yang dahulunya dilakukan oleh manusia diambil alih oleh mesin dan jentera hasil kemajuan sains dan teknologi
37 | P a g e
Soalan-soalan yang berkaitan 1) Kemajuan bidang sains dan teknologi telah banyak merubah kehidupan manusia. Bincangkan kesan yang dibawa daripada kemajuan bidang tersebut. 2)
Setujukah kamu bahawa kemajuan dalam bidang sains dan teknologi lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan?
3)
Apakah erti kemajuan sains jika kehidupan manusia semakin diancam pelbagai masalah? Terangkan sikap-sikap yang harus ditunjukkan oleh para saintis sebelum mencipta sesuatu alat yang baru.
38 | P a g e
TOPIK – ISU PEMANASAN BUMI / PEMULIHARAAN ALAM Hampir segala keperluan asas seharian kita datang daripada sumber bumi; air yang kita minum, udara yang kita hembus, makanan seharian kita, semua merupakan hasil sumber bumi. Dan bumi ini merupakan planet tunggal yang sesuai untuk kehidupan manusia. Dewasa kini, isu pemanasan sejagat atau ‘global warming’ semakin mendapat perhatian dunia. Ia dibincangkan di pelbagai lapisan dan oleh banyak pihak. Ini memandangkan kesan-kesan pencemaran bumi semakin jelas kelihatan. Contohnya penghasilan gas karbon yang banyak, telah menyebabkan iklim bumi semakin panas dan tidak menentu. Ini akhirnya mengakibatkan malapetaka yang berlaku seperti banjir, kemarau dan ribut taufan yang menjejas kehidupan seharian serta ekonomi negara. Penebangan pokok-pokok dan penipisan hutan juga menyumbang kepada pencemaran alam disamping menyebabkan udara menjadi semakin tidak segar. Ini adalah kerana, pokok-pokoklah yang menyedut gas karbon dioksida dan membantu mengeluarkan udara segar oksigen untuk pernafasan kita. Ternyata pencemaran bumi bukan hanya akan menjejas kesihatan diri tetapi juga kestabilan ekonomi dan keselamatan tempat tinggal kita. Untuk menangani masalah ini, banyak persidangan telah diadakan baik di rantau ini ataupun di peringkat antarabangsa untuk membincangkan cara-cara menangani isu pencemaran ini. Sekatan-sekatan tertentu juga telah dikenakan terhadap setiap negara untuk mengawal had pelepasan gas berbahaya. Namun, biarpun sekatan-sekatan itu telah dikuatkuasakan, cara paling berkesan untuk menangani masalah pemanasan sejagat ini adalah dengan setiap daripada kita sebagai individu dunia menyumbang melalui amalan harian kita kepada usaha untuk memelihara bumi serta mengurangkan pencemaran di udara, darat ataupun laut. Perkara pertama kita boleh memelihara sumber darat. Sebagai contoh mengurangkan pembuangan sisa melalui kitar-semula dan mengurangkan penggunaan beg plastik. Sejauh mungkin gunakan beg yang boleh digunapakai semula untuk membawa barangan ke pasar atau sebagainya. Dan di tempat kerja seberapa boleh kurangkan penggunaan kertas dan elakkan dari mengguna kertas bersaiz besar untuk maklumat yang sedikit. Perkara kedua adalah dengan memelihara sumber air melalui beberapa langkah seperti menjimatkan penggunaan air sejauh yang mungkin. Contohnya, kita boleh memaksimumkan cucian mesin basuh kita, memastikan tekanan paip air di rumah ataupun pejabat dijaga. Dan dalam menggunakan air untuk berwudhuk sebaiknya kita menggunakan air yang sekadarnya. Dan perkara ketiga adalah dengan memelihara kebersihan udara melalui pengurangan bahan pembakar dan menggunakan perkakas jimat tenaga di dalam
39 | P a g e
rumah kita. Apabila kita tidak menggunakan alat elektrik di rumah pastikan semua suis yang tidak digunakan dimatikan. Baru-baru ini, di dada-dada akhbar melaporkan mengenai usaha untuk menangani isu pemanasan sejagat. Antaranya ialah lebih 1000 pemilik rumah telah mengambil langkah-langkah untuk menjadikan rumah mereka mesra alam. Dengan mengambil langkah mengurangkan penggunaan elektrik dan air. Bahkan usaha-usaha ini bukan baru. Banyak usaha telah dilakukan seperti pembersihan persekitaran pantai, usaha kitar semula dan banyak lagi. Usaha sedemikian harus terus dipelopori dan disokong oleh masyarakat kita. (dipetik dan diubah suai daripada Khutbah Jumaat 8 Jun 2008)
40 | P a g e
8 Petua Keselamatan Jalan Raya 1. Rancang perjalanan anda. Jika anda berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan anda. 2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan. 3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong. 4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki. 5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius. 6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak. 7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna. 8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
SINGAPURA Langkah baru LTA(Land Transport Authority) pertingkat keselamatan jalan raya Tahap perintis berlangsung enam bulan, akan diperluas jika berkesan By Soraya Salim EMPAT inisiatif baru telah diperkenalkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam usaha meningkatkan keselamatan jalan raya. Inisiatif tersebut sedang dijalankan di tahap perintis selama enam bulan, dan jika didapati berkesan akan dilaksanakan di lebih banyak lokasi. Antaranya termasuk sebuah alat paparan elektronik yang menunjukkan pemandu jika mereka melebihi had kelajuan. Inisiatif 'Tanda Kelajuan Anda' (Your Speed Sign) itu mula dilaksanakan semalam di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) menghala ke Changi, di jalan keluar Bedok North Road. Angka kelajuan di papan tanda elektronik itu akan berkelip-kelip jika pemandu didapati memandu terlalu laju. 41 | P a g e
Papan-papan tanda itu akan turut dipasang di Tampines Avenue 5 menghala ke jalan masuk PIE (Tuas) dan Ekspreswe Seletar (SLE) menghala ke Ekspreswe Bukit Timah (BKE), di jalan keluar Yishun, pada Julai ini. Dalam satu sidang akhbar di pejabat LTA semalam, Ketua Unit Kejuruteraan Keselamatan Jalan Raya, Encik Ho Seng Tim, berkata ketiga-tiga lokasi itu merupakan lokasi 'titik hitam' kerana mempunyai kejadian kemalangan yang tinggi. Satu lagi inisiatif yang bertujuan mengingatkan pemandu untuk mengurangkan kelajuan kenderaan mereka ialah 'Tanda-Tanda Memperlahankan Trafik' (Traffic Calming Markings). Ini merupakan tanda-tanda putih segi tiga di tepi jalan yang mempunyai kesan memperlahankan kenderaan. Inisiatif itu telah pun dimulakan Khamis lalu di Eng Neo Avenue menghala ke PIE (Tuas), Bukit Batok East Avenue 5 dan Dairy Farm Road. Sementara itu, dua lagi inisiatif yang diperkenalkan turut memanfaatkan para pejalan kaki. Dua ikon tiga segi dicat di jalan raya sebagai peringatan kepada pemandu bahawa terdapat lintasan zebra di hadapan. Ikon-ikon itu telah dilaksanakan di tiga lokasi pada 1 April lalu. Terakhir sekali, garisan menyeberang terputus (dashed lines) telah dilaksanakan di Jalan Eunos/Sims Avenue/Sims Avenue East. Ini akan memberi perbandingan lebih baik dalam membezakan antara kawasan menyeberang pejalan kaki dengan garisan hentian kenderaan. Mengulas, Ketua Pengarah, Operasi Jalan Raya dan Kerjasama Masyarakat LTA, Dr Chin Kian Keong, berkata: 'LTA sentiasa prihatin tentang peri perlunya memastikan jalan raya kita selamat. 'Sementara kami telah melaksanakan pelbagai alat keselamatan di jalan raya. Inisiatif-inisiatif baru ini adalah untuk memastikan jalan raya lebih selamat lagi.'
42 | P a g e
Penggunaan Tali Pinggang Keledar Di Bas-Bas Sekolah Mei 6, 2008
Tidak lama lagi, semua penumpang bas-bas dan van sekolah setempat mungkin akan diwajibkan memakai tali pinggang keledar. Apakah ini akan menjadi satu titik tolak dalam mengubah pandangan masyarakat terhadap keselamatan dalam kenderaan? Encik Ahmad Ibrahim, bapa kepada tiga orang anak, memberikan pandangannya mengenai usulan dalam mewajibkan bas-bas serta van sekolah untuk memasang tali pinggang keledar. Penggunaan tali keledar di dalam bas sekolah mendapat perhatian ramai setelah seorang budak lelaki meninggal dunia apabila tercampak keluar dari van sekolahnya yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Namun, dengan Kementerian Pengangkutan MOT kini sedang meninjau kemungkinan dalam melaksanakan usulan tersebut, sejauh manakah semua pihak yang terlibat akan bekerjasama dalam melaksanakan langkah yang bakal dikuatkuasakan ini?
Encik Roslan Kassim, pemilik syarikat pengendali pengangkutan, Magma Transport, yang menyediakan khidmat untuk kanak-kanak pra sekolah di Masjid Al-Iman. Walau bagaimanapun, bagi Encik Ahmad Ibrahim, jumlah peningkatan tambang yuran bas sekolah haruslah berpatutan. Sehingga keputusan muktamad dicapai, pihak berkuasa akan meningkat pendidikan awam untuk menekankan pentingnya kanak-kanak menggunakan tali pinggang keledar apabila berada di dalam kenderaan. Menurut Komander Polis Trafik, Christopher Ng, masih terdapat ibu bapa yang tidak memastikan keselamatan anakanak mereka semasa di dalam kenderaan.
Encik Ahmad Ibrahim, bapa kepada tiga orang anak kecil. Justeru, dengan tidak ramai ibu bapa yang mengutamakan mewajibkan anak-anak untuk menggunakan tali pinggang keledar, apakah tanggung jawab itu harus diletak kepada para pengendali syarikat pengangkutan?
Encik Roslan Kassim, pemilik syarikat pengendali pengangkutan, Magma Transport. Namun, bagi Encik Ahmad Ibrahim, ia tetap adalah tanggung jawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka untuk menggunakan tali pinggang keledar sekiranya usulan tersebut dikuat kuasakan.
Encik Ahmad Ibrahim, bapa kepada tiga orang anak.
43 | P a g e
Di kalangan negara-negara maju, Singapura mempunyai rekod antara yang paling teruk dalam jumlah kemalangan jalan raya. Dengan satu kemalangan dijangka berlaku pada setiap jam, setiap hari, usulan untuk mewajibkan bas-bas serta van sekolah untuk memasang tali pinggang keledar merupakan suatu langkah pencegahan yang penting dalam memastikan keselamatan anak-anak kita. Yang pasti, setiap pihak perlu memainkan peranan agar memastikan langkah tersebut dapat dikuat kuasakan dengan baik.
(dipetik dan diubah suai daripada Titik Tolak Radio Singapura Internasional)
44 | P a g e
PANDUAN UJIAN LISAN – berdasarkan format terbaru peringkat ‘O’ 2016 KOMPONEN PERBUALAN BERDASARKAN VIDEO 4 Guru akan memulakan komponen perbualan dengan mengemukakan kepada murid soalan pertama/pembukaan. Ada sebanyak 3 soalan utama yang perlu dikemukakan oleh guru kepada murid. Sekurang-kurangnya guru akan mengajukan satu soalan tambahan bagi setiap soalan utama untuk memastikan adanya interaksi dua hala. 5 Jika murid tidak dapat menerangkan sesuatu dengan baik, guru akan mengajukan soalan-soalan rangsangan lain. *Elakkan daripada keadaan ini berlaku sebab ia hanya akan membuat murid kehilangan markah.
6 Jika ada soalan yang tidak begitu difahami oleh murid, minta guru menerangkan kehendak soalan tersebut. (“Maaf .Apakah maksud cikgu?” / “Boleh cikgu terangkan semula?”) Jaga adab kesopanan sepanjang masa.
45 | P a g e