PINDAAN AKTA MEMPERBAHARUI UNDANGUNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976 (AKTA 164) (PINDAAN 2017) DAN IMPLIKASINYA TERHADAP BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil Deputy CEO, IAIS Malaysia
PENDAHULUAN •
Rang undang-undang bagi pindaan Akta Memperbaharui (Perkahwinan & Perceraian)1976 (Pindaan 2017) atau Akta 164 merupakan pendekatan yang diambil oleh kerajaan dalam menangani isu penukaran agama kepada Islam oleh salah seorang pasangan yang berkahwin mengikut undang-undang sivil.
•
Rang undang-undang bagi Akta 164 (Pindaan 2016) telah dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Dato’ Seri Azalina Othman Said, pada persidangan Dewan Rakyat pada 21 November 2016.
•
Namun begitu, akibat timbulnya banyak polemik berkaitan dengan pindaan ini, bacaan kali kedua Rang undang-undang tersebut ditangguh sekali lagi pada 6 April 2017.
PENDAHULUAN •
Pindaan 2016 turut memuatkan sebuah seksyen baru iaitu seksyen 88A mengenai status kepada anak yang salah seorang ibu bapanya memeluk Islam.
•
Sub seksyen ini menyatakan bahawa anak tersebut hendaklah kekal dengan agama asal sebelum penukaran agama berlaku melainkan kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan penukaran agama anak tersebut serta dengan persetujuannya jika dia sudah berumur 18 tahun.
•
Cadangan tersebut dibantah mufti, ulama, pertubuhan bukan kerajaan Islam (NGI) dan pihak pembangkang terutamanya dari PAS kerana ia bercanggah dengan keputusan mahkamah sebelum ini seperti yang diputuskan dalam kes Subashini a/p Rajasingam lwn Saravana a/l Thangotoray yang mentakrifkan perkataan ‘parent’ dalam Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan cukup memadai dengan salah seorang iaitu ibu atau bapa/penjaga.
PENDAHULUAN • Akibatnya, pada 7 Ogos 2017 kerajaan menarik balik Rang Undangundang Akta164 (Pindaan 2016) dan mencadangkan Rang Undangundang Akta 164 (Pindaan 2017) bagi bacaan kedua dan ketiga dengan mengeluarkan seksyen 88A. • Dalam mencadangkan pindaan Akta164 (Pindaan 2017) bacaan kedua pada 9 Ogos 2017 yang lalu, YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said menerangkan kepada ahli-ahli Dewan Rakyat bahawa pindaan ini perlu berdasarkan tiga prinsip utama seperti mana yang dinukilkan oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri semasa merasmikan sambutan Hari Wanita Kebangsaan pada 25 Ogos 2016.
PENDAHULUAN Pertama: sebarang isu berbangkit dari perceraian yang perkahwinannya didaftarkan di bawah Akta 164 hendaklah diselesaikan di Mahkamah Sivil terlebih dahulu dan tuntutan hak jagaan anak dapat terpelihara dan terjamin. Kedua: dapat menyelesaikan isu perkahwinan mengikut Akta 164 dengan memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk meyelesaikan perkahwinan mereka di Mahkamah Sivil.
Ketiga: pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah serta pertindihan peruntukan undang-undang yang sedia ada dapat diselesaikan. •
Rang undang-undang Akta 164 ini telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 9 Ogos 2017 dan Dewan Negara pada 21 Ogos 2017.
PENDAHULUAN • Umumnya, Rang undang-undang ini mencadangkan hak untuk memfailkan petisyen perceraian haruslah diberikan kepada pasangan yang telah menukar agama di bawah sub seksyen 51(1) Akta 164. • Ini kerana sebelum ini, hak untuk berbuat demikian seperti yang diperuntukkan di bawah Akta 164 ini hanya diberikan kepada pasangan yang kekal dalam agama asal.
• Oleh itu, isu timbul apabila pasangan yang kekal pada agama asalnya tidak membuat sebarang petisyen ke Mahkamah Sivil, maka perkahwinan mereka dianggap masih sah di bawah Akta 164.
PENDAHULUAN •
Apabila perkahwinan mereka masih dikira sah, maka menjadi suatu kesulitan bagi pasangan yang menukar agama untuk menuntut haknya seperti nafkah, hak penjagaan anak dan hak pembahagian aset bersama.
•
Kesulitan juga bakal timbul apabila kedua-dua pasangan membuat permohonan kepada dua mahkamah yang berbeza iaitu Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah bahkan apabila kedua-dua mahkamah mengeluarkan arahan yang berbeza.
•
Mahkamah Syariah juga tidak dapat mengeluarkan arahan untuk membatalkan perkahwinan sivil di bawah Akta 164 kerana kuasa untuk melakukan sedemikian hanyalah terletak pada Mahkamah Sivil.
PINDAAN AKTA 164 (2017) • Terdapat 6 seksyen dalam pindaa Akta 164: • Pertama: Seksyen 3(3) yang memberi bidang kuasa eksklusif kepada Mahkamah Sivil mengenai pembubaran perkahwinan dan semua perkara yang berbangkit daripadanya apabila salah seorang itu memeluk agama Islam. • Kedua: Seksyen 12(1) yang memberikan hak yang setara di antara ibu dan ayah berkenaan dengan perkahwinan anak di bawah umur 21 tahun. • Ketiga: Seksyen 51(1) yang memberikan hak, locus standi dan kuasa tindakan kepada pihak yang memeluk Islam untuk memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan terhadap pasangannya yang bukan Islam di Mahkamah Sivil.
PINDAAN AKTA 164 (2017) • Keempat: Seksyen 51A yang memasukkan peruntukan baru bahawa sekiranya pihak memeluk agama Islam meninggal dunia sebelum sempat perkahwinan sivilnya dibubarkan, maka pembahagian harta pusakanya adalah tertakluk kepada pembahagian oleh Mahkamah Sivil kepada pihak-pihak yang berkepentingan. • Kelima: Seksyen 76 berkenaan dengan pembahagian aset yang diperolehi semasa perkahwinan selepas daripada pembubaran perkahwinan diputuskan oleh Mahkamah Sivil. • Keenam: Seksyen 95 yang meningkatkan tempoh kebertanggungjawaban seorang ibu atau bapa terhadap anaknya dari umur 18 tahun kepada sehingga anak itu tamat pengajian tinggi.
PINDAAN AKTA 164 (2017) •
Dari enam cadangan di atas, terdapat dua seksyen yang dipertikaikan oleh sekumpulan NGI, PPMM dan PAS:
Pertama: Seksyen 3(3) dipinda bagi memberikan bidangkuasa eksklusif kepada Mahkamah Sivil berkenaan dengan pembubaran perkahwinan dan semua perkara yang berbangkit daripadanya, jika salah seorang daripada pasangan memeluk agama Islam.
•
Pertikaian ini adalah kerana ia memberikan bidang kuasa ‘eksklusif’ kepada Mahkamah Sivil dan seolah-olah menafikan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Tetapi kalau diperhalusi, perkahwinan asal adalah didaftarkan di bawah undangundang Sivil (Akta 164). Justeru, platform yang betul dalam mengendalikan kes ini walaupun salah seorang dari pasangan tersebut memeluk agama Islam ialah di Mahkamah Sivil. Perkara yang berbangkit dari pembubaran perkahwinan ini juga seharusnya diselesaikan di Mahkamah Sivil.
PINDAAN AKTA 164 (2017) Kedua: Seksyen 51(A) yang memasukkan peruntukan baru bagi seseorang muallaf. Sekiranya ia meninggal dunia sebelum sempat membubarkan perkahwinan sivilnya, maka pembahagian harta pusaka muallaf tersebut adalah tertakluk kepada pembahagian oleh Mahkamah Sivil kepada pihak-pihak yang berkaitan. • Perlu difahami, harta yang diperolehi dalam kes pemelukan Islam oleh salah satu pihak ini berpunca dari semasa perkahwinan mereka dalam undang-undang Sivil.
• Dengan menyerahkan bidang kuasa tersebut kepada Mahkamah Syariah akan menafikan langsung hak pewarisan pusaka oleh pihak yang tidak memeluk agama Islam. Ini menggambarkan ketidakadilan berlaku ke atas pihak yang tidak memeluk Islam kerana tidak berhak mendapat sebarang harta pusaka dari pihak muallaf yang berkahwin di bawah Akta 164.
PERKAHWINAN SIVIL: PEMELUKAN AGAMA ISLAM DAN PEMBUBARAN PERKAHWINAN • Isu pemelukan agama Islam oleh salah satu pihak yang berkahwin di bawah (Akta 164) dan penukaran agama kanak-kanak serta perebutan hak penjagaan kanak-kanak akibat pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah ini telah menimbulkan polemik yang tidak berkesudahan. • Dalam kes Mohamad Ridhuan Abdullan lwn Indira Gandhi (2015), Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa keputusan Mahkamah Syariah Ipoh terhadap hak penjagaan kanak-kanak mengikut bapa yang beragama Islam dan pengesahan agama Islam terhadap kanakkanak tersebut sekali lagi mencetuskan perbahasan yang tidak berkesudahan oleh kerana kedua-dua Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa masing-masing.
PERKAHWINAN SIVIL: PEMELUKAN AGAMA ISLAM DAN PEMBUBARAN PERKAHWINAN • Prof. Ahmad Ibrahim merupakan orang pertama menulis mengenai keperluan seksyen 51 Akta 164 dipinda agar keadilan dapat diberi kepada kedua-dua pihak. • S51 Akta 164 memperuntukkan: “Apabila salah seorang kepada perkahwinan itu memeluk agama Islam, pihak yang bukan Islam boleh memohon petisyen penceraian dengan syarat bahwa tiada petisyen yang boleh dibuat sebelum tempoh 3 bulan dari tarikh pemelukan tersebut.”
PERKAHWINAN SIVIL: PEMELUKAN AGAMA ISLAM DAN PEMBUBARAN PERKAHWINAN
• Ini adalah kerana selagi mana pihak yang bukan Islam tidak memfailkan petisyen penceraian dibawah Akta 164 selagi itulah mereka diiktiraf sebagai pasangan suami isteri yang sah di sisi undang-undang.
• Mahkamah Syariah hanya dapat memisahkan mereka tanpa boleh mengeluarkan sijil perceraian bagi perkahwinan tersebut. • Seksyen 46(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukkan: “Pemelukan Islam oleh salah seorang pasangan bukan Islam, secara tersendirinya, tidak menyebabkan perkahwinan itu terbubar kecuali a disahkan oleh Mahkamah Sivil”.
PERKAHWINAN SIVIL: PEMELUKAN AGAMA ISLAM DAN PEMBUBARAN PERKAHWINAN • Peruntukan tersebut menunjukkan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai kuasa dalam membuat pengesahan perceraian ke atas pasangan yang memeluk Islam. • Masalah yang timbul dalam kes yang melibatkan pemelukan oleh salah satu pihak yang perkahwinannya didaftarkan di bawah Akta 164 ialah pengesahan perceraian oleh Mahkamah Syariah tidak diiktiraf oleh Mahkamah Sivil dan ini tidak mempunyai apa-apa kesan terhadap perkahwinan tersebut memandangkan bahawa pihak yang satu lagi bukan beragama Islam. • Perkahwinan pasangan ini dianggap sebagai “limping marriage” (tergantung antara dua bidang kuasa).
PERKAHWINAN SIVIL: PEMELUKAN AGAMA ISLAM DAN PEMBUBARAN PERKAHWINAN • Dalam kes Pedley lwn Majlis Agama Islam Pulau Pinang [1990] 2 MLJ 307, Y.A Hakim memutuskan bahawa perkahwinan orang bukan Islam tidak secara automatik terungkai dengan kemasukan Islam oleh salah satu dari mereka. • Ia hanya memberi hak kepada pihak yang bukan Islam untuk memfail petisyen pembubaran perkahwinan di bawah undangundang Sivil. • Perkahwinan tersebut tidak terbatal walaupun Mahkamah Syariah telah memutuskannya terbatal. Ini adalah kerana pihak bukan Islam masih ada hak in personam dalam undang-undang sivil.
PERKAHWINAN SIVIL: PEMELUKAN AGAMA ISLAM DAN PEMBUBARAN PERKAHWINAN •
Dalam kes Eeswari Visuvalingam lwn Kerajaan Malaysia [1990] 1 MLJ 86, suami perayu telah memeluk agama Islam pada 16 Jun 1978. Suami perayu merupakan pesara kerajaan. Pada 7 Januari 1985 suami perayu telah meninggal dunia.
•
Perayu menuntut hak ke atas pencen suaminya. Jabatan Pencen menolak permohonan perayu untuk mendapatkan pencen derivatif kerana berlainan agama.
•
Perayu membawa kes ke Mahkamah Tinggi dan keputusannya sama dengan Jabatan Pencen.
•
Setelah dibawa ke Mahkamah Agung, hakim-hakim Mahkamah Agung memutuskan bahawa perkahwinan perayu dengan suaminya adalah sah mengikut undang-undang SIvil semasa kematian suaminya. Justeru, perayu berhak mendapat pencen derivatif
PERKAHWINAN SIVIL: PEMELUKAN AGAMA ISLAM DAN PEMBUBARAN PERKAHWINAN • Apa yang mendukacitakan terdapat pihak yang menggunakan seksyen 51 Akta 164 untuk mengelak dari membayar nafkah. • Dalam kes Letchumy lwn Ramadason [1984] 1 MLJ 141, Pesuruhjaya Kehakiman mengarahkan Responden membayar RM200 sebulan sebagai bayaran nafkah kepada Plaintif. • Responden memohon perintah mengenepikan perintah tersebut atas alasan bahawa dia telah memeluk agama Islam.
• Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa memandangkan seksyen 3(1) Akta 164 tidak terpakai ke atas pihak yang beragama Islam, maka Akta 164 tidak terpakai ke atas Responden.
PERKAHWINAN SIVIL: PEMELUKAN AGAMA ISLAM DAN PEMBUBARAN PERKAHWINAN
• Keputusan kes Letchumy telah diketepikan dalam kes Tan Sung Mooi v Too Miew Kim [1991] 3 MLJ 117. • Oleh kerana petisyen pembubaran perkahwinan didaftarkan dibawah seksyen 76 dan seksyen 77 Akta 164 yang melibatkan pihak bukan Islam dan secara langsung berkaitan dengan pembubaran perkahwinan, sudah tentulah Mahkamah Sivil yang merupakan mahkamah yang kompeten untuk menentukan tuntutan • Mahkamah Agung memutuskan walaupun Perkara 121 (1A) mengeluarkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi dari mendengar perkara yang termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah, namun ia tidak terpakai kepada orang bukan Islam.
PENENTUAN AGAMA KANAK-KANAK
• Undang-undang di Malaysia telah mewujudkan peruntukan undangundang bagi pertukaran agama seseorang kepada Islam. • Enakmen yang paling awal hanya menyatakan bahawa Majlis Agama Islam hendaklah mendaftarkan setiap individu yang menukar agamanya. • Seseorang individu yang belum mencapai usia akil baligh tidak dibenarkan menukar agamanya. • Setiap pertukaran agama perlu didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam.
PENENTUAN AGAMA KANAK-KANAK
•
Peruntukan baru dalam seksyen 88A memperuntukkan “apabila pihak kepada perkahwinan memeluk agama Islam, agama kanak-kanak dari perkahwinan itu akan kekal mengikut agama pihak-pihak yang berkahwin sebelum pemelukan Islam, kecuali apabila kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu bersetuju terhadap penukaran agama kanak-kanak kepada Islam, tetapi ia tertakluk kepada hasrat kanak-kanak tersebut apabila ia mencapai umur 18 tahun.”
• Perkara 12(4) Perlembagaan Perekutusn memperuntukkan “Bagi maksud Fasal (3), agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya”. • Melihat kepada versi dalam Bahasa Inggeris, ia menyebut perkataan ‘parent’ yang membawa maksud ibu atau bapa. Sekiranya perkataan ‘parents’ ditulis dengan jelas, ia membawa maksud ibu bapa.
PENENTUAN AGAMA KANAK-KANAK
• Shaad Saleem Faruqi, Majlis Peguam Malaysia, Pertubuhan NGO dan parti komponen BN (MCA,MIC,GERAKAN) menyokong interpretasi perkataan “parent” hendaklah difahami secara jamak iaitu “parents” kerana ini selaras dengan tafsiran Perkara 160. • Manakala PGSM dan PPMM berhujah dengan mengatakan penentuan agama anak secara unilateral adalah selaras dengan keputusan kes Susie Teoh [1990] 2 MLJ 300 serta kes Subashini [2008] 2 CLJ 1 dimana Mahkamah Pesekutuan memberi takrifan “parent” sebagai salah seorang ibu atau bapa dan pengislaman anak oleh salah satu pihak adalah sah.
PENENTUAN AGAMA KANAK-KANAK
• Terdapat negeri yang memperuntukkan keperluan keizinan ibu dan bapa dalam pengislaman kanak-kanak bawah 18 tahun. • Ada juga yang menetapkan keperluan keizinan ibu atau bapa sebagai syarat pengislaman kanak-kanak di bawah 18 tahun.
• Contohnya di Negeri Selangor s177 EPAIS (2003) mensyaratkan keizinan ibu dan bapa atau penjaga bagi pemelukan Islam kanakkanak bawah 18 tahun. • Manakala di Wilayah Persekutuan di bawah s95 APUUIWP (1993), Kedah di bawah s80 EPUUI Kedah (2008) & Perak di bawah s106 EPAIP (2004) cukup sekadar keizinan ibu atau bapa atau penjaga.
Penentuan Agama Kanak-kanak • Mengambil kira bantahan dan tentangan pihak autoriti Islam, Kerajaan menarik balik Rang Undang-undang Akta 164 (Pindaan 2016) dengan menggugurkan cadangan memasukan seksyen 88A yang kontroversi itu pada 7 Ogos 2017. • Sebagai gantian, Pindaan Rang Undang-undang Akta 164 (Pindaan 2017) dibaca semula untuk bacaan kedua dan ketiga serta diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 9 Ogos 2017 dan Dewan Negara pada 21 Ogos 2017.
HAK PENJAGAAN ANAK
• Dalam konteks perundangan Islam, para fuqaha berpandangan bahawa apabila sesebuah perkahwinan itu terungkai maka ibulah yang lebih berhak untuk mendapat hak penjagaan anak. Secara fitrah, ini adalah hak mutlak ibu dan kelayakan itu melihat kepada “keperluan” anak kepada ibu berbanding kepada bapa. • Prinsip ini dimasukkan di dalam s82 (1) EUUKIS 2003 yang memperuntukkan:
“Tertakluk kepada seksyen 83, ibu seharusnya menjadi orang yang lebih berhak dari orang lain dalam hak penjagaan kanak-kanak kecil semasa dan selepas perkahwinan”.
HAK PENJAGAAN ANAK • Kedua-dua undang-undang Islam dan Sivil meletakkan syarat kebajikan kanak-kanak sebagai kriteria utama dalam penentuan hak penjagaan kanak-kanak. • Sebagai contoh s87 (1) EUUKIS 2003 memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah boleh memutuskan hak penjagaan kepada sesiapa yang pada pandangan Mahkamah dapat menjaga kebajikan kanak-kanak tersebut. • Bagi orang bukan Islam pula, sebagai contoh s88(1) Akta 164 memperuntukkan bahawa mahkamah pada bila-bila masa boleh mengarahkan hak penjagaan seseorang kanak-kanak diletakkan kepada bapa atau ibunya atau saudara maranya atau pertubuhan atau seseorang yang layak dans88 (2) Akta 164 mensyaratkan, dalam menentukan siapa yang berhak menjaga kanak-kanak ialah dengan melihat kebajikannya.
HAK PENJAGAAN ANAK •
Namun polemik hak penjagaan anak ini masih berterusan apabila kedua-dua pihak yang berbeza agama membuat tuntutan di kedua-dua mahkamah (Sivil dan Syariah).
•
Dalam kes Muhammad Ridhuan Abdullah (Pathmanathan a/l Krishnan) lwn Indira Ghandi (2015) kedua-dua pihak telah berkahwin mengikut Akta 164 dan dikurniakan 3 orang anak. Suami (Pathmanathan) telah memeluk agama Islam.
• Muhammad Riduan seterusnya telah memperolehi hak jagaan anak melalui arahan interim ex-parte terhadap ketiga-tiga anak tersebut. • Kemudian beliau telah mendapat hak jagaan anak secara tetap pada 29 September 2009.
HAK PENJAGAAN ANAK • Indira seterusnya memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi membatalkan Sijil-Sijil Pemelukan Islam anak-anaknya dengan merujuk kepada Perkara 12(4) baca bersama Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan. • Pada 25 Julai 2013 Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan permohonan pihak isteri dan mengenepikan Sijil Pemelukan Islam tersebut. • Muhammad Ridhuan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut. Dengan keputusan majoriti 2-1, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Muhammad Ridhuan.
HAK PENJAGAAN ANAK • Terdapat juga pendekatan Mahkamah Sivil yang memberi hak penjagaan bersama walaupun salah satu bukan beragama Islam. • Dalam kes Shamala Sathiyaseelam lwn Dr Jayaganesh C Mogarajah [2004] 2 MLJ 24, mereka telah berkahwin mengikut adat resam Hindu dan didaftarkan di bawah Akta 1976. • 4 tahun kemudian, suami telah memeluk agama Islam dan menukar agama anak-anaknya. • Sharmala telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Sivil hak penjagaan anak-anak tersebut. • Hakim telah memutuskan hak jagaan bersama tetapi emak mempunyai hak menjaga dan mengawal anak-anaknya.
HAK PENJAGAAN ANAK
• Meskipun begitu, hakim meletakkan kaveat bahawa anak-anak itu adalah muallaf dan hak bersama yang diberi kepada ibu akan hilang sekiranya terdapat alasan munasabah ibu mempengaruhi agama anak-anaknya. • Malangnya, hakim tidak mencadang atau mengesyorkan garis panduan bagaimana untuk memastikan ibu yang bukan Islam mematuhi larangan yang diutarakan oleh mahkamah. Keputusan ini tidak konsisten dengan keputusan kes Chang Ah Mee [2003] 5 MLJ 106 yang memberi hak penjagaan kepada ibu walaupun bapa memeluk Islam.
HAK PENJAGAAN ANAK • Dalam kes Subashini a/p Rajasingam lwn Saravanan a/l Thangthoray & Anor [2008] 2 CLJ 1, FC • “Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Mahkamah Sivil tidak dibenarkan untuk memutuskan sesuatu yang bercanggah dengan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah secara sah melalui bidang kuasanya, serta pihak suami atau isteri mempunyai hak untuk menukarkan agama anak tersebut kepada Islam dan penukaran agama anak sulung yang dijalankan di bawah EPAIS adalah tidak bertentangan dengan Per. 12(4).”
HAK PENJAGAAN ANAK
Viran a/l Nagupan lwn Deepa a/p Subramaniam [2015], 3 MLJ 209
•
N. Viran & S. Deepa telah berkahwin mengikut undangundang sivil, Viran telah memeluk Islam dan mengguna pakai nama Izwan Abdullah dan mengislamkan 2 anaknya Sharmila (Nurul Nabila) & Mithran (Nabil) tanpa pengetahuan isteri & beliau telah memohon perintah hadhanah untuk kedua anaknya di Mahkamah Syariah serta diluluskan.
• Deepa kemudian memohon kepada Mahkamah Tinggi Seremban hak penjagaan anak dan beliau memperolehi hak tersebut.
HAK PENJAGAAN ANAK • Izwan tidak berpuas hati dan merayu sehingga ke Mahkamah Persekutuan, dan hakim telah membuat keputusan bahwa Mahkamah Sivil merupakan platform yang terbaik untuk menyelesaikan kes ini kerana mereka merupakan pasangan bukan Islam sebelum ini dan menyerahkan hak jagaan Nabil kepada ayah & Nabila kepada ibunya. • Keputusan ini telah menimbulkan ketegangan antara kedua pihak kerana kedua-dua mahkamah mempunyai bidangkuasa masing-masing.
KESIMPULAN DAN CADANGAN • Dari perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa selagi pihak yang tidak memeluk agama Islam tidak memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan di Mahkamah Sivil, selagi itulah pembubaran perkahwinan tersebut dianggap tergantung walaupun pihak yang memeluk agama Islam mendapat pengesahan bahawa perkahwinan tersebut terbubar di Mahkamah Syariah.
KESIMPULAN DAN CADANGAN •
Peruntukan seksyen 3(3) Akta 164 (Pindaan 2017) yang memberikan Mahkamah Siivil bidang kuasa ‘eksklusif’ dalam semua perkara yang berbangkit daripada pembubaran perkahwinan oleh pihak yang memeluk Islam merupakan pendekatan terbaik bagi mengelak pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggung jawab mengambil peluang pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah dari melaksanakan tanggungjawabnya sebagai bapa/penjaga.
KESIMPULAN DAN CADANGAN •
Peruntukan seksyen 51A Akta 164 (Pindaan 2017) pula adalah berkait dengan pembahagian harta pusaka pihak yang memeluk Islam mengikut undang-undang perwarisan Sivil.
•
Memandangkan perkahwinan asal adalah di bawah undangundang sivil dan pembubaran perkahwinan adalah disebabkan salah satu pihak memeluk agama Islam, pembahagian harta pusaka adalah mengikut undang-undang sivil kerana diputuskan oleh Mahkamah Sivil.
•
Ini kerana, kalau mengikut undang-undang Islam, pihak yang bukan Islam tidak layak menerima pusaka kecuali dalam kes hibah dan ini akan menunjukkan ketidakadilan dan akan mencemarkan nama baik Islam.
KESIMPULAN DAN CADANGAN • CADANGAN:
• Pertama: Dalam melaksanakan peruntukan pindaan Akta 164 (2017), penubuhan satu jawatankuasa dengan mengenengahkan proses mediasi dapat diusahakan. • Pendekatan ini tidak memerlukan pindaan undang-undang kerana ia boleh dibuat secara pentadbiran. • Panel yang dilantik mestilah terdiri dari pihak yang beragama Islam dan bukan Islam. • Adalah malang bagi kanak-kanak yang dipisahkan antara ibubapa dan adik beradik kerana perbezaan agama antara ibubapa seperti yang diputuskan dalam kes Sharmala dan Subashini.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
• Kedua: Menubuhkan Mahkamah Keluarga Khas di bawah Mahkamah Sivil dengan penubuhan jawatankuasa khas yang ahli-ahlinya terdiri dari mereka yang arif dalam kedua-dua bidang iaitu undang-undang Sivil dan Syariah. • Ketiga: Hakim Mahkamah Sivil hendaklah bersidang dengan hakim Mahkamah Syariah apabila kes mengenai undangundang Islam dibangkitkan dalam Mahkamah Sivil.
• Keempat: Hakim Mahkamah Syariah boleh dipinjamkan ke Mahkamah Sivil apabila ada keperluan. Sedikit pindaan perlu dibuat kepada Perkara 122B & 123 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Mahkamah Kehakiman 1964.