0
PLAN STRATEGIK 2012-2015
Pelan Strategik KUO 2012-2015
1
PELAN STRATEGIK 2012-2015 Kolej Ungku Omar (KUO) Universiti Kebangaaan Malaysia (UKM)
ISI KANDUNGAN Bil
Kandungan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
Prakata Pengenalan Tujuan Penggubalan Pelan Strategik Penubuhan Kolej Ungku Omar, UKM Falsafah KUO Visi Misi Motto KUO Matlamat Struktur Organisasi dan Pentadbiran Fungsi Organisasi Proses Penyediaan Perancangan dan Pelan Strategik Pengumpulan dan Analisis Maklumat Pemprosesan Input Strategi, Objektif dan Tindakan Pengurusan Kolej Pembangunan Sahsiah Pelajar Pelaksanaan Kesimpulan Rujukan
Muka Surat 2 3 3 3 3 3 3 4 4 4 5 6 6 6 7 7 10 12 13 13
Pelan Strategik KUO 2012-2015
2 PRAKATA Penggubalan Pelan Strategik Kolej Ungku Omar (KUO), Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan satu usaha untuk mempertingkatkan kualiti dan perkhidmatan KUO ke arah yang lebih baik dan relevan. Pelan strategik bagi tempoh 2012-2015 ini, amat penting bagi merangka perancangan serta tindakan bagi mencapai hasrat dan matlamat penubuhan KUO. Peredaran masa yang pantas memerlukan perubahan dari segi perancangan, cara kerja, sasaran dan juga strategi serta kaedah untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Pelan Tindakan Strategik KUO 2012-2015 merupakan pelan tindakan yang pertama diwujudkan sejak penubuhan. Pelan ini diharapkan dapat menjadi panduan utama dalam pelaksanaan pengurusan KUO dari segi pengurusan penginapan dan kemudahan pelajar, perancangan aktiviti serta program pembangunan keupayaan pelajar serta memacu transformasi KUO sebagai sebuah kolej kediaman pelajar selari dengan transformasi Universiti Kebangsaan Malaysia.Bagi memantapkan program-program pembangunan kompetensi pelajar, barisan pentadbiran dan FeloKUOsentiasa melihat ke hadapan dalam menyediakan keperluan-keperluan kemahiran berimpak tinggi kepada pelajar, khasnya dari segi pengendalian kontrak pembelajaran dan pembentukan kemahiran insaniah. Elemen kemahiran insaniah berimpak tinggi menurut 8 bidang keutamaan HPP yang ditetapkan oleh Kementerian pengajian Tinggi dan UKM merupakan elemen nilai tambah yang perlu diserapkan kepada para pelajar bagi menjamin kebolehpasaran mereka. Pelan Strategik ini telah menumpukan beberapa sasaran dan tindakan khusus yang perlu diambil untuk mempertingkatkan lagi kemahiran insaniahpelajar. Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan kewujudan pelan strategik KUO 2012-2015ini. Adalah menjadi harapan saya dan pentadbiran kolej ini agar semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan penuh hemah dan sistematik dan mengambil kira keperluan semasa serta aspirasi UKM untuk mengilhamkan harapan, mencipta masa depan khususnya pada tempoh 2012-2015 sejajar dengan motto KUO iaitu “Berpadu Bertambah Mutu”.
Mejar Dr. Azahan Awang Pengetua Kolej Ungku Omar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan Pelan Strategik KUO 2012-2015
Pelan Strategik KUO 2012-2015
3
1.0 PENGENALAN 1.1
Tujuan Penggubalan Pelan Strategik
Penggubalan Pelan Strategik KUO 2012-2015 merupakan satu dokumen pelan perancangan yang signifikan dan relevan dengan keperluan masa kini. Pelan ini merupakan satu dokumen hasrat dan panduan dalam merancang serta melaksana tindakan pada masa akan datang dengan lebih sistematik dan cekap. Pelan yang kali pertama diwujudkan oleh KUO ini akan menjadi dokumen oleh jentera pentadbiran dan FeloKUOke arah memastikan matlamat organisasi tercapai. Dokumen ini juga penting untuk memantau pelaksanaan kerja berdasarkan kepada sasaran serta penunjuk-penunjuk yang telah dikenalpasti. Pelaksanaan pelan ini akan dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran KUO termasuklah profesionalisme dalam perkhidmatan kepada pelajar, pembangunan kompetensi pelajar dan meningkatkan profil KUO sebagai pusat perkembangan kebudayaan, kesenian dan jati diri kebangsaan di UKM. 1.2
Penubuhan Kolej Ungku Omar
Kolej Ungku Omar dibina pada 23 jun 1976 dan siap pembinaanya pada 7 Januari 1978 dengan kelulusan 220 kaki persegi. Kolej Ungku Omar mempunyai empat blok asrama, 23 blok pangsasiswa dan tiga blok pangsarama yang mampu menempatkan seramai 1024 orang penghuni. Dengan akronim KUO, kolej ini dinamakan sempena seorang tokoh perubatan Negara – Allahyarham Prof. Dato’ Dr. Ungku Omar bin Ahmad. Beliau dilahirkan pada 18 Januari 1931 di Johor Bahru dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kluang.Prof. Dato’ Dr. Ungku Omar adalah seorang yang prolifik, pernah menghasilkan 40 kertas kerja dalam bidang perubatan. Prinsip “kesihatan itulah kemajuan” dan “tak sihat manakan maju” telah ditegaskan oleh beliau ketika memperjuangkan Bahasa Melayu dalam perubatan negara.Antara sumbangan signifikan beliau yang lain ialah peranan besar dalam penubuhan Univeristi Kebangsaan Malaysia. Beliau meninggal dunia pada 15 Februari 1969 ketika berusia 38 tahun. Lokasi Kolej Ungku Omar berdekatan dengan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) serta dengan bangunan kemudahan seperti Pusanika, Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), Pusat Kesihatan menjadikan Kolej Ungku Omar sebagai salah satu kolej yang menjadi rebutan tempat tinggal pelajar. Selain itu, prasarana Kolej Ungku Omar lengkap dengan kedai fotostat, kedai dobi, C-mart, kafeteria, pusat siber, pusat sumber, bilik ICT dan kemudahan beriadah seperti gimnasium, gelanggang bola keranjang, sepak takraw, badminton, dan skuasy. Pelajar Kolej Ungku Omar aktif dalam pelbagai aktiviti dan sering meraih kejayaan dalam bidang akademik, sukan dan kebudayaan. Sekretariat MEP dan kelab-kelab yang ditubuhkan menjadi pelantar bagi pelajar Kolej Ungku Omar menyerlahkan bakat-bakat mereka. 1.3
Falsafah Kolej
Paduan jati diri kebangsaan, kompeten dari segi pengetahuan, kemahiran insaniah dan berdaya saing adalah dasar utama pembentukan pelajar yang holistik dan seimbang. 1.4
Visi
Bertekad menjadi kolej akademik yang terkehadapan membangunkan sifat dan semangat kekolejan dalam kalangan pelajar dengan menggabungkan ilmu dan kompetensi generik bagi menghasilkan pelajar yang berdaya saing dalam masyarakat. 1.5
Misi
Melahirkan pelajar berilmu dan menguasai kemahiran insaniah agar berdaya saing selaras dengan falsafah dan wawasan universiti. Pelan Strategik KUO 2012-2015
4 1.6Motto Kolej Berpadu Bertambah Mutu 1.7
Matlamat Kolej
Melahirkan pelajar cemerlang yang dapat: 1.
Mengaplikasi ilmu dan kemahiran generik dalam kerjaya
2.
Mencerminkan sifat dinamis dan akhlak mulia.
3.
Memaksimumkan kemudahan tempat tinggal yang disediakan kolej bagi proses pembelajaran
4.
Meningkatkan kemahiran insaniah melalui program yang dirancang secara sistematik.
1.8
Struktur Organisasi dan Pentadbiran
KUO ditadbir oleh seorang Pengetua dan dibantu oleh seorang Timbalan Pengetua. Pengetua bertanggungjawab terhadap keseluruhan perancangan, pentadbiran dan kewangan Kolej. Timbalan Pengetua pula bertanggungjawab membantu Pengetua khususnya dalam hal ehwal pentadbiran, aktiviti dan kebajikan pelajar. KUO juga mempunyai seorang Pengurus Asrama, seorang Penolong Pengurus Asrama, seorang Penyelia Asrama, seorang Pembantu Tadbir dan 4 orang Pembantu Am Pajabat untuk mengurus perkhidmatan penginapan dan kemudahan pelajar. Pengurusan KUO juga dibantu oleh seorang Felo Kanan dan 8 orang Felo. Mereka juga bertindak sebagai penasihat serta penyelia aktiviti-aktiviti pelajar di KUO. Disamping itu, Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) yang terdiri 15 orang pelajar dilantik bagi membantu pentadbiran KUO berkaitan hal ehwal kebajikan dan aktivitipelajar.
Pelan Strategik KUO 2012-2015
5 Rajah 1: Struktur Pentadbiran KUO 2013-2015 Mejar Dr. Azahan Awang Pengetua Nik Hairi Omar Timbalan Pengetua
Mohd Shah Rizal Bin Othman Felo Kanan
FELO: Mashrom Muda Chong Yee May Lim Seng Joe Mohd Syariefudin Muhd Helmi Othman Komate Ramaya Zaidi Bin Yusof Najwa Hanis Bt Azmi
Tuan Hj. Mat Yusof Achin Pengurus Kanan Asrama
Puan Noralisma Ismail Timbalan Pengurus Asrama En. Muhd Syahir Bin Muhd Saufi Pembantu Tadbir Pn. Nobiha Ibrahim Penyelia Asrama (Pentadbiran) Pn. Naaimah Binti Hassan Pembantu Am Pejabat Kanan En. Mohd Helmi Bin Zainal Pembantu Am Pejabat Kanan En. Mazelan Bin K. Saidali Pembantu Am Pejabat Kanan
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)
1.7
Pn. Kamaliyah Binti Daros Pembantu Am Pejabat
Fungsi Organisasi
Sebagai salah sebuah kolej kediaman di UKM, KUO berperanan memberikan perkhidmatan penginapan dan kemudahan pelajar. Sejak penubuhan KUO hingga kini, perkhidmatan penginapan adalah meliputi penyediaan bilik-bilik pelajar yang lengkap dengan peralatan dan perabot yang sesuai. Bilik penginapan ditawarkan kepada semua pelajar UKM sama ada di peringkat prasiswazah mahupun pascasiswazah. Berikut adalah jenis bilik penginapan yang ditawarkan; • • •
Bilik Asrama (Bilik berdua) Bilik Pangsasiswa (Bilik Seorang) Pangsarama (4 orang satu bilik pangsarama) Pelan Strategik KUO 2012-2015
6 KUO juga berfungsi sebagai pusat aktiviti pelajar. Pelajar diberikan peluang untuk menjalankan aktiviti sekaligus membangunkan kemahiran insaniah mereka sebagai nilai tambah kepada kemahiran akademik yang diperolehi di Fakulti. Semua aktiviti pelajar diselia dan dibimbing oleh seorang Felo penasihat dan mengikut bidang seperti berikut: • • • • • • • • • • •
Akademik dan English Speaking Zone (ESZ) Hal Ehwal Siswi Integrasi dan Perpaduan Kaum Kebajikan Kerohanian dan Sivik Keselamatan Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Keusahawanan Penerbitan dan ICT Pengantarabangsaan, Hubungan Luar dan Alumni Sukan dan Rekreasi
2.0
PROSES PENYEDIAAN STRATEGIK
2.1
Pengumpulan dan Analisis Maklumat
DAN
PERANCANGAN
PELAN
Dalam merangka Pelan Strategik ini, pelbagai sumber maklumat telah diperolehi dari pihak-pihak berkepentingan sama ada di dalam atau di luar Kolej. Penggubalan Pelan Strategik KUO 2012-2015 berdasarkan kepada Pelan Strategik UKM 2005-2010, Pelan Transformasi UKM dan Pengiktirafan Autonomi UKM 2012. Segala input yang diperolehi dari pelbagai perjumpaan dan mesyuarat di peringkat universiti dan dokumen rasmi Kementerian Pengajian Tinggi turut telah diambil untuk diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang praktikal. Jawatankuasa Penggubal Pelan Strategik KUO melihat aspek pembangunan sahsiah pelajar yang meliputi kemahiran-kemahiran insaniah yang perlu diperolehi para pelajar sebagai nilai tambah di samping pencapaian akademik. Aspek perkhidmatan penginapan dan kemudahan pelajar juga diberikan penekanan. 2.2
Pemprosesan Input
Pemprosesan input melalui dua aktiviti iaitu: a)
Retreat Pemantapan Pentadbiran dan Felo KUO
Perolehan input bagi merangka dan menggubal pelan ini telah dimulakan sejak tahun 2011 melalui siri retreat pemantapan pentadbiran dan FeloKUO yang memberikan penumpuan kepada dua aspek utama iaitu pengurusan kolej dan aktiviti pembangunan sahsiah pelajar. Hasil perbincangan mendapati aspek berikut perlu diberi perhatian bagi proses trasformasi Kolejmerangkumi: i)
Pengurusan Aktiviti Pelajar:
Dasar perancangan aktiviti pelajar Fokus dan bentuk penganjuran aktiviti Hasil pembelajaran aktiviti pelajar Penglibatan pelajar sarjana dan PhD Pelan Strategik KUO 2012-2015
7 Pembangunan KPI Kolej dan Felo berasaskan bidang keutamaan KUO ii)
Pengurusan Maklumat dan Publisiti
iii)
Pemantapan laman sesawang kolej untuk kekal sebagai laman web PTJ terbaik Penyusunan semula rekod aktiviti pelajar Pembangunan penunjuk prestasi utama kolej Mewujudkan jaringan Alumni KUO
Pentadbiran dan Kemudahan Kolej
Sistem penyampaian maklumat Pengurusan Pengaduan Pelajar Perkhidmatan Kolej Prosedur kerja pentadbiran kolej Penaiktarafan kemudahan pelajar Sistem fail dan borang
b) Bengkel Pemantapan Strategi dan Pelan Tindakan Pengumpulan maklumat dan juga perbincangan terfokus pelan strategik KUO2012-2015 telah diadakan pada 29Jan2012 di Port Dickson dan kemudian diperkuatkan lagi pada Bengkel Strategik KUO di Pulau Pangkorpada 18 Oktober 2012. Perbincangan adalah tertumpu kepada pemurnian kerangka pelan strategik yang telah ditambahbaik dengan mengambil kira perkembangan-perkembangan terbaru dalam struktur pentadbiran KUO dan UKM. Pelan strategik telah disusun semula mengikut dua teras strategik yang utama iaitu: • •
Pengurusan Kolej (meliputi pentadbiran, penempatan, perkhidmatan dan kewangan) Pembangunan Sahsiah Pelajar
3.0 STRATEGI, OBJEKTIF DAN TINDAKAN 3.1
Pengurusan Kolej
Pengurusan Kolej meliputi aspek pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan. Berikut adalah strategi, objektif dan tindakan yang telah digariskan iaitu: Strategi : Pengurusan Kolej yang cekap untuk pelajar Objektif : 1) Mempertingkatkan kualiti pentadbiran Kolej. 2) Memberikan perkhidmatan bermutu. 3) Mematuhi prosedur kewangan.
Pelan Strategik KUO 2012-2015
8 Objektif 1: Mempertingkatkan kualiti pentadbiran Kolej Penunjuk Prestasi Pencapaian Utama (KPI) Aktiviti Penunjuk Prestasi Sasaran Portfolio Agensi terlibat Utama a) Menyediakan maklumat 100 % maklumat 1 September Pengurus KUO dan Unit penginapan terkini dan dimasukkan dalam 2012 Perumahan lengkap Sistem Unit Pelajar (UPP) Perumahan Pelajar b) Menyediakan carta 1 carta alir yang 1 September Pengurus KUO alir proses - proses ditampal di papan 2012 berkaitan pengurusan kenyataan penginapan c) Menyediakan borang Maklumbalas aduan 1 September Pengurus KUO aduan berkaitan dalam masa 3 hari 2012 perkhidmatan dan bekerja kemudahan d) Menyediakan latihan 7 hari atau 31 Pengetua Unit untuk kakitangan supaya bersamaan 42 jam Disember Latihan & UPP terlatih dalam setahun 2012 memberikan perkhidmatan kepada pelajar e) Mewujudkan Kumpulan 1 pertandingan KIK Mulai 1 Timbalan KUO & Inovasi dan Kreatif setiap tahun April 2013 Pengetua Pendaftar (KIK) f) Maklumat peraturan Maklumat 1 September Timbalan KUO kolej peraturan 2012 Pengetua dipamerkan di setiap blok g) Menyediakan pelan Pelan dipamerkan di 1 September Penolong JKKP kebakaran setiap blok 2012 Pengurus &KUO h) Telefon kecemasan dan dipamerkan di setiap 1 September Pengurus JKKP pegawai insiden blok 2012 & KUO i) Memastikan alat Diaudit setiap 3 Mulai Pengurus JKKP, penggera kebakaran, alat bulan September kontraktor dan pemadam api berfungsi 2012 & KUO j) Pemantauan kepatuhan Pemeriksaan blok Mulai Pengurus KUO peraturan asrama pelajar dan asrama sekali September setiap semester 2012 k) Melaksanakan kawad 1 kali setiap sesi Mulai Pengurus KUO, JKKP, kebakaran pengajian September Bomba, 2012 Keselamatan UKM
Pelan Strategik KUO 2012-2015
9 Objektif 2: Memberikan perkhidmatan bermutu. Penunjuk Prestasi Sasaran Portfolio Utama a) Penyedian borang 100% pinjaman dan 1 September Pengurus pinjaman peralatan dan tempahan 2012 tempahan ruang menggunakan borang Aktiviti
Agensi terlibat KUO
b) Menyediakan kemudahan lengkap di ruang rehat pelajar
Setiap ruang rehat terdapat 1 televisyen, 1 set sofa dan 1 peti ais
1 September 2012
Pengurus
KUO& UPP
c) Menyediakan Bilik Pengurusan MEP yang lengkap
Mempunyai : 1 komputer dan pencetak, 1 set sofa,1 set kerusi meja setiap exco dan bilik berhawa dingin
1 September 2012
Pengurus
KUO& UPP
d) Menyediakan bilik pantri yang lengkap
1 pantri setiap blok asrama / pangsarama set meja dan kerusi, rak buku, bahan bacaan Menyediakan 1 bilik aktiviti sebaguna dan satu bilik aktiviti berhawa dingin dan stor
1 September 2012
Pengurus
KUO& UPP
Mulai 1 April 2013
Pengurus
KUO
1 Jan 2013
Pengurus
KUO& UPP
1 set sofa, 1 set meja mesyuarat dan bilik berhawa dingin
1 September 2012
Pengurus
KUO& UPP
1 September 2012
Pengurus
KUO
Mulai September 2012 Mulai September 2012
Pengurus
KUO & Pusat Kesihatan
Pengurus
KUO dan JPP
Mulai September 2012 1 Januari 2015
Pengurus
KUO dan JPP
Pengurus
KUO dan JPP
e) Menyediakan perpustakaan yang lengkap f) Menyediakan bilik aktiviti pelajar yang lengkap
g) Menyediakan bilik pentadbiran Felo
h) Memastikan kedai 85% Maklumbalas serbanika menjual barang pelajar berpuashati keperluan yang sesuai dengan permintaan pelajar. i) Memastikan kebersihan ≥ Gred B kafeteria dipertingkatkan j) Menyediakan kemudahan peralatan sukan
1 set peralatan untuk sukan yang dipertandingkan dalam SUKEM
k) Menyelenggara kemudahan prasarana sukan/riadah l) Menaik taraf semasa secara berperingkat bilik penginapan pelajar
3 gelanggang sukan yang ada Semua bilik penginapan pelajar
Pelan Strategik KUO 2012-2015
10 m) Menaik taraf lanskap kemudahan penghuni KUO secara berperingkat n) Menyediakan kemudahan/ infrastruktur pelajar berdasarkan keperluan
Semua lanskap kemudahan kolej
1 Januari 2015
Pengurus
KUO dan JPP
≥ 2 projek untuk 3 sesi
1 Januari 2015
Pengurus
KUO dan JPP
Objektif 3: Mematuhi prosedur kewangan Penunjuk Prestasi Sasaran Portfolio Utama a) Merancang belanjawan Bengkel 30 Pengurus tahunan belanjawan setiap November tahun 2012
Aktiviti
Agensi terlibat KUO
b) Mengoptimumkan perbelanjaan tahunan
100% peruntukkan dibelanjakan
31 Disember Pengurus 2012
KUO, Bendahari & UPP
c) Mematuhi prosedur perolehan Universiti
Tiada penerimaan suratAP 59
1 Jan 2013
Pengurus
KUO, Bendahari & UPP
d) Merekod aset dan inventori dengan cekap
Merekod dalam tempoh 7 hari bekerja
31 Disember 2012
Pengurus
KUO, Bendahari & UPP
e) Meluluskan peruntukan aktiviti pelajar f) Mematuhi prosedur penerimaan kewangan Universiti
Tiada penerimaan surat AP 65 Permohonan diluluskan dalam tempoh 5 hari bekerja
Mulai 1 April 2013 31Disember 2012
Pengetua
KUO
Pengetua
KUO, BendahariUKM & UPP
g) Menguruskan pembayaran dengan cekap
Menghantar nota bayaran dalam tempoh 5 hari bekerja 100% permohonan sewaan luar diproses
1 September 2012
Pengurus
KUO &Bendahari
1 Januari 2013
Pengurus
KUO& UPP
h) Menjana kewangan universiti
Pelan Strategik KUO 2012-2015
11 3.2
Pembangunan Sahsiah Pelajar
Pembangunan sahsiah pelajar adalah salah satu daripada perkara penting untuk melahirkan modal insan yang mahir dan unggul. Kemahiran insaniah diperolehi adalah daripada hasil-hasil pembelajaran dalam aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan di Kolej bagi memberikan nilai tambah kepada pelajar. Berikut adalah strategi, objektif dan tindakan yang telah dikenalpasti: Strategi : Menjana keupayaan dan kemahiran pelajar. Objektif : 1. Merangka aktiviti pelajar yang berkualiti 2. Melahirkan pelajar yang unggul Objektif 1: Merangka aktiviti pelajar yang berkualiti Aktiviti Penunjuk Sasaran Portfolio Prestasi Utama a) Menyediakan 1 bengkel Mulai Pengetua perancangan aktiviti perancangan September pelajar setiap sesi aktiviti setiap 2012 pengajian tahun
Agensi terlibat P’tadbiran, Felo &MEP KUO &JPPel KUO& Bendahari
b) Menyediakan peruntukan kewangan untuk aktiviti yang dirancang c) Menggalakkan pelajar memperolehi dana luar
100% aktiviti yang dirancang mendapat peruntukan ≥ 1 agensi menaja aktiviti pelajar
1 September Pengetua 2012
d) Memastikan program berlandaskan 8 hasil pembelajaran e) Memastikan program pelajar bersama masyarakat atau program berimpak tinggi f) Menggalakkan pelajar melaksanakan program outbound dan inbound mobility g) Memberi pendedahan tentang pembangunan kemahiran insaniah dan hasil pembelajaran aktiviti h) Menyediakan kursus untuk pembangunan keupayaan dan kemahiran pelajar
≥ 1 hasil pembelajaran dalam 1 aktiviti ≥ 1 hasil LC/ kegiatan pembelajaran luar berimpak tinggi
1 September 2012 1 September 2012
Timbalan Pengetua
1 program outbound dalam satu sesi
31 Julai 2014
TimbalanPengetua
KUO& JPPel
1 kali dalam setahun
31Oktober 2012
TimbalanPengetua
KUO, PAP, JPPel
1 kursus setahun
31 Disember 2012
Timbalan pengetua
KUO
1 September Pengetua 2012
Timbalan Pengetua
KUO, Bendahari & Penyelia, Agensi luar KUO, Penyelia, JPPel& PAP KUO, Penyelia, JPPel& PAP
Pelan Strategik KUO 2012-2015
12 i) Pemarkahan LC tepat pada masa
Penjanaan markah dalam tempoh 3 bulan selepas tamat LC j) Mewujudkan hubungan ≥ 1 agensi luar dengan agensi luar bekerjasama dalam aspek dengan aktiviti penganjuran aktiviti pelajar
1 September 2012
Pengetua & Timbalan Pengetua
KUO, JPPel, PAP, Penyelia
1 September 2012
MEP
KUO & Agensi luar
k) Memperkasakan programESZ di kolej
≥ 1 program ESZ setiap tahun atau sesi
31 Disember 2013
Timbalan Pengetua
MEP, Felo KUO
l) Memperkasakan program kepelbagaian etnik dan budaya
≥ 2 program kebudayaan dan kesenian setiap tahun ≥ 1 program MEP setiap Felo
Mulai September 2012
Felo
KUO Felo JPPel
Mulai September 2012
Felo
KUO JPPel PAP Felo
m) Pemantauan setiap aktiviti pelajar LC
Objektif 2: Melahirkan pelajar yang unggul Penunjuk Prestasi Sasaran Portfolio Utama Mewujudkan anugerah Menganjurkan 1 1 September Pengetua dan penghargaan Malam Anugerah 2012 penglibatan pelajar Tahunan Menyediakan transkrip 1transkrip aktiviti 31 Disember Pengetua aktiviti pelajar sepanjang setiap pelajar 2013 sesi pengajian Memastikan semua Semua pelajar tahun 1 September Timbalan pelajar KUO memenuhi 1 wajib terlibat 2012 Pengetua 8 Kredit LC minimum 1 LC di tahn pertama Membentuk pelajar yang 80% pelajar 31 Januari Pengetua mempunyai jati diri mengikuti program 2013 kebangsaan yang tinggi jati diri
Aktiviti
Agensi terlibat
a)
KUO
b) c)
d)
e) Pemantauan aktiviti pelajar yang berimpak tinggi
≥ 2 program setiap sesi
Mulai September 2012
Felo
KUO KUO, JPPEL, PAP KUO dan Agensi Luar KUO, Felo, MEP, JPPel, PAP
4.0 PELAKSANAAN Semua perancangan yang telah digariskan adalah menjadi asas dan panduan dalam pentadbiran dan pengurusan KUO. Elemen pelan strategik dilaksanakan melalui penglibatan pihak pentadbiran, Felo, MEP, pelajar dan pihak berkepentingan (stakeholder). Segala perancangan, perlaksanaan dan pemantauan dilaksanakan melalui: Pelan Strategik KUO 2012-2015
13 a. Mesyuarat Pengurusan Kolej. Mesyuarat ini dijalankan bersama dengan pihak kontraktor berkaitan di KUO pada DUA bulan sekali bagi membincangkan hal ehwal pembangunan dan kebajikan pelajar. Satu jadual mesyuarat disediakan oleh pentadbiran KUO. b. Mesyuarat Pentadbiran. Mesyuarat Pentadbiran dijalankan minimum sekali dalam Dua (2) bulan, melibatkan kakitangan pengurusan kolej, Felo kanan dan YDP MEP membincangan pentadbiran, pembangunan, hal ehwal Felo dan pelajar. c. Mesyuarat Felo. Mesyuarat Felo juga dilaksanakan minimum sekali dalam DUA bulan bagi membincangkan hal ehwal Felo dan pembangunan pelajar untuk dibawa ke mesyuarat pentadbiran kolej. d. Mesyuarat MEP. Segala perancangan dan perlaksanaan aktiviti serta kebajikan pelajar dibincangkan dalam mesyuarat bulanan MEP untuk dibawa ke mesyuarat pentadbiran kolej.
Mesyuarat-mesyuarat di atas menjadi platform utama dalam menilai pencapaian Pelan Strategik KUO 2012-2015. Kepengetuaan sebagai tunggak kolej bertanggungjawab memastikan kesemua perancangan yang telah digariskan ke arah penambahbaikan sistem kolej secara keseluruhan. Portfolio-portfolio yang diberikan tanggungjawab seperti pihak pentadbiran, Felo dan MEP akan dipantau secara berkala melalui pencapaian semasa KPI masing-masing. Pengurusan kolej akan memastikan hal ehwal pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan kolejdilaksanakan dengan penuh integriti dan akauntabaliti. Program pembangunan sahsiah pelajar dilihat sebagai perkara utama yang perlu ditambah baik dari masa ke semasa oleh pengurusan kolej. Felo dan MEP bersama dengan pengurusan kolej bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan aktiviti selari dengan Pelan Strategik KUO 20122015 bagi menepati hasil pembelajaran yang sesuai dengan Kerangka Kelayakan Malaysia.
5.0 KESIMPULAN Pelan Strategik KUO 2012-2015 adalah dokumen pelan perancangan untuk dijadikan panduan dalam merancang serta melaksanakan strategi untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran kolej. Pelan ini juga adalah untuk meningkatkan mutu profesionalisme dan pembangunan sahsiah pelajar. Pelbagai sumber maklumat merangkumi Pelan Strategik UKM2005-2010, Pelan Transformasi UKM, Pengiktirafan Autonomi UKM 2012 dijadikan asas penggubalan pelan strategik ini. Aspek pengurusan dan pembangunan sahsiah pelajar menjadi teras utama dalam Pelan Strategik ini. Dalam aspek pengurusan mengandungi 3 objektif dan 28 aktiviti manakala bagi aspek pembangunan sahsiah pelajar terdapat 2 objektif dan 14 aktiviti telah dikenalpasti untuk dicapai. Pelaksanaan perancangan Pelan Strategik KUO melibatkan peranan aktif pihak pengurusan, Felo, MEP, pelajar dan pihak berkaitan. Aspek pemantauan secara berkala akan dilakukan dari masa ke semasa bagi memastikan Pelan Strategik KUO 2012-2015 tercapai Pelan Strategik KUO 2012-2015
14 dengan jayanya.
6.0 RUJUKAN Kementerian Pengajian Tinggi. 2007. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara MelangkauiTahun 2020. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi. Sharifah Habsah Syed Hassan. 2012. Pembentangan Naib Canselor UKM di Bengkel Autonomi UKM. 2012 Hotel Lexis, Port Dickson. Universiti Kebangsaan Malaysia. 2006. Pelan Strategik UKM: Perspektif 2006-2010. Bangi: Penerbit UKM. Universiti Kebangsaan Malaysia. 2012. Portal Pelan Transformasi UKM. http://transformasi.ukm.my.
Pelan Strategik KUO 2012-2015