PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-16 POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 1.1 Majlis Konvokesyen akan berlangsung di DEWAN SERBAGUNA Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) pada 12 hingga 13 Ogos 2014 (Selasa hingga Rabu). 1.2 Graduan yang terlibat dalam majlis konvokesyen adalah seperti berikut: 1.2.1 Hari Selasa - 12 Ogos 2014-Selasa (Pagi) Graduan Jabatan Kejuruteraan Awam & Jabatan Kejuruteraan Mekanikal bagi program sepenuh masa dan separuh masa yang tamat pengajian pada Sesi Disember 2012 dan Sesi Jun 2013. 1.2.2 Hari Rabu - 13 Ogos 2014- Rabu (Pagi) Graduan bagi Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Jabatan Perdagangan program sepenuh masa dan separuh masa yang tamat pengajian pada Sesi Disember 2012 dan Sesi Jun 2013. Nota : (i) Graduan Sesi Disember 2012, tamat pada bulan Mei 2013 (ii) Graduan Sesi Jun 2013, tamat pada bulan Disember 2013
1.3 1.4
Graduan yang gagal mendaftar diri seperti tarikh dan masa yang ditetapkan di atas tidak akan dibenarkan menyertai majlis konvokesyen.
1.5
Graduan yang telah mendaftar dikehendaki berbaris di JABATAN MASING-MASING mengikut program dan nombor giliran yang telah diberikan semasa pendaftaran pada hari raptai.
1.6
Semasa majlis sedang berlangsung graduan diminta menghormati majlis dengan tidak membuat bising atau keluar meninggalkan dewan.
1.7
Graduan dinasihatkan supaya tidak membawa barang-barang persendirian seperti beg, kamera, telefon bimbit, alat kelui (pager) atau sebagainya ke dalam dewan.
RAPTAI KONVOKESYEN 2.1 Raptai konvokesyen akan diadakan sehari sebelum hari konvokesyen graduan.
2.2.1 Graduan JKA dan JKM pada 11 Ogos 2014 jam 8.00 pagi 2.2.2 Graduan JKE pada 12 Ogos 2014 jam 10.00 pagi 2.2.3 Graduan JPG pada 12 Ogos 2014 jam 8.00 pagi
1
2.2 Semua graduan perlu mendaftarkan diri di RUANG LEGAR (FOYER) JABATAN MASINGMASING pada hari raptai seperti masa berikut :
Page
2.
Semua graduan perlu mendaftarkan diri di RUANG LEGAR (FOYER) JABATAN MASINGMASING pada hari konvokesyen pada jam 7.15 pagi.
2.3 Graduan diminta membawa kad pengenalan dan Slip Bayaran Maybank yang asal semasa pendaftaran pada hari raptai. Tanpa kad pengenalan dan slip bayaran tersebut, graduan tidak dibenarkan mendaftar untuk menyertai majlis konvokesyen ini. 2.4 Graduan yang gagal menghadiri majlis raptai, tidak dibenarkan menyertai majlis konvokesyen. 2.5 Pakaian raptai hendaklah kemas dan sesuai dengan majlis. 2.6 Graduan lelaki hendaklah berambut pendek. 2.7 Graduan dilarang memakai seluar ‘jeans’, selipar dan baju ‘T’ semasa raptai. 2.8 Butiran Majlis Anugerah Pingat Ketua Jabatan akan diadakan selepas Majlis Raptai berlangsung. Graduan yang memperolehi Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) 3.50 dan ke atas diwajibkan untuk menghadiri majlis ini. PENYERTAAN & BAYARAN 3.1 Penyertaan graduan ke majlis konvokesyen ini hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Jawapan Penyertaan Konvokesyen : 3.1.1 PSA/KONVO/B1 (BORANG HIJAU) HADIR 3.1.2 PSA/KONVO/B2 (BORANG MERAH JAMBU) TIDAK HADIR 3.2 Borang Jawapan Penyertaan Konvokesyen hendaklah sampai kepada Urusetia Konvokesyen selewat-lewatnya pada 8 Ogos 2014 (Jumaat), jam 5.00 petang. Sila gunakan sampul surat yang telah disediakan. 3.3 Bayaran penyertaan konvokesyen adalah :
Jenis Bayaran
Kadar Bayaran
Bayaran Penyertaan Konvokesyen
RM 170.00 (HADIR KONVO) RM50.00 (TIDAK HADIR KONVO)
Yuran Alumni
RM 50.00
Kaedah Bayaran Pembayaran hendaklah dibuat atas nama “ KOPSA – TABUNG KONVOKESYEN PSA (MAJLIS RASMI) ” (Nombor akaun : 562478103838) di mana-mana cawangan Maybank Berhad. Setiap bayaran yang dibuat tidak akan dikembalikan.
Bayaran secara tunai pada hari raptai
3.4 Sila poskan Borang Jawapan Penyertaan Konvokesyen berserta salinan fotostat slip bayaran Maybank. 3.5 Slip bayaran asal hendaklah disimpan oleh pelajar dan perlu dikemukakan semasa hari pendaftaran raptai. Sila fotostat slip bayaran tersebut sebanyak tiga(3) salinan.
2
3.3 Slip Bayaran Maybank yang mempunyai cetakan komputer akan menjadi bukti pembayaran. Sila catatkan nama, nombor kad pengenalan dan nombor pendaftaran pelajar pada slip tersebut.
Page
3.
4.
IBU BAPA/TETAMU 4.1 Ibu bapa/tetamu bagi setiap graduan hanya disediakan satu (1) tempat duduk di dalam Dewan Serbaguna PSA. Hanya tetamu yang berumur 12 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan masuk. 4.2 Graduan diberikan satu (1) keping pas masuk ke dewan dan graduan diminta menyerahkan pas ini kepada ibu bapa/tetamu. 4.3 Pakaian ibu bapa/tetamu hendaklah sopan, kemas dan bersesuaian untuk majlis rasmi seperti kemeja, batik atau baju Melayu bagi lelaki atau baju kurung, ’skirt’ labuh serta kemeja berlengan bagi wanita. Memakai baju ‘T’ dan seluar ’jeans’adalah tidak dibenarkan. 4.4 Semasa majlis sedang berlangsung ibu bapa/tetamu diminta menghormati majlis dengan tidak membuat bising atau keluar meninggalkan dewan serta tidak dibenarkan mengambil gambar graduan. 4.5 Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan. 4.6 Graduan diminta memaklumkan peraturan ini kepada ibu bapa/tetamu.
5.
PELEKAT KENDERAAN & TEMPAT LETAK KENDERAAN 5.1 Graduan diberikan sekeping pelekat kenderaan. Pelekat kenderaan yang diberikan hendaklah dilekatkan pada sebelah kanan cermin hadapan kenderaan semasa hari raptai dan hari konvokesyen. 5.2 Hanya kenderaan yang mempunyai pelekat kenderaan sahaja dibenarkan memasuki kawasan PSA. 5.3 Graduan dan ibu bapa/tetamu hendaklah meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang disediakan oleh PSA. 5.4 Sila patuhi arahan/tunjuk arah yang diberikan oleh pihak pengawal lalulintas.
ETIKA PAKAIAN DAN RUPADIRI GRADUAN Etika Pakaian dan Rupadiri Graduan Lelaki 6.1.1 Graduan dimestikan memakai sama ada: 6.1.1.1 Baju Melayu cekak musang berbutang lengkap dan bersamping. ATAU 6.1.1.2 ‘Lounge Suit’ berwarna hitam/gelap, berkemeja dan bertali leher. 6.1.2
Kasut berwarna hitam dan stoking yang bersesuaian untuk majlis rasmi dan berwarna hitam /gelap.
6.1.3
Graduan yang beragama Sikh hanya dibenarkan memakai ‘turban’.
3
6.1
Page
6.
6.1.4
Graduan hendaklah berambut pendek (tidak mencecah kolar baju serta tidak menutupi telinga dan dahi) dan kemas.
6.1.5 Rambut berfesyen seperti ‘punk’,‘mohawk’, berekor atau diwarnakan tidak dibenarkan.
ETIKA PAKAIAN DAN RUPADIRI BAGI GRADUAN LELAKI
CONTOH 1
RAMBUT GRADUAN LELAKI 6.1 Etika Pakaian dan Rupadiri Graduan Wanita
CONTOH 2
CONTOH KASUT YANG DIBENARKAN
berwarna hitam yang bertutup di bahagian
Page
6.2.2 Kasut yang digunakan hendaklah depan dan belakang.
4
6.2.1 Pakaian graduan wanita ialah baju kurung atau pakaian labuh yang sopan dan bertudung bagi graduan muslim. Pakaian yang berbentuk seluar adalah dilarang kecuali pakaian kebangsaan masyarakat Punjabi.
6.2.3 Graduan Non-Muslim hendaklah berambut kemas. 6.2.4 Rambut berfesyen seperti ‘punk’, ‘mohawk’, berekor atau diwarnakan tidak dibenarkan.
ETIKA PAKAIAN DAN RUPADIRI BAGI GRADUAN WANITA
CONTOH 2
CONTOH 3
5
CONTOH KASUT YANG DIBENARKAN
Page
CONTOH 1
7.
JUBAH 7.1 Pengambilan Jubah 7.1.1
Jubah boleh diambil di JABATAN MASING-MASING selepas majlis raptai tamat dengan mengemukakan Slip Bayaran Maybank yang asal dan Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan.
7.1.2
Urusan pengambilan jubah tidak disediakan pada hari konvokesyen.
7.1.3
Sebarang pengubahsuaian pada jubah tidak dibenarkan.
7.2 Pemulangan Jubah 7.2.1
Jubah perlu dipulangkan di JABATAN MASING-MASING selepas majlis konvokesyen tamat.
7.2.2
Selepas tarikh konvokesyen jubah perlu dipulangkan selewat-lewatnya dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh peminjaman di JABATAN MASING-MASING pada waktu pejabat (8.00 pagi – 5.00 petang).
7.2.3
Kelewatan pemulangan jubah akan dikenakan denda sebanyak RM 10.00 sehari.
7.2.4
Borang Pengesahan Pemulangan Jubah akan menjadi bukti untuk graduan membuat tuntutan sijil.
7.3 Kehilangan atau Kerosakan Jubah/Mortar board Jubah yang rosak atau hilang akan dikenakan denda sebanyak RM 100.00.
7.3.2
Mortar board yang rosak atau hilang akan dikenakan denda sebanyak RM 50.00.
PENGAMBILAN SIJIL 8.1 Graduan yang menghadiri majlis konvokesyen boleh mengambil sijil di JABATAN MASINGMASING selepas majlis konvokesyen tamat. 8.2 Graduan hendaklah memulangkan jubah konvokesyen terlebih dahulu dan mengemukakan Borang Pengesahan Pemulangan Jubah dan Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan sebagai bukti semasa menuntut sijil.
8.4 Sekiranya graduan belum lagi menjelaskan bayaran, sila berbuat demikian di mana-mana cawangan Maybank Berhad dan kemukakan salinan slip bayaran tersebut bersama Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan di UNIT PEPERIKSAAN PSA sebelum menuntut sijil.
6
8.3 Graduan yang tidak menghadiri majlis konvokesyen boleh menuntut sijil tersebut di JABATAN MASING-MASING pada waktu pejabat mulai 12 – 26 Ogos 2014 dengan mengemukakan slip asal bayaran penyertaan konvokesyen iaitu Slip Bayaran Maybank dan Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan. Selepas tarikh tersebut, sila berurusan di UNIT PEPERIKSAAN PSA (BANGUNAN PENTADBIRAN) dengan mengemukakan Slip Bayaran Maybank yang asal dan Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan.
Page
8.
7.3.1
8.5
Graduan yang tidak menghadiri majlis konvokesyen juga boleh mendapatkan sijil secara pos dengan menghantar sampul surat beralas (bubble) poslaju (prabayar) yang bernilai RM9 yang boleh didapati dimana-mana pejabat pos. Sampul surat poslaju tersebut mesti disertakan bersama borang kiriman domestik beralamat sendiri (rujuk contoh dibawah). Sampul tersebut hendaklah dihantar kepada: Unit Peperiksaan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Persiaran Usahawan Seksyen U1 40150 Shah Alam Selangor Tel no : 03-51634000 Contoh gambar
8.6
8.7
Graduan yang ingin mewakilkan orang lain mengambil sijil bagi pihaknya dikehendaki mengisi borang PSA/KONVO/B4 dan menyertakan Slip Bayaran Maybank, Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan serta salinan kad pengenalan graduan dan menyerahkannya kepada wakil. Sijil yang tidak dituntut akan terus disimpan di Unit Peperiksaan PSA.
GAMBAR KONVOKESYEN
9.4
13/8/2014 – Rabu (bagi graduan pada 12/8/2014) bertempat di Foyer Jabatan Perdagangan mulai jam 9 pagi – 4.30 petang. 14/8/2014 – Khamis (bagi graduan pada 13/8/2014) bertempat di Foyer Jabatan Perdagangan mulai jam 9 pagi – 4.30 petang.
Gambar konvokesyen yang tidak dikutip pada tarikh-tarikh berkenaan akan dipos kepada graduan selewat-lewatnya empat (4) minggu selepas majlis konvokesyen (alamat diborang tempahan gambar mestilah lengkap).
7
9.3
Gambar konvokesyen graduan diuruskan oleh PSA. Tempahan gambar konvokesyen boleh dibuat dengan mengemukakan Borang Tempahan Gambar (PSA/KONVO/B5) bersama-sama Borang Jawapan Kehadiran Konvokesyen. Waktu penyerahan gambar adalah seperti berikut :
Page
9.1 9.2
9.5
Khidmat untuk mengambil gambar studio disediakan bertempat di ruang legar pintu masuk utama Dewan Serbaguna PSA bermula sejurus selesai majlis konvokesyen hingga jam 5 petang. Beberapa pakej gambar dengan tawaran harga yang menarik disediakan.
10. KAJIAN PENGESANAN GRADUAN POLITEKNIK 10.1
Kajian ini bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai graduan bagi membolehkan pihak Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) meningkatkan kualiti program dan perkhidmatan yang diberikan oleh politeknik.
10.2
Graduan diminta melengkapkan kajian tersebut secara dalam talian (on-line)melalui laman sesawang http://graduat.moe.gov.my mulai 21 Julai – 12 September 2014. Sila rujuk lampiran PSA/KONVO/L1.
10.3 Graduan perlu mencetak Slip Pengesahan melengkapkan borang kajian tersebut.
Kajian
Pengesanan
Graduan
selepas
10.4 Kegagalan graduan melengkapkan Kajian Pengesanan Graduan boleh menyebabkan : 10.4.1 Graduan tidak boleh mengambil jubah. 10.4.2 Graduan tidak dapat menyertai majlis konvokesyen 10.4.3 Graduan tidak akan menerima sijil konvokesyen dan transkrip.
11. PERSATUAN ALUMNI PSA 11.1 Persatuan Alumni Politeknik Shah Alam (Alumni PSA) telah ditubuhkan secara rasminya pada 6hb September 2001 dan berdaftar di bawah seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966. Persatuan ini terbuka kepada semua graduan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau dulunya dikenali sebagai Politeknik Shah Alam. Ia ditubuhkan bagi membentuk jaringan perhubungan di antara Alumni PSA bersama Politeknik KPM bagi pembangunan alumni, kerjaya pengalaman dan infrastruktur Politeknik. 11.2 Bayaran yuran alumni adalah RM50.00 untuk keahlian seumur hidup. Bayaran hendaklah dibuat secara tunai pada hari raptai. 11.3 Peranan Persatuan Alumni Politeknik Shah Alam :
11.4 Faedah keahlian :
Menjaga kebajikan alumni seperti menjalankan kutipan ketika berlaku musibah.
8
Bekerjasama dengan Bahagian Perhubungan Industri, Pengesanan Graduan dan Alumni dalam mengesan perkembangan status dan kerjaya graduan PSA. Membangunkan pangkalan data alumni. Menggembeling kepakaran Alumni PSA dalam melahirkan graduan berkualiti serta berdaya saing dari segi pembelajaran dan kerjaya. Platform pertemuan di antara graduan PSA. Mempromosikan graduan PSA melalui rangkaian hubungan dengan industri. Menyalurkan maklumat mengenai graduan PSA kepada agensi luar. Mewujudkan jalinan bestari di antara Alumni PSA dan Politeknik KPT bagi membantu graduan dalam kemajuan kecemerlangan akademik dan kerjaya. Menyediakan berita-berita aktiviti untuk pembangunan diri alumni.
Page
Berpeluang untuk melebarkan jaringan perniagaan alumni sekiranya alumni tersebut seorang usahawan. Maklumat pekerjaan, perniagaan dan sambung belajar . Peluang untuk menghadiri seminar, dialog kerjaya atau sebarang aktivti untuk pembangunan diri alumni.
11.5 Antara aktiviti-aktiviti Persatuan Alumni PSA ialah :
Cakna Sahur@PSA Kursus Penyembelihan & Hub Halal Bengkel Penjanaan Persatuan Alumni PSA Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni PSA Bicara Alumni bersama Pelajar Baharu pada Minggu Suai Kenal Sumbangan satu set komputer kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar PSA Kejohanan Futsal Jemputan UTHM
12. PERINGATAN TAMBAHAN 12.1
Graduan yang masih belum menjelaskan apa-apa hutang dengan PSA atau belum memulangkan buku perpustakaan atau barang-barang yang lain yang dipinjam dari mana-mana bahagian di PSA, diingatkan supaya menyelesaikan urusan dengan pihak yang berkenaan dengan segera. Sekiranya bayaran atau penyerahan sudah dibuat, sila bawa resit bayaran atau bukti penyerahan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan sijil konvokesyen dan transkrip ditahan.
13. LAIN-LAIN
Page
9
13.1 Makanan tidak disediakan kepada graduan dan ibu bapa/tetamu.