PERATURAN & SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-14 POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 1.1 Majlis Konvokesyen akan berlangsung di DEWAN SERBAGUNA Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) pada 22 hingga 25 Mei 2012 (Selasa hingga Jumaat). 1.2 Graduan yang terlibat dalam majlis konvokesyen adalah seperti berikut: 1.2.1 Hari Selasa - 22 Mei 2012 1.2.1.1 Sidang Pertama (Pagi) GraduanJabatan Perdagangan bagi program sepenuh masa yang tamat pengajian pada Sesi Disember 2010, Sesi Mei 2011 dan Sesi Jun 2011.
GraduanJabatan Perdagangan bagi kursus secara sambilan yang tamat pengajian pada Sesi Disember 2010, Sesi Mei 2011 dan Sesi Jun 2011.
1.2.2 Hari Rabu - 23 Mei 2012 1.2.2.1 Sidang Pertama (Pagi) GraduanJabatan Kejuruteraan Awam bagi program sepenuh masa yang tamat pengajian pada Sesi Disember 2010 dan Sesi Mei 2011.
GraduanJabatan Kejuruteraan Awam bagi kursus secara sambilan yang tamat pengajian pada Sesi Disember 2010 dan Sesi Mei 2011.
1.2.2.2 Sidang Kedua (Petang) Graduan Jabatan Kejuruteraan Awam bagi program sepenuh masa yang tamat pengajian pada Sesi Jun 2011.
Graduan Jabatan Kejuruteraan Awam bagi kursus secara sambilan yang tamat pengajian pada Sesi Jun 2011.
1.2.3 Hari Khamis – 24 Mei 2012 1.2.3.1 Sidang Pertama (Pagi) Graduan Jabatan Kejuruteraan Elektrik bagi program sepenuh masa yang tamat pengajian pada Sesi Disember 2010 dan Sesi Mei 2011.
Graduan Jabatan Kejuruteraan Elektrik bagi kursus secara sambilan yang tamat pengajian pada Sesi Disember 2010 dan Sesi Mei 2011.
1.2.3.2 Sidang Kedua (Petang) Graduan Jabatan Kejuruteraan Elektrikbagi program sepenuh masa yang tamat pengajian pada Sesi Jun 2011.
1
Graduan Jabatan Kejuruteraan Elektrik bagi kursus secara sambilan yang tamat pengajian pada Sesi Jun 2011.
Page
1.2.4 Hari Jumaat – 25 Mei 2012 1.2.4.1 Sidang Pertama (Pagi) Graduan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal bagi program sepenuh masa yang tamat pengajian pada Sesi Disember 2010, Sesi Mei 2011 dan Sesi Jun 2011.
Graduan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal bagi kursus secara sambilan yang tamat pengajian pada Sesi Disember 2010 dan Sesi Jun 2011.
Graduan Jabatan Penyenggaraan Pesawat bagi program sepenuh masa yang tamat pengajian pada Sesi Disember 2010 dan Sesi Jun 2011.
Nota : (i) Graduan Sesi Disember 2010, tamat pada Mei 2011 (ii) Graduan Sesi Mei 2011,pengajian semester pendek (iii) Graduan Sesi Jun 2011, tamat pada Disember 2011
1.3
Semua graduan perlu mendaftarkan diri di RUANG LEGAR (FOYER) JABATAN MASINGMASING pada hari konvokesyen seperti masa berikut : 13.1 13.2
1.4
Graduan yang gagal mendaftar diri seperti tarikh dan masa yang ditetapkan di atas tidak akan dibenarkan menyertai majlis konvokesyen.
1.5
Graduan yang telah mendaftar dikehendaki berbaris di JABATAN MASING-MASING mengikut program dan nombor giliran yang telah diberikan semasa pendaftaran pada hari raptai.
1.6
Semasa majlis sedang berlangsung graduan diminta menghormati majlis dengan tidak membuat bising atau keluar meninggalkan dewan.
1.7
Graduan dinasihatkan supaya tidak membawa barang-barang persendirian seperti beg, kamera, telefon bimbit, alat kelui (pager) atau sebagainya ke dalam dewan.
RAPTAI KONVOKESYEN 2.1 Raptai konvokesyen akan diadakan sehari sebelum hari konvokesyen graduan. 2.2 Semua graduan perlu mendaftarkan diri di RUANG LEGAR (FOYER) JABATAN MASINGMASING pada hari raptai seperti masa berikut : 2.2.1 Graduan Sidang Pertama pada jam 8.30 pagi 2.2.2 Graduan Sidang Kedua pada jam 10.00 pagi
2.4 Graduan yang gagal menghadiri majlis raptai, tidak dibenarkan menyertai majlis konvokesyen.
2
2.3 Graduan diminta membawa kad pengenalan dan Slip Bayaran Maybank (Salinan Pelajar) semasa pendaftaran pada hari raptai. Tanpa kad pengenalan dan slip bayaran tersebut, graduan tidak dibenarkan mendaftar untuk menyertai majlis konvokesyen ini.
Page
2.
Graduan Sidang Pertama pada jam 7.15 pagi Graduan Sidang Kedua pada jam 2.00 petang
2.5 Pakaian raptai hendaklah kemas dan sesuai dengan majlis. berambut pendek.
Graduan lelaki hendaklah
2.6 Graduan dilarang memakai seluar ‘jeans’, selipar dan baju ‘T’ semasa raptai. 2.7 Majlis Anugerah Pingat Ketua Jabatan akan diadakan di tempat yang sama sebaik sahaja majlis raptai tamat. Graduan yang memperolehi Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) 3.50 dan ke atas diwajibkan untuk menghadiri majlis ini. 3.
PENYERTAAN & BAYARAN 3.1 Penyertaan graduan ke majlis konvokesyen ini hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Jawapan Penyertaan Konvokesyen : 3.1.1 PSA/KONVO/B1 (BORANG HIJAU) 3.1.2 PSA/KONVO/B2 (BORANG MERAH)
HADIR TIDAK HADIR
3.2 Borang Jawapan Penyertaan Konvokesyen hendaklah sampai kepada Urusetia Konvokesyen selewat-lewatnya pada 18 Mei 2012 (Jumaat), jam 5.00 petang. Sila gunakan sampul surat yang telah disediakan. 3.3 Bayaran penyertaan konvokesyen adalah : 3.3.1 3.3.2
RM 220.00 HADIR RM 100.00 TIDAK HADIR
3.4 Bayaran penyertaan konvokesyen hendaklah dibuat dengan menggunakan Slip Bayaran Maybank yang disertakan. Pembayaran hendaklah dibuat atas nama “ KOPSA – TABUNG KONVOKESYEN PSA (MAJLIS RASMI) ” (Nombor akaun : 562478103838) di mana-mana cawangan Maybank Berhad. Setiap bayaran yang dibuat tidak akan dikembalikan. 3.5 Slip Bayaran Maybank (Salinan PSA) yang mempunyai cetakan komputer akan menjadi bukti pembayaran. Sila catatkannama dan nombor pendaftaran pelajar pada ruangan yang disediakan di bahagian bawah slip bayaran tersebut dan sila poskan bersama Borang Jawapan Penyertaan Konvokesyen. IBU BAPA/TETAMU 4.1 Ibu bapa/tetamu bagi setiap graduan hanya disediakan dua (2) tempat duduk di dalam Dewan Serbaguna PSA. Hanya tetamu yang berumur 12 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan masuk. 4.2 Graduan diberikan dua (2) keping pas masuk ke dewan dan graduan diminta menyerahkan pas ini kepada ibu bapa/tetamu. 4.3 Pakaian ibu bapa/tetamu hendaklah sopan, kemas dan bersesuaian untuk majlis rasmi seperti kemeja, batik atau baju Melayu bagi lelaki atau baju kurung, ’skirt’ labuh serta kemeja berlengan bagi wanita. Memakai baju ‘T’ dan seluar ’jeans’adalah tidak dibenarkan.
4.5 Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan.
3
4.4 Semasa majlis sedang berlangsung ibu bapa/tetamu diminta menghormati majlis dengan tidak membuat bising atau keluar meninggalkan dewan serta tidak dibenarkan mengambil gambar graduan.
Page
4.
4.6 Graduan diminta memaklumkan peraturan ini kepada ibu bapa/tetamu. 5.
PELEKAT KENDERAAN & TEMPAT LETAK KENDERAAN 5.1 Graduan diberikan sekeping pelekat kenderaan. Pelekat kenderaan yang diberikan hendaklah dilekatkan pada sebelah kanan cermin hadapan kenderaan semasa hari raptai dan hari konvokesyen. 5.2 Hanya kenderaan yang mempunyai pelekat kenderaan sahaja dibenarkan memasuki kawasan PSA. 5.3 Graduan dan ibu bapa/tetamu hendaklah meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang disediakan oleh PSA. 5.4 Sila patuhi arahan/tunjuk arah yang diberikan oleh pihak pengawal lalulintas.
ETIKA PAKAIAN DAN RUPADIRI GRADUAN Etika Pakaian dan Rupadiri Graduan Lelaki 6.1.1 Graduan dimestikan memakai sama ada: 6.1.1.1 Baju Melayu cekak musang berwarna hitam berbutang lengkap, bersongkok dan bersamping. ATAU 6.1.1.2 ‘Lounge Suit’ berwarna hitam/gelap, berkemeja putih dan bertali leher. 6.1.2
Kasut dan stoking yang bersesuaian untuk majlis rasmi dan berwarna hitam /gelap.
6.1.3
Graduan yang beragama Sikh hanya dibenarkan memakai ‘turban’.
6.1.4
Graduan hendaklah berambut pendek (tidak mencecah kolar baju serta tidak menutupi telinga dan dahi) dan kemas.
6.1.5 Rambut berfesyen seperti ‘punk’,‘mohawk’, berekor atau diwarnakan tidak dibenarkan.
4
6.1
Page
6.
ETIKA PAKAIAN DAN RUPADIRI BAGI GRADUAN LELAKI
CONTOH 1
RAMBUT GRADUAN LELAKI
CONTOH 2
CONTOH KASUT YANG DIBENARKAN
6.1 Etika Pakaian dan Rupadiri Graduan Wanita 6.2.1 Pakaian graduan wanita ialah baju tradisional atau pakaian labuh yang sopan.Pakaian yang berbentuk seluar adalah dilarang kecuali pakaian kebangsaan masyarakat Punjabi. 6.2.2 Bagi graduan Muslim, sila gunakan tudung putih yang disediakan oleh PSA. 6.2.3 Kasut yang digunakan hendaklah depan dan belakang.
berwarna hitam yang bertutup di bahagian
Page
6.2.5 Rambut berfesyen seperti ‘punk’, ‘mohawk’, berekor atau diwarnakan tidak dibenarkan.
5
6.2.4 Graduan Non-Muslim hendaklah berambut kemas.
ETIKA PAKAIAN DAN RUPADIRI BAGI GRADUAN WANITA
CONTOH 2
CONTOH 3
6
CONTOH KASUT YANG DIBENARKAN
Page
CONTOH 1
7.
JUBAH 7.1 Pengambilan Jubah 7.1.1
Jubah boleh diambil di JABATAN MASING-MASING selepas majlis raptai tamatdengan mengemukakan Slip Bayaran Maybank (Salinan Pelajar) dan Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan.
7.1.2
Urusan pengambilan jubah tidak disediakan pada hari konvokesyen.
7.1.3
Sebarang pengubahsuaian pada jubah tidak dibenarkan.
7.2 Pemulangan Jubah 7.2.1
Jubah perlu dipulangkan di JABATAN MASING-MASING selepas majlis konvokesyen tamat.
7.2.2
Selepas tarikh konvokesyen jubah perlu dipulangkan selewat-lewatnya dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh peminjaman di JABATAN MASING-MASING pada waktu pejabat (8.00 pagi – 5.00 petang).
7.2.3
Kelewatan pemulangan jubah akan dikenakan denda sebanyak RM 5.00 sehari.
7.2.4
Borang Pengesahan Pemulangan Jubah akan menjadi bukti untuk graduan membuat tuntutan sijil.
7.3 Kehilangan atau Kerosakan Jubah/Tudung/Pelilit Songkok Jubah yang rosak atau hilang akan dikenakan denda sebanyak RM 100.00.
7.3.2
Tudung/pelilit songkok yang rosak atau hilang akan dikenakan denda sebanyak RM 15.00.
PENGAMBILAN SIJIL 8.1 Graduan yang menghadiri majlis konvokesyen boleh mengambil sijil di JABATAN MASINGMASING selepas majlis konvokesyen tamat. 8.2 Graduan hendaklah memulangkan jubah konvokesyen terlebih dahulu dan mengemukakan Borang Pengesahan Pemulangan Jubah dan Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan sebagai bukti semasa menuntut sijil.
8.4 Sekiranya graduan belum lagi menjelaskan bayaran, sila berbuat demikiandi mana-mana cawangan Maybank Berhad dankemukakan salinan slip bayaran tersebut bersama Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan di UNIT PEPERIKSAAN PSA sebelum menuntut sijil.
7
8.3 Graduan yangtidak menghadiri majlis konvokesyen boleh menuntut sijil tersebut di JABATAN MASING-MASING pada waktu pejabat mulai 28 Mei – 8 Jun 2012 dengan mengemukakan slip bayaran penyertaan konvokesyen iaitu Slip Bayaran Maybank (Salinan Pelajar) dan Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan. Selepas tarikh tersebut, sila berurusan di UNIT PEPERIKSAAN PSA (BANGUNAN PENTADBIRAN) dengan mengemukakan Slip Bayaran Maybank (Salinan Pelajar) dan Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan.
Page
8.
7.3.1
9.
8.5
Graduan yang tidak menghadiri majlis konvokesyen juga boleh mendapatkan sijil secara pos dengan mengisi borang borang PSA/KONVO/B3 danmenyertakan Slip Bayaran Maybank (Salinan PSA), Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan dan borang PSA/KONVO/B2. Bayaran tambahan sebanyak RM 20.00 akan dikenakan bagi urusan pos sijil dan perlu dibayar dengan menggunakan slip bayaran yang sama.
8.6
Graduan yang ingin mewakilkan orang lain mengambil sijil bagi pihaknya dikehendaki mengisi borang PSA/KONVO/B4 dan menyertakan Slip Bayaran Maybank (Salinan PSA), Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan serta salinan kad pengenalan graduan dan menyerahkannya kepada wakil.
8.7
Sijil yang tidak dituntut akan terus disimpan di Unit Peperiksaan PSA.
GAMBAR KONVOKESYEN 9.1
Gambar konvokesyen graduan diuruskan oleh PSA.
9.2
Tempahan gambar konvokesyen boleh dibuat dengan mengemukakan Borang Tempahan Gambar (PSA/KONVO/B5) bersama-sama Borang Jawapan Kehadiran Konvokesyen.
9.3
Gambar konvokesyen boleh dituntut di RUANG LEGAR (FOYER) JABATAN PERDAGANGAN dari jam 9.00 pagi – 4.30 petang seperti berikut : 9.3.1 Sehari selepas majlis konvokesyen bagi semua graduan yang menghadiri majlis konvokesyen pada hari Selasa hingga Khamis. 9.3.2 Pada 28Mei 2012 (Isnin) bagi graduan yang menghadiri majlis konvokesyen pada hari Jumaat.
9.4
Gambar konvokesyen yang tidak dituntut sehingga 28Mei 2012akan diposkan kepada graduan dalam tempoh empat (4) minggu selepas majlis konvokesyen oleh syarikat yang dilantik sebagai jurugambar rasmi majlis konvokesyen PSA.
9.5
Khidmat untuk mengambil gambar studio (pilihan)ada disediakan yang bertempat di RUANG LEGAR (FOYER) SEBELAH KIRI DEWAN SERBAGUNA selepas majlis konvokesyen tamat. Beberapa pakej disediakan dan harga yang ditawarkan adalah berpatutan.
10. KAJIAN PENGESANAN GRADUAN POLITEKNIK 2012 10.1
Kajian ini bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai graduan bagi membolehkan pihak Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) meningkatkan kualiti program dan perkhidmatan yang diberikan oleh politeknik.
10.2
Graduan diminta melengkapkan kajian tersebut secara dalam talian (on-line)melalui laman sesawanghttp://graduat.mohe.gov.my mulai 21 April – 17 Jun 2012. Sila rujuk lampiran PSA/KONVO/L1. Pengesanan
Graduan
selepas
10.4 Kegagalan graduan melengkapkan Kajian Pengesanan Graduan boleh menyebabkan : 10.4.1 Graduan tidak boleh mengambil jubah.
8
Kajian
Page
10.3 Graduan perlu mencetak Slip Pengesahan melengkapkan borang kajian tersebut.
10.4.2 Graduan tidak dapat menyertai majlis konvokesyen 10.4.3 Graduan tidak akan menerima sijil konvokesyen dan transkrip.
11. PERSATUAN ALUMNI PSA 11.1 Persatuan Alumni Politeknik Shah Alam (Alumni PSA) telah ditubuhkan secara rasminya pada 6hb September 2001 dan berdaftar di bawah seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966. Persatuan ini terbuka kepada semua graduan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau dulunya dikenali sebagai Politeknik Shah Alam. Ia ditubuhkan bagi membentuk jaringan perhubungan di antara Alumni PSA bersama Politeknik KPT bagi pembangunan alumni, kerjaya pengalaman dan infrastruktur Politeknik. 11.2 Peranan Persatuan Alumni Politeknik Shah Alam :
Bekerjasama dengan Bahagian Perhubungan Industri, Pengesanan Graduan dan Alumni dalam mengesan perkembangan status dan kerjaya graduan PSA. Membangunkan pangkalan data alumni. Menggembeling kepakaran Alumni PSA dalam melahirkan graduan berkualiti serta berdaya saing dari segi pembelajaran dan kerjaya. Platform pertemuan di antara graduan PSA. Mempromosikan graduan PSA melalui rangkaian hubungan dengan industri. Menyalurkan maklumat mengenai graduan PSA kepada agensi luar. Mewujudkan jalinan bestari di antara Alumni PSA dan Politeknik KPT bagi membantu graduan dalam kemajuan kecemerlangan akademik dan kerjaya. Menyediakan berita-berita aktiviti untuk pembangunan diri alumni.
11.3 Faedah keahlian :
Menjaga kebajikan alumni seperti menjalankan kutipan ketika berlaku musibah. Berpeluang untuk melebarkan jaringan perniagaan alumni sekiranya alumni tersebut seorang usahawan. Maklumat pekerjaan, perniagaan dan sambung belajar . Peluang untuk menghadiri seminar, dialog kerjaya atau sebarang aktivti untuk pembangunan diri alumni.
Cakna Sahur@PSA 2011 Kursus Penyembelihan & Hub Halal Bengkel Penjanaan Persatuan Alumni PSA Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni PSA Bicara Alumni bersama Pelajar Baharu pada Minggu Suai Kenal “Alumni Homecoming 2009” di Politeknik Ungku Omar Sumbangan satu set komputer kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar PSA Kejohanan Futsal Jemputan UTHM
Page
9
11.4 Antara aktiviti-aktiviti Persatuan Alumni PSA ialah :
11.5 Graduan PSA adalah layak dan secara otomatik Shah Alam.
menjadi ahli Persatuan Alumni Politeknik
11.6 Borang Keahlian Persatuan Alumni Politeknik Shah Alam (PSA/KONVO/B6) hendaklah diposkan bersama-sama Borang Jawapan Penyertaan Konvokesyen.
12. PERINGATAN TAMBAHAN 12.1
Graduan yang masih belum menjelaskan apa-apa hutang dengan PSA atau belum memulangkan buku perpustakaan atau barang-barang yang lain yang dipinjam dari mana-mana bahagian di PSA, diingatkan supaya menyelesaikan urusan dengan pihak yang berkenaan dengan segera. Sekiranya bayaran atau penyerahan sudah dibuat, sila bawa resit bayaran atau bukti penyerahan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan sijil konvokesyen dan transkrip ditahan.
13. LAIN-LAIN
Page
10
13.1 Makanan tidak disediakan kepada graduan dan ibu bapa/tetamu.