MS 1S0 9002
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH SEMAMBU 25350 KUANTAN (Tel. 09-5655300/429/430 ; Faks 09-5663104) www.polisas.edu.my
BUKU PANDUAN PENDAFTARAN
Buku ini terdiri daripada 3 (TIGA) bahagian:a) Maklumat Am b) Maklumat Pendaftaran c) Borang-borang Pendaftaran
ARAHAN: 1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung di dalam buku ini, fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera. 2. Lengkapkan semua borang-borang pendaftaran (BHHP1 – BHHP8) yang terdapat dalam buku ini. (BHHP6, BHHP7 & BHHP8 untuk yang ditawarkan asrama sahaja) 3. Bawa buku ini dan borang-borang pendaftaran yang telah dilengkapkan pada hari pendaftaran.
PERINGATAN: 1. YURAN PENGAJIAN & YURAN KAMSIS Cara bayaran melalui Slip Wang Tunai Masuk. Bank : BANK SIMPANAN NASIONAL Nama Akaun: POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH No. Akaun : 0610029000312275 TULIS NAMA, NO. K.P. & KURSUS PADA SLIP WANG TUNAI MASUK.
SILA BAWA SEMUA SALINAN SLIP WANG TUNAI MASUK PADA HARI PENDAFTARAN.
2.
YURAN PENDAFTARAN Cara bayaran melalui Slip Wang Tunai Masuk. Bank: MALAYAN BANKING BERHAD Nama akaun: KOPERASI POLISAS BHD. No. akaun: 556169000438 TULIS NAMA, NO. K.P. DAN KURSUS PADA SLIP WANG TUNAI MASUK. DAN KREDITKAN KE DALAM AKAUN DI ATAS .
BAWA SEMUA SALINAN SLIP WANG TUNAI MASUK PADA HARI PENDAFTARAN Nota: Jangan diposkan Slip Wang Tunai Masuk
A.
MAKLUMAT AM Baca dengan teliti maklumat/arahan berikut dan sila ambil tindakan yang sewajarnya agar urusan pendaftaran anda berjalan lancar dan anda dapat memulakan pengajian di POLISAS dengan selesa. 1. PANDUAN UNTUK KE POLISAS Sila rujuk pelan lokasi POLISAS yang disertakan di muka belakang Buku Panduan ini. Peringatan penting bagi pelajar yang datang dengan kenderaan sendiri, sila perhatikan tanda arah meletak kenderaan yang disediakan oleh pihak Politeknik. 2. PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN a. Semakan DOKUMEN ASAL akan dilakukan pada hari pendaftaran. Bawa semua dokumen asal yang dikehendaki oleh POLISAS pada hari pendaftaran. Pendaftaran anda akan DITOLAK sekiranya anda gagal menunjukkan dokumen-dokumen tersebut. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia juga berhak MENARIK BALIK tawaran kemasukan ke Politeknik ini sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon ke Politeknik. b. Lengkapkan semua borang pendaftaran yang disertakan sebelum diserahkan kepada POLISAS semasa pendaftaran.
3. YURAN & BAYARAN LAIN Semua pelajar PERLU membuat bayaran di bank berkenaan sebelum datang mendaftar pada hari pendaftaran. Pembayaran di kaunter pendaftaran secara tunai pada hari pendaftaran tidak dibenarkan. 1. Jumlah bayaran adalah seperti jadual di muka surat sebelah. a.
b.
c.
d.
Pelajar perlu membuat 3 (tiga) jenis bayaran meliputi Bayaran 1 iaitu Yuran Pengajian, Bayaran 2 iaitu Yuran Asrama dan Bayaran 3 iaitu Pendaftaran. Sila rujuk jadual di muka surat selanjutnya. Slip bayaran bank yang telah dibuat perlu dibawa untuk ditunjukkan semasa pendaftaran nanti. Sila catatkan nama, no kad pengenalan dan nama kursus di setiap Slip Bank anda. Anda tidak boleh didaftarkan sebagai pelajar politeknik sekiranya gagal menjelaskan sebarang bayaran pada hari pendaftaran. Semua pembayaran dalam bentuk Tunai, Cek, Kiriman Wang (Money Order), Wang Pos (Postal Order) dan Draf Bank tidak akan diterima. Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta, DIMESTIKAN membawa satu salinan surat atau salinan dokumen dari pihak penaja hendaklah diposkan / difaxkan ke POLISAS. Surat atau dokumen asal pengesahan penaja hendaklah dibawa bersama surat pengesahan penajaan semasa mendaftar. Pelajar yang tidak ditanggung oleh penaja atau dalam proses permohonan, hendaklah menjelaskan bayaran. Mana-mana bayaran yang tidak ditanggung oleh penaja ataupun dalam proses permohonan kepada penaja hendaklah dijelaskan oleh pelajar.
YURAN PENGAJIAN & ASRAMA DAN BAYARAN PENDAFTARAN 3.1 PELAJAR BARU KURSUS SIJIL DAN DIPLOMA SEMESTER 1 (LULUSAN SPM) KURSUS
BAYARAN 1
BAYARAN 2
BAYARAN 3
YURAN PENGAJIAN
YURAN ASRAMA (jika ditawarkan)
BAYARAN PENDAFTARAN
DKA, DSB, DUT, DKE, DKM, DAD, DTK, DEP
RM200.00
RM60.00
RM522.00
DAT, DLS, DEC,DSK
RM200.00
RM60.00
RM582.00
DTM
RM200.00
RM60.00
RM532.00
3.2 PELAJAR BARU KURSUS DIPLOMA (LULUSAN SIJIL POLITEKNIK KPT) DAN PROGRAM BRIDGING (LULUSAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI) KURSUS
BAYARAN 1
Sila rujuk kod kursus pada surat tawaran
YURAN PENGAJIAN
BAYARAN 2
BAYARAN 3
YURAN BAYARAN ASRAMA PENDAFTARAN (jika ditawarkan)
PKA, PKE, PTK, PUT, PSB, PKM
RM200.00
RM60.00
RM303.00
PTM
RM200.00
RM60.00
RM314.00
PAT
RM200.00
RM60.00
RM364.00
QKA, QKE, QUT, QKM, QSB, RKA, RKE, RUT, RKM, RSB,
RM200.00
RM60.00
RM318.00
QTM, RTM
RM200.00
RM60.00
RM329.00
QAT, RAT
RM200.00
RM60.00
RM379.00
BTK
RM200.00
RM60.00
RM486.00
BTM
RM200.00
RM60.00
RM497.00
CARA BAYARAN
Cara Bayaran 1 Bank-in ke dalam akaun no. 0610029000312275 atas nama “Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah” di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Cara Bayaran 2 Bank-in ke dalam akaun no. 0610029000312275 atas nama “Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah” di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Cara Bayaran 3 Bank-in ke dalam akaun nombor 556169000438 atas nama “Koperasi Polisas Berhad” di Malayan Banking Berhad (MBB)
PERHATIAN: Ketiga-tiga slip bayaran iaitu Bayaran 1 (BSN), Bayaran 2 (BSN) dan Bayaran 3 (MBB) perlu dibuat secara berasingan. 3 salinan slip yang telah dibuat bayaran tersebut perlu dibawa pada hari pendaftaran nanti. Nama Kursus : DKA – Diploma Kejuruteraan Awam DSB – Diploma Seni Bina DUT – Diploma Ukur Tanah DKE – Diploma Kejuruteraan Elektronik DTK – Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer DKM - Diploma Kejuruteraan Mekanikal
DAT – Diploma Akauntansi DEC- Diploma eDagang DLS – Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan DSK - Diploma Sains Kesetiausahaan DTM – Diploma Teknologi Makanan
Diploma (Lulusan Sijil Politeknik KPT) – Sila rujuk kod kursus pada surat tawaran NOTA : Para pelajar yang telah mendaftar tetapi menarik diri selepas itu tidak akan dikembalikan yuran dan bayaran pendaftaran mereka.
4. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL Tempat kediaman di KAMSIS POLISAS adalah terhad. Bagi pelajar yang tidak ditawarkan untuk tinggal di Kamsis, adalah menjadi tanggungjawap pelajar sendiri untuk mencari tempat tinggal. Pelajar yang tidak mendapat tawaran asrama tetapi ingin tinggal berhampiran kampus akan diberikan satu senarai pengusaha yang menyewakan tempat tinggal kepada pelajar. Pelajar hendaklah berurusan terus dengan pengusaha berkenaan mengenai kemudahan-kemudahan dan kadar sewaan. Jika anda ditawarkan asrama dan menerima tawaran tersebut, semasa mendaftar di KAMSIS POLISAS sila bawa: a. Kain selimut. b. Kain cadar untuk tilam berukuran 1m x 2m (2 helai). c. Sarung bantal berukuran 60 cm x 45 cm (2 helai). d. Baju Melayu (lengkap dan bersampin) bagi pelajar lelaki beragama Islam. e. Pakaian sukan – kasut, seluar trek bewarna BIRU GELAP/HITAM, baju-T dlln. f. Pakaian harian secukupnya (rujuk Bahagian 6 – Rupadiri, untuk pakaian ke kuliah) g. 1 keping gambar berukuran kad pengenalan. h. Borang BHHP-6 , BHHP-7 (2 salinan) dan BHHP-8 yang diisi dengan lengkap. i. 1 bakul sampah, 1 penyapu, 1 cermin muka, dan 1 baldi untuk kegunaan anda semasa di kamsis. j. Kasut kulit/kanvas bewarna hitam. 5. BANTUAN KEWANGAN POLISAS TIDAK menjamin sebarang bantuan biasiswa/pinjaman kewangan kepada pelajar. Tawaran biasiswa/pinjaman adalah di luar bidang kuasa Politeknik. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut sila rujuk surat berkaitan yang disertakan. 6. RUPADIRI Pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan bertulis di POLISAS. Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, sopan dan menutup aurat (bagi pelajar Islam). Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang. Semua pelajar diwajibkan memakai baju-T berkolar (seperti di dalam panduan di muka sebelah), seluar trek (track bottom) bewarna biru gelap atau hitam dan kasut yang bersesuaian semasa aktiviti kokurikulum. Panduan Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Semasa Menghadiri Kuliah dan Aktiviti di Kampus: Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih dan sopan. Pelajar Islam digalakkan berpakaian menutup aurat.
6.1 RUPADIRI PELAJAR LELAKI 6.1.1 a. b.
Pakaian ke Kelas/Bengkel/Makmal
f. g.
Baju kemeja berlengan panjang atau pendek. Baju ‘T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju ‘T’ tidak berkolar TIDAK dibenarkan. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in). Baju hendaklah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna. Pemakaian baju kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap bersampin, berkasut dan bersongkok hitam. Berseluar ‘slack’. Berkasut dan berstokin.
h.
Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan.
i.
Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan.
c. d. e.
6.1.2
Rambut
a.
Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakang tidak melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras atas telinga dan paras depan tidak melebihi paras dahi.
b.
Rambut berfesyen seperti “afro”, “punk”, berekor atau diwarnakan TIDAK dibenarkan.
RAMBUT HENDAKLAH SENTIASA KEMAS DAN PENDEK
TIDAK MELEBIHI KOLAR BAJU
6.2
TIDAK MENUTUPI TELINGA
TIDAK MENUTUPI DAHI
RUPADIRI PELAJAR PEREMPUAN 6.2.1
Pakaian Ke Kelas/Bengkel/Makmal a.
Pakaian yang mencolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan TIDAK dibenarkan.
b. c.
Pelajar TIDAK dibenarkan memakai ‘skirt’ yang lebih pendek dari paras lutut. Baju ‘T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju ‘T’ tidak berkolar TIDAK dibenarkan. Berseluar yang tidak ketat.
d. e.
6.2.2
Selipar, terompah, kasut bertumit tinggi (yang runcing) TIDAK dibenarkan. berladam logam yang berbunyi juga TIDAK dibenarkan.
Kasut yang
Rambut a. b.
Rambut hendaklah kemas. Rambut berfesyen seperti berekor atau diwarnakan TIDAK dibenarkan. Pelajar Islam digalakkan memakai tudung
6.2.3 Perhiasan Memakai barang kemas yang berlebihan TIDAK digalakkan. Penampilan Rupadiri Pelajar Lelaki/Pelajar Perempuan LELAKI
BAJU JENIS T-SHIRT BERKOLAR DAN BERLENGAN PENDEK
KEMEJA BERLENGAN PENDEK/PA NJANG
PEREMPUAN
BAJU MELAYU
BAJU KURUNG
BAJU KURUNG MODEN
PAKAIAN KASUAL
CONTOH ETIKA PERPAKAIAN SEMASA HARI PENDAFTARAN
CALON SISWA
CALON SISWI MUSLIM
CALON SISWI BUKAN MUSLIM
CALON SISWI BUKAN MUSLIM
7. HAL-HAL LAIN 7.1 Semua pelajar dinasihatkan membawa pakaian sukan yang sesuai dan memenuhi syaratsyarat pakaian seperti dijelaskan dalam bahagian 6. 7.2 Sediakan mesin kira (calculator) saintifik yang tidak boleh diprogramkan. (mesin kira boleh juga dibeli dikedai koperasi). 7.3 Anggaran Perbelanjaan Pelajar (setahun). Berikut adalah anggaran kos perbelanjaan seorang pelajar setahun bagi mengikuti pengajian di POLISAS. Tempoh pengajian bagi kursus sijil adalah selama 2 tahun (4 semester) dan kursus diploma selama 3 tahun (6 semester). Manakala kursus diploma integrasi, bagi lepasan sijil politeknik adalah selama 1 tahun (2 semester). Perkiraan dibuat kepada dua kategori, tinggal di asrama dan di luar asrama. Penginapan di asrama adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar baru (lepasan SPM/SPMV sahaja). Anggaran Perbelanjaan Setahun (RM) Asrama Luar Asrama
Butiran YURAN a. Yuran Pengajian RM200/semester b. Bayaran Lain (sepanjang pengajian) i. Kursus Diploma/Sijil Lepasan SPM/SPMV ii. Kursus Diploma Lepasan Sijil Politeknik PENGINAPAN (Bagi Luar Asrama:10 orang berkongsi sebuah rumah dengan purata sewa RM400.00/bulan) PENGANGKUTAN (Bagi Luar Asrama: RM30.00/bln X 9 MAKAN RM8.00/hari X 9 bulan *BUKU & ALAT TULIS JUMLAH
400.00
400.00
500.00
500.00 350.00
60.00/sem 120.00
40 X 12 480.00 270.00
2160.00
2160.00
150.00
150.00
3330.00
3690.00
3540.00
Perkiraan di atas adalah berdasarkan kepada pelajar mengikuti kursus/berada di Politeknik selama 9 bulan bagi setahun, tidak termasuk cuti semester. Makanan yang disediakan di asrama adalah secara kafetaria. * Kebanyakan sumber buku rujukan pelajar adalah dari perpustakaan dan nota pensyarah. Jumlah untuk pelajar diploma integrasi (kursus diploma bagi lepasan sijil politeknik).
B.
P AN D U AN P E N D A F T A R A N P E L A J A R B AR U Anda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti supaya urusan pada hari pendaftaran berjalan dengan lancar Anda tidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara yang disebutkan di bawah tidak dipenuhi. 1. HARI PENDAFTARAN Anda hendaklah hadir untuk mendaftar diri sebagai pelajar POLISAS pada hari dan waktu seperti yang dinyatakan dalam surat iringan. Jika anda tidak mendaftar pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan bermakna anda menolak tawaran ini. 2. PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN:2.1
Dokumen-dokumen ASAL yang berikut:a. Kad Pengenalan, b. Surat Tawaran ke Politeknik, c. Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V), d. Sijil Berhenti Sekolah, e. Dokumen kokurikulum yang berkaitan (terutamanya yang mewakili negara dan negeri), f. Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan), g. Borang-borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi:(i) (ii) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)
Borang Maklumat Peribadi Pelajar – BHHP1, Laporan Pemeriksaan Doktor– BHHP2; Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung – BHHP3; Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga untuk Rawatan Pembedahan – BHHP4; Akuan Pelajar – BHHP5; Borang Kamsis BHHP6 ,BHHP7 dan BHHP-8. Aku Janji Pelajar
(Jika anda tidak mengemukakan dokumen-dokumen ASAL untuk semakan, anda tidak layak didaftarkan) 2.2
Bayaran melalui bank hendaklah dilakukan sebelum datang ke POLISAS dan bawa semua salinan slip Wang Tunai Masuk semasa hari pendaftaran sebagai bukti pembayaran. Bagi salinan slip yang hanya dicop sahaja tidak dicetak komputer, perlu dapatkan pengesahan dari pihak bank berkenaan. SEMUA PEMBAYARAN YANG TELAH DIBUAT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya anda berhenti dari menjadi pelajar POLISAS. Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah membawa bersama surat pengesahan penajaan yang asal beserta satu salinan semasa mendaftar. Mana-mana bayaran yang tidak ditanggung oleh penaja hendaklah dijelaskan oleh pelajar semasa pendaftaran.
2.3
Enam keping gambar warna yang terbaru berukuran kad pengenalan tidak termasuk gambar pada borang BHHP. Semua pelajar lelaki hendaklah bertali leher dan berambut pendek ketika bergambar. Pelajar perempuan pula, berpakaian yang tidak mendedahkan bahagian bahu dan pelajar perempuan Islam hendaklah bertudung. Sila catatkan nama dan kursus anda di belakang setiap keping gambar.
3. PAKAIAN DAN RUPADIRI SEMASA PENDAFTARAN a) Pelajar-pelajar lelaki hendaklah memakai seluar panjang slack dan baju kemeja . Pelajarpelajar perempuan (Islam) hendaklah berpakaian kemas dan menutup aurat. Bagi pelajarpelajar bukan Islam hendaklah memakai pakaian yang bersih, kemas dan tidak menjolok mata. Pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada, bahu dan belakang adalah tidak dibenarkan. b) Berkasut* serta berstokin. c) Rambut* mestilah kemas. Rambut pelajar lelaki hendaklah pendek. Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju, aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan aras depan tidak melebihi aras dahi. d) Topi, Baju-T, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan (track bottom) adalah dilarang. ( * Sila rujuk Maklumat Am – Bahagian 6 – Rupadiri).
3. PROSEDUR PENDAFTARAN Untuk urusan pendaftaran, pelajar dikehendaki bergerak mengikut turutan. Sekiranya pelajar ditawarkan tinggal di Kamsis, anda hendaklah membuat pendaftaran di Kamsis. 3.1
Pendaftaran Asrama (Di Kamsis)
3.2 Pendaftaran Pengajian (Di Dewan Besar Polisas)
5. HAL-HAL LAIN 5.1
Pelajar lelaki dikehendaki membawa SELUAR SLACK HITAM dan pelajar perempuan membawa KAIN SARUNG HITAM untuk digunakan semasa mengikuti Program Minggu Suai Kenal.
5.2
Semua pelajar diwajibkan mengikuti Program Minggu Suai Kenal (MSK). Sila rujuk aturcara Minggu Suai Kenal seperti yang terdapat di dalam Buku Panduan Pelajar POLISAS. (Akan diberikan kepada setiap pelajar pada hari pendaftaran)
ARAHAN
1.
Lalu-lintas dan Tempat Letak Kenderaan Peringatan penting bagi calon yang datang dengan kenderaan sendiri, sila ke tempat letak kereta yang disediakan. Anda dilarang membawa kenderaan masuk ke setiap kamsis supaya tidak berlakunya kesesakan lalulintas di kawasan kampus. Calon juga digalakkan membawa satu kenderaan sahaja dan mematuhi arahan pegawai lalu-lintas yang bertugas di sepanjang hari pendaftaran.
2.
Yuran Pengajian dan Yuran Asrama Yuran Pengajian dan Yuran Asrama (jika ditawarkan Asrama) dibayar melalui Slip WANG TUNAI MASUK yang disertakan (secara berasingan) di mana-mana cawangan BANK SIMPANAN NASIONAL sebelum hari pendaftaran. Sila pastikan pada slip berkenaan maklumat yang tertulis adalah betul sebelum membuat bayaran. Pastikan sekali lagi Nombor Akaun yang tertulis adalah sama seperti Nombor Akaun ini: 0610029000312275. Ingat! sebarang bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan apabila calon telah mendaftar.
3.
Borang BHHP. Calon dikehendaki melengkapkan semua borang BHHP yang disediakan sebelum hadir melapor diri. Borang-borang tersebut hendaklah diserahkan di kaunter yang disediakan semasa melapor diri.
4.
Daftar Secara Atas Talian. (Rujuk Manual “DAFTAR SECARA ON-LINE”) Sila layari website POLISAS, www.polisas.edu.my untuk pendaftaran secara atas talian (on-line). Pendaftaran ini boleh dibuat selepas dua hari dari tarikh pembayaran yuran pengajian, asrama (jika ditawarkan) dan yuran pendaftaran yang telah dibuat di bank-bank berkenaan.
5.
Yuran Pendaftaran. Sila buat bayaran yuran pendaftaran melalui Slip WANG TUNAI MASUK Maybank yang disertakan di mana-mana cawangan Maybank dengan jumlah wang mencukupi sepertimana yang telah ditetapkan dalam Buku Panduan Pendaftaran.
6.
Dokumen Asal Calon-calon hendaklah memastikan semua dokumen asal dibawa semasa pendaftaran. Sila patuhi masa dan tarikh Pendaftaran yang telah ditetapkan. Kepada ibu/bapa/penjaga yang mengiringi calon, bolehlah meninggalkan kampus setelah calon selesai mendaftarkan diri ke asrama.
7.
Kerjasama calon-calon sepanjang hari pendaftaran amat-amat dihargai. Sekian terima kasih.
PELAN LALUAN KE TEMPAT LETAK KERETA POLISAS HARI PENDAFTARAN
K A M SIS A
P K A M SIS C M A SJID DEW AN SRI M AK M UR
P IN T U M A S U K P O L IS A S D A R I KU ANTAN
P
JA B A T A N K E JU R U T E R A A N E L E K T R IK
JA G A
P
P
P E T U N JU K N G U N A N P O LIS A S BA T E M P A T LE T A K K E R E T A
P KAMSIS B P E R H A T IA N : P E N D A FT A R A N A SR A M A H A N Y A D I K A M SIS A D A N K A M SIS C S A H A JA .
L A LU A N T E M P A T LE T A K K E R E T A K A M SIS C L A LU A N T E M P A T LE T A K K E R E T A K A M SIS A L A LU A N K E LU A R
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH SENARAI SEMAK SEBELUM HADIR PADA HARI PENDAFTARAN Semak dan tandakan pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara berikut telah disediakan oleh anda, sebelum bertolak ke POLISAS untuk mendaftar diri. 1.
Dokumen-Dokumen Asal (PERINGATAN: Kegagalan membawa dokumen-dokumen ASAL akan mengakibatkan pendaftaran anda DITOLAK) 1.1
Kad Pengenalan
1.2
Surat Tawaran ke Politeknik
1.3
Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V)
1.4
Dokumen-dokumen/Sijil-sijil Kokurikulum (jika berkaitan terutamanya yang mewakili negari dan negera)
1.5
Sijil Berhenti Sekolah
1.6
Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan)
1.7
Borang-Borang Pendaftaran telah lengkap diisi a) b) c) d) e) f) g) h)
1.8
2.
BHHP1 : MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR BHHP2 : LAPORAN PEMERIKSAAN DOKTOR BHHP3 : IKRAR PELAJAR DAN LEPAS TANGGUNG BHHP4 : KEBENARAN UNTUK RAWATAN PEMBEDAHAN BHHP5 : AKUAN PELAJAR BHHP6 : IKRAR KAMSIS BHHP7 : JAMINAN TATATERTIB KAMSIS (dua salinan) BHHP8 : PERSETUJUAN PELAJAR TINGGAL 3 ORANG SE BILIK
Salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan bagi tujuan permohonan pinjaman/biasiswa
Salinan Slip Wang Tunai Masuk berjumlah RM200.00 atas nama Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. (Yuran Pengajian sahaja) Salinan Slip Wang Tunai Masuk berjumlah RM60.00 atas nama Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.(Yuran Asrama Sahaja)
Slip Wang Tunai Masuk MALAYAN BANKING BERHAD untuk Yuran Pendaftaran & MSK 3.
Gambar warna terbaru (saiz kad pengenalan) 10 keping