GARIS PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN 2017 POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN
Majlis Konvokesyen 2017 akan diadakan pada 22 Julai 2017 (Sabtu) jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Sri Putra Politeknik Nilai. Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama para Graduan untuk mengambil tindakan-tindakan berikut. Sila baca dengan teliti panduan dan peraturan yang telah digariskan.
1. JAWAPAN KEHADIRAN
1.1 Graduan Yang Hadir Graduan yang bersetuju untuk menghadiri majlis konvokesyen ini perlu mengikut arahan-arahan berikut : 1.1.1 Mengisi Surat Jawapan Kehadiran (AKAN HADIR). 1.1.2 Membuat pembayaran ke akaun KOPERASI POLITEKNIK NILAI BERHAD (No akaun: 05076010003771) berjumlah RM240.00 di manamana cawangan BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) dengan menggunakan slip wang masuk “bill payment” yang boleh didapati dari bank BIMB. Sila tuliskan Nama, No Pendaftaran Pelajar dan No. Kad Pengenalan di bahagian belakang salinan slip pembayaran bank tersebut. 1.1.3 Menghantar Surat Jawapan Kehadiran dan salinan slip pembayaran yang sudah ditulis Nama, No Pendaftaran
Pelajar dan No. Kad
Pengenalan di bahagian belakang salinan slip pembayaran bank tersebut ke:
Pengurusan Graduan Majlis Konvokesyen 2017 Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Nilai Kompleks Pendidikan Bandar Enstek 71760 Bandar Enstek , Negeri Sembilan
1
1.1.4 Sila KEMBALIKAN BORANG JAWAPAN SERTA RESIT BAYARAN sebelum atau pada 23 Jun 2017. 1.1.5 Graduan juga WAJIB membuat pengesahan kehadiran secara atas talian melalui laman utama Politeknik Nilai, PNS pada capaian “Makluman Konvokesyen 2017’ sebelum atau pada 23 Jun 2017. 1.1.6 Kajian Pengesahan Graduan perlu dilaksanakan oleh graduan yang telah bekerja sahaja. Sila rujuk perkara 2, KAJIAN PENGESANAN GRADUAN pada muka surat 3.
1.2
Graduan Yang Tidak hadir Graduan yang tidak menghadiri Majlis Konvokesyen 2017 perlu mengambil tindakan-tindakan berikut: 1.2.1 Mengisi Surat Jawapan Kehadiran (TIDAK HADIR) 1.2.2 Membuat pembayaran ke akaun KOPERASI POLITEKNIK NILAI BERHAD (No akaun: 05076010003771) berjumlah RM115.00 di mana-mana cawangan BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) dengan menggunakan slip wang masuk “bill payment” yang boleh
didapati
Pendaftaran
dari bank
BIMB.
Sila
tuliskan
Nama,
No
Pelajar dan No. Kad Pengenalan di bahagian
belakang salinan slip pembayaran bank tersebut. 1.2.3 Kajian Pengesahan Graduan perlu dilaksanakan oleh graduan yang telah bekerja sahaja. Sila rujuk perkara 2, KAJIAN PENGESANAN GRADUAN pada muka surat 3. 1.2.4 Menghantar Cetakan
Slip
Surat Jawapan Kehadiran (TIDAK HADIR), Pengesanan
Graduan
dan
salinan
slip
pembayaran yang sudah ditulis Nama ,No Pendaftaran Pelajar dan No. Kad Pengenalan di bahagian belakang salinan slip pembayaran bank tersebut sebelum atau pada 23 Jun 2017 ke:
Pengurusan Graduan Majlis Konvokesyen 2017 Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Nilai 2
Kompleks Pendidikan Bandar Enstek 71760 Bandar Enstek , Negeri Sembilan 1.2.5 Graduan juga WAJIB membuat pengesahan kehadiran secara atas talian melalui laman utama Politeknik Nilai, PNS pada capaian “Makluman Konvokesyen 2017’ sebelum atau pada 23 Jun 2017.
2. KAJIAN PENGESANAN GRADUAN
Bermula 30 JUN 2017 sehingga 19 JULAI 2017 para graduan boleh melayari laman tracer study (Sistem Kajian Pengesanan Graduan) dan mengisi secara atas talian (online) di http://www.polinilai.edu.my/polinilaiv2/Sis_Pgraduan/. Graduan yang DIWAJIBKAN mengisi ialah graduan yang telah BEKERJA. Definisi BEKERJA ialah graduan mendapat upah melakukan apa sahaja jenis pekerjaan walaupun tidak mengikut bidang pengajian. Graduan dikira bekerja :-
i) Bekerja / Pernah Bekerja (Tetap, Kontrak, Sementara) ii) Usahawan / Bekerja sendiri contoh perniagaan online iii) Meningkatkan kemahiran (mengambil sijil kemahiran) iv) Menunggu penempatan kerja (telah interview kerja) v) Bekerja dengan ahli keluarga contoh (menolong ibu bapa berniaga di pasar / menjadi pengasuh bayi saudara) vi) Melanjutkan pengajian
LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL
GRADUAN BEKERJA
GRADUAN BELUM BEKERJA
i- Isi borang Kajian Pengesanan Graduan isecara online di laman http://www.polinilai.edu.my/polinilaiv2/
Tidak perlu mengisi borang kajian secara online.
ii- Perlu mengisi secara manual
3
Sis_Pgraduan/ bermula 30 Jun 2017
bersama Pegawai Tracer Study
sehingga 19 Julai 2017.
semasa pendaftaran konvokesyen
ii- Printscreen dan emel bukti soal kaji
pada 20 Julai 2017 & 21 Julai 2017.
selidik sebelum 20 Julai 2017 kepada
iii- Mendapatkan slip pengesahan
[email protected]
daripada Pegawai Tracer Study
iii- Print bukti soal kaji selidik tersebut dan
selepas pendaftaran bagi
membawa hardcopy print semasa
membolehkan proses pengambilan
pendaftaran konvokesyen pada 20 Julai
jubah konvokesyen.
2017 & 21 Julai 2017 untuk di sahkan oleh Pegawai Tracer Study. *Kegagalan graduan menepati prosedur di atas akan menyulitkan proses pendaftaran konvokesyen. Graduan yang tidak bekerja tidak dibenarkan sama sekali mengisi secara online. Terima kasih.
3. PENDAFTARAN RAPTAI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR(AKJ)
3.1 Semua Graduan yang akan hadir ke Majlis Konvokesyen 2017 WAJIB menghadiri upacara raptai Konvokesyen dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar (AKJ) yang akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh
: 21 Julai 2017 (Jumaat)
Masa
: 8.30 pagi
Tempat
: Dewan Sri Putra, politeknik Nilai
3.2 Pendaftaran raptai Konvokesyen dan AKJ bermula pada pukul 8.30 pagi dan Graduan akan diberikan perkara berikut semasa pendaftaran tersebut: i. Buku program ii. Pas masuk Ibubapa ke dalam dewan iii. Cenderahati 3.3 Graduan WAJIB menghadiri raptai pada waktu yang telah ditetapkan. 3.4 Penampilan diri hendaklah kemas dan bersopan sebagai graduan (berpakaian formal).
4
3.5 Graduan yang tidak hadir atau tidak mendaftar semasa hari raptai serta tidak mengikut peraturan seperti yang telah ditetapkan tidak akan dibenarkan menyertai majlis konvokesyen.
4. IBUBAPA/ TETAMU GRADUAN
4.1 Bilangan tetamu atau
ibubapa graduan yang dibenarkan masuk ke dalam
Dewan Majlis Konvokesyen adalah seramai 2 orang sahaja bagi setiap graduan. 4.2 Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dewan. 4.3 Ibubapa/ tetamu jemputan perlu berpakaian rasmi dan sopan semasa berada di Dewan Majlis Konvokesyen. 4.4 Ibubapa/ tetamu Graduan perlu berada di dewan Majlis Konvokesyen selewatlewatnya pada pukul 8.00 pagi. Pintu masuk dewan akan ditutup setengah jam sebelum majlis bermula bagi melancarkan majlis. 4.5 Ibubapa/ tetamu graduan perlu menunjukkan pas masuk Majlis Konvokesyen 2017 untuk masuk ke dalam dewan.
5. JUBAH KONVOKESYEN
5.1 Peminjaman Jubah 5.1.1 Peminjaman jubah boleh dibuat pada hari Khamis (20 Julai 2017) jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang dan hari Jumaat (21 Julai 2017) jam 2.30 petang hingga 4.00 petang di Jabatan Hal Ehwal Pelajar, JHEP. 5.1.2 Sila bawa bersama cetakan slip Pengesanan Graduan semasa hendak mengambil jubah. 5.2 Pemulangan Jubah 5.2.1 Jubah Konvokesyen hendaklah dipulangkan pada
22 Julai 2017
(Sabtu) jam 2.30 petang hingga 4.30 petang atau pada 24 Julai 2017 (Isnin) jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang di Jabatan Hal Ehwal
5
Pelajar, JHEP. Urusan pada waktu selain daripada yang dinyatakan tidak akan dilayan. 5.2.2 Kegagalan memulangkan jubah akan menyebabkan Diploma dan transkrip anda ditahan. 5.2.3 Para graduan akan dikenakan denda sebanyak RM30.00 sehari sekiranya graduan gagal memulangkan jubah dalam tempoh yang ditetapkan. kegagalan menjelaskan bayaran tersebut juga akan menyebabkan diploma ditahan. Sila pastikan setiap urusan hendaklah beresit. 5.2.4 Jubah yang rosak atau hilang akan dikenakan bayaran gantirugi sebanyak RM 400.00 setiap satu.
6. PERATURAN PAKAIAN GRADUAN
Peraturan pakaian Graduan Majlis Konvokesyen 2017 adaleh seperti berikut: 6.1 Mendaftar pada waktu yang telah ditetapkan. Penampilan diri hendaklah kemas
dan
bersopan
sebagai
graduan
(berpakaian
rasmi)
semasa
pendaftaran raptai Konvokesyen sehinggalah tamat Majlis Konvokesyen 2017. 6.2 Cara berpakaian untuk graduan lelaki adalah seperti berikut: i.
Memakai
pakaian lengkap kebangsaan serba hitam (songkok, seluar,
samping dan kasut berwarna hitam/gelap dan berstoking) ATAU ii.
Memakai kemeja lengan panjang berwarna cerah beserta dengan tali leher, seluar panjang berwarna hitam dan kasut bertutup berwarna hitam/gelap dan berstoking. DAN
iii.
Rambut hendaklah dalam keadaan kemas dan pendek. Graduan yang berambut
panjang/berkekor/berwarna-warni
tidak
akan
dibenarkan
menyertai majlis konvokesyen.
6
6.3 Cara berpakaian untuk graduan perempuan adalah seperti berikut : i.
Graduan perempuan, hendaklah memakai pakaian kebangsaan (baju kurung atau kebaya panjang-warna bebas) dan berkasut bertutup bewarna hitam/gelap. Bagi yang beragama islam, hendaklah memakai tudung bewarna hitam.
ii.
Anda
DILARANG
sama
sekali
memakai
pakaian
yang
tidak
sopan/menjolok mata, jarang, berbelah, ketat dan mendedahkan aurat serta menjejaskan perjalanan majlis.
7 PENGAMBILAN TRANSKRIP DAN DIPLOMA
7.1 Para Graduan boleh mengambil Transkrip dan Diploma masing-masing pada 22 Julai 2017 (Sabtu) bermula jam 2.30 Petang di Dewan Kuliah 1, Dewan Kuliah 2 dan Dewan Kuliah 3, Politeknik Nilai. 7.2 Para Graduan hendaklah mengemukakan borang pemulangan jubah sebagai bukti semasa menuntut Transkrip dan Diploma. 7.3 Bagi Graduan yang tidak menghadiri majlis konvokesyen boleh menuntut Transkrip dan Diploma mereka secara: i. Menuntut
sendiri
di
Unit
Peperiksaan,
Politeknik
Nilai
dengan
mengemukakan salinan slip bayaran bank islam. ATAU ii. Transkrip dan Diploma yang tidak dituntut akan terus disimpan oleh Unit Peperiksaan, Politeknik Nilai.
7
8
PETA LOKASI POLITEKNIK NILAI DAN SENARAI HOTEL PENGINAPAN
Rujuk LAMPIRAN 1 dan LAMPIRAN 2
Sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia Pengurusan graduan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar di talian 06-7980408 atau 06-7911289.
LAMPIRAN 1
PETA LOKASI POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN
KAMI BERADA DI SINI POLITEKNIK NILAI, NEGERI SEMBILAN.
Kordinat di Goole maps: 2.721204, 101.788931
8
LAMPIRAN 2
SENARAI HOTEL
1.
HOTEL SRI ENSTEK (7km) No. 61, Jalan Timur 6/1B, 71800 Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Tel: 06 – 794 7662
2.
HOTEL NILAI (20km) PT 9999, Jalan BBN 1/3D, Putra Point Phase 2A, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Tel: 06 – 799 8388
3.
HOTEL AETON (20km) Jalan BBN 1/1, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Tel: 06 – 799 2356
4.
HOTEL SERI NILAI (20km) PT 12990, Putra Indah 3B, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Tel: 06 – 850 3370
5.
HOTEL TIME (20km) PT 12940 Jalan BBN 1/7d, Bandar Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Tel: 06 – 794 8881
6.
HOTEL ASTON (20km) Pt 7182 Jalan BBN 1/2EPutra Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan. Tel: 06 – 799 8888
9
7.
KLANA RESORT (30km) PT 4388, Jalan Penghulu Cantik, Taman Tasik Seremban, 70100 Seremban,Negeri Sembilan, Tel: 06 – 766 7888
8.
HOTEL SRI MALAYSIA (21km) Lebuhraya Seremban – Bukit Nenas, 70200 Seremban, Negeri Sembilan Tel: 06 – 764 4181
9.
PENGINAPAN INSTITUT KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (4km) UiTM Lebuh Enstek, Bandar Enstek, Nilai 71760, Negeri Sembilan Tel: 06 - 758 0200
10. HOTEL EMPRESS (17km) Jalan ST 1C/7, Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Tel: 03 – 8706 7777 11. HOTEL SAMA SAMA (25km) Jalan CTA 4 B, 64000 KLIA, Sepang, Selangor. Tel: 03 – 8787 3333
12. HOTEL TUNE (25km) Near the Low Cost Carrier Terminal (LCCT) and Pos Malaysia Lot PT 29, Jalan KLIA S4, 64000 KLIA, Selangor. Tel: 1300 88 8863 / 03 – 7962 5888
13. HOTEL CONCORDE (25km) Jalan KLIA 1/60, KLIA, 43900 Sepang, Selangor. Tel: 03 – 8783 3118
10